Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Tuesday, June 26, 2012

Tayar yang panchit harus diganti



To be frank, sejak beberapa bulan lepas GB agak down. Tapi kenot givap sebab kalau givap kang, GB akan susahkan hati mak ayah pulak. Kadang tu tak tahan sangat, GB bercerita-cerita jugak dengan mak sambil nangis-nangis. Kalau dah kawen ada asben boleh jugak jadi tempat mengadu and pakat-pakat bagi moral support.

Tapi seb bek ada family dan kawan-kawan yang berjaya buat GB lupa betapa teruknya hidup ni dan teruskan hidup macam biasa, cuba happy dan appreciate orang yang buat kita happy, dan pada masa yang sama double up the efforts to regain my 'life' back, sambil muhasabah diri banyak-banyak.

Sekarang things are getting better. Banyak benda yang tak dijangka berlaku, ada yang hampir mengubah siapa GB dan pendirian GB, pusing sana sini, u turn, pastu kona balik, berselirat sana sini tapi eh, semua tu seakan dirancang dengan sangat sempurna.

Subhanallah.

Sebagai hamba, GB mengaku perancangan Allah adalah yang paling hebat sekali dan tiada cacat celanya. Sama seperti planet dan komet yang bergerak pada orbitnya, matahari, bintang, bulan dan seluruh galaksi - sarat, penuh, komplikated, tapi takde konflik pun kan?

*

Di saat GB nak  selebret kelegaan lepas diuji yang perit-perit tu, tiba-tiba GB dapat beberapa berita serentak, ada beberapa member baik GB yang rupanya tengah diuji jugak. Perit. Malah lebih perit dari apa yang GB terima sebelum ni, andainya GB yang duduk kat tempat mereka. Bagi GB itu macam pesanan supaya jangan lupa saat kita diuji walau di mana pun kita berada nanti. Dan juga sebagai ujian untuk GB, mampu ke GB jadi sahabat gembira dan sahabat menangis?

GB harap GB mampu walau GB jauh.

Satu perkara yang agak mengejutkan. Sebagai seorang yang jarang berkongsi perasaan dan kisah peribadi,  momen yang macam ni boleh buat GB kenal sisi lain kawan-kawan GB. Selain tu GB boleh kenal sisi lain diri sendiri juga. Itu lah yang buatkan kita semakin rapat dan memahami dan menyayangi.

P/S: Dulu orang tua-tua selalu pesan kat GB, katanya hidup ni macam roda. Tapi roda GB time tu kecik. Sekarang ni dibagi roda besar, baru nak angguk-angguk mengiyekan betapa betulnya kata orang tua-tua tu.

Monday, June 25, 2012

Starstrail. Again. Masih di langit Kampung Subang.

I'm gonna miss this sky next week. :D

Sabtu lepas, lepas balik rumah dari get together gathering kat Seoul Garden KL Festival City Mall dengan member hangout, GB tengok langit berbintang. Walaupun tak se bright bintang yang pernah GB tengok kat langit Kundasang dan Taman Negara, tapi kire oke la jugak. Sebab dah lama tak nampak bintang sejak jerebu nih. 

Terus amik tripod dan set up kamera sampai nak tertonggeng-tonggeng kat rumpun pokok serai. Dengan kucing jiran pun...time time tu la nak mencakau bagai. Nak kene syuhh syuhhh sebab dia sibuk nak menenyeh kat kaki tripod. Bunting lagi dia. Untuk kali ke 10 kot? Tapi cembese, anak dia takde sekor pun yang kekal hidup sampai dewasa. Seb bek kucing tu dah sarat, tak larat dah nak main kejor-kejor bawah kaki tripod. Kalau tak GB memang akan sergah dia sampai dia terberanak kat situ jugak! Isk!

Hasilnya...52 keping gambo bintang dengan shutter yang di set 60 saat untuk setiap keping. Pastu buat photo stacking pakai software startrails yang GB jumpa kat sini. Then....edit kaler sebab dalam gambo original, langit jadi kaler kuning sebab banyak sangat light source kat area tu, dan GB pulak malas nak setting white balance bagai.... Gigih gak trial and error sana sini sebab GB bukan pandai pun...baru nak belajar-belajar...

Hasilnya macam yang GB taruk kat sini. :)

Lepas ni GB akan try buat kat langit JB pulak. Ihihi...

P/S: Masa 1st time buat tu, GB tak guna software tu. Buat manual segigihnya guna photoshop. Jadi hasilnya memang buruk. Yang kali ni lebih bagus dari yang dulu walau tak sebagus yang orang lain pernah buat. :)

Friday, June 22, 2012

Touched by a Boy... I love you Umair. :)

Sunset at Western Park Setia Alam, yesterday. Tak tunggu blue hour sebab sorang-sorang...takut... 

Semalam GB pass barang untuk Aspen kat rumah MissCandy kat Setia Alam sana. MissCandy ajak masuk tapi GB takmo sebab nak cepat. Borak-borak jap, pastu terus kejor sunset kat depan tu aje. Tapi elok je sampai sun yolk pun hilang...tapi takpe. Boleh ripit anytime. :D

*

Harini...bila whatsapp GB connected balik, dapat mesej-mesej tertunggak dari semalam. Yang menyentuh perasaan dan buat GB nak nanges!

"GB (nama sebenar dirahsiakan saje sebab mengade-ngade. :p) dah sampai umah ke? Sempat tak sunset tadi? GB nak tau...tadi masa ko datang tu kan, Umair & Insyirah (MissCandy's son & daughter) tengah tido...tapi diorang dah tau acik GB nak datang. Sekali bila terjaga je Umair tanya, 'Mama, acik GB dah datang ke?'. Aku cakap 'dah'. Dia kata kenapa tak kejut Umair?? Aku kata, 'Takde, acik GB datang kejap aje. Tak masuk pun. Pastu dia, 'Ye la...kejut la Umair, nanti baru Umair tahu acik GB pakai tudung warna ape...'

Rupanya Umair tanya sebab nak lukis gambo acik GB untuk farewell card sebab acik GB dia dah nak gi JB!

Nanges!

MissCandy whatsapp lagi. 'Bila tanya, Umair suka ke jumpa acik GB? Dia kata, 'Suka.' :)'.  


Nanges lagi!!

P/S: Oh Umair....acik GB dah nanges terharu!!! Acik pun suka jumpa Umair, Insyirah, Danial dan Aliyah (anak-anak Aspen). Cerita pasal Danial pulak ada GB taruk kat entri ni. Sayang anak-anak ketat-ketat!


Thursday, June 21, 2012

Lain orang lain rezekinya, lain orang lain ujiannya


Kadang-kadang, pada waktu normal, kehidupan kita macam biasa saja. Tapi ada suatu ketikanya kita akan didatangi rezeki dan happiness yang tak putus-putus, macam mencurah-curah dari langit. Apa kita buat masa tu? Bersyukur? Bagus...

Dan ada ketikanya, kita akan didatangi ujian dan dugaan yang tak putus-putus juga, macam bertimpa-timpa dari langit juga, Apa kita buat waktu tu? Bersyukur juga? Bagus...

Sebab rezeki dan ujian itu dua-duanya ada hikmahnya. Allah sayang kat kita.

P/S: Cuma, saya sedih bila saya terpaksa tiada di sisi bila kawan saya diuji. Sebab saya sayang kawan saya. :'(

Wednesday, June 20, 2012

Can You Keep A Secret? (Comment box opened)


Secret is something you do to escape notice and observation. Something you don't want other people to know. Something that is kept or meant to be kept unknown or unseen by other. And the best kept secret is something you'll forget about. 


Tapi sekarang banyak rahsia yang bukan rahsia lagi. Secret resipe punye rahsia pun dah terbongkar. The greatest magic tricks pun dah ramai yang tahu.

But for some, those little things are still safely kept inside. Still. Safe. Inside. I might be blur at first, I might be late to realise but I get it now. Clearly. And that makes me feel so damn stupid.

Salah port la nak post. Tapi takpe. Sekali sekala.

P/S: Mujhe maf kar tho sebab tutup kotak komen pada mulanya. Thank you sebab sudi baca entri GB...

Where is my Mr Mood?


Siyesli, GB dah takde mood nak buat design atau handle anything related to company sekarang.

Dah takde hati.

Taknak buat boleh?

Boleh tak?

P/S: Yep. Masih kene buat. Cincai boleh? Tapi GB tak reti buat keje cincai. Tapi nyampah. Huh!

Run GB Run!

Nak tengok Forrest Gump, tapi takde DVD. Nak download? Tak reti, dan malas nak tunggu. 

GB jarang beli tisu. Biasanya mintak kat orang. Atau guna je tisu yang Mekdi, Dominos, atau PizzaHut bagi time delivery. Sebab GB jarang menangis. Kalau berpeluh pun main kesat dengan belakang tapak tangan je. (Sungguh tidak ayu....)

Tapi kali ini GB rasa nak nangis.

Harap-harap JB akan terima GB seadanya.

*Kesat air mata.

P/S: Masa tengok Ombak Rindu haritu GB lap air mata pakai tisu yang dirembat dari toilet kot. Pastu putihhhh je bekas tisu kat muka.

Tuesday, June 19, 2012

Finally. Cuma reflection kat chermin tu ganggu lah... But we cannot have everything we want kan?

Hazy sunset, viewed from KL Tower. If only I can remove the glass window. But still...GB, ko reti bersyukur tak? Eheh!

Kan GB dah cakap GB rajin lah sangat harini...

*

Being manusia, adat la bila terlalu banyak benda yang kita nak. Kalau ikut hati semua benda mesti kena jadi perfectly as yang macam mana kita impikan. Tapi kalau sesuatu terjadi tak seperti yang kita bayangkan, jangan lah tak bersyukur pula. Sebab tak semua benda yang kita nak tu kita akan dapat, tapi banyak yang kita dah dapat kan?

Syukur...

P/S: Counting days. Dan tetibe client baru di bakal ex-opis ni berminat banget nak bermeeting sakan dan mintak namecard and tanya itu ini. Sorry Sir, I'm resigning (dalam hati la tapi). :)

Pagi hari minggu yang berasap dan berjerebu. Gigih jugak memacak di seberang tasik!

Bukan senang tau nak nampak sun tu. Lamaaaa tunggu. Dah la kelabu jerebu. Bila muncul, tak sempat nak snap dia dah hilang. Kene main teka-teki, sorok-sorok, dan kejor-kejor dengan awan yang bergerak laju kat atas tu tau!

Sejak beberapa minggu lepas, GB banyak gi menembak sana sini, sama ada berteman atau berteman. Kehkeh! Tapi banyak pulak gambo tak terpublish lagi. So harini GB rajin lah sangat.

Layankan aje ye... ;D

P/S: Amik fon. Nak sms. Letak balik. Tak jadi. Isk!

Light graffiti yang tak jadi. Tapi kalori banyak terbakar. Kot. Eheh!

Entiti bercahaya di Tasik Taman Jaya depan Amcorp Mall. Weeeheeheeee....

My first light graffiti project dengan geng kamera. Menggigil, berpeluh, semput, sengal-sengal nak kejor 60 saat yang berkali-kali tuh. Haha!

Takpe, nanti ripit!

P/S: Boleh ek lagi bape hari nak benti dibaginya projek baru? Memang sengal ke sengaja buat sengal?

Apa benda pertama kite buat bila sampai tempat kenduri yang jauhhhhh dari rumah kite?

Lauk kenduri. Nasi minyak, nasi putih, ikan baung masak lemak, ayam BBQ (sedap gilerrr!),
daging sup dengan masak hitam. Tiada dalam gambar - air sirap.


Makan!

*

P/S: Selamat Pengantin Baru kepada blogger Munnafendy (yang cam kite masa kite tengah makan. Yey!) yang mana kendurinya berlangsung Ahad lepas di Trolak. Meriah sungguh, layanan mesra, lauknye sedap, dan environment yang bebas jerebu - ohsem! GB gi dengan Mak Kakcik Seroja, Ayah Bob, dan BangChik.  Mekasih sebab layan GB potpet potpet dalam kete! :D

Monday, June 18, 2012

Kelabu

Latar kelabu ni buat subjek (baca: kitorang i.e CikPuanLawa, DrSinga, and me) nampak menyerlah.
Takde la jahat sangat kelabu ni kan?

Kelabu adalah campuran semua warna. SEMUA. Cemana GB tau? Sebab GB selalu eksperimen dengan watercolor masa zaman aktif menconteng dulu.Campur semua warna, mix them up dan tadaaaa....! Terhasillah kelabu.

Maksudnya, kelabu itself is not bad at all kan? Sebab semua warna ada di dalamnya.

GB suka semua warna. Semua. Walau akhirnya jadi kelabu.

Too optimist maybe?

That's GB.

P/S: Kul 9 pagi dah. Terlambat sikit dah. Ahahaha!

Friday, June 15, 2012

Ragam penyewa

Lagerstroemia speciosa - Bungor

Sebenarnya GB tengah bengang kat penyewa rumah yang tak reti nak jaga rete benda kite macam rete benda sendiri, tapi pada masa yang sama dia nak buat rete kita macam rete dia jugak.


Sewenang-wenang sungguh!


Huh!

P/S: Nak citer lebih-lebih kang hilang lak keayuan GB. Takpe lah, let's have fun for weekend ek.

Jerebu

Matahari telur mata di depan. Tengkiu kete depan sebab pinjamkan 'filter'... :D

Kelmarin, semalam, hari ini, esok, dan lusa adalah best, dan akan jadi hari yang best jugak.

Walaupun berjerebu.

Cuma....bila berjerebu ni dia trigger terus ke otak. Sakit kepala. Nape ek?

P/S: Bila kite planning-planning ni jangan lupa jugak, kemungkinan kita tak sempat bertemu petang pun. Insaf..

Wednesday, June 13, 2012

Typo dan Misread



This lately GB sangat banyak typo. Yang memalukan pun ada. Hishhh...! GB salahkan the invention of smaller size keyboard on netbook and qwerty phones besides normal size PC keyboard for my typos. Boleh?

Misread atau tersalah baca tak usah cerita lah. Dari zaman sekolah rendah lagi otak GB suka create benda yang takde atas kertas. Dan hasilnya...terjadilah kes misread yang agak serius, sampai sekarang!

Boleh sesapa explain secara saintifik kenapakah perkara ini terjadi? Terima kasihhh... :D

*

Kes typo memalukan:

Salah taip : Aha...kali ini saya dakap dengan uncle.
Yang sebenarnya : Aha...kali ini saya cakap dengan uncle.

**

Kes misread mencemaskan:

Ditulis sebagai : Medan muara ikan bakar.
Dibaca sebagai : Medan muara ikan terbakar.

***

Dan ada banyakkkk lagi....!

P/S: Tapi bagus juga bila dah tau pe'el diri sendiri ni. GB lebih kerap 'menyemak' balik apa yang GB tulis dan baca. Kalau dah terpublish tu, pandai-pandai lah kannn..huuuu~

Tuesday, June 12, 2012

Last. Untuk harini.

Abiskan stok gambo Masjid Besi lagi. Ini lawatan pepagi bute lepas Subuh tadi ye...

Dapat berita. Mak sedara GB meninggal. Sebab semua orang kelam kabut maka kitorang dapat berita lambat. Takpe lah. Kitorang gi je melawat malam ni.

Al-Fatihah...

*

Terasa sungguh free minggu-minggu lepas anto notis ni. Takpe. Start next month GB akan busy balik. Cuma...sape nak temankan GB menembak kat sana nanti...? :(

P/S: Tempat tinggal dah dapat. Duduk dulu. Pepehal kite tengok nanti cemana. :)

Di hujung sana ada orang tengah eksesais


Sebenarnya GB takde cerita. Taruk gambo je. Keje HDR memain. Yang atas tu cahaya lampu eroplen. (Nak anggap tu meteor pun boleyyy...huuu~). Shutter tak cukup lama untuk jadikan dia panjang.

Ada juga buat panorama tadi, tapi taruk kat fesbuk je. Macam tak bape cantik la pulak. Huuu~

P/S: Counting days. Lupa dah cemana feeling tak duduk dengan family. Nak tau cerita? Sila tengok entry ni. Huuu~

Monday, June 11, 2012

Misi meneruskan obsesi

Minaret dan reflectionnya di kolam, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Minggu lepas, giat sungguh GB dan geng kamera (DrSinga dan CikPuanLawa) berpagi-pagi subuh sepi-e sampai ke KL. Gigih bangun awal dan keluar awal dari rumah. This time ke Masjid Negara. First time masuk ngeeee.... Ada view sunrise yang ohhhhsemmmm dari situ. Visit Makam Pahlawan juga. 

Ok jugak. Best. Pagi lepas Subuh, jemaah takde. Orang pun tak ramai. Lagi-lagi musim cuti sekolah, jalan clear. Lepas setel obsesi, gerak ke opis pun masih sampai awal lagi. Terbaik lah!

P/S: Minggu ni pulak nak gi tingkat 50 Menara Pucuk Rebung Pakcik Hijjaz. Fuh!

4 tahun lepas...

The Zon, pepagi bute.

2008.

Tahun tu, lebih kurang timing cenggini jugak, siang-siang lagi GB dan member kakibola akan plan nak tengok EURO kat mana. Biasanya mekdi Pandan Mewah, Ampang akan jadik port. Yang best nyer kat situ (time tu lah), every goal scored, kitorang akan dapat kupon fries free! Meriah situ sebab memang banyak orang jadikan sebagai port jugak sebab ada skrin besor.

Walau selalu qiyamullail tengok bola, tapi GB dan member tak penah ponteng keje. Hihihi. Masa SPM dulu pun GB berjaga juga tengok World Cup, tapi tak ponteng sekolah juga.. :D

*

4 tahun kendian, GB dah tak kuar umah dah untuk tengok bola kat luor. Sebab dah takde geng. Diorang sume dah kawin. Dah ke sana sini all over Malaysia. Tapi takde yang ke luar Malaysia la..

Banyak betul benda berubah dalam 4 tahun ni. Banyak sangat. :)

P/S: 4 tahun lepas juga, GB masih belum ada blog...

Friday, June 8, 2012

My First Vertorama - KLCC


P/S: Hasil kegigihan 13 menet yang berharga sebelum dihalau balik. Seb baik bertiga. Kalau kene halau sorang-sorang tak best lah! :)

13 menet tu lama ke sekejap eh?

Sunrise from KLCC Park

2 minggu cuti sekolah ni, 13 menet terasa sungguh lama... Banyak boleh buat dalam tempoh tu. Panas enjin, gerak, kuar simpang, masuk tol, kuar susur, nampak Istana. Jauh kan perjalanan?

Tapi tengok la minggu depan macam mana. Menet ke 14 pun belum tentu dapat kuar simpang lagi. Heheh~

P/S: EURO 2012 start tengah malam ni! Kawan-kawan team mana? GB team Spain. Ye, GB tau mesti ada yang nak tuduh sebab player dia hensem-hensem kannn?

Wednesday, June 6, 2012

Kegigihan

KLCC against the setting of Sunrise and Blue-hour mixed up 

Menjadi 'manusia pagi' sekali-kali tidak akan melesukan badan di kala siang. Malam pun, sekali-kali tidak akan buat kita tidur pukul lapan. Kabhi nehi!

Benda baru yang saya belajar dari kawan saya, 'si manusia pagi' itu.

Terima kasih awak. :D

P/S: Pelik itu anugerah kepada yang mahu belajar. :)

Tak sabar nak bagi surat cerai!


Officially, GB akan based kat Selatan Semenanjung starting July ni. Rasa teruja, tapi nervous, tapi seronok, tapi ah...macam-macam rasa pun ada lah. Dah la nanti dah dekat bulan puasa kan...kalau tidak suma harapkan mak. Tapi nanti GB kene uruskan sahur dan iftar sendiri. Wuwuwu~

Tapi tetap ada seronoknya. Banyak dah masuk dalam list of exploration nih. Tapi tetap kene prioritize bab keje la.

Tapi...tempat tinggal tak cari lagi nih. Untuk permulaan ni tak payah la rumah, dapat bilik sewa pun dah ok. Barang pun takat baju je. Bantal. Teddy Bear. Tilam. Gebor. Dengan rack untuk gantung baju. Takde la nak berlemari bagai. Mungkin buku-buku bawak sikit kot. Ada sapa-sapa nak tolong GB? Hihihi...

Ada yang cakap GB amik risiko, gi keje jauh-jauh. Tak pepasal nak kene bersusah payah bagai. Tapi risiko adalah benda yang GB suka amik (kecuali beberapa jenis risiko yang lain). Tapi mesti la ada advantage nye kan. (S.W.O.T.). Kalau risiko buta-buta je.. yang tu baik tak payah...

*

GB nak bagi surat cerai talak 3 ni. Tapi nampaknya sume bos takde kat KL. Pos kat rumah diorang boleh tak? Ok la..tak...tak...GB tak pos lah. Tunggu je diorang balik dan bagi dengan sopan santunnye kat diorang.  ;D

P/S: Takpelah. Kita sambung keje dulu ek.

Tuesday, June 5, 2012

Tanjung Dawai

Foto Tanjung Dawai ni di publish atas permintaan Akuzle Ayu. Spesel nih... :)

Petang. Tapi matahari masih tinggi lagi time ni. Takmau tunggu lah, so kitorang spent kejap je kat sini.

Ini muara Sungai Merbok sebenarnya...yang depan tu bukan pulau, tapi part of tanah besar jugak... Kalau ikut google map depan tu adalah Kampung Bagan Ulu, Kuala Muda. Yang macam batu tepi pasir tu bukan batu, tapi lumpur. Cemana GB tau? Sebab kaki GB dah terbenam masuk dah pun...sebab ingat batu kan... Pijak la, konon nak cari angle. Sekaliiii....amik!

Sunset dalam gambo ni belah kanan ye...dan GB syak boleh nampak sunrise jugak dari sini di belah kiri sebab it's a muara sungai kan... Belah kiri jugak ada jeti besaq tempat orang naik ikan... Mmmm... menarik.. menarik....

*

Haritu penah pegi kat muara Sungai Kelang pepagi buta, konon nak tembak sunrise la (sebab tengok dalam map macam logik je boleh nampak sunrise...), tapi sume tempat kat muara depa dah bukak jadi kolam udang. Hamfeh betei.....

**

Lepas dari Tanjung Dawai baru la singgah for almost-sunset kat Pantai Murni pulak yang macam GB post kat entri ni. Sori la sebab post gambo taruk tak ikut turutan...ngeeee....

P/S: Pasni kite ke tanjung kat selatan la pulak...hihihi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...