Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Thursday, August 30, 2012

4 Syawal - Hari yang full. Full. Full!

Embun di padi yang menguning

Semalam kitorang dah berpenat-penat berkenduri akikah, harini pulak GB dan family berenam jalan sakan ke rumah tunang adik GB, makan nasik dagin yang ohsem! Lepas tu gi rumah maklong pulak, makan lemang dan kek lapis sarawak. Nyum!!! And then terus ke Alor Setar ke rumah kazen, makan pulak soto. Pehtu gi umah kakak sedara sepupu kat Guar Cempedak, makan nasik pulekkkk....!!! Kenot tolak sebab ada ulam dengan ikan pekasam....!!!!

Terus rasa macam naik pat kilo on the spot!

P/S: But I loveeeee Kedah. Loveeee the sunrise at sawah padi. Loveeeee the embun di pagi hari...!

Legoland: A Sneak Peek

Intai-intai dari site opis
Break jap citer pasal raya.

*

Company tempat GB cari sesuap nasik ni sebenarnya consultant untuk projek Legoland. Tapi, walaupun GB selalu lalu kat Legoland, tapi takde la masuk dalam pun. Sebab GB jaga projek lain. Lagipun company GB dah taruk dua orang Resident Landscape Architect kat situ. Duduk full time. Nanti GB pun kene full time kat site yang akan ditentukan tak lama lagi... 

Cuma bila GB takde meeting/site inspection/site valuation bla bla bla untuk projek GB, baru la boleh curi-curi time ke Legoland. 

Kebetulan semalam pagi GB free dan ada pulak site inspection kat Legoland, so GB pun join la sekali. Inspection kat cluster Castle aje, tapi dah alang-alang tu GB jalan kat Miniland, dan pusing lagi 5 clusters naik Hilux. Patah kaki nak round semua dalam setengah hari...! 

I'd been to all...!
KLCC, KL Tower, Putrajaya Mosque at Miniland. Just a small portion of it.

Kene naik kete ni untuk pusing site

For info, portion Legoland yang dah dibuka kepada public sekarang ni cuma portion depan aje. The rest of Legoland akan dibuka 15/9 ni...

GB tunjuk sikit lah pics instead of just typical one-pic-per-entry spesel untuk kawan-kawan yer...

Knight's Feast. Tempat makan sebenornye. Belum bukak lagi.

Lil' lego mouse


Lego wolves
Pics yang lain GB simpan dulu ye...huhuhu~

Tips - Bila ke sana nanti rajin-rajin la tengok keliling. Mungkin akan nampak rama-rama atau lebah comel di tengah-tengah taman. Rama-rama, lebah, dan lain-lain yang dibuat dari lego semuanya. Kalau tak nampak...rugi...!

(Want to see more photos I captured? Click here...)

P/S: Kalau ada yang tanya pasal tiket free, jawapannya, takde. Diskaun? Takde. Tapi kalau nak berbaloi better beli yang whole year access. Mahal sikit, tapi untuk yang kaki strolling around slow slow dan snap snap macam GB ni, yang tu lebih berbaloi. :D

Wednesday, August 29, 2012

5 Syawal. Meriahnya di lebuhraya PLUS.

View sawah padi menguning kat hentian sebelah mana entah, sebelum R&R Gurun. Ada jalan masuk kecik merentas tali air dari situ. Yang nakal-nakal mesti suka. ;D

Beberapa entry mulai entry 7 Syawal adalah berkonsep flashback (membelakang). 

*

Raya ke 5. GB dan family dah pack nak balik KL. Tapi singgah Pekan Rabu dulu nak beli barang sikit. Mak nak cari acuan kuih semperit. Ayah dan adik-adik nak beli kuah rojak Mak Bee la, putu kacang la, kerepek la, bahulu la... Dan GB pulak, tipikal tak reti shopping, cuma rembat 2 botol minyak wangi bau ros yang sweet dari Mekah, dan sepeket tomato kering buat kunyah-kunyah masa drive balik nanti. Nyum!

Hiway tak jem, tapi banyak kete. What to expect kan? Banyak orang pun sama lah schedule nak balik KL time tu jugak. Cuma kene hati-hati sebab hujan dan bila ngantuk tu alert je mata cari signage berapa KM lagi next R&R. Sampai nak dekat kul 11 malam.

Penat. Tapi esok dah ada agenda. :D

P/S: Harini 11 Syawal, GB pusing Legoland. Sekaliharungkan inspection dengan jalan-jalan amik gambo. Nanti GB taruk pics eh... :D

Tuesday, August 28, 2012

6 Syawal. Raya di rumah kengkawan sambil menganto kukis.


Masa untuk berjalan ke rumah kengkawan yang available sambil menganto sebekut raya yang dah diorder. Delay-delay kang ntah bila la pulak boleh anto kan?

Anyway, first GB gi umah CikPuanLawa dulu kat Kampung Sungai Haji Dorani sana. Anto biskut. dan beraya. Dan jumpa anak-anak adik-adik yang adorable. Dan familinya yang mesra. Petang jugak baru sampai sana. Sebab ada la berenti 2 kali kat Petronas, beli kopi. Dah alang-alang lambat  kan...menyunset dulu kat tepi pantai yang jauhnya cuma 2 menet je dari rumah CPL sebelum gerak ke Klang.

Sunset yang ohsem. Puas hati! Walau lepas tu GB kene kaw-kaw sebab lambatttt sampai ke Klang dek member kelaparan yang dah menunggu lama kat rumah Aspen sebab nak beraya jugak. Dan sambil anto biskut raya jugak.

Misi tercapai! Beraya, anto biskut, bermaafan, chit chat dan sunset. Perfect! Tengkiu kawan-kawan for the lovely meals and talks!

P/S: Padahal badan masih lesu sebab semalam tu sampai Shah Alam agak lambat jugak. Highway dari Utara jem lah. Dah la sekarang ni GB kerap mengantuk.. Tapi demi kawan-kawan, GB terus menjadi gagah. Heheh!

7 Syawal. Leisure Saturday, Girls' Day Out, & The Expandables 2. And are you capable of living an out-of-normal life?


Harini 10 Syawal. Tapi masa 7 Syawal GB kuar dengan sorang member baik yang GB dah kenal sejak darjah 1. Movie. Makan. Borak. Dan kopi.

*

Satu hari yang leisure tu banyak buat kitorang refleks diri balik. Ingat balik apa yang sebenarnya kita nak dalam hidup. Kitorang dah boleh tanggung diri sendiri. Itu betul. Dan sekarang masanya untuk berseriosa pasal masa depan, pasal teman hidup. Teman hidup yang boleh buat kita hidup normal, yang kita boleh keluar jalan-jalan tanpa rasa takut, tanpa ada orang kacau, tanpa sorok-sorok. Yang kita boleh tua bersama tanpa makan hati.  Yang boleh jadik bestfriend kita, boleh share banyak benda, tapi masih ada personal space reserved for each other. Yang boleh complement kekurangan kita. Dan boleh argue tanpa gaduh kalau pendapat tak sama.

Sounded too fairy-tale-like?

Tak sebenarnya. Kitorang sedar hidup bukan perfect. We are not perfect either. Tapi itu yang buat kita manusia. Tul tak?

Tapi...dalam dok borak-borak tu ada gak banyak 'tapi' nya. Hati adalah sebuah organ invisible yang complicated sebab di situ ada perasaan.  Nasib baik ada akal sebagai penasihat, walau kadang akal pun kalah.

Tapi fikir-fikir balik, GB lebih sanggup tunggu lagi, dari end my bujangness with forever out-of-normal life, ever.

Syawal yang meaningful... :)

P/S: Kadang kita boleh terpengaruh bila ada somebody yang powerful enough to overpower kita punya decision making. GB pernah hampir terpengaruh. Hampir. Tapi akhirnya tak. Syukur pada Allah...

Monday, August 27, 2012

Mabuk darah (Amaran: Pemabuk darah dilarang tengok entri ini)


Mangsa keadaan. Tangan sebelah lagi pun teruk. Mujur takde patah riuk sebab moto dia pun tak bape nak laju masa dia tergolek-golek tadi. Kesian tu kesian jugak, tapi sebab dia pun dah berada di tempat yang dikira salah dalam hal ni, kene la dipertanggungjawabkan.

Sebenarnya GB loya-loya time buat entri ni.

Pape hal pun tengok cemana esok sebab nak setelkan hal kete budak opis GB yang dah dilanggar tuh. Kalau dia muncul untuk setelkan hal ketuk dan cat, kire setel lah. Kalau dia tak muncul esok, GB dah ada cara yang difikirkan...

Nasib baik blog ni ada. Huuu...

P/S: Baru sedor GB takde gambo diri sendiri walau dalam kamera sendiri ataupun henpon sendiri, sebab takde nak tolong amikkan gambo pun. Kesian orang jauh...

Kerana minyak setitik, rosak separuh hari

Nice sunset at Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor

Harini masa GB dengan budak opis on the way gi meeting, ada suatu kecelakaan telah berlaku. Ada moto plet Singapore nih sudah terlanggar minyak atas jalan, lalu tergolek dan terlanggar pintu kete budak opis GB tu lantas kemeklah pintu kereta beliau...

Maka separuh hari lah berlalu sebab nak setelkan hal berkenaan, siap mabuk darah nak mun mun GB bila tengok tangan orang moto yang berdarah-darah tuh...

Rupanya GB memang dah mabuk darah lah. Sejak 2 tahun lepas. Nape ntah? Tapi yang GB sedor time tu GB nak mun mun tengok darah sendiri masa menderma darah..

P/S: GB nak taruk entry raya sebenornye...tapi nantilah GB taruk entri membackwards ye...huhuhu~

Tuesday, August 14, 2012

Kalau asben yang komplen cemana?


Housemate GB cakap dia bosan dok sorang-sorang, sebab dia balik keje awal, tapi GB selalu balik lambat. So harini dia order Subway untuk berbuka, mintak GB belikan bawak balik... terus GB rasa bersalah nak balik lambat sebab kesian kat member...

*

Tu baru member housemate yang komplen. Kalau asben yang komplen (later-later) kang cemane ek?

P/S: Awak...dah kawin karang GB balik le awal okeh!

Monday, August 13, 2012

Penceroboh!

Masjid Putra dari Jeti yang diceroboh di Kelab Tasik Putrajaya. HDR. Masih tak terer tapi...

Semalam (Ahad), GB dan geng kamera berdriving ke Putrajaya untuk sunrise. Menceroboh ke jeti untuk dapat shot masjid yang best. sambil keluar-keluar peluh sikit.

Cuma sayang sebab langit tak biru. Jerebu lor...

*

Mungkin ada yang pelik nape GB balik KL minggu ni, sedangkan minggu depan dah raya. Sebab...GB ada urusan company hari Jumaat tu jugak. Kene la balik. Lenjan si DarlingPepel kaw-kaw... 2 jam setengah sampai tol Sungai Besi.

Seb baik cek tadi takde saman! Lega...

P/S: Tapi semalam GB bawak CikPuteh gi Putrajaya, bukan DarlingPepel. DarlingPepel kasi rehat, takut dia merajuk sebab dah kene lenjan kaw-kaw. Soweee... :D

Friday, August 10, 2012

Bila shopping complex jammed masa hari keje, mesti la GB pelik kan?

Crowd waiting for free ice cream

2 hari lepas GB ke AEON Bukit Indah lagi. Jangan la pelik kalau GB asyik ke sana je sebab dekat beno tempat tu dengan opis GB, tak sampai 1km. Ingat hari keje tak sesak, rupanya kemain jem sampai kene rebut-rebut parking, dan ramai jugak yang parking illegal ikut dannn je. GB cuma nak beli moisturiser dan syampoo dan hair leave-on serum dan losyen dan shower cream baru dan tako tao yang dipesan budak opis GB je, so pelik la kan tengok jem yang dahsyat tu. nak kata sebab orang Singapore cuti National Day esoknye pulak, tak de la banyak beno kete plet sana.

Rupa-rupanya depa pakat bersesak sebab nak eskrem free! Adoiyai...!

*

Takpe, biarkan depa. GB terus je ke Watsons dan beli barang-barang yang GB nak, pastu balik. Tako tao takde la tapi. Huhuhu...

P/S: Semalam takleh tido. Sikit-sikit terjaga. Check email. Watsap. SMS. Agaknya sebab dah minum nescafe masa berbuka kot. Kalau nak tau, GB tak sentuh nescafe sejak hari pertama puasa lagi. Semalam je minum sebab dah terbeli yang dalam kotak punye..

Thursday, August 9, 2012

The Togels


GB dah lama usha pokok-pokok togel tepi hiway ni. Ada beberapa spot pokok togel sebenonya. Kalau timing kena, nampak kabus-kabus kat surface, laaagiii ohsem! So tadi pagi, GB kuar awal sikit. Tapi tak awal sangat sebab matahari dah naik dan kete pun agak banyak. Gamble-gamble je ni benti tepi hiway dan snap.

Sebab kebetulan ternampak sorang mamat berplet Singapore yang dah benti tepi jalan juga, kat flyover dan snap-snap gambo sunrise mengadap muara Sungai Danga yang tengah under construction tu. Kompem view yang dia dapat ohsem gile.

Lepas tu terus GB dah gatal tangan, berenti jugak lebih kurang 200 meter dari dia, tapi view sungai dah takde la. View lain lak dapat...

Takpe, try lagi esok-esok. :D

P/S: Esok kuar laaagiiii awal! Ada port sunrise baekkk punye tepi site opis kat Bukit Indah nih!

Wednesday, August 8, 2012

Ceritera Iftar


Bila baca entry Iftar Di Bawah Lampu Neon  ni, GB rasa macam nak jugaklah beriftar kat open air, tepi tasik, bentang tikar picnic style. Kat JB ni taktau la kat mana nak buat macam tu, lagipun GB tak sure ada ke member yang nak ikut cara GB berbuka macam tu. Frankly, GB tak kisah kalau takde tempat yang proper untuk berbuka, asalkan ada makanan. Duduk atas tanah tepi tasik pun GB on je. Huhuhu...

*

Pernah sekali tu, GB dan PuanBestie keluar window shopping raya (kononnye) kat area Sogo nun...bayangkan aje lah bila wiken sesaknya macam mana. Last-last tak dapat tempat untuk  berbuka sebab semua tempat makan penuh. Beli je kuih kat stall tepi jalan dan berbuka je ramai-ramai kat tepi jalan tu jugak. Duduk kat tangga la. Tapi quite fun jugak la berbuka beramai-ramai dengan orang lain yang kite tak kenal, sambil bersyukur sebab ada jugak makanan untuk berbuka.

**

Baru-baru ni GB gi AEON Bukit Indah. Konon nak berbuka kat VIVO, sekali dah full booked daa... Bergegas kitorang ke Subway, queue up dan order Ramadhan Set. Food court pun dah penuh time tu. Kitorang ended up makan kat bench depan elevator. Tapi still fun jugak walau tak proper makan tak bermeja. GB tak kisah. Seb bek member GB pun tak kisah. Tapi GB tau ada orang yang kisah...

Esoknye lepas keje GB berbukalah kat VIVO. ;D

***

Paling selalu masa kat KL, adalah berbuka puasa dalam kereta. Sebab tu masa kat KL, GB selalu make sure ada makanan dalam kete. Paling kurang twiggies dan air kotak. Tapi sememeh la kan makan dalam kete...

Kat JB ni penah jugak berbuka dalam kete sekali dua, tapi setakat teguk air je sebab kenapa ntah GB tak simpan stok makanan dalam kete selama kat JB ni. Oh, mungkin sebab biasanya GB akan sampai bazaar lepas azan habis (Nusajaya ke BBU takde jem, heaven!), dan time tu semua stall tengah pack-pack nak balik dah. GB pun pusing-pusing tengok dan beli mana yang masih ada. Selalunya dapat diskaun, kadang-kadang dapat free terus! Haha! Syukur...

****

Tapi rasanya bila dah berfamily nanti GB takleh bawak stail yang terlalu selamba tu kot. Agaknya lah kan. Tapi kalau asben nanti jenis selamba gak cam GB, anak-anak boleh la ikut sekali stail selamba tu kan? Ahahaha dan dan berangan!

P/S: Tapi sementara belum ni, ada sesape nak teman GB berbuka kat tepi tasik? ;D

Tuesday, August 7, 2012

Sorry...!

Antara sebab nape GB asyik taruk gambo makanan je sekarang ni adalah sebab masa makan je la GB boleh amik-amik gambo. Time lain tak sempat... Haha! Soriii....!

By the way, semalam GB dengan member opis berbuka kat Vivo AEON Bukit Indah. Festaim kot. Pizza dia sedap giler and lain dari pizza lain yang GB penah makan. Pastu lepas ni kompem GB akan tensen bila seluar dengan baju makin ketat. Hahaha!

Creamy Mushroom Spaghetti

From where we sat

Iced lemon tea for two

Chicken Lasagna

Our food

Our personal pizza

The eaters
P/S: Sebaik abis je makan, GB bercita-cita nak diet balik. Kalau tak kaw-kaw pun, kurang-kurang diet la jugak ringan-ringan. Risau pulak rasa asyik makannnn je sekarang. Padahal bulan puasa kan?

Sunday, August 5, 2012

Oh-so-complicated!


Sebulan bukanlah masa yang cukup lama untuk GB explore JB ni. Dalam sebulan ni hidup GB berkisarkan keje aje. Keje, ofis, site meeting, site inspection. Balik malam biasanya. Kalau terpaksa, weekend pun keje. Kalau nak cerita, banyakkkk sangat yang GB nak ceritakan, tapi kat sini GB cuma ada kawan ofis, kawan rumah, dan kawan projek (project team). Kat sana GB ada mak, adik-adik, dan kawan-kawan kamceng untuk GB cerita dari hati ke hati. Cerita dalam watsap tak best lah!

Kalau ada masalah GB cuba selesaikan sendiri. Kalau tak boleh jugak baru minta bantuan kawan-kawan yang sikit tu kat sini. Tapi syukur, kawan-kawan yang sedikit kat sini sangat membantu. Kalau tak boleh jugak, tepon mak ayah adik-adik nangis-nangis mintak tolong. Tetibe rasa fragile lak. Huh!

*Group hug semua...!

Tetibe terasa sangat GB ni takde orang lelaki yang boleh mintak-mintak tolong kalau ada pape, sebab bukan semua benda GB boleh buat sendiri. Kalau ada boyfren ke boleh gak mintak-mintak tolong. Kalau kat KL, ayah ada, adik ada... Huuu...

Tapi takpe, slow-slow.

Yep, a'ah la...GB memang slow sikit banyak bab buat kawan ni. Especially dengan lelaki. Kekok sikit. Takut perasan pun ye. Oh ye, tau tak GB sangat fobia terhadap perasan? Kalau suka, cakap. Kalau tak suka, jangan nak buat GB perasan perasan konon orang suka GB ok. 'nuff said! Tak payah nak feeling oh-so-complicated sangat. GB tak suka. Eh, tetibe!

**

Sebenarnya banyakkkk port best yang GB nak lepak untuk menembak kat sini. Tasik temporary yang ada tunggul pokok sawit, pokok togel takde daun. Ohsem ok! Tapi masa la yang tak cukup. Kalau biar lelama kang port best tu kompem akan lenyap, tetibe je naik dah hoarding untuk pacak building baru. So GB kene la grab sementara hoarding belum naik nih!

Lagi satu...sebab GB takde geng menembak kat sini. Ok, itu sedih. Heheh!

Anyway, cukup lah sedih-sedih. Sebenarnya yang happy-happy tu lagi banyak dari yang sedih tapi saje mengade kan GB? Huhuhu~

***

Ada beberapa plan GB terpaksa pospon atau kensel atas sebab yang tak dapat dielakkan. Harap-harap ada kesempatan lah untuk GB fulfill kan mende-mende yang terpaksa pospon atau kensel tu in the future yek.

P/S: Panjang tak? Sebab GB dah lama tak bercerita panjang-panjang dengan member. Kes lepas gian gak ni.

Thursday, August 2, 2012

Entry lepas gian

Buah

Salad

Kambeng

Kuih

Sebenarnya GB rasa blog GB yang satu lagi tu dah terabai...sebab tu GB tetibe taruk 4 helai keping gambo kat sini demi melepaskan gian.

Tapi GB ada satu soalan...

Antara makanan-makanan dalam gambo di atas, yang manakah yang GB tak makan?

Sekian Kesian...

P/S: Gian nak menembak pun ye jugak sebenarnya...

Wednesday, August 1, 2012

Wipe Your Mouth, Keep Your Smile


Alhamdulillah.

Boss banje buffet bukak puasa. Ada kambeng golek okeh! And the price? Unbelievably cheap! RM39.90++ only! Tapi mungkin jugak sebab book untuk ramai-ramai kots...

Klik sini kalau nak tau kat mana okeh! 

P/S: Tapi tak mampu nak membedal semua makanan yang di aim sebab keularsawaan sangat-sangat dah.... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...