Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, July 30, 2012

Cooling down at Danga Bay

Bestnye kalau ada yacht senirik kan? Hihihi!

Haritu GB hot kan?

Sekejap je sebenarnya. Sebab tetibe teringat mak GB berkata...

Orang yang kalau kupas bawang potong bawang asyik menangissss je maksudnya kuat cemburu. Kurang-kurangkanlah sikit GB oii...

Yep, time tu GB tengah menangis-nangis sambil kupas bawang besor. Tak tahan pedih lah...!

*

Wahai GB, silalah kurangkan cemburu anda kalau mahu rumahtangga bahagia suatu hari nanti. Boleh pesan gitu kat diri sendiri? Heheheh!

P/S: Tak sabar nak tunggu construction kat muara Sungai Danga siap. GB rasa situ akan jadi port lepak pepagi atau pepetang lepas balik keje bila siap nanti. Sunrise and sunset la...apa lagi kan? ;D

Postnote: GB rasa cool jugak update cerita-cerita hidup di JB ni. Mungkin lepas ni (lepas beberapa tahun) GB akan update cerita-cerita hidup dari tempat lain pulak. Mana la tau kan? Kot-kot boleh merasa update dari negeri lain atau negara lain pulak... (kalaulah company nak anto alangkah bestnye!)

Friday, July 27, 2012

Kenapa la nak panas-panas hati di tengah-tengah bulan Ramadhan ni...?

Inside of  show house at Sapphire 8, Bandar Seri Alam, Johor Bharu, JayBee.
Itu botol punye isi takde alcohol punye ye...


Silly me.

*

P/S: Satu benda pelik, kalau tak nak, then why should I care? But I did care lah. But I do not want to. But still care. Silly. Huh!

Thursday, July 26, 2012

Misi seterusnya: Mencari nasi goreng seafood bungkus daun pisang di JB

Bulan penuh Syaaban, terlindung dek awan. Kesian pungguk.



Note: Misi seterusnya bermaksud nasi goreng yang diidamkan tu GB belum dapat lagi ye...

*

Semalam GB beli nasi ambeng dan air kathira kaler hijau muda kat bazaar kecik kat Taman Perling. Keciknya bazaar itu sampai boleh pusing 4 kali tapi masih takleh figure out apa nak dibeli! Ok, frankly, bagi GB kan...sedap lagi nasi ambeng kat Mr Nasi Ambeng dan sedap lagi air kathira putih yang GB beli kat BBU tempoh hari. Tapi takpe, itu rezeki untuk semalam.


**

Lepas terawih GB tengok tv, ada rancangan makan-makan Malaysian made kat 8TV. Tajuk dia Best in The World kot. Kebetulan dalam episod semalam diorang pusing jalan cari makan kat JB!! Walawehhh...banyaknye tempat makan diorang terjah! Ada durian goreng, cakui bakar, tauhu bakar, laksa nyonya, lontong segala, siap diorg bagi GPS coordinate lagi. Tapi GB tak dapat salin sume sebab gambo tak clear so tak nampak pun coordinate nye. Nanti lah tengok kat tonton.com.

Tapi dalam banyak-banyak tu GB nakkkk sangat cari kedai makan misteri yang jual nasi goreng seafood bungkus dalam daun pisang! Misterinya sampai tak tunjuk dalam tv pun!  Setakat tunjuk nasinye aje. Huuu...

So tadi GB gugel. Femes rupanya nasi goreng seafood ni. Dannn...rasanya GB dah jumpa kat mana tempatnya!!!

Jumpa kang GB taruk gambo eh! :D

P/S: Tetiba GB risau. Dalam dunia takde sempadan ni, anytime je orang boleh curi identiti kite untuk membuat onar kat sape-sape. Cemana nak protect ID kita dari dicuri dan dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawab di alam maya ini ek...? 

Tuesday, July 24, 2012

Testimonial kacang pool dan air kathira pertama


Lokasi: Bazaar Ramadhan Bandar Baru Uda
Menu: Kacang Pool tak branded, Air kathira kaler putih, dan laksam (tiada dalam gambo)

The verdicts:

Kacang pool sedap....! Tapi tak tau la sama tak rasa dengan kacang pool aji yang femes tu. Dah try kang baru boleh compare. Cicah dengan roti gemuk, layan giler! Dan tak sangka la pulak sangat kenyang jadinya. Seb bek laksam boleh buat sahur (awal la tapi..)...

Air kathira...power!!! Kaler putih la...bukan hijau. Kire kaler putih ni air kathira tipu kah?

Laksam...sorry to say....terlebih gula. GB terlupa nak mintak kurang manis takde gula masa beli. Tapi takpe..layan abis jugak sambil menangis sorang-sorang sebab tengok Pursuit of Happyness. Sahur awal sebab takut basi. Heheh!

P/S: Ops, ni bukan blog makan-makan tapi... ;D

Monday, July 23, 2012

Sunset 1 Ramadhan

Layan sunset depan rumah sambil tunggu azan berkumandang


Sometimes life can be funny. Funny enough that we''ll laugh our heart out but in the same time we still try to figure out the logic behind.


Tapi itu lah kan. Hidup. Kengkadang logik. Kengkadang kelakar. Kengkadang kita tak dapat jawapan untuk semua persoalan. 


Penah dengar tak macam mana ada orang yang boleh buat proposal on-the-spot, dan agree on projek baru, on-the-spot jugak, just over coffee and a piece of tissue aje. Cool kan?


P/S: Semalam ternangis pulak masa baca Eat, Pray, Love...masa Liz anto email to breakup with David. Ceh!

Friday, July 20, 2012

Momordica charantia. And why I should not dig that deep.

Momordica charantia (Bitter gourd, peria)

Antara satu perangai GB yang buruk patut dikurangkan adalah over analyse. 


Menganalisa terlalu dalam akhirnya akan membuat GB yang sudah mula tertunduk hati untuk sesuatu, kembali ke safe zone atau comfort zone yang mana GB rasa selamat tanpa sebarang manipulasi. 


Terlebih DHA kot GB nih?


P/S: Selain tu, GB suka tanya: Kenapa? What's reason? Why? 'No answer' could lead to a dead end. Dan selalunya macam itu lah. Haru kan GB nih? 

Thursday, July 19, 2012

Ramad


Ramad = Panas


Ramadhan? Ye, bulan yang panas.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ye kawan-kawan terchenta.


P/S: Bulan Ramadhan ni GB rasa macam ada aura. Aura yang GB tak rasa di bulan-bulan lain...smell of Ramadhan air rasa lain sungguh. Damai yang lain macam. Terus rasa rindu nak berterawih dengan mak kat sana. Sobs!

Allium tuberosum. Dan kisah UV protection.

Flowers of Allium tuberosum. Atau nama Melayunye, kucai. Goreng dengan togeh taruk kicap sedap woh!

Last week masa balik Kampung Subang, mak dan sume-sume lah menegur; Awat hitam (burned) sangat? Pastu awat banyak jerawat? Duh..

Ok. GB mengaku GB burned teruk gak. Sebab bedak Ronasutra GB yang ada SPF 35 tu dah abis dan kebetulan GB banyak turun site. Then starting Isnin lepas terus GB tak lupa sapu sunblock Loreal SPF 50 everytime sebelum kuar rumah supaya tak terus dihangitkan lagi. 

Harap-harap sebelum raya nanti GB boleh le memancor kembali macam dulu....huhuhu~

P/S: Dalam bekerja atau ber'deal' dengan orang pun, kita kene protect diri jugak. Supaya tak dimanipulasikan...itu je. 

Wednesday, July 18, 2012

Tridax procumbens. Dan kisah survival.

Tridax procumbens (Sila lah jenguk bunga yang sama yang ditangkap pakai kamera cap ayam GB pulak di sini.....)

Survival bukan hanya berlaku bila kita ke tempat baru, ke tempat orang yang mana ramai orang tak kenal kita dan kita tak kenal orang, atau pun bila kita masuk hutan atau naik bukit atau redah sungai sahaja.

Survival juga perlu bila kita bersama diri kita saja. Atau berdua. Atau mungkin bertiga (di mana yang  ketiga tu adalah syaitonnn). Bila kita seorang diri, tak semestinya tiada yang lain di situ. Dunia kan sudah tiada sempadan. Dan bila dunia sudah tiada sempadan, yang ketiga itu (syaitonnn) wujud bila-bila masa sahaja.

Hati-hati.

P/S: Macam paham tak paham je entri GB kali ni kan? Takpe. Kasi layannnn je satu kali eh!

Tuesday, July 17, 2012

Tecomaria capensis. Dan kisah baju raya last menet. Ye GB tau...puasa pun belum kan...?

Tecomaria capensis (Cape Honey Suckle)

Tadi borak jap dengan budak opis. Pasal baju raya. Huuu...

GB teringat sejak 10 tahun lepas GB jarang prepare kaw-kaw dalam bab baju raya ni. Selalunya shopping last menet. Tempah...pernah la sekali dua je kot dalam tempoh 10 tahun ni. Selebihnya beli siap. Biasanya esok nak raya, atau esok nak balik kampung dan lusanya raya, barulah terkocoh-kocoh menerjah mana-mana kedai yang still bukak lagi. Itu pun ikut nasib la. Kalau ada yang berkenan dan ada saiz (heheh!), merasa la baju raya baru. Kalau takde maka recycle la baju raya tahun lepas, mix and match sikit nak bagi nampak lain. Lagipun sehari dua je pun nak melaram...

Tahun ni pulak GB dah terfikir pasal baju raya even sebelum puasa lagi. Tapi mungkin jugak setakat di fikiran aje la. Shoppingnye last menet jugak. Huhuh..

P/S: Tapi takpe, Plaza Angsana tu sepelaung je dari umah GB. Jusco Bukit Indah tu pun sepelaung je dari opis GB. Ecehhh....

Monday, July 16, 2012

Heliconia rostrata. Dan nasib baik dah menyunset, menyunrise, dan menstartrail puas-puas sebelum ni...

Heliconia rostrata

Sekarang ni tak sempat. Seb bek ada geng dan teman ajak menyunrise dan menyunset sebelum ke sini. Kalau tak mesti GB rasa kempunan.  ;D

Harap-harap masuk je bulan pose karang boleh relax sikit. Huhuhu...


P/S: Soalan best dari member geng wasap. "GB lari ke JB ni ikut boipren ek?"


Postnote:
Menyunset - Mengambik gambo sunset
Menyunrise - Mengambik gambo sunrise
Menstartrail - Mengambik gambo startrail


*Peace. ;D


From the builder of world's tallest building

While listening to talk by Dato' A. K. Nathan

Sabtu lepas GB bermeeting (lebih kepada company event, talks, makan, fun, etc etc) nak dekat sehari suntuk. Bila dah abis tu rasa penat kot, sampai tepaksa kensel sunset petang tu dan membawa ke sunrise pagi besoknye pon kene dikensel juga sebab malam (pagi) sebelum sabtu tu kul 2.30am baru sampai umah. Sori eh kawan... ;)


Takpe lah. Lagi 2 minggu GB balik lagi, insyaAllah.


P/S: I have many weakness. Many. Many. Many. Tapi tengah on the way nak improvise nih. Makan masa la of kos.

Friday, July 13, 2012

Calathea lutea. Dan quote of the day.

Inflorescence of Calathea lutea


Pokok ni faveret kat lanskap rumah atau taman awam. Bukan sebab bunganya sangat, tapi sebab daun dia yang lebar dan hijau..... Kalau nak tau lebih banyak pasal shrub ni, boleh le gugel 'Calathea lutea' ye...hihihi...

*
GB nampak quote ni kat fesbuk tadi. Cool. Dan boleh jadik peringatan kat GB yang kadang-kadang blur tahap gaban dan nampak macam naive tahap cipan nih. ;D

GIVE but don't allow yourself to be USED
LOVE but don't allow your heart to be ABUSED
TRUST but don't be NAIVE
LISTEN to others but don't lose YOUR OWN VOICE

Khalas.

P/S: Happy weekend kawan-kawan. I mean kawan-kawan ye, bukan follower ataupun fans. Ok. Ayat diva tak hengat. Hahaha!

Leucophyllum frutescens. Dan kisah dua minggu.

Leucophyllum frutescens di Kota Iskandar

Dah nak dekat dua minggu GB keje kat JB. So far keadaan kat sini takde lah se-miserebel (miserable) yang GB ingat. Sebenarnya ok je duduk and keje sini. Ok sesangat! Tapi frankly GB spend lebih banyak masa kat keje dari kat umah sewa. Nantilah bila dah agak free kang GB bergroup hug dengan bebudak umah sewa pulak.

Tapi GB rindu la ofkos kat family kat Kg. Subang. Especially masa weekend. Memang la purposely weekend tu GB duk umah tak gi memana sebab nak basuh baju, ngemas segala, tapi rasa lost gila sebab macam sunyi sikit. Jalan-jalan beli makan sorang-sorang. Makan pun sorang. Tengok TV pun sorang. Gelak pun sorang (sebab tengok lawak kat TV lah, bukan gelak sesaje!). Nangis! Sebab budak umah sewa tu time weekend depa takde. Gi deting kot. Ahahah.

So kalau ada sesapa terasa nak keje kat JB tu, meh la sini. Boleh geng dengan GB.

P/S: Tapi weekend ni GB balik KL sebab ada company quarterly meeting. Siap ada costume theme la pulak. Funky floral Hawaiian. Ajojo nak dress up cemana ni???. Weehooo!!!

Thursday, July 12, 2012

Sewaktu dalam pencarian tempat makan yang privacy dan isolated...


...ramai yang ingat GB nak makan dengan seorang lelaki. Termasuk le geng wasap GB, pun ingat macam tu.  Heheh!

Tapi tak lah... Makan dengan member pompuan pun kadang kita kene gak gi tempat yang cenggitu.

Bukannya apa. Senang nak menyembang. Jauh dari riuh macam pasar tapi takde la senyap sunyi gelap gulita sampai setiap patah perkataan yang kita sebut orang boleh dengar. Tul tak?

P/S: Tapi kalau sorang-sorang pun GB suka nak mamam kat tempat yang private jugak. Senang nak buat people watching. Senang nak buat hal sendiri. Takde orang nak kacau-kacau. Ahahaha!

Wednesday, July 11, 2012

Matahari yang tak statik

The silhouette of Caesalpinia ferrea (Leopard tree, Brazilian Ironwood)

Bagi yang biasa tengok matahari, pasti akan perasan yang matahari ni tak statik. Maksudnya, tempat naik matahari yang kita tengok mungkin bukan Timur yang sebenar, begitu jugak tempat tenggelamnya, mungkin bukan Barat yang sebenar. GB nak eksplain pun tak reti, tapi pendek kata gini lah...

Kalau ke tempat yang tak biasa (siang), GB akan tentukan arah kiblat berpandukan arah naik atau terbenamnya matahari. Tapi disebabkan matahari sendiri tak statik, kadang-kadang kite tak boleh terlalu bergantung kepada matahari untuk tentukan arah kiblat. 

Kena cek balik dengan kompas. Tapi kalau dalam keadaan darurat GB guna jugak matahari tuh. Yakin dan teruskan solat. InsyaAllah...

Basically, arah kiblat bagi kita kat Malaysia ni terletak di antara arah Utara dan Barat. Cemana nak tau mana Utara mana Barat? Itu yang kene tengok matahari ye...

Secara tepatnya, arah kiblat di Malaysia adalah 292° 30' 00".

*

Tapi yang sebenarnya bukan matahari yang tak statik, sebaliknya bumi yang paksinya tak tetap. Sesuka hati je nak salahkan matahari kan?

P/S: Pernah gak belajar tengok arah utara selatan timur barat, dan arah kiblat guna bintang. Tapi kompius-kompius gak la...still tak terer.

Limau suam kurang manis taknak gula


Semalam masa kitorang seopis dah penat-penat sangap otak segala, turunlah kitorang untuk makan malam....

Sebab tengah weng, GB pun dengan muka kompidennya order limau suam kurang manis taknak gula.

Makcik yang amik order tu dahi dia dah berkerut dah masa menulis order. Pastu bebudak lain gelakkan GB bersungguh-sungguh tanpa was was.

Cis!

P/S: Semalam GB takleh tido. Siyes! Golek-golek pusing-pusing tapi mata takmau lelap. Jadi sapa-sapa yang tetibe GB kacau watsap tetengah malam buta tu...sowee lah ye...huhuhu~

Tuesday, July 10, 2012

Antara Setia Alam dan Seri Alam...

Sunset kat West Park Lake Garden, Setia Alam, Klang

Bezanya dan jauhnya adalah beratus kilometer ye...

*

Antara perkara biasa yang terjadi kat GB bila bertukar angin adalah...hormon dalam badan macam kucar kacir sikit. Time ni jerawat tumbuh macam happy nho dok kat muka GB ni. Lepas satu...satu. Abis ternoda kulit muka GB yang halus mulus suatu ketika dulu. Amik masa la nak mulus balik macam haritu. Wuwuwu....

Benda yang sama jadi kat GB masa belajo dulu. Tiap kali cuti sem, balik Kedah, mesti hormon akan jadi kucar kacir gitu. Kadang efek kat jerawat kat muka. Kadang efek kat piyed.

Tapi bab jerawat ni...kene fikir jugak kot kot moisturiser yang GB pakai sekarang tak sesuai ke? Atau diet GB sekarang (yang belasah apa saja, segala jenis seafood dan kacang-kacang) pun mungkin jadik faktor penyumbang? Atau sebab keje banyak? Atau sebab body clock dah tak betul? Atau tengah nak adapt dengan angin Selat Tebrau?

Apa pun sebab dia, GB kena sabar dalam beberapa bulan jugak untuk dapat balik kulit muka yang lawo. Sabo....sabo...Heheh!

P/S: Jerawat tak jerawat....jeliter tetap jeliter yer...hihihi~

Hati-hati dengan hati


Seorang kawan pernah berpesan.

Hati-hati dengan hati. Sebab takde bahagian lain yang lebih fragile melainkan hati walau kita rasa yang hati kita tu cukup keras dan tegar.

Dulu GB ingat GB keras hati. Tegar lah konon. Tapi GB silap. GB let the game played and bermain catur dengan hati sendiri. GB tak tau pulak betapa hati sendiri ni sebenarnya fragile gila.

*

I might have hurt myself.

So please help me to forget.

Even if I do not want to. Thank you.

P/S: GB tak pandai jaga hati. Hati sendiri. Dem.

Monday, July 9, 2012

First and Second



First time makan kat Restoren Singgah Selalu yang giler happening dan femes tuh. First time berjumpa dengan sebahagian dari family Kak Zakie. Dan untuk first time nye malam tu, semua, (ya, SEMUA) makanan yang diorder tukang masak salah buat dan kena lah buat balik kan. Bak kata Kak Zakie, Restoren Singgah Selalu tu terkejut kot? Ke mimpi kots?

*

Second time berjumpa dan berborak dan berpeluk cium dengan Kak Zakie sendiri.

**

P/S: Khamis lepas GB melawak dengan member opis, 'Esok kite nak gi makan ketam. Mesti ketam banyak isi sebab bulan tengah penuh'. Tup tup Jumaat malam tu, betul-betul GB dapat makan ketam! Eheheh... Tengkiu Kak Zakie dan family.... ;D


P/S2: Ada lagi citer tertunggak lainnnn.....!

If Liz has found her food haven in Italy, I think I found it here in JayBee.

Buku ni Kakak Singa saya yang bagi. :)


Pray, also in Jaybee (plus everywhere, especially Tanah Suci Mekah).

And perhaps love too.

P/S: Last week GB terpakai baju terrrbalik, seb bek masa nak tido dah. Then...dapat suatu berita (yang baik...syukur...). Dan juga dating makan-makan dengan seorang kakak (dan familinya) yang akan GB cerita nanti. Tapi kalau nak tau juga boleh la ke entri kakak tersebut di sini. Huhuhu... Plus banyak lagi cerita tertunggak yang dah terperam since masa kat KL lagi...

Friday, July 6, 2012

Ada yang bertanya...


... "How's my 1st week in JayBee?"

Huu..frankly kan.. my first 5 days kan....takde yang lain melainkan keroje...keroje...keroje...

Siyesli waktu kawan-kawan KL tengok dan tembak gambo bulan pada malam nisfu Sya'ban tu, GB kene peram dalam opis sampai ke pukul 1.30 pagi. Jeles!

P/S: Bila duduk di perantau ni (ececehhh) GB cuma mampu tunggu orang yang sudi ajak dating lah. Dannn...malam ni GB gi dating. Yeah!

Thursday, July 5, 2012

Kerja lama, di tempat baru lah tapi...

Setiap benda kat atas meja kerja tu mengingatkan GB kat ramaiiii orang. :)

Masuk hari ketiga keempat GB kat tempat baru. Hari pertama dah pegi meeting kat site yang sungguh messy sebab hujan lebat dan tanah lecak dan site opis jauh gile dari tempat parking kete. Hari kedua, 3 meeting in a row. Despite of knowing almost zero, GB buat-buat muka kompiden aje la. Dan stay back secara berjemaah sampai pukul 11 malam. Huhuhu. Hari ketiga, site meeting lagi, dan stay back sampai sekarang sebab ada keje tender drawing dan tender document nak kene siap (pukul 12.22 tengah malam, berjemaah le tapi...). Dan esok, site inspection pulak.

But GB loves her job.

Despite macam-macam-macam dugaan yang kene ditempuh yang tak berkaitan dengan keje, GB cuba bertenang. Tapi kadang-kadang GB rasa macam perlu dipeluk supaya boleh berasa lebih tenang. Ahahah!

P/S: But it's ok, sebab GB just loves her job. Sebab kerja ni yang GB buat sejak semester pertama matric lagi. Part of GB oledi.

P/S 2: Tahniah kat member GB LadyAspen sebab dah selamat bersalin anak ketiga pada pukul 9.32pm 4/7/12. Baby boy 3.5kg youuu... :)

Wednesday, July 4, 2012

Selepas mentari tiada... (updated)

Western Park Lake Garden, Setia Alam, Klang

...kita masih nampak cahaya dia. Hues dia penuh di awan, di langit, dan reflection dari itu boleh nampak di air.

Walau dah tak nampak cahaya dia pun, bila ada bulan, kita masih dibayangi mentari. Pendek kata dia sentiasa ada walau kita tak nampak dia...

*

Begitu juga halnya dengan orang yang baik, yang meninggalkan kesan dalam hidup kita. Dia sentiasa ada walau dah tiada di mata, atau tiada di dunia.

Semoga kita boleh jadi macam tu..

P/S: Banyak matahari tau dalam hidup GB...

Tuesday, July 3, 2012

The Place I Loved

Perfectly round sun setting down... Lucky us (gB and CikPuanLawa)

GB suka Setia Alam. Sebab banyak tasik. Tapi sayang sikit sebab tasik cantik haritu dah tak wujud lagi....

Lucky us. :)

P/S: Entah sampai bila kita diberi peluang tengok matahari...hanya Allah yang tahu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...