Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, October 31, 2011

Keajaiban KK: Day 1 - Kundasang: The perfect sunset

My best sunset moment is not the one captured. Rare. I only have it captured in my mind. Unfortunately for you guys. :)

Sambungan dari sini ye kengkawan....

Please note that di KK-Kundasang, GB ditemani oleh rakan blogger, Sumandak Kinabalu atau Jane, adiknya Justyle dan kawan beliau, Hubert.

*

Setelah berehat tidur dalam sejam gitu, kitorang pun bersiap nak gi cari makan. Nak makan kat area ni tak susah. GB sungggggguh bernasib baik sebab kebanyakan meal yang GB dapat sepanjang masa bercuti ni adalah sedap-sedap belaka.

So kitorang gi makan kat restoren yang letaknya betul-betul depan gate Kinabalu Park. Disebabkan cuaca dingin dan berangin, makan GB order tomyam campur yang sebenarnya agak weird kalau nak dicomparekan dengan tomyam yang kita dok makan kat kedai-kedai siam. Dalam tu ada taruk baby jagung, taugeh, dan bunga kantan. Weird kan? Tapi rasa dia sedap woo!!!! *Ke sebab GB yang kelaparan atau tak cerewet bab makan? Tapi pape pun, kalau dalam mode traveling ni, tak payah lah kite nak cerewet-cerewet sangat, ye dak? Yang penting, perut terisi. Tapi kesimpulannya, tomyam itu sedap!

Makanan-makanan lain yang diorder Jane, Justyle dan Hubert pun sedap-sedap jugak!

*

Dan...lepas tu....kitorang pun mulalah memburu keseronokan. Hubert drive ke arah Pekan Kundasang, mau jalan-jalan sikit sebelum hari gelap. Cepat betul gelap. Dalam kul 5 lebih tu langit dah kelabu. Sempat witness balam-balam sunset yang ohsem macam dalam gambo tuh. Balam-balam sunset tu makin melebar dan cantik, tapi kitorang tak tunggu sampai gelap betul sebab agak bahaya kalau bergelap di situ. Jalan berbukit, takde lampu dan kereta laju. Bahaya kan?

So lepas tu kitorang pun gerak lagi ke Pekan Kundasang untuk beli sikit makanan untuk supper. Tetibe Jane menjerit, 'GB!!!!' Sambil menunjuk ke satu arah. Opocot tokojut den! Rupa-rupanya Jane ternampak sang matahari tengah landing baikkkk punye tanpa terlindung oleh selapis awan pun! *walaweh bahasa....hihihi~

Time tu kitorang pakat-pakat switch on kamera dan snap snap snap tapi hamfeh sebab kitorang tengah duduk dalam kereta dan takde port baik pulak untuk parking dengan selamat dan kejar sunset yang sempurna itu. Tetibe Hubert buat u-turn dan park supaya hajat kitorang semua tercapai. Cayalah Hubert!!!

Berlari-larian kitorang mengejar sunset. Lori-lori yang lalu lalang pelik tengok gelagat kitorang dan ada yang hon hon.

Tapi satu perkara tentang sunset adalah...ia terlalu cepat berlalu. Walaupun selang masa antara waktu kitorang tengok dalam kereta dengan luar kereta tu tak sampai 2 minit, matahari dah terlindung dek awan. Dah nampak separuh aje. Sayang...sayang....sayang.....sebab tak dapat share keajaiban tu dengan kawan-kawan semua. Jadi GB share saja apa yang dapat GB captured. Masih ajaib bagi GB, sebab bukan boleh tengok selalu sunset yang macam tu.

Dan sebelum gelap makin mencengkam, kitorang gerak ke Pekan Kundasang....

...sok sok sambung lagi....

Kalau rasa GB punye update slow sangat, boleh la kawan-kawan fast forward ke entri ini di blog Sumandak Kinabalu. Dia dah update hari ke-2 dah. Heheh~

P/S: Our eyes are the best lens, and the minds are the best memory cards: combine those both, we already have the perfect camera, created perfectly by Allah. Alhamdulillah.

Thursday, October 27, 2011

Keajaiban KK: Day 1 - Check in akhirnya kat Mountain Resthouse!!!



Akhirnya, setelah singgah menyinggah di sana sini, sampailah kitorang kat Mountain Resthouse.....tempat tidur kitorang di Kundasang untuk 2 malam. Pintu masuknya terletak 200 meter je dari pintu masuk Kinabalu Park. Tempat menginap kat sini biasalah, kene la memanjat dan menurun bukit sokmo. Kalau lutut gegar tu kene tahan la sebab curamnya boleh tahan.

Sebenarnya kalau di luar peak period, boleh je walk in ke sini je untuk check in. Tapi GB ada la book awal-awal pakai talipon dua minggu sebelum ke Kundasang. Tu pun bila sampai, orang kat situ terpinga-pinga. Silap GB kot sebab tak call balik untuk kompemkan beberapa hari sebelum ke sana. Nasib baik time tu bilik memang banyak lagi. Kalau terpergi masa event Climbathon, alamatnya tido kat masjid Kundasang la GB...

*

GB tidur dalam dorm (bilik 3 katil), share dengan Jane. Caj seorang untuk bilik dorm adalah RM20 kalau lebih dari seorang. Kalau conquer bilik tu sorang-sorang kene caj RM30. Bathroom kat luar, tapi ada water heater. Takde la kebekuan masa mandi pagi. Heheh.

Tapi kalau nak bilik yang ada bathroom pun ada gak. Caj RM70 je semalam. Tapi bagi GB asal ada tempat tido pun dah kira ok, sebab siang tu nak gi jalan-jalan, bukan nak memerap dalam bilik. Kalau nak tengok tv dengan caj telepon (only), boleh buat kat lounge. (Tapi GB caj je netbook dan bateri kamera kat situ...hahaha ampun...!). Nak masak pun boleh. Pandai-pandai la kan. Pendek kata tempat ni memang sesuai untuk backpackers. Kalau bawak family pun ok tapi kene cuba biasakanlah dengan tempat yang sangat basic macam tu. Atau try cari tempat tidur lain ke....

*

Ok. Dah check in. GB nak tido jap. Tido di atas awan. Literally ok! Pasni bangun dan cari makan jom.

...sambung lagi nanti....

P/S: Rindu Kundasang sudah!

Tuesday, October 25, 2011

Keajaiban KK: Belum sampai Kundasang lagi.....kite singgah Pekan Nabalu dulu okeh!





…sambungan dari sini


Lepas Tamparuli, kitorang weehooo ke Kundasang. Mau check in cepat! Mau jalan-jalan cepat! Mau tidur di atas awan cepat! Tapi tup tup kitorang singgah sat kat Pekan Nabalu ni. Ada look out tower dan sculpture nanas. Naik atas lookout tower dan tengok view dulu…. Ahhh…breathtaking…..!


….bersambung lagi heheh…


P/S: Sorila kengkawan. Sempat update kecil-kecilan je ni. Nak berselang seli dengan cerite gathering dan wedding CikCeria lagi….last-last terbarai entri lintang pukang. Heheh~

Monday, October 24, 2011

Selingan: Bila bloggers (dan anak-anak bloggers) bertemu




Rest jap citer pasal KK dan Kundasang.

*

Bila bloggers bertemu:


  • Intro diri tak perlu guna nama sendiri. Orang tak berapa kenal. Guna nama blog adalah terbaik. 'Hai, nama saya gadisBunga'. 'Oh, nama saya pulak PutuBambu'. 'Eh, itu Bujal kan??' 'OMG, uncle Gedek!!' (Sekadar menyebut beberapa nama) Hihihi...cool kan?
  • Selama ni tengok anak-anak blogger yang comel dan adorable dalam blog saja. Bila jumpa bebetul, ha amik. Dilanyaknya macam dalam gambo tu! Hahaha!
  • Kalau dalam blog hari-hari muka serius. Bila dah jumpa cenggini mana nak sorok senyum tu uncle oiii....kantoi! :D
  • Kat blog ceciter punye banyak. Rupanya kat luar alahai pendiam pemalu rupanya.... :D
  • Bila blogger dengan blogger bertemu, yang asalnya takde blog pun rasa nak buat blog. Weehoo!
  • Dan banyakkkkk lagi...!
P/S: Terima kasih kepada Kakcik Seroja kerana sponsor tempat berdemonstrasi bertembung, Kak Azie Azah sebagai orang kuat yang dah takde beza dengan tuan rumah, dan pencetus idea, DaddyZZ. Kalau diikutkan, majlis semalam sangat berjaya dan meriah, even Cikgu Roslaini dari Ipoh pun sampai jugak. Ternyata kalau ada keikhlasan dan keinginan, masa dan jarak bukan penghalang. Gambar-gambar akan GB share dari masa ke semasa. :)

Sunday, October 23, 2011

Keajaiban KK: Sungai cantik bagai di kayangan dekat Tarampuli. Eh tak...Tamparuli.

Jambatan Tamparuli - Ada beran? :D


Quick update pasal KK. Nak dijadikan cerita...travel ke KK GB ni ditemani oleh Sumandak Kinabalu aka Jane, adiknya dan boyfriend adiknye yang sekaligus boleh tolong drive kitorang around along my stay kat KK and Kundasang. Complete! Semua dah ok, tinggal nak gi jalan-jalan je dengan nak kena ada tempat tidur je. BAb tu GB dah book awal-awal sebelum ke Kundasang sebab knowing Kundasang, hari-hari macam weekend. Tourists sentiasa ada.

Sahabat-sahabat GB itu memanglah travel mate yang happening sebab GB tak rasa awkward pun walau baru je kenal depa. Spesis GB jugak. Jenis yang drive, stop and walk je kat mana yang rasa nak singgah. Pastu amik gambo berkoyan-koyan. Depa bertiga memang banyak bagi info tentang tempat menarik yang patut GB pergi di samping apa yang ada dalam plan GB. Orang Sabah baaa....tempat depa. Tentulah depa lebih pakar.

Dan disebabkan adanya depa, takdelah GB kene camwhore sendiri depan kamera. Bliss! Jane, Justyle and Hubert - I love you guys!

Keajaiban! Hihihi~

*

Ok. Selepas pusing-pusing KK ala kadar, kitorang gerak ke Kundasang. Kalau nak gi sana kene ikut Pekan  Tamparuli. Penah dengar lagu Jambatan Tamparuli? Kalau tak penah sila usha sini.

Fakta: GB naik sendiri jambatan gantung yang merentas Sungai Tamparuli itu. Normallah, jambatan gantung mesti la goyang-goyang tapi perasaannya hebat! Sungai Tamparuli adalah sungai yang cantik bagai di kayangan. Siyes ni. Ada dua jambatan di situ. Jambatan gantung untuk pejalan kaki dan jambatan untuk kenderaan. Dan di seberang sungai itulah terletaknya Pekan Tamparuli... (to be continued)

**

Sedikit update tentang aktiviti semasa.

Kawan-kawan blogger, jumpa di rumah Kakcik Seroja petang ini ok. InsyaAllah GB akan berada di sana. Bawak kek batik.Heheh. Tapi mungkin sampai Taman Kencana lambat sikit sebab pagi ini GB ke Melaka dulu sebab nak hadir majlis akad nikah Ezwaty atau nama blognye CikCeria. Lepas akad nikah GB challo la sebab nak kejar time. *feeling menteri. Hahah!!

Semalam pulak berhangout dengan kawan-kawan blogger BonekaDalamCermin, MasZuber, Annural dan baby Qallisyah dan Tina Illyani (ok, yang ni bukan blogger. :p)

P/S: Panjang rupanya quick update GB ni. Next entri, GB tayang pic kat Kundasang ye... Sape nak tengok puncak Kinabalu? :D

Thursday, October 20, 2011

Keajaiban KK: Prelude



Kalau ikut planning asal GB nak gi KLIA Jumaat malam tu naik bas atau ERL dari KL Sentral dan tidur sana je sebab flight awal pagi. Taknak susahkan ayah sebenornya. Tup tup tetibe ayah kata nak anto. Jimat 35 hengget. Ihihi. Tapi terpaksa kensel plan nak dating kat KLIA. :p

Bab packing, macam biasa. Preparation ringkas seringkasnya. Toilettries semini mungkin. Mekap bawak yang penting je. Moisturiser siang malam, bedak ronasutra, lipbalm, lipliner dan eyeliner. Baju pun bawak yang basic colours supaya lepas tu boleh mix and match je. Paling penting handphone, kamera, netbook (besar gak ni, kene rembat iPad sebijik nampaknya pasni untuk save space), dan chargers. Sebab memang dah pesen agaknya GB tak suka beg berbondong-bondong masa gi jalan-jalan. So takde luggage yang di checked in, rugi 20kg. Hu. Nasib baik masa balik ada satu. Tu pun beg baju sebab kat tangan dah ada satu beg hasil tangkapan kat KK.

*

Mulanya GB ingat nak travel solo je kat sana. Tup tup sahabat blogger, Sumandak Kinabalu aka Jane yang manis macam madu tu mahu nak temankan GB jalan-jalan KK dan Kundasang. Yeay! Ada kawan! Keajaiban! Jadi kitorang pun buat research sikit pasal transportation dan accommodation dengan bantuan kawan-kawan dan pak gugel. Kalau ikut senang nak gerak dan menyinggah, better sewa kereta je. Kancil pun takpe asal auto, sebab....GB tak boleh bawak kete manual. Ngeee.... Tup tup yang ada cuma Viva auto dengan rate RM120 sehari. Kancil takdet. Kalau kancil mungkin la dapat murah sikit. Tapi GB rasa still better dari naik bas. So GB pun nak book...

Tetibe dalam nak book tu Jane cakap tunangnya bagi pinjam kereta untuk dipakai pusing-pusing KK selama GB ada di sana, dengan syarat, GB yang bawak. Keajaiban! Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan GB. Tapi.....satu masalah timbul.

Kereta tu adalah kereta manual. Ayo! Time tu lagi seminggu nak pegi, takkan seminggu cukup untuk prektis bawak kete manual bagi terer jalan bukit bukau Kundasang tu? Cemana ni???

...to be bersambung...


P/S: Warm up je gila berepisod-episod. Takpe ye kengkawan. Ihihi~

Wednesday, October 19, 2011

KK, Kundasang, dan keajaiban



Masa mula-mula GB book tiket ke KK, GB dah ada beberapa vision in mind. First of all, dah tentu la nak gi Kundasang, nak tengok Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya dan nak amik gambo banyak-banyak. Tak naik pun takpe sebab tak payah susah-susah GB request for helikopter semata-mata nak sampai atas sana (memandangkan GB ni bukan spesis bunga pemanjat). Huhuhu~

Kedua: GB nak pegi Kampung Air di Tanjung Aru. Jalan-jalan atas laut, amik gambar dan tengok life komuniti di situ.

Ketiga: Nak tengok One Borneo dan kondo di Signal Hill. Sebab.....my fingerprints were there. Ok lah, senang citer, dulu GB pernah involve sikitttt je...tak banyak pun..sikittt je dalam projek One Borneo tu. Dan condo di Signal Hill pulak macam my baby. GB handle project tu from scratch (dari meeting coordination dan drawings) sampailah siap 1st level untuk superstructure. GB penah kene maki kaw-kaw dengan client pasal projek tu dan  segala-mala isu berkaitan pun ada dalam tangan GB. Tapi lepas tu GB challo sebab nak keje dengan pokok pulak.

Extra: Kalau dapat shopping, tengok bunga Rafflesia, try makanan tempatan yang takde kat semenanjung - itu bonus bagi GB.

Tapi......tak semua yang GB vision itu GB dapat kalau tiada keajaiban......

....akan bersambung....

P/S: Orang yang gembira senang tercapai cita-citanya kah? Ini soalan ni. :)

Sunday, October 16, 2011

Friday, October 14, 2011

Fallen for GF3

Dendrobium Orchids


Super easy to use.

Yet, 

~Masih bereksperimentasi~

:D

P/S: Kamera cap ayam masih di sisi. Point and shoot camera masih perlu untuk orang yang suka drive sambil amik gambo ni... *hint: DrSinga sampai tak boleh sebut balik apa nama kamera GB. Lupa katanya. Heheh~

Thursday, October 13, 2011

A secret is about to be spilled...





~Buah hati baru...~

:)


P/S: Don't worry. I will reveal my kamera cap ciken soon. :D

Monday, October 10, 2011

Apa perasaan seorang ayah yang telah mengantoikan perbuatan pelik anaknya?

Waktu dan lokasi sebenar kejadian


Baca ni:

Pada suatu malam, ayah GB baru balik dari surau, naik moto. Tiba-tiba ayah nampak kete yang serupa macam kete GB tersadai di tepi jalan, lampu menyala dan enjin tak dimatikan. Ayah jadi risau lalu memperlahankan motonya untuk memeriksa. Sekali ayah tengok betullah kete GB... ayah pun berhenti di tepi pintu belah driver. Tingkap terbuka dan rupanya GB ada di dalam.

Dengan muka yang risau, ayah ketuk cermin kereta dan bertanya, 'Kete kenapa along?'

GB.....dengan rasa bersalah yang amat sangat sebab terkantoi dengan ayah sendiri....kemudian menjawab.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'Errr....takde apa ayah. Nak amik gambo bulan tu je. Ngeeee.....'

P/S: Ayah, maaf maaf maaf. Anak anda memang gila. Gila ngambik gambo!

Sunday, October 9, 2011

Paused

Anak-anak sedara GB

First of all, terima kasih kawan-kawan sebab sudi baca entri GB yang lepas. GB baca semua komen dan hargai semua pandangan dan perkongsian, jangan risau, takde yang terlepas pandang. GB akan reply kemudian dan buat entri susulan nanti. Episod Tentang Kita tu belum berakhir ye... :D

*

Cerita lain:

Sabtu lepas adik GB dah selamat bertunang. GB macam biasa, jadik multitasker. This time tambah satu lagi job, jadik mak andam. Walaweh.

Tapi lepas episod-episod macam ni, macam biasalah: GB didesak suruh kawin cepat. Penat lah!

P/S: Tak mahu ingat tak bermaksud sudah lupa. Kan? :)

Thursday, October 6, 2011

Tentang kita






Baru-baru ni, tayar dan rim kete DrSinga dah kene cilok. Pencuri panjat pagar, amik tayar dan cabut.

Pastu terbaca pulak dalam blog Mazidul pasal beg wartawan TV3 kenarembat waktu dia tengah sujud. Abis kunci kereta dan segala barang dalam beg tu dibawak lari. Sudahnya dia kene pegi buat repot kat balai polis pakai telekung.

And then tak lama dulu ada cerita kat blog pasal tong gas Cik Ina DodoCheng kene curik. Pencuri masuk dapur dan larikan tong gas. 2 tong sekaligus!

Kemudian Backpackerbusuk pulak citer, dia gi jalan-jalan kat Indon, bila jumpa orang senegara, h*r*m secalit senyum pun takde.

Budak sekolah agama, tahfiz, budak universiti dan kolej Islam dah mula terang soksek pasal benda-benda tak elok yang serius yang diorang buat. Itu yang institusi agama. Agak-agak kalau institusi yang takde nama 'agama' cemana pulak isi dalamnya ek?

Budak-budak muda pompuan zaman sekarang mula gelakkan kawan-kawan sebaya yang takde boyfriend atau yang masih dara.

Pastu ada baby (banyak baby sebenarnya) kene campak sesuka hati je sekarang, kat mana-mana pun boleh jumpa baby kene buang. Macam buang sampah sarap saja.

Di Malaysia, Melayu adalah yang paling ramai. Orang cakap, Melayu itu Islam. Sebab tu ada yang pelik tengok Melayu yang berpakaian tak macam orang Islam. Tapi hakikatnya Melayu itu cuma bangsa. Bangsa dan agama bukan kembar siam. Cuba sedar berapa ramai Melayu yang dah bukan Islam sekarang...itu fakta.

Tapi bila orang Cina atau India bagi salam, Melayu takut nak jawab. Takut orang kafir. Padahal orang tu dah peluk Islam bertahun dulu dan hafazan ayat lazimnya lebih baik dari sesetengah Melayu Islam.

Hantu dan jin ditakuti, mungkin akan menyesatkan dan memesongkan akidah. Pernah dengar hantu atau jin ajak keluar dari Islam?

Kita jalan-jalan cari makan dalam negara sendiri. Tapi yang peliknya dalam negara sendiri inilah tempat makan yang halalan thoyyiban punya susah nak jumpa.

Kalau dapat jemputan makan kat open house ke atau memana buffet, seboleh-bolehnya kita nak makan semua sampai end up menimbun kat pinggan, mengalahkan orang Somalia yang kebuluran.

Bab makan lagi. Daging lembu dari Australia (misalnya) bukan main takut nak sentuh, takut proses sembelihannya tak betul, jadi takut tak halal, sedangkan bila tengok sendiri kat kilang proses daging di sana, kita akan rasa malu malah mungkin geli nak makan daging yang disembelih di rumah sembelihan negara kita.

*

Di saat kita masih rasa kitalah masyarakat yang baik budi pekerti, berbudi bahasa, mesra, sopan santun. Kita rasa kita bagus dan cukup dari segi keislaman kita, ilmu agama dan ulama lulusan universiti Timur Tengah yang ada. 

Rasa serba cukup itu yang membuat kita jatuh. Kita melenting bila ditegur. Kita naik angin kalau bangsa dan agama dicerca, tapi cara kita tu adakah kena? 

*

Itu baru sedikit kisah tentang kita. Yang GB nak cerita ada banyak lagi. Atau kawan-kawan ada cerita nak share? Boleh taruk kat kotak komen pastu esok-esok kita sambung lagi dengan lebih mendalam.

P/S: Ini semua berdasarkan pemerhatian rambang GB. GB kecewa. Ke ada kawan-kawan yang kecewa? Maaf lah, GB tak reti tulis cerita jiwang lah. Heheh~




Monday, October 3, 2011

Monologue 031011

Pseudomussaenda flava




You can call me weird

You can say that I don’t love you

But the truth is, I love you so much.

But, I’d rather lose you than lose my dignity

*

Just thinking of something a girl should say before they succumb into a guy's hand.

P/S: GB ada sesuatu yang besar yang mahu ditulis. Tentang kita. Tapi nanti. Sanggup tunggu?

Orang besar ke, orang kecik ke, tetap orang juga. :D



(Tajuk di edit lepas baca komen Azam. Heheh~)

Bila ada kesempatan bertemu dengan orang besar, GB suka dengar mereka bercerita dan GB sendiri suka bercerita atau sekadar beri pendapat, untuk lihat bagaimana reaksi mereka.

Kesimpulannya, orang besar pun orang juga. Mereka ada perasaan juga. Mereka ada mata dan ada telinga juga. Mereka nak berkawan dan mengeratkan silaturrahim juga.

Cuma yang membolehkan mereka jadi orang besar adalah bagaimana cara mereka berfikir, menerima maklumat, menyiasat maklumat, menyampaikan maklumat,  dan menerima pendapat serta bertanya, dan bagaimana reaksi mereka terhadap cakap-cakap negatif orang.  Dan banyak lagi sebenarnya. Dan bagi orang yang memerhati dari jauh tanpa cuba mahu mengenali, cerita negatif sajalah yang dominan tentang orang-orang besar ini. Penuh persangkaan belaka.

*

Sebab itu GB suka kenal dengan orang dari pelbagai latar. Tak kisah la selebriti, public figure, driver bas, penjual nasi lemak atau cekodok pisang, budak keje kat kedai fotostet, ustaz ustazah, even pak-pak menteri sekalipun, bila ada peluang, GB sembang sahaja. Mengetahui cara mereka berfikir adalah sangat berharga.

P/S: Ok, fine....ada juga situasi di mana GB takmau jumpa orang. Lihat sini. :)

Sunday, October 2, 2011

Sunday morning, rain is falling....



Ahad, 5 pagi: Gerak ke PD.

Lokasi: Teluk Kemang

Misi: Menonton dan menembak sunrise yang tak berapa nak sunrise.

Dan for info, itu bukan kamera GB. BonekaDalamChermin yang punya...

Dengan adik GB si Atiqah, BonekaDalamChermin dan bestienye Tina Ilyani, MasZuber dan sahabatnya.

Cuaca: Hujan dan mendung. Sobs!

P/S: Teka yang mana GB? Yang mana BonekaDalamChermin? Dan yang mana MasZuber? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...