Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, March 22, 2012

(Kisah Hati dan Misteri Cinta) Part 4: Menjawab soalan Kak Ida nyanyisunyi, Acik Erna, NzA, Rina Betty, Zati Embong, Tihara, Kak Zakie, Gen2Merah




Kak Ida nyanyisunyi – Bila nak bagi kad undangan?
Acik Erna - Bila nak jemput?
NzA - Bila GB nk kawin???? Wakakaaaa...
Farmys - Bila nak kawin?
Bila kad dah siap, calon dah ada dan tarikh dan kompem, GB akan jemput , bagi kad, dan kawin. Yey!. :D

Rina Betty - Apakah ciri-ciri lelaki idaman GB ;p
Zati Embong - Ha..kita kan perempuan, dulu-dulu mesti kita penah angan-angan kan, nak lelaki yg cmne. Yg ada lesung pipit la, nk lg tnggi la..GB camne? (GB groupkan soalan ni sebab lebih kurang sama je jawapannya, ok.)

Tipu la kalau GB cakap takde berangan nak lelaki yang macam mana, ye dak? Sebenarnya sejak dari zaman muda-muda lagi GB tak pernah letak ciri-ciri fizikal sebagai kriteria lelaki pilihan (ecehh) sebab GB sendiri tak lawa pun dan serba kekurangan. Tinggi, rendah, gelap, cerah, gempal, kurus, Chinese look ke, Indian look ke, Jawa look ke, specky ke, non specky ke – GB tak kisah sangat. GB pernah tersuka dekat orang yang tinggi, rendah, kurus, gempal, gelap cerah. Kenapa? Sebab GB pandang lelaki (dan perempuan) adalah ‘cantik’ walau macam mana pun diorang. Ada tarikannya kalau kita mahu lihat itu sebagai sesuatu yang menarik. Tapi kalau nak senang cerita, bagi GB kan, asal sedap mata memandang pun dah kira ok.

GB lebih kepada karakter sebenarnya. Nak yang pandai. Yang bijak. Yang cool. Tak gelojoh. Ada sense of humor dan tahu macam mana nak react bila GB dalam situasi tak keruan. Yang boleh attract kite punye minda ,dan jenis intelligence challenging kind of person.  Yang bertanggungjawab. Sebab bagi GB perkataan ‘tanggungjawab’ itu sendiri dah cukup untuk membuat seseorang tu beriman, menghormati orang lain, tak menzalimi diri sendiri (such as merokok. Sorry. Heheh). Dan orang yang bertanggungjawab adalah orang yang tahu mencari rezeki untuk menyara diri sendiri, keluarga, dan bakal isterinya kelak.

Kalau dia minat menembak dan jalan-jalan, itu lagi best sebab boleh jadi partner GB nanti. Tapi tak perlu la semua minat kena sama. Biar kontra sikit, baru seronok.

Tapi tak mau la orang yang pandai segalanya dan tahu buat segalanya. GB pernah kenal orang macam tu. Ada disadvantage nya. Orang macam tu dah tak perlukan GB simply because he already has everything and he can do almost everything. Sedih la pulak.

Ini cuma angan-angan GB pasal ciri-ciri lelaki idaman ajelah ek. Lagi satu, GB tulis ni sebab awak orang yang bertanya tau! Kalau tak memang nehi la nak bercerita. ;D

Tihara – Apa pendapat GB tentang cinta?
Bagi GB kan, cinta tu adalah benda yang misteri. Sebab apa tau? Cinta boleh buat kite senyum, gembira, sedih, happy, pasrah, menyerah, dan ada yang boleh jadi gila sampai bunuh diri pun ada. Ada orang jatuh cinta dengan orang yang dia benci, atau orang yg benci kat dia. Cinta boleh membina, dan cinta boleh menghancurkan. Ntah le. Pelik bebenor le cinta ni. Ni yang buat GB ‘takut’ sikit dengan cinta.

Tapi nak takut lelebih tak boleh jugak sebab cinta tu datangnya dari Allah. Tapi tetap misteri kan. Sebab walau datang hujan atau petir atau pelangi atau matahari atau tsunami sekalipun – itu semua adalah kerana cintaNya.
  
Kak Zakie –  
Sayang sayang buah kepayang,
Ditelah pahit dibuang sayang,
Abang sayang GB pun sayang
Kenapa penyatuan tak ada bayang?

Buah kelapa buah kuini,
Buah manggis buah rambutan,
Mengapa sendirian sehingga kini,
Apakah GB manis menjadi rebutan

Kak Zakie, ini jawabnye. Heheh!

Ditelan pahit dibuang sayang,
Itulah namanya buah kepayang,
Memanglah penyatuan tak ada bayang,
Sebab tak ada siapa yang sayang.

Buah manggis buah rambutan,
Mari disantap di dalam taman,
Tiadalah GB menjadi rebutan,
Sendirianlah diri tiada berteman.

Amacam kak?? OK? :D

Gen2Merah - saya just nak tanya... bunga ni dah kawin ke.. ekekeke
Belum. :D

P/S: Khalas! Eh tak. Ada lagi sikitttt je soalan nak kena jawab next entry. Yang tu kategori makanan. So taruk last sekali. Heheh.



60 comments:

  1. kepada lelaki2 di luar sana, anda telah baca KRITERIA yang GB mahukan..apa tunggu lagi? :P

    ReplyDelete
  2. soalan cepu emas ni kan??

    xpe ..insyaallah rezeki GB cepat mendatang

    ReplyDelete
  3. Buah manggis buah rambutan,
    Mari disantap di dalam taman,
    Tiadalah GB menjadi rebutan,
    Sendirianlah diri tiada berteman.

    Jawapan Uncle.

    Burung selasih makan di tangan,
    Padi berat tanam di kebun;
    Nampaknya masih ada harapan,
    Cuma terlewat 30 tahun.

    ReplyDelete
  4. lepas nie mesti ramai yang beratur di luar rumah..tunggu giliran..nak jumpa mak ayah GB

    ReplyDelete
  5. Semoga jodoh yang GB impikan itu tetap akan datang juga. Mak doakan. :)

    ReplyDelete
  6. Aduhai hairannya kenapalah tak ada lagi lelaki yg buka mata melihat adikku GB ini? Kalau kakak ada adik lelaki tak malu-malu nak pergi merisik... kena tolak tak apa. Tak cuba mana nak kan....

    Kakak doakan GB....

    ReplyDelete
  7. wahhhh.siap berbalas pantun gitu...

    cepat2 jgn nanti ada yg gigit jari...sila serbu cik GB....

    ReplyDelete
  8. sukalah pendapat GB tentang cinta..mmg setuju, cinta anugerah dari Allah..mencintailah kerana Allah..Insya Allah kekal hingga ke akhirat..aminn :)

    ReplyDelete
  9. GB, insyaallah... moga bertemu jodohmu nanti ;)

    ReplyDelete
  10. habis tu camne dgn mamat yg
    kena gi obersi tu..opppss ..hik3

    ReplyDelete
  11. GB..GB manis dan menawan..sopan santun lagi..insyaallah harinya akan tiba..terima kasih mejawab soalan..

    ReplyDelete
  12. suka saya jawapan GB ni...kita dalam kes yg sama.....ahaks.

    ReplyDelete
  13. membuatkan kaklong terasa muda kembali...teringat masa mula2 berkenalan dengan along dulu..ahaks!

    ReplyDelete
  14. sy rs lelaki (berkualiti) malu nk dekati GB kut sbb GB matang, nmpk bijak dan berkarisma, nmpk mcm dh kukuh dr segi kewangan..err tp kdg-kdg ada jugak jenis lelaki cikai yg suka perempuan yg dh teguh ni kan sbb senang sikit hidup diaorang

    ReplyDelete
  15. @Daddy Ziyyad

    cepat la draf borang. pastu fotostat 20 keping eh! hahaha!

    ReplyDelete
  16. @azam

    ini soalan tercepu berkepuk dah namanya. hahah!

    ReplyDelete
  17. @al-lavendari

    ala uncle. otak saya dah blank nak jawab. saya mampu berpantun sekali je sehari. heheh~

    ReplyDelete
  18. @Nieda

    kalau dah ada jodohnya dah tentu la tak tunggu lagi. :D

    ReplyDelete
  19. @Kakzakie

    takpelah kak. biarlah dibuka mata kat calon suami yg sebenar je. senang sikit, tak komplikated jadinya. :D

    ReplyDelete
  20. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™

    erk. jgn serbu. nanti saya terbang gi dubai! hahaha!

    ReplyDelete
  21. @Tihara

    kan? Cinta tu milik allah semata2~

    ReplyDelete
  22. aku igt nak tanya gak beb, tapi bila fikir2 balik, aku tanya diri aku lah dulu..hehe

    ReplyDelete
  23. @Ati Masrif

    tettt!

    takde jodoh kak. (ok, jawapan cliche. heheh)

    ReplyDelete
  24. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    susah nak cakap la rina. dulu masa rajin bagi peluang, asyik dpt org yg salah je. so sekarang dah malas. tunggu je.

    ReplyDelete
  25. pergh... jawapan maut tuuuu...

    kalau artis, dah masuk melodi 10 episod termasuk 1 episod khas Hari Raya... keh keh keh

    ReplyDelete
  26. @DaHLia

    kalo ko tanye pun jawapan nya ko dah boleh agak kan?

    ReplyDelete
  27. @Aku

    ko tgk la pulak soalannya tahap maut cemana...heheh!

    ReplyDelete
  28. the best is yet to come..hang on baby.. :)

    ReplyDelete
  29. cantik gambar...js blm dpt lg tangkap camtu...huhu

    ReplyDelete
  30. cantik gambar dikk
    GB dah nak kawin ke ?? ;)

    ReplyDelete
  31. Salam anakanda

    Mama memang tertarik dgn stail GB membuat entry2 terbaru. Menarik dan laindr yg lain!

    ReplyDelete
  32. walopun dh expired, tapi tak kira, nak tanya gak...gB penah tak experience benda2 mistik ke...misteri nusantara ke...seram2 meremang bulu roma... hooohooohoooooo.....

    ReplyDelete
  33. semoga ada sang kumbang sedang menunggu si gadis bunga..:)

    ReplyDelete
  34. saya suka lelaki yang kelakar
    eh! tersebok bgtau plak.haha

    ReplyDelete
  35. kulit 'gelap cerah' tu yang tak berapa nak faham [sambil tengok kulit sendiri] hahahaha ...

    ReplyDelete
  36. xada org yg perfect kan GB.lebih kat situ,ada kurang kat sana.dia kacak bagai,xsemestinya dia bjak dan pandai jg hati. begitu jga sebaliknya.

    ReplyDelete
  37. Comment and answers aside, that setting sun is really nicely captured!

    ReplyDelete
  38. Soalan Gen2Merah ada makna tu GB...hehehe ;)

    ReplyDelete
  39. @jemarisuri

    tengs JS. kebetulan masa in the way gi keje nampak matahari tgh bulat mcm tu. :D

    ReplyDelete
  40. @mama ju,

    ala...segan saya kak. tengs.

    sbnrnya takde idea nulis entry, itu yg buat segmen tu. :D

    ReplyDelete
  41. @Elyn

    ceh. nak tanya jugak!

    ok lah. jawapannya, pernah! misteri wooo....

    ReplyDelete
  42. @Kamsiah

    tak sabar jugak nak tahu sapekah kumbang itu. hihi~

    ReplyDelete
  43. @Lya Colours

    haha. bagus bagus. nanti kite buat entry pasal ciri2 lelaki idaman korang pulak eh?

    ReplyDelete
  44. @zati embong

    yup. takde yg sempurna termasuklah kita.

    ReplyDelete
  45. @de engineur

    heyyy...thanks! rising sun actually. :D

    ReplyDelete
  46. very nice view, the rising sun, and the views on love.
    nak kena serbu baru lari dubai ke ;)
    haha nak tunjuk i baca dengan teliti even in comment section :D
    look beyond the physical to discover the more worthy, spiritual. we only wish, hope, pray, wait for what's best for us in this life and the afterlife :)

    ReplyDelete
  47. tapi selalunya yang macam mana kita nak itu lah yg tak dapat..
    semua sudah di tetapkan....


    tak lama lagi tu gB..;)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D