Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Thursday, September 29, 2011

Kambeng



*
GB suka kambeng.

Sebab kambeng sedap.

Dan berkhasiat. Nyum.....!

*




Full stop.





P/S: Kisahnya, Ahad lepas, GB overdosed dengan kambeng. Kambeng golek, kebab, Shepard pie - sume GB bedal!

Wednesday, September 28, 2011

Mr Nasi Ambang yang terhebat di seantero KL, Selangor, and some say Nilai



Entri ini berbau nasi ambeng iklan. Tapi iklan tak berbayar sebab niat di hati nak share kesedapan dengan kawan-kawan.

*

Dah terliur sebelum habis menaip. Itu le penangan nasi ambeng sedap tak ingat dari Mr Nasi Ambeng ni. Biasanya kalau GB teringin nak makan nasi ambeng, GB akan drive ke Mr Nasi Ambang Take Away Station kat Kayu Ara, Bandar Utama. Kat belakang Sri Pentas je pun. Sebenarnya namanya je take away station, tapi kalau nak makan kat situ pun boleh. Tapi since tempatnya tak berapa nak besau, better call tokeynye dulu kalau nak pegi beramai-ramai ke situ.

Kalau nak tau, GB penah makan nasi ambeng lain sebelum ni, tapi yang Mr Nasi Ambang punya adalah yang paling kena dengan tekak GB yang bukan tekak Jawa ni. Nak explain pun tak reti melainkan kawan-kawan rasa je dulu. Tapi mainly lauknya adalah sambal ayam (instead of ayam masak kicap), tempe goreng pedas tu, ada suhun (versi mee goreng pun ada jugak tapi personally GB lebih prefer versi suhun ni), dan ikan bulu ayam. Bungkus pulak dalam daun pisang. Bila bukak bau wangiiiii je. Mmmm....sedap...!

Kalau kebetulan kawan-kawan ke situ dan tokeynye ada, jangan terkejut kalau mukanya nampak familiar. Tokey Mr Nasi Ambeng ni namanya Kamal Zakry, bekas wartawan TV3. Sangat friendly tokey ni. Haritu GB ke situ dengan kawan-kawan, siap dia bercerita pengalamannya jadi wartawan Majalah 3 yang teramatlah mencabar tuh. Tu yang dia berenti, buat bisnes nasi ambeng, lagi best!

Jadi kalau kawan-kawan ke sana dan kebetulan tokeynya ada, jangan malu-malu interview dia. Mesti dia bukak cerita punyalah!

*

Apa pun, kalau nak bernasi ambeng, moh le kite ke situ. Cer klik facebook Mr Nasi Ambang ni untuk info yang lebih detail. Ada info waktu meniaga dan boleh tanya info pasal lokasi juga.

P/S: Dah pukul 12 tengah malam dan mengidam nasi ambang. Motif buat entri makan-makan tetengah malam buta ni???

Saturday, September 24, 2011

What is sex?



Vandalism? For me, no.

*

Nota-nota ni ada tertampal di suatu sudut dalam Pekan Rabu, Alor Setar. Kalau tak silap dekat dengan tempat orang juai coq peneram. Huhuhu~

P/S: Take care kengkawan. Teruskan beropen haus ya!

Friday, September 23, 2011

The murder of an angry bird



Minggu lepas GB beli pen yang ada kepala Angry Bird. 3 batang kaler lain-lain.(Cer tengok gambo). Tapi sume dakwat hitam lah.

Perasan tak yang hitam tu kepalanya dah tercabut? Sadis. Gini ceritanya...................................................

*

Selasa minggu lepas GB kat luar seharian. Site visit kat Rawang, then gi Selayang, then tertibe lak kene call gi meeting kat Subang. Pegi je la...

Sampai kat opis akitek, masa tengah busy cari pen nak sketch, baru GB sedar pen tiga ekor burung tu je yang ada. Pen yang takde kepala suda tertinggal dalam kete. Ceh.Nak mintak pinjam pen rasa segan. Tapi takkan nak lukis pakai pen yang ada kepala burung bergoyang-goyang di atasnya tu kot? Segan weh segan....!

Akhirnya...dengan hati yang tabah, GB cabut saja kepala burung yang kaler hitam tu. Tu pun cabut sambil tangan seluk dalam beg. Pembunuhan telah berlaku. GB terpaksa!

P/S: Maafkan GB burung!

Thursday, September 22, 2011

Apa jadi dengan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu semasa Jebat dan Tuah bercakaran di istana?




Pernah sesiapa terfikir apa jadi dengan mereka waktu tu?

Atau apa kena mengena bank dengan dobi?

Atau kenapa sistem yang buat mereka gagal?

Atau tiba-tiba emosi terjolok tatkala mendengar kritikan keras lagi memalukan dari seorang perempuan yang ntah datang dari mana-mana tatkala pembentangan berakhir? Rasa nak debik pun ada sebab tetibe terimbau zaman crit session masa belajo dulu.

*

Sinis. Rare. Tapi sangat menghiburkan.

GB maksudkan Pementasan Teater Juta-juta dari Aloy Paradox.. Gi tengok semalam dengan BonekaDalamChermin dan BFF nye. Teater yang berkonsep 'play within a play' ni mmg best sebab beberapa faktor:

  1. Pementasan dalam Stor Teater DBP, tempat dan audience bersaiz sederhana, jadi kita dapat rasa interaksi pelakon tu seakan dekat dengan kita. Pendek kata, kita rasa macam play mereka ditujukan khas kepada kita sebab seakan ada eye contact yang boleh memancing mood untuk terus enjoy.
  2. Padat. Padat. Dan padat. Tak sempat untuk merasa bosan pun!
  3. Pelakon teater yang dah dikenali sebagai berrrbakat! Sangat berbakat sebenarnya. Boleh bermain banyak watak dengan emosi pelbagai dan mengajak penonton untuk turut sama emosi, ketawa, sedih, menyampah, geram, dan sebagainya.
  4. Lepas abis ada sesi Q&A dan kalau nak bagi komen pun boleh.
  5. GB terjumpa member-member lama yang turut pegi tengok teater tu. Tak pepasal dapat jemputan ke open haus hujung minggu ni. Huhuhu~
Kesimpulannya...try la pi tonton. Sebab komen dari seorang yang bukan kaki teater pun katanya teater ni memang lain dan best. Itu ayat bukan kaki teater tu. Bagi yang rajin tengok teater, GB rekemen sangat-sangat. Pegi la. This one is totally lain. Penat la asyik disogok dengan muzikal kat Istana Budaya je. Huhuhu~

P/S: This is my second time watching a play kat Stor Teater DBP and by Aloy Paradoks. Dua kali menonton (yang pertama adalah Merocok-rocok), GB faham mereka adalah group yang mahu melarikan teater dari pattern arus perdana. Dan boleh lihat, mereka berjaya. Tunggulah sedikit masa lagi, mungkin ada Bank ABC akan menaja pementasan mereka di Pentas Keraton. :D

Tuesday, September 20, 2011

Ikan laga mak iloi-iloi...



Ini ikan laga Firdaus. Ada 2 ekor, sihat-sihat je. Haritu masa beli ingat tak boleh hidup lama (heheh), apatah lagi masa balik kampung raya haritu tu. Firdaus renjis makanannya banyak-banyak sebab nak tinggal lama, tapi risau jugak takut ikan-ikan tu tamak dan makan sampai tak ingat dunia. Sudahnya masa balik tu tengok dua-dua macam temenung je kat dasar 'rumah' memasing. Ingatkan dah arwah tapi rupanya hidup lagi. Pandai diorang bajet makan. Huhuhu~

*

Cerita pasal Firdaus, dia tengah trial SPM sekarang. Sebagai seorang anak lelaki yang tengah meningkat naik dan rajin berkawan dan tengok Astro, maka kadang-kadang ada antara soalannya yang bikin kitorang pening kepala. Tapi adik GB yang bongsu ni memang bijak, rajin menolong dan ada level EQ yang tinggi walau selalu buat orang pening. Sayang dia. Semoga dia berjaya dalam SPM nanti. :)

P/S: Semalam dia mengadu kat Alongnya, pandai sangat sampai kena marah. Heheh. Takpelah, kalau tak kena marah kang naik lemak pulak. Huuu...

Saturday, September 17, 2011

Azam perlu dipasang walau sekarang ni GB terjelepuk di atas katil

Hemigraphis alternata

Minggu ke beberapa Syawal sebenarnya membawa perkhabaran tak bagus kepada GB. 


*


Berat dah naik naik naik!!!! *Azam untuk diet sekarang jugak! Eh tak, lepas musim open haus abis, terus diet! Heheheh~

**

Anyway, harini GB buat makan-makan sikit untuk sedara mara je. Menu berat-berat (nasi ayam, mee kari dan nasi impit kuah kacang) tu mak yang buat. GB buat kek je dua jenis. Kek cekelat moist dan Red velvet. Tapi yang terharunya tu kek-kek GB dapat sambutan hangat sampai tinggal serdak je di hujung hari. Siap ada yang tapau bawak balik. Huuu...berbaloi rasa bersilat dengan mixer bagai sejak pagi tadi. ;D

By the time entri ni ditulis, ada member Boboy (adik bongsu) yang sekarang tengah second round datang makan nasi ayam dan kek. Dan by the time entri ni ditulis juga, GB belum sempat snap gambo kek-kek tu lagi. Kalau sempat rembat sepotong dua mahu jugak le GB share gambonye dengan kawan-kawan. Tapi sekarang ni GB nak rehat-rehat kaki dulu. Rasa nak tercabut sendi. Heheh~

P/S: Hari ni hari bertuah GB sebab blogger White Rose call GB. Thank you dear and happy birthday to you. ;)

P/S: Cantik tak watermark baru GB? Thanks to Ardzmarn sebab bagi GB cilok sketchnye yang kelesss!

Wednesday, September 14, 2011

Keputusan eksperimen menjadi WAHW (Working at home wife) to be

Maaf zahir batin bagi penghidap bufonophobia (fobia katak). Hihihi~

Sedikit ringkasan:

GB pindah opis baru yang belum masuk meter letriknya. Jadi untuk memastikan kelangsungan kerja, GB hangkut komputer workstation ke rumah. Sejak Khamis lepas, GB jarang keluar kecuali kalau ada site visit, site inspection atau meeting. Selebihnya kerja di rumah saja.

Keputusannya:

Wah, tak sangka best jugak keje kat rumah ni. Save duit minyak. Tak payah pikir baju apa nak pakai. Tak payah pakai tudung. Tak payah beronggeng kat traffic jammed. Tapi keje tetap tiptop malah lebih laju lagi sampaikan terkadang tu terlebih laju sebab workstation adalah accessible 24 jam. Bab makan no hal. Mak ade. Hihihi~

Dan disebabkan itu GB rasa ok untuk kawin sekarang sebab rupanya mudah aje kalau cukup kemudahan untuk kita bekerja secara efisien dari rumah. Dan percayalah, GB spend masa lebih untuk berfesbuk atau berblog semasa di opis dari di rumah. Heheheh!!!

Drawback:

Memandangkan GB adalah seorang wekoholik, maka GB tidur 1-2 pagi sejak wujudnya mende alah ni kat umah. Dan disebabkan kemudahcapaian biskut raya yang letaknya cuma sedepa dari workstation GB, maka GB musykil yang kemudahan yang ada ni mungkin akan jadi penyebab bontot mengembang tanpa kawalan. Isk!

Kesimpulannya:

Macam biasa, ada pros and cons. Tapi GB bersedia kembali ke opis bila letrik dah ada nanti. Tapi bab nak menempuh traffic jammed.....ugh!

P/S: Taip ni pun sambil makan tart nenas tersohor tahu?

Sunday, September 11, 2011

Gua yang di dalamnya ada bunga mawar berwarna emas



Ehem. Itu tajuk cerita kegilaan GB yang dah di translate ke dalam Bahasa Melayu. Masih teringat dulu masa form 4 kot kalau tak silap, nama-nama macam Fantaghiro, Tarabas (aumm!!) dan Ramualdo macam jadi satu skrip fantasi yang tak berkesudahan di sekolah. Cerita tu diulang 2-3 kali rasanya kat TV2. Dan setiap kali tayang jugak le GB akan terpacak depan TV sambil melayan fantasi.

Lagi-lagi masa siri di mana Tarabas (aummm!!!) si mata seksi itu muncul, jangan ada sesapa kacau GB. Aummm!!!

P/S: The Cave of the Golden Rose. TV9. 10 malam, bermula 11 September 2011. Masanya untuk kembali jadi budak form 4. Heheh!

Saturday, September 10, 2011

Caca marba yang real punye!



Kalau ada kengkawan yang perasan, sedari minggu sebelum raya sampai sekarang ni GB macam tak berapa nak 'in' kan. Jarang hapdet, tak reply comments, jarang blogwalk. Sebenarnya GB ok. Kondisi ni takde le kene mengena pun dengan entry curhat GB yang lepas.

*

In fact sekarang GB tengah giat berpindah randah. Opis baru maaa. Bos pun macam takde time lain nak suruh buat sepah dan pindah randah ni. Tau sajalah bila nak pindah ni banyak yang nak kene manage. Pendek kata tak boleh buat sambil lewa.

Tapi dipendekkan cerita, bos ingat pindah randah itu adalah perkara mudah (sebab ada pekerja Bangla yang dia boleh suruh buat keje), sampailah baru-baru ni kitorang found out yang ada dua fail penting kompeni telah lesap. Invois dan bank in slips untuk tahun 2010 sudah lesap! Sedangkan masih banyak projek yang kitorang selalu chase for cheque sekarang ni adalah projek 2010.

*

Ha...kan? Cemana nak buat audit nanti? Cemana nak trace back payment. Mana nak fikir nak cari dokumen yang hilang tu lagi. Dengan fikir pasal client yang dah mula chase for designs lagi. Submission tertangguh kat local authorities yang tak setel-setel. Dengan ofis baru yang masih takde letrik. Dan hari-hari ulang alik bekerja dari rumah dan pejabat sebab GB sudah create satu workstation untuk GB di rumah. Dengan nak tunggu apoinmen dengan orang cctv untuk trace pencurik dokumen tu.

Ujian...ujian...ujian...

Sekarang ni lupakan soal jodoh dalam entry lepas dulu.

GB paling harap apa saja yang hilang kat ofis tu akan ditemui semula. Kehilangan itu pedih tahu!

P/S: Hari-hari think positif yang dokumen-dokumen tu akan ditemui. Harap-harap berhasil.

Thursday, September 8, 2011

Nak buka pintu hati ni bukanlah semudah membuka pintu bilik...



Entri ini adalah sedikit melalut dan tak ikut kronologi penceritaan yang betul. Layan aje lah....

*

Stended la masa raya, selain dari meriah berkumpul ramai-ramai sebab raya yang hanya setahun sekali, ada juga yang tak bestnya. Yang tak best tu ikut kategori lah. Kalau kategori GB, bila ada ayat 'bila lagi nak makan nasi minyak?' atau 'kenapa tak kawin-kawin lagi ni?' atau 'asyik nak bagi adik je lepas dulu, kakaknya bila lagi?' atau 'along ni memilih sangat ni....'. Well, GB appreciate their concern yang tengok GB tak kawin-kawin lagi ni tapi seriously ayat-ayat cliche macam tu tak membantu langsung. :)

Sebab...


Untuk seseorang yang tak berciri awek-awek macam GB, rasa jeles tengok orang yang berkahwin tu memang ada.

Awek-awek? Cemana tuh? Cemni lah.... kan ke kebanyakan orang yang kahwin ni biasanya wajah mereka berciri lembut dan ayu, kecil molek, mulus dan mempunyai gigi yang cantik.

Gigi cantik?

Ye kot. Sebab selalunya gambar kahwin mesti mereka akan senyum dan gelak dengan menampakkan gigi. GB pula dari jenis yang memang kelihatan tak lawa kalau gelak nampak gigi. Mungkin satu sebab gigi tak cantik. Satu lagi sebab GB bukan spesis yang macam itu kot.

Itu la satu perkara yang buat GB jauh dari nak berjumpa dengan lelaki, especially sejak akhir-akhir ni. Self esteem rasa sangat low. Antara beberapa feedback yang GB dengar dari orang lelaki adalah GB ni macam strawberry. Masa masam tu...masam sangat. Tapi bila manis, boleh bikin kena kencing manis. Siot je!

Lelaki lain pernah cakap GB ni seorang yang menarik. Takkan takde yang cuba masuk line? Cliche kan? Ayat macam tu dah tak berkesan lagi untuk mengorat GB. It never was pun.

My ex cakap GB very sweet.

Ramainya yang cakap GB comel.

Ada juga orang tu yang tak pernah komen langsung pasal GB. Padahal GB nakkk sangat dia komen pasal GB. Heheh. Ape-ape lah.

Tapi above all, GB tak termakan langsung dengan pujian-pujian cliche macam tu. Sebab sebenarnya GB nak jadi seseorang yang lelaki mahu jadikan suri hidup, boleh? Tapi, ada ke orang yang nak kat pompuan yang tak berciri awek-awek macam GB ni? :D

*

Tapi ada satu komen ni, GB selalu dapat dari lelaki. Kata mereka GB terlalu banyak mengelak dari berjumpa. Ada benarnya. Selalunya GB lebih berusaha untuk mengelak dari berusaha untuk berjumpa. Ada beberapa sebab yg memungkinkan perkara itu.

1. Sebab mereka terlalu mendesak
2. Sebab mereka nampak desperate
3. Sebab pernah terjadi mereka cuma nak test market
4. Sebab GB tengah tak selesa dgn diri sendiri
5. Sebab GB takut mereka akan cuba berbuat sesuatu yang tak senonoh
6. Sebab GB takut expectation mereka akan hancur sebaik sahaja berjumpa

See? GB seorang yang sangat tak konfiden.

Tapi GB boleh jadi konfiden bila menaip.

*

Ada suatu waktu tu, GB pernah dapat morning SMS dari lelaki. Dan SMS selamat malam dari lelaki yang sama. Serta SMS sewaktu lunch masa hari bekerja. Dan kadang-kadang semasa sedang sibuk.

SMS seringkas 'hai' pun dah boleh buat senyum sepanjang hari. :)

Tapi itu dulu. Yang manis tu tak berpanjangan. Ada turun naik, ada pasang surut. Dan akhirnya setelah 4 kali berpasang surut, ia berakhir. Untuk selamanya.

Sebenarnya peristiwa yang lepas banyak memberi kesan dalam hidup GB. Akibatnya, GB susah nak melayan permintaan untuk berkenalan dari lelaki. Sudah lebih 2 tahun ia berakhir dan GB tak keluar berjumpa lelaki kalau tiada urusan atau kalau tiada ugutan. Ya, sampai kena ugut baru GB setuju untuk berjumpa. Lama-lama GB jadi selesa dengan cara begini sampaikan setiap kali ada lelaki yang menyatakan hasrat mahu berjumpa, GB akan sediakan 145 alasan kenapa GB tidak dapat jumpa mereka. Selalunya end up memang GB tak akan berjumpa dengan mereka lah. Ada yang berputus asa begitu saja, tapi ada juga yang tidak jemu mencuba. Tapi macam mana GB nak bagitau mereka apa alasan sebenar GB mengelak dari berjumpa? Takkan nak bagitau 6 point di atas kot?

Kadang-kadang, GB ada tertarik nak kenal dengan certain lelaki yang lain dari yang lain, yang menarik di mata GB. Tapi along the way GB 'baca' mereka dan apa yang ada dalam kehidupan mereka. Ada yang secara jelas tidak ada niat mencari seorang teman hidup pun, sebaliknya mereka lebih selesa berkawan walau pada zahirnya nampak rapat lebih dari seorang kawan biasa. Ada pula yang memang terang-terangan membina tembok di sekeliling diri mereka sebagai 'no entry' warning. Dan ada yang terus-terusan dapat dibaca isi hati mereka yang kadangkala mahu seseorang sebagai teman hidup, tapi kadangkala mereka sendiri masuk ke dalam kota binaan mereka sendiri untuk berlindung. Ada yang solo tetapi punya peminat yang obvious.

'Membaca' sifat lelaki mengajar GB untuk jadi lebih memahami walau secara in person, GB tak kenal betul pun dengan mereka. Dan hasilnya, GB menjadi terlalu memahami dan bertolak-ansur sampaikan GB biar sahaja semua lelaki yang GB tertarik nak kenal tu hidup dalam dunia selesa mereka. GB takmau kacau. After all, I am still alive and kickin' even without them.

*

Ada kalanya GB rasa perlu hadiri sesi kaunseling. GB tidak bermasalah secara obvious, tapi keselesaan hidup bersendiri sehingga tidak perlu lelaki dalam hidup GB ni rasanya satu masalah yang besar. Perasaan memerlukan lelaki tu datang juga tapi terlalu jarang dan terlalu sekejap, dan most of the time GB akan beritahu diri bahawa lelaki bukanlah membantu sangat pun.

Masalah kan?

P/S: Dan adakalanya GB rasa sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur ni akan memakan diri. Atau mungkinkah tidak?

Tuesday, September 6, 2011

Raya is almost half over, can I start the mood of blogging with...



...a little curahan hati sambil makan Lindt dark chocolate with mint sewaktu menaip di atas katil?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok lah, not now.

P/S: By the way, dark choco is better than ketupat right? :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...