Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Wednesday, November 30, 2011

Selingan: Makin kudengar, makin kuat keinginan dan rasa tak sabar. Isk!





Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku



Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung



Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti



Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya



Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


P/S: Kenapa Ombak Rindu? Sedangkan jujur nak bagitau ni, novelnya GB cuma sempat baca separuh. Heheh. Tapi GB adalah peminat tegar Maya Karin. Dan juga peminat Osman Ali sejak filem Anak Halal. So hopefully GB akan dapat lihat satu lagi keajaiban dalam sentuhan pengarah ini. Esok, insyaAllah.

P/S 2: GB tak sihat semalam. Food poisoning. Dan yang pelik tu, perasaan jiwang dan rasa nak nangis sorang-sorang makin bertambah-tambah pulak. Sebab sakit ni ke, atau sebab apa? Huuu~

Saturday, November 26, 2011

Keajaiban KK: Day 3 - Tamparuli lagi, Bundu dan Nasi murah



Masa on the way balik ke KK, kitorang singgah lagi sekali di Pekan Tamparuli. Reason sebenarnya sebab nak cari makan. Lapar dah weh. Cari port. Kedai makan bawah Jambatan Tamparuli yang femes itu. Macam layan jugak la sebab suasana dekat dengan jambatan gantung, tepi sungai dengan hujan renyai-renyai.....syahdu je rasa, heheh.

Then lepas makan nasi (ye, GB langgar diet di sana heheh) yang regenye murah yang amat (nasi, ayam, terung = RM2.50 je kot), GB masuk pasar dan beli sedikit barang yang mak pesan yakni ikan masin, heheh. Yang mak tak pesan pun GB beli juga. Buah bundu yang rare, siyes GB tak penah nampak. (Gambar paling bawah kanan). Bau dia kuattttt sangat tapi since Justyle & Hubert nampak macam keterliuran, GB pun beli sebijik sebab nak rasa. Tapi dengan bau yang kuat cemtu GB musykil, lepas ke masuk dalam flight ni....?

Anyway makcik penjual buah tu ada tolong balutkan dengan surat khabar berlapis-lapis tapi baunye tetap keluar juga. Isk. Cemane ni ek...GB ada terfikir kalau baunye tetap kuat bila sampai airport nanti, GB nak bagi je buah tu kat Jane (Sumandak Kinabalu) sebab takut mengganggu orang lain nanti. Tapi takpe, masih ada beberapa jam untuk GB fikir cemana caranya since malam tu GB akan terus dihantar ke airport.

P/S: Pasni kite gi kampung air. Weeeee....!!!! *Eh jap, duduk di KK 2-3 hari tu, GB dah reti makan cili cukanya tau. Rasa ada sikit-sikit macam sos kat Nando's. Heheh~

Friday, November 25, 2011

Keajaiban KK: Day 3 - Kinabalu Park



Hari terakhir di Kundasang. Selepas check out dan melayan syahdu sebab malam tu dah tak tidur kat Kundasang lagi, kitorang pegi breakfast kat tempat biasa dan kemudian jalan dalam Kinabalu Park dulu sebelum turun ke KK. Kinabalu Park ni adalah World Heritage, maka teramatlah rugi kalau dah gi KK tapi tak ke sini. Sedangkan mat-mat saleh lain sume pakat-pakat nak datang sini, ini kan pulak kite orang Malaysia. Dalam Kinabalu Park ni ada nature trail untuk kite jalan-jalan masuk hutan, ada botanical garden, dan paling penting kalau nak panjat Gunung Kinabalu, sini ada starting pointnya, iaitu Timpohon. Sayang sedikit GB tak gi Timpohon haritu sebab tak boleh spend banyak sangat masa kat sini, nanti nak turun KK dan ada pulak aktiviti lain nak buat kat sana. Tapi masa 1st time datang GB dah pegi so takdelah rasa kempunan sangat. Lepas jalan-jalan masuk hutan limpas sungai (limpas=lintas) amik gambo bagai, kitorang pun gerak ke bawah. Turun ke KK untuk teruskan dengan plan ke Kampung Air Tanjung Aru dan sedikit aktiviti shopping.

Mak aiii...satu perenggan je?? Semput taip!

P/S: Esok GB taruk pics kat Kampung Air. Banyak gambo menarik kat situ so tengah memikio nak buat kolaj atau taruk gambo lebih dari satu macam dalam entri sebelum ni? Lemme think first aaaa.....

Thursday, November 24, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - (Entri edisi khas) Ini adalah apa yang kita akan nampak di depan Kinabalu Pine Resorts



Selepas ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea Garden, kitorang ke Pekan Ranau untuk cari makan. Dan lepas itu gerak pulang ke resthouse. Masa on the way ke resthouse, terpandanglah kitorang akan view yang sungggggggggggggguh majestic ini.

Untuk info, waktu pada masa tu adalah lebih kurang pukul 5 petang. :)

P/S: Percaya tak yang GB akan ke sini lagi semata-mata untuk pemandangan ini? :)

Wednesday, November 23, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - Nature lovers, let's take a walk at Poring Hot Spring Park


Poring Hot Spring ni sebenarnya adalah sebahagian dari Kinabalu Park. Jadi dah tentu la di dalamnya ada lebih dari sekadar kolam air panas. Kolam air sejuk pun ada. Tapi bukan setakat kolam air sejuk je...canopy walkway, pusat konservasi orkid, taman tropika, taman rama-rama, air terjun, gua, dan banyakkkk lagi - semua ada! Kalau betul-betul nak menikmati kawasan Poring Hot Spring ni puas-puas, GB nasihatkan spare satu hari suntuk untuk Poring sahaja. Half day pun boleh laa...tapi kalau setakat 1-2 jam mungkin tak cukup untuk cover the whole area.

GB tak mandi air panas. Air sejuk pun tak. Masa 1st time GB ke sini beberapa tahun dulu, GB tak mandi juga sebab segan la kolamnya terbuka. Tapi boleh rasa wap-wap panasnya kena kat muka. Batu-batu di sekeliling kawasan tu semua ada haba suam, kalau jemur baju kompem kering. Sekarang ni pun sama, kolamnya terbuka juga. Tapi kalau tak silap GB kolam tertutup pun ada dah sekarang kalau nak mandi-manda sampai masak...heheh~

Poring ni sebenarnya bermaksud 'buluh' dalam dialek Dusun. Nampak tak gambo buluh tinggi-tinggi kat atas tuh? Ha...itu la poring. Heheh~

Hot spring (kolam air panas) yang kaya dengan sulfur ni sebenarnya adalah hasil dari gunung berapi yang kurang aktif atau yang tidak aktif lagi. Cuak kejap bila tau pasal fakta ni: ada gunung berapi ke kat sini? Haha, dah tentu la takde. Cuma aktiviti volkanik sejak jutaan tahun dulu masih boleh membentuk kolam air panas. Aktiviti volkanik yang sama jugalah yang membentuk Gunung Kinabalu.

*

GB ke sana sekejap aje. Cuma sempat jalan-jalan tepi kolam air panas terbuka dan terus ke Taman Rama-rama. Bayaran masuk di pintu utama adalah 3 hengget bagi dewasa. Tapi itu cuma bayaran untuk mandi kolam air panas atau kolam air sejuk saja. Dan jugak untuk trekking terus masuk hutan kalau nak pegi ke air terjun. Tapi kalau nak masuk Taman Rama-rama atau nak naik jambatan gantung, ada tiket lain pulak. Kene la bayo. Untuk masuk Taman Rama-rama, kene bayo lagi 3 hengget. Pendek kata semua pun kene bayolah!

Taman Rama-rama kat Poring ni taklah sebesar yang dekat KL punya, tapi worth a visit la. Banyak juga spesis rama-rama dan kupu-kupu kat sini. Kite kene standby kamera je dan bila ada peluang baekkk punye, terus snap!

Sayang jugak tak dapat cover abis area Poring ni. Tapi nak buek cemano...masa terhad. Flight den cumo delay 2 jam yo, kalau delay 1 hari, boleh la den cover Poring pueh-pueh.  Tapi kalau betul delay satu hari memang hangit la handphone GB sebab boss asyik call. Heheh~

*
Ok. Next stop, Sabah Tea Garden.

Eh, dah cerita semalam lah...hahaha!

P/S: Untuk makluman, GB ke sana bulan lepas. 4 hari saja pun. Tapi atas banyak sebab maka entri tentang jalan-jalan kat KK-Kundasang ni diupdate lambat. By the time GB dok nulis pasal entri jalan-jalan ni, GB terasa nak gi bercuti lagi sebab keje ni bikin stress banget!!!

Tuesday, November 22, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - Sabah Tea Garden


Kawan-kawan pernah minum teh Sabah? Itu teh faveret GB. Kalau terasa nak minum teh, GB akan cari teh Sabah sebab lepas minum GB tak 'berangin'. Kalau teh jenama lain, biasanya perut GB akan meragam lepas minum. Angin banyak kot heheh~

Jadi bila GB tahu yang ladang teh Sabah ni ada je kat Ranau, GB dah masuk siap-siap dalam plan. Sebenarnya lepas Kundasang War Memorial, GB ke Poring Hot Spring dulu pastu baru ke ladang teh ni. Terskip pulak. Tapi takpe, esok GB taruk entri pasal Poring ok.

*

Kitorang sampai kat ladang teh ni dah agak tengah hari. Panas cuaca hari tu walau kadang-kadang ada juga awan mendung macam nak hujan, tapi tak hujan pun. Kene lalu kat jambatan kayu (tengok gambo) untuk naik bukit ke ladang teh tu. Sebenarnya GB expect scenery nya adalah lebih kurang atau lebih cantik dari ladang teh di Cameron Highlands. Maklum sajalah kelilingnya ada gunung-ganang. Tapi sayang sikit sebab pokok teh di sini tak berapa nak cantiklah. Mungkin sebab pokok teh kat sini memang 100% bebas pesticide so pokoknya nampak tak lawa.

So pendapat GB, view kat ladang teh di Cameron Highlands adalah lebih cantik. Jujur nih.

**

Tapi takpe. Nasib baik ada restoren yang ada decking, so boleh duduk minum sambil tengok view gunung ganang. Order teh Sabah perasa pandan ais. Pergh...memang sedap, pekat, melekat! GB jarang order minuman berais tapi sebab panas dan dehydrated, haritu GB order saja. Tempat tinggi macam ni nyaman dan sejuk bila tak kene cahaya matahari je, tapi kalau tengah hari memang panas betul sebab matahari macam direct kene kat kita. Nasib baik GB pakai sunblock kaw kaw, tu pun hitam jugak bila balik KL. Huhuhu~

Tetibe membebel. Heheh~

***

Di kawasan yang sama jugak, ada memorial garden lagi. Private Allan Quailey Memorial in Ranau namanya. Kalau nak tau ceritanya cer gugel. Tapi gardennya kecik kiut aje.

Anyway, GB yakin ladang teh Sabah ni akan di upgrade supaya jadi lebih indah. Kalau kawan-kawan ke Ranau, pegi la visit. Tak rugi pun. Lagipun boleh beli souvenir teh Sabah berbagai jenis yang GB tak pernah jumpa lagi kat Semenanjung ni.

Ok. Penat. Petang dah. Masa turun baru memasing rasa lapar. Belum lunch lagi. Jadi sebelum gelap baik gerak cepat. Tapi nak singgah pekan Ranau dulu. Cari makan derr...

P/S: So lusa GB akan share view terrrrrrbaikkkkkk yang dapat GB capture sebelum balik ke resthouse. Lusa tau, sebab esok GB nak taruk gambo kat Poring sikit. :D

P/S 2: Tahniah Harimau Muda. Even sebelum menang penalti semalam pun, mereka secara psikologinya, sudah menang. :)

Monday, November 21, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - Kundasang War Memorial Park



Satu perkara yang GB perasan ni KK-Kundasang, ada banyak Taman Peringatan (Memorial Park) di sini. Di Kundasang ada, di Ranau (dekat dengan ladang teh Sabah) pun ada, di KK pun ada. Tapi frankly kan...bila kat sini sebenarnya GB lebih banyak cari angle untuk shot dari baca tentang sejarah perangnya. Mungkin sebab GB tak berapa minat sejarah kot. Tapi at least kite tau la kenapa diadakan taman peringatan. Kalau kawan-kawan nak tau sedikit sebanyak pasal taman peringatan ni, silalah baca kat sini.

Basically kawan-kawan boleh tengok gambo untuk tau sedikit apa yang ada di sana. Tapi gambo-gambo yang GB taruk tu tak la menggambarkan keseluruhan memorial park ni sebab ada banyak lagi shots lain di banyak lagi sudut lain yang menarik, yang GB tak taruk sebab nak reserve untuk entri lain di masa hadapan. Tapi kat fesbuk GB ada taruk semua gambo. :D

Bagi peminat sejarah, landscape architects (banyak idea design kat sini!), kaki foto dan kaki posing, GB rekomen tempat ni kalau kawan-kawan gi Kundasang. Sebab selain dari memorial park tu sendiri yang menarik, dari situ juga kita boleh nampak view rumah-rumah kampung lereng gunung yang best sangat! Dan GB beruntung sebab cuaca time tu sangat baik, cerah dan langitnye biru...!

P/S: Pasni kite gi Ladang Teh Sabah pulak. Entri esok ek...

Saturday, November 19, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - (Jom sambung) Moooooo di Desa Cattle Farm



Sambungan dari sini. Lama sungguh berhibernasi baru la ada mood nak sambung.

*
Sedikit ringkasan:

Hari ke 2 di Kundasang. Selepas breakfast dan mencuri sedikit pemandangan (ecewah!!) di Rose Cabin, kitorang gerak ke Desa Cattle Farm. Tengok lembu bikin susu. Eh?

**

Tiket masuk ke sini adalah 3 hengget je sorang.  Apa yang 3 hengget tu boleh offer? Eceh soalan... Well, kepada yang belum pernah sampai lagi...sila baca ni. Kalau malas baca, nak tengok gambo kat atas tu je pun boleh tapi rugi la sebab gambo tu sikit je baru. Heheh.

Desa Cattle Farm ni sebenarnya ladang ternakan lembu tenusu yang letaknya di Kundasang. Berlatarkan gunung ganang Banjaran Crocker yang gah, berumput hijau seluas saujana, pagar kayu putih jadi sempadan, ada batu-batu besar bertaburan di serata kawasan, bunga-bunga, kolam-kolam air, burung bangau putih, dan lembu tenusu bertompok hitam putih - tak hairanlah kenapa ramai memilih kawasan ni untuk amik gambo kawen. Feeling ala-ala kat New Zealand kot... Masa GB pegi tu memang la takde la couple amik gambo kawen tapi dengan scenery yang macam gitu...GB pun nak amik gambo wedding kat situ kalau berkesempatan. Bab bau... memang harumlah - adatlah, nama pun ladang lembu. Heheh.

Masa GB sampai tu baru dalam pukul 8.30 pagi. Awal lagi. Lembu-lembu pun tak habis dilepaskan lagi. Puas cari mana lembu? Mana lembu? Sampai kene panjat pagar dawai secara haram untuk dapatkan shot lembu. Tapi udaranya nyaman baaa.... Kalau pegi lambat sikit, panas la. Tapi dalam pukul 3 cemtu boleh tengok lembu-lembu tu beratur untuk diperah susu. Tapi takpelah. Pegi awal pun ok je. Dapat jugak amik gambo lembu. Tak caye? Cer tengok balik gambo di atas. Eheheh....

Selain dari lembu-lembu dan feeling-feeling ala New Zealand tuh, ada jugak la jual susu lembu fresh tapi dalam kotak la. 500ml, dua rasa - coklat dan asli - dengan rege yang murah. GB lupa harganya berapa tapi memang murah. Kurang dari 2 hengget kot. Tapi rasanya GB tak lupa. Sedappppp...! Ada juga jual t-shirt bergambo lembu kalau nak beli. Tapi regenye tak berapa nak murah jadi GB tak beli. Heheh. Lagi ape ek.....

Ha. Amik la gambo banyak-banyak sebab bukan selalu boleh sampai kan...

***

Next, kita turun bawah. Ada satu tempat yang elegan di bawah tu. Kalau nak tahu tempat apa, next entri sila lah baca ye. Heheh~

P/S: Terfikir....lembu tenusu ni kalau buat sate sedap dak? Eh? Heeee~

Thursday, November 17, 2011

L.O.S.T



(Sila baca dalam mode jiwang heheh)

*

The truth is I read most of my friends entries everyday.

But when I look at my own blog, I was lost.

I wish I can do something to overcome this feeling, but I did nothing.

I wish I can hide longer. But I can't.

I was just lost. 

I miss you. Yes, you. All of you. 

Kawan-kawan. :)


P/S: Maafkan kehilangan GB. Terima kasih kepada semua yang bertanya. Kepada yang bertanya, GB telah berjanji, hilang ini hanya untuk sementara saja. Dan kini kembali untuk mengotakan janji. Banyak yang perlu dilunaskan. Banyak sangat. Rindu kawan-kawan. (Ecewahhh berjaya tulis dalam mode jiwang!)  :D

Monday, November 7, 2011

A Jiran in Need is a Jiran Indeed



Adik bongsu GB eksiden.

Dia pitam masa tengah bawak moto. Motonye terlanggar pasu konkrit tepi jalan dan dia tertiarap terus tak sedar. Kisahnya sebelum tu dia baru setel dari tolong hal-hal korban kat sekolah. Mabuk darah kot tengok darah lembu memancut depan mata.

Mujur jiran GB yang nampak dia berenang pengsan atas tanah tu sudi cepat-cepat membantu. Dibawaknya adik GB ke klenet sampai terlupa nak amik selipar. Sudahnya berkaki ayam dia masuk ke klenet sambil memapah adik GB.

Adik GB ok. Pipi kanan je berdarah-darah, yang lain calar balar luka-luka macam biasa. Tapi tadi dia cakap bahu kanan dia dah mula rasa sakit. Minggu depan nak SPM. Alahai....

*

GB bersyukur kerana ada jiran yang sebegitu mulia. Padahal nak kata kenal tak lah kenal sangat sebab memang jarang sangat bersua muka, sebab mereka jiran jauh. Tapi hati yang mulia begitu, Allah saja yang dapat membalasnya.

P/S: Semoga kita mampu menjadi jiran yang baik macam tu.

P/S 2: Selamat hari raya aidiladha kepada kawan-kawan semua. GB sedang mencari momentum untuk sambung cerita tertunggak ni dan buat tag dari CikFiza serta entri hutang untuk blogger itteww...hihihi :D

Friday, November 4, 2011

Break kejap, renung ke meja dan berfikir



Kadang-kadang, kita kisah pasal hal sendiri saja dan taknak busybody hal orang lain, takut orang rimas. Tapi mungkin persepsi orang lain terhadap kita adalah, kita ini sombong dan simply tak thoughtful. Sombong adalah suatu perkara yang GB taknak berlaku terhadap diri GB dan taknak orang fikir tentang diri GB.

Cuma kekadang kita terlepas pandang perkara-perkara kecil yang mungkin akan menyebabkan orang chop kita sombong. Mungkin bila kita bercerita (baca: update entri blog atau status facebook) tentang perkara yang berkisar dalam kehidupan sehari-hari akan buat orang fikir kita sombong. Sedangkan itu sajalah yang ada dalam kehidupan seharian kita, yang kita hadap hari-hari dan kadang-kadang rasa nak share dengan sesiapa yang sudi supaya mereka tahu yang kita masih hidup. (Eh?).

Atau mungkin bila kita tak ucap tahniah atau tegur akan perubahan diri seseorang sahabat akan buat kita dichop sombong. Owh, tak bestnyer!

Atau mungkin kita perlu diam sahaja dan cuma cerita tentang bunga, pokok dan katak? Sigh...

*

Gile direct kot entri kali ni.

Takpelah. Jumaat. Perlu juga break untuk muhasabah diri.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau hapuskanlah dariku segala kesombongan dan bangga diri 
kerana aku cuma hambaMu yang hina yang tak layak berbangga dengan 
segala apa pun yang kau pinjamkan di dunia ini kerana segalanya adalah milikMu jua. 
Kau jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan rendah hati. Amin Ya Rabbalalamin...."

P/S: Tapi nanti GB sambung ye citer sapi di ladang sapi itu, berserta gambar sapinya sekali. :D

Thursday, November 3, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - Bertuah betul lembu-lembu kat ladang sapi ni

Pagar putih ni jadi trademark kebanyakan ladang sapi. Ada terfikir...kenapa ek? Adakah sapi cuma boleh nampak warna hijau dan putih saja?

Masa on the way ke Desa Cattle Farm ni, GB teruja sebab dari jauh dah nampak puncak Kinabalu. Pasti ohsem kalau amik gambar kat ladang sapi tu berbackgroundkan sapi-sapi, padang rumput, pagar kayu putih, dan Gunung Kinabalu terbentang depan mata. Tapi, makin nak sampai, makin tebal pulak awan kat background tuh. Langsung tak nampak...jangankan puncak, gunungnye pun takde bayang. Puas tunggu awan berlalu tapi macam tu jugak. Alahai...tak bertuah GB kali ni. Sapi kat situ lagi bertuah sebab hari-hari boleh tengok. Heheh~

*

Kenapa GB panggil ladang sapi ek? Sebab GB dengar orang Sabah sebut begitu baa.. Ladang sapi...ladang sapi...jadi GB pun ikut sebut ladang sapi. Kire kes sapi punye susu sapi dapat nama lah ni. Only in Sabah. Cool. :D

**

Next entri nanti GB ceciter sikit pasal ladang sapi ni supaya boleh GB taruk gambo lagi. Sebab view kat sini adalah ohsem macam kat New Zealand (walaupun hakikatnya GB tak penah sampai New Zealand lagi). Jadi kene la taruk gambar lebih sikit sebelum move on ke tempat lain pulak. Boleh?

P/S: GB dapat bunga Ixora dari Tihara melalui entrinye di sini. For info, GB suka bunga tu sebab tangkainya manis. Eh? Hihi...tengs dear Tihara. Really love it!

Wednesday, November 2, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - Bila puncak Gunung Kinabalu tersergam di depan mata...



Puncak Gunung Kinabalu. Viewed  from Rose Cabin.

Majestic. Speechless. GB ternganga. Rasa nak peluk. Tapi tangan tak sampai. Eh?

Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah...

P/S: Pasni kite jalan ke Desa Cattle Farm cium tengok lembu. Mooooo~

Tuesday, November 1, 2011

Keajaiban KK: Day 1 - Narrow Escape: GB terselamat dari nahas di Kundasang!


sambungan dari sini...

...kitorang gerak ke Pekan Kundasang.

Pekan Kundasang sebenarnya tengah membangun. Jalan baru dibina. Lebar jalannya. Ada roundabout tapi belum siap. Cuma satu hal....lampu jalan takde...gelap hitam pekat melekat jadinya menjelang malam.

Masa jalan kat situ untuk beli roti dan kopi 3 in 1 for supper, GB terfikir akan betapa bahayanya kawasan ni sebab lampu jalan takde. Tapi malas nak fikir yang buruk-buruk. Cuma lebih hati-hati je. Sebab ada kawasan di situ menurun bukit, walau kenderaan tak berapa banyak tapi kalau ada tu boleh tahan lajunya. Tau sajalah di kawasan tu banyak pikap trak, lori, jadi kalau turun bukit tu pastilah laju kan?

*

Selesai membeli, kitorang gerak ke kereta yang di parking tepi jalan berhadapan dengan gerai-gerai jual sayur, buah dan bunga. Diorang pun tengah siap-siap nak tutup dah tu. Tiba di simpang gelap tu GB terfikir lagi, 'Ishh..bahayanya kawasan ni....gelap! Nak kene komplen kat Majlis Daerah Kundasang nih.'

Elok je melepasi lebih kurang 10 meter dari simpang tu kitorang terdengar bunyi dentuman dan bunyi kaca pecah-pecah. Bunyi eksiden, kompem. Sebab GB dah pernah dengar bunyi yang macam tu beberapa kali. Astaghfirullahalazim....GB terlari dan spontan terpeluk sape ntah kat situ sebab terkejut. Terus kitorang menoleh ke belakang dan nampak sorang motorist ni tengah melambung atas jalan. Jatuh, dan terus pengsan. Kitorang jadi keras taktau nak buat apa.

Kereta langgar motor betul-betul kat simpang yang kitorang lalu tadi!!!! Moto dia? Hanco!

Nak amik gambo? Takde. Dalam situasi gitu GB tak terfikir nak amik gambo. Ada tefikir nak switch on kamera tapi GB sendiri pun menggigil, cane nak amik gambo? Ok lah, GB bukan wartawan.

*
Keadaan jadi kecoh. Mamat motor tu terbaring terus tak gerak. Mati ke pengsan? Cane nak buat? Cane nak tolong ni? Dan dalam kelam kabut tu tetibe ada lori tengah bergerak laju menurun bukit dari arah Ranau. Kitorang panik sebab takut lori tu terlanggar mamat motor tu. Semua orang kaku tak tau nak buat apa sebab kalau nak tarik mamat tu ke tepi, takut patah riuk badan dia nanti.

Time tu la makcik gerai bunga menjerit kuat-kuat ,'Jangan langgar!!!! Ada orang!!!!'

Kuat betul suara makcik tu. Nyaring. Frekuensi tinggi. Sampai sekarang terngiang-ngiang kat telinga GB. Heheh.

Dalam tengah laju tu driver lori perasan ada kecoh-kecoh kat depan dan dia tekan brek cekcepat. Pastu mamat motor terus melompat bangun dari atas jalan dan berlari ke tepi. Phewwww...lega..... Penangan suara makcik jual bunga tu kot.

*

Dan tiadalah kejadian lain yang tak diingini seperti darah yang terpercik atau badan manusia yang tergilis atau  segala jenis bentuk kemalangan susulan yang mengakibatkan kematian. Alhamdulillah.. Kalau jadi mesti tercalar keseronokan GB kat Kundasang.

Apa-apa pun GB syukur banyak-banyak sebab eksiden tu tak berlaku masa kitorang tengah jalan kat simpang tu. Kalau tak.....

**

Malam tu kitorang pulang dengan rasa tekejut yang belum hilang. Masing-masing diam. Lepas beberapa ketika baru masing-masing bukak mulut balik. Dalam hati GB, rasa syukur tak putus kepada Allah kerana selamatkan kami semua.

End of day 1

P/S: Esoknya. Terjaga pukul 6.15. Alamak. Body clock takleh fine tune lagi. Dah cerah. Cekcepat solat Subuh. Mandi. Siap. Dan bermulalah hari baru di Kundasang. Mula dengan breakfast baek punye yang mengadap view baek punye. View apa? *Sila tengok gambar di atas. :)

P/S 2: Panjang eh? Heheh...sekali sekala bercerita panjang-panjang.... :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...