Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Tuesday, October 30, 2012

Sorry la bang...GB tak perasan lah!

Sunset from Kota Damansara, once upon a time


GB ni blur.

*

Ada satu hari tu GB turun gi kedai runcit kat bawah beli roti. (Time tu belum start diet herbalife lagik...heheh). Beli 2 ketul bun ikan bilis. Pastu jalan menonong nak balik ke opis. Tetibe ada suara menegur...

Hai..beli 2 je ke...? Nape tak beli lebih? Kite pun nak jugak...

GB blur. GB tak perasan ada orang kat depan tuh. Bila dah dengar...GB jawab dulu...

Nape? Nak ke? 

Dengan nada kerek.

*

GB bukannnya sengaja. Tu terkerek nama dia. Kire macam tindakan refleks la sebab tokojut ditegur oleh orang yang pada mulanya kite tak nampak.

Then baru perasan. Laa...mamat kedai hardware sebelah rupanya... Dia memang selalu usik-usik GB pun. Sorry la... GB tak perasanlah bang...

*

Harini dia naik opis sebab nak repair paip sinki. Cembese, GB tak perasan langsung sapekah yang naik itu. Tup tup lepas dia turun naik turun naik, baru GB perasan. Mamat hardware itu rupanya.

Tapi dia still terasa kot dengan GB sebab dia tak tegur langsung, pandang pun idok, just cakap dengan kite punye secretary je. Biar betul? Kecik hati sampai sekarang ke? Adoiyai...sorry la bang. GB blur lah!

P/S: Hokeylah. Pasni GB buat spec atau pakai kontek lens kaler ijo ye. Asal jangan ada orang kecik ati dengan GB lagi dah.... Heheh~

Sunday, October 28, 2012

Deep Inside Of You







Deep Inside Of You - Third Eye Blind

When we met light was shed 
Thoughts free flow you said you've got something 
Deep inside of you 
A wind chime voice sound, sway of your hips round rings true 
It goes deep inside of you 
These secret garden beams, changed my life so it seems 
Fall breeze blows outside, I don't break stride 
My thoughts are warm 
And they go deep inside of you 
And I never felt alone, 'till I met you 
Friends say I've changed, I don't listen 'cause I live to be 
Deep inside of you 
Slide of her dress, shouts in darkness, I'm so alive 
I'm deep inside of you 
You said boy make girl feel good 
But still, deep inside, still 
I've never felt alone 
'Till I met you 
I'm all right on my own 
And then I met you 
And I'd know what to do if I just knew what's coming 
I would change myself if I could 
I'd walk with my people if I could find them 
And I'd say that I'm sorry to you 
I'm sorry to you 
And I don't want to call you 
But then I want to call you 'cause I don't want to crush you 
But I feel like crushing you 
And it's true I took for granted you were with me 
I breathe by your looks and you look right through me 
And we were broke and didn't know 
And we were broke and didn't know 
And we were broke and didn't know 
Something's gone, you withdraw and I'm not strong like before I was 
Deep inside of you 
I can go nowhere 
I burn candles and stare at a ghost 
Deep inside of you 
And some great need in me starts to bleed 
I've lost myself there's nothing left, it's all gone 
Deep inside of you 
Deep inside of you 
Deep inside of you

P/S: Ni antara lagu all time feveret nih... 

Saturday, October 27, 2012

Wipe your tears, GB.



Tetiba tadi petang GB sedih pulak sampai menangis sorang-sorang. Keengganan untuk berkongsi cerita atas sebab enggan dihakimi dan dipengaruhi beberapa faktor yang lain, telah membuatkan air mata GB tumpah juga akhirnya. 

Pembetulan. Bukan enggan. Tapi tak reti. Dan sedikit tidak mahu kerana ragu-ragu dan rasa tidak percaya. Kecuali dengan beberapa orang tertentu.

GB penat.

*

GB nak pegi bercuti. Pergi ke tempat yang selama ini tak mahu GB jejak ke.... Atau mungkin balik Kampung Subang dan lepak kat rumah aje. Atau pergi rumah Makngah di Kedah, pastu mintak sesapa drivekan GB ke Gunung Jerai atau Pantai Merdeka.

Takpelah.

Tunggu semua kerja tender ni siap. Till then, Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan...

P/S: Ok. Mungkin jugak empangan mata pecah sebab GB tengah PMS atau penat melampau. Sikit je lagi...

Thursday, October 25, 2012

My Sacrifice for Raya Haji



Sebenarnya kalau tengok workload, GB takleh update blog nih rasanya. Tapi sekarang cari pasal jap nak update.

Ada 4 projek tengah nak call for tender awal minggu depan. Bermaksud kalau opis ni dibiarkan running non-stop sampai Subuh Isnin nanti pun, nak kasi complete abis tu memang kelakar jugak la bunyinya. Semua short notice. Schedule memang dah lama ada, tapi biasa la tersasar sana sini sinun kan. Tup tup semua nak serentak. Gila? Memang pun.

Bukan GB je yang efek, consultant lain pun sampai lebam dan merah mata, masih jugak muncul untuk meeting. Yep. Team projek-projek tuh lah.

Mujur opismet sudi membantu. Sampai ke secretary pun pakat stay late untuk tolong mana yang patut. GB, hampir seminggu cuma balik rumah untuk solat Subuh, mandi, tukar baju baru dan ke opis semula. 2 hari jugak GB langgar pantang diet Herbalife sebab macam nonsense nak diet dengan body clock dan body chemistry yang tunggang langgang macam ni. Dan semalam, tanpa sedar, terlelap depan komputer walau otak cuba beritahu yang GB tak mengantuk. Drive balik terasa macam driving di atas awan.

Tapi ada jugak yang macam takde sense untuk turut berkampung kat opis ni. Biarlah. Mungkin bagi dia, dia bukan staff sini.

GB penat. Tapi kene buat. Kene kene buat. Dan ada ketikanya orang bercakap dengan GB tapi GB tak tau apa dia cakap. Blur. Heheh.

Tapi bukan itu yang dirisaukan...

Esok raya. Malam ni nak drive balik dengan sekujur tubuh yang tak cukup rehat ni yang kene bawak diri sendiri balik. Tengah fikir macam mana nak pastikan 7 set tender document dan tender drawings yang melambak tuh sampai ke opis client sebelum pukul 10 pagi Isnin ni. Kitorang kene jadik QS jugak untuk projek yang ini, tu yang teruk sikit tuh. Huuu....

Dan juga 9 set tender drawing projek yang lain pulak kene sampai ke opis QS sebelum pukul 11 pagi, Isnin tu jugak. Mujur yang projek ni cuma drawing. Sebab ada QS. Takpe, bab nak mendeliver takde hal. Bab nak siapkan tu ha...fikir...fikir...fikir...

Nasib baik lagi 5 set dan 6 set untuk projek yang selebihnya tuh kene deliver Selasa. Ada sikit ruang kosong.... Sikit je la tapi...

*

Papepun. Malam ni kene balik sebab esok nak raya. Mujurlah berdua. Sebab budak opis orang Taman Medan itu mahu join GB. Bertemanlah GB. Kalau sorang risau jugak sebab pernah je terlelap waktu driving. Tak sedar. Takleh kawal.

Kalau hal harini tak setel atau tak seperti yang GB dah plan, esok petang lepas makan-makan GB akan balik JB. Terus ke opis nampaknya sambil mengharapkan kedai stationery bukak untuk GB bind tender document yang memakan jiwa tuh.

P/S: Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Baru teringat ini Hari Raya Korban. Lantas, inikah pengorbanan yang GB kene buat? *Rindu nak berchoootie... :)

Monday, October 22, 2012

Self Portrait

Yours truly

Agak kesian menjadi tukang amik gambo sebab gambo sendiri sungguh kurang sekali. Sebab tu kalau ada orang nak amikkan gambo, GB rasa sungguh happy. Thank you. :D

P/S: Dan syukur jugak ada tripod murah GB tu. :)

Sunday, October 21, 2012

Matilah Kau



(Matilah Kau - Sebahagian lirik yang ada dalam lagu Once nih)

*

Once a while GB akan taruk klip youtube lagu yang GB suka. GB suka muzik walau tak pandai nyanyi pun. Nak nak yang melodinya best-best, dramatik dan liriknya bagus atau pelik. Atau mungkin klipnya best.

Lagu ni GB suka sebab lirik dia. Terasa sungguh sakit penyanyi tu dan mesejnya sampai. Mungkin kalau orang lain yang nyanyi takkan jadi best macam ni. Agaknyalah. ;D

Once Mekel - Hilang Naluri

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

[Matilah kau]
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh


P/S: Mungkin lepas ni GB akan taruk klip youtube setiap Ahad kot. Kirenye mulai Ahad ni lah ye... :)

Friday, October 19, 2012

Kisah Chenta Saya




What's cool about my job? I'd say: Everything about it. It's a love hate relationship.

*

Nampak macam too immersed kan?

*

Sebenarnya takde la terlalu tenggelam pun. Cuma nak beritahu, even dalam chenta pun, mesti ada yang kita suka dan ada yang kita tak suka. Contoh, bila tengah sweet sweet lovey dovey mood baik baik...dah tentu kite very the suka...! Tapi bila time gaduh, selisih faham, hangin satu badan, delete nombor tepon, delete SMS dan delete everything about it...dah tentu nyampah kan? Tapi tak sampai 24 jam dah rindu balik. tercari-cari, tertunggu-tunggu, terindu-rindu...hoh. Tak macho langsung!

Cemtu jugak dengan keje GB. Chenta chenta pun, ada je part yang GB tak suka. Contohnya bila melibatkan projek yang kita tak bape boleh ngam dengan salah seorang dari project team. Atau projek yang kite take over dari orang lain yang kita tak tau hujung pangkal. Atau bila terpaksa mengadap akaun progress claim yang contractor anto sedangkan masa SPM dulu kite paling bodo subjek akaun, dah tentu kite rasa loya nak ngadap kan?  Tapi...dalam nyampah loya malas nak ngadap, paling-paling pun kite taruk tepi je jap, buat mende lain, gi pantry buat air, bukak blog.

........................................................................................................................................

Pastu ngadap balik sampai faham/siap/get it.

(Pelik tak tetibe GB amik akaun masa SPM dulu? Tah. GB pun sampai sekarang rasa pelik!)

Kehadiran elemen yang GB tak suka dalam kerja yang GB chenta ni ada pengajarannya: Jangan ingat bila kite tak suka benda tu, nyampah benda tu...kita takkan mengadap benda tu sammmmmpai bila-bila. Contohnye macam akaun progress claim tu la kan. Mana la tau tetibe bila dah keje ni rupanya kite kene jugakkk mengadap mende mende alah berupa akaun akaun ni. Padahal tak suka. Padahal nyampah. Tapi dalam kes ni nak tak nak kite kene hadap. Terpaksa. Wajib. Kalau taknak hadap, silakan bercerai dengan kerjaya yang kita suka itu. Duduk umah diam-diam. Khalas.

Dem. GB membebel!

P/S: Dulu selalu dengar term ni: "Yes I am in love and married. With my job." Rupanya berchenta dan kawin dengan kerja pun sama je kesah love hate macam kawin dengan seorang orang (baca: lelaki). Cuma bezanya tak mengandung je laaa. Ahahaha!

Tapai Susu

Tapai ubi dalam susu sejat yang ohsem kat Tupai-Tupai!


Dah 6 hari GB tak minum kopi. Siyesli mata layuuu je...tapi tahan jugak taknak buat kopi kat pantry tu. Huhuu...

P/S: Debor lak nak tunggu final Piala Malaysia esok. GB layan kat TV umah kat BBU je...

Thursday, October 18, 2012

Geram

Aksi di Restoren Tupai-Tupai tak lama dulu. Mak dia banje makan. Tengkiu mak dia...! ;D
(Gambar ni dikira suatu kejayaan sebab siyesli bukan senang nak tangkap gambo budak keletah yang tak dok diam dalam keadaan low light macam ni, without flash pulak tuh! Hoyehhh!!!)

Saya ada perasaan geram kat budak ni sebab dia comelllll macam mak dia yang tengah konferens dalam kesejukan tuh!!

P/S: Saya ada perasaan jeles tapi saya buat dek je. Saya ada perasaan bengang tapi saya buat dek je. Saya juga baru delete semua sms dan no telefon sebab dah tak boleh nak buat dek je. Tapi bukanlah terhadap budak ni dengan maknye ye... :)

Macaron MummyZZ

Macaron ini sedap. Sebab kurang kurang kurang manis berbanding macaron lain yang penah kite rasa.
Texture...just nice... nak rasa? Nak tempah untuk makan sendiri? Atau nak buat gift?
Sila la ke blog nih. Sekian... :)

Wednesday, October 17, 2012

Chocolate Crepe Cake (The Collapsed)

Chocolate Crepe Cake dalam bentuk yang dah musnah.
Sila bayangkan sepotong kek yang dipotong sempurna...ya....macam tu lah bentuk asalnya.
Tumbang lepas tergolek dalam kete. Tapi rasa dia superb meletups ok!

Kedai crepe cake ni (dah lupa nama kedai) ada kat Dataran Pahlawan, dekat-dekat dengan entrance ke padang tu. Ada kedai lain boleh jadik landmark tapi GB lupa semua nama kedai. Huhuhu...

Sepotong RM8.90 kot. Tak sure ada jual kat tempat lain ke tak kek rupa cenggini. Kalau ada tolonglah beritahu. Mekasih...!

P/S: Dah lama teringin nak buat crepe cake sendiri sejak godek-godek resipi Martha Steward, tapi prosesnya adalah sungguh banyak cekadak. Nanti bila dah rajin kite buat, mana tau kot kot lagi sedap!

Aiskrim cempedak (Updated)

Aiskrim cempedak, complimentary with stimbot buffet (grill pun boleh...) Restoren Lagi Best, Ulu Tiram, Johor.
RM19.90 je per pax.

P/S: Eskrem tuh? Sedap wehhh...!!! Ada cebisan-cebisan isi cempedak yang yummm....!

Monday, October 15, 2012

I don't feel special anymore



Rasa macam restricted pulak nak menulis dan meluah perasaan bila ramai orang dah kenal kita. GB suka jadi misteri macam dulu. Tapi terlajak perahu boleh diundur. Terlajak publish, terlajak jumpa, terlajak suka...dah takleh buat apa dah...

Cuma...belum pernah ada orang yang cakap dia mahu jaga GB. Walau GB nampak macam independent, tapi itu satu assurance yang orang masih nampak kita vulnerable. Mungkin GB belum cukup vulnerable untuk orang tergerak hati mau jaga GB. Sedih kan?

Salah diri sendiri kot.

Takpelah... *sambil kesat air mata sendiri.

:)

P/S: Kalaulah GB tak jumpa dia masa bulan puasa dua tahun lepas...mesti benda ni takkan berlaku. Tapi itu kalau 'kalau'....

Teman Pengganti

Pedas Linggi Look Out Point


Kelass lirik lagu ni...just sharing.


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

P/S: Semacam GB tau aja lautan dalam mana yang si Malique ni dah redah untuk buat lirik-lirik dia... :)

Blur

Putrajaya

Masuk ofis pagi ni dan tengok list sepanjang-panjang kertas A4 menunggu untuk disetelkan.

Tapi blur jap.

Sebab dah masuk hari ketiga GB kena migrain yang teruk jugak nih. Tak tau sebab apa. Sebab makan kacang pistachio haritu kah? Atau sebab makan ikan bilis kah? Atau sebab mandi  hujan kah?

Atau sebab lain?

P/S: Saat ni baru la terasa alangkah nikmatnya sihat itu...

Friday, October 12, 2012

Facing my fear factor

Vampire's special dish,
Puteri Specialist Hospital, JB

Lamanya rasa jarum tu kat lengan...

Dapat result... generally ok. Alhamdulillah. Tapi ada jugak yang kene dirisaukan.

P/S: Nanti report saya nak tunjuk kat akak tu kalau ada date sunrise. Boleh ek? :D

Thursday, October 11, 2012

Sedang mendugakah atau apa?

Leisure Farm, viewed from Clubhouse
ISO 160, F/3.5, S/S 25 sec.

Lama dah eh...

*

GB hampir pasti akan bertukar komitmen (bab keje ye...) dalam waktu-waktu terdekat ni. InsyaAllah. Tapi bukan la bertukar tempat keje...cuma bertukar tempat beroperasi aje... dan fokus lebih kepada satu projek itu sahaja. Satu projek yang ada berbelas fasa lah tapi...

So sekarang tengah pening kepala nak 'serah tangankan' keje-keje dan projek-projek yang melambak yang GB tengah buat ni. Ada beberapa projek yang sayang GB nak 'serah tangan'. Ada jugak yang tak sabar-sabar GB nak 'serah tangankan'. Heheh!

P/S: Kata orang, awal-awal ni jangan menyampah sangat. Takut nanti lain jadinya... Kata orang la.. :)

Wednesday, October 10, 2012

Manja

From my work station


Dulu GB practical kat satu firm Landscape kat Bukit Bintang. Masa GB practical dulu, tak berani GB nak MC selalu sesuka hati. Atau nak EL sesuka hati. Atau nak balik on time pun tak berani, kecuali kalau kakak-kakak dan abang-abang staff pun balik on time, baru GB join balik on time. Kalau tidak, selalunya mesti balik lambat sikit atau lambat banyak. Walaupun sampai campus tengah malam sekalipun sebab kene tukar bas dari Bukit Bintang ke Gombak sana. Gigih kan?

Tak penah GB argue keje yang diberi. Apa je boss dan LA suruh buat, semua GB buat. Suh fotostet GB fotostet. Suh buat drawing, GB buat drawing. Suh turun site, GB turun site. Hatta suh buat kopi sekalipun, GB akan buat.

Tapi yang GB nampak budak-budak practical sekarang ni manja-manja. Banyak cakap. Banyak alasan. Dan kurang daya tahan penyakit. Hahaha!

Ke dah nasib opis GB ni asyik dapat budak practical yang cenggitu?

P/S: Tetiba rindu pulak suasan kat UIA dulu...

Monday, October 8, 2012

Sebab tu kompiden itu penting!

Kompiden je GB taruk pic Perigi Acheh yang dah di-HDR kan nih. Huuu~ 


Bagi yang kenal GB, satu perangai GB yang diorang boleh mention without doubt adalah kompiden. Kompiden yang macam ni sebenarnya...

Bila orang bertanya soalan, GB boleh menjawab dengan kompidennye. Mungkin sebab GB cepat relatekan mende-mende yang logik untuk menjadikan jawapan tu memuaskan hati pihak yang bertanya, maka mereka akan terpana dengan jawapan GB. Padahal sebelum tu kadang-kadang GB pun tak pernah terfikir pun macam yang GB jawabkan tuh.

Simptom apakah ini eh?

*

Selalunya berguna masa presentation, masa gi interview (pernah dapat komen nih masa gi intebiu keje yang GB keje sekarang ngeee: powernye ayat you!), masa menjawab soalan dan hentaman dalam meeting. Contohnya macam dalam beberapa meeting yang GB attend, GB dah ngantuk. Tapi time ngantuk tu la baru minute sampai time kite. Fokus langsung lari. Menguap berlori-lori. Tup tup tetibe semua mata pandang ke arah GB menanti jawapan. Ces, dah sampai turn and ada isu rupanya? Pastu goreng-goreng sikit sebab nak korek balik apakah soalannya (sebab tak dengar mende pun, kata ngantuk kan??), pastu terus jawab dengan kompiden nyer. Selamat.... ok, next! Hahahaha!

Sama la kes tetibe lecturer menanya soalan time GB tengah mengantuk gile! Jawab jugakkkk...salah pun takpe, yang penting kompiden. Kuikuikui!!!

Tapi GB bukanlah seorang yang kompiden menggunakan ayat-ayat power untuk memikat hati sang jejaka. Chewahhh! Pernah la terkeluar tapi cukup sekadar sekali dua je. (Tetibe terfikir, pernah ke tak pernah nih? Eheheh!!). Sebab malu kot. Ngeee...

P/S: Berapa lamakah tempoh masa maksimum untuk rindu jadik melimpah? Ahahah. Abaikan! :p

Iyolah tuh~

Dusk. View towards seafood restaurant and Tanjung Pelepas Port 

Sejak amik ubat elergi yang direkomen kakak Singa haritu, GB dah boleh balun udang ketam seafood segala tanpa gatal-gatal. Oh...nikmatnya...!!!

P/S: GB dalam state kepenatan. Kalau keadaan mengizinkan, rasa macam nak amik leave half day je harini. Tapi petang ada meeting pulak. Kalau dalam meeting tu ada pemangkin best jugak le nak attend kan? Kuikuikui~

Sunday, October 7, 2012

Back to basic

Kampung Pendas, Tanjung Adang, Gelang Patah. Pelabuhan Tanjung Pelepas boleh dilihat dari sini.
ISO 160. F/3.5. SS 4 seconds. Handheld.
Sikit lagi nak biru muka sebab tahan nafas. Nape tak bawak tripod? Ada kisahnya...

Macam ni lah...sebenarnya GB suka tengok gambo yang di-HDR kan. Full of dynamic. Tapi dalam blog ni kebanyakan gambo yang GB taruk tak diedit, melainkan resize dan watermark. Kalau edit GB akan beritahu. Bukannya apa...GB dah hampir givap meng-HDRkan gambo-gambo, sebab end up mesti jadik tak cantik. GB mengaku tak pandai dan masih tak pandai-pandai HDR.

Untuk itu, biarlah GB back to basic aje. Setting camera kaw-kaw pastu resize, taruk watermark dan post. Original with no editing.

Keje HDR biarlah kite tengok hasil dari yang pakar aje. Tapi...kalau tetibe nanti ada keje mengedit HDR GB yang turn up jadi cantik, GB akan post juga kat sini. :D

P/S: Masa tengah PMS, bila baca soalan 'gambo edit ke ni?' memang boleh buat bengang jugak. Masa PMS je lah. Masa lain I ok jerrr... :p

P/S 2: Keje mengedit gambo adalah benda biasa dalam photography, even professional photographer pun. Jangan la simply buat statement/soalan 'gambo cantik sebab edit eh?'. Kecik hati member...

P/S 3: Sori sori...GB belum sempat nak blogwalk kaw kaw. Setakat curi-curi time je ni. Esok kang GB bertandang menari kat blog kengkawan eh! Daaaa!

Sebab tu GB tak pernah tinggal tripod

The Clubhouse of Bayou Water Village, Leisure Farm, Gelang Patah, Johor. (Vertorama, HDR)


GB rasa GB cenderung ke arah menembak gambo malam dengan long shutter lah sekarang.

Khalas. :)

P/S: Fakta yang GB baru tau atau baru tau baru-baru ini; 1) Orang JB digelar 'orang Johor'. 2)Orang Johor piau makan laksa Johor pakai tangan.

Friday, October 5, 2012

Weekend yang bosan dan panjang sudah bermula

Night at Danga Bay

Gugel gugel cari apa yang boleh dibuat weekend ni. Sambil menguap sebab esok-esok mesti akan bosan.

Menguap tutup mulut la tapi...

P/S: Happy weekend kengkawan. Semoga weekend ni boleh jadi seronok.

You are not alone. We are not alone.

Stulang Laut last night

Bila kita sorang-sorang memikirkan the fear we are having, the complicated-ness we are facing, the doubts we are thinking, kite akan rasa macam 'ada ke orang lain yang face apa yang kita tengah face sekarang?'

Cuba bercakap dengan seseorang yang opened (terbuka dan boleh menerima sebarang situasi tanpa prejudis), then kita akan tau yang bukan kite sorang je dalam dunia ni yang macam tu. Silap-silap orang tu pun macam tu jugak.

P/S: Zaman sekarang paling mencabar untuk jadi ibu bapa. That is my fear. Especially lepas baca entry ni. Dem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...