Part 1 nya ada di sini ya.
Untuk Part 2 ni jawapannya panjang sikit sebab ada yang GB jawab panjang lebar. Jadi dimaafkan kalau nak skip baca. Takpe, GB tak marah. Heheh. So berikut adalah jawapan-jawapan yang mampu GB sediakan. :D
*
Yang sebenonye kan mak, GB snap dari atas jambatan, dalam keadaan menonggeng. Lepas tu GB anto kedai gi cuci. Sebab gambo tu disnap pakai SLR Nikon lama yang pakai filem
tu.
Bunga ni agak jauh juga ke tengah, tapi
kebetulan kat kolam tu ada jambatan kecik, cuma takde handrail. Ingat lagi
masa snap tu GB kene buat aksi stunt jugak sebab kene menunduk rapat-rapat ke
permukaan kolam, baru dapat angle yang dikehendaki. Kalau jatuh time tuh memang
arwah la kamera tu agaknya.
Masa tu GB dengan member-member satu course gi
trip ke Sabah. 16 orang semuanya. Jadinya amik gambo dengan
diorang la, walaupun yang berkenan dengan bunga tu time tu cuma GB sorang je.
(1) kenapa GB suka ambil gambar bunga
atau pokok ? Wakjan nak 5 jawapan yang tidak bersandaran
antara satu sama lain. ahakssss ...
(2) Adakah GB suka mengedit gambar ? Jika YA, berapakah peratusan gambar yang diedit dengan yang tidak langsung diedit. Contoh 50-50/30-70, dsbnya ...
(2) Adakah GB suka mengedit gambar ? Jika YA, berapakah peratusan gambar yang diedit dengan yang tidak langsung diedit. Contoh 50-50/30-70, dsbnya ...
Vahh soalannn…ok GB cuba jawab eh.
Soalan pertama:
1. First of all, bunga, tak kiralah apa jenis pun,
bagi GB adalah cantik. Kalau ada bunga dalam gambar dia macam
jadi penyeri gambar pulak. Even bunga kering atau kelopak yang dah berderai pun
boleh create drama dalam foto kita.
2. Keje GB berkait rapat dengan pokok dan bunga. Tukang kebunlah katakan. Bukannya apa, selain untuk ditaruk kat belog, gambar-gambar tu GB akan taruk
dalam gallery supaya senang nak refer bila buat design. Sebab utama adalah bukan semua
gambar dalam internet dan buku rujukan adalah memuaskan untuk kita guna pakai.
3. Dekat bunga ada banyak bahagian kecil atau minute detail yang kite boleh
perhatikan. Warna, texture, bau, semuanya berbeza walau ada kalanya nampak macam
serupa.
4. Setiap pokok berbeza pada form dahannya,
rantingnya, daunnya, dan akarnya. Sebab tu pokok togel pun boleh jadi subjek
yang menarik dalam photography.
5. Pada pokok dan bunga itu ada banyak
pengajarannya. Even dalam surah Ibrahim ayat 4 pun Allah ambil pokok sebagai
perumpamaan. Pokok zaitun, pokok tin, delima, banyak lagi. Jadi bila kite dok
belek-belek pokok dan ambil gambarnya, harap-harap GB akan nampak sesuatu dari
apa yang GB dah capture itu. :D
Soalan kedua:
Ye, GB suka mengedit gambar. Sebab rata-rata
website photography tutorial memang ada segmen edit mengedit ni. Edit pulak ada
2 jenis:
1) Minor editing yang melibatkan cropping, brightness
dan betulkan yang mana senget.
2) Edit gila-gila yang melibatkan kecerahan,
saturation, sharpness – and list goes on and on sebab dekat photoshop tu ada
banyakkkk sangat yang kita boleh explore. Sayang kalau tak explore
habis-habisan.
Peratusan antara gambar edit dengan tak
edit adalah lebih kurang 30/70. Masa awal-awal gila menembak dulu GB gila
mengedit jugak, tapi sekarang dah kurang sebab tak sempat dah. Kalau ada pun
just minor editing dan resizing untuk publish. Selebihnya
pakai yang ori sebab tak sempat nak belek. Cuma sejak akhir-akhir ni GB dah
mula berjinak-jinak dengan HDR. Fun jugak sebenarnya. GB anggap keje mengedit
ni adalah satu proses pembelajaran yang tak pernah berkesudahan.
Selain tu, ada juga praktis ambil gambo yang
perfect supaya tak perlu diedit kat photoshop kelak. Pakai manual setting, banyak
trial and error dan satu lagi, guna kamera SLR berfilem (Nikon FM) untuk menjadi
lebih mahir. Mujur la ada kamera ayah yang dah dibuat macam harta sendiri
sekarang. Tapi sebelum amik gambo pakai Nikon FM tu GB akan amik pakai manual
setting kat GF3 dulu menggunakan feature yang boleh match, lepas tu baru snap
pakai Nikon FM. Kalau main belasah snap je kang rugi filem. :D
GB harap jawapan ni memuaskan hati pakcik ye.
:D
Wahida - Nikon ngan Canon mana lagi best? sila jawab dgn jujur...hehe...
Wahida - Nikon ngan Canon mana lagi best? sila jawab dgn jujur...hehe...
Kalau untuk amatur macam GB, GB belasah ja.
Dua-dua GB pernah pakai. Dua-dua best. Heheh.
Heheh. Soalan kemain! Jawapan
ringkasnye lebih kurang gini lah: Photographer adalah orang yang menggunakan
kameranya untuk menangkap gambar, mungkin kerana minat atau mungkin kerana
kerja. Dan dia tahu apa yang dia buat dengan kamera dia.
Pemilik Nikon pulak is simply orang yang ada
kamera Nikon. Itu sahaja.
Mana? Manjung? Kellie’s Castle? Ke nak turun
sini? Cer kabo. Cer kabo. :D
Boleh! At the moment pakai Panasonic Lumix
GF3, Nikon FM (Manual SLR), dengan compact digital Grand Vision (kamera cap ayam)
Adry@Daun - Masa nak snap foto, tgk2 kamera kesayangan dah hilang... Apa perasaan GB masa tu? Satu lagi, apa beza pokok telipok spt dlm foto dgn teratai?
Isk. Berdebor nak jawab soalan ni. Dah tentu la
sedih! Berkabung la jawabnya!
Ok, soalan kedua.
GB tak jawab sendiri sebab tak pandai. So amik jawapan dari
sini je;
1. Lotus (Nymphaea lotus) - atau bahasa melayunya 'telipuk', berbatang keras dan berdaun lebar warna hijau, tumbuh tinggi dari permukaan air dan bunganya berkelopak besar warna pink dan putih. Bijinya boleh dimakan begitu juga dengan lain-lain bahagian pokok.
2. Waterlily (Nymphaea spp.) - dikenali juga 'teratai', berbatang lembut dan daunnya hijau dan ada yang berbagai warna. Daunnya terapung dipermukaan air dan akan kembang biasanya selama 3 hari (pagi kembang malam kuncup) sebelum layu ke dalam air. Bunga berbagai warna, kuning, merah, putih, kebiru-biruan dan gabungan warna.
Farmys -
1. Lotus (Nymphaea lotus) - atau bahasa melayunya 'telipuk', berbatang keras dan berdaun lebar warna hijau, tumbuh tinggi dari permukaan air dan bunganya berkelopak besar warna pink dan putih. Bijinya boleh dimakan begitu juga dengan lain-lain bahagian pokok.
2. Waterlily (Nymphaea spp.) - dikenali juga 'teratai', berbatang lembut dan daunnya hijau dan ada yang berbagai warna. Daunnya terapung dipermukaan air dan akan kembang biasanya selama 3 hari (pagi kembang malam kuncup) sebelum layu ke dalam air. Bunga berbagai warna, kuning, merah, putih, kebiru-biruan dan gabungan warna.
Farmys -
1) Gambar yang diambil diedit ke tak sebelum masuk blog?
2) Takkan guna kamera cap chicken yang GB cakap tu je gambo cantik2..
GB dah cerita detail kat soalan Wakjan di atas. Tapi GB jawab lagi sekali lah. Ye, ada edit. Sekurang-kurangnya resizing dekat photoshop. Yang tak edit pun ada, tapi tetap resize jugak la.
Soalan kedua - pun dah jawab kat soalan Adylia. Mungkin awak terlepas kot entry GB sebelum ni, GB ada feature 3 jenis kamera yang GB pakai sekarang dan gambar dalam blog ni diambil menggunakan kamera-kamera tu. Lumix GF3, Nikon FM, dan kamera cap ayam. Snap pakai kamera lain pun ada, tapi tak feature la dalam blog.
Cuma kalau ikut pengalaman, pakai kamera apa pun, kita boleh dapat gambo yang cantik. Paling penting tahu fungsi kamera, rajin explore, dan pelbagaikan angle serta make full use of available lighting.
P/S: Ada lagi 2 part nak jawab pasni. *Lap peluhhh. Oh, lupa nak kabo kat entry sebelum ni - SOALAN DAH DITUTUP! Mekasihhh. :D
P/S: Ada lagi 2 part nak jawab pasni. *Lap peluhhh. Oh, lupa nak kabo kat entry sebelum ni - SOALAN DAH DITUTUP! Mekasihhh. :D

Oh...GB baru buat catatan ini ya? Mak ingatkan mak dah terlepas sebab kat senarai di blog mak, catatan terakhir GB adalah 3 hari yang lalu. :)
ReplyDelete@kakcik
ReplyDeleteitu lah mak, saya tak sempat nak update blog. lama juga. baru sempat curi masa sikit nak menjawab soalan kawan-kawan. :D
Terima kasih jwb soalan saya. Perbezaan telipok dan teratai tu terbalik la GB. Yg daunnya terapung di permukaan air adalah telipok. Daun yg jauh dari permukaan air tu pulak adalah teratai. Bunga yg GB snap tu telipok.
ReplyDeletehoyeahh dh dapat jawapn..dah agak mesti GB posing baik punya masa snap gambo ni..kalo ada akk kat situ 4 sure akk snap plok gambao GB..dehehe :)
ReplyDeleterajin ko eh jawab panjang2 .. hahaha
ReplyDeletebgsu betul GB,detail 2.hihi.jat amek gmbr tngkap muat je.asal x gegar sudah.hihi
ReplyDeletetq atas jawapan, nnt ada masa saya ngtau anda pendapat saya pula atas soalan saya itu ya :-)
ReplyDeleteterima kasih jawab soklan tu hehehe nampak gaya nya aku yang kena turun kesana pasal nak menuntut ilmu kan
ReplyDeleteok2..tq..bestnye p jalan2 ngn kwn2
ReplyDeletesuka tngok fokus bunga bougainvilla tu, well-isolated from the background.
ReplyDeletekalau ini ialah exam semester, saya bagi markah 93.5 /100 !!
ReplyDelete:)
nikong ke canong? kikiki
ReplyDeletejawapan 'play safe' hahahaha
canong la! kikikiki
wahh GB banyak tu soalan..hee
ReplyDeletetp gambar GB amik mmg cantik2..heeeee
:)
tp gb ambil gambar comei2 nape js puya tak comei...hehe
ReplyDeleteGB best pulak baca soal jawab ni
ReplyDeleteOhhh, Wakjan sungguh berpuas hati atas 5 jawapan yang tidak bersandaran sesama sendiri tu. Terima kasih kerana menjawab, dapat juga membuka fikiran & persepsi Wakjan ni pasal bunga2an. sekarang baru tau kenapa suka shoot gambor bunga ( :
ReplyDeletedulu Wakjan gila HDR juga, lama2 dah malas masterkan bab tu. baik master ambil gambar elok2 tanpa sebarang editan. barulah dianggap pandai 'ambil gambar', bukannya 'pandai edit gambar'. lagipun gambar yang elok, buat apa dibuang masa untuk edit lagi, kannnnn ...
tak acilah...
ReplyDeletekak baru nak masuk sini, soalan tak leh dikemukakan....
hahahhaa
today tergerak hati nak scrolled all the way down, baru nampak bunga so cantik, repetitively mengembang!
ReplyDeletethanks for nak kawan kita dan ingat kita :)
ummi5
today tergerak hati nak scrolled all the way down, baru nampak bunga so cantik, repetitively mengembang!
ReplyDeletethanks for nak kawan kita dan ingat kita :)
ummi5
wa..
ReplyDeleteapabila tukang kebun yg bijak mengambil gambar mula bercerita..
hehehe..
banyak soalan pasal gambar ek :)
ReplyDeletewahhhh terjawab sudah persoalan ..
ReplyDeleteakak kena belajar ngan GB nie ;)
soalan sy kategori apa erk huhuhhhh
ReplyDeletehaha..dr faiz siap bagi markah lagi tu.. walopun akak tak de soalan, tapi akak baca setiap jawapan... :)
ReplyDeletetq la GB.. susah2 jer jawab soalan..
ReplyDeleteomak aiii...ramai peminat gambaq2 hang erk...tu yg depa rajin bertanya erk.....ahakz
ReplyDeleteKakak bab captured gambar GB janji ada sudah. Tak pandai nak cari angle cantik atau edit yg sesuai. Pandai resize je....
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteakak masih terkial2 guna NIKON D3001 hehe...
tp akak juga mmg suka snap pic bunga...
mm..berpuas hati dgn jawapan2 yg diberikan..
ReplyDelete=}
salam gb laling,
ReplyDeleteseisi QA yek..
rumah kak ati byk pokok bunga kertas
meh dtg snap :)
sy dh agak GB nih misti orgnya suka benda details..
ReplyDeletesy guna photoshop utk resize gambo je mmg x pndi photoshop huhu
@Adry@Daun
ReplyDeleteoh, kalau mcm tu website tu salah info lah. saya seriously tak tau. tapi tau perbezaan lotus dgn waterlily je. :)
nnt saya betulkan
@Tihara
ReplyDeletebahaya kalau snap gambo saya. menonggek lebih. heheh!
@Aku
ReplyDeleteaku yg bukak soalan..kene la jawab. huhu~
@zati embong
ReplyDeletegambar gegar pun ada gak jat~
@delarocha
ReplyDeleteok saya tunggu. dont forget to roger me once u r ready with the answer.
@Telor Power
ReplyDeletetakde la ilmu mende pon. aku pun mcm ko jugak.
buat aku segan je. huhu~
@Saya Disini
ReplyDeletemasa tu rajin jln dgn kengkawan je. :D
@de engineur
ReplyDeletethanks. kene tunduk rendah jugak to get that shot. :D
@Daddy Ziyyad
ReplyDelete93.5 je???
@Khairul Hakimin B. Muhammad
ReplyDeletetokleh beb. nikon pun beh. heheh~
@Juliet_iRa~"
ReplyDeletesoalan ni dah tanya in advanced semuanya. :D
@jemarisuri
ReplyDeletealahai...comel tu sebenarnye. cer tgk balik. :D
@Acik Erna
ReplyDeleteheheh. seb baik acik tak bosan. :D
@Azizan Zolkipli
ReplyDeletedari zaman belajo lagi suke shoot bunga. :D
bagi saya pandai amik gambo dgn pandai edit gambo 2-2 sama penting. ilmu semua tu.
tapi terpulang kepada pilihan masing-masing lah kan. :D
@Citarasa Rinduan
ReplyDeleteakak boleh sms saya lah. heheh~
@Anonymous
ReplyDeletesaya sentiasa ingat awak tau. :D
@Mimi Jazman
ReplyDeleteni saje la mood membebel dah dtg. heheh~
@@cu SaYaNg
ReplyDeletetuh yg kene kumpul dalam satu entri tuh~
@ieda
ReplyDeleteaish kak. takde apa yg pelu dibelajarkan pun. kite sama je~
@sahromnasrudin
ReplyDeletesoalan awak dalam entry selepas ini. :D
@Anaa
ReplyDeletetakpe, later2 boleh taya lagi kak. tak payah tanye kat belog pun takpe. heheh~
@farmys
ReplyDeletesebab dah tanya kan, kene la jawab...
@jeBateja
ReplyDeleteala, depa tanye aku jawab ler...
@Kakzakie
ReplyDeleteala kak, tu hobi saye je tu...ngeee
@Kamsiah
ReplyDeletetakpe kak. slow slow ok. :D
@Fatin Mraz
ReplyDeletetak ngelat kan? heheh
@Ati Masrif
ReplyDeletehaha. saya pegi, tapi jgn lupa buatkan kek jugak eh. ngeeee
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletesaya pun tak pandai lagi sebenarnya. tgh dok belajo2. :D