Sebenarnya kalau tengok workload, GB takleh update blog nih rasanya. Tapi sekarang cari pasal jap nak update.
Ada 4 projek tengah nak call for tender awal minggu depan. Bermaksud kalau opis ni dibiarkan running non-stop sampai Subuh Isnin nanti pun, nak kasi complete abis tu memang kelakar jugak la bunyinya. Semua short notice. Schedule memang dah lama ada, tapi biasa la tersasar sana sini sinun kan. Tup tup semua nak serentak. Gila? Memang pun.
Bukan GB je yang efek, consultant lain pun sampai lebam dan merah mata, masih jugak muncul untuk meeting. Yep. Team projek-projek tuh lah.
Mujur opismet sudi membantu. Sampai ke secretary pun pakat stay late untuk tolong mana yang patut. GB, hampir seminggu cuma balik rumah untuk solat Subuh, mandi, tukar baju baru dan ke opis semula. 2 hari jugak GB langgar pantang diet Herbalife sebab macam nonsense nak diet dengan body clock dan body chemistry yang tunggang langgang macam ni. Dan semalam, tanpa sedar, terlelap depan komputer walau otak cuba beritahu yang GB tak mengantuk. Drive balik terasa macam driving di atas awan.
Tapi ada jugak yang macam takde sense untuk turut berkampung kat opis ni. Biarlah. Mungkin bagi dia, dia bukan staff sini.
GB penat. Tapi kene buat. Kene kene buat. Dan ada ketikanya orang bercakap dengan GB tapi GB tak tau apa dia cakap. Blur. Heheh.
Tapi bukan itu yang dirisaukan...
Esok raya. Malam ni nak drive balik dengan sekujur tubuh yang tak cukup rehat ni yang kene bawak diri sendiri balik. Tengah fikir macam mana nak pastikan 7 set tender document dan tender drawings yang melambak tuh sampai ke opis client sebelum pukul 10 pagi Isnin ni. Kitorang kene jadik QS jugak untuk projek yang ini, tu yang teruk sikit tuh. Huuu....
Dan juga 9 set tender drawing projek yang lain pulak kene sampai ke opis QS sebelum pukul 11 pagi, Isnin tu jugak. Mujur yang projek ni cuma drawing. Sebab ada QS. Takpe, bab nak mendeliver takde hal. Bab nak siapkan tu ha...fikir...fikir...fikir...
Nasib baik lagi 5 set dan 6 set untuk projek yang selebihnya tuh kene deliver Selasa. Ada sikit ruang kosong.... Sikit je la tapi...
*
Papepun. Malam ni kene balik sebab esok nak raya. Mujurlah berdua. Sebab budak opis orang Taman Medan itu mahu join GB. Bertemanlah GB. Kalau sorang risau jugak sebab pernah je terlelap waktu driving. Tak sedar. Takleh kawal.
Kalau hal harini tak setel atau tak seperti yang GB dah plan, esok petang lepas makan-makan GB akan balik JB. Terus ke opis nampaknya sambil mengharapkan kedai stationery bukak untuk GB bind tender document yang memakan jiwa tuh.
P/S: Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Baru teringat ini Hari Raya Korban. Lantas, inikah pengorbanan yang GB kene buat? *Rindu nak berchoootie... :)

nk wish selamat hari raya aidiladha juga ye
ReplyDeletepergh klu riri memang bawak kain baju pindah opis terus hehe..
ReplyDeletesabar ye GB anyway hati memandu :)
selamat hari raya aidil adha hehe :)
Awak, sila jaga diri ya? Agak bahaya memandu rushing dlm keadaan badan yg exhausted mcm ni. Then, nak balik semula ke JB. Aduh! Gila. Gila.
ReplyDeleteSalam Aidil Adha, GB. :)
ReplyDeleteape2 pun..take care!
ReplyDeletemai la singgah genting helens makan rendang stoberi..
ahaks!
Go GB go... Kalau bab memandu tu hati-hatilah ye dik.
ReplyDeleteAkak sudah 5 tahun berhenti mengejar tander dateline. Kalau dedulu cam gitu jugaklah. Pernah balik opis 4 pagi esok pukul 8 pg terpakcak kat opis.
GB...masa akan mengubah segalanya... Percayalah. Akan sampai masanya.
banyak keje adalah bagus kerana ada kawan2 aku dah mula cari kerja sebab tak ada kerja... huhuhuhu
ReplyDeleteSelamat 'berkorban' GB.. take care dear..
ReplyDeletesy ada sorang kawan yg kuat kerja ..hidupnya penuh dgn tanggungjawab kerja..., sy bersimpati dgn keluarganya terutama anak2nya..,
ReplyDeletepcl; selagi bujang buatlah..tp bila bekeluarga kena fikir banyak kali...
yeayy hehehe jaga diri bebaik!
ReplyDelete^^selamat hari raya aidil adha ^^
Salam Aidil Adha...
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha..^^
ReplyDeletedikk EL ..
ReplyDeleteangkat beg balik kampungg
buat donoooo je ;))
salam aidiladha dik !
dah lama x lawat bLog kak GB ..almaklum..sibuk exm ..btw ..selamat hari raya aidil adha..:)
ReplyDeleteTeruknya workload. Baca pun penat.
ReplyDeleteSalam Aidiladha, dik GB.
Selamat Hari Raya GB... jgn lupa baca doa naik kenderaan
ReplyDeletekerja tak akan pernah habis pfuff~!! :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha kak GB ;)
drive hati-hati okey.. sangat bahaya bila terlelap time driving.. huhu
Selamat Hari Raya Aidil Adha..
ReplyDeletesebab tu la saya dah tak duduk line consultant, letih wooo..
Letihnya dgr! Kesian GB.
ReplyDeleteDrive baik2 tau!
Besaunyer pengorbanan gB tu...
ReplyDeleteDemi masa depan yg gilang gumilang jugak, kan?
Be Strong....
Selamat Berkorban! =P
ReplyDeletesalam aidiladha
ReplyDeleteHari ni baca entry GB yg panjang sikit hihihi....
ReplyDeleteslmat hari raya aidil adha juga.
Baca pun takut!
ReplyDeleteApapun, all the best! Semoga terus cemerlang.
Hati-hati di jalanraya, ok.
Kerja, kerja jugak...
ReplyDeleteDrive, drive jugak...
Makan, makan jugak..
Tidoq, tidoq jugak..
Salam aidil adha GB... Take care of ur body.. ehehh...
Salam Aidiladha buat GB.. jaga diri ye.. Jangan stress2 tau..
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletekesiannya..tak cukup staff ke kat situ? eh bunyi mcm nk apply keje kat situ plak..btw, take care GB..bc entry ni pun dpt imagine betapa penatnya awak...