Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Thursday, May 31, 2012

Poning eh nak organize folder gamba!

Hormon mengketedarah tengah meribut. Belum la makan lagi. Ini gambar dalam folder ye...


GB tak tau cemana nak organize folder gambar yang beribu-riban dalam hard disk nih.

Lost sudah. Terus rasa pening nak pitam!

Lepas puas tilik-tilik, GB buat macam ni - let's delete apa yang GB takmau instead of pick mana yang GB nak. Harap-harap cara ni berkesan. *Kokyok plis!

P/S: Kadang-kadang buat keje ni hati kene kering sikit. Delete je tak payah fikir-fikir....tapi....lepas tu belekkk balik dalam recycle bin. Dah nature penyayang agaknya....adeh!

Wednesday, May 30, 2012

It's all about jodoh

Rindu dengan orang kat depan GB tu. Hai awak. :D

Orang berpengalaman selalu pesan kat GB. Bab jodoh ni kan, kalau betul ITU jodoh kita, pasti takkan lama. Sebab tu ada orang kenal kejap terus commit dan kawin. Ada orang bercinta bertahun-tahun pun masih tak nampak jalan nak settle down.

GB percaya jodoh bukan sekadar berkisar pasal nak cari pasangan hidup je. Boleh guna metafora yang sama dalam kes nak makan, nak beli rumah, nak cari kerja, nak beli kereta - semuanya tu berkait rapat dengan jodoh. Kadang jalan kita mudah. Kadang jalan kita berliku. Tapi yang penting kita kene usaha.

*

GB bukan cakap pasal life partner ye. ITU perkara yang belum nampak dalam jalan hidup GB. Tapi pasal benda lain yang buat GB terfikir... kalau itu memang jodoh kita maka prosesnya takkan lama, jalannya mudah dan kita takkan menunggu lama. Mungkin lain kisahnya dalam kes yang lain. Tapi GB dah nampak kebenaran kata-kata orang yang berpengalaman tu. Dan yang penting kita usaha.

P/S: Dan betapa Allah tu Maha Penyayang walau kita selalu ingkar perintahnya. Syukur dalam malu...

Tuesday, May 29, 2012

Kadang-kadang auto focus is simply tak menjadi. :)


...kite kene fokus cara manual jugak, baru boleh. Kadang-kadang lah. Sebab selalunya dalam GB punye kes, 1st shoot bukanlah the best shot. Kadang fokus kelaut kalau pakai auto, pakai manual baru ok.

Tapi kalau pakai kamera yang takde function manual fokus, kena la banyak-banyak trial and error.

P/S: Best shot biasanya GB dapat lepas 3-4 kali shoot. Sebab tu memory card and hard disk cepat penuh. Cara terbaik adalah filter gambar, simpan yang terbaik sahaja dan buang selebihnya. Hidup kita pun patut macam tu juga... :)

Nujum Pa' Blalang

Blalang pemakan daun (unedited, pakai Kamera cap blalang ayam)

Mereka Kawan saya yang itu dah pegi. Kawan saya yang lagi satu pun dah pegi. Tapi saya belum. Menziarah ke pusaranya lah. :)

Kalau bukan sebab kawan-kawan saya tu, saya pun tak perasan yang harini genap 39 tahun Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi. Masih tiada ganti. Takkan tiada ganti rasanya. Genius berkarya bagai mencedok-cedok dari dasar laut. Kan?

Al-Fatihah untuk antara cinta pertama saya - Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

P/S: GB love this. :)


Monday, May 28, 2012

Curi gembira sekejap saja

Sumber gembira GB. Cafe Avocado Freeze from J.Co. Yummeh!

Saya curi dia sekejap. Sekejap saja. Tapi sekejap pun cukup untuk buat saya gembira.

*

Anyway kawan-kawan, jom share kat sini meh. 'What makes you happy?'. :)

Mana la tau sumber kegembiraan kawan-kawan boleh jadi sumber kegembiraan orang lain juga...tul tak? :D

P/S: Di suatu opis harini, ada orang cakap sambil senyum-senyum, 'Powernye ayat you.' Ahahaha malu ai! *GB ni time presentation je la ayat power. Selebihnya, ayat cam hamfeh. Hahaha!

Tahun lepas punya


3-layer tea KFC. Beli bulan 5 tahun lepas. Sedap.

Motip? Entoh.

*

Sayang tak bawak buku La Tahzan ke opis. Best buku tu. Best giler. (Orang lain dah khatam lama, GB baru tergerak hati nak baca. Huuu...)

P/S: Weekend baru ni tak jadi ke pantai timur. Takde pic sunrise tepi pantai ye. Cuma boleh bagi 'sunshine in my mouth' aje. Sedih. Sobs. Tapi takpe. La tahzan...

Friday, May 25, 2012

Kelaut. Hasil kojo gilo.


Semalam. GB on the way balik rumah. Sempat minum nescafe dalam tin untuk bukak puasa. Tetibe nampak dari jauh ada kapal terbang tengah nak landing. Teringat niat nak buat light trail kapai terbang. Cekcepat drive kete ke tepi, cari port (kebetulan lalu situ), amik kamera dan terus shoot. Enjin tak mati dan kaki di brek.

Ini je la hasil dia. Dah, nak balik makan.

Gilo kan?

P/S: Nanti nak buat yang betul betul punye. Semalam ada satu gambo tak jadi - light trail motor atas jalan together with light trail plane di udara. Sayangnya shutter tak cukup lama. :D

Thursday, May 24, 2012

You know you are disturbed when...

Masjid AsSyakirin KLCC. Macam senget sikit gambo ni kan? Tapi GB maleh nak edit.

Pagi tadi masa on the way ke opis, GB layan lagu Adele. Ada satu lirik yang buat GB berfikir panjang.....

Pastu tengok minyak dah kuning. Ok, singgah Shell jap. Kebetulan pam-pam yang untuk lubang tangki sebelah kiri sume penuh. Ada satu pam kosong, tapi untuk tangki belah kanan lah. Ala..leceh la. GB malas nak adjust-adjust, malas nak tarik hose panjang-panjang merentas bonet. Tapi kalau tak chop cepat nanti kete lain masuk pulak. Takpelah. GB drive ke pam tu. Adjust-adjust bagi ke depan sikit, bagi agak-agak sampai nozzle ke lubang tangki.

Pastu keluar nak bayar minyak. Then tengok...eh...lubang tangki kete GB belah kanan rupanya? Patut la moto sebelah tengok pelik beno GB park ke depan sangat. Dem.

*Yang kelakar tu, dah nampak dah sebijik kete sama spesis budak purple yang tengah isi minyak kat tangki belah kanan. GB boleh terfikir apa tau... 'Eh, dah tukar side ke sekarang ni?'. Adeyyy....!

Kene bercuti.

P/S: Haritu masa on the way balik dari Selayang ke Kg Subang, mak tetibe tanya pasal soalan sensitip. Adeh. Terus salah jalan kat roundabout, masuk susur ke KL. Tak pepasal nak kene u-turn bagai. Dem.

Wednesday, May 23, 2012

Entri ingat mengingat


Lama dah nak buat entry ni. Tapi asal nak upload je mesti ada dapat FM baru, tapi belum sempat tangkap taruk masuk kamera. Kena la tangkap gambo baru dulu baru boleh post kat blog. Hihi...saje je kan? :p

Sebenarnya GB jenis penyegan nak mintak souvenir, tapi kadang-kadang tu berani-berani je buat tak segan. Alhamdulillah dapat. Ngeee...tengkiuuu... :D

*

Sebab FM memasing berterabur tak tersusun, maka GB sebut ajelah FM dari mana dan dari sape eh.

1- FM Hong Kong dari DrSinga. Ada lagi, FM katok ijo tapi tak tampal kat fridge sebab nanti mak GB seram nak masak. GB taruk dalam bilik aje. Dan jugak perpium bau blueberry muffin yang dah habis separuh tuh. (I love u kak. Ada barang GB belum pass nih! :D)

2- FM Kota Kinabalu dari HotMami Ely Hasrul . FM tu dia bagi sekali dengan pouch burung hantu yang di pass ke GB sempena suatu kontes. Yang menang WakJan sebenonya tapi dia pass ke GB. Kire rezeki GB lah tu. Eheheh... *Betul-betul dah berzaman baru berjaya buat entri ni.

3- FM couple Korea, Cameron Highlands dan Taj Mahal tu pulak Mas Zuber yang bagi. Yang CH tu ada banyak, tapi yang dia bagi 1 atau 2 di antaranya. Aiyoh. GB pun dah kompius.

4- FM Vienna, Lake Toba dan Bali pulak DrHanie yang bagi. Ada lagi yang dia bagi tapi bukan FM lah, kalau tak silap dari Vietnam kot datangnya.

5- Yang FM kuda kepang laut tu datangnya dari Miri. Dak Sepa ni yang bagi. Yang ni GB memang tak malu mintak sebab mula tu ingatkan dia gi outstesen sana, rupanya dia memang dok sana lah!

6- Aha! 2 keping FM dari Kuching tu WakJan yang bagi. Yey! Dah ada 4 FM dari Sarawak. Huhuhu.

7- FM Bali kaler biru tu MissYammy yang bagi. Ala yang, tadi I lupa mana blog u. Soweee...hihihi~

Selebihnya member bukan blogger yang bagi, tak pun beli sendiri.

*

Ada lagi beberapa benda yang bukan FM tapi member blogger ada bagi jugak. Purse dari Sabah Jemarisuri yang bagi.. Hihi Tengkiu awak... Ketip kuku dan kuih bahulu gula melaka (borasak) dari Sabah juga, Mak Kakcik Seroja bagi... (muah sekali!). Dan selendang dari Mekah Acu Sayang bagi. Love it Acu! Oh tak lupa, keychain ikan ZafiraNabilah bagi. Suker sangat and tengkiuuu!!!

Dannnn...GB ada satu crochet brooch bunge kaler purple yang GB selalu pakai sekarang tapi siyes lupa sapa yang bagi. Adoiii...nak bekalan kismis plisss!!!

Umm..mungkin ada lagi yang tak sebut. Kalau ingat nanti kite update eh. Gambar later GB tayang. Huuu~

P/S: GB masih ada FM dan postcard yang pending tak pos pos lagi. Adeyyy...bile la nak pos ntah!

Tuesday, May 22, 2012

Countdown

Tasik belakang Setia City Mall. Sejak akhir-akhir ni GB nampak ramai pulak post view sunset kat sini,
dan sebab dekat dengan rumah dan site project, maka GB pun menyusul juga. Memang nice view sunset kat sini...

Tik tik tik, bunyi jarum jam.

Lepas 2 menet, 2 menet berlalu.

Tik tik lagi dan lagi.

P/S: Bila nak azan Maghrib ni....?

Jejak cahaya

Curi-curi pacak tripod kat Jalan Ampang

Omputih panggil Light trail.

Kene cari port yang laaaagi tinggi, laaaaagi besau dan laaaaagi lebau pasni untuk dapat light trail yang bersimpang siur. Ihihi...

P/S: Terasa cam nak buat light trail kapal terbang pulak. Try ah malam ni!

Monday, May 21, 2012

Lagi 60 hari

Teratai dan ikan kecil dalam kolam di Scott Garden, Jalan Klang Lama

Apa yang lagi 60 hari?

Kawan-kawan agak ape benda yang lagi 60 hari tuh?

Ganti puasa dulu eh...

P/S: Show your love to whoever you love. Don't hide it. Because it might be the last time you'll ever let them know.

Picnic Breakfast Date

Mereka yang hadir. Ada yang dah balik time ni. 

Cerita penuh di sana. Ada banyak gambar yang penuh drama juga. Di sana ye. Di sanaaaaa.... ;)

*

P/S: Mohon kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah dan doakan kesejahteraan lecturer GB, Madam Amira Mohyudin yang kembali ke rahmatullah pada pukul 8 malam Sabtu yang baru ini akibat kanser.

GB dan beberapa kawan sempat menziarah arwah pada Sabtu pagi nya. Itu kali pertama GB berjumpa dengannya sejak graduate 7 tahun dulu. Dan tak sangka yang itu juga menjadi pertemuan terakhir kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Madam Amira dan semoga segala ilmu yang dicurahkan selama ini menjadi bekal abadi buatnya di sana.

Al Fatihah...

Friday, May 18, 2012

Reflection

Reflection of a KLCC tower during blue hour


*

Look at me,
I will never pass for a perfect bride,
Or a perfect daughter.
Can it be, I'm not meant to play this part.
Now I see,
That if I were truly to be myself, I would break my family's heart

Who is that girl I see
Staring straight, back at me
Why is my reflection someone I don't know
Somehow I cannot hide, who I am
Though I've tried.
When will my reflection show who I am inside.

When will my reflection show who I am inside.

**


Itu lirik lagu yang selalu GB humming-humming masa tengah buat design zaman belajo dulu. Reflection by Lea Salonga.

Nak dengar? Cer tengok klip ni. Pendek je pun... :)


P/S: Sape nak gather-gather blogger kecil-kecilan Ahad ni, moh kite ke Tasik Cempaka kat Bangi. Pagi tau. Kalau bangun awal gile GB nak kejor sunrise, lalala. Nak tau lanjut sile ke blog Mak Kakcik Seroja dan DrHanie :D

Thursday, May 17, 2012

Krezi

KLCC tower bridge during blue hour

4 tahun (kot) tak ke sini. Dulu elergik tengok menara dua butir ni sebab nanti hati rasa sebu. Hihihi. Tapi bila tengok orang tampal-tampal gambo menara dua butir ni, rasa nak jugak menampal barang sekeping dua...

*

Tengah syok-syok menembak, GB terperasan ada orang memerhati dari belakang. Senyum-senyum, kemudian dia bertanya, 'Hobi ya? Subhanallah....Cantik sekali....'.

Pastu GB berbasa basi (betul ke perkataan ni?), 'Yaa..hobi. Kamu dari mana ya?'

'Jakarta.'

'Libur ya?'

'Ya... (dia senyum lagi). Kamu dari kantor ya?'

**

Heheh. Ya, GB dari kantor dong. Dengan baju kurung. Selipar bodo. Tripod dan sebijik GF3. Demi hobi. Krezi huh? :D

P/S: Soalan yang dah ada jawapan tapi nak tanya jugak - Kenapa Leica lens sangat tercekik harganya? Huhuhu~

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Tengah Hari

Fan switch boxes at R&R Sungai Perak during Asar stop


Takde sunrise atau sunset di waktu tengah hari. Yang ada hanya panas. Terik sometimes. Kena pasang aircond. Pasang kipas. Pakai sunglasses.

*

Selamat Hari Guru kepada cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan sesiapa saja yang pernah turunkan ilmu kat GB.

P/S: Dan mohon doa kawan-kawan semoga bekas lecturer GB kat UIA dulu, yang sudah dilaporkan tenat, dikuatkan semangat dalam melawan penyakit kanser yang dah stage 4. Deras air mata GB masa dapat tahu pagi ni.

Selamat Pagi!

Sunrise dari rumah Miss Candy

Setia Alam.

Selain dari site-site projek GB, sini juga ada port sunrise.

Dan tasik.

Masa weekend GB boleh pegi breakfast picnic kat tepi tasik tu.

Dan mungkin port sunset juga.

Selamat pagi kawan-kawan!

P/S: Dan juga anak-anak Miss Candy yang keletah yang buat GB rasa sungguh keibuan... :)

Tuesday, May 15, 2012

Sepupu

Gambar kucen dah GB captured long before I found the book with yawning tiger at the cover

Depan: Cover buku photography zaman pakai filem dolu dolu...

Belakang: Kucing jiran yang dah beranak banyak kali tapi anaknya takmau hidup.

P/S: Motif? Saje suka-suka. Sebab nampak macam serupa. Henna? (Bahasa Hindustan: Ye kan?)

Hedera helix. Asplenium nidus. Dan Kawan.

Pokok Hedera helix (kiri) tu, kawan saya, Dr Singa yang bagi. Kadang rimbun, kadang nak botak sebab GB lupa bajakan...
Yang kanan tu Asplenium nidus nama dia...

Siapa kawan? Bagi GB, as long as kita keep on communicating, tak kisah la apa cara sekali pun, maka itu dikira sebagai kawan. Tak jumpa face to face pun takpa. Sebab kadang tu orang yang kita jumpa hari-hari pun belum tentu jadi kawan kita. Friends kat fesbuk pun belum tentu kawan kita juga.

GB mula berblog sejak beberapa tahun lepas. Time tu GB sangat kurang kawan atas beberapa faktor. Tak sangka pulak bila berblog ni GB boleh dapat lagi ramai kawan. You all made my day, every day. Thank you... :)

Jadi kawan, maaf kalau GB ada buat awak (semua) kecik hati. Kadang nak bergurau tapi tak kena tempat. Kadang nak tanya-tanya takut awak (semua) rimas.

Tapi tolong tahu eh, walau GB kecoh-kecoh, atau GB diam-diam, GB tetap sayang awak (semua).

P/S: Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
GB budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...

Monday, May 14, 2012

Mereka takkan faham. Kita tak minta rasa ni.

Tasik Taman Jaya dan Amcorp Mall sewaktu jam biru (blue hour).
Setiap hari Ahad ada flea market yang best untuk ditinjau-tinjau di situ.

Skendelnye tajuk!

Tapi please take note, itu dialog movie Perempuan Melayu Terakhir sebenarnya. GB tengok kat TV3 semalam. First time tengok abis walau citer tu dah lama. Menarik gak. Rupanya M Nasir dan Tiara Jacqueline dah lama digandingkan sebelum Puteri Gunung Ledang lagi. Diorang bukan watak utama la, just watak dalam teater dalam movie tu je anyway. :D

Masa citer tu baru nak start, GB dengan bangga cakap kat adik-adik, Perempuan Melayu Terakhir tu GB lah, sampai diorang suma dah nak uwek-uwek. Pastu keluar la kat TV, tulis besor-besor kat skrin....
'PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR. GB!

Siyes. Sebab Grand Brilliance Sdn Bhd (GB) yang produced citer tuh! Hahaha!

*

P/S: Sabtu lepas GB ke rumah Bujal sempena kenduri akikah anak perempuannya yang nombor 2. Sedap kambing goleknya. Siyes rugi sape yang tak pegi. Huhuhu~

Friday, May 11, 2012

1300131300


Biasanya GB breakfast kaw-kaw kat umah. Tapi 2 hari ni takde orang kat umah, bosan la pulak nak makan-makan sorang-sorang sebelum gi keje. Sampai je opis, terus feeling. Feeling lapo...

Call 1300131300. Doploh menet je sampai.

*

Kopi. Taruk krimer 3 peket. Ye GB tau tak bagus. Tapi gula GB tak taruk. :D

Ciken muffin wit egg. Taruk sos. Hasbrown sumbat sekali. Ngap!

*Tapi ciken dia masin banyak sikit.

P/S: Biasanya akan kenyang sampai malam. InsyaAllah.

Saya bukan gila nombor. Saya cuma suka nombor. :D



Pagi ni dapat email. Screenshot nombor baekkk punye! Nampaknya ada yang perasan GB suka gila nombor yang cantik. TQ beb! :D

P/S: Last 2 weeks GB captured 111111 ni, tapi sempat capture pakai henpon aje. Sayangggg.... :D


Thursday, May 10, 2012

Orang kata cemburu tanda sayang


Ye ke? Last time I got jealous, it led to a break up. Sayang la sangat kan? Hu~

Ok, sila abaikan. Selingan je tu.

*

Teddy bear di atas GB dapat sebab menang lucky draw. Yey. Tinggi tu. 1 meter tinggi dia. Pastu macam biasa la, dia jadi mangsa eksperimen masa GB dok sibuk mengabiskan filem. Ni kes tak sabo nak anto gi cuci la nih. Seb baik jadi. Tapi tak sharp. Ok, lens kena cuci. Mana taknya, nak dekat 9 tahun tak pakai, seb baik semut tak buat sarang je dalam tuh. Hihihi.

P/S: Ada lagi...nanti GB taruk kat photoblog. Tapi yang jadi jadi aje la eh. :D

Ada ke kedai jual filem lagi?

Tanjung Harapan Sunset. Pakai filem dan Nikon FM (March 2012)

(Sila baca sampai habis untuk tahu jawapan)

*

Kali terakhir GB amik gambo pakai kamera filem adalah pada tahun 2004. Lepas tu beli digital kamera dan filem hanya tinggal sejarah.

Tapi this lately sejak GB ternampak balik kamera SLR lama yang kena pakai filem yang ayah GB punye tu (nak tengok? Sini.), terasa macam nak berfilem balik. But not on normal basis la. Cuma GB nak sekurang-kurangnya masih reti operate kamera cenggitu.

Mula tu memang susah sebab dengarnya dah takde kedai jual filem dah. Cari kat online, ada, tapi banyaknya dah expired. Pastu ada member cakap kat Sri Gombak ada, tapi bila time pulak nak terjah kan? Pastu tup tup GB terjumpa kedai gambar Khalaf Jaya kat Subang Perdana yang dekat dengan Kampung Subang tu. Kedai tu ada jual filem rupanya! Dan ofkos la boleh proses filem jugak dan siap boleh scan dan save dalam CD lagi (with additional cost). Tak sangka sungguh sebab fikir nak cari jauh-jauh, sekali ada je yang dekat dengan rumah.

*

Selamat dah satu roll filem dicuci. Mula tu GB ingat ada sekeping dua je yang jadi, sebab dah lama gile tak pakai kamera manual. Sebab bila dah taruk filem, ISO dia dah fixed, kadang tu setting aperture dan shutter speed terbabas jugak sebab terlupa atau sebab nak shoot spontan, tapi nasib baik suma gambo jadik walau tak semuanya perfect.

Walaupun ini bukan iklan dan takde komisen pun dari kedai tu, even depa pun tak tau GB post pasal depa ni, GB nak bagitau jugak: puas hati lah dengan servis depa. Siyes. Kalau ada yang nak tanye pape pasal kedai tu silalah email GB okeh. ;D

**

P/S: Keje membelek gambo dalam album ni feeling dia nostalgia tau! :D

Wednesday, May 9, 2012

Terima kasih sebab buat GB happy. :)




GB ada banyak sebab untuk gembira walaupun GB di antara 2.5 juta rakyat Malaysia tu. Grow old happy is better than grow old miserable kan?

Awak semua, di blog, di facebook, dan di mana sahaja; Awak semua amat besar ertinya untuk GB. *Group hug macam uncle Gedek meh!

Terima kasih sebab buat GB happy. :)

P/S: Tak sabar-sabar nak amik gambo yang anto proses kat kedai. Lepas bertahun-tahun tak guna filem, eiii nevesnye rasa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...