Seminggu yang ni kan adalah giler packed dengan aktiviti terancang dan tak terancang dan demam yang taknak baik-baik
Khamis lepas kitorang anto Boboy gi kolej dia kat Kampar. Cantik tempat tu. Ada tasek-tasek, gunung-ganang (sebab dah dekat dengan Cameron Highlands) dan kubur-kubur. Dia dapat course computer science, pastu tup tup semalam dia cakap nak tukar course. Nak jadik chef katanya. GB si kakak sulung ni ok je as long as dia nak sambung bajar. Pastu mak ayah speculate kononnya Boboy nak tukar course sebab lecturer dia
*
Settle urusan Boboy, kitorang plan nak gi Cameron Highlands sebab awal lagi. Tapi dah hajat nak singgah kat tasek tepi jalan jap. Nak tembak la sikit... Pastu tup tup ayah dapat call. Paksu GB eksiden. Kat Alor Setar nun. Bila tengok mak dah nampak risau sangat, GB cadang kite patah balik dan terus ke Alor Setar aje. Sebab dah alang-alang kan...
**
Kitorang ikut jalan dalam dulu. Lalu Pekan Kampar, kampung-kampung, Sungai Kampar, area Dipang, Gua Tempurung etc etc sementara nak jumpa jalan keluar ke highway. Eh, nice ok ikut jalan dalam. Banyak boleh diusha-usha. Tapi kan....tapi....korang ada baca berita tak pasal kampung yang tenggelam kat Dipang tuh?
***
Masa lalu kat Sungai Kampar, ada polis berkawal. Ingat ada roadblock ke mende, tapi lepas tu tengok ada pulak bomba, van Pertahanan Awam. Dan line kuning hitam tuh. Ingat ada orang lemas (nauzubillah), tapi rupanya banjir besar dan seluruh kampung tenggelam. Ada rumah yang tenggelam paras 1 meter je, tapi ada yang tinggal bumbung aje. Teruk sangat! Jalan tak terjejas tapi sebab tinggi. Itu la Kampung Dipang. Terus teringat kisah tanah runtuh kat POS Dipang beberapa tahun sudah. Berderau darah jap.
Tapi takde gambar sebab 1, GB yang drive. 2, Takde yang ingat nak amikkan gambo sebab memasing tekejut gile tengok bencana depan mata. 3, GB tak berani snap snap sambil drive sebab polis banyak dan jalan sempit. Jatuh terbabas kang dah tentu tenggelam terus. Mujur la masa kitorang lalu tu tak berapa nak jem lagi. Mungkin baru je la banjirnye tuh.
Bila baca paper baru tau yang banjir tu disebabkan ban Sungai Kampar yang pecah, tu pasal la air naik mendadak. No wonder la...
****
Dalam kul 5 lebih kitorang sampai Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar. Elok-elok je waktu melawat. Paksu teruk jugak. Koma.Dah anto gi Alor Setar Specialist Hospital tapi depa rejek. Dan dapat tahu pulak anak sedara sepupu pun eksiden gak. Hospital Yan anto ke Alor Setar gak. Teruk gak. Koma gak. Different cases tapi.
*****
Ujian, kata mak. Depa lagi teruk diuji dari kitorang walau kitorang balik Kedah sehelai sepinggang dan drive dalam demam. Bermalam kat umah paklang. Esoknye lepas ayah solat Jumaat, kitorang pun balik. Sebab ayah tak approve, maka terus ke Subang lah kitorang. No tembak-tembak. No sawah padi walau padi tengah hijau-hijau. No Kuala Kedah. No Gunung Jerai. :(
P/S: Takpelah. Next time. Demam seminggu taknak baik baik ni kan...kalau tak gi klenet memang takkan baik ke? Isk!

patut la senyap sunyi beberapa hari
ReplyDelete:-)
kalau demam dah meleret2, pegi la klinik gb.. Badan gb tu dah rindu nak jumpa doktor agaknya. Hehe
eh, tp lecturer yg usha tu, sempat amik no tepon tak? Fb-nya? Blog-nya? Twitter-nya? Eheee
uishh macam2 kisah GB ..
ReplyDeleteakk baca naik sedih , pilu , ngeri semua ada ..dan hampaaaa sbb biasa GB snap2 kan .. ;)
semoga paksu cepat2 sembuh .. sedih bila dgr koma ..
oh kampung dipang .. aah teringat tragedi pos dipang tu kan huhuh
dugaan berat untuk mereka.... moga sembuh keduanya GB.
ReplyDeletekalau kat penang ni, mostly kes yg teruk, private hospital memang akan reject...dan terus ke GH.
g jumpa drsinga...kompom baik punya..ngeeee...
ReplyDeleteitulah..dugaan y datang dalam keadaan x dijangka kan..apa2 pon, moga cepat sembuh.
ReplyDeleteSemoga GB segera pulih dari demam itu. Mak ni masih agak menggigil dan berdengung telinga. Rasa macam nak sambung cuti je esok. :(
ReplyDeleteteruk jugak ye pak sedara eksiden..moga cepat sembuh..dugaan buat dia..moga dia tabah
ReplyDeletesemoga yg terlibat dgn ujian2 itu tabah..
ReplyDeleteooo..demam ghupenya....
ReplyDeletesemoga kamu cepat semboh ye dik...
tak sihat...mkn ubat pas tu rehat tau..semoga cpt baiknya dari demam tuu..
ReplyDeletekakain buat masa ni sihat lagi...
Dugaan buat mereka..semoga cepat sembuh.. :)
ReplyDeletesemoga paksu GB cepat sembuh ye.Musim deman searang ni, minum air suam lebih sikit.
ReplyDeletetakutlah bila teringat kejadian tanah runtuh kat pos dipang tu .
Lamanya demam. Dgn pantas pegi check yea? Musibah menimpa, didoakan yg terlibat tabah.. Amin3
ReplyDeletemoga seme sihat GB!
ReplyDeletedalam demam2 gigih gak kamu drive yerr..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh!!..
sama-samalah doa moga semuanya dalam keadaan baik-baik je. :)
ReplyDeletedemam seminggu? gi check cepat, takut2 denggi ker..apa ker...nauzubillah la tapi
ReplyDeleteinnalilahiwainnailahirajiuun..
ReplyDeleteer..bukan sbb ade org meninggal ke ape.. tp..dlm entri ni terlalu banyak berita kesedihan yg akak dh kongsi..
bersyukurlah..kite baik2 aje..walaupun akak masih belum pulih demam..
cepat2la pergi ke klinik tu.. kwn sy dh seminggu demam..bru hari jumaat hari tu gi check darah.. alhamdulillah.. hari ni sy jumpe dye..dye dah sihat.. :)
ape2 pun..Allah yg menentukan..
semoga cepat sembuh ye GB.
ReplyDeletesemoga paksu & anak saudara sepupu GBcepat sembuh
ReplyDeletesemoga sembuh cepat.
ReplyDeletetapi kalau dah seminggu, eloklah jumpa dokter... check apa yg patut.
Ujian Allah datang tanpa kita duga, kan.. Moga mereka semua cepat sembuh seperti sediakala..
ReplyDeleteGB pun, pergi la klinik.. Jangan la tambahkan risau parents GB tu.. Ataupun GB penakut nak makan ubat...??
Banyakkan minum air kosong/suam or air rendaman nasi..
vahhh rajinnya mereport gituuu.. ehhhee
ReplyDeletesemoga sedara gb cepat pulih..
ReplyDeletedan gb jangan lupa pi klinik ye..kena jumpa doktor gak dah seminggu tu..cepat baik ye gb..
GB, kak ayu baru ada masa nak singgah sini...
ReplyDeletelappy merajuk seminggu.. terus tukar baru. hahhaha
dik, moga cepat sembuh ya, kisah ttg lemas dan banjir tu.. yang masuk paper kan?
subhanallah.. besarnya dugaan mereka
Gb,
ReplyDeletecpt smbh yea.actually kg kuala dipang adalah kg kak lin.mak membesar di sana.mmg rumah tuh terlibat sama.mgkn. 28hb nih akn blk tgk kg.sob.sob.sob
masih koma?
ReplyDeleteOuh, semoga lekas sedar dari koma. Huhuhuhu...
ReplyDeleteGB cuti dari khamis lepas ye? Arini da blk opis la ye? Serabut dgn konflik dalaman opis ke?
Sy pun serabut gak nie. Tp serabut dgn konflik dalaman diri sendiri.
@h4ni3
ReplyDeleteharini sakit kepala pulak kak. adakah sebab opish? eheheh
lecturer tu akan sentiasa ada dgn boboi. tak susah nyer nak kontek. kekekek!
@ieda
ReplyDeletekitorg pun tak sangka jadi mcm tu. takpalah, kite doakan agar nampak hikahnya semua tu terjadi...
@~najwa~
ReplyDeleteye kot. sama jugak la dgn kt alor setar ni rasanya.
takpelah. mak menteri pun masuk GH jugak.
@kaklong
ReplyDeletedulu dekat. sekarang dah jauh. eheheh~
@LYAfrina
ReplyDeletemalang tak berbau kan?
@kakcik
ReplyDeletemak, rehat sampai betul2 sembuh ok~
@Tihara
ReplyDeleteujian Allah tandanya Dia sayang. insyaalah. :)
@alien
ReplyDeletetengs alien~
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeletesdg menunggu dgn sabar ni.. ;D
@ainnoraini
ReplyDeletesaya dah mkn panadol soluble tapi taknak baik jugak. :(
@Nida Mohd
ReplyDeletenanti saya sampai kan kat diorg. tengs ek. :)
@Cik Ina Do Do Cheng
ReplyDeletetuh la cik ina. kebetulan lak lalu kat kawasan tu. mmg rasa takut gak time tu~
@akuzle ayu
ReplyDeletengeee.
malam ni kalau tak baik gak saya gi klenet. :D
@Khairul Hakimin B. Muhammad
ReplyDeleteinsyaallah. doakan eh~
@lieynanilaz
ReplyDeletehihihi.
ada jugak keburukan menggagahkan diri nih. :D
@Rara Nasiha
ReplyDeleteamin...
@Mama2Q
ReplyDeleteerrr...kalau denggi kene minum air 100 plus byk2 kan? dan makan sup ketam. kan?
@Mimi Jazman
ReplyDeletefaham dear. bila ditimpa musibah itu la yang patut diucap...
@Telor Power
ReplyDeletetengkiu telor.
@sudipVSsenduk
ReplyDeletetengs beb!
@Aku
ReplyDeleteaduh...
sebetulnya aku lemah sikit bab2 jumpa dokter nih
@~ Cik Azz ~
ReplyDeleteer..ok. kalau sebut pasal mak ayah baru la terasa nak gi klenet. adei~
@hajimete
ReplyDeleteorg tak tanye pun kan? hewww~
@Citarasa Rinduan
ReplyDeletebest tuh bloggin pakai laptop baru! ;D
@Acik Erna
ReplyDeleteerrr...baiklah acik! ;D
@littlehumblelynn
ReplyDeletekg akak ke? hmm...masa saya tgk tu agak teruk keadaannya kak. moga2 masa balik nanti semuanya akan pulih eh~
@DrSinga
ReplyDeletemasih. yg muda tu dah operate.
@Pok Amai-Amai
ReplyDeletesaya cuti dari rabu sampai ahad.
serabut dgn byk benda.
tapi maintain cool je kat luar. :D
kalau pi klenet tak sempat makanubat mesti dah baik..mek slelau gitu
ReplyDelete~desirequeen~
@desirequeen
ReplyDeletetuh yg maleh den nak gi klenet tuh. hahaha!