Kengkawan

What makes your day?

I realized that for some people out there, my optimism is annoying. :)

*

gadisbungablog@gmail.com.

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Tuesday, June 26, 2012

Tayar yang panchit harus diganti



To be frank, sejak beberapa bulan lepas GB agak down. Tapi kenot givap sebab kalau givap kang, GB akan susahkan hati mak ayah pulak. Kadang tu tak tahan sangat, GB bercerita-cerita jugak dengan mak sambil nangis-nangis. Kalau dah kawen ada asben boleh jugak jadi tempat mengadu and pakat-pakat bagi moral support.

Tapi seb bek ada family dan kawan-kawan yang berjaya buat GB lupa betapa teruknya hidup ni dan teruskan hidup macam biasa, cuba happy dan appreciate orang yang buat kita happy, dan pada masa yang sama double up the efforts to regain my 'life' back, sambil muhasabah diri banyak-banyak.

Sekarang things are getting better. Banyak benda yang tak dijangka berlaku, ada yang hampir mengubah siapa GB dan pendirian GB, pusing sana sini, u turn, pastu kona balik, berselirat sana sini tapi eh, semua tu seakan dirancang dengan sangat sempurna.

Subhanallah.

Sebagai hamba, GB mengaku perancangan Allah adalah yang paling hebat sekali dan tiada cacat celanya. Sama seperti planet dan komet yang bergerak pada orbitnya, matahari, bintang, bulan dan seluruh galaksi - sarat, penuh, komplikated, tapi takde konflik pun kan?

*

Di saat GB nak  selebret kelegaan lepas diuji yang perit-perit tu, tiba-tiba GB dapat beberapa berita serentak, ada beberapa member baik GB yang rupanya tengah diuji jugak. Perit. Malah lebih perit dari apa yang GB terima sebelum ni, andainya GB yang duduk kat tempat mereka. Bagi GB itu macam pesanan supaya jangan lupa saat kita diuji walau di mana pun kita berada nanti. Dan juga sebagai ujian untuk GB, mampu ke GB jadi sahabat gembira dan sahabat menangis?

GB harap GB mampu walau GB jauh.

Satu perkara yang agak mengejutkan. Sebagai seorang yang jarang berkongsi perasaan dan kisah peribadi,  momen yang macam ni boleh buat GB kenal sisi lain kawan-kawan GB. Selain tu GB boleh kenal sisi lain diri sendiri juga. Itu lah yang buatkan kita semakin rapat dan memahami dan menyayangi.

P/S: Dulu orang tua-tua selalu pesan kat GB, katanya hidup ni macam roda. Tapi roda GB time tu kecik. Sekarang ni dibagi roda besar, baru nak angguk-angguk mengiyekan betapa betulnya kata orang tua-tua tu.

33 penambah perisa secukup rasa:

Jiji-Fify said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalo abang lori lagi besoooo rodanya. heheh

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

kakcik said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Benar anakku. Saat kita rasa sangat sakit kerana diuji, ada orang lain sedang nazak menanti mati...

CiKPuaNLawA said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awak...

dan saat ini jugak kita tau kawan mana yang terbaik untuk kita...

kite mesti akan rindu awak nanti..

Kesuma Angsana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kita hanya kenal kawan dn lawan waktu ditimpa kesusahan .. betul ni!

Anash said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

more obstacles
more brave
more stronger you are

i support you!!!

JunAina said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

GB...

Setiap derita yang diberi adalah terlalu mahal harganya kerana ia tak dapat dibeli. Hanya kita merasa kerana itu adalah pengalaman.

Syukur alhamdulillah...kita diuji tetapi kita kuat. Kita tak pilih jambatan Pulau Pinang sebagai pilihan terakhir.

Sari Yusa Ibrahim said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dunia ini kadang tidak adil, kan.. tetapi Allah Maha Adil kepada hamba2nya, insyaAllah... take care, ya gB ;-))))

Telor Power said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hidup umpama roda... aku bila diuji teruk dan diberi peluang,

ingin saja pulang ke zaman kanak2 dahulu.

Daddy Ziyyad said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Siapa yg tukarkan tayar yg panchit itu?

Roda kehidupan pun boleh panchit..:)

Izni Hafiz Abdul Rashid said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau tayar pancit boleh di ganti... Kalau ada masalah, carilah jalan penyelesaiian yang terbaik... Kalau nak berkongsi kasih, duka, gumbira... cari lah keluarga... @ abang (Husband)... :)

Apa pun, hidup perlu ceria... and ingat selalu yang maha ESA...

anaa said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

andai beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa, alangkah manisnya dugaan ini... (petik kata2 keretamayat)..

Ati Masrif said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gb laling...pandai tukar tayar sendiri
kak ati tak pandai ...tahu bawa jek!

selalunya gitulah..
bila kita ada masalah dan rasa macam
besar sangat masa tulah rasa insaf
bila tengok ada org lain yg punya
masalah lagi besar!

LiYa HaNiF :: said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

itulah kehidupan dik.. tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. ketahuilah perangan allah tu lebih baik drpd perancangan kita..

siti kektus said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bila kite rasa susah, ada orang lagi susah dari apa yg kite rasa. kuatkan semangat. :D

ieda said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

GB kena kuat macam akk
dugaan setiap org x akan sama ..
semoga kita terus bersabar .. ;)

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

when we try to understand, we will be shown the light to better understanding. life is a struggle so stay close with companions to support each other.

@sji

LydSunshine said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bila ada masalah dan kita berjaya hadapinya, perasaan selepas berjaya tu sgt2 best. Rasa lega sgt.

lieyalatif said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tu la GB....disaat kite dilanda kesusahan sebenarnye ade yg ditimpa musibah lagi teruk dari kite....so GB cool okey...bykkan berdoa n tawakal...insyaallah aturan Allah tu ade hikmahnyer....

Rtp Farra Arisha said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tanpa kepayahan dan kesulitan, kita tidak dapat mengenal lebih banyak tentang ilmu kehidupan dan ilmu mengenal diri. so, stay positive and be happy.

nn lylyn said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

xpernah lg rase tayar pancit time drive..harap xpernah berlaku..sbb xtau nak tukar huhu

Nizam.Ariff said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bak kata orang putih yang pandai menyanyi, what doesn't kill you makes you stronger...

zila norazila said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

susah nak dapat kawan yg susah senang bersama:)

delarocha said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ujian dan dugaan menentukan tahap kesabaran

jemarisuri said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

js percaya setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya...semoga gb tabah hadapi cabaran itu...

Tihara said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insya Allah GB..seronok kalau dapat soulmate yang understanding n supporting each other :)...tapi family mmg dari kecik bersama dengan kita suah dan senang..happy n sad... :)

~najwa~ said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

GB,

redha dan ikhlas.

jika kita redha dengan ujian yang dtg pada kita insyaallah Allah akan gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, yang tidak kita jangka.

kecewa,
memang kita akan menangis,tapi sebenarnya mengajar kita jadi orang yang lebih tabah.

-gedek! said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

“The journey of a hundred miles begins with a flat tire”

ROJAK said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye hidup ibarat tayar adakala pancit, kotor, bersih, ganti baru, bocor, kene curim terpijak taik dan sebagainya.

sudipVSsenduk said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pandai tukar tayar kereta waima tayar basikal sekalipun... huhuhu

sepa said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tukar ngan tayar yg lebih bagus... :)

Azizan Zolkipli said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bertabahlah GB ! Bagi Pakcik, kalau kita merasakan susah, sebenarnya lagi ramai org lebih susah tanpa kita ketahui di luar sana ...

Riri Yoorin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul gb.. kita pon sama.. kadang tu bila dok sorang2 mengenang kan nasib nie.. hmm tapi sebenarye ada yang lbih perit ujian yang allah bagi ..

time tu mcm rasa allah tu maha adil.. dia lebih mengetahui.. :)

betul la klu ada shuben tuh boleh mengadu kat dia kan :)

aizamia3 said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga GB kuat dah tabah dalam mengharungi dugaan dariNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...