Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Saturday, August 27, 2011

NOTA CINTA RAYA


Menjelang Syawal 1432 H:

  • Keje banyak tak hengat.
  • Kene pindah opis pulak tu.
  • Lepas ni kene tunggu api air telepon streamyx connected kat opis baru.
  • Nak tunggu kompemesyen pasal banyak benda dengan bos yang superbizi.
  • Nak call sana sini sebab nak tukar segala-mala address ke opis baru

Pastu kan...:

  • Setakat dapat hapdet blog tapi tak dapat reply komen dan blogwalking dan kemudiam rasa bersalah gila-gila kat semua kengkawan yang datang memvisit sebab takleh nak return visit.
  • Dapat kad raya dari member blogger (you know who you are) tapi maaf belum sempat snap pic walaupun niat di hati memang nak tayang kat blog. 
  • Baju tudung kasut beg raya sume tak beli lagi padahal tinggal lagi 2-3 hari je nak raya.
  • Kete tak servis lagi, tayar tak check lagi, nasib baik road tax dah sempat renew

Disebabkan tu:

  • GB nak mintak maaf kat semua kawan-kawan yang lebih kurang sebaya, pangkat auntie dan uncle, pangkat adik-adik, pangkat ehem-ehem dan semualah atas segala keterlanjuran dan kekhilafan GB sepanjang kita kenal sama ada di alam maya mahupun di alam nyata. Jom kita bersalaman dan berpelukan. Ops, dengan yang pompuan aja ya.... :D
  • Selamat hari raya, sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. 
  • Hati-hati memandu kerana GB sayang kawan-kawan semua.
  • Jumpa balik lepas raya okeh!
  • Assalamualaikum. :)

P/S: Jaga amal dan jaga adab juga ya.. :)

Friday, August 26, 2011

Misi Thunbergia

Thunbergia grandiflora

Sebelum start cuti...

Sebelum raya...

Misi Thunbergia dengan beliau harus disempurnakan dulu.

*

Dah berbunga sekuntum di ofis GB. Kalau boleh nak cari yang bunga putih, tapi susah pulak nak jumpa.

Anyway, semalam GB beli bunga raya putih dan kesidang. Dah memang penggemar pokok bunga yang bunganya putih gamaknya. Hihihi~

P/S: Dah pack barang ke kengkawan? Baru terbaca kat mana entah semalam (cari link tak jumpa pulak harini), sebelum berjalan jauh eloklah kita bersedekah. Sebab kat link tu ada hadis yang menyatakan bahawa sedekah adalah benteng musibah. InsyaAllah...

Tuesday, August 23, 2011

Curhat: Kamera cap ciken has its drawback

Pepel mandi malam



*Cap ciken = cap ayam

*

GB tak pakai kamera mahal. Itu adalah fakta. Kamera yang GB guna sekarang adalah kamera yang GB impulse bought setahun lepas. GB penah cerita briefly dalam entry ini dan itu.

Sebab tu kalau sesiapa tanya, GB cakap guna kamera cap ayam. Itu bukan fakta la tapi. Mana ada kamera cap ayam. Heheh~

Tapi papehal pun, kamera cap ayam yang GB guna ni memang jelas berbeza lah hasilnya compared dengan  kamera yang bagus macam yang en_me, drSinga, drDaddyZiyyad atau drZul pakai. Kalau nak shoot gambo malam memang kene pasrah kaw-kaw sebab result tak sharp dan tak cantik! (Emo...hihi)

*

Ok. Cukup bab curhat. Tengah carik strong reasons untuk beli kamera baru nih! Heheh~

P/S: GB dah ada Jalur Gemilang taruk atas kereta. Yey!
P/S 2: GB dapat 2 kad raya semalam. Dari nabilah_2908 dan drHanie! Tengkiu sangat....GB terharu.... :D

Monday, August 22, 2011

Misi tidak mustahil encik posmen



Ada tak yang berniat nak anto kad raya kat GB?

Pos Malaysia cakap diorang akan pastikan kad raya semua tiba sebelum hari raya, dengan syarat, kene hantar selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2011 ni.

Selamat menghantar kad raya posmen-posmen sekalian!

*Sila abaikan ayat pertama, sebab tahun ni GB pun tak bagi kad raya kat sesapa pun. Cukuplah ayat ucapan pengganti diri. Cewah!

P/S: Tapi, 10 tahun lepas kad raya masih popular kan? Rindu pulak saat itu... :)

Friday, August 19, 2011

Kalaulah malang berbau belacan...


Bayangkan....

Lori yang tayarnya nak dekat sama tinggi dengan kereta ni melenyek kita. Kalau tak mati, pasti patah riuk. Cacat.

*

Bayangkan...

Kalau kita mati atau kita menyebabkan kematian orang disebabkan kecuaian kita....

Bayangkan...

Hutang piutang kita, hutang rumah, hutang kereta, sapa nak tanggung?

Kalau ada bank call atau sesapa call, sapa nak kena jawab?

Family, sapa nak jaga?

Kalau kita ada urusan tergantung dengan orang lain, sapa nak jawab?

Nak bagi jawapan kita dah mati memang la senang, tapi bukan ke ramaiiiii orang lain yang kene natijahnya juga?

Sebab malang itu tidak berbau. Dah dah le bawak kete atau moto atau lori lelaju tu. Pesanan untuk GB jugak ni...

Itu belum lagi campur kos nak repair divider atau jalan atau tiang lampu atau papan tanda yang rosak akibat kemalangan lagi tu. Tu suma duit ok! Ops, ter emo di sini.

Ye betul, ajal maut sume di tangan Tuhan, tapi kita wajib berusaha untuk berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang lain. Nanti akan ditanya kemudian hari...

P/S: Nak raya dah ni....harap-harap berita kemalangan akan berkurangan. Efek dari ego atau kelalaian yang sesaat masa driving itu sudah tentu tidak terkira banyaknya.

Thursday, August 18, 2011

Redha itu mahal harganya



Thanks sebab sudi komen kat entri lepas. GB baca semua komen, cuma tak sempat nak balas. Esok GB akan blogwalk dan komen kat blog kawan-kawan semula. Sehari dua ni GB kene lipat dalam opis. Sobs sobs!

*

Arakian, dalam entry lepas, GB ada cakap briefly pasal syukur dan redha kan? Sebenarnya dalam banyak-banyak komen, ada la beberapa komen yang kena tepat tentang apa yang GB maksudkan. Al-maklum...bila dah tuo-tuo ni isunya takde lah lari banyak melainkan berkisarkan soal kerjaya, achievement dan soal jodoh jua adanya. Ihihi tetibe menulis gaya penglipur lara pulak.

Anyway, meh GB bagi clear sikit apa yang GB maksudkan...

Ada seorang kawan yang serba sederhana. Dah kawin dan ada anak. Husbandnya baru bagi hadiah. Dan dia gembira lantas menceritakan tentangnya di dalam mukabuku.

GB rasa itu adalah sesuatu yang sangat sweet, mebi sebab GB takde husband lagi kot. Ex-boyfriend pun tak penah bagi apa-apa sebab GB tak reti mintak dan tak reti juga buat muka macam 'nak'. (Nak hadiah lah, jangan fikir lain pulak!). Dan yang paling penting, GB nak cuba jadi sederhana juga. Nak jadi redha lah, yang macam GB tulis haritu.

Seorang member penah cakap kat GB, kalau betul-betul nak rasa redha tu timbul dalam jiwa, berenti keje lepas kawin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap suami dan rumahtangga...

Hmmm....

P/S: Tapi cadangan ni GB cuma dengar, tapi tak berapa nak amik. Masih sayangkan kerja gamaknya.

Wednesday, August 17, 2011

Antara redha, syukur dan restless

Gary


GB yakin masih ada orang yang boleh hidup serba sederhana, bersyukur seadanya dengan segala nikmat dan rezeki yang mereka dapat. Redha yang tidak pernah putus. Malah masih boleh rasa gembira dengan kesederhanaan mereka.

Sedangkan ada segolongan yang lain tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada. Goal diletak tinggi melangit dan selagi mereka tidak mencapainya maka selagi itu mereka tidak akan duduk diam. Tetapi sebaik sahaja mereka berjaya mencapai goal tersebut, pencapaian itu dirasakan sudah tidak relevan dengan arus masa dan mereka akan set another higher goal to achieve. Hidup orang macam ni macam tak pernah ada rehat. Restless.

Secara jujur, GB lebih terjerumus dalam golongan kedua. Restless.

Bukan tak bersyukur, tapi ada waktunya GB mahu menjadi lebih redha. GB perlu bantuan untuk itu. Sebab ada ketenangan yang GB rasa bila tengok orang-orang yang redha dan bersyukur seadanya ni... :D

P/S: Kawan-kawan pulak macam mana?

Monday, August 15, 2011

Nakal-nakal sikit...


Ops gambo makanan! Hihihi~

Bulan puasa ni GB nak nakal-nakal sikit...sikit aje...

Memperkenalkan....

Froyo = Frozen yogurt = my new obsession.

Sesapa yang suka yogurt, pasti akan suka froyo ni. Sedap...! Not too sweet, just nice. Macam yang GB suka!

So sesapa yang nak banje GB makan tu tau lah ye nak ke mana kita nanti...ihihih~

P/S: Cer gugel I Heart Yogurt atau Tutti Frutti. Ada kat Kota Damansara & Giant Shah Alam. Both sedap!

Saturday, August 13, 2011

Apa yang kita boleh belajar dari filem zaman dulu-dulu

Orang dulu a.k.a ayah saye. :D


GB ni bukan peminat tegar filem. Tak semua filem baru yang keluar kat wayang GB akan kejar tengok. Ini pun dah nak dekat 10 bulan GB tak tengok movie. Nur Kasih ke, Transformers ke, Merong Mahawangsa ke..sume GB tak tengok. Tak sempat....

Jadi terima kasihlah sebab sekarang ada Astro First. Dapat jugak catch up movie baru-baru walau lebih separuh daripadanya adalah hampas. Heheh~

*Termelalut pulak....

*

Tapi kalau tengok tu, biasanya GB tengok bebetul sampai ke titisan peluh terakhir. (Maksudnya sampai abis credit kat hujung movie tu lah!). Dan even better, kalau cerita tu boleh buat GB tersangkut, GB akan layan sampai 2-3 kali.

So biasanya kalau layan movie GB bukan setakat tengok jalan cerita atau layan muka hero heroin aje, tapi abis sume GB usha. Background, scene, lighting, angle, sampai ke pelakon-pelakon tambahan abis GB observe. Tuh yang mulut asyik laju je nak mengomen kalau nampak bende yang tak masuk akal tu. Tapi kalau tengok movie lama-lama yang bukan represent generasi GB, pastilah segala jenis kereta, signboard, costume dan segala jenis lagi lah GB akan tengok.

*

Ehem....Ni kisah sebenarnya. Dalam movie Melayu dulu-dulu kan, kalau nak travel short distance naik bas, teksi, basikal atau jalan kaki, sangat-sangatlah ok lagi. Tak payah ada transport sendiri pun takpa. Kenapa? Cer kawan-kawan bayangkan scene dalam filem zaman 70an dan 80an. Tahan teksi atau bas, naik, duduk dalam tu pastu sampai. Perasan tak trafik zaman tu macam mana? Kete tak banyak. Jalan raya kat KL pun masih setingkat dan tak menawaf jauh. Cepat sampainya walau bawak slow. Kenderaan...abis laju pun takde la sampai berdezup perginye. Traffic light pun tak banyak. Pejalan kaki masih boleh melintas jalan tanpa guna jejantas atau tunggu kat zebra crossing.

GB paling suka tengok scene yang ada signboard atau landmark. Baru kita tau itu rupanya tempat tu dulu. Banding dengan sekarang tengok cemana rupanya?

Itu bab traffic.

*

Bab community. Kalau ada orang tahan kereta tepi jalan berani lagi nak berenti. Mana tau dapat menolong. Kalau ada orang tak dikenali bagi salam kat luar rumah sebab nak bertanya arah atau nak jual barang, tuan rumah berani je nak pegi layan orang tu kat pagar. Siap berbual mesra lagi. Silap-silap boleh jadi kes jodoh bertemu di pintu pagar. Heheh!!!

*

Bab silaturrahim. Handphone dah tentu takde. Nak berhubung sume guna telefon rumah atau public phone aje. No telefon mesti la kene hafal. Tak pun ada buku telefon. Tak pun telegram (gila klasik nih!). Jadi takde la kes memeruk dalam bilik sebab melayan gayut  atau sms. Ada banyak masa untuk aktiviti lain seperti memasak, mengemas, basuh kereta sendiri, siram pokok. Jadi banyak la ruang untuk bersosial secara nyata. Sembang-sembang dengan jiran sebelah masa tengah berkebun ke...atau bertukar-tukar kuih di waktu petang ke...

Atau berjalan-jalan di taman bunga sambil jiwang-jiwang, yang lelakinya pakai baju kotak-kotak dengan seluar bell bottom, bermisai lebat dan bercermin mata hitam (eh apasal GB terbayang uncle Lavendari neh? Heheh!!!). Yang pompuan pulak pakai baju yang ber shoulder keras tu, rambut blowed ada bunga di telinga, berlipstick terang , berskirt kembang dan berkasut tumit tinggi. Sampai sekarang GB tak boleh buat bende tu (Pakai high heels masa jalan kat taman bunga. Heheh...)

Budak-budak. Main petang-petang sampai hangit berpeluh-peluh. Kita kenal anak jiran, jiran kenal anak kita.  Kita marah anak jiran, anak kita yang kene teruk. Eh? Tetibe terlebih menjiwai pulak.

*

Lifestyle...

Wanitanya sopan-sopan lembut-lembut ayu-ayu. Ramai keje cikgu. Tak pun nurse. Lembut-lembut je air muka. Sume stok wanita Melayu terakhir. Cakap pun sopan-sopan je, berlapik semua. Pendek kata memang anytime pun boleh jelah nak dibuat calon bini.

Yang lelaki? Err...GB tak berapa usha. Yang pasti baju-bajunya semua melekap di badan. Rambut ketak-ketak. Spek hitam coklat tu tak tinggal. Itu kira abis ensem la tuh! Kalau bercakap tu mesti bunyi romantiknye tak tinggal. Kalau nak mengorat tu biasanya main direct aje. Bikin malu orang pompuan aje! Hahaha!!!

*

Tapi zaman sekarang?

...to be continued depends on feedback and comments...


P/S: Pernah terfikir...boleh dak kite buat research guna filem?

Friday, August 12, 2011

Menghitung hari



Sedar tak sedar, kita semua sedang menghitung hari.

Ada yang menghitung hari untuk berhari raya.

Ada yang menghitung hari untuk dapat gaji dan bonus.

Ada yang menghitung hari untuk pergi melancong.

Ada yang menghitung hari untuk melawat ibu bapa di kampung.

Ada yang menghitung hari untuk bertunang atau berkahwin.

Ada yang menghitung hari untuk bersalin.

Ada yang menghitung hari untuk beli kereta atau rumah.

*

Pendek kata, selagi kita ada rancangan masa hadapan, kita semua sedang menghitung hari.

*

Tapi, kematian pula adalah sesuatu yang tidak dirancang. Adakah yang sedang menghitung hari untuk mati?


P/S: Selamat berpuasa dan berbuka kawan-kawan. :)

Tuesday, August 9, 2011

GB memang rindu, GB memang mahu, tapi...

Baccaurea motleyana (Pokok rambai) yang berbuah lebat, menjadi sungguh tahun ni. Tapi dah takde tuan...


1 - GB rindu nak update blog, tapi bulan Ramadhan tahun ni memang banyak ujiannya.
2 - GB lebih rindu nak visit dan komen kat blog kawan-kawan, tapi sila baca semula ayat lepas tanda koma di dalam point nombor 1. :D
3 - Terima kasih kawan-kawan sebab sudi jenguk walau GB dalam mode hilang sebab 'sila baca balik ayat lepas koma dalam point nombor 2'. Lariks!

*

Kesimpulan ringkas, GB balik Kedah pada awal pagi Isnin. 2 pagi. Sebab dapat berita kematian mak saudara GB (kakak sulung ayah). Suaminya baru je meninggal beberapa bulan lepas. Kuat jodoh mereka. Dan selepas majlis pengebumian, visit pulak ibu saudara GB yang lain yang sedang koma di Hospital Alor Setar.

Di sebalik kehilangan yang berlaku, ada hikmah pertemuan pula. Bila ada kematian, rumah si mati juga menjadi tempat pertemuan saudara-mara jauh dekat yang mungkin sebelum itu tidak pernah diketahui atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ayah GB pula terjumpa sahabat lamanya sejak zaman belajar dulu di hospital. Ikatan silaturrahim kembali terjalin. Syukur kepada Allah.

*

Cerita lain?

Ada juga. Menjadi driver solo dan memandu hampir 900km dalam tempoh 24 jam untuk kesekian kalinya adalah mencabar mental dan energi. (GB tak bagi ayah drive sebab ayah punya rabun lagi teruk dari GB.) Jadi bila lalu di kawasan yang memang terkenal sebagai kawasan panas eksiden aka Laluan Bayangan Maut (sekitar Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Rawang) bak kata blogger femes Ondscene, GB hati-hati lebih.

Dalam pada tu, observe juga untuk cari sendiri punca kenapa agaknya situ  selalu eksiden. Manalah tahu kot-kot ada nampak hantu ke lembaga ke. Jalan 3 lane yang berkeadaan bagus, tidak terlalu lurus, ada selekoh-selekoh yang agak bahaya kalau stereng tidak dikawal baik sewaktu memandu laju, especially kalau waktu tengah mengantuk. Kebetulan GB memang mengantuk bila lalu situ, waktu pegi dan waktu balik. GB salahkan keadaan diri sendiri yang memang kurang rehat, so dah tentu la mengantuk. Tapi satu perkara yang perlu diakui, kereta-kereta di kawasan tu memang dipandu dengan terlalu laju. Macam hantu. So rasanya GB dah jumpa hantu di kawasan tu.

Jadi GB rasa begini sajalah. Back to basic. Biar lambat asal selamat. Kalau ngantuk, stop la tido. Takde redbull atau kopi yang boleh menghilangkan mengantuk melainkan dengan cara tido semata-mata.

P/S: Bila GB mula berangan masa driving, GB dah start mengantuk la namanya tu. 'Ter'panjang la pulak entri ni. Hihihi~

Thursday, August 4, 2011

Sengih



GB nak cerita panjang-panjang tapi memandangkan sekarang bulan Ramadhan, jadi baik lah GB simpan je dulu cerita-ceriti ni.

*

Tapi tetap nak cerita jugak. Semalam GB terawih kat satu mesjid dekat dgn umah GB. Surprisingly, kete tak banyak macam kat masjid lain atau dalam erti kata lain, tak susah nak cari parking. Jemaah pun agak kurang kalau nak dibandingkan dengan dekat mesjid lain. Dengar kata akak sebelah, nampak drastik jugak pengurangan jumlah jemaah ni. GB dah saspek something masa dengar akak tu cakap macam tu.

Tup tup...hahaha! Patut la...Pukul 10 baru start terawihnya. Lepas Isyak ada tazkirah panjang lebar tapi GB tak dengar satu apa pun sebab bebudak sungguh bising berlari-larian berkejar-kejaran kat belakang.

*

So malam ni GB taknak dah pegi mesjid tu, boleh? Heheh~

P/S: Stil kompius pasal hal ibu dan anak temenung? Hahaha!!! Temenung tu ikan kembung lah~

Wednesday, August 3, 2011

Tuh la...sape suruh asyik temenung aje....?


Sebab tu jangan asyik termenung...kan dah jadi lauk anak beranak.....

P/S: Kalau blur sila jenguk ke sini. :D

Temenung sedap



P/S: Kalau nak baca surat cinta pertama GB, jengah le ke sini. (Tersipu-sipu...)

Tuesday, August 2, 2011

Puasa cakap



P/S: Dengar kat radio pagi tadi pasal isu kawen muda. Terasa macam nak bagi pendapat. Tapi takpelah, later-later. Kalau kawan-kawan nak bagi ulasan memasing pun boleh. :)

Monday, August 1, 2011

Jam, kalau ditengok memang la tak bergerak-gerak...

Sekadar gambo hiasan. Hihihi~


Jam di tangan atau di dinding tau.

Bukan jam di jalan nun...

P/S: Banyak membeli kawan-kawan? Selamat berbuka! GB mungkin berbuka dalam kereta. Sobs!

Kalau betul puasa itu wajib, mana buktinya?

Morning in Cameron Highlands


Itu soalan yang pernah ditanya oleh seseorang yang ingin tahu. Siapa? Tak perlu lah diberitahu.

Kepada yang bertanya, perintah berpuasa ada dalam al-Quran. Bukalah kalau rajin. :)

*

Al-Baqarah, 2:185 (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat inggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

P/S: Salam Ramadhan kawan-kawan. Semalam sape terawih kat Masjid Shah Alam? :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...