Tentang GB

My Photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the real source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, December 12, 2012

Siapa GB pada umur 12 tahun? Dan 12 tahun yang lepas? Juga 12 tahun akan datang?



Masa umur 12 tahun, GB duduk di darjah 6 Berlian, di SRK Pengkalan Tentera Kuantan. Masa latihan penulisan pertama darjah 6 tu, GB dapat markah tertinggi. Cikgu Razali (Cikgu Bahasa Melayu GB waktu tu) suruh GB baca kuat-kuat supaya satu kelas dengar apa yang GB tulis. Selepas habis je baca, Cikgu puji. Katanya penggunaan bahasa bagus. Ayat dinamik dan tersusun. Deskriptif. Dan penyudah yang luar dari biasa.

Semenjak dari itu GB dikenali sebagai Novelis Sekolah. Hihihi.

Cikgu bawa penulisan GB sebagai contoh karangan untuk bengkel penulisan yang dia buat, up to bengkel penulisan SPM. Sebab kata cikgu penulisan GB dah exceed SPM level.

Dan untuk UPSR, GB dapat A untuk penulisan. Juga untuk subjek-subjek lain.

*

12 tahun lepas, GB baru masuk main campus. Struggle dengan kelas dan studio landscape. Dan baru turun 15kg selepas setahun kat matric. Macam-macam la kalau nak diceritakan. Ada manis ada pahit. Adatlah kan. :)

**

12 tahun akan datang. GB berdoa agar GB dah ada family dengan suami yang memahami dan anak atau anak-anak sebagai penyeri. Dalam bab kerjaya, harap-harap time tu GB dah ada butik Avon sendiri, kalau duduk kat Malaysia la. Kalau duduk di luar negara, mungkin GB akan buka cafe. Atau kalau asben tak bagi keja, GB enjoy kat umah dengan anak-anak dan jalan-jalan makan angin. Besar harapan tu. Semoga Allah makbulkan doa GB ni.

Atau mungkin juga 12 tahun lagi GB sudah tiada lagi, dan hanya entry ini sebagai bukti pengharapan. Biarlah pergi dalam syahadah, moga-moga. Amin...

P/S: GB takde yang spesel harini. 12/12/12. Cuma entry ni je la kot. Soalannye...Spesel ke? Huhuhu~

34 comments:

  1. Ekekeke...
    Part asben tak bg kerja tu mmg tak tahan....
    In Syaa ALLAH, asbennya memahami isterinya ....
    Kan isterinya dah penat belajar....

    ReplyDelete
  2. Akak doakan..Amiin. Semoga dimakbulkan.

    Oh yer, kenapa tak teruskan jadi novelis?

    ReplyDelete
  3. special nya 12.12.12 hari ni... advanced bday gift awak dah ada yaa...

    tak mo post kot kang hilang...

    kBai.. hehehe

    ReplyDelete
  4. aku pun takde yg spesel hr nih...

    ReplyDelete
  5. Pengharapan yang tinggi moga akan tercapai...

    ReplyDelete
  6. part husband n anak2 memang best..mudah2an amin..

    ReplyDelete
  7. butik Avon??? Wahhh, bolehlah akak ambil barang kat butik GB jer nanti, hihi..

    Amin... akak doakan cita-cita GB akan kesampaian & dimakbulkan Allah SWT

    ReplyDelete
  8. wahhh..besar pengharapan...
    moga kita tetap trus berkawan 12 tahun lagi.. walau dlm apa keadaan kita sekalipon..

    *hugs n kisses*

    ReplyDelete
  9. waaaa...waaaa :D

    byk nyer wish list 12 thn akan dtg...
    hehehe
    apa2 pon BB doakan semuanya akan tercapai..

    Go go chayok GB!

    ReplyDelete
  10. Amin, jangan kau ucap selamat tinggal. Jangan diucap selamat tinggal kpd ku.

    ReplyDelete
  11. 12 tahun akan dtg
    akak akan ada tripod mcm dlm gambo tu
    hahaha
    sekarang
    akak tak de tripod
    (ade ke org tya ko?)

    ReplyDelete
  12. spesel ke tarikh ni?
    jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  13. Oooo...kumpul gaji skang untuk bukak butik Avon..ye saya faham...

    ReplyDelete
  14. Akak doakan yang baik2 utk dik GB ya..
    Moga Allah permudahkan segalanya dengan penuh keberkatan...Amin..

    :)

    ReplyDelete
  15. menarik en3 ni.
    12tahun lepas saya ialah bulan Disember mcm sekarang..saya baru sebulan berumah tangga ;)

    12tahun akan dtg..saya tak tahu apa akan jadi.kalau pun tiada di dunia ini besar harapn saya mati dalam iman

    ReplyDelete
  16. Moga GB panjang usia...Dan 12 tahun lagi mungkin CM juga hanya tinggal nama dan kenangan sahaja...huhu...

    ReplyDelete
  17. special tarikh ni buat along bila semua sabun2ku dah abih terjual...hehehehe...kalau tau syok meniaga mcm ni...dah lama meniaga...

    ReplyDelete
  18. wowooo terer bab penulisan..patut la entry2 gb ni agak bpuitis. i like!

    12 tahun lg? sy jadik mak singa kot...keh3..

    ReplyDelete
  19. patut la entry blog best2..sedap je baca..:)

    ReplyDelete
  20. sedihlah pulak baca ending entri GB tu..

    ReplyDelete
  21. Kalau ada butik Avon, boleh la saya singgah beli deodorant...bahahahaha

    ReplyDelete
  22. Kalau hampir dekat level spm..haruslah cikgu bangga ada anak murid mcm GB.


    Moga impian hat 12 thn lagi tercapai hendaknya. :)

    ReplyDelete
  23. merenung 12 tahun lagi..
    akak harap masa tu akak dah bole berada dalam keadaan yang selesa :) InsyaAllah,

    ReplyDelete
  24. Ada lagi tak karangan tu? Kalau ada kongsilah dgn kami ni

    ReplyDelete
  25. Jelas apa yg GB harapkan 12 tahun lagi. Semoga tercapai

    ReplyDelete
  26. Beb, bestnya kalo dpt laki yg suh kita duk umah jg anak je kan.. tp itulah, sapo nk byr hutang2 ptptn pulok...huhu

    ReplyDelete
  27. makchaq doakan GB bertemu jodoh dlm masa terdekat, dan dapat anak2 yg comel2

    ReplyDelete
  28. semoga segera di pertemukan jodoh supaya tercapai cita2 yg lain tu..

    ReplyDelete
  29. kak akan ingat kisah GB dahulu. kini dan mendatang.

    moga 12 akn dtg.. impian adik dimakbulkan.. harap2. kedai avon tu area tmpat sis.. senang nak dapat murah dan cepat
    muhahahhhahaahahah

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D