Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, August 30, 2012

Legoland: A Sneak Peek

Intai-intai dari site opis
Break jap citer pasal raya.

*

Company tempat GB cari sesuap nasik ni sebenarnya consultant untuk projek Legoland. Tapi, walaupun GB selalu lalu kat Legoland, tapi takde la masuk dalam pun. Sebab GB jaga projek lain. Lagipun company GB dah taruk dua orang Resident Landscape Architect kat situ. Duduk full time. Nanti GB pun kene full time kat site yang akan ditentukan tak lama lagi... 

Cuma bila GB takde meeting/site inspection/site valuation bla bla bla untuk projek GB, baru la boleh curi-curi time ke Legoland. 

Kebetulan semalam pagi GB free dan ada pulak site inspection kat Legoland, so GB pun join la sekali. Inspection kat cluster Castle aje, tapi dah alang-alang tu GB jalan kat Miniland, dan pusing lagi 5 clusters naik Hilux. Patah kaki nak round semua dalam setengah hari...! 

I'd been to all...!
KLCC, KL Tower, Putrajaya Mosque at Miniland. Just a small portion of it.

Kene naik kete ni untuk pusing site

For info, portion Legoland yang dah dibuka kepada public sekarang ni cuma portion depan aje. The rest of Legoland akan dibuka 15/9 ni...

GB tunjuk sikit lah pics instead of just typical one-pic-per-entry spesel untuk kawan-kawan yer...

Knight's Feast. Tempat makan sebenornye. Belum bukak lagi.

Lil' lego mouse


Lego wolves
Pics yang lain GB simpan dulu ye...huhuhu~

Tips - Bila ke sana nanti rajin-rajin la tengok keliling. Mungkin akan nampak rama-rama atau lebah comel di tengah-tengah taman. Rama-rama, lebah, dan lain-lain yang dibuat dari lego semuanya. Kalau tak nampak...rugi...!

(Want to see more photos I captured? Click here...)

P/S: Kalau ada yang tanya pasal tiket free, jawapannya, takde. Diskaun? Takde. Tapi kalau nak berbaloi better beli yang whole year access. Mahal sikit, tapi untuk yang kaki strolling around slow slow dan snap snap macam GB ni, yang tu lebih berbaloi. :D

61 comments:

  1. eh macam tak sabar nak pergi sana..

    ReplyDelete
  2. best la ofc dekat dgn tempat ni..boleh selalu menjengah

    ReplyDelete

  3. me pass

    baik beli tiket kapalterbang kalau mahal cam tu

    ReplyDelete
  4. Wahhh GB boleh masuk free...tengok harga tiketnya macam tak mampu nak bawak satu family ke sana...:(

    ReplyDelete
  5. nak pegi time free la... mesti laga2 montot time tu...ahhaaa...

    ReplyDelete
  6. memang mahal.. better saya buat lego sendiri kat rumah.. (mcm la sy pandai buat) kehkehkeh...

    ReplyDelete
  7. kagum ye jugak ..
    fuh berpeloh bila baca pasal legoland nie

    malaysia memang habis banyak duit dgn projek nie .. berbaloi kah ??
    tapi rasanya bagi kami2 yg berpendapatan rendah sedih lah .. mahalll .. nak masuk kena fikir 100x ahaha .. akk lah koot ..
    bukan kedekut tapi hakikat huhu

    ReplyDelete
  8. wah..bestnyer..
    harus pergi nih bw anak-anak..mak yg terlebih excited..hehe

    ReplyDelete
  9. im coming.....(cakap kat legoland)

    ReplyDelete
  10. patah kaki to round2?
    ok kena repeat2.
    yikes tee... buat apa kat situ?
    ok will cari rerama and lelebah.

    ReplyDelete
  11. ADOI...
    lupalah.. jika nak ke Legoland kena menapak jauh-jauh...
    - budak2 dah nak pergi...
    ( ada tempat untuk mak-mak nak berehat duduk2 dan minum2 tak???)

    ReplyDelete
  12. syoknya..kalau duduk jb lagi, mesti dpt ke sana.. huhu rindu lak zaman di UTM dulu..

    ReplyDelete
  13. entah biler le k.ana boleh bawak anak2 gi sana... :(

    ReplyDelete
  14. aiseh! teringin nk pi legoland! heee

    ReplyDelete
  15. Wow!
    saya sanggup jadi RLA di legoland.. ada 1 kekosongan tak?

    ReplyDelete
  16. Time kasih buat entry ni..
    makchaq memang ingat nak pi awal bulan 10 ni.. dah bukak semua ka masa tu?

    ReplyDelete
  17. @Huda

    pergi la awak...tak menyesal punye...!

    ReplyDelete
  18. @the malay male

    ofis kite mmg dekat dg semua site. kalaulah umah pun boleh dekat jugak, lagi best.

    ReplyDelete
  19. @Dr Singa

    ala kakak....meh ler...sekali jer...heheh

    ReplyDelete
  20. @JunAina

    kebetulan consultant sini..kalau tak jenguk dari tepi highway je la saya mampu kak...

    ReplyDelete
  21. @CiKPuaNLawA

    laga-laga montot dgn org singapore, jb dan batamkah? kehkehkeh

    ReplyDelete
  22. @Hanamiko Sakura

    mahal sikit tapi bagi saya berbaloi...hihihi

    ReplyDelete
  23. @ieda

    takpe kak...mungkin ada time depa buat promotion diskaun ke, atau bagi tix free ke...

    ReplyDelete
  24. @Nida Mohd

    kite jamin mak mak pun akan eksaited sama!

    ReplyDelete
  25. @Ibu n Abah

    ada banyakkk tempat rest n tempat makan...!

    ReplyDelete
  26. @Husna

    takpe...nanti mai la...tak jauh pun kan..

    ReplyDelete
  27. @Munnafendy

    sorang rate dalam rm130 ke bawah. tapi kalau beli season pass (whole year access), rm250 je.. :D

    boleh pi byk kali.

    ReplyDelete
  28. @anaa

    takpe kak. tunggu landscape dia dah flourish baru best jenjalan...amik gambo pun cantik...

    ReplyDelete
  29. @jemarisuri

    ade je legoland kat jb ni...meh ler.. :D

    ReplyDelete
  30. @sudipVSsenduk

    projek dah nak abis yang... site opis pun dah nak kene dikosongkan dah tu...

    :D

    ReplyDelete
  31. @makchaq

    sama sama makchaq... mai la...bulan 10 dah bukak semua dah...

    ReplyDelete
  32. nanti Gb nak gi wat site inspection lagi, inform tau, leh saya nyamar2 sikit...join sekali dlm kete tu....eheh

    ReplyDelete
  33. ya...tunggu hari malaysia ni

    jika diizinkan dan tiada halangan

    ReplyDelete
  34. @Mama2Q

    heheh...ala yanggg...projek dah nak abis...after 30/8 dah strict dah, tak leh masuk suke2 even consultant pun...

    ReplyDelete
  35. @Telor Power

    moga dimudahkan...amin...

    sila lah roger kalau ke sini yerr

    ReplyDelete
  36. nak kena buh dalam planner tuk next vacation.

    ReplyDelete
  37. ooohh.. baru saya tau.. legoland baru bukak depan aje eh.. klau tak, asik bergaduh dgn hb dia kata legoland dah bukak sbb ada org pegi.. yg saya pulak kata eh tak la.. 15/9 baru bukak.. hehehe.. maceh GB.. meng'clarify'kan saya yg konpius ini.. :)

    ReplyDelete
  38. tiket free dan tiket diskaun ada la GB..bole baca kat sini http://citerlama.blogspot.com/2012/09/promosi-tiket-murah-dan-tiket-percuma.html

    ReplyDelete
  39. @ku-cit

    hahaha! maksud gb, tiket free from gb lah... ;D

    ReplyDelete
  40. Salam Gb,

    Legoland ni memang best memacam leh main kat sini. Tapi yg tak best nyer kat sini panas lerr sangat pasalnya Medini kat surrounding area ni pokok masih kecik-kecik.

    Hari tu ke sana fenin kepala dibuatnya, sebabnyer mungkin dehydrated and kurang minum air kosong.

    Tak lama lagi Nusajaya ni dasyat la macam - macam ada, semua ader.

    Tapi Gb pernah pergi pekan Gelang Patah yang dekat dgn Legoland tu tak?

    Sedihlah tengok pekan Gelang patah tu bila dibandingkan dengan Nusajaya yang bertaraf antarabangsa .

    Sampah-sarap banyak, soft landskap and hard landskap tak dibangunkan.

    Apa pendapat GB?

    ReplyDelete
  41. Legoland ni memang best, tak lama lagi tahun depan akan ditambah satu lg Water Theme Park, rasnya lagi best dpd Sunway Lagoon

    ReplyDelete
  42. Legoland ni memang best, tak lama lagi tahun depan akan ditambah satu lg Water Theme Park, rasnya lagi best dpd Sunway Lagoon

    ReplyDelete
  43. @Danial

    salam Danial. thanks sebab sudi singgah sini..

    legoland ni sebenarnya best untuk target user dia. kalau yg datang dgn anak kecik yang masih tak pandai main-main, dan dia pulak tak minat lego, memang akan rasa tempat ni tak menarik.

    water park sekarang baru baru submit plan ke MPJBT for approval.

    ye, bab panas tu memang. sebab medini sekarang ni dibangunkan dan tapak2 construction tu antara penyumbang kepanasan juga, selain dari landscape di dalam legoland yang belum flourished sebab baru tanam kan...

    pasal gelan patah, ye, saya perasan. saya pun pelik kenapa begitu jadinya, sebab saya bukan orang johor. kalau diikutkan kawasan tu patut dibangunkan setara dengan medini sebab itu bandar terdekat dengan medini.

    tapi saya percaya PBT mesti dah ada perancangan untuk membangunkan gelang patah..

    ReplyDelete
  44. @gadisBunga™

    Salam Gb,

    Maybe PBT iaitu MPJBT ada perancangan tapi sepatutnya dari dulu dah dirancangkan secara komprehensif.

    Hingga sekarang ni tak nampak pun apa-apa pembangunan landskap yang betul-betul concrete.


    Pada saya la GB ye: ni personal opinion, pihak Perancangan MPJBT patutnya dah ada satu urban master plan utk Pekan Gelang Patah ni.

    And Landskap from Jabatan Landskap ,MPJBT boleh dimanfaatkan utk transformkan pekan Gelang Patah .Landskap juga boleh dijadikan satu komponen penting dlm planning ni.

    Tak le balik-balik pokok Samanea saman, yang menghiasi pekan Gelang Patah. Its ok for Sanea since ia meredupkan suasana tapi better kalau ada pokok-pokok lain yg cantik-cantik and functional. Hardscape pun kena buat overhaul gak..

    Hari tu Krew J2C2 ke Gelang Patah dan kita orang dapati agak ramai juga pelancong-pelancong asing kat sana, mungkin agaknya round-round sekitar area Nusajaya dan terjumpa dengan pekan Gelang Patah.

    Kemudia kami Krew J2C2 makan di Restoran E&Y yg kat sebelah Petronas Gelang Patah. Mak aiii...Sungguh tak disangka rupanya pelancong Asia maybe from S'pore , Indonesia, termasuk Caucassian pun makan di situ. Kami boleh agak sebab mereka berbahasa Inggeris , ada juga yg berbahasa Melayu tetapi mungkin Indonesia..

    Agak rasa menyedihkan dan agak malu juga kerana Gelang Patah tu dibiarkan begitu sahaja oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D