Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Friday, March 30, 2012

Klik? Tak klik? Klik? Tak klik?

Cleome speciosa, snapped 6 years ago at Bukit Larut

Kisahnya:

GB nak book tiket gi Siem Reap. Murah. Tapi sorang.

Takde ploblem pun kalo sorang sebenarnya. Tapi berdua kan lebih syok?

(Tetibe. Heh~)

Sudahnya tak jadi book dulu. Jumpa geng kang baru book balik.

Tapi kalau tak jumpa jugak wa redah je lah!

P/S: Zaman sekarang ni ada lagi ke yang main tengok-tengok bumbung kalau rindu-rinduan? Tengok bumbung kete aci tak? Ihiks!

Tolor

Ni gambo diambik pakai kamera fon

Nasik putih herbal ponni panas panas.

Tolor goreng mata lembu (kerbau pun boleh).

Kicap.

Gulp!

*

Atau...

Roti tolor kasi banjir, kuah dal sambal!

Dapnye weh! Dapnyer!!

P/S: GB tengok dalam rancangan masak memasak mat saleh kan....telur ayamnya apasal kaler putih eh?

Thursday, March 29, 2012

Kefobiaan Terhadap Perasan

Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya

Dulu kan masa sekolah, GB pernah share dengan kawan pasal sorang budak laki yang suka nak kacau-kacau kite, cari gaduh, pendek kata kalau sehari tak gaduh dengan dia memang tak sah lah. Sampai GB rasa yang budak tu suka GB sebenonya. Lepas tu tetibe member cakap apa tau kat GB?


'Ko ni perasanlah!'.

Ceh! Potong la! Perasan je ke rupanya? Malu betei GB time tuh! 

*

Tapi yang tak bestnya mende tu efek GB sampai sekarang tau! Tu pasal kalau ada mamat memana yang nampak macam suka nak usik-usik GB, carik gaduh bagai, GB anggap dia tu suka-suka je usik atau dah memang pe'el dia macam tu. Kannya apa. Sebab takut kene chop perasan lagi. Punye la fobia kot. Sampai boleh sentap la kalau terdengar perkataan 'perasan' tuh! 

Kepada yang nak 'baca' GB tu, silalah paham kenapa GB ni low self esteem gile, tak konpiden dan blur memanjang. Dah dapat kawan pesen gitu time childhood, tu yang efek kot?  

Kot la...

So adik-adik, jangan la cakap cenggitu kat kawan-kawan. Kesian kat depa. Ek?

P/S: Ok lah ok, fine.... Musim GB berangin kus kus la nih! Heheh!

Wednesday, March 28, 2012

Soal kahwin - Awal atau Lambat?

Teringin nak beli satu. Yang oto punye ade tak? Ngeee~

GB ni kan cakap pasal kawin macam la banyak sangat pengalaman. Tapi sebenarnya GB cuma nak share pendapat aje.

Kalau diikutkan, GB ni dah kategori agak terlambat jugak lah. Dengan calon pun takde lagi. Sepatutnya dah kena risau bab ni tapi takpe, let us take this neutrally ek. Masa zaman belajo dulu memang ada orang yang cuba nak masuk line, since zaman form 5 sebenonye. Tapi GB ni kan pemalu. Dan sifat pemalu itu membawa kepada tegas yang sebenarnya terjadi sebab nak cover malu. Tapi ramai antara diorang amik itu sebagai suatu rejection. GB bukan rejek sebenonye, tapi GB malu. Dan diorang tak tahu. Malah ada yang anggap kite sombong. Sudahnya yang cuba mengorat dan berkirim salam berlalu macam tu aje. Yang try mintak nombor tepon terus terbantut hasrat. Dan yang cakap direct kat GB pun akhirnya give up. (Ok, kalau yang itu memang kes 'maaf, kita tidak sesuai bersama').

Sedangkan kepada yang kenal lama dengan GB, diorang tahu macam mana GB. Takde la garang mana pun. Kalau suka argue pendapat tu normal lah kan?

*

GB dengan mak beza umur 20 tahun. Yep, mak kahwin muda. Umur 18 dah kawin. Sampai sekarang mak nampak muda lagi. Mak, masa umur GB yang sekarang ni, GB dah darjah 5 tau. Sedangkan GB masih tercari-cari calon lagik. Atau sebenarnya calon asben tu yang tercari-cari GB tapi tak jumpa? Heheh. Pastu bila orang tanya-tanya macam-macam la diorang speculate: memilih sangat la, absorbed sangat dengan keje la, tak bercampur dengan orang la. Tapi end up akan berbalik kepada hal jodoh jugak. Ceh, buang karan ja argue panjang-panjang. Huhu.

*

Frankly kan, GB rasa umur 20 adalah agak muda untuk kawin. Sebab mungkin  masih belajar lagi, tak establish lagi, bla bla bla. Tapi ada jugak yang main redah je (ops sebab jodoh dah sampai ok), dan bila anak dah besar, tu semua dah tak jadi isu dah. Mungkin dia akan terasa seperti kehilangan sedikit waktu remaja yang single sebab tak boleh enjoy puas-puas (mungkin), tapi percayalah cakap GB, sebenarnya kawin awal ni sangatlah banyak advantagenya. Silap kita adalah kita ni suka sangat cuba lihat apa yang kita tak dapat instead of menikmati apa yang kita dah ada. Kena syukur...

Mengambil soal anak sebagai ukuran, kalau kita kahwin pada usia 24-27, mungkin ramai yang anggap itu adalah waktu terbaik untuk kawin. Umur 28-35, masih boleh dimaafkan walau sebenarnya boleh dianggap lambat. Lebih dari tu...susah sikit nak cakap. Katakan lah kita kawin umur 35, umur 36 dapat baby, dan umur 43 anak kita masuk darjah 1 (matematik mudah la nih), agak lambat kan. Kita perlu tenaga dan minda yang cergas supaya boleh seiring dengan anak kita yang makin mebesar nanti. Umur belasan tahun anak kita akan mula exposed kepada banyak benda, mula jadi memberontak, dan umur kita pulak dah 50an. Macam tak berapa fit je nak jaga anak yang dah meningkat remaja. Hmmm...

**

GB nak cerita panjang lagi, tapi akhirnya terberhenti kat sini. Berbalik kepada ketetapan jodoh jugak akhirnya kita. Allah Maha Mengetahui apa yang dah Dia rancang untuk kita. Mungkin role kita atas bumi ni adalah untuk saling mengingatkan bahawa tiada manusia yang tak bernasib baik (kerana kawin lambat atau kawin awal sangat sampai terkorban zaman muda), sebaliknya itu semua adalah senario yang menjadikan GB ini ujian dan rahmat untuk orang lain, dan orang lain pula sebagai ujian dan rahmat untuk GB.

P/S: Jadi cukup-cukup lah beri komen-komen tipikal yang sebenarnya tak membantu pun. Kalau ada yang kawin awal, syukurlah dengan apa yang Allah dah beri, dan ingatkan orang lain supaya bersyukur juga kerana 'tidak berkahwin atau lambat berkahwin' pun adalah satu anugerah Allah juga, kerana Allah tidak pernah menzalimi kita.

Tuesday, March 27, 2012

Trend kawin awal?

Ehem. Nampak familiar? Ada terasa nak tengok gambar ni tak? Wink wink!

Sekarang ni dah balik ke trend kawin awal ek? Heheh.

Ok. Tu je. Ada pendapat? Boleh taruk kat kotak komen ye....karang bila dah ada masa untuk berhujah, GB akan buat entri panjang sikit.

(GB tak sempat blogwalk. Maaf....)

P/S: Perasan tak pencarian visitor nombor 123456 blog ni? :D

Monday, March 26, 2012

Demi

Bagan Pasir, Tanjung Karang.
Sepatutnya time ni matahari tengah terbenam, tapi sebab pakai low shutter maka matahari tak nampak.

Rasanya tajuk tak kena nih, takpelah. Abaikan. ;D

*

Meh GB ceciter sikit. Last Sabtu GB dengan adik dan sorang member gi terjah sunset kat Bagan Lalang Pasir. Port ni mula tu GB nampak kat entri Wakjan yang ini. Nampak sangat menarik dan teruja nak gi nembak sunset. Lepas tu Wakjan pun tunjuk dalam map tempat yang dia dan basikalnya sampai. Maka ke sana lah kitorang haritu.

Cuaca baik. Syukur Alhamdulillah. Nak sampai ke sana agak senang sebab ikut petua dalam map Wakjan tuh. Tapi sampai je kat sana (area tambak) tu mula gelabah sebab...err...ada lah sebabnya. Nanti GB citer detail dalam blog lagi satu eh.

P/S: Kat Tanjung Karang sate secocok tiga posen je. Sedap lak tuh!

Friday, March 23, 2012

I wasn't there (yet)...


...Walaupun ada FM dari Vienna terlekat kat pintu fridge.

Tapi nanti ai pegilah. Kumpul duit beli tiket dulu. ;D

Thanks Kak Hanie! Hugsss! ;D

*

Anyway. Silent treatment dari boss belum berakhir lagi. Puas juga memikir kat mana silap di kalangan kitorang yang kuli-kuli ni. Last-last kitorang assume je yang dia dengan bos-bos lain yang sebenarnya tengah ada isu. Agaknye lah. Maklumlah, company baru merge. Sistem dah banyak tukar. Dah makin complicated lak jadi. Rindu pulak keje masa zaman less complicated dulu. Very laid back tapi projek masuk, keje siap. Cuma payment je kekadang lambat dan liat. Heheh.

*

Oh. Sedikit pasal budak Fatihah yang merancang penculikan diri sendiri tu. Katanya lari dari rumah sebab tekanan perasaan kan. GB teringin jugak nak tahu, kenapa? Sebab budak sementah tu takkan terfikir nak lari dari rumah walau dia ada boyfriend, kalau dia sendiri rasa selamat dan selesa di rumah. Andaian GB ajelah.

P/S: Ni soalan terakhir untuk dijawab. Soalan dari Kak Hanie: Bila nak banje makan kat Iceroom? Jawapan GB: Kite tuntut janji dari DaddyZiyyad dulu eh? Heheh!

Thursday, March 22, 2012

Semalam yang hangat


Mana tak hangat, kene jawab soalan panas yang bertubi-tubi. Sendiri bukak segmen, sendiri cari penyakit ye. Tapi GB tak serik. Heheh.

*

Mana tak hangat, tengah ada isu besar kat opis ni. Semua orang salah faham dengan semua orang. Bos marah-marah last week, this week dia bagi silent treatment. Wah...better dia marah-marah lah rasanya. Heheh.

*

Mana tak hangat, air cond kete GB lak buat hal. Panas udah gaya dok dalam sauna dah. Better pulak off air cond dan bukak tingkap je. Tak nyempat nak gi cek lagi.

*

Mana tak hangat, memang hangat pun! ;D

P/S: Ah manusia. Hangat pun bising. Sejuk pun bising. Bersyukur yang lebih wajar. Dan tetibe GB nak bersastera? Demam kot? Heheh~

(Kisah Hati dan Misteri Cinta) Part 4: Menjawab soalan Kak Ida nyanyisunyi, Acik Erna, NzA, Rina Betty, Zati Embong, Tihara, Kak Zakie, Gen2Merah




Kak Ida nyanyisunyi – Bila nak bagi kad undangan?
Acik Erna - Bila nak jemput?
NzA - Bila GB nk kawin???? Wakakaaaa...
Farmys - Bila nak kawin?
Bila kad dah siap, calon dah ada dan tarikh dan kompem, GB akan jemput , bagi kad, dan kawin. Yey!. :D

Rina Betty - Apakah ciri-ciri lelaki idaman GB ;p
Zati Embong - Ha..kita kan perempuan, dulu-dulu mesti kita penah angan-angan kan, nak lelaki yg cmne. Yg ada lesung pipit la, nk lg tnggi la..GB camne? (GB groupkan soalan ni sebab lebih kurang sama je jawapannya, ok.)

Tipu la kalau GB cakap takde berangan nak lelaki yang macam mana, ye dak? Sebenarnya sejak dari zaman muda-muda lagi GB tak pernah letak ciri-ciri fizikal sebagai kriteria lelaki pilihan (ecehh) sebab GB sendiri tak lawa pun dan serba kekurangan. Tinggi, rendah, gelap, cerah, gempal, kurus, Chinese look ke, Indian look ke, Jawa look ke, specky ke, non specky ke – GB tak kisah sangat. GB pernah tersuka dekat orang yang tinggi, rendah, kurus, gempal, gelap cerah. Kenapa? Sebab GB pandang lelaki (dan perempuan) adalah ‘cantik’ walau macam mana pun diorang. Ada tarikannya kalau kita mahu lihat itu sebagai sesuatu yang menarik. Tapi kalau nak senang cerita, bagi GB kan, asal sedap mata memandang pun dah kira ok.

GB lebih kepada karakter sebenarnya. Nak yang pandai. Yang bijak. Yang cool. Tak gelojoh. Ada sense of humor dan tahu macam mana nak react bila GB dalam situasi tak keruan. Yang boleh attract kite punye minda ,dan jenis intelligence challenging kind of person.  Yang bertanggungjawab. Sebab bagi GB perkataan ‘tanggungjawab’ itu sendiri dah cukup untuk membuat seseorang tu beriman, menghormati orang lain, tak menzalimi diri sendiri (such as merokok. Sorry. Heheh). Dan orang yang bertanggungjawab adalah orang yang tahu mencari rezeki untuk menyara diri sendiri, keluarga, dan bakal isterinya kelak.

Kalau dia minat menembak dan jalan-jalan, itu lagi best sebab boleh jadi partner GB nanti. Tapi tak perlu la semua minat kena sama. Biar kontra sikit, baru seronok.

Tapi tak mau la orang yang pandai segalanya dan tahu buat segalanya. GB pernah kenal orang macam tu. Ada disadvantage nya. Orang macam tu dah tak perlukan GB simply because he already has everything and he can do almost everything. Sedih la pulak.

Ini cuma angan-angan GB pasal ciri-ciri lelaki idaman ajelah ek. Lagi satu, GB tulis ni sebab awak orang yang bertanya tau! Kalau tak memang nehi la nak bercerita. ;D

Tihara – Apa pendapat GB tentang cinta?
Bagi GB kan, cinta tu adalah benda yang misteri. Sebab apa tau? Cinta boleh buat kite senyum, gembira, sedih, happy, pasrah, menyerah, dan ada yang boleh jadi gila sampai bunuh diri pun ada. Ada orang jatuh cinta dengan orang yang dia benci, atau orang yg benci kat dia. Cinta boleh membina, dan cinta boleh menghancurkan. Ntah le. Pelik bebenor le cinta ni. Ni yang buat GB ‘takut’ sikit dengan cinta.

Tapi nak takut lelebih tak boleh jugak sebab cinta tu datangnya dari Allah. Tapi tetap misteri kan. Sebab walau datang hujan atau petir atau pelangi atau matahari atau tsunami sekalipun – itu semua adalah kerana cintaNya.
  
Kak Zakie –  
Sayang sayang buah kepayang,
Ditelah pahit dibuang sayang,
Abang sayang GB pun sayang
Kenapa penyatuan tak ada bayang?

Buah kelapa buah kuini,
Buah manggis buah rambutan,
Mengapa sendirian sehingga kini,
Apakah GB manis menjadi rebutan

Kak Zakie, ini jawabnye. Heheh!

Ditelan pahit dibuang sayang,
Itulah namanya buah kepayang,
Memanglah penyatuan tak ada bayang,
Sebab tak ada siapa yang sayang.

Buah manggis buah rambutan,
Mari disantap di dalam taman,
Tiadalah GB menjadi rebutan,
Sendirianlah diri tiada berteman.

Amacam kak?? OK? :D

Gen2Merah - saya just nak tanya... bunga ni dah kawin ke.. ekekeke
Belum. :D

P/S: Khalas! Eh tak. Ada lagi sikitttt je soalan nak kena jawab next entry. Yang tu kategori makanan. So taruk last sekali. Heheh.



Tuesday, March 20, 2012

Part 3: Menjawab soalan Azam, Queen, Sahrom, DaddyZiyyad, Syafawani, Yunus Badawi, Jemarisuri, Munnafendy, Fatin Mraz, RTP Farra Arisha, Ladysirna, Kamsiah, Ummi 5: Soalan kategori Personal




Azam  - apa rahsia yang paling GB simpan...kasi bocor skit. HAHAHA....GB dah berumur tapi masih belum berpunya ke?? Jual mahal kot
Rahsia GB yang paling rahsia sekali akan tetap jadik rahsia. Heheh. :D
Pasal belum berpunya tu, itu rahsia Allah pulak. Jual mahal mungkin tak, tapi pemalu mungkin ye. Maklumlah, kita kan serba kekurangan. J

Queen – berapa taik lalat di badan GB
Haritu dah kira dah, sekarang lupa balik. Haha. Sorry Nik!

Sahrom - dengan 1 patah perkataan sahaja, gambarkan blog ini dengan diri GB?
Saya

DaddyZiyyad - describe siapakah GB, dan apa yg GB akan buat dalam masa 10 tahun dari sekarang.
Ummi 5 - where, how do u see yourself in 10years time. kira soalan angan2 yg ingin dijadikan kenyataan :)

GB ni orang yang pelik dan penuh dengan macam-macam idea tapi nak execute tu selalu sangkut. Mungkin sebab tak jumpa lagi orang yang boleh ‘masuk’ dengan GB kot. And dalam 10 tahun lagi, GB harap…GB harap dah settle down and make a family dengan seorang lelaki yang baik, beriman dan bertanggungjawab. Doakan GB eh. :D

Syafawani - umoq GB berapa eh? dari gaya penulisan nampak matang 
GB dah (ke baru?) 31 dik. J

YB - Kalau GB boleh ulang masa lampau, apakahevent yg mahu GB lalui semula?
Fatin Mraz - if lah kan..leh ulang lik.. nak restart kat part mana and why?
Kalau boleh kan, GB nak ulang balik sebaik sahaja lepas grad. Sebab time tu semangat tengah berkobar-kobar nak keje kat Singapore atau Dubai. Sebelum tu life was great, takde yang GB nak ulang walau bukan semuanya terbaik. Tapi itu yang buat kenangan jadik indah tuh. Kan? :D

Jemarisuri - gb keja kt mana..manalah tau blh berjumpa..hehe
Munnafendy - lokasi GB subang kan? boleh kasi detail ckit? mgkin kita berdekatan =)
Lokasi GB adalah berdekatan dengan Shah Alam, Sungai Buluh, Airport Subang, Kota Damansara, Tropicana, dan Bandar Utama. Heheh.

RTP Farra Arisha - GB asalnya dari mana ya?  all your siblings memang terrer ya snap photos? or maybe ada family member you yang jadi photographer? 
GB asal Kedah. Kalau nak kata terer tu tak lah, tapi adik bongsu GB minat fotografi jugak. Minat GB timbul sebab ayah memang peminat fotografi sejak dulu. Selalu tengok ayah main-main dengan kameranya. Cuma zaman sekarang tak berapa aktif sebab digital-digital ni ayah tak pandai sangat. Dia lebih pakar pakai kamera berfilem.

Ladysirna - Dari mana Gb dapat ilmu ilmu tentang munge?cerita la sikit..hampir semua munge Gb tahu namanya..impress tau!
GB ni tukang kebun, sebab tu kena tau nama bunga. Heheh. Tapi tak semua bunga GB tau. Kalau pokok-pokok hutan, herba, dan bunga empat musim, GB tak berapa tahu. Lagipun zaman belajar dengan zaman kerja ni, landscape dah berevolusi banyak kali dan tiap kali tu ada je pokok dan bunga yang ‘in’ untuk waktu tu. So learning process never ends.

Kamsiah - salam kenapa nama gadis bunga..sapa sebenar apa hehe..
Heheh. Gadis Bunga tu sebab GB suka bunga. Dan pada masa yang sama GB nak jadi macam bunga. Cantik. Indah. Tapi real life GB tidak le sebegitu. Heheh.
Takpe. Panggil je GB ni, GB. Ngeeee~

P/S: Part last, akan datang, hal kawin dan cinta. Adey!

Friday, March 16, 2012

Part 2: Menjawab soalan Kakcik, Tihara, Saya Di Sini, Azizan Wakjan, Wahida, Delarocha, Telor Power, Adylia Qarissa, Adry@Daun dan Farmys: Soalan kategori Fotografi



Part 1 nya ada di sini ya.

Untuk Part 2 ni jawapannya panjang sikit sebab ada yang GB jawab panjang lebar. Jadi dimaafkan kalau nak skip baca. Takpe, GB tak marah. Heheh. So berikut adalah jawapan-jawapan yang mampu GB sediakan. :D

*

Kakcik- Macamana GB 'buat' gambo tu
Yang sebenonye kan mak, GB snap dari atas jambatan, dalam keadaan menonggeng. Lepas tu GB anto kedai gi cuci. Sebab gambo tu disnap pakai SLR Nikon lama yang pakai filem tu. 
Bunga ni agak jauh juga ke tengah, tapi kebetulan kat kolam tu ada jambatan kecik, cuma takde handrail. Ingat lagi masa snap tu GB kene buat aksi stunt jugak sebab kene menunduk rapat-rapat ke permukaan kolam, baru dapat angle yang dikehendaki. Kalau jatuh time tuh memang arwah la kamera tu agaknya. 


Saya di sini -  GB tangkap bersama siapa bunga ni?
Masa tu GB dengan member-member satu course gi trip ke Sabah. 16 orang semuanya. Jadinya amik gambo dengan diorang la, walaupun yang berkenan dengan bunga tu time tu cuma GB sorang je.
(1) kenapa GB suka ambil gambar bunga atau pokok ?  Wakjan nak 5 jawapan yang tidak bersandaran antara satu sama lain. ahakssss ...
(2) Adakah GB suka mengedit gambar ? Jika YA, berapakah peratusan gambar yang diedit dengan yang tidak langsung diedit. Contoh 50-50/30-70, dsbnya ...

Vahh soalannn…ok GB cuba jawab eh.

Soalan pertama:
1.   First of all, bunga, tak kiralah apa jenis pun, bagi GB adalah cantik. Kalau ada bunga dalam gambar dia macam jadi penyeri gambar pulak. Even bunga kering atau kelopak yang dah berderai pun boleh create drama dalam foto kita.

2.   Keje GB berkait rapat dengan pokok dan bunga. Tukang kebunlah katakan. Bukannya apa, selain untuk ditaruk kat belog, gambar-gambar tu GB akan taruk dalam gallery supaya senang nak refer bila buat design. Sebab utama adalah bukan semua gambar dalam internet dan buku rujukan adalah memuaskan untuk kita guna pakai.

3.   Dekat bunga ada banyak bahagian kecil atau minute detail yang kite boleh perhatikan. Warna, texture, bau, semuanya berbeza walau ada kalanya nampak macam serupa.

4.   Setiap pokok berbeza pada form dahannya, rantingnya, daunnya, dan akarnya. Sebab tu pokok togel pun boleh jadi subjek yang menarik dalam photography.

5.   Pada pokok dan bunga itu ada banyak pengajarannya. Even dalam surah Ibrahim ayat 4 pun Allah ambil pokok sebagai perumpamaan. Pokok zaitun, pokok tin, delima, banyak lagi. Jadi bila kite dok belek-belek pokok dan ambil gambarnya, harap-harap GB akan nampak sesuatu dari apa yang GB dah capture itu. :D


Soalan kedua:
Ye, GB suka mengedit gambar. Sebab rata-rata website photography tutorial memang ada segmen edit mengedit ni. Edit pulak ada 2 jenis:
1)   Minor editing yang melibatkan cropping, brightness dan betulkan yang mana senget.

2)   Edit gila-gila yang melibatkan kecerahan, saturation, sharpness – and list goes on and on sebab dekat photoshop tu ada banyakkkk sangat yang kita boleh explore. Sayang kalau tak explore habis-habisan.

Peratusan antara gambar edit dengan tak edit adalah lebih kurang 30/70. Masa awal-awal gila menembak dulu GB gila mengedit jugak, tapi sekarang dah kurang sebab tak sempat dah. Kalau ada pun just minor editing dan resizing untuk publish. Selebihnya pakai yang ori sebab tak sempat nak belek. Cuma sejak akhir-akhir ni GB dah mula berjinak-jinak dengan HDR. Fun jugak sebenarnya. GB anggap keje mengedit ni adalah satu proses pembelajaran yang tak pernah berkesudahan.

Selain tu, ada juga praktis ambil gambo yang perfect supaya tak perlu diedit kat photoshop kelak. Pakai manual setting, banyak trial and error dan satu lagi, guna kamera SLR berfilem (Nikon FM) untuk menjadi lebih mahir. Mujur la ada kamera ayah yang dah dibuat macam harta sendiri sekarang. Tapi sebelum amik gambo pakai Nikon FM tu GB akan amik pakai manual setting kat GF3 dulu menggunakan feature yang boleh match, lepas tu baru snap pakai Nikon FM. Kalau main belasah snap je kang rugi filem. :D

GB harap jawapan ni memuaskan hati pakcik ye. :D


Wahida - Nikon ngan Canon mana lagi best? sila jawab dgn jujur...hehe...
Kalau untuk amatur macam GB, GB belasah ja. Dua-dua GB pernah pakai. Dua-dua best. Heheh.


Delarocha - apa beza antara photographer dan pemilik Nikon?
Heheh. Soalan kemain! Jawapan ringkasnye lebih kurang gini lah: Photographer adalah orang yang menggunakan kameranya untuk menangkap gambar, mungkin kerana minat atau mungkin kerana kerja. Dan dia tahu apa yang dia buat dengan kamera dia.
Pemilik Nikon pulak is simply orang yang ada kamera Nikon. Itu sahaja.


Telor Power - bila nak ajak berfoto shoot sama??
Mana? Manjung? Kellie’s Castle? Ke nak turun sini? Cer kabo. Cer kabo. :D


Adylia Qarissa - boleh tau GB pakai camera model apa?
Boleh! At the moment pakai Panasonic Lumix GF3, Nikon FM (Manual SLR), dengan compact digital Grand Vision (kamera cap ayam)


Adry@Daun - Masa nak snap foto, tgk2 kamera kesayangan dah hilang... Apa perasaan GB masa tu? Satu lagi, apa beza pokok telipok spt dlm foto dgn teratai?
Isk. Berdebor nak jawab soalan ni. Dah tentu la sedih! Berkabung la jawabnya! 

Ok, soalan kedua.
GB tak jawab sendiri sebab tak pandai. So amik jawapan dari sini je;

1. Lotus (Nymphaea lotus) - atau bahasa melayunya 'telipuk', berbatang keras dan berdaun lebar warna hijau, tumbuh tinggi dari permukaan air dan bunganya berkelopak besar warna pink dan putih. Bijinya boleh dimakan begitu juga dengan lain-lain bahagian pokok.

2. Waterlily (Nymphaea spp.) - dikenali juga 'teratai', berbatang lembut dan daunnya hijau dan ada yang berbagai warna. Daunnya terapung dipermukaan air dan akan kembang biasanya selama 3 hari (pagi kembang malam kuncup) sebelum layu ke dalam air. Bunga berbagai warna, kuning, merah, putih, kebiru-biruan dan gabungan warna.



Farmys
1) Gambar yang diambil diedit ke tak sebelum masuk blog?
2) Takkan guna kamera cap chicken yang GB cakap tu je gambo cantik2..

GB dah cerita detail kat soalan Wakjan di atas. Tapi GB jawab lagi sekali lah. Ye, ada edit. Sekurang-kurangnya resizing dekat photoshop. Yang tak edit pun ada, tapi tetap resize jugak la. 

Soalan kedua - pun dah jawab kat soalan Adylia. Mungkin awak terlepas kot entry GB sebelum ni, GB ada feature 3 jenis kamera yang GB pakai  sekarang dan gambar dalam blog ni diambil menggunakan kamera-kamera tu. Lumix GF3, Nikon FM, dan kamera cap ayam. Snap pakai kamera lain pun ada, tapi tak feature la dalam blog.

Cuma kalau ikut pengalaman, pakai kamera apa pun, kita boleh dapat gambo yang cantik. Paling penting tahu fungsi kamera, rajin explore, dan pelbagaikan angle serta make full use of available lighting. 


P/S: Ada lagi 2 part nak jawab pasni. *Lap peluhhh. Oh, lupa nak kabo kat entry sebelum ni - SOALAN DAH DITUTUP! Mekasihhh. :D

Tuesday, March 13, 2012

Part 1: Menjawab soalan Aku, Kasih Ibu, Cikgu Ma, Kella, Tasek M, dan Baby (Mama Amana & Arief): Soalan kategori General

Ahad. Di kenduri kahwin Azreen dan Ophan. :D


Aku (Nizam) bertanya: Benarkah Apollo 11 berjaya sampai ke bulan?
Pasal isu Apollo 11 ni kan, ramai dah cakap berita tu cuma hoax (palsu) je. Siap ada video lagi haplod kat youtube nak buktikan kepalsuan landing ke bulan tu. Tapi since GB sendiri tak pasti benda tu betul atau palsu, biarlah kite tengok aje bulan dari bumi. Kang kalau nak hujah lebih-lebih takut kene kejor dek FBI atau Men In Black lak nanti. Tu takpe lagi. Dibuatnya diorang block belog ni cemana? Huhuhu~

Kak Sya (Kasih Ibu): Bila nak datang sini (sana?)
InsyaAllah sebelum GB gi Kelantan, GB gi umah Kak Sya eh. Heheh!

Cikgu Ma: Apa persamaan Justin Bieber dan Britney Spears?
Dua-dua takde bin atau binti. :p

Kella: Apa komen GB terhadap blognye?
Ala. Sebenarnya GB no komen! (Bajet Fasha Sandha. Kehkeh!)
Tapi seriously, blog awak ok je sama macam blog orang lain. Loading senang, tak berat, tak banyak benda liplapliplap tu. Boleh dikatakan GB punye type la, cewah! Heheh.

Tasek M: Apa nama mak aku (dia)?
Dia ingat kite ahlil nujum kot? Bak sini myKad!

Baby (Mama Amana &Arief): Pernah dapat advertorial post tak? Kalau ada berapa?
Tak penah dapat, dan ofkos lah takde incomenye. :D
Dan untuk info, Nuffnang kite punye dah cecah 48 ribu dah. Tapi dalam Rupiah la. Heheheh!


~End of Part 1~

P/S: Part 2 kang kita jawab soalan panassss!!!

Friday, March 9, 2012

Kesimpulan segmen Mari Bertanya



Rasa pelik pulak bila tengok perkataan 'segmen' kat belog GB ni. Heheh, sekali sekala kan. Anyway, Terima kasih kepada yang bertanya.

Antara soalan faveret yang ditanya kawan-kawan adalah pasal personal, bab chenta, photography dan soalan-soalan general. Banyak jugak soalan pasal kawin-kawin lah. Amvoiii...suke ek? Yang tanya pasal makan pun ada.

Tapi takde yang tanye resepi ek? Isk isk.... *nasib baik!

*

Untuk itu GB akan jawab soalan-soalan kawan-kawan dalam empat entri, bermula dari entri lepas yang ini. Dah jawab karang GB roger eh~

P/S: Ni soalan general kepada kawan-kawan. Kepada yang tak kenal GB dan tak pernah jumpa, based on blog sahaja...agak-agak korang umur GB ni berapa? Dan kenapakah korang teka begitu? Heheheh~ :D

Thursday, March 8, 2012

Segmen mari bertanya

Scanned photo of a waterlily in a pond at Monsopiad Cultural Village, KK.
Captured on 2002 using SLR Nikon FM (as featured in this entry)

Salam kawan-kawan.

GB rasa macam nak buat segmen mari bertanya lah. Kawan-kawan ada soalan apa-apa nak tanya GB tak?

Kalau ada silalah tanya kat kotak komen. Yang mana mampu dijawab, GB akan jawab dalam entry akan datang. Kalau soalan sikit, GB buat 1 entry aje. Kalau banyak, mungkin berentry-entry. Kalau dah jawab nanti GB akan roger kawan-kawan. Heheh.

Soalan adalah bebas. Heheh!

P/S: Malu bertanya kang sesat jalan. Heheh!

Wednesday, March 7, 2012

Apa perasaan bila jalan jem disebabkan kita?



Sebenarnya ada banyak situasi jalan jem sebab kita. Mungkin sebab:

1 - Kete rosak tetibe tengah jem.
2 - Minyak habis lak pulak tak sempat nak jumpa next petrol stesen
3 - Tayar pancit langgo paku
4 - Kene cium dek kete belakang. Bedebah! (itu kalau uncle Lavendari yang cakap)
5 - Tercium kete depan. Aduiiii!
6 - Kete sebelah tak nak gerak sebab ehem nak tunggu kite tengok dia and ehem balas senyum dia, padahal kete depan dah gerak jauh ke depan dah, sikit lagi nak kene hon je!

Ok. Comel. Heheh!

P/S: Lepas tu dia dah gerak pun, kepala masih keluar toleh tengok kita sambil lambai-lambai. Nasib baik nampak, kalau tak nampak apa agaknya dia buat eh? Hihihi *blushed~

Tuesday, March 6, 2012

3.01170348



Itu tukaran USD ke MYR yang GB tengok harini. Last time tengok 3.3. Dulu 3.8.

Uish.

Boleh lah shopping lebih sikit! Lalala!!!!

P/S: Shopping lesen software je pong! Hahaha!

Monday, March 5, 2012

Berperang dengan jiwa sendiri

Another shot di Tanjung Harapan. HDR. :)


Dia macam ni tau.

Kadang tu kita dah kontrol....tak nak, tak nak....tapi 'ter'jadi jugak. Contohnya banyak. Biasanya dikaitkan dengan nafsu ingin memiliki. Contoh eh. Ingin memiliki high heels boot kaler hitam yang gojes tuh. Tak terlintas langsung nak beli tapi bila dah tengok tu, isk...lawanya...lawanya.....last-last tewas! Miskin seratus bulan tu disebabkan nafsu yang tak dapat dibendung.

Sedangkan, kalau GB kite just walk away and never look back pun tak ada ruginya. Senang je nak buat. Walk away. And never look back.

*

Itu kasut. Kalau bab jiwa pulak macam mana? Bertahun-tahun buang masa dengan sesuatu yang tak pasti. Berkali-kali berkata tidak dan fikir itu sia-sia sebab tak ada kepastian, tapi bila jiwa digoda semula, tewas jugak.

Sedangkan nak melupakannya boleh aja. Walk away. And never look back. Dan ingat mati. Itu yang pasti. Dan jaraknya cuma senafas dari jasad. Tapi itu yang kita GB selalu lupa.

Manusia. Manis tapi menyakitkan. Pedas tapi membahagiakan.

P/S: Tapi jangan pulak cakap besar kononnya kita boleh lepas dari segala godaan. Hanya Allah je yang tahu kemampuan kita.

Me Hindustan Nahi

Sunset semalam di Tanjung Harapan (again)


Semenjak dua menjak ni kan GB rajin betul layan hindustan kat tv. Dari Kuch Kuch Hota Hai nye, Sangam nye, Andaaz nye, Dilwale Dulhania Le Jayenge, termasuklah cerita-cerita lain yang ada pelakon macam Shahid Kapoor (aum!), Amir Khan (dulu masa zaman Mann dan sewaktu dengannya GB tak suka dia!), dan lain-lain. Terbaru, tak sabar nak tunggu Bobbi muncul.

Walau ada cerita yang GB tak berkelip mata tengok sebab sama ada pelakonnya hensem giler atau ceritanya menarik, tapi ada jugak yang GB suka sebab lagu-lagunya sedap! Teringat zaman kecik-kecik dulu. Sebab dulu kan, kalau balik sekolah hari Jumaat tu mesti mak tengah layan hindustan. Pastu tetibe sekarang ni bila mak tengok GB pun macam tu, sampai book TV sebab kejap lagi ada Kuch Kuch Hota Hai lepas tu bila tengok pulak sampai bergunung tisu habis jadik mangsa, mak sampai tanya, 'Ni sejak bila yang rajin sangat tengok citer Hindustan ni?'.

Eh?

Takpelah. Mungkin bermusim je kot. Tapi kan, sebenarnya GB suka tengok background sebenarnya. Haritu tengok Sangam dengan Andaaz GB terasa macam nak gugel je kat mana diorang berlakon sebab tempat tu cantikkkkk sangat!

P/S: Dan setiap kali keluar lagu, GB selalu bayangkan kalau lah ikut diorang menari macam tu selalu dah tentu boleh kurus! Tapi GB cuma bayangkan je lah. Heheheh...

Friday, March 2, 2012

Kenapa cakap kalau tak ikhlas?

Fish pond using kamera cap ciken, over exposured, low shutter. Haha!


Pernah tak dengar ayat macam ini:

'Ok. Teruskanlah kalau itu yang awak mahu. Tapi kalau jadi apa-apa nanti, jangan meyesal.'

Pulak dah. Nampak sangat tak ikhlas.

Kalau ikhlas, jangan la doakan yang tak elok, ye tak?

P/S: Situasi hanyalah fiksyen semata-mata.

Thursday, March 1, 2012

Cover version


Semalam itu belah dalamnya.

Hari ini covernya pula.

Sweet kan? :)

P/S: Kepada yang bertanya: Ye, saya pegi nanti. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...