Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, November 16, 2012

Dah nama pun blog personal... : Part 1

Danga Bay. Blue hour. Last night. Yes. After I dropped the camera.

Ada sedikit kerisauan dalam fikiran. Lagi 2 bulan dah masuk tahun 2013. GB pulak January baby. Umur cepat je bertambah. Awal-awal tahun dah tambah umur. Dan itu buat GB risau. Risau banyak nih, bukan sikit-sikit. Risau apa? Bab kawin laaa...

Di saat orang lain dah bertukar status walau pada mulanya dia pun macam GB jugak, GB masih takde boyfriend mahupun calon suami. Please take note ni. Boleh? Ahahah abaikan.

GB faham selalunya orang kompius dengan status GB. Mungkin ada yang anggap GB dah ada steady boipren. Kadang tu bila GB melawa lain macam ke opis, orang anggap GB ada date lepas opis. Padahal GB stay back je buat keje. Kepada yang dah kenal lama dengan GB, diorang tahu je  GB ni jenis yang boleh melawa, berjangok, happy-happy dan bermood baik without a man behind as the reasons. Dan GB jugak boleh hilang mood, malas nak lawa-lawa, dan boleh emo, juga without a man as the reasons. Tak ramai yang tahu GB jenis macam tu la tapi... Itu kot yang buat orang pelik dengan GB. GB pulak memang jenis pelik sikit banyak. Orang pelik memang macam tu kot?

*

So bila dah naik risau macam ni, mula lah GB menyesal - kenapalah GB tak flirt awal-awal dulu? Atau nape laaa GB tak grab je peluang bila ada orang ajak kawin? Atau nape laaa GB tak jadi secantik Maya Karin atau Catherine Zeta-Jones (heheh, ini mula la otak dah mengarut nih) so orang boleh suka kita dan kejar kita dengan cincin? Atau simply fikir, napekah GB ni pelik?

Sebenarnya sampai satu tahap GB rasa macam nak biar je. Bukan tak doa. Doa hari-hari. Nak kata tak cari, cari je. Sampai ke JB kot. Hahaha! Tapi asal jumpa je banyaknya mesti dah attached. Dah ada girlfriend. Atau memang laki orang, siap ada anak 2-3-4-5 orang lagi. Ye la...nak expect apa kan? Orang lain sume kawin awal. GB je yang takde rezeki nak kawin awal.

Satu lagi, nature GB yang pemalu, blur dan tak kompiden atau simply tak nak orang anggap GB ni perasan rupanya really has it's toll on myself. Sebenarnya GB tak lah reti bersembang sangat. Maksud GB macam ni... Ada orang yang boleh ramah tamah dan bersembang dengan semua orang tak kire sape pun, tapi GB tak macam tu. GB memilih sikit. Ada orang yang GB boleh borak buat kawan sekelip mata je. Ada orang yang GB tak bercakap pun dengan dia sampai ke sudah. Bukan sengaja. Tapi GB memang macam tu lah. Bukan sombong. Tapi dengan certain orang, GB tak reti dan takde modal nak berborak. So, tutup mulut dan diam je la... Dan senyum aje...

Dan orang pun anggap GB sombong.... padahal GB ok je sebenarnya....

**

Orang boleh nasihat GB dengan kata-kata yang menyedapkan hati. Tapi kebanyakan mereka dah ada keluarga sendiri, dah kawin, atau kalau belum kawin pun dah ada steady boyfriend/girlfriend atau masih muda belia so belum masanya nak risau-risau...

***

Tapi GB kene risau. Tambah-tambah bila baca entry YB yang ini, GB terfikir, takde ke orang kat mukabuku yang minat nak kenal dan nak ajak GB kawin? (Ehem. Jawapannya ada tapi GB takut nak anggap dia serius. Ajak jumpa GB takmau. Last-last unfriend gitu je. Bukan jodoh la tuh kot?). Atau...takde ke orang kat blog ni yang nak kenal GB dan ajak kawin? Eceh... Atau orang kat luar sana ke? Ada ke? Ke takde?

Ye laa...GB sedar. GB bukan jenis yang orang boleh jatuh cinta pandang pertama bila tengok GB. GB rasa orang kena kenal dulu untuk mereka suka GB. Tapi bila dah kenal pun macam la orang akan suka GB kan? Satu lagi GB ni penyegan. Segan nak kenal orang dan even orang nak kenal pun GB segan. Abis cane? Apakah kesudahan jodoh untuk orang yang macam GB ni?

Ke sebenarnya GB yang dah malas nak melalui proses perkenalan? Boleh ke kata gitu? Ahahaha. Abaikan.

P/S: Rajin ke kengkawan nak baca luahan merapu GB nih? Kalau tak rajin baca, tengok gambar je lah ye. GB tak kisah. Tapi GB nak jugak tulis kat sini. Ye lah. Nama pun blog gadisBunga. Blog personal. Tak gitu? ;D

20 comments:

  1. apa kata serahkan kepada orang tua atau sedara mara untuk uruskan? Tapi kena terimalah seadanya...

    ReplyDelete
  2. Oh ya.
    memang benar.... foto itu memang cantik. Adakah aku patut hempok kamera aku juga untuk dapat kualiti foto yang begitu?

    ReplyDelete
  3. gB..
    bila dah kena jodohnya...
    walau seminit kenal dah tahu..
    itulah dia....
    Insya'ALLAH.. percayalah...
    been there... done that...

    ReplyDelete
  4. Selagi GB yakin bahawa jodoh itu DIA yang tentukan, tiada apa yang perlu dirisaukan pun... Jangan stress, jangan risau. DIA Maha Tahu...

    ReplyDelete
  5. Salam.. Buat GB, sabar ye.. Kak Nur doakan agar GB dipertemukan dengan jodoh yang baik dan beriman. Rasanya tak salah kalau GB yang mulakan langkah pertama waktu berkenalan. ( ini sekadar pandangan, apa2 pun terpulang pada tuan punya badan)

    ReplyDelete
  6. norh suka entry GB ni..at least GB berani buat entry yang macam ni..
    nak bagi nasihat kat GB pun, norh sendiri masih single..he he
    norh doakan Allah beri yang terbaik buat GB..
    be happy always dear ;)

    ReplyDelete
  7. memalam nie sdap jgk baca luahan GB.
    jodoh tue sentiasa aada utk kita mgkin masanya jew blum tiba..jgn risau tau..:) heppy2 sllau..

    ReplyDelete
  8. speechless, kita sama. Apa yg Gb fikir, ee pon fikir benda yg sama.

    Love this entry so so so much. taktau nak ckp mcm mana. Gb dah terjemahkan apa yg ada dlm hati ini

    ReplyDelete
  9. ramainye kawan wen yg bermslh mcm ni. smeua pompuan.. errrrrrr.... berusaha k.... :) wen setuju dengan cdgn kwn2 len yg minta GB serahkan pada org tua. hehe

    ReplyDelete
  10. ketepi...meh sini akak nak tarbiah...
    err...
    er..
    akak pun solo gak...
    hahahah...
    langsung tak membina komen tadi...
    LOVE YOURSELF...
    BE YOURSELF...
    SOMEONE IS LOOKING AT YOURSELF...
    trust me...
    Al-Mighty plan never fails.


    ReplyDelete
  11. nak bagitau awak ni... orang cantek LAWA pon kena tinggal jugak..

    jodoh pertemuan semua di tangan tuhan...

    x pe awak... suatu hari nanti pasti jumpa teman hidup yang sejati dan abadi...

    ReplyDelete
  12. Dr. Singa,
    betul gak tu... tangan aku dah tak kuat nak tatang kamera...

    ReplyDelete
  13. GB nape ckp cmtu,Jodoh tu kan rahsia Allah.. takpe kita tolong sama2 doakan k heheh.. btw nice pic!!!!!!

    ReplyDelete
  14. GB, sama la kita..masa belum tiba. but do believe someone is out there, somewhere..cuma belum masanya untuk kita jumpa dia..(slalu guna ayat ni sedapkan hati sendiri) :)

    ReplyDelete
  15. Cantik Danga Bay.. cantik foto itu. Soal jodoh itu rahsia Allah.. banyakkan berdoa dpertemukan dgn org2 solleh... zaman skrg banyak hantu and boya.

    ReplyDelete
  16. iyaka gB pemalu ni?
    sat aku terai igt balik

    ReplyDelete
  17. saya tamau komen pasai entry. tapi nak puji pic anda sngat shantek. Keep up the goooood job GB. =) leviu. muahx

    ReplyDelete
  18. cantiknye gambar tuuuuuuuuu..ari jemaat lepas saye lepak kat situ dengan bestfriend..^_^

    erm..bab jodoh tu tak reti nak komen gane..insyaAllah satu hari nnt mesti GB jumpe jugak..mudah-mudahan..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D