Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, November 16, 2012

Primadonna yang Careless

Ini shot selepas kamera GB jatuh. Sunset pertama GB di Danga Bay. 1 Muharam. Mujur cuaca baik. :D

Semalam petang, cuaca baik. Matahari menyinari alam. GB intai dari balkoni dan terus gatal kaki tangan nak tembak sunset. Ape lagi...kuor laju-laju nak gi Danga Bay. Dekat je Danga Bay dengan BBU...

Sampai je kat u turn nak ke Danga Bay, punye la lama traffic lite tu merah. Matahari cepat je nak tenggelam. Aishhh...kelam kabut GB. Sesampai je Danga Bay terus grab kamera dan tripod pastu lari-lari-lari nak kejar matahari. Sebab bawah tu berawan, matahari dah nak tinggal separuh. :(

Sambil lari sambil amik kamera dalam beg. Sambil pegang tripod. Sambil cari port. Tetibe *efek bunyi kamera jatuh! Terbukak hood. Flash pun terbukak.

Semua fotografer yang ada kat situ pandang GB. Femes jap. Bak kata kawan saya, jadi primadonna jap.

GB cuba cool walau dalam hati dah nangis macam nak crazy. Cekcepat amik, tutup flash dan pasang hood. Seb beik takde kecederaan serius kecuali calar sikit kat body. (Nangis!). Terus jugak snap matahari yang dah tinggal separuh di balik awan. Eh, nampak cam makin cantik lak gambo lepas kamera ni jatuh (alasan nak sedapkan hati...). Lepas tu baru pacak tripod sampai blue hour...

Masa menembak-nembak, dengar soksek soksek fotografer lain kat belakang. Rupanya diorang nak tau cemana kamera GB lepas jatuh tadi... Agaknya sebab lepas tu GB cam steady je tembak-tembak. Pastu ada sorang dua datang borak-borak tanya lens apa GB pakai, camera apa GB pakai sambil dia pun pacak tripod sama. Dan kitorang borak-borak lagi sambil tembak-tembak.

Dan matahari pun terbenam membawa kesedihan dan frustration GB bersama-sama...

**

P/S: Bila diorang tanya GB memang ada join photography courses ke...GB iyekan aje. GB belum penah join lagi sebenarnya tapi memang niat nak join courses. Tunggu Lumix buat woksyop kat area Selatan nih kot.

32 comments:

  1. borak2 tukar fon number tak ;)

    ReplyDelete
  2. cantik woooooooo benam matahari Teluk Danga awak!!

    ReplyDelete
  3. @sji

    hahaha. takde tukar2 no fon tapi. :D

    ReplyDelete
  4. laki ke pmpn yg borak2 tu. hauhauhua

    ReplyDelete
  5. kalau jatuh lagi sekali itu tandanya kena join geng kenon...keh keh keh

    ReplyDelete
  6. Gigih mengejar rembang senja...
    Cantik hasilnya....

    ReplyDelete
  7. salam GB..salam kenal..

    cantik2 ye gambar dlm blog ni.pandai menembak rupanya

    ReplyDelete
  8. Gambar itu memang sangat cantik. :)

    ReplyDelete
  9. memang gambo tu cantik!! hmm klu cik riri sure dh nagiss lap camera dulu hehe.. mentari pon mmg ntah kemana haha

    ReplyDelete
  10. sembang2 tu boleh jadi asbab ketemuan seseorang spesel tu.. hehe..

    ReplyDelete
  11. assalam GB..tak jadi nangis ye..dah ada yang pujuk he he

    ReplyDelete
  12. saya ada lalu dangabay... tapi tak singgahlah... coz ada urusan dekat tune hotel...

    ReplyDelete
  13. Bila kamera tu jatuh tetap control cun eh...

    ReplyDelete
  14. Lepas ni petua nak gambar lawa...ter jatuhkan kamera anda dulu... (walaupun pedih untuk menerima hakikat ituu...hehe)...

    ReplyDelete
  15. Mesti photographer lain curious sebab dah jatuh pun masih hebat shoot itu-ini..

    ReplyDelete
  16. perhhh gb.klau sy pun mau haru tgk camera jatuh!

    ReplyDelete
  17. aku.
    syg kamera.
    mengalahkan syg laki.

    kah2.


    .

    ReplyDelete
  18. saya tumpang tengok gambar2 yg cantik ni ajelah. Saya tak pandai menembak sebab takde senjata .... huhuhu

    ReplyDelete
  19. lahaaai awatnya GB oi

    kalo aku saja jela aku pengsan kat situ.

    huhuhu jangan weiii... huhu

    ReplyDelete
  20. as salam

    wahh dia nak ushar lens ke or sometihing else..hehe:)

    ReplyDelete
  21. kita rs kan satu hari nnt GB jumpa jodoh yg punya minat sama mcm GB ~ menembak! :)

    manalah tau danga bay ni menjadi saksi hikhik

    ReplyDelete
  22. cantik. ada hikmah le tu kamera jatuh. :)

    ReplyDelete
  23. Huhu. Nasib x cedera parah. Dan maintain cun. Hehe
    psst..kalau lumix wat course jgn lupa inform tau.

    ReplyDelete
  24. Next time kan...ambik gambar sendiri yang tengah bersila dan menangis sambil membelakangkan sunset tu

    ReplyDelete
  25. Wah cantiknya sunset di DangaBay. Tingin lak nak gi sana. Sorry for the frustration tapi foto tetap cantik...ada hikmah tu..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D