Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Wednesday, February 29, 2012

Entri ke 3 hari ini. Wordless punya!

Terkiut. Bukan 'ter' yang "tak sengaja". Tapi 'ter' yang "paling".


P/S: Siapa punya kad? Nak tau?

29 February muncul 4 tahun sekali. So meh GB buat entri kedua untuk hari ini. Kisah kawan sebaya. Pssttt....



Cemni.

Tadi GB baru dapat tau. Member satu sekolah dulu (perempuan) yang sebaya dengan GB dah ada anak 6.

Sentap!

Terasa sangat diri ini kertu tak kawin-kawin. Heheh.

Ok kesian sekian.

P/S: Masa 2010 GB terkejut dengar yang seorang sahabat (lelaki) ehem yang pada GB masih muda sudah ada anak 6 (sebab 2 tahun sebelumnya masa tengah mengayat GB dia kata dia bujang. Bengong kan??!!).

Semalam GB terjaga dari tidur dan terus mencatat impian dalam henfon


Antara benda pelik yang GB suka sekarang ni adalah tidur dengan henpon di sisi. Siyesli GB bukan dalam musim menantikan SMS atau call-in dari sape-sape pun. Tapi GB ada tabiat suka tengok jam kalau terjaga tengah malam. Senang sikit nak bajet berapa jam lagi boleh golek-golek atas katil tuh. Mungkin sebab tu kot...

Anyway. Semalam GB terjaga lagi. Boleh boleh tetiba terasa macam nak duduk kat 1st class seat MAS. Terus tulis dalam to-do-list kat henpon.

Cemana boleh terfikir macam tu ek? Entah. Tetibe je. Heheh.

P/S: Tapi last-last end up tak boleh tido dah sampai ke Subuh. Golek-golek je laaa... :D

Tuesday, February 28, 2012

Keharusan pagi-pagi


Walau GB suka order teh tarik dan teh ais kalau gi mamak, tapi sebenarnya GB tak boleh minum teh. Nanti angin brupp brupp.

Tak boleh juga minum milo atau horlick. Karang sakit perut.

Grab kopi sajalah. Cuma pagi ni sempat singgah Shell saja dan beli neskepe ni. Kurang manis. Kena dengan tekak GB. Kalau kuar awal sikit mungkin akan singgal mekdi beli kopi je sebab kopi dia sedddaapppp!

Cuma lepas tu kene la minum air masak bebanyak, kalau tak kang dehydrated.

Sejak beberapa tahun ni GB wajib breakfast pepagi, tak kisah lah properly kat rumah atau makan kelam kabut dalam kete atau kat opis. Dapat roti sapu pinat bate sekeping cicah neskepe pun jadilah. Tapi kalau weekend tu meriah sikit le breakfastnye.

P/S: Ada orang makan nasi minyak buat breakfast tau!

Monday, February 27, 2012

Ratah peanut butter


GB demam. Sakit belakang. Duduk sakit, berdiri pun sakit. Dan kepalaran kelaparan. Takde makanan kat opis ni. Nak keluar beli karang takut pengsan tengah jalan pulak.

Godek sana, godek sini, aha! Terjumpa peanut butter.

Takde roti pun takpelah. Layan je peanut butter ni sorang-sorang sesaja.

P/S: Sayu la pulak bila sakit kat opis ni. Takde yang jaga. Heheh!

Sunday, February 26, 2012

Feeling kabus

Pagi yang berkabus

OK. GB demam. Mohon simpati kawan-kawan. Heheh.

Tapi. sekarang ni GB di opis. Huh! Takpelah. As long as tak payah berlari-larian dalam opis, GB ok je. Kejap lagi balik lah.

Dan semalam cik purple pun demam gak. Tayar dia pancit. Kesian kat GB sebab takleh pegi tempat rahsia untuk tembak sunset...

Dan....kat tempat GB semalam kabus pagi sangat tebal. Feeling Cameron Highlands and Kundasang je. Pagi ni pun kabus tebal. Tempat kawan-kawan macam mana?

P/S: GB tengok kat blog list. Ada yang missing kat situ. Rindu lah. Kene rombak bloglist nampaknya. :D

Friday, February 24, 2012

Sendiri punya gambo kilat!


Ehem!

Semalam kan. Masa on the way balik umah kan. Kilat memanco-manco.

Pastu kan. GB kan. Dah teruja.

Misi menyenap gambo kilat harus dilaksanakan.

Nah. Beratus gambo disnap. Sampai bateri hampir zero.

Akhirnya...ada jugak yang melekat. Yey!!!

P/S: Nyamuk banyak kokak-kokak masa menyenap tuh!

Thursday, February 23, 2012

Ini bukan Photoshop. Ini betul-betul punye manual~


Gambo ni diambik oleh ayah GB, menggunakan kamera yang dah terpampang kat entri lepas. Budak kecik dalam gambo tu adik GB yang nombor 3. Masa snap ni tahun 1989 kot. Sekarang budak kecik tu dah jadi bapak budak dah. Alahai...bumbung dilangkahnye. Hihihi~

Gambar jadi cenggini tanpa pakai photoshop, sebab zaman tu mana de photoshop lagi ye dak? Gigih ayah GB menampal 1/3 lens, satu demi satu untuk setiap shot. Dan disebabkan kamera tu fully manual, filemnye boleh di reverse balik untuk shot kat part lain pulak. Gigih kan?

Zaman sekarang...nah! Photoshop aja! Ahahaha!!

P/S: Sekarang ni filem dah takde jual eh? Kedai cuci gambo pun ada gaya nak pupus dah nampaknya~

Wednesday, February 22, 2012

Otai punye Nikon

Nikon FM keluaran 1981. Bought online (purchased thru phone)  in US. Price in 1981 was USD230
Saje GB nak cerita sikit pasal Otai punye kamera ni. Ni kamera berat dia sekilo lebih kot. Kena taruk filem. Fully manual. ISO setting, aperture, shutter speed hatta nak tolak filem pun kene manual. Dulu masa zaman belajo GB selalu pinjam kamera ni gi bawak trip memana walaupun time tu dah ada kamera kompak sendiri cap Canon yang kene taruk filem jugak.

Tapi sikit leceh la sebab segalanya manual, dengan beratnya, dengan takut masuk airnye. Dan kamera ni masih boleh berfungsi walau takde bateri.

Banyak gamba zaman kanak-kanak riang GB, adik-adik dan mak dah diabadikan pakai kamera ni. Nanti GB publish gambo-gambo yang pernah Encik Otai tangkap dan yang pernah GB tangkap pakai kamera yang sama. Takde edit eh. Terus cuci kat kedai gambo.

Masa baru nak guna dulu gigih jugak la Otai mengeksplain kat GB kaedah nak guna. Nak taruk filem, nak setting segala. Lama jugak GB belajar dan bereksperimen, tapi tak pandai pun. Hasilnya adalah beberapa kotak kasut gambo tak jadi yang GB dah hasilkan. Tapi yang mana jadi tuh cun la walau tak banayk. Hahaha! Syukurlah sekarang segalanya digital. Heheh.

Later-later karang GB taruk gambo hasil kamera fully manual ni yek.

P/S: Otai tersebut adalah ayah GB. Dan ayah adalah seorang Nikonian. :D

Tuesday, February 21, 2012

Pilih satu



Pilih satu:
  1. No electricity
  2. No water
  3. No car
  4. No money
  5. No phones
  6. No internet
P/S: Dipilih dipilih!

Monday, February 20, 2012

Update sambil berlari


Salam kawan-kawan. GB tak sempat nak jenguk tanya kabo semua. Dah paras hidung nih!

Anyway, walau bizi tapi GB perasan ada member lama dah datang balik komen-komen. Dan juga ada member bertanya hal rahsia kat GB heheh. Nanti GB jawab eh.

Happy birthday kat uncle Lavendari yang kalau GB nampak dia tulis perkataan 'bedebah' mesti GB akan gelak macam nak rak. Kelasss uncle! Semoga uncle terus sihat.

Ok. Babai!

P/S: Lupa nak kabo. Last Saturday misi GB nak tembak sunrise tak berjaya sebab hujan. Bangun pagi, kuar kul 5.15 pagi, sampai-sampai...hujannnn.... Next time!

Saturday, February 18, 2012

Tomolo

Ricinus communis 'Cambodgensis' (Please correct if I'm wrong)
Tomolo is today oledi. Today is Saturday. Saturday is a good day to go out and hunt for the sun. Owh. Can't wait!!

P/S: Hard disk yang rosak berjaya di recovered semalam. Alhamdulillah! :D

Thursday, February 16, 2012

Jom tulis apa yang kite nampak depan mata kita sekarang!


Ini bukan game. Dan bukan segmen juga. Ini cuma sesuatu yang GB ternampak atas meja GB sekarang. Kalau kawan-kawan nak join, boleh tuliskan apa saja yang ada depan mata kawan-kawan kat kotak komen nanti.

Takde syarat sebenarnya. Tapi yang GB tulis ni adalah benda-benda yang ada tulisan di atasnya.

Kat atas meja GB ada benda-benda berikut:

1 - Manual Samsung: Quick Setup Guide - Unpacking your monitor
2 - Name Card Holder
3 - Kotak tisu - Great performance with our petrol. SMART choice. Synergy. (Nampak sangat tisu free stesen minyak. Heheh)
4 - Diary - Great Eastern
5 - Buku - The Concise Townscape by Gordon Cullen
6 - Botol air mineral - Air Mineral Semulajadi. Natural Mineral Water. Minimum Volume 1.5 Litre.
7 - Highlighter bentuk bunga-bunga. Ada 5 'kelopak' kaler lain-lain. - Your colleagues from other divisions for the CEO QUALITY AWARD.
8 - Kertas nombor giliran JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan Padang Jawa. P.G.3. No Anda: 1166. No Sekarang: 1165. Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi. 13/02/2012. 15:07.
9 - Pen kaler merah - Angry Birds. Are you ready?? Angry Birds with special abilities!
10 - Walimatulurus Azreen & Ophan.

Ok. Done.

Bersepah rupanya meja GB ni! Hahaha!!!

P/S: Kawan-kawan nak share tak? Heheheh~

Wednesday, February 15, 2012

Takde tajuk? A'ah. Tapi nak taruk cerita. Hihi!


Ada orang teka GB ni kuat cakap. Penyayang. Dan manja gila macam kucing siam.

Hah amik. Kucing siam terus!

Hahaha suka!!! Nak tau sape?

Kalau tengok kat sini senang sikit nak tau sapekah yang meneka itu.

*

Suka-suka teka je. Tapi agak betul tekaan itu, cuma bukan dengan semua orang lah GB manja macam kucing siam. Hahaha!!!

P/S: Awak orang yang kat dalam waiting room tuh sudah keluar ka? Gi mana? Gi mana? :D

Tuesday, February 14, 2012

Apa nak buat kalau tengah stress/tensen/runsing?


Yup. Froyo mungkin salah satu caranya. Cuma kalau senang dapat parking mungkin boleh hilang stress. Bayangkan kalau nak parking pun susah...sama ja! Lagi tambah stress ada la. Hahaha!

*

Dulu kan GB selalu lukis muka orang masa tengah stress dalam meeting atau seminar. Tapi jangan expect yang lawa-lawa la sebab mmg turn up jadi kelakar. Feature tu ada la. Boleh kenal muka yang di sketch tu, tapi sebab skill kelaut maka benda tu jadik kelakar. Makanya bergilir-gilir lah GB dan dia (baik awak mengaku! :p) take turn masuk toilet sebab nak ketawa. Maklum, nak ketawa kat bilik meeting tak boleh sebab macam tak kena je...orang tengah tensen kita pi bergelak ketawa pulak. Nampak sewel je kang. Tak nak tak nak tak nak...! :p

Lepas gelak....hilang separuh tensen. Keluar meeting orang lain muka berkerut, kite muka manissss je! Hahah! (Deja vu. Macam pernah cerita je benda ni tapi di mana ya??)

*

Sekarang ni kalau tensen GB grab kamera keluar dan menembak. Kadang tu memang ntah hapa2 yang ditembak, buat perabih bateri kamera ja! Takpalah. Yang penting stress ke awan. Tak best lah hidup dalam stress ni, nanti muka nampak tua 10 tahun. Penyakit pun senang datang. Tak best tak best!

*

Tapi kalau dah tak tertahan sangat.....amik wuduk....solat....mengadu dengan Allah dan nangis puas-puas. Allah Maha Mendengar. Dan selepas tu tenangnya...hanya Allah je yang tahu.

Menangis sambil mengadu dekat Allah....selalu GB buat tuh. Ratu air mata kan?

P/S: Ok. Sekarang ni siapa boleh tolong kurangkan stress GB yang satu ni. Stress pasal ape eh? Hehehe...

Monday, February 13, 2012

Rahsia



Ada orang boleh simpan rahsia.
Ada orang tak boleh simpan rahsia.
Ada orang perahsia.
Dan ada orang yang jenis tak berahsia. Semua benda dia cerita.

Tapi rasanya mesti semua orang ada rahsia tersendiri yang tak akan dan tak mungkin diceritakan dekat sesiapa pun, betul tak?

*

Ada member komen yang GB ni perahsia. Kawan-kawan satu course masa belajo dulu paling banyak tak tahu pasal GB. Kalau pasal kawan-kawan lain diorang tahu banyak benda jadi banyak modal la nak bersembang bila jumpa balik masa reunion. Dengan lecturer-lecturer pun GB tak share banyak. Even mak dan adik-adik pun cakap GB suka berahsia sebab diorang memang tak tahu banyak pasal apa yang dalam hati GB walau segigih mana diorang cuba mengorek.

GB memang banyak cakap, jenis potpetpotpet tapi dalam sesetengah hal GB zip mulut forever.

Kenapa ek? Sebab GB berpendapat dalam hal personal, diam adalah lebih baik. Mungkin sebab tu orang anggap GB ni perahsia kot.

*

Tapi apa saja yang GB cerita dalam blog ni bukan le benda-benda rahsia ek. Kalau rahsia memang tobat la GB nak cerita dalam ni. Heheh!

P/S: GB sendiri pun jenis tak reti dan tak berapa suka korek rahsia orang lain. Dah nama pun rahsia kan? Tapi kalau orang nak cerita, GB dengor aje... :)

Saturday, February 11, 2012

Ada sesuatu terasa di hati

Petunia hybrida


Yep. Sesuatu yang terasa di hati. Ada sesuatu...

Anjali tengok Rahul dan dia rasa sesuatu. Rahul tengok Tina dan dia pun terasa sesuatu di hati. Tina tengok Rahul dan terasa sesuatu juga.

Nangis.

*

Aman tengok Anjali dan dia terasa sesuatu. Anjali tengok Rahul dan dia terasa sesuatu. Rahul tengok Anjali dan dia rasa balik sesuatu itu.

Nangis lagi!

*

Lepas tu sengih. Menangih. Sengih balik. Nangih pulak.

Lepas abis, mata pun bengkak.

Epic!

P/S: Tum pase aye.....yum mush kura ye...tum ne na jane kya...sapne di kha ye...kuch kuch hota hai....kuch kuch hota hai.... *tisu plis!

Bulan dan Marikh. Ya. Di atas sana.


Bulan.

Tak perlu diperkenalkan.

Tapi Marikh?

Ehem. Cuba tengok titik terang di sebelah kiri bulan tuh.

:)

*

Maklumat GB dapat dari seorang member. Tapi lepas tu gugel dulu nak tengok sahih atau tak. Ok, sahih.

P/S: Tanpa tripod. Dengan lens 45mm aje. Dan nyamuk yang galak berkenduri. Takpelah. Nampak juga Marikhnya. Gigih! :D

Thursday, February 9, 2012

Bulan madu di awan biru...



Sementara tengah musim bulan nampak luscious di langit, kite snap puas-puas! Stop kete di tepi jalan dalam gelap, cari port baekkkk punye. Cuma bezanya kali ini GB tak terkantoi macam dalam entri ini! Hehehe!

P/S: ...tiada yang mengganggu.....ewahhh!


Wednesday, February 8, 2012

Bunyi motor di luar rumah pada waktu pagi-pagi buta. Siapakah?

Young shoot of Heliconia rostrata


Tadi (12:30 tengah malam) GB terdengar ada bunyi motor di sekitar rumah GB. Lepas tu motor tu beredar dengan laju. Risau pulak rasanya...

Sebab...

*

Beberapa minggu lepas bunyi yang lebih kurang sama kitorang dengar. Waktu pepagi buta jugak. GB agak suspicious juga time tu tapi fikir positif. Sambil berdoa supaya takde benda pelik yang berlaku.

Sampailah 2 hari lepas masa ayah GB tengah dok godek-godek ketenye...tetibe ayah masuk rumah dan tanya, 'Mana basikal?'.

Innalillahiwainailahirojiun....

Barulah kitorang sedar yang basikal sudah hilang... Kalau diikutkan dah agak lama jugak hilang tu tapi sorang pun tak sedar sebab jarang guna. Cuma sedar kawasan depan rumah tu agak 'lengang', tapi tak tau apa yang kurang. Rupanya basikal dah kena kebas. Binawe sungguh pencuri tu.

*

Basikal tu sebenarnya GB naik dari tingkatan 3 sampailah ke tingkatan 5. Sebelum tu naik basikal biasa je. Lepas tu ayah beli mountain bike berpalang. Dulu GB naik sambil pakai baju kurung tudung labuh atau kalau hari Ahad GB pakai uniform berblazer berskirt panjang tuh. Dengan beg besar kat belakang. Kalau naik bukit senang nak kayuh sebab ada gear. Hari-hari eksesais kaki. Dalam 7-8 km kot pegi balik hari-hari. Mungkin sebab tu kaki GB tak boleh nak slim sebab otot dah keras. Ekekeke!!!

Pernah kene kacau jugak time-time naik basikal tuh. Budak sekolah pun depa nak ngorat. Apa la...!

*

Tapi sekarang basikal tu dah takde. Gambar dengan basikal tu pun takde. Sedih....

Binawe punye pencuri!

P/S: Kawan-kawan pun hati-hatilah ya. Mungkin kita rasa rumah kita takde benda best pun, tapi untuk orang lain....kita tak tahu.

Monday, February 6, 2012

Takde update di sini

Psst psst...GB dah sampai sini. Akhirnya. Eheheh!!!

Salam Maulidurrasul kawan-kawan.

Semalam adalah hari lahir Nabi kita. 

Tiap-tiap tahun kita bercerita pasal sunnah dan peribadi Nabi kita, nak nak bila tibanya Maulidurrasul.

Tapi kalau setakat bercerita aje tapi tak diamalkan...takde lah maknanya.

*

Membenarkanlah. Amanahlah. Sampaikanlah. Bijaksana lah. 

Tapi jangan sempitkan makna keempat-empat perkataan itu. Itu namanya mengambil kesempatan.

*

Ops. Terupdate jugak kat sini. Sebenarnya GB nak cerita pasal updates di sana. Sanalah sana...hihihi.

P/S: Semalam GB di Teluk Intan. Kawan-kawan di mana semalam?

Friday, February 3, 2012

Kalau kita begitu tua-tua nanti, ada yang nak kesian tak?



GB kadang-kadang ada hati yang serupa tisu.

Bila tengok pakcik dalam gambar tu tolak basikal dia di tengah-tengah jalan waktu panas terik, GB rasa kesian pulak. Dan terus berazam takmau mak ayah kite kelihatan dalam situasi begitu nanti.

*

Bila mak ayah semakin tua, GB boleh rasa diorang rasa bertambah sunyi. Kot.

P/S: Mungkin la pakcik tu rumah dia seberang jalan aje, tapi GB ni kadang sensitip lebih. Untuk pakcik tu, semoga beliau sihat sejahtera. Peace! :D

Thursday, February 2, 2012

Pengalaman buruk bersama Felis domesticus

Felis domesticus - Domestic cat


Dulu masa zaman budak-budak, GB suka bermesra dengan binatang. Katak, musang, kura-kura, kucing. Tapi kan ada sekor anak kucing ni gigit jari dan cakar muka GB. Kalau uncle Lavendari mesti dah cakap 'cis bedebah' kat anak kucing tu.

Akibatnya, GB takut kucing sampai ke sudah. Nak kata sampai tua sebenonye tapi tak macho la pulak heheh!!! Dulu kepantangan beso kalau ternampak kelibat kucing atau terdengar bunyi kucing mengiau (takkan mengembek pulak kan?) atau terasa sentuhan bulu-bulu halus di kaki tatkala tengah lepak kat mamak. Mula la terjerit tertendang terintai sana sini. Takut kat kucing....!

Pernah sekali GB tergolek dok masa tengah buat keje studio dalam bilik. Puncanya sebab ada kucing gatal melompat masuk ikut tingkap. 'Cis bedebah lagi!', kata uincle Lavendari. Kehkehkeh, jangan marah eh uncle.... :D

Pastu time tengok cerita P.Ramlee yang tajuknya Pendekar Bujang Lapok tu...ada satu scene Sudin (kot?) kene bertapa kat rumah kosong. Tetibe ada kucing jatuh dari atas. GB pernah terkejut tengok scene tu sampai meja kopi pun 'terlompat' sama.

Takut....heheh.

*

Tapi sekarang? Tidak lagi! Takut tu idok le tapi takde la sampai nak bela. Kalau kucing tu behave....GB bagi upah keropok ikan. Kalau dia buat onar kat pokok-pokok dan laman rumah GB, memang kena syuhhh syuhhh je la memanjang.

Sekian.

P/S: Entri pesen takde bahan. Eheheheh!!!

Wednesday, February 1, 2012

Kadang-kadang, ada memori yang perlu dipadamkan buat selamanya. Dengan apa cara sekalipun.



Antara benda yang GB selalu buat bila mahu lupa adalah delete nombor talipon.

Tapi untuk sesetengah kes, delete nombor talipon adalah tak berkesan especially bila orang tu kontek kite balik. Nak nak kalau kita memang sayang kat dia. Hati perempuan kan...macam kerak nasik aje.

Tapi sampai satu time memang hati dah jadi besi dah. Buat yang paling extreme. Delete no talipon, delete gambo, empty recycle bin, delete email, delete forever private message kat fesbuk atau apa sahaja yang membuktikan kewujudan orang itu. Oh, jangan lupa block di fesbuk. Kawan-kawan dia pun kite remove jugak. Heheh.

Kadang-kadang, bila dah buang semua-semua tu, terhadir juga segaris rindu (ecewahhh!!!), tapi percayalah, rindu itu is nothing kalau nak dibandingkan dengan hati yang terkoyak, dan rindu cuma bersifat sementara. Sebab kita ada hati yang lebih penting untuk dijaga.

Hati kita sendiri.

Siapa yang kisah nak jaga kalau bukan kita? Sendiri sendiri kita?

P/S: Ni apesal tetibe buat entry jiwang out of nowhere ni??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...