Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, January 19, 2012

Kalau GB tulis novel... (sila baca kalau rajin)




Kalau GB tulis novel kan, jalan cerita dia mesti pelik-pelik sikit. Kisahnya pasal satu peristiwa yang besau yang berlaku di suatu kota. Peristiwanya lebih kurang macam Final Destination la. Eksiden berlaku disebabkan kecuaian sumbody. Pastu kecuaian dia tu dah sebabkan banyak nyawa melayang. Yang pelik, dia tak mati ok!

Pastu nak jadi cerita, ambulan, bomba dan polis sampai lambat sebab jalan tutup pasal ada event sambutan Warna Warni Kota Marmar (Nama kota dalam tu le). Padahal banyak mangsa tengah cedera parah nak diselamatkan ni. Dan disebabkan tu ramai orang yang macam ada harapan nak hidup, mati akhirnya. Bila diorang sampai ramai dah mati.

Waktu orang tengah seronok-seronok berpesta kat event tu, mayat bergelimpangan sana sini. Dan manusia penyebab kejadian yang malang itu kekal hidup...

*

Topik utama cerita tu adalah bagaimana waris-waris mangsa nak teruskan kehidupan diorang masing-masing.

Ada yang hilang suami yang dia baru kawin seminggu. Macam mana dia nak teruskan hidup sedangkan sebelum tu dia dah kawin 3 kali dan semua asben dia meninggal shortly after marriage.

Ada yang tak sempat kawin padahal majisnye esok. Sedangkan diorang dah bercinta 12 tahun ok! Cemana nak teruskan hidup beb???

Ada yang hilang anak yang mak ayahnya dah bertahun tak jumpa sebab studi kat oversea, tup tup anak balik dan meninggal. Padahal mak ayah dia orang susah, tapi sanggup bertungkus lumus sara anak anta belajar sebab dijamin balik tu dapat keje besau... Memang dah dapat keje pun. Tinggal nak lapor diri je bulan depan. Cemana? Terus sengsara kah?

Ada yang tengah on the way nak gi rompak bank. Dia mastermind. bawak sorang budak suruhan. Dua-dua mati. Nak gi rompak bank tu pun sebab nak setelkan hutang adik si mastermind yang dalam tangan penjahat sebab tersilap langkah gi pinjam duit dengan Along.

Ada yang tengah on the way nak gi jumpa kekasih gelap lepas hantar asben dia gi airport, outstesen. Kekasih gelap dia dah eksaited, dah plan baikkk punye, tetibe tak sampai hajat. Padan muka!

Macam mana kehidupan diorang selepas tu? Apa hikmah dari kejadian tu? Apa pulak kebetulan yang berlaku disebabkan kejadian tu?

*

Tak dilupa jugak nak cerita pasal orang yang terlibat dalam nak membantu selapas kecelakaan tu. Macam mana diorang kena tahan rasa ngeri. Tahan dimaki sebab lambat sampai. Tahan berjaga sepanjang malam semata-mata nak cari mangsa yang terselamat. Siap ada yang terjumpa kawan sendiri atau kaum keluarga sendiri pun terlibat dalam nahas tu. Macam mana?

**

Tu belum lagi cerita pasal manusia yang jadi punca kejadian tu. Dia tak rasa bersalah ke??? Tak kene ganggu dengan roh-roh ke?

***

Hmmm....

GB rasa novel ni berat lah. Sape nak baca nanti? Sapa nak buat filem? Heheh.

Takpe lah.

Tapi GB tetap nak bagi tajuk kat novel ni. Tajuknya adalah 'Mereka Yang "Terpencil'.

Amacam?

P/S: Kaki berangan memang macam ni. Huhuhu~

60 comments:

  1. Yg pertama kah?
    Gila complicated,sure tkg tulis pening,tkg baca mabuk.hehehe

    ReplyDelete
  2. the title that came into my mind is

    'Coincidently Ironic'

    hahaha..


    terus teringat lagu Alanis Morissette..

    ReplyDelete
  3. ehhhhhhhhhhhhh

    terbaiklah gb

    kak ayu rasa, pasti ramai mau baca.. lain dr y lain..

    ReplyDelete
  4. Tema terpencil macam ni la yang istimewa!

    Realisasikannya!

    ReplyDelete
  5. @littlehumblelynn - heheh...tu baru baca sinopsis, belum chapter 1 lagi. hahah!!

    @imanshah - alooo....kawe dop reti buak sajok

    @jemarisuri - sapu minyak cap kapok sepat!

    @ardzmarn - terharu aku sebab ko sudi bagi tajuk!!! heheh!

    ReplyDelete
  6. @Citarasa Rinduan - hah?? siyes ke kak??? saya terharuuu!!!

    @azieazah - saya tak sangka idea saya diterima. tenkiu kak!!!!

    ReplyDelete
  7. tulis lah nanti novel dlm blog ni..akak nak baca! :)

    ReplyDelete
  8. whoaaaa... mau 1000 muka surat macam ni...

    kalau difilemkan, cukup 80 episod...

    ReplyDelete
  9. plot agak complicated tapi kalau diceritakan dgn rapi tanpa tertinggal setiap scene penting mesti akan jadi hebat ceritanya. rasa cam cerita Lost versi bandar...klu tulis ceritanya roger2 la ek..sbb aku mmg suka cerita sci-fi & rumit2..kurang suka cerita cinta..mgkin sbb takde feeling ke situ

    ReplyDelete
  10. ini pasti bukan janji..hahahaa

    kalau saya produser.. sy amik wat filem.. =P

    ReplyDelete
  11. Kalau gB tulis, mak mesti beli. :)

    ReplyDelete
  12. @ tihara - eheheh...saya ni kdg tu semangat awal2 je. ngee~

    @ Aku - woh. conquer tv3 la aku!!! hihihi

    @ fatt - nampak gayanya gitu le. kene detail penceritaan setiap watak. macam citer Lost pun ada jugak. Atau aku kene buat konsep mcm 100 years of solitude, siap ada salasilah!

    @ fatin mraz - tolonglah amik novel saya buat felem plisss!!!

    @ mak - ngeeee. novel belum siap ni tapi saya dah rasa seronok lebih! ngeee

    ReplyDelete
  13. sy sangat berkesanggupan utk bce.. :)

    ReplyDelete
  14. @ MJ - oh tengkiu so much dear!!! :D

    ReplyDelete
  15. haa GB seb beik dh dpt. sori xsempat sms time post patu bese lah ibu mengandung sume bende lupe.. seram gak kalu xdpt sbb last week dh post hehe.. harap suka lah burung antu tuh..

    nnti free survey sini.. tengkiu2..

    http://lalalandsale.blogspot.com/2012/01/answer-get-lucky.html

    ReplyDelete
  16. okay.


    nak booking jadi pentulis cerita cinta aku.



    NEXT!

    ReplyDelete
  17. wah GB mempunyai daya imaginasi yg tinggi la....hebat tul

    ReplyDelete
  18. siapkan saja...hantar kepada mana-mana penerbitan. dah cetak, buat promosi. mesti ada yang nak beli :)

    p/s : saya nak baca!!!

    ReplyDelete
  19. sesuai buat filem ni..durasinya mcm citer hindustan dekat 3 jam muehehe


    kalau novel lak tebal sgt baper ribu mukasurat tah ehe


    tp citernya best tuh..kena pndi olah lah

    ReplyDelete
  20. GB..boleh jadi macam Ramlee Awang Murshid nanti..

    ReplyDelete
  21. I rajin boleh baca post ni tapi dah tak rajin baca novel dan processing ada weak bila many issues yg berat dan complicating. and i depressed la if story tragic. i just watched a drama series, so tragic, so many deaths, misfortunes, esp targeted to one pitiful character. depressing kan. real life even tho not a bed of roses..often not so tragic with multiple misfortunes. however ur creativity and intelligence are highly commended, very deep, deep, serious thinking.

    ReplyDelete
  22. moga jadi kenyataan, agar Wakjan boleh menonton drama bersiri petang jam 7.00 malam tu hehehe ...

    ReplyDelete
  23. gb tulis novel, saya baca la. sebab saya penggila novel. hehe
    dah ada nama pena blom.hehe

    ReplyDelete
  24. Kalau diikut jalan citer cnggini...
    tajuk yang paling romantis adalah

    "Suratan Atau Kebetulan"

    tapi kalau nak letak

    "Dihatiku Ada Kamu" pun best jugak....

    ReplyDelete
  25. hehe.. memang kaki berangan sungguh..

    ada bakat tu gB.. tak semua orang boleh angan2 cam tu tau..

    ReplyDelete
  26. ada anak kecik, macam takdan nak baca novel. hahahha

    ReplyDelete
  27. tak sabar nak tunggu novel tu keluar. Kalau nak minta saya jadi tukang proof read, boleh jugak

    ReplyDelete
  28. apesal sume cam sadis aje? hahaha tp mmg bagus cite psl mereka yg terpencil nih..

    ReplyDelete
  29. Pergh! kalau gb guna nama saya jadi salah satu watak (watak baik je k) saya musti baca sebab boleh tumpang verangans ;)

    ReplyDelete
  30. baca sinopsis pun uncle dah rasa teruja .. apalagi novel yang sebenar.

    kemudian adaptasi jadi filem atau drama tv bersiri. lepas tu hollywood dapat tahu dan nak beli hakciptanya dengan tawaran RM25 juta dan masih boleh dirundingkan.

    ReplyDelete
  31. draft dah ada,,, buat script pulak yea :-)

    ReplyDelete
  32. @Ely Hasrul

    burung hantu tu mmg kelasss! tengkiu ely. tak sempat nak buat entri lagi. nanti ehh... :D

    ReplyDelete
  33. @BonekadalamChermin

    pasal cerita cinta ko, nanti ko consult aku ok! eheheh

    ReplyDelete
  34. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    kalau buat filem rasanya kene ada part 1 2 3 kot. ekekekek

    ReplyDelete
  35. @ummi5

    sebenarnya i nak buat novel ni bukan fokus on one pitiful karakter.

    ada karakter yang gembira sbb ada yg mati dalam kejadian tu. jengjengjeng~

    ReplyDelete
  36. @Azizan Zolkipli

    silap2 tayang pukul 12 tgh malam pakcik! hehehe~

    ReplyDelete
  37. @Ibu Ya @ Aspen

    wei. tajuk tak kene langsung! hahahaha!!!!

    ReplyDelete
  38. @Anaa


    hahhaa..

    tu la kak. hobi tegar saya ni!

    ReplyDelete
  39. @- GC -

    ko baca sehari 1 page pun takpe beb!

    ReplyDelete
  40. @al-lavendari

    uncle tlg sambung angan angan saya eh? terbaikkkk!!!!

    ReplyDelete
  41. lepas bace entri ni, terus zie masuk dlm dunia fantasi akak..hahaha

    ReplyDelete
  42. perghhh....pencinta novel.buat script la pula....draft tu xkan nk simpan jerk...hehe

    ReplyDelete
  43. lagu sound tracknya dah pikir...?

    ReplyDelete
  44. akak rasa ni lg sesuai buat pelem,sebab byk aksi susah nk berangankan..kalau cerita cinta tu novel is better :)

    ReplyDelete
  45. @Zie

    hihi. lepas berbulan2 baru reply. silakan masuk dalam dunia fantasi akak eh~

    ReplyDelete
  46. @Maya Mayana

    kalau filem, dia lebih kurang citer Babel. tapi idea pasal ni muncul sebelum Babel keluar lagi. :D

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D