Kadang-kadang GB rasa macam ada boifren. Kadang-kadang macam tak. Selalunya lebih kepada tak. Sebab macam tak diambil berat pun. Tapi jangan ingat GB tiada kisah cinta. Cinta tak berapa nak monyet masa sekolah menengah, masa zaman matric UIA, masa kat main campus, even sekarang ni. Kisah cinta itu masih ada.
Sweet. Ada pahitnya tapi.
*
Dan...kita juga berjalan di atas muka bumi ni sambil setiap degup nadi bagai mengunyah perjalanan cinta orang lain. Sungguh setiap cerita cinta itu tidak sama. Sungguh setiap cerita cinta itu, penyudahnya tidaklah sentiasa indah. Kadang-kadang lebih perit dari selumbar yang terlekat di peti suara.
Terkadang, orang yang kita cintai itu tidak dapat kita miliki. Dan selalunya juga hakikat lebih busuk dari fantasi. Mungkin kerana sayang, maka kita terpaksa menerima seadanya, begitu seadanya, sedangkan sebelum itu kemungkinan kita tiada toleransi terhadap kekurangan seperti itu di diri orang lain. Oh sesungguhnya, cinta bisa saja memadukan hempedu.
*
Itu yang GB rasa bila layan zine Ex-Boifren ni. Kemas. Ringkas. Padat. Kompilasi cerita cinta yang penuh kejujuran dan jauh dari bayang dongengan. Cerita kita, cerita semua mungkin ada terselit di dalamnya. Penuh dengan pelbagai emosi. Segala rasa bagai termamah tatkala GB menutup mukasurat terakhir zine ini. Terimbau segala rasa. Bagai begitu dekat di hati.
Cubalah nikmatinya. Harga? Lebih murah dari makan tengah hari di warung di JB ni. Bagaimana dapatkannya? Email saja penulisnya ayinayusof@yahoo.com (Azreen si BonekaDalamChermin). Cepat! Cetakan ke-7 sedang kehabisan. :)
P/S: Masih tertanya-tanya kenapa tema cinta masih tidak putus-putus diperkata dari dulu hingga selamanya? Kerana, cinta itulah nafas kehidupan... :)

indahnya bahasa awak!
ReplyDeleteadakah kerna mengupas isu cinta?
okay. saya teruja!
TERIMA KASEH BANYAK!
HUGSSSSSSSSSSSSS!!!!
Saya pun terkejut membaca bahasa yg indah di dalam entri kali ni.
ReplyDeleteMungkin org yg dilamun cinta atau org yg mengupas isu cinta pandai mengayat .... hehehe
Nasib baik boifren GB takde masa kita keluar minum tempoh hari. Kalau tak, mahu lebam saya .... huhu
ReplyDeleteMembuatkan aku rasa "knp laa aku lupa nak beli zine ayin ni masa blk hari tu haa..."
ReplyDeletekerana cinta itu merupakan satu fitrah yang ada dalam hati setiap manusia.. :)
ReplyDeletezine tu ape? novel ke? ya ampun..soklan aku tak boleh blah.. tapi betul..tak tau..heheh
ReplyDeletemacam best je buku ni!
ReplyDeletetapi kalau saya beli entah beli nak membacanya.. hutang baca buku yang lepas tak lunas2 lagi.. alahai.. =(
cantik ulasan yg di berikan...
ReplyDeleteCinta - membuatkan kita menangis dan ketawa...
ReplyDeletehmmm... kadang2 mak tak faham erti cinta! ;-)
baru semalam kita terjumpa blog boneka dalam cermin...
ReplyDeleteawak... nak baca jugak...
novel ye.igt GB nak citer kisah ex sendiri ;)
ReplyDeletecinta dan benci sealiran dgn nafas manusia sejak azali lagi..
ReplyDeletehehehe
puitisnya. hihi
ReplyDeleteCinta. Susah nak komen :)
ReplyDeleteJiwa GB ni halus sebenarnya :)
ReplyDeleteMaksud saya....
'Berseni' orangnya.
puitis. i like. :)
ReplyDeletehmm.. aku bayangkan GB bersyair, berpuisi tentang cinta sambil membelai bunga-bunga...
ReplyDeleteHehehehe. Pandai gak GB ni bermonolog ya?
ReplyDeleteyeayyyyyy!!! saya pun dah baca hasil tangan BDC ni...
ReplyDeletekisah kami terpahat di hati kami. eceh, nyampah
ReplyDeleteAwak! Akak ingat itu kisah realiti awak.
ReplyDeletehehe teringat citer x boipren KA pulak
ReplyDelete@BonekadalamChermin
ReplyDeleteheheh tengs yanggg...time mood jiwang je boleh berbahasa indah. tapi susah nho nak jiwang wehhh!
@Yunus Badawi
ReplyDeleteselalunya baca blog saya bahasa tunggang langgang eh? ahahah!
err...takde lah dilamun pun YB.
anggap je la saya pandai mengayat, ikut mood la tapi. heheh.
@Yunus Badawi
ReplyDeletetakpe. takkan lebam punya. sebab boifren saya jauh. hahahaa!
@Marinna Mohd Noor
ReplyDeleteko order la...dia boleh post. caj lebih la tapi. hahaha!
@anitaare
ReplyDeletecinta itu fitrah...betul lah kan kak.. :)
@maya amir
ReplyDeletebukan novel kak. tak tebal pun. kalau nak tau akak kene beli. heheh!
recommended by GB!
@Faaein Talip Roy
ReplyDeletekalau beli ni kompem baca ni dulu. silap2 tak puas. hahaha~
@zino
ReplyDeletemekasih abah zino.
ulasan tulus dari hati. hihihi~
@Kakcik Nur
ReplyDeletesaya selalu menangis dan ketawa dan bengang sebab cinta. alaa...macam la mak tak penah nampak saya macam tu kan? hihihi~
@CiKPuaNLawA
ReplyDeletedia kawan kite. dia akitek. tapi dia juga penulis dan pelukis hebat. :D
@Irfa
ReplyDeletenak baca ke kisah ex sendiri? heheheh~
@alien
ReplyDeletedalam benci pun boleh cinta juga. manusia... hihih~
@Lya Colours
ReplyDeletesuker tak? suker tak? ;D
@Dinas Aldi
ReplyDeleteno komen...
boleh masuk melodi!
@~najwa~
ReplyDeletesebab tu kite senang menangis, merajuk, dan jeles.
ops.
@sepa
ReplyDeletebila ko suka, aku rasa honoured!
@Nizam.Ariff
ReplyDeletebelai hujung shawl je kot...hahaha!
@faraherda.razalan
ReplyDeletekite adalah orang yang suka berangan... hihihi~
wa...kat UIA? me cite meh cite *jenab mode sikit*
ReplyDeletehaha. GB. How time flies and here we are...Alhamdulillah. musim berganti. begitu jugak dengan corak kehidupa. pae2 pun, muga kita panjang umur dapat berjumpa. been ages kan..
@Daddy Ziyyad
ReplyDeletebest kan? :D
@Khairul Hakimin B. Muhammad
ReplyDeleteececehhhh....!
@JunAina
ReplyDeletekisah realiti saya pedih kak. tapi malas nak layan. hhuuu~
@Kesuma Angsana
ReplyDeletecer citer. cer citer...
@A watcher in the woods..
ReplyDeleteade youuu....tragis tapi! huwaaa!!!
Cerita cinta paling indah..orang yang dah kahwin pun kalau baca cerita cinta best boleh terawang awang perasaan dan senyum sorang...(mood adam dan hawa):D
ReplyDeletebuku ni online je ke GB?kat kedai x da ye?
la novel upanya igt cerita GB td huhu puitis sgt huhu
ReplyDeletecinta adalah nafas kehidupan ..
ReplyDeletedan cinta kan terus berdetak di setiap jantung yang berdegup, di setiap udara yang terhembus, cinta. adanya cinta ..
sungguh bersastera bahasa GB kali ini .. uncle nak ikut pergi Hong Kong boleh ?
ReplyDeleteKetika membaca bila rasa terkena batang hidung, hati mesti dup-dap-dup-dap. Air airmata luruh tak?
ReplyDeleteaku nak buat mcm maria laa... order time sakit nak bersalin nanti... :D
ReplyDeleteIndahnya susunan bahasamu... Memang pandai menulis GB ni.. Rasanya memang bila sentuh isu cinta, semua orang boleh menerimanya dengan hati terbuka..
ReplyDelete@Fadilah Aziz
ReplyDeletebuku ni kene beli direct dengan penulisnya. tu email kite dah bagi. contact je. dia pasti akan balas. :D
@efa
ReplyDeletebukan novel yang... :D
@Nisah Idham
ReplyDeletehuuu...clud nine! ;)
@al-lavendari
ReplyDeletejom uncle!
alaaa..tu la sisi jiwang GB uncle..hihihi~
@Kakzakie
ReplyDeleteair mata menitik aje la. pastu duduk baca diam diam dalam bilik. heheh~
@Marinna Mohd Noor
ReplyDeleteko lambat lagi nak bersalin arin...!
@Nur-nba
ReplyDeletesaya memang minat menulis kak. byk buat cerpen. novel half way. puisi. tapi tak publish.
ada berniat nak sambung balik minat tu...siap ada draft tuh. :)
ehem2 ehem2.. kita rasa mcm baca novel la plak kt sini.. lain jer ayat awak.. menarik suka sangat!!!
ReplyDeleteheheheee..saya pun dah baca zine ni..dh ulang beberapa kali..tak puas..nk lagiiiii..hihihiii.. :)
ReplyDelete*cinta pertama ; sepahit mana pun..sepedih mana pun..tetap akan kekal dalam ingatan..dan kerana cinta manusia jadi beda.. :)
p/s : GB layan blog Terfaktab tak...?best jg tau... :)
@Riri Yoorin
ReplyDeletemode jiwang - on!
@CAHAYA MATA
ReplyDeletebab tak puas tu - setuju!!!