Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Tuesday, January 31, 2012

Modern Day Survival



*
Kalau takde mende ni rasa macam errr...errr....

*

P/S: Tapi kadang tu sesat jugak. Hahaha!

Monday, January 30, 2012

Kunci kete rosak. Apa nak buat?

Dalam kokpit.
Takde kene mengene dengan stori. Eheh!

Last week after opis GB pegi Giant Shah Alam sebab nak bayor bill brokben. Jauh perjalanan dari Bandar Utama ke Kota Damansara membawa ke Kampung Subang dan akhirnya  ke Giant Shah Alam sebab sume Celcom branch dan Blue Cube booth yang GB jumpa dalam perjalanan tu sama ada dah tutup atau offline. Dah la GB nak online-online malam tu.

Tetibe sampai kat Giant, situ pun offline jugak!!! Hangin...hangin... Jauh-jauh jalan boleh dia offline pulak?? Grrr! Nak bayo online atau kat ATM GB tak reti ngeeeee....

*

Dalam kehanginan satu badan tu GB pun nak balik je lah! Tapi sempat singgah beli murtabak raja dulu 3 ketul. Sampai kat parking, GB syak kete depan kete GB tu ada orang kat dalam sebab enjinnye hidup. Tapi GB tak nampak sebab ceremin dia gelap sangat. Satu kepantangan GB adalah bila berdepan dengan kete bercermin gelap atau orang yang pakai spek gelap sangat sebab 'pandangan' GB terhalang, so otomatik GB akan jadi gelabah. Eeee tak suke!

GB pun cepat-cepat nak masuk kete. Tapi...press press kunci, pintu kete GB tak terbukak. Oh no!!!! Apasal ni??? Rosak ka??

Press lagi dan lagi. Tak bukak jugak. GB dah nak nangis. Dah la sehari suntuk went thru a bad day, ni dah nak abis hari pun masih ada hal jugak. Huwaaa....!!! Penat dah ni!!

Pastu GB intai-intai dalam kete sebab nak tengok, mana la tau ada orang pecah masuk dan kacau pape barang kan...? Tetibe GB nampakada benda yang tak familiar dalam tu. Berderau darah GB. Bila pulak GB bawak baju baby?

*

Oh. Patut lah. Bukan kete GB rupanya.

Kalau dah tau kete awak pun purple jugak, jangan la parking dekat-dekat dengan kete GB!!!!

P/S: Agak-agak orang dalam kete depan tu gelakkan GB tak? Ah pedulik. Tapi ah. Mencikkk!!!!

Sunday, January 29, 2012

Lesen Kapal Terbang



Sebab GB dah bosan dengan traffic jam kat KL ni, maka GB decide untuk terbang aje. Tapi sebelum tu...kene ambik lesen dulu.

*

Berangan itu best!

P/S: Untuk ceita lanjut gambar di atas, GB akan taruk kat blog satu lagi nanti. Tapi nanti lah. :D

Saturday, January 28, 2012

What's your birthday story?

Kalendar spesel dari Kak Ayu Citarasa Rinduan. Dah lamaaaa dapat tapi harini baru sempat feature dalam entri.
Tengkiu Kak!


25 January lepas adalah hari lahir GB. Tahun ni GB selebret with 'no celebration', very laid back, relax-relax kat rumah, sambil masak nasi, masak lauk, lipat baju, tengok tv. Aman sungguh. And to be frank tahun ni punye birthday adalah lebih baik dari tahun lepas punye. Tahun lepas someone made me cried on my birthday. Nyampahnye I! So tahun ni that person had gone and I don't want to know a thing about him. (Kalau dia baca, kalau dia nak baca, ah...takdenye dia nak baca. Hahaha!!).

*

Bila dah tuo ni kan (eheheh) celebration is nothing, gifts are nothing - but knowing that kawan-kawan ingat birthday kita means the world to GB. Thanks to kawan-kawan yang dah wish kat fesbuk, thanks to Kak Ayu yang buat entry birthday GB di sini (hihi suke!!!),

*

And one more thing kan...GB perasan satu benda ni. Mungkin happen to GB je la kot.

Tahun yang lepas-lepas, asal masuk je pukul 12 tengah malam 25 January, bunyi sms mesti masuk bertalu-talu. Tahun ni ada 2-3 je sms. Mula la nak sedih kan sebab ingat member tak ingat besday kita. Rupanya diorang pakat wish kat fesbuk...Hahaha! Oh, kat whatsapp pun ada sikit. Alahai Mark Zuckerberg. Duh. Thanks anyway. Hahah!

P/S: Harini 28 January. Besday blogger Acu Sayang. Doa GB, semoga Acu dirahmati selalu. Amin... :)

Friday, January 27, 2012

Tiga Orang Ini Punya Cerita



Nampak tak mende yang rupa macam ghost bird owl aka burung antu ni? Cantik sangat kan? Sebenarnya mende ni pouch. Nak jadi beg pun boleh. Ada tali. Muat untuk taruk henpon dan wallet gedabak GB. Pouch ni sebenarnya hadiah untuk sesuatu yang GB tak join, tapi dah rezeki jatuh kat tangan GB rupanya benda yang kiut ni!

Tau macam mana GB boleh dapat burung ni? Kisahnya bermula bila Fatt the BackPackerBusuk buat kontes. GB tak masuk sebab masa tu GB tengah hibernate dalam gua. Mula-mula tu kontes suka-suka takde hadiah pun, tup tup pastu blogger ElyHasrul dengan bermurah hati nak jadi penaja hadiah. Beliau tu  tengah sarat dan tunggu time je sekarang ni...semoga beliau bersalin dengan aman nanti. Amin...

Eh, ke dah bersalin Ely tu? Punye lama tak jenguk belog...

Ok, sambungan...

Bicyclist Wakjan sekali sudah masuk la ini kontes.... Dan disebabkan cerita experience touringnye yang telah  menarik perhatian ramai, maka beliau telah mendapat vote tertinggi untuk Readers' Digest Choice. Layak dapat hadiah... Tapi atas kemuliaan hati beliau, maka hadiah yang dia patut dapat tu dia pass kat GB dengan alasan GB adalah sebab kenapa dia boleh masuk kontes tu. Eh? Takpe, GB cakap, Alhamdulillah.... Heheh~

Arakian...begitulah ceritenye...

P/S: Cantik kan pouch tu!

Saturday, January 21, 2012

Cahaya Penyembuhan

 


Assalamualaikum.
Nama saya Nurul Syifa' binti Mohd Zubair.
Nurul Syifa' bermaksud Cahaya Penyembuhan. Mak saya yang bagi. Namanya Nurul Wahida.
Best kan nama saya?

Saya lahir pada hari Jumaat, 20 January 2012, pukul 9.31 pagi.
Maklong saya yang nama GB tu suruh saya keluar pada 25 January supaya boleh sambut birthday sama-sama nanti, tapi saya nak keluar cepat jugak. Hoyehhh!

Gambar yang kat atas tu disnap ketika umur saya 2 hari. Hari ni le tu. 
Ye, saya memang advanced sebab saya dah bukak mata besar-besar, nak nak bila maklong saya yang nama GB tu letak saya kat atas riba dia yang macam tilam Vono tu. Hoyehhh!!!

Kalau nak susu saya akan menangis. Tapi kadang-kadang kalau taknak susu pun saya nangis juga. 
Pastu kan, kalau hidung saya kembang kempis tu maksudnya saya tengah ada 'urusan'. Heheh!!!

Sekarang ni saya rindu kat Maklong GB saya. Rindu kat riba tilam Vono dia sebenarnya ekekek!!!
Esok kite akan berjumpa lagi. Hoyehh!

Ok lah. Saya nak tido dulu. Bila dah pandai membaca dan menaip nanti saya akan buat belog juga tau!

Selamat malam! Tata!!! 

ZZZzzzzzz......



P/S: Syhhhh....buah hati GB tengah tido tu...... :D

Thursday, January 19, 2012

Kalau GB tulis novel... (sila baca kalau rajin)




Kalau GB tulis novel kan, jalan cerita dia mesti pelik-pelik sikit. Kisahnya pasal satu peristiwa yang besau yang berlaku di suatu kota. Peristiwanya lebih kurang macam Final Destination la. Eksiden berlaku disebabkan kecuaian sumbody. Pastu kecuaian dia tu dah sebabkan banyak nyawa melayang. Yang pelik, dia tak mati ok!

Pastu nak jadi cerita, ambulan, bomba dan polis sampai lambat sebab jalan tutup pasal ada event sambutan Warna Warni Kota Marmar (Nama kota dalam tu le). Padahal banyak mangsa tengah cedera parah nak diselamatkan ni. Dan disebabkan tu ramai orang yang macam ada harapan nak hidup, mati akhirnya. Bila diorang sampai ramai dah mati.

Waktu orang tengah seronok-seronok berpesta kat event tu, mayat bergelimpangan sana sini. Dan manusia penyebab kejadian yang malang itu kekal hidup...

*

Topik utama cerita tu adalah bagaimana waris-waris mangsa nak teruskan kehidupan diorang masing-masing.

Ada yang hilang suami yang dia baru kawin seminggu. Macam mana dia nak teruskan hidup sedangkan sebelum tu dia dah kawin 3 kali dan semua asben dia meninggal shortly after marriage.

Ada yang tak sempat kawin padahal majisnye esok. Sedangkan diorang dah bercinta 12 tahun ok! Cemana nak teruskan hidup beb???

Ada yang hilang anak yang mak ayahnya dah bertahun tak jumpa sebab studi kat oversea, tup tup anak balik dan meninggal. Padahal mak ayah dia orang susah, tapi sanggup bertungkus lumus sara anak anta belajar sebab dijamin balik tu dapat keje besau... Memang dah dapat keje pun. Tinggal nak lapor diri je bulan depan. Cemana? Terus sengsara kah?

Ada yang tengah on the way nak gi rompak bank. Dia mastermind. bawak sorang budak suruhan. Dua-dua mati. Nak gi rompak bank tu pun sebab nak setelkan hutang adik si mastermind yang dalam tangan penjahat sebab tersilap langkah gi pinjam duit dengan Along.

Ada yang tengah on the way nak gi jumpa kekasih gelap lepas hantar asben dia gi airport, outstesen. Kekasih gelap dia dah eksaited, dah plan baikkk punye, tetibe tak sampai hajat. Padan muka!

Macam mana kehidupan diorang selepas tu? Apa hikmah dari kejadian tu? Apa pulak kebetulan yang berlaku disebabkan kejadian tu?

*

Tak dilupa jugak nak cerita pasal orang yang terlibat dalam nak membantu selapas kecelakaan tu. Macam mana diorang kena tahan rasa ngeri. Tahan dimaki sebab lambat sampai. Tahan berjaga sepanjang malam semata-mata nak cari mangsa yang terselamat. Siap ada yang terjumpa kawan sendiri atau kaum keluarga sendiri pun terlibat dalam nahas tu. Macam mana?

**

Tu belum lagi cerita pasal manusia yang jadi punca kejadian tu. Dia tak rasa bersalah ke??? Tak kene ganggu dengan roh-roh ke?

***

Hmmm....

GB rasa novel ni berat lah. Sape nak baca nanti? Sapa nak buat filem? Heheh.

Takpe lah.

Tapi GB tetap nak bagi tajuk kat novel ni. Tajuknya adalah 'Mereka Yang "Terpencil'.

Amacam?

P/S: Kaki berangan memang macam ni. Huhuhu~

Blogger Ketegaq

Ex BF Office, Taman Desa, Kuala Lumpur


Hari Khamis. Nak dekat-dekat raya Cina. Musim-baru-nak-bernafas-dah-kene-berkejar-ke-sana-ke-mari.

Time ni la rasa macam 'oh, bestnye kalau ada helikopter sendiri!' tapi dah tentu la itu cuma setakat berangan aje!

Time semua orang marah-marah sebab terkejar-kejar cek, boss pun marah-marah suruh kejar cek, kite pun marah-marah pasal cek jugak. Semua orang kene marah. Oh, boss pun kene marah jugak. GB yang marah!

*

Tadi ke Taman Desa. Singgah Faber Tower kejap. Owh, dah takde Touch & Go rupanya kat situ? Cemana boleh tak tau ni...? Konon nak beli Smart Tag. Sekali takde pulak.

Pastu nampak auntie jual gelang. GB pun pegi tengok. Nampak 2-3 yang berkenan. 5 hengget je satu. Sekali datang auntie lain terus ambik gelang yang GB berkenan tu. Sentap! Dia suruh reserve dan panggil menantu dia suruh bayar. Kecewa tau! Wuwuwu~

Sudahnya GB pegi beli nasik aje!

*

Singgah BHP Petrol untuk beli air mineral masa on the way balik opis. Budak cashier yang periang cakap beli Kinder Bueno dapat 10 point Bonuslink. OK. Sebab budak tu menceriakan maka GB ambik.

Sebelum sampai opis dah makan abis.

*

Kat opis pulak parking free (tepi bangunan) dah takde. Grr. Parking kat depan dan bayo je la untuk 3 jam terus. Kang tak payah la abang JPJ nak susah payah nak angkat wiper untuk taruk surat saman. What a day. Phew.

*

Dan akhirnya bila dapat duduk kejap kat kerusi, bukak komputer, klik Google Chrome, dan terus taip www.gadisbunga.com.

Terasa 'owhhh heaven nye....'.... Tempat terbaik untuk relaxkan otak sebab kawan-kawan yang best sumenye kat sini. Ailevyuol!

:D

P/S: Tegar heh? Heheheh~

Wednesday, January 18, 2012

Dot dot dot




Sebenarnya GB ada banyak benda nak cerita. 

Tapi tak sempat nak upload gambo. Heheh, apa kaitan cerita dengan gambo?

Mesti la ada kene mengena...

Nanti dah upload karang GB cerita.

P/S: Macam selowww blogwalking sikit this lately. Dalam kes GB sebab pasal hal pindah-pindah opis la. Phone takdak lagi. Photocopy machine takdak lagi. Internet takdak lagi. Mengharapkan brokben yang dah abis bandwith limit ni aje. Uhuhuh~

Tuesday, January 17, 2012

Apa nak buat kalau mereka nakal?



A new office closer to home. With staircases to climb that will force me to exercise everyday. And an exercise machine ready in the office. And no Malay eating place except Mamak, Chinese Restaurants and Old Town White Coffee? 

Imagining myself looking like Catherine Zeta-Jones by end of this year.

2012 is gonna be a good year indeed. Hihi. :)




Yang bertulis dalam warna kuning tu adalah status fesbuk GB semalam, yang terpaksa GB 'hide' selepas beberapa komen gara-gara komen yang berbau nakal.

Lelaki dengan nakal memang tak boleh dipisahkan kan?

Huuu~

P/S: Sekarang ni GB kurang boleh tolerate (tapi takde la sampai marah) dengan benda-benda nakal macam ni. Mungkin sebab faktor usia. Atau kerana ada reputasi yang nak dijaga. Jangan marah eh... :)

Monday, January 16, 2012

Berseriosa lagi: Bila hampir satu dunia memikirkannya dan berkata-kata, maka doalah jadinya ia...



Tajuk entri ni adalah kesimpulan dari apa yang GB nak cuba sampaikan. Ini adalah sambungan dari entri lepas yang pasal zodiak-zodiak tu... Baca baik-baik ye pendapat GB ni...

*

Subconscious order (Arahan luar sedar)

Dipendekkan citer, GB sebenarnya ada terfikir kenapa ramalan zodiak banyak yang kena betul dengan kita. Ciri-ciri dan karakter secara basicnya adalah betul, dan kadang-kadang sangat tepat. Sometimes budak kecik yang masih toddler yang tak pernah baca pasal zodiak pun dah tunjuk ada ciri-ciri yang 'kena' tu. Haaa..nak tau apa teori GB?

When ancient people started their predictions based on the sun and the moon and the stars. Setuju tak kalau GB cakap yang di saat orang ingat horoskop bercakap tentang kite, sebenarnya kitalah yang mengikut apa yang horoskop cakap. How?

Hmm..cemana GB nak terangkan tanpa komplikated ek... Tapi dalam erti kata lain, karakter kite jadi serupa dengan horoskop adalah disebabkan cakap-cakap orang ramai? Contoh eh....bila hampir satu dunia cakap orang yang lahir antara 21 January ke 19 February ni sifatnya gini, gini dan gini, dan orang bercakap benda yang sama sejak berpuluh atau beratus tahun dulu - bukankah itu semacam suatu 'arahan' secara subconscious kepada mereka yang terlibat? Nak kata macam suatu 'doa' pun ye jugak.

*

Subconscious prayer (Doa luar sedar)

Budak kecik biasanya kita akan nampak karakter dia - sama ada manja, berani, dominan, pendamai - sedari usia 2-3 tahun. Ada sesetengah kes budak kecik terbawak karakter yang kita baca dalam horoskop sampai kita akhirnya fikir, 'Budak yang lahir bulan 10 memang macam tu...' sedangkan itu adalah sesuatu yang salah untuk kite ucapkan. Tapi tak boleh tidak kite terfikir jugak pasal kebetulan tu kan. Sebab tu GB cakap, perkara tu adalah efek dari cakap-cakap orang ramai...

*

We are what we read

Kalau kite yang dah dewasa pulak...kemungkinan kite yang terpengaruh dengan apa yang kita baca. Sebab tu tiba-tiba kite bertukar karakter dari simple and easy jadi complicated sebab horoskop kata cenggitu. Mungkin masa remaja kite friendly tapi tetibe baca horoskop kata 'being arrogant and hard to get is your trait', tetiba kite bertukar karakter. Jadik arrogant. Jual mahal. Lepas tu mengiyekan horoskop tu bila kita baca semula. Benda-benda ni adalah di luar sedar kita...apa yang kita baca akan tersimpan dalam otak selama mungkin dan akan boleh di'recall' anytime kite nak.

Sebab tu Allah melarang sama sekali kite membaca ramalan, menilik nasib dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Sebab Dia tahu kelemahan makhluknya ini, cepat terpengaruh dan suka nak tahu sesuatu yang ghaib.

*

Teori lain: People Management (Pengurusan Manusia)

GB terfikir yang horoskop ni dicipta oleh masyarakat purba untuk menyenangkan proses 'people management'. Orang dulu-dulu yang mahu menjadi tuhan  telah mencipta 12 jenis karakter yang berbeza-beza berdasarkan tarikh lahir dan kedudukan bintang, dan kemudiannya menghebahkannya dengan beberapa alasan yang disukai orang ramai, dan perkara itu akhirnya menjadi buah mulut, dan dari buah mulut menjadi suatu perlakuan yang benar dan akhirnya...perkara itu jadi suatu amalan dan kepercayaan sehingga sekarang.

*

Kenapa Allah larang?

Sedangkan yang sepatutnya adalah, kita dilarang sama sekali percaya kepada ramalan bintang atau apa sahaja yang menunjukkan kita 'tahu' tentang kisah diri sendiri atau orang lain kerana Allah sahaja yang tahu semua tentang kita. Segala potensi diri, kekurangan, kelebihan atau apa saja adalah bergantung kepada usaha, doa dan tawakkal seseorang, dan tidak sama sekali bergantung kepada tarikh lahir.

Rasanya sudah sampai waktu untuk kita berhenti mengikut telunjuk orang barat dan kembali kepada al-Quran yang dah tentu-tentu wahyunya datang dari Allah yang Maha Berilmu. Percayalah, tanpa ramalan bintang atau tarikh lahir, semua orang akan merasa bahawa mereka ada potensi yang sama untuk berjaya tanpa dipengaruhi oleh perkara-perkara karut yang dibaca dalam surat khabar, internet, atau dari cerita orang lain.

P/S: Harap-harap jelas la apa yang GB cuba sampaikan ni...thank you....!  :)



Friday, January 13, 2012

Ini seriosa: Ada apa pada bintang?



Salam hari Jumaat kengkawan. Kite cerita benda yang seriosa sikit boleh tak? Tak panjang, pendek je pun...tapi GB dah lama nak share mende ni. Boleh ek?

Gini, GB tercame across satu entry kat blog Syameel Iskandar tadi pasal kisah ramalan-ramalan tarikh lahir ni. Tup tup terus teringat nak share stori mori dengan kawan-kawan.

*

Dulu kan masa sekolah menengah GB berjinak-jinak baca paper omputih The Star. Tak penah miss beli especially hari Ahad sebab ada kartun Garfield satu page penuh. Suke! Heheh. Pastu sejak tu jugak GB mula baca pasal horoskop. Sebelum tu taktau sebab paper melayu mana ade seksyen horoskop kan....

Mula-mula tu agak skeptikal jugak la membacanya. Tapi lama-lama rasa macam tergerak dalam hati 'eh, sama betul dengan aku!'. Pastu makin maju...sejak dah reti surfing surfing intenet ni pandai la pulak nak tengok pasal horoskop tapi lagi advanced. Siap dah boleh 'tangkap' ciri-ciri orang Aquarius (GB ler tuuuu...hihihi), Pisces, Virgo, Libra (sekadar menyebut beberapa zodiak aje bergantung kepada crush time tu heheheh). Tapi nak jadi cerita kan...apa yang GB baca tu kebanyakan betul! Vah...rasa macam ahlil nujum dah ni!

Contoh eh, kebanyakan orang yang lahir January dan February berzodiak Aquarius adalah jenis pelik sikit, independent, macam takde perasaan, dan sepesen aje. Sepesen tu maksudnya bila dah kenal, kite tengok cara dia  je kite dah boleh agak dia tu Aquarius. Pastu bila tengok besday kat fesbuk terus tercakap 'oh patut la...Aquarius rupanya...'. Tambah-tambah kalau dia pun pesen kawin lambat macam GB jugak, memang itu la ayat yang selalu GB 'tercakap' dulu...

*

Sedangkan sedari kecik kita dah tahu orang Islam mana boleh percaya ramalan-ramalan ni. Syirik. Tapi GB baca jugak. Memang la selalu pesan dalam hati yang 'kite bukan nak percaya ramalan tu, sekadar nak baca-baca je...', tapi bila yang dibaca tu kebetulan betul, terus cakap 'aha, aku dah agak dah...Virgo memang cenggitu!'. Eh? :p

Tapi sekarang GB rasa dah boleh 'tangkap' kenapa karakter dalam horoskop adalah agak kena (kebetulan) dengan kita...nak tau kenapa?

**

GB akan sambung dalam entri akan datang, tapi nak survey-survey jugak ni. Kalau kawan-kawan pun sama macam GB, agaknya kenapa terjadi kebetulan tu eh?

P/S: Lagi pelik dan pening kalau orang tu taktau nak kata Aquarius ke Pisces. Eh kelaut? Tak tak...jangan caye dah tu semua kawan-kawan. Next entri GB stori mori lagi ye...

Thursday, January 12, 2012

Imegin: Tanpa gerakan penamat. Yet. :D


Kalo terdrive memalam atau pepagi buta time udara tengah lembab sebab siang tu hujan, cahaya lampu jalan mesti akan mengembang, menggebu dan melimpah-limpah ke atas jalan. Efek titisan air yang terapung di udara le tu. Ala, yang macam dalam gambar tu...

Suasana sejuk dingin dengan cahaya lampu malap-malap tu kan....ehehh...Oh, GB suka tak terkata!

Waktu tu mula la memikio, kan bagus kalau ada seseorang untuk GB kongsi suasana indah macam tu. Kalau boleh berjalan dengan asben nanti dalam suasana malam sejuk belampu malap cenggitu...alangkah indahnyeee. Dan dan rasa hepi bahagia semacam. Iyelah...GB ni tak fussy pun. Orang je ingat GB fussy. Mueheheh...Tak payah nak disogok dengan duit million-million pon dah boleh feeling-feeling hepi. Heheh...dah start beranganlah ni! Ngeee....

*

Ops terlebih sudah baaa... Sori ek sebab heret kawan-kawan masuk sekali dalam GB punye stail berangan  yang belum ada finishing move nih. Tapi kalau nak something real yang bukan angan-angan punye...sile lah kawan-kawan ke sini. Eheheh....psstt...dah update dah tauuu...hihihi tengkiuuu....!!!

P/S: GB pernah berjalan waktu pagi-pagi buta dalam suasana sejuk gelap berlampu malap macam tu kat Cameron Highlands tahun lepas. Pergh sejuk....best!! Sorang-soranglah tapi... :D

Wednesday, January 11, 2012

One Day In Your Life

Daun Macaranga spp. kot?


Pagi tadi GB tak dengar dario radio. Topik bosan. Instead GB turned on CD dan layan lagu saja. Terkeluarlah lagu ini yang menyiat-nyiat sisi sentimental dalam jiwa GB. Keh keh keh!



One day in your life, You'll remember a place, Someone touching your face, 
You'll come back and you'll look around, you'll...

One day in your life, You'll remember the love you found here, You'll remember me somehow
Though you don't need me now, I will stay in your heart

And when things fall apart, You'll remember one day

One day in your life, When you find that you're always waiting, For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there


You'll remember me somehow, 

Though you don't need me now, I will stay in your heart
And when things fall apart, You'll remember one day

One day in your life, When you find that you're always lonely, For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there.


P/S: Selamat humming humming! :)

Tuesday, January 10, 2012

Drama Hari Ini

Nak terbang! Nak terbang!


Harini adalah sangat dramatik.

Sebelum Subuh tadi mimpi pelik, tapi nasib baik tak terjaga lambat.

Masa brekfas pulak mak bercerita pasal ehem!

Pastu harini jalan jammed terukkkk!!!

Dan tetiba ada pulak kereta Proton Saga ni cium bontot kete GB...duh. Dah la selalu kene cium, tetiba harini kena lagi. Pastu sebab taknak kete-kete lain sangkut, GB suruh aje mamat tu miskol no GB, nanti GB contact untuk dia cover kos repair bontot kete GB. Nasib baik rosaknya tak banyak.

Pastu sampai ofis tepat-tepat pukul 9, padahal keluar pukul 7.15 kot. Duh....

*

Dan setibanya di opis...mesej whatsapp masuk kat henpon.

GB tengok.

Dan senyum. Hilang stress sepagi.

:)

P/S: Hari kawan-kawan macam mana? :)

Monday, January 9, 2012

Apa yang perempuan tak suka pasal lelaki?

Musim panas kering sekarang ni, bekalan air minum tak boleh putus. Nanti dehydrated.

Ehem. Itu topik kat HotFM pagi tadi. GB layan kejap masa on the way ke opis, tapi bila masuk opis kene dengar SinarFM pulak sebab malas nak tukar channel.

Anyway, topik kat HotFM tu memang panas. Kalau ikutkan nak list down, dah berkajang-kajang kertas dah abis. Lelaki pun sama jugak kalau nak list kan apa yang awak orang tak suka pasal perempuan. Kemain lagi eh?

*

Personally, GB tak kenal ramai sangat orang lelaki untuk disimpulkan sebagai suara kaum perempuan. Cuma ada beberapa orang kawan yang baik sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah takde kawan lelaki sebab sekolah all pompuans. Jumpa kat tuisyen pun tak bertegur sapa sebab GB ni pemalu. Kat matric and kat main campus pun tak ramai kawan lelaki sebab course GB tak ramai lelaki dan satu lagi sebab GB malu dowh nak berkawan dengan budak lelaki lain courses. Hahaha!!!

*

Tapi rasanya kan, generally perempuan tak suka lelaki yang suka test market sana sini. Lelaki yang tak bertanggungjawab terhadap diri dia, sebab dah tentu tanggungjawab terhadap Tuhan dan orang lain pun dia tak boleh laksanakan jugak. Lelaki yang taknak majukan diri, asyik mengeluh dan cakap perkataan 'masalahnya....'. Eee...elergik ok elergik! Lelaki yang fikir dia boleh amik kesempatan ke atas perempuan. Lelaki yang suka downgrade perempuan. Lelaki yang treat semua pompuan macam girlfriend dia. Lelaki yang biadap dan tak hormat orang lain dan berlagak. Lelaki yang tak matang dan tak boleh buat keputusan sendiri. Lelaki yang cepat give up. Lelaki yang gatal. Lelaki yang tak boleh terima teguran. 

Eceh...GB tulis ni macam berpengalaman je kan? Tapi GB takde la pengalaman pun. Tapi GB pernah kenal dan pernah tahu wujudnya orang yang jenis macam gitu, sama ada kenal sendiri (beberapa orang) atau dari penceritaan kawan-kawan.

*

Ok dah panjang. Kite sambung later, mungkin? Atau kawan-kawan nak tambah perisa? Hahaha!!! Apa pun, lelaki dan perempuan saling memerlukan untuk memastikan kelangsungan umat Muhammad, GB sedar tu. Tapi untuk memastikan adakah kelangsungan yang dihasilkan itu benar-benar boleh menjadi generasi al-Quran untuk menyambung sunnah Muhammad - itu adalah absurd. Tapi kita boleh cuba. Betulkan diri masing-masing, insyaAllah. :)

P/S: Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi visit photoblog baru GB. Baby baru masih menyusu tuh. Kalau ada teguran dan pandangan silalah majukan kat kotak komen eh, tengkiu!!!

Saturday, January 7, 2012

More Than Words



Orang cakap, pictures say more than thousand words. Pastu, orang cakap lagi...seeing is believing. Pastu kan...orang cakap lagi, action speaks louder than words. Eh?

Pape lah.

Mungkin GB nampak macam merapu. Tapi ni bukan sebarang merapu tau. Alahhh...nak tau merapu tak merapu...klik ajelah kat sini...

P/S: So kawan-kawan, ada planning baekkk punye ke weekend ni? Aha pape pun, kliklah link yg GB bagi tu ye..jangan segan-segan... :D

Friday, January 6, 2012

Duduk kat rumah bila rasa biru. Baru boleh jimat kalau cenggitu. :D



Sebenarnya GB baca ni kat majalah CLEO zaman bila entah. Nak kata strictly ikut tu idok le sebab GB baca sekali, pastu terus masuk dalam memory card otak tapi takde pun berazam nak ikut sangat. Cuma once a while masa proses 'pemutihan' ke, tercome across jugak article yang sama. Pastu bila baca dan renung balik, eh, GB buat rupanya benda tu! Dan ada kesan positif terhadap tabung katok kaler ijo kat bilik GB tuh. Heheh.

1. Stop trying to save
Katanya kat situ, ada kajian mengatakan yang 'the less effort it takes, the more likely people are to contibute to savings.' Pastu ada la cara lain itu ini tapi GB buat gini - semua coins taruk dalam tabung katak. Walaupun dalam 2-3 bulan sekali GB akan korek jugak tabung tu masa tengah tengok Criminal Minds, tapi amaun yang ada dalam tu cukup untuk GB topap minyak untuk pegi balik keje dan beli megi atau roti atau kopi kat Speedmart99 sementara nak tunggu cek clear. Kat 7 Eleven mahal weh! Heheh!!!

Pastu GB taruk sedikit amount dalam setiap akaun pasif setiap bulan tapi tetap anggap bahawa dalam akaun-akaun tu takde duit pun. Sebab GB taruk sikit. Kalau taruk banyak nanti kite akan teringat-ingat pulak. Ok, cara tu berkesan untuk GB.

2. Spend your cash
Guna cash, dan bukan kad kredit. Ada study yang mengatakan yang bila guna duit plastik, kita cenderung membeli barang yang harganya 2 kali ganda dari yang kita mampu sebab transaksi tu tak melibatkan duit real. Oooo..patut la dulu GB selalu 2 kali lebih tak kaya dari sekarang....heheh.

GB dah terminate kad kredit 3 tahun lepas. Nyaman sungguh rasa dibandingkan waktu zaman dapat statement kad kredit dulu. Sekarang pun asyik dapat jugak sebab GB terlebih bayo 4 sen untuk satu kredit kad ni. Duh! Sibuk nak anto. Ke kene buat surat yang kite dah halalkan 4 sen yg terlebih tuh baru diorang akan stop anto?

Kad kredit sebenarnya banyak manfaat kalau guna dengan cara yang betul. Tapi bukan untuk GB. Memang kalau ada kad kredit senang untuk kite buat transaction beli tiket ke, book hotel ke, nak renew domain ke ape ke, tapi sekarang ni lebih mudah sebab ada Visa Debit. GB takde masalah pun so far.

3.Feeling blue? Stay at home.
Ada satu studi ni cakap orang yang tak happy akan berbelanja lebih. Ye kot. Sebab kite anggap bila membeli belah maka itu akan membuat kite seronok, sedangkan mungkin kita akan 2 kali ganda lebih sedih dari sebelumnya. Hahaha!!!

P/S: Kawan-kawan ada tips nak share? Share la kat sini. Mana tau dengan berkongsi tips-tips tu menjelang hujung tahun ni cukup untuk kite pegi buat Umrah.... :)

Wednesday, January 4, 2012

Selipar: I love you



Selipar zamban kaler hitam cap Asadi. Merata dah dia ikut GB. Ke sana sini. Beli kat Giant. Rege...RM7.90 kot. Disebabkan dia sangat memahami, buruk-buruk pun GB tetap melekat dengan dia. :D

Kenapa GB I love you sangat kat selipar ni?

1- Sebab dia flat. Kaki tak seteress bila jalan lama mana pun.
2- Sebab kaki boleh bernafas. Burn takpe, balik boleh sapu losyen.
3- Sebab GB adalah pembogel kaki masa driving. Dibuatnya emergency nak gi toilet kat Petronas takdelah susah payah nak sarung kasut bagai. Selipar terbaik!
4- Sebab versatile. Errr.....fikirlah sendiri kenapa ek. Heheh!!!
5- Sebab takde nak makan-makan kaki sebab kaki GB adalah jenis lebar - senang melecet sebab bila petang sure mengembang punye. Heheh!

**

Pun begitu, GB tetap akan pakai high heels kalau situasi memerlukan. Killer heels pun penah pakai. Dan boots juga. (GB suke boots yang tumit tinggi!). Dan wedges. Tapi sebab cerewet nak cari kasut yg berkenan di hati dan di kaki (maklum bentuk kaki tak sama mcm orang lain...), maka GB jarang membeli walaupun waktu keluar shopping tu tujuannya memang untuk beli kasut.

Biasanya ompompuan ni akan simpan stok kasut beberapa pasang dalam kete. GB pun. Just in case kot-kot nak terjumpa dengan potential ehem. Eheh...

Jadi panjang jugak entri ni. Ingat tadi nak stop kat perenggan pertama aje. Hiuhiuhiu...

P/S: Pernah berlari dengan high heels? GB pernah. Tapi berlari dengan slipar adalah lebih nyaman. Eheheh!

Jam di bilik. Jammed di jalan. Jem di roti, tapi bukanlah di roti canai eh~



GB terjaga. Tengok jam, alamak! 6:30??? Dah lambat! Harini budak start sekolah. Kete kene isi minyak dulu sebelum gi opis. Duh...terbayang dah traffic jam dan kes lambat sampai opis!!

Terus bangun dan mandi. Keluar je bilik air, mak tanya 'eh, dah nak pegi keje ke?'.

GB cakap, 'Ye mak. Harini budak sekolah. Jalan jammmm!!!'

*

Pastu siap, solat bagai, then tengok jam. Risau ni takut terlambat keluar...!

'5:59'

Hah?? (Siyes ke kene buat spek ni???)

Dan jam itu memang cepat 20 minit dari waktu asal.

*

Owh. Patut la mak pelik. Kire tadi solat tu bukan Subuh lah ek. Kihkihkih!!!

*

Hikmahnya sekarang GB tengah lepak makan roti canai mak buat dengan minum neskepe GB buat. Santai-santai breakfast. Hahaha!!!

Ok. Jap lagi nak kuar. Jam dah pukul 6:30. Gigih kan? :D

P/S: Sapa nak roti canai sedap garing fresh lagi kurang minyak, meh umah GB meh. :p

Tuesday, January 3, 2012

Keje jom!


Di KL, Selangor, dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya...

*

Harini kite keje. Esok budak start sekolah.

Oh no, keadaan akan kembali seperti sediakala.

Coffee plis!

P/S: Selamat hari Selasa pertama untuk 2012 kawan-kawan!

Monday, January 2, 2012

How was your first day of 2012?



Memandangkan this lately GB tiba-tiba menjadi seorang yang sentimental (konon!!!), maka GB selalu mahu buat sesuatu yang bermakna apabila tiba hari yang istimewa. Hari pertama dalam tahun baru pun istimewa gak bagi GB, biasalah, orang sentimental kan. Disebabkan tu GB nak hari itu disejarahkan dengan sesuatu yang lain dan spesel dan memorable. Since GB tak boleh mark hari tu dengan event seperti birthday, bertunang atau kawin - maka GB buat benda lain. Yang memorable jugak.

*

Dipendekkan cerita, semalam GB dan seorang kawan telah pergi berjalan-jalan pusing Kuala Lumpur dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka ke Tugu Negara ke Dataran Merdeka balik ke Leboh Pasar dan ke Masjid Jamek semula. Lintas jalan. Lalu terowong. Berjalan kaki. Rasa macam familiar? Oh, GB penah cerita dalam entri ni. Tapi sebenarnya tak jauh jarak perjalanannya, kurang 10km rasanya. Yelah...KL ni bukan besar sangat pun. Tapi besar tak besar pun sengal jugak la kaki GB ni hari ni.

Tempat DrSinga menembak haritu pun GB lalu tau. Suke!!!

*

Semalam cuaca adalah sangat baik jadi mudahlah untuk kitorang sukat tempat-tempat tu. Cuma sedikit hujan renyai-renyai tapi dah petang pun waktu tu. Selebihnya, mendung berangin tak pun panas menyengat. Kebetulan pulak waktu panas menyengat tu kitorang kat kawasan Tugu Negara, maka hasilnya jadiklah warna kulit GB hitam macam manggis tapi tetap manis dipandang menjelang petang. Kehkehkeh!

Sedikit daripadanya GB dah taruk kat fesbuk. Kat blog ni, cembeser - 1 pic per entry. Tengoklah kalau rajin GB buat satu lagi blog untuk taruk gambo banyak-banyak. Tapi yang sebetul-betulnya GB memang pemalas nak upload pic bebanyak pon. Tapi banyak gambo menarik. Gambo tempat tembak-tembak GB yang lepas-lepas tu pun banyak tak share lagi dengan kawan-kawan kat sini. Tapi takpe, tengoklah nanti cemana. Eiiii...berapa banyak tapi da.. Nanti pepehal GB bagitau kawan-kawan okeh!

Next-next -next GB share gambar lagi dan sambung cerita kat Temasek ye kawan-kawan....

*

P/S: Oh ye. Semalam GB naik LRT dari Asia Jaya ke Masjid Jamek. Masa dalam LRT tu GB terkenang di masa dahulu dan baru sedar rupanya dah 3 tahun lebih GB tak naik LRT. Disebabkan berangan sangat, GB pun terturun dekat Pasar Seni. Hehehe...kesimpulannya, don't berangan even if you are not the one who drive the LRT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...