Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, December 31, 2012

Menjelang permulaan 2013 yang segar macam embun pagi



Menjelang tahun 2013. Lagi 25 hari GB bertambah lagi umur. Boleh gitu? Huhuhu...

Adat la bila tahun baru, kita set azam baru. Tapi menjelang beberapa bulan kendian, azam tertinggal  tah ke mana-mana ntah. Pastu nak dekat akhir tahun, list down balik azam untuk tahun baru berikutnya. Kebanyakannya sama je macam tahun lepas. Kecuali mungkin beberapa yang telah tercapai dan terlaksana dengan jayanya, maka tak perlu di list down kan lagi.

Jadi boleh tak kalau GB cakap yang setiap kali tahun baru, sebenarnya kita reset diri kita dengan azam yang baru? Boleh kan?

Harapan GB, bangun pagi esok kita semua akan jadi fresh macam embun pagi. Malam ni sebelum tido boleh la list down wishlist memasing. List down je banyak-banyak. Tak tercapai semua, at least beberapa percent mesti akan tercapai punya. Yang penting kene tulis. Buat wishlist dalam hati kurang berkesan, nak nak kite kerap pulak makan kari kepala ikan yang ohsem tuh! Uish!

Itu cara GB sebenarnya. Dari tabiat tu, ada beberapa perkara major dalam hidup yang dah berjaya GB capai. Alhamdulillah. Memang la kadang-kadang GB akan tulis perkara yang mungkin nampak tak logik dek akal, tapi menulis tiada dosanya. Jadi...tulis je!

Kecuali wishlist yang satu tu. Takpe, bersangka baik dengan Allah sebab Allah dah tulis takdir GB di Luh Mahfuz. Tunggu je. Sambil minta. Sambil berdoa. InsyaAllah...

(Sekarang ni bunyi bunga api dah berdentum dentam kat luar. GB tak tengok tapi. Sorang. Tak berani.)

P/S: GB rasa malam ni kurang-kurang lunyai jugak beberapa keping kertas yang dibuat base untuk wishlist yang menggunung tinggi ni. Hihihi...

16 comments:

  1. Happy new year gb..
    Norh pun ada wish yg satu tu..he he

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan GB..amin.selamat tahun baru

    ReplyDelete
  3. Wahai adinda ku...yang satu itu sentiasa ada dalam doaku buatmu....(ayat selari dengan ayat bunga tajuk tu k)

    Esok pagi bangun lewat la....

    ReplyDelete
  4. GB pun anak January eks...eh eh tersama pulak tapi pcm lagi 8 hari..huhu tuaaa dahh...kerepot's

    ReplyDelete
  5. rimas nya bunyi mercun ni..kalau tak de anak ok la..yang beranak kecik macam akak ni memang nak keluar dan bagi penampar je rasa kat org2 yang main mercun nih..

    ReplyDelete
  6. happy new year....
    awalnya cukup umur... hihihi

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru awak...
    semoga wishlist yg satu tu di makbulkan Allah.. amin...

    25hb mai collect hadiahh...

    ReplyDelete
  8. Happy new year. Best wishes to you and your family.

    ReplyDelete
  9. Selamat melangkah ke tahun baru dengan wishlist yg baru
    Dan semuga tahun ini lebih memberikan kebahagiaan ....

    ReplyDelete
  10. Happy new year..birthday gb bln jn ye..awal la bertambah umur..tp it just a number..hehe

    ReplyDelete
  11. Azam baru kena c/f azam thn lps
    Slmt thn baru gb

    ReplyDelete
  12. GB,

    Selamat tahun baru 2013 semoga terus gembira dan cerita dan semoga apa yang diimpikan tercapai.

    ReplyDelete
  13. Happy 2013... Happy & healthy selamanya..!!

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D