Sebenarnya kalau tengok workload, GB takleh update blog nih rasanya. Tapi sekarang cari pasal jap nak update.
Ada 4 projek tengah nak call for tender awal minggu depan. Bermaksud kalau opis ni dibiarkan running non-stop sampai Subuh Isnin nanti pun, nak kasi complete abis tu memang kelakar jugak la bunyinya. Semua short notice. Schedule memang dah lama ada, tapi biasa la tersasar sana sini sinun kan. Tup tup semua nak serentak. Gila? Memang pun.
Bukan GB je yang efek, consultant lain pun sampai lebam dan merah mata, masih jugak muncul untuk meeting. Yep. Team projek-projek tuh lah.
Mujur opismet sudi membantu. Sampai ke secretary pun pakat stay late untuk tolong mana yang patut. GB, hampir seminggu cuma balik rumah untuk solat Subuh, mandi, tukar baju baru dan ke opis semula. 2 hari jugak GB langgar pantang diet Herbalife sebab macam nonsense nak diet dengan body clock dan body chemistry yang tunggang langgang macam ni. Dan semalam, tanpa sedar, terlelap depan komputer walau otak cuba beritahu yang GB tak mengantuk. Drive balik terasa macam driving di atas awan.
Tapi ada jugak yang macam takde sense untuk turut berkampung kat opis ni. Biarlah. Mungkin bagi dia, dia bukan staff sini.
GB penat. Tapi kene buat. Kene kene buat. Dan ada ketikanya orang bercakap dengan GB tapi GB tak tau apa dia cakap. Blur. Heheh.
Tapi bukan itu yang dirisaukan...
Esok raya. Malam ni nak drive balik dengan sekujur tubuh yang tak cukup rehat ni yang kene bawak diri sendiri balik. Tengah fikir macam mana nak pastikan 7 set tender document dan tender drawings yang melambak tuh sampai ke opis client sebelum pukul 10 pagi Isnin ni. Kitorang kene jadik QS jugak untuk projek yang ini, tu yang teruk sikit tuh. Huuu....
Dan juga 9 set tender drawing projek yang lain pulak kene sampai ke opis QS sebelum pukul 11 pagi, Isnin tu jugak. Mujur yang projek ni cuma drawing. Sebab ada QS. Takpe, bab nak mendeliver takde hal. Bab nak siapkan tu ha...fikir...fikir...fikir...
Nasib baik lagi 5 set dan 6 set untuk projek yang selebihnya tuh kene deliver Selasa. Ada sikit ruang kosong.... Sikit je la tapi...
*
Papepun. Malam ni kene balik sebab esok nak raya. Mujurlah berdua. Sebab budak opis orang Taman Medan itu mahu join GB. Bertemanlah GB. Kalau sorang risau jugak sebab pernah je terlelap waktu driving. Tak sedar. Takleh kawal.
Kalau hal harini tak setel atau tak seperti yang GB dah plan, esok petang lepas makan-makan GB akan balik JB. Terus ke opis nampaknya sambil mengharapkan kedai stationery bukak untuk GB bind tender document yang memakan jiwa tuh.
P/S: Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Baru teringat ini Hari Raya Korban. Lantas, inikah pengorbanan yang GB kene buat? *Rindu nak berchoootie... :)