Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, April 30, 2012

Turned-off



Ahad yang baru ni GB terserempak dengan seorang kakak ni. (Dia bahasakan diri dia kakak so GB 'kakak'kan aje dia). Mula-mula dia puji GB lawa. Tapi katanya kalau kurus sikit mesti lagi lawa. Mungkin sebenarnya kene kurus banyak kot baru boleh lawa. Untuk info, GB dah selalu dengar ayat-ayat macam tu maka nya GB tak termakan dengan kata-kata dia. Tapi senyum je la kan and say thanks.

Pastu dia introduce produk dia. Oh, nak bisnes rupanya. Ok, produk baru tak penah GB dengar lagi. Tapi tengah-tengah dia promo tu tetibe dia cerita pulak tentang kekurangan produk lain yang agak ternama dan beri fakta palsu tentang produk tu yang sebenarnya GB dah tau pun. Ops. Terus GB rasa macam, egh. Kot ye pun nak cerita pasal produk dia, jangan la burukkan produk lain. Cakap tak benar pulak tu...

Soooo turned-off ok!

So ini pesanan untuk GB dan kawan-kawan: Bisnes secara sihat dan positif adalah lebih baik sebab customer dan consumer sekarang ni dah ada banyak pilihan dan makin kritis pulak tu...tak gitu?

P/S: Ini out of topic. I miss someone. Dem.

Mencucuk langit di malam minggu



Minggu lepas GB tercame across gambo star trail yang sungguh ohsem. Terus GB gugel cara-cara nak create star trail sendiri sebab teringin nak cuba jugak.

Jadinya, Sabtu malam haritu GB pun berembun kat kawasan rumah. Langit clear tak berawan, tak hujan, dan nampak bintang. Cantik lah! Masanya untuk mencacak tripod dan melaksanakan hajat membuat star trail. Yang panjang-panjang tu bintang tau. Nape jadi gitu? Sebab bumi kan berputar... Agak gigih jugak la sebab shutter speed kamera GB paling slow pun semenet je. Kene amik banyak-banyak kali baru nampak trail bintangnya. :D

Tu pun ada sikit banyak cacat sebab kucing jiran main kejar-kejar dengan kelip-kelip dan langgar kaki tripod. Pfffttt!

P/S: Next time nak try lagi sebenarnya. Tak puas hati sangat sebab orang lain punye kan, bintangnya terang benderang!

Friday, April 27, 2012

Jatuh



Dulu GB percaya, kalau taknak jatuh, kite kene belajar dari orang yang pernah jatuh.

Tapi ternyata belajar dari orang yang jatuh tak sama dengan jatuh sendiri. Orang lain jatuh, tapi sakitnya dia je yang rasa.

Bila kita jatuh sendiri, baru tahu sakitnya macam mana.

Jadi...biarkan anak-anak kecik kita jatuh sampai tersungkur pun, so bila orang sebut 'jatuh tersungkur', dia boleh imejin macam mana rasanya sebab dah pernah rasa. Eh? Hahaha~

P/S: GB penah jatuh basikal, jatuh motor, jatuh longkang, jatuh chenta, jatuh dari 'Monkey Climb', jatuh bukit, jatuh terduduk kat pasar yang lantainya basah dengan air ikan gara-gara pakai croc tipu yang dah licin tapaknya....hihihi. Pengajarannya jangan la pakai kasut botak kalau gi pasar. Abis sebotol Febreeze sebab nak wangikan balik seat yang dah bau macam ikan. Euwwww......

Thursday, April 26, 2012

Kenapa GB tak reti bawak dan naik motor?


Masa umur 13, GB penah diajar bawak moto oleh kakak sepupu. GB pacu dia bonceng, heheh. Bawak kat tepi bendang sebab rumah dia memang kat tepi bendang. Pulas minyak, bawak laju-laju sampai nak 'melompat' motor tu, tapi masa brek, kitorang jatuh dengan kencangnya kat tepi bendang. Tak tahu mana silap ntah.

Ok, pastu try bawak lagi. Kalini kakak sepupu takmo bonceng sama dah. Dia seram. GB pun pulassssss sampai pfftt...pfttt....minyak motor kering. Hihihi.

Rupanya ayah tengok dari jauh gelagat kitorang.

Balik rumah, GB nak try motor ayah pulak. Tapi mati-mati ayah tak kasi. Dia takut jadi macam haritu. Sorok kunci tak bagi bawak.

Dan sampailah ke sudah GB tak reti bawak motor hatta nak membonceng pun takut. Kesian Sekian...

P/S: Dulu masa kat U menjerit bila bonceng motor member dari studio balik ke kolej. Mengucap sepanjang jalan! Tapi member tu pompuan la. Hihi~

Tuesday, April 24, 2012

Orang Arab datang Malaysia, shopping rumah macam beli kasut. Huh!



GB terbaca ni kat facebook post seorang member:

"An Arab colleague of mine owns 9 units of condos in Mid Valley and another 5 units in Bukit Ceylon and Bukit Bintang. How's that to you as a strugglin' Malaysian huh?"

Melampau kan?

*

Kita rakyat Malaysia sendiri? Tambah-tambah yang Melayu...

Kalau nak tulis memang akan jadi panjang sepanjangnya, tapi kawan-kawan pun boleh tengok sendiri kan cemana kisahnya kita di bumi sendiri?

P/S: Kayanya Arab itu sampai dia boleh bakar-bakar je duit. Tak caye? Cer tengok kat blog uncle ni~

Monday, April 23, 2012

Tak cukup


*

P/S: Lebih gambar di sini.

Sunday, April 22, 2012

Bila buat benda yang kita suka, kita takkan rasa penat. Mungkin.

Tea and scones. Dok bawah bumbung transparent kaler biru ni buat gambo jadik biru lah! Ish~

GB suka apa yang GB buat. Jalan-jalan. Singgah-singgah amik gambo. Borak dengan strangers yang kebetulan ada kat tempat yang kita pegi tu. Dan benda tu buat GB rasa tak penat. Siyes.

Tadi Semalam first time gi naik ke Ladang Teh Sungai Palas. Cantik gile tempat tu...dengan jalan nak naik pun penuh lumut hijau dekat bukit. Best rupanya eh!

P/S: GB pakai tudung bawal kaler biru harini semalam. :)

Saturday, April 21, 2012

Yang sebenonya, walau dah keje, kita wajib belajar jugak ye~

Riverside Point Singapore. Mahu tengok lebih gambar? Sila la ke sini. ;D

(Sebenarnya GB dah tulis panjangggggggg tapi dah delete sebab takut nanti bikin panas. Tak pepasal kang banyak isu pulak.)

Tapi kesimpulannya...

Alahai. Belajar la, belajar. Masa dekat uni atau kolej memang kita tak diajar cara-cara meng unzip files, nak print dokumen, nak resize drawings, nak angkat telefon dan bercakap dengan manner yang elok, nak fotostet, nak fax, nak scan, nak follow up - tapi takkan la sebab tak ajar kat situ maka selama-lamanya kite taknak belajar dan ambil tahu? Kalau nak jaga ego sendiri sampai taknak belajar benda 'baru', baik duduk bawah tempurung je!

Ok. Sekian entry yang ditujukan kat mereka yang tak reti unzip files di suatu sudut di negeri Indera Cakrawala Darul Fana.

P/S: Tolong angkat telefon atau tolong fotostet takkan menjadikan bos itu seorang kuli. Tak paham? Ah. Abaikan.

P/S 2: Mak GB ucapkan terima kasih sangat kat semua kawan-kawan yang sudi wish birthdaynye semalam. Harini mau ke Tanah Tinggi. InsyaAllah. Mak kata nak makan scones panas-panas. Hihi.

Friday, April 20, 2012

GB hadiahkan cucu buat hadiah hari lahir untuk Mak

Mak GB yang sambut birthday ke 51 pada 20 April 2012
dan cucu pertamanya, Shifa' yang sambut ulangbulan ke 3 pada 20 April 2012.


Mak cakap, dukung Shifa' ni feeling dia sama macam dukung GB masa baby dulu. Gebu. Comel. Manis... suka senyum.

20 April adalah hari lahir mak. Jadi sempena birthday mak harini, GB hadiahkan Shifa' eh. Terima lah mak. Hihihi.

Ye I know I know. Shifa' bukan GB punya. Adik GB yang punya. Tapi dia kan nanti panggil GB 'mama' juga. Heheh!

*

Ok lah. Back to the point. GB nak ucap Happy Birthday mak. I love you mak. Nanti GB hadiahkan menantu eh. Bila tu tak tau la. Tapi saiz cincin dah ada nih nak buat sampel. Hahah!

P/S: 20 April Tahun Gajah pulak hari lahir sapa kawan-kawan? :D

Thursday, April 19, 2012

Jilo Jilo Seven


Haritu GB dok selak-selak belek-belek fail tempat simpan sijil dari zaman skolah rendah sampailah sekarang. Nak kemaskini kononnya. Pastu ter tenung lama pulak kat sijil SPM dan PMR. Barulah perasan kat sijil kita ada tulis nombor angka giliran.

Motif? Dulu kat entri ni GB ada cakap yang angka giliran GB masa SPM dan PMR adalah 007. Tapi masa tu takde supporting document. Gituuu...ihihihi.

So ni sesaja la konon nak completekan entry blog peribadi yang macam rojak ni.

P/S: Abis mana datang pulak Jilo Jilo Seven tuh? Sini dan sini haaa. Kisahnya dapat emergency call dari Pos Malaysia tapi....jeng jeng jeng~

Wednesday, April 18, 2012

Children Little Museum Singapore


Sebagai seorang budak yang lahir tahun 80-an, GB biasa tengok dapur minyak tanah dan lampu minyak tanah tu. Masa duduk kat Kem Batu 10, mak GB penah ada kot dapur tu. Tapi lampu tu takde. Lampu tu GB biasa tengok kalau pegi rumah pakteh kat Jengka atau bila balik kampung.

Bila pasang tu pakat dok mengira kelkatu yang lekat kat balang dia. Nostalgik sungguh.

*

GB jumpa ni kat Children Little Museum kat Singapore. Kalau nak tengok set gunting rambut zaman dulu-dulu, gerai ABC pesen klasik, kamera gedabak zaman tok kadok, dan banyak lagi, silalah jenguk full collection of pics kat sini ye. :D

Mekasih.

P/S: Sekarang lampu tu dah kembali, dimodenkan lah. Banyak jual kat Ikea. Pakai tea lights aje. Huuu~

Tuesday, April 17, 2012

Haritu GB mimpi. Mimpi dihadiahkan sebijik EOS 60D.



...

Tapi tak nampak pulak sapa yang bagi. Tau-tau aje GB dah pakai mende alah tuh.

Pastu tup tup terjaga! Isk!

GB terfikir time tu mungkin ada hajat nak nembak GB yang tak sampai kot, tu pasal la terbawak sampai ke mimpi. Agak nya la....

Anyway, GB tengah baca 100 things to learn about photography. Banyak jugak tips yang menarik. :D

P/S: Kadang-kadang mimpi kite ni kelakar-kelakar kan? Hihihi~


Haha...bunyi macam stressful je kan? Kite chill je okeh!

Burung tiong.
Taken at Monsopiad Cultural Village, KK on 2002 using a film SLR 

Tertarik GB baca komen Mama2Q kat entri semalam:



Mama2Q said...
company apa Gb kerje ni? Macam stressful jer yg mendengar ni pun...huhu...


Maaf eh. Sepatutnya orang datang baca entri kita kene hepi hepi dan bukan click X dalam keadaan stress.

*

Bagi GB semua kerja pun sama je. Ada stressnya. Jadi kuli ke, jadi boss ke tetap ada pressure. Jadik tukang buat kopi atau tukang angkat telefon, kerja sendiri, makan gaji, atau jadi suri rumah pun ada stressnya. Tak boleh nak cakap keje kite lebih stressful dari orang lain atau sebaliknya sebab kita tak berada di tempat dia untuk judge yang bukan-bukan.

**

Sebenarnya GB boleh kerja under pressure and tight deadline sebab GB cinta kerja itu dan itu adalah macam mana GB sejak minggu pertama masuk matric sampai grad dan sampai sekarang pun; tapi bukan under pressure of office politics. Being manipulated with stories created by others. Huh. And how do I know it? I'm not a 15 years old girl ok. Eheheh....

Dulu company kite kecik je. Akitek ada la berapa orang, designer, site supervisor - plus boss. Hey, yes, in this company we shorten Landscape Architect to just, Architect. Tapi bila dah merge dengan company lain, persaingan makin sengit. Nak jadik multidisciplinary kononnya. Masa ni la munculnye spesis yang dulu kawan tetibe sekarang eh, ko nak lawan aku? Gituuu....heheh. Takleh buat cara terang, dia tikam beralas bantal dari belakang. Wow.

Adat lah tuh.

***

Ok. GB take it positively. It's an ongoing learning process anyway. Tapi jangan lah duduk diam aje dan buat hati kering sebab hati kite basah ok. Take action lah dengan apa cara pun. Tak rugi pun. And think about business.

Minum kopi dulu eh. Ke nak teh? :D

P/S: Teringat sorang akitek ni cakap masa talk kat matric centre dulu, 'Becoming an architect means you should never get married. But I did anyway.' Haha. Cool. :D

Monday, April 16, 2012

9/10

Diorama kehidupan masyarakat zaman neolitik (Zaman Batu Baru) di Tapak Neolitik Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. Beberapa peralatan tinggalan budaya seperti periuk tanah, kapak batu, penumbuk kulit kayu, sampan dan pendayung telah dijumpai dalam kerja-kerja eskavasi arkeologi pada tahun 1977. (Muzium Sultan Alam Shah)


GB tengah pusing lagi. Yup. Belum gi klenet tapi harap-harap cepat la baik. Dalam pusing-pusing kapla ni boleh pulak terfikir-fikir nak berbisnes. Secara serius nih.

**

Sebenarnya GB dengan bisnes bukanlah dua benda asing. Sedari umur 8 tahun GB dah tolong mak jual kuih tiram yang mak buat sendiri. Agaknya sebab GB ni selalu ceria dan makcik-makcik kat Kem Batu 10 tu kebanyakannya kenal GB, maka kuih-kuih tiram tu cepat abisnya, kehkeh. Mak pulak memang selalu dapat tempahan kuih muih, nasik lemak, nasi tomato, pulut kuning dan segala bagai lagi. Cuma takde la didaftarkan syarikat enterprise sebab mak pun suka suka je bisnes. Selalunya tempahan akan berulang dan kalau ada tempahan baru biasanya link dia adalah dari pelanggan sedia ada. Networking kan.

Kalau rajin, masa raya mak buat cookies dan GB jual. Tapi last year tak buat pulak sebab Boboy nak exam. Eheheh.

***

Pastu masa masuk U, GB jadik member Avon. Jadik member tu sebab GB memang suka beli barang kat Avon. Eyeliner, lip balm, moisturiser, bra. Mak GB pun memang dok pakai Anew jadi sekali harung lah kan. Dapat katalog, kadang tu GB biarkan je kat bilik kolej sebab kadang tu ada gak member yang bertandang nak tengok-tengok. Tapi lepas tu eh, ramai pulak yang membeli. Siap ada yang jadi pelanggan tetap lagi. Hmm...bisnes kan... :D

Tapi sekarang ni dah tak aktif lak menjual walaupun GB masih member lagi. Aktif beli untuk diri sendiri aje. Tapi kalau kengkawan ada rasa nak mengorder silalah kontek GB eh. Hihihi.

****

Last year GB kerap join sorang member buat carboot sale. Kalau ada tu GB mintak la mak buat kuih ke kan, boleh jual-jual. Kadang tu takde la untung mana pun, tapi since GB jual pakaian dan tudung-tudung terpakai segala, makanya puas hati jugak la bila ada yang beli sebab memang baju-baju tu GB nak let go pun. Kalau agak-agak susah orang nak berkenan GB sedekah aje lah.

*****

GB terfikir macam ni kenapa ek? Sebab penat lah makan gaji dan keje bawah orang. Macam takde life. Macam hamba pun ada walaupun hujung bulan tu dapat gaji. Ah, kadang awal bulan. Kadang tengah bulan baru dapat. Heh! Walaupun cuti ada 14 hari (je) setahun, tapi nak cuti pun tak senang. Kalau approve pun kite tetap kena ganggu. Kalau masa bercuti kite tak angkat fon atau buat dek je hal keje, paham-paham ajelah macam mana kita akan dipolitikkan bila dah masuk keje nanti. Baik pulak jadi budak buat kopi je cenggini. Huuuu~

P/S: Kalau GB buat bisnes ada yang nak jadik pelanggan GB tak? We'll start with Avon, shall we? ;D

Sunday, April 15, 2012

Nak cerita gak walau takde yang tanya. Ok, ada la sorang dua yang bertanya...



Seminggu yang ni kan adalah giler packed dengan aktiviti terancang dan tak terancang dan demam yang taknak baik-baik dan jugak konflik kat tempat keje.

Khamis lepas kitorang anto Boboy gi kolej dia kat Kampar. Cantik tempat tu. Ada tasek-tasek, gunung-ganang (sebab dah dekat dengan Cameron Highlands) dan kubur-kubur. Dia dapat course computer science, pastu tup tup semalam dia cakap nak tukar course. Nak jadik chef katanya. GB si kakak sulung ni ok je as long as dia nak sambung bajar. Pastu mak ayah speculate kononnya Boboy nak tukar course sebab lecturer dia yang ensems, gentleman  lagi baek hati tu dah racun baek punye. Haritu pulak masa anto Boboy lecturer itu sudah usha GB baek punye sampai GB lak naik malu. Ampun eh kalau encek lecturer terbaca ni. Jangan la potong markah budak tu eh. Hahaha~

*

Settle urusan Boboy, kitorang plan nak gi Cameron Highlands sebab awal lagi. Tapi dah hajat nak singgah kat tasek tepi jalan jap. Nak tembak la sikit... Pastu tup tup ayah dapat call. Paksu GB eksiden. Kat Alor Setar nun. Bila tengok mak dah nampak risau sangat, GB cadang kite patah balik dan terus ke Alor Setar aje. Sebab dah alang-alang kan...

**

Kitorang ikut jalan dalam dulu. Lalu Pekan Kampar, kampung-kampung, Sungai Kampar, area Dipang, Gua Tempurung etc etc sementara nak jumpa jalan keluar ke highway. Eh, nice ok ikut jalan dalam. Banyak boleh diusha-usha. Tapi kan....tapi....korang ada baca berita tak pasal kampung yang tenggelam kat Dipang tuh?

***

Masa lalu kat Sungai Kampar, ada polis berkawal. Ingat ada roadblock ke mende, tapi lepas tu tengok ada pulak bomba, van Pertahanan Awam. Dan line kuning hitam tuh. Ingat ada orang lemas (nauzubillah), tapi rupanya banjir besar dan seluruh kampung tenggelam. Ada rumah yang tenggelam paras 1 meter je, tapi ada yang tinggal bumbung aje. Teruk sangat! Jalan tak terjejas tapi sebab tinggi. Itu la Kampung Dipang. Terus teringat kisah tanah runtuh kat POS Dipang beberapa tahun sudah. Berderau darah jap.

Tapi takde gambar sebab 1, GB yang drive. 2, Takde yang ingat nak amikkan gambo sebab memasing tekejut gile tengok bencana depan mata. 3, GB tak berani snap snap sambil drive sebab polis banyak dan jalan sempit. Jatuh terbabas kang dah tentu tenggelam terus. Mujur la masa kitorang lalu tu tak berapa nak jem lagi. Mungkin baru je la banjirnye tuh.

Bila baca paper baru tau yang banjir tu disebabkan ban Sungai Kampar yang pecah, tu pasal la air naik mendadak. No wonder la...

****

Dalam kul 5 lebih kitorang sampai Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar. Elok-elok je waktu melawat. Paksu teruk jugak. Koma.Dah anto gi Alor Setar Specialist Hospital tapi depa rejek. Dan dapat tahu pulak anak sedara sepupu pun eksiden gak. Hospital Yan anto ke Alor Setar gak. Teruk gak. Koma gak. Different cases tapi.

*****

Ujian, kata mak. Depa lagi teruk diuji dari kitorang walau kitorang balik Kedah sehelai sepinggang dan drive dalam demam. Bermalam kat umah paklang. Esoknye lepas ayah solat Jumaat, kitorang pun balik. Sebab ayah tak approve, maka terus ke Subang lah kitorang. No tembak-tembak. No sawah padi walau padi tengah hijau-hijau. No Kuala Kedah. No Gunung Jerai. :(

P/S: Takpelah. Next time. Demam seminggu taknak baik baik ni kan...kalau tak gi klenet memang takkan baik ke? Isk!

Tuesday, April 10, 2012

Vallaris glabra pertama GB dah berbunga!!! (UPDATED)

Bunga kesidang. GB terbaca di sini yang bunganya kalau dicium siang dan malam boleh ubati sengal badan.
Kalau dibuat mandi pulak sangat bagus untuk orang yang stroke atau lumpuh. Ada yang ada maklumat lain pasal ni? 

Vallaris glabra kata orang Latino. Tapi orang kita panggil bunga kesidang aje. Ada jugak yang panggil bunga kerak nasik. Orang Melaka pulak jadikan pokok ni bunga rasmi diorang.

*

Sebenarnya GB beli pokok bunga ni dah dekat setahun dulu. Tapi setahun tu jugak dia cuma berdaun je, taknak berbunga. Pastu bila tanya-tanya member, member cakap cer cantas sikit pastu taruk baja. GB pun cuba. Pastu, 2-3 bulan kendian...tadaaa! Keluar dua gugus (betul ke gugus?) bunga. Dan yang dalam gambo tu adalah yang pertama-tama sekali kembang. Pagi tadi sebelum pi keje snap nih. Happy okeh!

**

Kenapa GB suka bunga ni? Sebab bau dia wangi...persis daun pandan! Bila cium tu rasa cam nak makan je sebab wangi sangat! Tapi jangan la makan pulak~

P/S: Misi mencari pokok yang berbunga putih masih diteruskan. Bunga cina, melur, bunga sundal malam, Plumeria pudica. Tapi paling susah nak cari Tunbegia kaler putih. Isk!

Monday, April 9, 2012

Bila iceberg meletup


gB dan Nurul Shifa'...penyejuk hati. :)
 Tu hidung dia kembang kempis, mesti tengah ada 'bisnes' la tuh! Ihihi.

Dia macam ni tau.

Bila kita dah berada dalam situasi tu untuk tempoh masa yang lama, maka seharusnyalah kita percayakan instinct dan bertindak ikut komensen. Dalam kes GB, I've read the situation well enuff, long before they spoke up. Cumanya kan, bila kite dah meletup baru dia nak bercakap.

Too late? Kinda.

Whatever.

P/S:  Semanis-manis orang, ada juga pedasnya. Jangan paksa lah. :)

Tenang Dalam Kalut


Dia macam ni tau. Kadang tu kan, kita sangat nak buat-buat cool walau kat dalam tu sangat berserabut. Tapi sampai satu point, bongkah iceberg pun boleh meletup. Ihiks!

P/S: Mujurlah ada yang boleh bikin maintain cool. Tapi sampai bila kan?

Thursday, April 5, 2012

Owh. Curious ni nak tau. Sapekah 123456 tuh?

Bunga peria katak (Momordica charanthia)


GB baru perasan. Nombor bertuah 123456 dah lepas. Sape yg dapat screen shotnye? Ke takde? Ke ada? :D

Kalau ada, email la ke gadisbungablog@gmail.com. Ada sebenir (souvenir) sikit. ;D

Tapi kalau takde takpe. Takde rezeki nak abadikan nombor tu le teww. Ihik!

P/S: Diam tak bermaksud baik ok. Kadang tu dalam diam la dia pi tikam belakang dan main politik. Wow. Hebat!

Tuesday, April 3, 2012

Coffin dalam cawan?

Tripod saya. Cap ayam je la tapi. ;D
(Tu bukan tangan saya)

Semalam GB buat kopi sambil layan Criminal Minds. Pastu tetibe Boboy marah GB. Dia kata:

'Along, tak elok minum kopi malam-malam. Tak tau ke dalam tu ada coffin??'

(Coffee + caffeine = coffin)

Gulp sekejap. Lepas tu bantai la gelak beramai-ramai! Hahaha!!!

*

Kene ada ruangan 'Kesalahan Tatabahasa' kat umah nampaknya ni.

P/S: Terus teringat zaman studio dulu. Kitorang ada sudut Kesalahan Tatabahasa untuk mencatit semua perkataan yang tersalah sebut oleh member-member studio. Pastu kalau tensen pegi la bergelak ketawa kat situ. Kihkihkih! Rindunye zaman tu!

Homeless as maid?



Malam Sabtu lepas GB duduk borak-borak dengan mak sambil tengok TV. Boleh pulak bincang pasal kisahnya negara seberang yang nak charge RM700 per satu tugas bagi maid-maid diorang. (Kelasss tak anak beranak borak pasal masalah negara? Heheh!)

Pastu mak bilang, daripada kita bayo kat diorang, baik la kite amik orang-orang gelandangan (homeless) jadik maid. Tak gitu?

P/S: Dulu pernah berangan. Kalau GB jadik makcik kayooo suatu hari nanti, GB teringin nak bukak kilang atau ladang dan amik orang-orang gelandangan, orang miskin, dan OKU bekerja. Berangan lagik!

Monday, April 2, 2012

Pesanan DMFK hari ini

Kat Muzium Alam Shah

Tadi GB ternampak kata-kata nasihat yang best dari Dr Mohd Fadzilah Kamsah. So terus terasa nak share kat sini! :D

"As salamu'alaikum para sahabat. Cara terbaik untuk bahagiakan diri ialah dengan berbuat baik & bahagiakan orang lain. Mulai hari ini, mari kita azam untuk tekankan butang lif atau bukakan pintu untuk orang lain, bantu orang lintas jalan, belikan air untuk kawan atau pengawal keselamatan, tunjukkan jalan orang yang sesat, bawa kuih untuk member di pejabat, dengari cerita kawan dengan teliti, kutip sampah di sekitar u, beri tip kpd waiter di restoren, bersihkan toilet untuk pengguna selepas u, SMS "I luv u" kepada orang tersayang, SMS "I'm sorry" kepada orang yang u lukai, SMS "tq" kepada yang bantu u, telefon ibubapa, adik beradik atau kawan lama, dsbnya. Wassalam."

Cool. Kan? :D

P/S: GB tak SMS. GB tulis je terus kat sini. I love you. Boleh? Heheh!

Sunday, April 1, 2012

Yang dekat-dekat aje: Muzium Alam Shah

Natural Heritage section at lower floor of Muzium Alam Shah, Shah Alam
Ini second time GB spend weekend kat muzium. January lepas pegi Muzium TUDM kat Sungai Besi (tapi GB tak penah mention dalam blog lagi). Pastu harini menjengah ke Muzium Alam Shah (Muzium Negeri) kat Shah Alam pulak.

*

Sebenarnya kalau takde hal GB tak terfikir nak jejak situ pun. Tapi kebetulan adik bongsu GB si Boboy  yang baru dapat result SPM bebaru ni ada interview dan briefing untuk masuk IPT kat situ. Dia dapat buat diploma course Computer Engineering.

*

Sementara nak tunggu dia setelkan hal nye, Gb pusing muzium dulu. Menarik rupanya eh. Sapa sangka Putrajaya dan Shah Alam punya nama lama dulu tak glamer langsung! Heheh.

Entry fee adalah percuma dan kita bebas mengambik gambo collection mahupun berposing sakan dalam tu. Peminat sejarah, pencinta seni dan budaya, peminat sukan dan alam sekitar mungkin boleh duduk dalam tu lama-lama sambil belek-belek bahan pameran kat situ. Kaki foto pun ada banyak benda menarik untuk ditembak. Pendek kata, tak rugi pun pegi.

Cembese, GB akan taruk gambo banyak-banyak-baaaanyakkk dalam belog lagi satu tuh. Sekarang ni tengah gigih mengabiskan entry Temasek tapi. Heheh.

P/S: Sayang jugak la sebab tak dapat join gathering kat umah uncle LF, tapi harap-harap kita dapat berjumpa lain kali ye. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...