Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Saturday, December 31, 2011

2011: Sedikit Review. Dan 2012: Sedikit Pengharapan

ui


Sebenarnya entri ni lebih kepada peringatan untuk GB. Konon macam summary tahun ni dan azam tahun depan lah. Tapi kalau kawan-kawan nak baca pon bolehhhh... :D

*

2011 adalah tahun yang average untuk GB. Dari segi pencapaian career, GB masih kat tempat lama. Tapi lebih banyak projek berjaya dilaksanakan berbanding 2010. Tanggungjawab juga makin besar. Tapi, sedikit insentif dari boss buat GB boleh terus stay (walaupun GB dapat rasa yang boss dah hidu niat GB nak berhijrah...heheh). But as I always told myself, kalau setakat nak berhijrah dalam negara jugak mungkin tak kot sebab boss GB yang sekarang sangat 'menjaga' kitorang staffnya walau berlainan bangsa. He didn't even refer us as 'staff' but 'colleagues'. Cool. Boss terbaik yang GB pernah dapat so far. :D

Untuk 2012, Kitorang akan pindah ke opis baru (again) next January. So I'm gonna miss the squirrels, the birds, the butterflies, fishes, frogs, dragonflies, the pond and the flowers. Ye, opis GB macam taman. Nak kata macam dalam hutan pun boleh. Heheh. Jadi sebelum pindah GB plan untuk take a walk around the taman dan amik-amik gambo. 2 tahun lebih keje kat sini and GB tak pernah jalan-jalan buat tinjauan pun. Benda dah nak pergi baru nak appreciate. Takpe. Better late than never kan? Ngeeee....

***

Dari segi material, cuma sedikit benda kecik je lah. Takde la major purchase macam 2010. Cuma niat nak beli lens Lumix G Vario 45-200mm dan ND filter untuk CikGF3 GB belum lagi tercapai sebab uangnya nggak cukupin lagi... Regenye boleh buat molotup jugak poket ni ha..adeh! Heheh~

Tahun 2012 ni harap-harap boleh le GB beli dua benda idaman tu. Dan tripod sebijik. Dan mungkin sebijik fish eye lens dan ultra wide angle lens? Eh, taruk dalam dulang hantaran pun boleh tuh. Hahah GB!!!!

*

Untuk CikPurpleDarling GB...tahun ni tahun paling banyak dia kene cium. Kesian tau. Kat parking kene cium, tengah tunggu lampu merah pun kene cium. Ape la. Kesian bumper depan belakang. Duh. Kot ye pun nak cium, cium la pokok ke, tiang ke, tembok ke..ini tidak...CikPurpleDarling jugak yang depa nak. Grrr...

Mungkin 2012 ni adalah tahun di mana CikPurpleDarling di'pamper' lebih dari biasa. Kotak tisu tergantung yang konon nak install dalam tu punnnn tak install-install lagi. Pastu USB hub. Tukar rim macam best jugak kan? Tinted...aha! Kaler..........!? Kalau jadik kaler putih takleh la panggil CikPurpleDarling lagi! Haha bestnye berangannn!!!

***

Pastu kan, dah keje, 'pamper' orang lain dan benda lain, kene la pamper diri sendiri jugak kan? Tahun ni mungkin tahun yang paling banyak GB jalan-jalan kot. Takde la gi jauh-jauh pun. Dekat-dekat je, asalkan boleh release tensen, boleh cedok-cedok ilmu dan pengalaman baru, dan paling penting boleh tembak-tembak. Ihihi.

Tahun 2012 - ye.....dah ada pamphlet di tangan. Area pantai timur masih asing untuk GB, dan dalam pamphlet ni nampaknya sangat cantik! Temasek lagi 2-3 round. Dekat je pun. Pastu kat negeri cheq pun nak sukat-sukat jugak, especially kat area Gunung Keriang sampai ke Perlis. Sarawak tak penah jejak lagi. Bandung, Bali. Bangkok. Tengoklah, kalau Allah izinkan akan GB jejak tempat-tempat tuh. Kalau ada rezeki lebih nakkkkk sangat gi buat Umrah. Moga dimudahkan....amin...

***

Bab chenta - haha. Nak sebut jugak nih! Masih belum berjaya. Allah cakap 'GB, your time is not yet arrived. Be patient ok'. Ok! Tunggu aje. In the meantime I am enjoying my singleness and is currently dating myself! GB rasa kan title 'in a relationship' hanya akan bertukar bila ada orang masuk merisik, dan meminang, dan akad nikah. Sebelum tu, GB akan terus pegang title single. Tapi kalau setakat nak kenal-kenal without any intention of serious relationship, boleh babai. Clear? :p

But still, GB harap tahun 2012 ni GB kawen. Heheh!

***

Hal lain. Tahun ni adalah tahun paling sedikit GB bersenam. Sebab my jogging buddy sudah kawin last year and since then GB dah tak gi joging dah. Kecuali angkat dumbbell kat opis dan jalan-jalan sikit-sikit aje. Sebab tu tahun ni badan GB naik dowh.... Hahah! Lagi ape ek...owh. Tahun ni paling banyak GB jumpa member blogger, which is fun! And looking forward to another meet ups in the nearest future. Kat mamak pon boleh!

Mulai esok GB akan back to my effective diet yang GB pernah buat before. Diet sikit. Workout sikit. Sauna sikit. Sikit-sikit lama-lama jadik bukit kurus! Go GB go!

***

P/S:  Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua sayang-sayang GB yang baca entri ni. Yang tak baca pon GB sayang jugak. Semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih best untuk kite semua! :D

Friday, December 30, 2011

Temasek: Yang happening tapi tak pening


Quick hapdet eh:

Singapore ni happening kat city centrenye malam-malam. Masa GB ke sana, kitorang jalan on Christmas eve dan esoknya pun jalan juga. Sampai ke malam. Jalan kaki ok. Rasanya ada berbelas kilometer jugak kot kitorang sukat by feet dalam dua hari tu.

Sebenarnya pegi mana-mana pun, jalan kaki adalah cara terbaik untuk GB experience tempat-tempat baru dan lama. Bagi GB lah. Nasib baik 'orang sana' pun tak jemu bawak kitorang jalan sana sini, dan lebih nasib baik sebab GB pakai je slipar Asadi kaler hitam yang dah banyak berjasa tu, yang sebenarnya tengah dalam proses nak ditukar dengan slipar lain dah. Tapi slipar tu best. Kaki free dan stressless. Kejang pun kat betis masa hari balik KL. Slipar tu sebenarnya dah buruk, sebab tu everytime kalau gi solat GB risau sangat takut bila keluar je slipar tu dah takde sebab orang ingat tu slipar mesjid. Tapi alhamdulillah...jodoh kitorang masih kuat sampai sekarang. Hahaha!!!

*

Anyway, jalan di tempat-tempat happening ni best jugak. People watching dan tembak-tembak (hobi tegar nih!). Tengok orang parti-parti, mabuk-mabuk. Heheh. Walaupun malam tapi penuh dengan lampu. So takde masalah nak tembak-tembak. Tapi sebab hujan....banyak tempat takleh nak snap sebab sayang kamera weh!!!

P/S: Oh ye....sedikit benda. Ramai orang cycling di sana. Even ada track yang lebar untuk cyclist dan pedestrians. Pencinta alam sekitar mesti suka!

Thursday, December 29, 2011

Temasek: Sisi lain Universal Studio, Sentosa Island, Orchard Road dan Clarke Quay


Sebut je Singapura, yang terbayang di fikiran GB adalah sistem mereka yang moden dan teratur. Komuniti yang bergerak pantas. Negara bersih. Cuaca...sama macam Malaysia. Masyarakat yang kebaratan. Dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Tiada azan kedengaran. Masjid pun kurang. Itu tanggapan GB sebelum ke sana lebih kurang 10 tahun lepas. Itu pun selepas mendengar komen-komen orang yang dah ke sana. Lepas GB balik pun tanggapan itu kekal sama. Cuma tambahan sikit: Negara itu bagaikan kanvas, penuh dengan seni. Masyarakat di situ seakan-akan bebas berkarya. Rekabentuk bangunan takde yang cincai. Atau setidaknya facade bangunan mesti kena cantik.

Itu dulu. Sewaktu berjalan-jalan dengan kawan-kawan dan setakat tengok-tengok dan nilai ikut logik akal sendiri aje. Lagipun bila jalan ramai-ramai banyak benda yang kite terlepas pandang - biasalah..banyak ragam kan? Mungkin sebab tu GB tak berapa suka jalan beramai-ramai kot...sebab GB memang suka memerhati.

*

Tapi sekarang, tanggapan GB tentang Singapura ada sedikit lain dah...GB singgah di 3 masjid selama masa di sana. Masjid betul tau, bukan masjid tumpang-tumpang. Azan juga berkumandang bila masuk waktunya. Komuniti Islam di sana ada kesedaran tinggi akan pentingnya pengukuhan iman, akidah dan akhlak sampai GB sendiri terkena tempiasnya (malu... :D).GB jumpa dengan ramai orang yang berbahasa Melayu. Dan peniaga yang kira harga makanan dan sebut nilainya sebagai 'ringgit' instead of 'dollar'. Dan banyak lagi benda baru yang GB dapat tahu pasal Singapura, yang tak mungkin GB akan tahu kalau sekadar jalan gitu-gitu aje tanpa ada 'orang sana'.

Terhutang budi sungguh GB dengan 'orang sana' sekeluarga sebab bawak GB dan member jalan-jalan dan experienced the other side of Singapore. Syukur kepada Allah. Terima kasih orang sana! :D

*untuk menghormati permintaan orang sana, GB tak taruk gambar mereka sefamily. Sorry ek kawan-kawan! :D

P/S: Sesungguhnya Singapura adalah lebih dari sekadar Universal Studio dan Sentosa Island dan Orchard Road dan Clarke Quay. Cerita selanjutnya, next entri okeh!

Wednesday, December 28, 2011

Di sebuah pulau yang mungkin ada kenderaan bernombor plet 'GB' di atas jalan...




:D

P/S: Rabu kan? Kan? Hihi~

Stori Mori Selatan Semenanjung Part 3: (Stulang Laut) Check In, dan jumpa orang 'sana'. :D

Singapore Trishaw
Lepas berpisah dengan Kak Ayu dan Kak Zakie, GB pun gerak ke JB...

*

Dalam pukul 3 lebih cemtu baru sampai Heritage Hotel kat area Stulang Laut. GB book hotel ni online disebabkan hotel-hotel lain suma dah fully booked. Macam biasalah: GB selalu terlupa nak book awal. Last minit baru teringat hotel tak book lagi. Tu pun nasib baik ada, dibuatnye takde? Tido mesjid la jawabnya. Hahaha!

Hotel ni tahap ok ok je la.... Setakat nak buat tido je....kire ok je la...walaupun kalau nak diikutkan banyak nak komplen. Hotelnye mengadap laut, nampak Singapore. Mungkin in the future it will turn out to be better sebab masa kitorang sampai tu masih ada part yang under renovation. . Untuk backpackers atau single travelers, sesuai la kot. Tapi kalau kawan-kawan plan nak berhanimun - pilih le hotel lain ok! Dah, malas nak cerita lelebih. Heheh.

*

Sebelum tu GB dah sms-sms dengan 'orang sana'. Kalau ikutkan dah petang macam tu, kitorang plan nak masuk Singapore pagi esoknye aje. So plam untuk habiskan hari tu dengan pusing-pusing JB je. Tapi 'orang sana' insisted to fetch us kat hotel dan bawak jalan-jalan Singapore. Kalau ikutkan GB segan sebab takut nanti akan susahkan mereka. Lagipun dah tentu-tentu kat Woodlands tu akan jem gile punye kan, sebab weekend and holiday season. Tapi 'orang sana' nak jugak. So takpe, GB setuju dan tunggu diorang sampai. Eksaited jugak sebenarnya. Sementara tu kitorang rehat dulu sampai tertido.....zzzzzzZZZZZ.....

*

Pukul 4. 'Orang sana' sms, cakap dah sampai. GB eksaited ok! Tapiiiiii.....kawan-kawan jangan fikir kelaut pulak ye.... heheh...

P/S: Lepas 10 tahun tak masuk Singapore, GB rasa Pulau Singa tu dah banyak berubah. Tapi GB tak gi USS atau Sentosa Island. GB lebih minat nak tengok benda lain. Next entri kite sambung ceciter ye... :D

Tuesday, December 27, 2011

Stori Mori Selatan Semenanjung Part 2: (Senai) Namanya Kak Zakie



Kitorang gerak ke Senai untuk aktiviti peluk cium dengan Kak Zakie seperti yang dah Kak Ayu stori mori di entri ini. Kak Zakie pun ada cerita jugak kat sini. Janjinye kat Kopitiam Cawan kat Taman Impian Senai nun... Kat situ tu laksa Johornye sedap!!! GB tak order tapi. Heheh. Just rasa Shu  punye sebab dia yang order. Shu tu member GB. Tapi Kak Zakie & Kak Ayu panggil dia Ku. Takpe, kite layan aje. Heheh.


*


Kak Zakie ni orangnya lawa. Kulit putih gebu. Senyum manis macam madu. Tapi bila GB amik gambo nye, dia tutup muka dengan henbeg. Siap bagi amaran dalam nada merayu lagi taknak ada gambar taruk kat dalam blog. Wah...lagi strict dari GB ni. GB sendiri pun dah publish a few gambo yang ada muka sendiri disebabkan aktiviti gathering yang berkembang pesat sejak akhir-akhir ni, tapi akak yang ni memang takmau langsung. Agaknya kalau dia ternampak kelibat gambonye di post kat entri ni mau demam sebulan agaknya. Terus merajuk takmo kawan dengan GB dah. Tak pepasal GB kene turun JB pujuk dia dan belanja makan laksa Johor. Silap-silap dia suruh belanja seafood kat KK, lagi naya. Untuk itu, GB batalkan je hasrat nak menaya Kak Zakie. Heheh!!!

*

Masa tengah makan, azan Zohor pun berkumandang. Lepas tu bila abis, pakat-pakat angkat tangan nak baca doa. Umairah lead baca doa. Ye, dia lead. Jangan tak tau. Tapi dia lead baca doa makan la. Hahaha! Comel sungguh! Keletah! Bijak betul anak dara Kak Ayu tuh. Kalau GB kawin umur 25 silap-silap anak GB pun dah besar tu dah. Eheheh....

P/S: Petang tu jumpa orang Singapura. Next entri ye...next entri. Hihihi~

Stori Mori Selatan Semenanjung Part 1: (Kulaijaya, JB) Kak Ayu, Encik Zalie, dan Umairah

Marina Bay Sands, Singapore
(Thanks to WakGelas dan KakakAnon yang tolong ingatkan nama building ni. :D)

Masa GB taip ni GB dah kat KL ye, tengah gigih mencari sesuap nasi untuk menampung perbelanjaan selepas dah balik jalan-jalan Singapura haritu. Heheh. Jadi biar le GB cerita pasal Kak Ayu Citarasa Rinduan tu dulu ye. Lepas ni cerita pasal Kak Zakie pulak. Ni kire blogger-blogger la ni. Dan seterusnya pasal kawan GB (ha..yang ini bukan blogger. :D)  dan keluarganya yang banyak bantu GB dan member di sana. Tapi bak kata beliau, 'we are having fun ok!'. Cool! :D

*

Masa Kak Ayu jemput GB dan member di depan rumah dia, GB terpegun kejap. Lawa weh akak tu! Padahal baru bangun tido tuh. Sebab selama ni kan kite tengok dia punya profile picture kat blog tu aje. Memang la kat profile pic tu Kak Ayu nampak lawa, tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri, beliau (ecehhh) lebih cantik dari dalam gambo.

Ok dah, tak nak puji lelebih. Baru pagi tadi dengar kat Tanyalah Ustaz TV9 pasal pesan Lukmanul Hakim dekat anak-anaknya. Antaranya adalah elakkan memuji dan terima pujian berlebihan, sebaiknya balikkan kembali pujian tu kepada Allah sebab itu adalah anugerah dariNya. Kesimpulannya, En Zalie memang beruntung sebab dapat anugerah Allah yang macam Kak Ayu tu. Dan Kak Ayu pun beruntung sebab dapat anugerah Allah yang sporting dan cool. Dan juga Umairah yang bijak walaupun umur baru 4 tahun.  :D

*

Eh, GB dapat resipi asam pedas ikan mayong Johor style tau. Bukan setakat resipi, siap ada step by step demo. Tapi bukan setakat demo aje, GB sendiri pun ada gak terlibat dalam proses potong memotong bawang untuk menjayakan resepi itu. Pastu Kak Ayu bekalkan asam pedas tu, lauk ayam masak ungkep (betul ke ni?), dan lauk-lauk lain yang seterusnya GB bawak ke seberang tambak dan makan kat sana. Jauh jalannya sampaikan orang Singapura pun rasa tau lauk pauk tu. Bangga tak Kak Ayu? Wink wink!

Walaupun GB sempat duduk kat rumah diorang berapa jam aje, tapi sempat gak makan banyak jugak hasil air tangan Kak Ayu. Bihun goreng. Mee bandung. Lauk pauk untuk lunch. Bertuah perut GB. Eheheh...

P/S: Ada sesapa tau yang beliau ni rajin jugak berkebun? :D

Monday, December 26, 2011

Sebenarnya, GB tak tahu nak letak tajuk apa kat entri ni.


Sebab apa tau? Sebab terrrrrlalu banyak nak diceritakan. GB tahu ramai dah pegi Singapore berkali-kali banyaknya, sebab tu GB taknak cerita benda yang orang lain dah cerita. GB nak cerita pasal benda lain. Lain orang lain point of view nye kan?

InsyaAllah next entri GB akan cerita sikit-sikit tapi takdela berepisod bagai macam entri KK-Kundasang haritu.

Pape pun, I really had a great time kat sana. Walaupun tak sempat cover habis seperti yang di planned, tapi dengan passport di tangan, mau dua bulan sekali jugak GB akan masuk Singapore nih! Hihihi...

P/S: Allah salurkan belas ehsannya melalui pelbagai cara. GB dah jumpa. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Termasuklah di Singapore jugak. :D

Saturday, December 24, 2011

Pukul 4 pagi, Kulaijaya, Johor

Keluarga bahagia yang cool

Pukul 4 pagi tu waktu tibanya kitorang lah. Konon nak gerak siang, last-last 10 malam baru boleh gerak ke JB. Siap tertinggal lagi barang-barang penting. Careless!

*

Terima kasih tapi (ecewah dah slang orang Johor ni) kepada keluarga Kak Ayu, Encik Zalie dan Umairah yang bijak dan keletah tu. Segan (macam biasa) sebab dijamu makan dengan mee bandung dan bihun goreng dan asam pedas ikan mayong dan lauk tempe yang superb tu. Eh? Hihihi...

InsyaAllah pasni kite nak gi jumpa KakZakie sekejap untuk aktiviti peluk cium. Heheh.

P/S: Oh, ada dua phone call yang buat GB nebes harini. Satu dari boss. Satu lagi dari Kak Azie Azah. Tett!!!
 

Friday, December 23, 2011

Tunduk

Musa ornata

Sebagai hamba, hanya Allah lah yang berhak ke atas diri kita. Dia yang menentukan bila kita akan terus hidup, dan dia yang akan tentukan bila kita patut dijemput. Kewajipan kita adalah untuk tunduk dan yakin kepada qada' dan qadarnya.

Semoga Allah beri kesempatan di atas kewujudan kita di atas dunia ini untuk memberi manfaat ke atas makhluk lain, sekalipun kepada sekuntum bunga.

*

Salam takziah kepada keluarga adik Annisa yang telah kembali ke rahmatullah semalam. GB baru tahu melalui entri ini. Sedih kerana tidak berpeluang untuk berjumpa dengannya. Allah lebih sayangkannya. 

Tapi kita semua masih berpeluang untuk membantu adiknya pula melalui cara ini. Ringankan jari untuk klik ok... 

P/S: Semalam mendung dan hujan sepanjang perjalanan GB. Patut lah...

Thursday, December 22, 2011

Epic. Ikon. Dan sedikit pasal cerita tak kisah.

Durio zibethinus - Durian

Orang Malaysia. Penggemar durian khususnya. Kelibat dan baunya. Kisah mereka: Epic.

Bagi penggemar durian, mereka macam ada antenna yang otomatik boleh mengesan kewujudan durian. Kalau terlepas sanggup patah balik. Kalau tak boleh patah balik, sanggup lintas jalan. Semata-mata kerana buah yang berkulit macam dinosaur nih. Sungguh epic!

*

Kisah tak kisah:

GB tak kisah kalau tidur dalam bilik takde aircon, asal jangan ada nyamuk. Tak kisah makan simple asal sedap secukup rasa. Tak kisah tak bermekap asal jangan busuk. GB tak kisah terdengar bunyi ayam berkokok masa bangun tidur, tapi sangat kisah kalau dengar bunyi alarm orang bilik sebelah yang dah bunyi nak dekat 10 kali tapi masih tak reti nak switch off. *nak marah boleh? :D

P/S:  Pasni nak gi cari kelibat ikan toman. Harap-harap jumpa. Heheh...

Wednesday, December 21, 2011

Musim


Garcinia mangostana - Manggis

On the way nak ke site di Chini, nampak gerai kecik jual buah tepi jalan. Terus berenti!

*

Pakcik bagi manggis. Katanya fresh dari pokok. Makan sebijik. Sedapppp....!!!

*

Pastu makan durian pulak sebijik. Fresh baru jatuh dari pokok. Sedapppp....!!!

*

Pastu beli durian. Konon nak bawak balik umah. Nanti balik karang tak lalu dah jalan tuh. 3 bijik 10 hengget aje. Dijamin sedappp....!!!

P/S: Tengah-tengah dok makan tuh boss pulak telepon tanya dah sampai site ke belum bla bla bla. Adeh, potong lah! Boleh pulak dekat gerai buah tu ada line Digi. Sebelum tu harrommm takde line.

Monday, December 19, 2011

Pasca gathering: Ada perkataan 'CERIA' pada gambar-gambar ini!



Well, this time....let the pictures speak pulak.

*

Tapi GB kene mention jugak blogger-blogger yang ada dalam gambo-gambo ni. Kalau kat fesbuk senang boleh main tag-tag: Uncle Dato' LF dan isteri, Uncle Gedek, Bujal, DaddyZZ, Kak Ainoraini, Kak AzieAzah, Kakcik Seroja, Kak Ati Masrif, Acik Erna, Adik Iffah (maknye yang blogger...bukan dia. baby lagi tuh!), dan gB. :D

P/S: Ada lagi gambo yang selamat. Later GB taruk ek. Sok outstesen 2 hari ke Chini. Pehtu Jumaat weehooo cuti!!! Kalau kat Chini tu line broadbandnye oke....GB update lah lagi. :D

Pasca gathering: Kenapa dalam banyak-banyak memory card, virus mesti pilih memory card GB?



Bila tengok suatu event di mana semua orang pakai name tag dengan nama pelik-pelik, semua boleh jadi tukang masak, semua pegang kamera dan mengetik sana sini macam paparazzi hatta gambo makanan pun semua disnap, semua orang beramah mesra macam dah kenal lama walaupun sebenarnya baru 1st time jumpa, bila semua orang macam tetamu dan semua orang macam tuan rumah...tahulah awak orang bahawa mereka semua itu adalah blogger. Heheh.

Seronok bergather-gather sekali sekala macam semalam. Thanks to uncle Dato' LF dan isteri sebab sudi beri tempat untuk kitorang bersilaturrahim dan makan-makan sampai terduduk. GB lambat sampai (maaf.... :D). Menu pun lari jauh. Konon nak bawak apam indon, last-last baca mentera terbalik kat tongkat sakti, maka terjadilah bihun goreng. Hihihi...

*

Gambar ada, macam biasa. Tapi bila balik, masa transfer gambo masuk laptop, baru perasan banyak gambo yang dah hilang dan tak boleh view terus. GB syak memory card kene virus atau mebi efek heat atau magnet dari mana-mana. Gambo gathering yang masih ada tu terus ditransfer masuk ke laptop sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Tapi stok gambar 2 minggu yang selebihnya - hilang. Termasuk la gambo site. Waduh....tak pepasal kene gi lagi sekali sebab nak amik gambo. Selalunya tabiat GB adalah terus upload masuk komputer lepas dah snap-snap, tapi yang gambo yang diambik sejak 3 hari lepas tak sempat nak upload terus sebab sangat bizi. Sedih sebab kene buat keje dua kali, tapi redha. Ada hikmah le tu. Heheh!

*

Anyway, semalam adalah sangat seronok. Terima kasih kepada semua. Pasal memory card dan gambo yang hilang itu? Alah, small matter. Everyone should lose something in order to gain something. And in my case, the memory and friendship built are far more precious than the lost. Tapi dalam hati berharap jugak la yang gambo-gambo yang hilang tu akan muncul balik. Hahaha!!!

May Allah bless us all. Amin. :)

P/S: Oh ye. Cool kan sume orang pakai name tag yang bertulis nama blog memasing? :D

Saturday, December 17, 2011

Ku Menunggu



Walaupun dalam website tulis sejam je passport dah boleh siap, tapi ini sebenarnya urusan setengah hari juga. Ramai gile orang.

*

P/S: Selamat Hari Sabtu kawan-kawan. Esok GB ada di sini. Jumpa jom!

Friday, December 16, 2011

Kadang-kadang kan, jalan kaki lebih best dari berkereta


Istana Kehakiman Putrajaya

Tadi kan, GB nak pegi Jalan Ipoh. Pehtu sangkut kat jammed dekat KL. Dataran Merdeka tutup sebab besok ada event. Kene la kitorang melencong ikut Lebuh Pasar. Pastu ntah cemana boleh pulak terpegi sampai ke Jalan Parlimen pastu patah balik nak ke Jalan Raja Laut.

Banyakkkk benda best untuk ditembak kat sekitar KL ni yang kite susah nak nampak kalau berkereta. Kalau jalan kaki, merata ceruk boleh nampak.

*

Disebabkan tu maka GB pun lalu kat kawasan Taman Tasik Perdana. Terus terimbau masa zaman studi dulu. GB pernah sukat berjalan dengan Puan Bestie Fatin Mraz dari Sogo ke Taman Tasik Perdana, pastu patah balik ke Sogo, gi Jalan Masjid India dan terus ke Pasar Seni. Amik-amik gambo, sebijik macam tourist. Tapi lepas tu kene hantar filem gi cuci kat kedai la...heheh...

Rindunya waktu tu..... :D

GB memang suka berjalan. Literally. Tapi bila kawin nanti GB takdela nak jalan-jalan macam tu dah kalau asben tak bagi... (tau takut! hahaha!!!)

P/S: Semalam masa tengah minum dengan Tina dan Azreen, tetibe ada suatu suara menjerit memanggil gadisBunga!!!! Pergh, macam drama! Hahaha!!! Nak tau sapa? Jeng jeng jeng....

Thursday, December 15, 2011

Rojak



Ye. Harini GB rajin. Rajin hapdet. Heheh.

Sebenarnya GB tengah blank. Tengok plan sejam, lepas sejam macam tu jugakla rupa dia. GB tengah takde idea - maksudnya GB kene gi cuti. Cuti tak semestinya kene pegi keluar negara atau ke negeri sebelah. Tapi kalau dapat apa salahnya kan? Heheh....

*

Tadi GB bersiar-siar kat taman opis GB ni. Cari idea konon... Ada satu lorong kalau kita pegi, dia menaik bukit, lepas tu nampak Menara Telekom tersergam depan mata. Macam mana GB boleh tak perasan selama ni.... Tapi tadi mendung la, dan kamera pun tak bawak. Dah la sekarang ni musim hujan. Nanti kalau cuaca cerah GB akan cuba tembak dan share kat sini.

**

Dalam seminggu kebelakangan ni ada dua ekor burung kuning berparuh pink selalu terbang-terbang depan opis GB. Tapi..asal dia landing kat port baik je, mesti GB tengah bizi la...ataupun bateri kamera tengah caj la..last-last diaburung terbang cemtu aje. Tak dapat nak amik gambo baekk punye. Dapat tu dapat la tapi gegar la. Hangin... Saiz dia lebih kurang macam burung gagak. Ada sesapa tau nama dia? Bulu kuning paruh pink saiz gagak ye....huhuhu~

***

Semalam GB jumpa kawan yang comel bermata bulat tu kat klenet dia. Telinga GB tersumbat. Lepas dia usha-usha dengan kamera Mission Impossible dia, katanya ada jerawat 2 bijik dalam telinga GB. Isk. Bahana makan udangkah? Kihkih! Sudahnya dapat antibiotik - ok, GB cuba abiskan. Huhuhu. Tapi semalam tak dapat berbual panjang dengan dia, padahal banyak kot nak borak. Ye la...orang lain pun sakit jugak tengah tunggu turn. Wuwuwu....

****

GB nak amik gambo kilat. Tapi belum dapat. Haritu haritu gigih jugak standby kamera masa tengah driving kot kot kilat nak muncul. Masa tu memang musim selalu kilat. Tapi tak dapat lagi so far. Dengan alignment kete yang tak berapa nak balanced, dengan nak kontrol kamera lagi kat sebelah tangan, so at the moment....takpe. GB hold dulu. So sekarang ni GB berserah kepada nasib saja. Harap dibernasib baikkan lah GB nak tembak gambo kilat ye. Huuu...

*****

Bila bizi ni kan, GB selalu tak dapat catch up dengan member-member. Sebab tu dalam minggu lepas dengan minggu ni GB cuba catch up dengan seramai mungkin member. Bayangkanlah...banyak stori mori yang dah nak basi tapi GB masih tak tau lagi. Kadang tu ingat member masih tengah couple, tup tup rupanya dah breakup. Siap dapat message kat fesbuk untuk update GB apa cerita. Itu belum lagi pasal member yang dah beranak dua tapi anak 1st nye pun GB belum jenguk lagi, padahal rumah bukan jauh pun. Duh....GB...GB....

Tapi drawbacknya pulak....hari-hari GB balik lambat sikit ke rumah. Kesian pulak kat mak. Siap mak marah tahi lalat kat dua-dua tapak kaki GB ni sebab asyik nak berjalannnnn je keje. Tapi takpe mak, musim catch up meng catch up ni dah hampir berakhir. Pasni boleh la beronggeng kat rumah pulak. Huhuhu...

******

GB tengah usha-usha pamphlet Tourism Malaysia belah-belah Pantai Timur nih, dan pada masa yang sama dah book hotel untuk jalan-jalan sambil menembak kat Singapura next week, dan tak lupa jugak event blogger gathering Ahad ni kat rumah Dato' LF. Oh, Sabtu ni GB kene beli bahan buat makanan nak dibawak ke gathering tu. Kalau GB tukar menu, kawan-kawan tak marah kan....? Heheh.

Kepada yang pegi....kita jumpa di sana ya. :D

P/S: By the time GB abis menaip ni, idea masih belum nak datang. Hihihi...

Baby shiape ni.....? :D

Hai! Nama saya Adik Iffah! :D

Ehem. Mak dia kat sini ha.... maaf mak Adik Iffah...saya tak mintak kebenaran. Tapi harini mood saya nak berbaby. EH????

*

Semalam kan, GB terfikir ni: Senang je nak ada baby sebenarnya. Kawin, pastu tunggu 9 bulan, pastu bersalin, pastu tunggu 2-3-4 bulan, baby dah makin besau, meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi, tup tup dah beso. GB tengok kawan-kawan macam tu - tahun lepas single mingle lagi, tetiba tahun ni dah ada baby, tahun depan baby dah beso, tup tup dengor pregnent lagi. Alangkah bahagia....

Tapi lepas tu kan, GB pasrah..... Proses nak kawin tu la yang paling susah sekali!!! Calon asben, di mana kamu???? Nak ada baby!!!

P/S: Errr...tak emo kan? Tak kan? Hihihihi~


Wednesday, December 14, 2011

Kisah kucing yang dah beranak 4-5 kali tapi sekor pun anak dia tak hidup

Tak bernama


Kisahnya seperti macam kat tajuk tu lah...

Ini bukan kucing family GB...kucing jiran sebenarnya.

Tapi tuan asal kucing tu dah pindah, tinggalkan dia, pastu pass kat orang yang baru duduk kat rumah tu pulak.

Dah jadi pet turun temurun dah dia...

Dia pernah beranak kat bawah sofa rumah GB. Bukan sekali, tapi dua kali. Euwww.... ayah yang cuci segala...tapi anak dia hidup tak lama. Mungkin sebab dia tak jaga pantang larang masa pregnant kot? Anak dia mati pun ayah GB yang tanam. Hu~

*

Sekarang ni keje dia asyik lepak atas bumper depan kete GB tiap kali sampai rumah. Enjin tengah panas-panas suam, tu yang dia suka kot.

Apa-apalah kucing tak bernama...asalkan ko bahagia.

P/S: Pagi tadi nampak kucing jantan kejar dia. Jangan kau pregnant pastu beranak lagi bawah sofa dah lah~

Tuesday, December 13, 2011

007

Monochoria vaginalis (Heartleaf false pickerelweed)

Cerita balik pasal nombor. Uncle Gedek cakap Gadis Gedek tu serupa macam Gadis James Bond 007 tuh la lebih kurang kan....

*

Nak tau tak....angka giliran GB masa amik PMR dan SPM dulu kebetulan adalah 007. Siyes, tak tipu.

Kalaulah boleh GB cari balik tag angka giliran dulu-dulu....

P/S: Ye...bila tengok-tengok balik gambo-gambo dalam hard disk..ada satu gambo ni GB snap masa mileage was 89,898. Rupanya GB memang suka nombor. Huhuhu~

Update: Bukti angka giliran SPM dan PMR GB adalah 007 dulu ada di entri ini yer...

Monday, December 12, 2011

Apa ada pada nombor?



P/S: Semua di snap masa tengah jammed kaw-kaw. Sengaja pilih jalan yang jam sebab taknak terlepas mengetik masa nombor cantik naik. Lambat sampai rumah, tapi puas hati. Hu~



Gadis Gedek



Will the real Gedek please stand up? ;D

P/S: Keyword searchers pun boleh menhiburkan hati juga. Selamat hari Isnin kawan-kawan!

Saturday, December 10, 2011

1 Plastik Hitam - Bukan Sebarang Teater


Anas Ridzuan dan Fazleena Hishamuddin dalam satu babak teater 1 Plastik Hitam

Semalam GB dengan Tina sempat tonton teater 1 Plastik Hitam ni kat Stor Teater, DBP. Sarat dengan humor yang real, dialog yang takde dalam skrip pun ada, interaksi rapat dengan penonton, padat dengan mesej dan pastinya lakonan terhebat dari penggiat-penggiat teater yang komited ni. 


Bayangkan ini - Pahlawan perkasa berkasut tumit tinggi adalah satu dalam sejuta. Dan bagaimana pula dengan seorang graduan muflis yang minum air rendaman ijazahnya sendiri? Dan seorang budak sekolah dengan laptop mahal jenama Pear nya? Busker busuk tapi pandai menyanyi. Dan wanita berpurdah yang tertinggal baby?


Dan paling penting, jika ada yang menyangka teater ini adalah sekadar satu lagi pementasan - kite pegi, beli tiket, masuk, tengok, dan balik - anggapan itu adalah silap sama sekali. 1 Plastik Hitam adalah lebih dari itu kerana kita sebagai penonton adalah terlibat secara tidak langsung dan merupakan sebahagian watak dalam teater berkenaan. Bagaimana? Tak percaya? Sila tonton untuk merasakan pengalaman ini. 


*


Satu perkataan yang boleh GB simpulkan selepas teater selesai - menakjubkan. MASK Team sangat memahami jiwa mereka yang nak lari dari teater conventional. Terbaik!!!


P/S: Untuk lebih detail, boleh tengok kat entri di blog salah seorang pelakonnya Fasyali Fadzly ni sini. Atau kat blog Aloy Paradoks (pelakon teater tu jugak) di entri ini. Kat fesbuk pun ada. Klik saja sini untuk info detail. In fact diorang ni dah selalu masuk paper pun sekarang. Kalau gugel 1 Plastik Hitam pun banyak result keluar. 

Friday, December 9, 2011

Sape nak tengok kamera cap ayam GB?



Tadaaaa...!!!! Pernah tengok brand ini?

:D

*

GB beli impulsively kat Tesco Sungai Petani setahun lepas sebab Canon A400 GB yang lama sudah tamat riwayat. Gambar terakhir yang sempat jadi kenangan GB bersama arwah Canon tu ada dekat entri ini. Kebetulan pulak musim raya...rasa gigil semacam tangan ni bila takde kamera. Heheh. Pastu lepas recce dalam 15 minit, try amik gambo sikit, GB beli terus. Tak mahal. RM399 je. (Sekarang ni Canon A2200 pun rege RM399 juga, huhu). 

Apa punca GB beli? Sebab hasil dia cantik walau brandnya tak glemer. Siyes GB dah tak sempat nak recce lama-lama sebab nak kejor time. (Niat asal masuk Tesco tu sebab nak beli air mineral je pun...) Nak tengok entri pertama dengan gambar dari Cap Ayam tu? Ada kat sini. :)

Dan lepas tu Cap Ayam itu lah yang setia temankan GB ke mana-mana sebab saiz dia kecik, besar kredit card je. Pastu tak tebal sangat. Hasilnya cantik walau amik gambo close up. Dan paling penting senang GB nak amik gambo kat mana-mana walaupun masa tu tengah driving. Walau ada drawbacknya, tapi GB tetap sayang kat Cap Ayam. Eheheh..... 

*

Pastu bulan lepas GB beli sebijik Lumix GF3 (sepertimana yang dah pernah GB tayang kat entri ni) dan bukan sebijik DSLR walau dah diracun-racun baekkk punye oleh DaddyZiyyad. Sorry doc, takleh bergeng EOS la kite. Hihihi. Punca? Sebab GB nak kamera yang lebih powerful daripada compact digital, nak yang ada sensor besau, result gambar macam DSLR, tapi taknak yang saiz besau sebab stail GB ni suke benau berkepit dengan kamera. Plus, GB nak kamera yang boleh view kat LCD screen sebelum snap. GB belum biasa amik gambo tak tengok kat screen (mungkin sebab hobi suka amik gambo impulsively ni lah kot...). Dan gambo pertama dengan Cik GF3 adalah bunga orkid yang GB taruk kat entri ini. Bermaksud sebelum entri tu, semua gambo adalah di captured menggunakan Cap Ayam. (Kalau rajin klik le link-link yang GB bagi tu sebab dia akan bukak kat window berasingan...ngeee).

*

Bagi GB, walau dah ada buah hati baru, compact digital Cap Ayam tetap ada kelebihannya. GB boleh amik gambo dari sudut-sudut yang tak dapat dicapai oleh GF3. Jadi kita boleh tengok dari angle yang tak dapat kamera besar capture. Even kamera handphone pun ada kelebihannya. Kesimpulannya, sayangilah kamera-kamera anda. Eheheh....

P/S: Dah lama GB nak buat entri ni sebenornya, tapi asyik bertangguh sebab nak perabih entri KK dan hal-hal lain yang tak dapat dielakkan. Jadi dengan adanya entri ini, harap telah menjawab persoalan kawan-kawan sejak dulu tentang kamera cap apakah yang telah bertakhta di hati GB. Ecewahhh! Ada soalan? Boleh tanya kat kotak komen ye...hihihi~

Thursday, December 8, 2011

Otai itu Old Timer. Kan kan?


Bila wak otai turun padang, banding dengan gB yang baru nak belajo...terhendap-hendap la budak gB yang baru nak belajar tuh sambil gigih mencuba supaya gambo KLCC dia takde noise banyak sangat, tapi tolonglah sedar yang budak gB tu takde tripod, sebab tu terpaksa jugak pakai setting ISO tinggi sebab nak harapkan tangan yang steady tu...alamat gegarlah......Ergh! Ok, masuk 'tripod' dalam wishlist sekarang!

Bila tengok gambar dari kamera seorang otai, malu gB nak taruk gambar ni. Tapi ok la dari takde...heheheh. Kawan-kawan nak tengok otai punye gambo yang superb tu? Sini meh.... :D

Tapi wak itteww dan drSinga kata gB pandai amik gambo. Hihi, time kaseh!!! Tengkiuuuuu....(terharuuuu...!) :D

P/S: Bukan setakat nyamuk, tikus mondok dengan cencurut pun ada kat situ! Isk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...