Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Ada kemusykilan? Sila emailkan kemusykilan kawan-kawan ke gadisbungablog@gmail.com. Dan nak tau kamera apa GB guna untuk amik gambar pada entry, sila lihat "what's this".





NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the real source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, February 8, 2012

Bunyi motor di luar rumah pada waktu pagi-pagi buta. Siapakah?

Young shoot of Heliconia rostrata


Tadi (12:30 tengah malam) GB terdengar ada bunyi motor di sekitar rumah GB. Lepas tu motor tu beredar dengan laju. Risau pulak rasanya...

Sebab...

*

Beberapa minggu lepas bunyi yang lebih kurang sama kitorang dengar. Waktu pepagi buta jugak. GB agak suspicious juga time tu tapi fikir positif. Sambil berdoa supaya takde benda pelik yang berlaku.

Sampailah 2 hari lepas masa ayah GB tengah dok godek-godek ketenye...tetibe ayah masuk rumah dan tanya, 'Mana basikal?'.

Innalillahiwainailahirojiun....

Barulah kitorang sedar yang basikal sudah hilang... Kalau diikutkan dah agak lama jugak hilang tu tapi sorang pun tak sedar sebab jarang guna. Cuma sedar kawasan depan rumah tu agak 'lengang', tapi tak tau apa yang kurang. Rupanya basikal dah kena kebas. Binawe sungguh pencuri tu.

*

Basikal tu sebenarnya GB naik dari tingkatan 3 sampailah ke tingkatan 5. Sebelum tu naik basikal biasa je. Lepas tu ayah beli mountain bike berpalang. Dulu GB naik sambil pakai baju kurung tudung labuh atau kalau hari Ahad GB pakai uniform berblazer berskirt panjang tuh. Dengan beg besar kat belakang. Kalau naik bukit senang nak kayuh sebab ada gear. Hari-hari eksesais kaki. Dalam 7-8 km kot pegi balik hari-hari. Mungkin sebab tu kaki GB tak boleh nak slim sebab otot dah keras. Ekekeke!!!

Pernah kene kacau jugak time-time naik basikal tuh. Budak sekolah pun depa nak ngorat. Apa la...!

*

Tapi sekarang basikal tu dah takde. Gambar dengan basikal tu pun takde. Sedih....

Binawe punye pencuri!

P/S: Kawan-kawan pun hati-hatilah ya. Mungkin kita rasa rumah kita takde benda best pun, tapi untuk orang lain....kita tak tahu.

43 penambah perisa secukup rasa:

Telor Power said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg binawe pencuri tu... lepas nie mmg kena amik iktibar dari kes kecurian tu GB.

gadisBunga said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Telor Power


betul tu. kene put extra caution on everything, tak kisah la benda apa pun.

tak tido lagi rupanya telor eh?

jeBateja said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

WAKA...WAKA....2 kali binawe pencuri tu kena...lagik 42 kali...betul lah dia mmg binawe....

IMANSHAH said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mujur rumah i dalam sekolah

Pn Kartini said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Begitu laa manusia bila x nampak dosanya....hak milik org senang2 jeee jadi hak milik dia org...Ada dia kisaahh...aaduhai..
Sabor my dear...!!

kakcik said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Basikal depan rumah mak sekarang pun pernah kena curi. Bukan itu sahaja, seluar baju pun pernah hilang (bukan seluar baju kecik tapi)... sengkek betullah pencuri tu. :(

Azizan Zolkipli said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahaiiiii, sayangnya ... gambar kenangan dengan basikal pun takde pulak tu ... habislah kenangan lampau tidak sempat dikongsi bersama huhuhu ...

Izni Hafiz Abdul Rashid said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pasang CCTV laa... senang sket nak monitor...

sea_lavender said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

apa la pencuri tu... da tak de keje sgt la kan... moga2 Allah bka pintu hati sedar kan diri dia~

Ely Hasrul said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haishh binawe sungguh sempat kebas beskal..

Lya Colours said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awal tahun lepas, motor lc adik saya kene curi. binaweeeeeeee !!!! baru beli bape bulan ntah. lepas pada perisitiwa itu (skema ayat), ayah beli motor baru utk adik, sekali motor tu terus naik pangkat, masuk parking dlm rumah terus.
belajar dari pengalaman

JunAina said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pencuri ini dia tak kira barang, asal boleh sebat dapat 2-3 hengget pun dia kebas je. Pasu bunga yg tak der nilai pun org boleh kebas coz berkenan kat bunga2 kat dalam pasu...

Ibu n Abah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Barang yg dah jd sebahagian dari kenangan sgt terasa bila dicuri... Mmg binawe pencuri tu...(saja nak guna ayat binawe...)hehehe...

sahromnasrudin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

binawe tue ape???? tak pernah dgr pun...ckp loghat utara erkk..nnti kne tanya wife dulu arr huhuhuhhhh

Telor Power said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

GB : lepas dari komen2 terus tidow hahahaha...

de engineur said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Have to be extra careful - kejadian mencuri semakin menjadi2.

BTW, beautiful banana leaves capture, shot from top perspective.

kay masingan said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantik daun pisang tu..:)
kena hati2 sekarang ni, byk kejadian curi sini sana..

Fatin Mraz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awak pun hati2 ya esp kalau ada terbalik lewat...

Anaa said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gB,
binawe sungguh.. len kali kalo dengar bunyi motor, bawak cota kuar umah cek..

Nieda said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bila barang kena curi benggang sungguh.
Dulu motor arwah ayah kena kebas. Bangun pagi dah hilang.
SAmpai ke sudah tak jumpa. Geram betul.

Aku said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow.. tingginya kamu sebab boleh ambil foto pucuk pisang...

budak2 saja nak pinjam basikal tu agaknya... esok-esok dia pulangkanlah, cer buat solat hajat kasi panas bontot dia org supaya pulangkan... keh keh keh

Kakzakie said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau dah nama pun pencuri GB. Mata melilau tak kira apa janji boleh dikebas dia kebas...

Sayang basikal penuh sentimental value dah hilang...

ardz marn said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dulu kalau nak balik kampung naik kereta.. gua akan parking motosikal dalam rumah.. kesian kalau tinggal kat luar rumah nanti dia sejuk.. :)




.

Queen said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nik pernah jadi gini..padahal buku2 lama je..
seliapr jepun
alas kaki

memang sakit hati GB..
pada kita..apela sangat benda2 tu..
tapi kalau dah dicuri..jenuh jugak nak mengganti balik

lieynanilaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aktiviti menyamun semakin menjadi-jadi sekarang....

luahfikiran ... mari kita said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam,
Nak basikal ke GB ? Kat rumah LF ni ada basikal yang dah tersadai lama .. LF boleh bagi free je ... tapi basikal ni untuk kanak2 remaja ok lah

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau dh nama pencuri tu..tong sampah pon dia nk curi gamaknya..

pena rozie said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

PR pun selalu berjag2 sbb tinggal kat kaw taman...

Tihara said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

berhati2 selalu..nice picca GB..like!! :)

Maya Mayana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mat gian kot..kata2 rina avail tu betul..tong sampah akak selalu kena curi kalau yg beli..sudahnya tong racun belah atasnya buat tong sampah..selamat duit...

nice picca :)

jemarisuri said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ishh..ishh..basikal pun dia org ambik jugak ekk..

js mmg fobia kalau bunyi benda pelik2 mmg cepat2 js tengok..kot2 ada benda pelik...huhu..

msh fobia hingga kini..moga takde apa2 yg buruk berlaku...ameen.

Daddylicious said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sekarang bukan boleh leka sangat...bahaya.

delarocha said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

musim naik beskal skrg ni.

Abang Zul said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

As salam GB,

Lama nya tak singgah menjenguk. Dah semakin cun blog anda. :)
(seperti orangnya juga!)

Tentu sedih kan, bila terpaksa berpisah dengan 'kesayangan' kita. Namun bila direnung kembali, tiada yang kekal di Dunia ini... kan?
Bersabarlah, mungkin nanti beroleh Rezeki berlipat ganda, siapa tahu?

P/s : CONGRATS ! Kerana blog cantik ini tersenarai di Bloglist ONDBLOG 2 Ondscene.my/

Have a good one, GB!

MasZuber said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aiyooooo beskal lama pon diorang nak sebat..hmmm

Khairul Hakimin B. Muhammad said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

curi beskal jahat, curi ati xpe. kikikiki

jo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seb baik aku pegi keja naik bas...bkn basikal..

- GC - said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

harap2 pencuri tu tumbuh bulu byk2 kt muka. jahat sgt

Ladysirna FA said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

takda rezeki Gb la tu, nanti beli baru yek..;)

Ibu Ya @ Aspen said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

La...sampai ke dalam masuknya...berani betul..eii mmg geram la. Ni yg nak suh haramkan kedai besi buruk ni !

sudipVSsenduk said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jiran sebelah pernah di ragut ketika balik kerja pukul 6 pagi betul2 di depan rumah masa keluar nak bukak pagar..

h4ni3 said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haduihhh..
kat mana2 pun kena hati2 skrg ni
lenkali kalo dgr bunyik moto tu, standby senapang patah siap2!

Citarasa Rinduan said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama tak singgah,.

cik..kak sibuklah sayang;;
rindu..

alamak, basikal dh hilang??
hope esok2 hati2 ya dik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...