Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, September 1, 2012

3 Syawal - Baru mula beraya. Kenduri akikah anak buah.

Meriah sungguh umah kazen GB ni. Say 'Hi' to mak GB (tudung kuning hitam yerrr)...!!!

Raya ke-3 baru la GB dan family ada kat kampung. Kenduri akikah untuk anak buah GB ni di share sekali dengan sedara mara lain yang belum diakikahkan lagi. Buatnya kat umah kakak sedara sepupu GB di Guar Chempedak juga. Tumbang sekor lemboo.

Sebab masih mood raya, maka majlis kenduri ni jugak jadik medan bertemunya sanak sedara beraya dan bermaafan. Baguslah. 

*

Pastu kitorang bergegas ke Sungai Petani. Tengok rumah yang dah ditinggal penyewa dulu dengan sewa yang tak berbayo berbulan-bulan dan air kene potong. Dan keadaan rumah yang kotor, dan perabot abis rosak, dan tong gas kitorang pun diangkut sekali. Sekali pandang dah rupa macam rumah berhantu dah jadik. Hampeh betul! Gambar GB tak taruk sebab nanti buat sakit hati jer...

Sebab jauh nak jenguk selalu dan kecewa dengan apa yang dah jadi, parents Gb decide untuk jual je rumah tuh! 

Kalau ikutkan memang sayang nak jual rumah tu. Sebab rumahnya luas. Car porch panjang (boleh muat 3 kereta). Dan tanah belakang pun luas, muat sebijik kete. Tapi tuh la...soul dah takde kat situ... Parents pun macam tak rasa nak balik ke SP lagi. Kalau ye pun nak cari rumah lain yang lebih dekat dengan sedara mara kat Kedah tu jugak... So dari dibiar reput dek anai-anai, baik dijualkan aje. Nanti lah GB tengok cemana...

Dari perkarangan rumah kat Sungai Petani. Nampak anak bulan Syawal hari ke-4. :)

P/S: Tu je la citer raya GB. Raya ke-2 dan pertama kat Kampung Subang. Beraya bermaafan dengan family je. Selebihnya busy buat biskut, kek, ketupat rendang segala untuk juadah hari raya family dan untuk dibawak balik ke kampung....Khalas. Esok GB nak cerita pasal kisahnya beraya kat Sedenak. Jeng jeng jeng...

11 comments:

  1. hai makcik mak GB!!

    pinat bater makcik sedapppppppppp!!

    ReplyDelete
  2. Raya mak juga yang tak meriah. :(

    ReplyDelete
  3. keciknyer bulan. jenuh tenung. :D

    ReplyDelete
  4. salam GB,
    lama akak tak pergi kenduri akikah...teringin aaa...

    ReplyDelete
  5. daun pisang melambai-lambai ditiup angin petang... damai pun datang bersama-sama anak bulan

    ReplyDelete
  6. say hi jugak yo makcik mak Gb tu, sbb tudung makcik sama dgn saya la...hehe!

    ReplyDelete
  7. cantiknye view yg ada anak bln tu...suka2

    ReplyDelete
  8. meiahnyee dikk
    buat dlm raya memang seronok ..
    happening dgn kehadiran ramai sanak saudara kan ;)

    ReplyDelete
  9. anak bulan yang dah anak dara.. sikit lagi jadik mak bulan pulak.. heheh..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D