Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Sunday, September 30, 2012

A Famous (?)

A Famosa (A Famous). Mungkin namanya patut jadi La Famosa (The Famous). Tapi takpe.
Sebelum ada yang bertanya meh GB nak kabo... Gambo yang ini dah di-HDR kan ye... :)

Pagi Sabtu. Terjaga. Perut dah berkeruk-keruk. Teringat ada lagi 2 tender nak kene siap kat opis. Maka bersiaplah GB... Drive sorang ke opis. Niat nak singgah mekdi untuk beli brekfes. Tetibe rasa rajin. Masuk Jusco. Queued up kat Subway.

Tetibe bunyi wasap masuk. Dari orang di KL. Bosan katanya. Rindu katanya. Nak ajak makan sama katanya. Mustahil? Tak....

Setelah bargain-bargain without a piano dan menimbangtara, maka ke Melaka lah GB...lunch together-gether dengan orang KL yang dah rindu sangat kat GB tuh. GB pun rindu dengan dia gak. Rindu nak borak-borak update-update stori hal cinta yang komplikated tuhhh.. Hihihi.

P/S: She's my old old old friend yang GB dah kenal sejak darjah 1 lagi. Jangan salah sangka. Kitorang memang selalu lepak sama since masa GB kat KL dulu lagi...

Friday, September 28, 2012

Nak buat tender drawing dan dokumen bukanlah semudah nak anto resign tender ye...

Tu eskrem. Bukan pisang. Bukan GB punye tapi. 

Kuikuikui...

Sebenarnya sekarang kitorang dalam stage bizigilo sampai kene tido kat opis. Tido ke tapi? Hahaha...!!!

Sebab tu GB takleh nak blogwalk sangat dan takleh pulak mereply komen. Sori eh kengkawan.

Budak praktikal kitorang pun sampai sakit gigi sebab stress. Kelakar jugak tapi takpelah, nak buat cane kan? Sok sok dah keje bebetul kang cenggini jugak hadapnye... ;D

Sebenarnya GB pun stress gak tapi takleh la kerut muka sangat kan...nanti tak cun...

So sekarang tengah break jap, makan-makan eskrem...update-update blog ala kadar...sebelum sambung menyetress lagi ye...

P/S: Bila stress ni kadang-kadang GB suka kacau orang. Awak yang terlibat...soweeee.... ;)

Wednesday, September 26, 2012

Gugup. Dan foto Tanjung Langsat lagi untuk Telor Power.

Masih lagi di Tanjung Langsat yang tak nampak sunrise tuh...

Telor Power, ko penah jalan sampai sini tak? Ke lagi jauh dari ni ko penah jalan? Hahah!

Nanti GB taruk semua foto Tanjung Langsat kat belog satu lagi okeh! Tunggu naaa...

*

Betul la kata Kak Azie yang dah komen dalam entri lepas.  Sebenarnya GB gugup.

Gugup maksudnya apa mehhh???

P/S: Sekarang ni GB suka pulak dengar lagu baru Alyah ni. OST cerita Kau Yang Terindah. Ceritanya GB tak tengok pun. Suka soundtrack nye aje...


Kau Yang Terindah - Alyah (Live)

Tanjung Langsat yang kelabu


Kadang tu kita ada banyakkkk sangat benda nak cakap, nak tanya...tapi bila ada peluang tetibe kita tak reti nak cakap pulak. Diam. Kelu.

Kalau cakap pun tahape-hape benda yang dicakapkan.

Itu la GB.

Nape ek?

*

Ape kene mengena dengan tajuk ntah? Hahaha!

P/S: Weather report. JB hujan lebat semalam sampai la ke pagi ni. Cane nak masuk site ntah ler...huhuhu~

Tuesday, September 25, 2012

Afiat Healthpark, Nusajaya, JayBee: The Irony

Blue hour at Afiat Healthpark.
Depan ada site office. Kanan ada detention pond. Belakang balik ke opis GB. Kiri kalau nak ke project site.

Ahad lepas...GB dan member ofis kononnye nak pegi tinjau-tinjau Karnival Nusajaya kat Kota Iskandar nun. Sekali takde parking pulak. Nak pegi Puteri Harbour pun tak boleh sebab jammed. Tak sangka pulak yang pegi tu punyelah ramai sampai ada yang sanggup parking punyelah jauh! Dah la tuh, nampak pulak ada 3 bijik kete yang diparking tepi jalan tuh dilanggar lari sampai remuk teruk kat belah depan. Mesti pengsan tuan punye kete...balik-balik tengok kete dia dah rupa cenggitu. Terus GB bersyukur sebab kete GB cuma kene kemek kecik je akibat langgar lari juga sebelum-sebelum ni.

Gambar GB tak terambik sebab tergamam. Dah pesen takleh jadi reporter agaknya (macam dalam entri masa kat Kundasang nih...)...

*

Thennn...off we went to cari sunset konon. Pegi la Tanjung Pelepas. Pegi tak gugel tak hape, harapkan signage dan GPS je...alih-alih end up kat port yang penuh dengan lori kontena je. Bayang laut? Sepicis pun takdet! Wuwuwu...!! (Lepas tu baru tau rupanya ada simpang lain nak kene masuk kalau nak menyunset kat Tanjung Pelepas...nanti GB try eh...huhu)

**

Last-last kitorang pegi kat Afiat Healthpark. Ironinya... Afiat Healthpark ni sepelaung je opis GB, dan selangkah dua je dari site opis projek yang GB handle, dan dalam 1km je dari site projek GB. Workaholics trying to have fun, maybe? Hahaha!!!

Ape pun, tempat tu sebenarnya cantik...ada detention pond, ada walkway nak jalan-jalan, ada benches. Cumaaa...teratai dalam pond tu tak kembang, dan sun tak nampak pulak tu. Kelabu asap je...so GB taruk laterlah ye gambo pond tu, bila dah ada sunset yang ohsem nanti.

Tapi layan jugaklah hari tu sebab ada member opis yang sekepala. Nak sunset sorang-sorang dah tentu tak best..nak nak kat tempat nyamuk bertendang macam tuh. Heheh...

P/S: Pastu kitorang gi cari stimboat kat Dataran Bandaraya JB... :D

Tandang bertandang ke rumah Kak Zakie bersama Kak Ayu Citarasa Rinduan ditemani teman ofis GB

Separuh dari lauk pauk yang dihidangkan semasa bertandang ke rumah Kak Zakie. Yerrr....ini baru separuh yer...

Skemanya tajuk!

Tapi kesimpulannya gitulah. Memang kisah bertandang ke rumah Kak Zakie pun. Janji nak pegi sama dengan Kak Ayu. Dan GB mintak member opis GB temankan sebab segan nak gi sorang. Nasib baik member on jer...kuikui.

Nak cerita asal usul pertandangan tu, Kak Ayu dah cerita panjang lebar kat entry dia di sini. Kak Zakie pun ada explain jugak dalam entry dia di sini.

Kitorang sampai lambat sikit sebenornya. Konon lepas Maghrib kan, sekali kuar opis lambat. Lepas Isyak baru kuar. Ngeee... Pastu rendezvous dengan Kak Ayu dan family kat BHP Senai. Then pakai GPS sampai ke rumah Kak Zakie. GB lead okeh! Orang KL lead orang Johor  tuh...weehooo!! Hahaha!

Sampai-sampai aje... sungguh la terkejut sebab tengok Kak Zakie dah masak lauk pauk banyak sangat sampai penuh meja! GB syak kalau sampai terlambat lebih sikit mesti bertambah la jenisnya lauk pauk yang ada kan Kak Zakie? Mueheheh...

Dan kitorang pun makan-makan, sembang-sembang dan usik-usik sampai tak larat nak makan dahhh....

Dan malam tu kami pulang dengan senyum yang melebau sampai ke telinga sebab ditapaukan pulak lauk pauk yang ohsem oleh Kak Zakie dan puding-puding lazat yang Kak Ayu buat. :D

To Kak Zakie, thank you yanggg.... sikit hari lagi GB curi adik bawak gi Tuttifrutti okeh!

P/S:  Sebenarnya teman opis GB ada komen, 'Baik-baiknye kawan blogger GB....!'. Memang pun. Terasa warm kan? Terasa macam at home. Walau tak dapat join gathering meriah kat rumah uncle LF last Ahad, tapi takpe... Sebab kawan blogger kat JB ni pun sama warm macam kawan blogger di KL juga. Syukur... :)

Monday, September 24, 2012

Tetibe banyak pulak ceritera yang beratur nak di update. Satu-satu ok...

Dataran Bandaraya, JB, semalam.
Lepas menstim boat, mentauhu bakar, then lepak sini jap bercerita soal hati dan perasaan (cewahhh!).
Lepas dah post baru perasan gambo ni sedikit tahape-hape and tak centre. Takpe. Abaikan.

Sebenarnya banyak pulak yang GB nak ceritakan dalam blog. Dari cerite tandang bertandang ke rumah akak blogger bersama seorang blogger lain, ke jalan-jalan konon ke Karnival Nusajaya, tapi tak jadi, lantas terus pergi memburu sunset, tapi tak nampak sun. Sehinggalah ke stimboat di Dataran Bandaraya dan ended up dengan lepak di padang sambil bersembang dan menembak-nembak. Lepas tu konon nak singgah Danga Bay untuk night photoshoot, tapi nasib baik ingat esoknye tu hari Isnin. Ahahaha!!!

Weekend yang bahagia I can say. Huhuhu...

P/S: Terasa macam bertambah gebu lak sekarang. Nak-nak lepas ditegur member blogger. Kene kurangkan kegebuan dah nampaknya nih. Huhuhu~

Sunday, September 23, 2012

Saya rindu orang di sana

Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor
Harini mereka bergathering di sana.

Saya jeles.

Sobs!

P/S: Takpe. Nanti kite buat la gathering kite-kite ni Johor nih pulak....huhuhu~

Saturday, September 22, 2012

The Un-Explainable Feeling of LOTR without Aragorn in

Feeling Lord of The Ring, Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor. Aragorn takde tapi. Heheh!

Kaki berangan. Sila abaikan. Heh!

*

Antara kelebihan negeri Johor adalah, Johor memilik garis pantai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Ada banyak muara sungai yang cantik-cantik, sama ada dah di developed atau memang semulajadinya cantik, cuma kene rajin gugel, start enjin kete and explore je. GPS pun antara mende alah yang dapat membantu jugak walau tak la sepenuhnya, nak nak kalau setakat GPS kat tepon Nokia can GB nih.

Can I aim for sebijik Garmin now? :D

P/S: Siap sediakan sepasang boots dalam boot kete, just in case kan...dan tripod kene sentiasa bawak rasanya walaupun tak plan nak buat long shutter shot. Sekian. Huhuhu~

Friday, September 21, 2012

Racun GF3


Dalam kesibukan mengangaukan Lumix LX7 yang belum dapat tu, ada pulak yang dah teracun dengan Lumix GF3 gB yang itu... gara-gara hands-on training (kononnyer...) separuh malam pakai kamera gB tu. Padahal gB tak racun dia lelebih pun. gB siap suruh angkat itu Nikon J1 lagi sebab brand glemer kan...

Tup tup dia cakap dia dah beli pun sebijik Lumix GF3. Siap ada extra lens dengan rege yang lagi murah dari masa gB beli dulu. Jeles...!!!

Tapi baguslah...ada geng GF3 dah sekarang. Yey! Tapi nak kuar photoshoot together-gether kene la tunggu gB dan dia balik for next cuti dulu. Eheheh...!

P/S: Teringat masa zaman GB diracun-racun suruh join geng EOS. Sampai ke sudah tak geng! Hahaha!!!

Thursday, September 20, 2012

Negosiasi

Emilia sonchifolia


Proses negosiasi sedang berlaku.

GB sengih je sebab GB dah 'ter'tahu.

Tapi takut jugak kalau sengih sekarang, later-later atas kepala batu juga ada taruk...!

Ahahah!

P/S: Ya Allah Ya Tuhan kami, murahkanlah rezeki kami dengan jalan yang Kau redhai, dan mohon janganlah Kau palingkan hati kami dari mensyukuri segala nikmatMu. Amin...

P/S 2: Sebenarnya GB tengah geram separuh mati. Tapi takpe. Abaikan. Eheheh...!

How to be vulnerable?



Just something yang GB terbaca baru-baru ni.

Being vulnerable dengan being weak adalah tak sama. Kononnye lah.

Being weak adalah bila kita asyik merengek-rengek itu ini segala benda nak minta tolong orang lelaki. Terlalu dependent kata omputih.

Tapi being vulnerable adalah bila kita boleh menunjukkan yang kita ni 'berperasaan'. To allow a man to see her insecurities. Contohnya kalau ada orang tu sakitkan hati kita, buat kita merajuk... dan bila menunjukkan emosi kita bila diperlakukan macam tu, tu maksudnya kite ni vulnerable lah.

Gitu haa....

P/S: Kononnyelah kan...

Wednesday, September 19, 2012

The moment that is now gone

Sunset at Setia Alam Lake, months ago

Tasik di atas dah takde ye sekarang. Dah kene backfill. Nasib baik sempat bersunset kat situ tapi sayang sungguh la kan sebab dah tak dapat nak me repeat lagi.

Pengajarannya kan, kalau ada benda best depan mata, grab the chance, seize the moment, sebab lepas tu kemungkinan kita takkan jumpa lagi benda tu.

P/S: Someone tanya GB, why sunrise and sunset? Hahaha...GB dah jawab tapi... ;D

Tuesday, September 18, 2012

Banyak agenda weh...!

Taman Tasik Shah Alam. Bukan sorang-sorang macam biasa lor...

Masuk je opis pagi ni, tengok-tengok kat atas meja sendiri...mak aiii...banyaknye kertas and dokumen and drawings nak kene follow up...! GB yang taruk sendiri tu, bukan orang lain. Pastu seawal pagi dah dapat call mintak drawing. Adeyyy...!

Nasib baik baru lepas cuti panjang yang agak fun. So tak la rasa tensen. Ngeee...

P/S: Sekarang nak memblog pun kene filter-filter. Mak GB dah pandai sebut 'Blog GB' dah sekarang....ahahaha!

P/S 2: Dua bulan setengah di JeyBee, GB ingat-ingat balik antara niat awal waktu berhijrah ke sini. Kalau ada rezeki insyaAllah akan dipermudahkan. Amin...

Sunday, September 16, 2012

Saya Mahu Terbang

Saya nak jadi macam layang-layang tu. Terbang tinggi tapi masih bertali.


Kawan saya dah terbang ke China tadi petang. Saya jeles.

Saya pun nak terbang juga. Kalau boleh sekarang juga dan sejauh-jauhnya dari Malaysia nih.

Selamat malam.

P/S:  Kalau betul itu niat awak, awak dah berjaya. Tahniah.

Friday, September 14, 2012

Do I/you love surprises?



Kesinambungan dari entri yang lepas...

*

Last weekend GB dapat mesej kat watsap perihal jemputan ke open house. Dapat-dapat je terus pasang niat untuk hadir walaupun open house tu dibuat masa hari keje (Khamis malam Jumaat) dan jarak agak jauh dari tempat GB. Tapi takpe...

Sampai je hari nya, GB dan member opis pun pegi lah ke sana... Member dah tanya, GB dah bagitau ke yang kite ni gerak dari opis? Tapi GB cakap tak... "Sebab nak kasi surprise..!". Kononnye lah kan...

Sampai kat rumah beliau...sunyi. Takde orang. GB dah gabra. Sebab...

*

Flashback: Ahad minggu lepas...

GB bangun awal. Kemas bilik, cuci baju, iron baju semua. Termasuklah baju yang GB nak pakai ke open house hari tu... Then masa tengah mekap, GB pun bukak la balik inbox. Nak cek alamat, nak set kat GPS. Tetibe...bila tengok tarikh dan hari...

Alamak...! Semalam ke rupanya open house tu...??? 

Melepas nak gi open house Mama2Q weekend lepas...gara-gara silap tarikh dan hari...

**

Patah balik ke masa kini...

Terus cek balik mesej watsap yang GB dapat haritu. Takut jadi kes yang sama. Kes salah hari lah kan...

Then bila tengok tarikh...betul! Hari pun...betul! Tapi kenapa takde orang??? Jangan la GB pulak yang ter'surprised' lagi sekali!!!

*

Nasib baik terfikir pasal mungkin member buat open house kat restoren dia. GB pun drive menghala ke mesjid sebab member penah cakap, restoren dia dekat-dekat dengan mesjid. Sekali tengok...fuh...lega....ramai yang amat! Kompem kat situ lah tu...

Then kitorang park and gerak ke restoren beliau. Dan betul-betul buat surprise kat beliau, macam mana yang dah diceritakan dalam entri ini...! Heheh!

Wajah-wajah surprised yang berjaya buat GB surprised pada mulanya. Heheh.
P/S: Thanks Kak Ayu dan En Zali dan keluarga atas layanan mesra kalian. Sungguh sedap semua makanan dan tak hairanlah kenapa ramai VVIP yang memilih untuk makan berulangkali di Citarasa Rinduan...sebab memang sedap pun! GB dan member siap dibekalkan dengan kuah mee rebus lagi. Ohsem walaupun segan sebenornye, heheh!

Surprise...!!!

Stulang Laut Sunrise. Love the golden reflection on the water.

Semalam GB buat surprise. Tapi nyaris-nyaris GB yang ter'surprised' balik. Nasib baik tak.

Tapi orang yang GB surprisekan itu memang surprised betul lah dengan surprise yang GB buat.

Nak tau? Next entry GB ce citer.

P/S: Weekend ni cuti 3 hari. GB balik KL insyaAllah... Kawan-kawan apa plan? Meh le ce citer kat sini.

Wednesday, September 12, 2012

I.M.U


Kenapa ada rama-rama di dalam perut?

The lifeless and the one with life

For the first time after quite a longggg while, GB rasa ada butterflies flying in my tummy. Many butterflies. Many, many butterflies.

P/S: Orang yang blur dan lack of self confidence adalah complete package of disaster. I refer to myself.

Tuesday, September 11, 2012

Afternoon talk

From the peak of Pedas Linggi Viewpoint heading North. Alone.


Kejap tadi GB borak dengan opismate. Tetibe ada mood dan borak pasal kawin. Sebab ye lah...dia baru lepas jadi pengapit member dia yang bersanding weekend lepas, dan GB pulak ada adik yang bakal naik pelamin bulan doblas nih.

Perborakan kitorang yang sekejap tu membawa kepada beberapa rumusan - gaji bukanlah penentu kawin cepat atau lambat. Ada je orang yang gaji dah belas ribu atau puluh ribu, tapi kawinnye idok juge. Jodoh dia lambat. Ada orang yang gaji baru cecah seribu setengah, tapi kawin juga. Sebab jodohnya datang cepat.

Betul tak?

Jodoh tu misteri. Rahsia Allah. Tapi dalam setiap perkahwinan GB yakin ada banyak hikmahnya.

P/S: Dalam umur-umur macam GB ni (gaya tulis macam dah tua sangat kan? Hahaha!!!), kalau datang seorang lelaki yang siyes ajak kawin dan bukan sekadar nak suka-suka, maka GB juga akan siyes mempertimbangkannya. Cuma sekarang ni takde yang siyes ajak kawin. Siyes, i mean siyes. Tapi macam biasa, GB akan cuba meng'less-complicated'kan urusan kawin-kawin ni supaya tak pening kepala. Ye GB tau... ada member sebaya anak dah nak masuk darjah satu dah..... Huhuhu~

Fine-tuning


Sejak akhir-akhir ni GB rasa lebih terurus. Mungkin sebab dah lebih dua bulan kan dok sorang di perantauan, so kite dah boleh fine tune dan jadikan diri sendiri selesa dengan keadaan yang baru.

Kalau tak...sebelum ni segala benda serba tak kena. Contoh eh, pantang salah makan, muka tumbuh jerawat. Banyak pulak tuh. Pastu kulit nampak kusam, berminyak. Tambah dengan sunburned lagi sebab dah makin kerap turun site. Sungguh hodoh GB rasa waktu tuh. Mula la salahkan semua benda. Sampaikan bedak dalam beg pun kene marah. Siap ugut nak tukar brand lain sebab rasa macam dah tak sesuai je.*Ugut bedak tuh...hahaha!

Pastu bila jadi gitu GB suka gi Watson's ke, Guardian ke, pastu spend masa (dan duit) banyak kat situ. Beli moisturiser baru. Baru, tapi sebenarnya GB dah lamaaa pakai, cuma dah lama jugak tak pakai. Kire guna balik la kan...

Time tu kompem GB takkan mau jumpa sesapa yang ajak berjumpa sebab kite sendiri tengah tak kompiden dengan diri sendiri.

Tapi sekarang ni ok dah...baru la rasa sayang nak tukar brand bedak yang dah nak masuk 3 tahun GB pakai tak tukar-tukar. Walaupun dia dah tukar formulation, tapi takpe lah...guna la jugak... still the best for me walau formulation lama lagi best. Huhuhu...

Ok, mula dah merapu...

P/S: Semalam sudah terfikir mau gi Singapore lepas keje. Setakat mau jumpa kawan, borak dan makan. Tapi fikir-fikir balik, dok je lah opis buat keje. Singapore can wait.

Monday, September 10, 2012

Lelaki yang tidak menyentuh perempuan, dan dia yang menjaga kehormatan perempuan, patut dijadikan suami. Tolong jangan lepaskan mereka.

That's why I love you

Terbaca tajuk di atas kat fesbuk somewhere tadi... Macam sweet je kan? Tau je la, budak-budak muda kat fesbuk tu memang suka share mende-mende sweet yang lovey dovey macam ni... tapi...

*

Frankly...frankly...frankly...

GB pun penah jumpa lelaki baik macam itu. Dia tak pegang-pegang. Sebab apa tau? Sebab dia kawan kite. Bukan boifren. Takde sebab la dia nak pegang-pegang kan? Atau mau penampo free?

Tapi ada jugak lelaki yang mau jadi boifren GB. Lebih tepat lagi, mau jadi suami sebenarnya, dan dia pun baik macam tajuk di atas tu jugak. Kalau jumpa tu dia behave sangat. Memang baik. Tapi.....kitorang tak sesuwei. Uhuhu... maaf sangat eh...

Dan ada jugak lelaki yang cakap direct dia berniat nak pegang-pegang, tapi bila dah ada peluang, tak pegang pun. GB jumpa dia bukan sebab nak bagi dia pegang-pegang, tapi sebab GB tau dia takkan buat punya. Kalau kompem dia jenis buaya memang tak la GB mau berjumpa... Bagi GB lelaki macam itu pun kategori baik, sebab dia cakap je tapi tak buat. Baik la tu kan?

Ada pulak lelaki yang cakap dengan GB pun taknak. Tapi dengan orang lain dia cakap. Tapi kantoi main tenung-tenung. Amboi. Suka GB le tuh sampai debor abis, tu yang tak nak cakap dengan GB tuhh? *Perasannnnn! Ok, lelaki macam tu memang selalu jauh aje la, berlaga bahu jauh sekali. Apatah lagi nak pegang-pegang? Kan kan?

**

Sedari kite kecik ustazah dah pesan, lelaki dan perempuan wajib ada batasan pergaulan. Tapi makin besor, kite pun lupa...terus cuba-cuba dan jadi biasa. Lepas tu pesan Ustazah terus hanyut macam tu aje... Kesimpulannya, benda yang tak boleh jangan dibiasa-biasakan. Nanti dah terbiasa susah.

P/S: GB bukan marah....GB nasihat je. Nasihat kat diri sendiri jugak nih. Tak semesti GB tulis entri ni GB pun baik perfect macam ustazah. Tak.... Sebab kadang-kadang diri sendiri ni nakal bukan main. Nakal aje, tak jahat. Siap fikir nak peluk-peluk orang la..ape la. Hahaha! Kalau ternakal tu cepat-cepat la sedar diri, reverse the thought dan bertaubat semula. Yang penting kite tau kite 'normal', kan? Dan takde manusia dalam dunia ni yang tak buat silap, kan kan?

P/S 2: Macam merapu pulak entri ni, tapi harap-harap ada la pengajarannya ek... GB tulis ni sebab GB dengar banyak komen yang 'GB nampak kekok dengan lelaki'. Yes I am. And this entry is the reason why. Huhuhu...

Kalau ada yang tanya GB nak hadiah apa for next birthday...GB akan cakap, 'Kite nak Lumix LX7 je...'. Boleh? :D

Motif taruk gambo berwajah sendiri? Dengan soalan... "Beautiful tak gambo ni?" :p

Semalam GB just jalan-jalan cari makan dalam JB ni aje. Lepas tu tersinggah pulak kat kedai kamera kat Plaza Angsana, sebab kebetulan memang nak survey kamera compact baru pun...

Lepas dah test test kamera yang di displaykan, GB tanya orang kedai tu pasal compact camera Lumix, any of it la kan. Dia pun terus keluarkan sebijik kamera yang baru sampai, tak sempat taruk in display lagi.

Lumix LX7. Comes with non-interchangeable Leica lens 1.4 (aummm!!!).

(Gambo nanti-nanti GB tunjuk.)

Terus GB rasa pencarian sudah berakhir. Heheh.

P/S: Mungkin ada yang tertanya, nape nak kamera baru lagi sedangkan GF3 dah ada? Sebab... GF3 GB kene pakai dua tangan. LX7 lak sebelah tangan je pun boleh... amacam alasan? Best tak? :D

Thursday, September 6, 2012

In the search of...

Dusk at Puteri Harbour, Kota Iskandar, Nusajaya, JB

Bohong la kalau GB cakap GB tak cari port sunrise dan sunset best sepanjang masa kat JB ni. Tapi, mistakes do happen la sometimes kan. Lots of time sebenarnya.

Port yang disangkakan boleh jadi port sunrise, rupanya matahari cuma nampak waktu petang aje. Begitu juga sebaliknya. Kadang tu hampa juga, bangun pepagi buta konon nak tembak sunrise, alih-alih alamak...matahari muncul kat belakang rupanya. Lupa nak cek arah sunrise sunset dalam map... Tapi takpe...

Sedikit yang GB boleh dapat selama dua bulan kat sini adalah, kalau nak sunrise, pegi la ke Puteri Harbour. Tu pun GB tak tau boleh tak masuk pepagi buta ke situ sebab belum try lagi.

Kalau nak sunset, pegi la ke Danga Bay.

Kalau ada tips lain, GB akan bagitau nanti.

P/S: Tu tak termasuk tasik-tasik kecik banyak nyamuk tapi ohhhsemmm tuh...!

My First Love


Sebenarnya GB demam sejak weekend lepas. Sekarang baru nak baik sikit. Dan sejak demam haritu, ada satu benda yang berjaya buat GB girang.

Bila dapat minum kopi balik!

Oh coffee, my first love, now and always! Muah!

P/S: Bekalan (eceh...) kopi Tenom di atas tu... tengkiu muah muah kat mak Seroja. Dan termos kuning tu pulak, tengkiu kat kakak saya! Sayang semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...