Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Saturday, July 30, 2011

Episod terakhir - Asal-usul blog gadisBunga: The Rebranding

From Jitra with SURPRISE!!! Ditujukan khas kepada blogger yang namanya ada link di bawah. Heheheh~



Mula-mula sekali, GB nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua kawan-kawan. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih sempurna dari tahun sebelumnya...

***

(sambungan dari sini)

GB nak highlight ni. Antara blogger terawal juga yang mengomen kat blog GB sejak dari zaman gua kelam dulu (hins hins) adalah akak ni...DrSinga namanya. Ramai yang kenal kan? Akak dokter ini lah antara orang yang buat GB rasa blogging itu best. Di blog DrSinga. Entrinya pendek-pendek dan ada gambo-gambo yang cun. Oh, akak ni berbakat juga dalam bidang tembak-menembak gambo ni. Dan kebetulan blognye dalam wordpress. Saje je kan? Hihi~

Tapi isu worpress blogspot segala ni adalah cerita lama. Dah setel. Masing-masing ada kelebihan sendiri, terpulang kepada kita macam mana nak mencorakkan dan macam mana nak explore.

Cuma GB nak bagitau, wujudnya blogger macam en_me dan drSinga ni lah yang sebenarnya memberi semangat untuk GB terus berblog. Bayangkan di saat kite rasa entri kite ni hampeh, tup tup ada yang baca dan komen! Seronok kan?

Oleh itu, marilah kite sesama support blogger-blogger baru agar mereka rasa kewujudan mereka disedari sebab GB dah pernah rasa macam mana perasaannya bile kehadiran kita ni rupanya disedari. Tak rugi pun...

*

Lepas dah berdamai dengan blogspot, GB rasa dah masanya untuk berubah. GB rasa mungkin nama blog waktu itu (wanita biasa hihihihi) yang buat entri asyik nak emo sokmo. GB perlu cari sesuatu yang simple untuk dikenali sebagai identiti yang fresh, firm tapi masih ada unsur girlie-girlie..ihihi. Sesuatu yang lebih menggambarkan GB. Yang lebih senang disebut. Pendek kata rebranding lah.

Akhirnya selepas tenung-tenung tilik-tilik dalam geluk , pada  hari Rabu, 18 August 2010, maka bertukarlah blog ini menjadi blog gadisBunga dengan imej baru. Ada gambar yang GB snap sendiri. Dan ada cerita. Atau tiada cerita. Cuma gambar. Pada mulanya GB still ada taruk gambar dari google tapi since entri Power of Diverting pada 24 Ogos 2010, GB mula post gambar sendiri dan konsep yang sama GB gunapakai sampailah sekarang...  :)

*

Dan sekarang GB ada ramai kawan lama dan baru dari dunia blog dan ada di antaranya yang GB dah jumpa secara live. Learning is the fun part of blogging dan GB harap dunia blog ni akan berpanjangan lah.

GB tujukan ini kepada semua yang membaca entri ini: Terima kasih kawan-kawan. Sayang semua!

P/S: Lepas ni mungkin GB akan buat entri pasal keghairahan GB dalam fotografi pula. Untuk menjawab persoalan sesetengah kawan selama ni secara lebih detail dari sebelumnya.

P/S 2: Happy birthday blogger Flowers of My Life, kak Ati Masrif! Dengan ucapan, itu kek saya mau boleh ka? Hihihi~

Thursday, July 28, 2011

Sambungan Asal-usul blog gadisBunga - Bila GB mula gave up

Thunbergia grandiflora


(Baca part 1 di sini)

.................................

Sewaktu jiwakacau tu, GB rasa mood swing sangat sampai akhirnya efek kat mood nak berblog. Tambahan pulak masa tu GB dah mula explore lebih pasal dunia blog ni. Ada Wordpress selain Blogspot yang boleh jadi medium berblog. Dah mula nampak blog orang lain yang lebih menarik minat GB. Dan kebetulan pulak blog-blog yang best tu semuanya dalam Wordpress.

Mula la GB rasa Blogspot ni tak best...

*

Oh ye, GB belum bagitau pasal blogger yang terer amik gambo tu ye?  Dia lah en_me... :)

Sebenarnya sedikit sebanyak GB terpengaruh dengan cara en_me berblog (waktu tu lah). Disebabkan GB minat amik gambo tapi sebelum ni saluran nak menempek gambo-gambo GB waktu tu hanyalah di facebook, jadi GB rasa konsep blog en_me waktu itu menarik. Ada gambo yang cantik. Dan ada cerita. Dan takde muka. (Hihihi). Kalau tak silap takde entri dia yang takde gambo.

GB rasa time tu nampak sangat kot GB memberontak dengan blogspot, siap buat entri nak berhijrah konon. Hijrah ke Wordpress la kononnya...hihihi. Yang lawak tu terus GB tubuhkan (er?) satu blog baru kat Wordpress. Konon nak sama, tapi tak reti guna. Sampai last-last en_me perasan agaknya sebab GB banyak tanya pasal blog kat dia waktu tu. (Sebenarnya GB nak korek rahsia gambo-gambo dia yang superb meletops tu...huhuhu). Then lastly, di suatu moment, GB diberi nasihat berguna ini oleh en_me.

'Rupa tak penting, yang penting isi' (Suka hati le nak baca gaya Obi Wan Kenobi ke apa. Huhuhu)

Bedebush kene kat hidung GB. Malu pun ada. Tapi bak kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan. Hihihi....

*

Lepas tu terus GB berfikir akan peripentingnya (walaweh vocab!) pesan en_me itewww...eh? Betul jugak. GB komplen Blogspot takde feature macam Wordpress, tapi tang isi entri GB tak fikir. Asyik entri rintihan-kalbu-hati-rindu-yang-sayu-mendayu-dayu. Euww...goshh....masa untuk berubah!


...to be continued lagi...ihihihi~

P/S: Terima kasih en_me. :)

Asal-usul blog gadisBunga

Yummy strawberry (Fragaria ananassa) dipped in cream for breakfast

GB dah lama nak buat entri ni. Tapi tak pernahnya buat sebelum. Jadi sementara idea masih di otak dan bukan di lutut, meh GB ajak kawan-kawan belajar pasal sejarah penubuhan blog GB. Ihihi...

Asalnya, GB buat blog sebab bestie GB pun buat blog. Tapi dia buat blog lama dulu sebelum GB terfikir untuk ada blog sendiri. Sampai suatu ketika, GB rasa perlu tempat meluahkan perasaan, jadi GB terfikir, kenapa tidak di blog?

Dan akhirnya, pada hari Khamis 28 May 2009, GB berjaya ada blog sendiri. Yey! Pada mulanya GB tulis-tulis saja. Takde gambar. Maklum, blog baru buat. Takde sapa kenal pun. Tajuk blog pun kelakar. Wanita Biasa. Kihkih! Tapi masa entri ketiga GB ada taruk gambar. Gambar kat rumah makngah yang kemudiannya GB republish bila blog ni dah ada ramai sikit yang membacanya. Hins hins.

Ceritanya takde lain. Asyik pasal keje. Oh, keje? Ya, keje.  Rupanya GB memang GB gila keje...ok next! Ada juga cerita pasal balik kampung. Pasal traffic jammed (boleh? huhu), pasal friendship, movie faveret, dan pasal the unwanted proposal....lalala... :D

Update jarang-jarang sekali. Mood selalu turun naik. Antara yang terawal baca dan komen kat blog GB adalah bestie GB Cinta, CikCeria, seorang member yang takde blog heheh, dan ex-officemate GB yang kendurinya baru lepas di Perlis itu. (Link-link later GB taruk ok)

Sekitar March 2010, GB tukar gaya penulisan. Tak tau kenapa tapi itu adalah cara yang GB lebih selesa. Mungkin juga waktu ni GB tengah jiwakacau pasal the unwanted proposal(s) tu hihiks! Bulan tu jugak ada seorang blogger ni mula komen kat blog GB dan GB found out yang dia adalah soerang yang sangat terer amik gambo. Nak tau sape?

To be continued...

P/S: Malam dah...balik dulu. Hihih~

Wednesday, July 27, 2011

GB shopped here



Selepas Perang Dunia Pertama, sekitar awal 1920an, YTM Tunku Yaacob (seorang Putera Diraja Kedah) dah sediakan satu tapak untuk orang-orang melayu berniaga di dalam bandar Alor Setar iaitu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar.. Mulanya hanya sebagai pasar minggu yang dibuka hanya pada hari Rabu, tapi last-last tapak ni berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ke tapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan.

Kalau nak tau, bekas PM kita Tun Mahathir pernah berniaga kat sini tau. (Sumber).

Penah pegi Pekan Rabu? Hahaha...wajibul pergi kalau ke Kedah. Macam-macam ada. Huhuhu~

*

Oklah..mai GB cerita sikit-sikit apa GB buat last weekend. GB pi belah utara sana. Tujuan sebenaqnya nak pi kenduri ex-officemate GB kat Kangar, tapi kebetulan CikBDC pun nak balik Jitra jugak...jadi kami pun gerak sama-sama.

Maka kami bertiga (ya...bertiga) pun pi sukat Padang Besaq kat Perlis lepaih kenduri tu, malamnya abah CikBDC belanja kami makan seafood kat Kuala Kedah, Ahad sebelum balik Key El kami jalan Bandar Jitra dulu sebelum proceed ke Alor Setar. Lepas tu baru balik Key El. Sampai pukui 2 pagi.

Isnin tu pi keja jugak. Awai pulak tu...Pancit? Jangan tanya la. Hahaha!

P/S: Kami jugak ada buat sesi kenduri durian sungguh-sungguh kat rumah CikBDC. Alhamdulillah tak demam. Hahaha!!!

Tuesday, July 26, 2011

GB ate this~



Nama menu: Pulut ayam
Lokasi: Padang Besar
The verdict: Nyum!

P/S: Nak sedap lagi minta bawang goreng lebih. Hihi~

GB was here




Salam kawan-kawan, apa khabar?

P/S: Uhuk uhuk! Bersawang! Thanks sebab sudi jenguk-jenguk umah GB ni. :D

Thursday, July 21, 2011

Jatuh pelangi ditimpa bunga


Segmen khas: Pesanan peribadi

Fatt, ini rupa scones yang GB makan kat Cameron Highlands. Makan panas-panas dengan cream & strawberry jam...heaven.... :)

Ate, saya sudah dapat keripik singkong perasa keju bakar yang lazat itu. Lazat banget ah....! Terima kasih sangat. Mak saya cakap kos untuk post agaknya lagi mahal dari kos keripik tu. Tapi saya cakap, 'mungkin tak...sebab kerepek tu beli kat airport.' Hihihi~

Bujal, botol air matcham-matcham kamu juga saya sudah dapat. Terima kasih banyak-banyak!

DrSinga, akhirnya posmen sudi hantarkan FM itu kepada saya. Agaknya dia buat tampal kat pintu fridge kat post office dulu kot. Thanks akak.

Akak SayangIbu, terima kasih kerana risaukan saya, :)

*

GB pernah mimpi meluncur di atas pelangi. Rasa macam nak melayang. Kecut sikit sebab kita tau realitinya pelangi tu cuma efek cahaya. Tapi bila GB terus meluncur tanpa jatuh, baru rasa yakin. Takde apa-apa rasa di pelangi. Yang nampak cuma warna-warnanya saja. Oh ye, warnanya lebih intense dari yang kita nampak di alam nyata.

Matahari pun ada juga. Ada mata sepasang yang berwarna hitam. Seingat GB masa zaman budak-budak, selalu juga lukis matahari ada mata. Tapi yang dalam mimpi tu matanya tak sama macam dalam lukisan GB. Rasa pelik tapi seronok jugak. Dan tak...matahari yang itu tak panas.

Lepas tu tiba-tiba GB jatuh dari pelangi tu. Sekali bunga-bunga jatuh berguguran. Jatuh tapi tak landing-landing. Sedar-sedar dah azan Subuh. Hu..tak puas rasa!

*

Motif? GB tengah bizi bizi bizi. Boss suruh balik dah tapi GB takmau balik. Last-last dia suruh angkut komputer ofis tu bawak balik rumah. Hihi.

Yang lawaknya, GB pernah impikan untuk ada sebuah workstation yang sama sejibik macam dekat opis, tapi dekat rumah, bila kawin nanti. Sebab memang tabiat suke beno duk opis sampai lewat. Kat umah nanti boleh je nak buat keje pakai komputer sendiri, tapi suasana tak sama. Katil lebih menggoda. Last-last surrender. Sebab tu nak yang sebijik macam dekat opis.

Kalau ada workstation kat umah tak payahlah stay back lama-lama kat opis lagi. Tup tup boss sendiri yang suruh angkut bawak balik. Ok. Faham dah.

P/S: GB tak dapat blogwalk, mengomen dan reply komen untuk sementara waktu ni. Harap GB tak hilang kawan lah. InsyaAllah GB hilang tak lama :)

Tuesday, July 19, 2011

Wanita Malaysia sangat tertekan? Kenapa ek?

Ini bukan iklan

Baru dengar dalam radio pasal kisahnya, wanita Malaysia ni dapat tempat ke-16 yang paling tertekan di dunia. GB takde list penuh tapi antara negara yang wanitanya paling tertekan adalah India, Mexico, Rusia, Thailand, Korea, China dan Jepun (sumber di sini).

Kalau nak diikutkan, tempat ke 16 tu dah kira top rank jugak tu. Dahsyat jugak tekanan wanita Malaysia ni kan? Terfikir, adakah wanita di US, UK, Australia dan New Zealand tidak atau kurang tekanannya?

*

Personally, GB agak bersetuju dan boleh senaraikan apa yang buat wanita Malaysia tertekan. Lupakan pasal negara lain sebab GB tak tinggal di sana.

Sebenarnya lifestyle environment di Malaysia ni memang 'stressful', lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja, tinggal di bandar, dan terlebih akses maklumat dari internet. GB adalah dari kategori ini. Bukan nak kata yang tinggal di kampung, tak bekerja dan kurang akses internet tu takde tekanan, tapi GB berani jamin peratusannya kurang dari kategori yang awal.

Dan disebabkan GB belum kawin, maka tak berani pulak nak memandai kata orang yang dah kawin lebih tertekan dari orang bujang atau sebaliknya.

*

Secara peribadi, bagi GB, bila kita hidup dalam environment yang tidak sihat: kerja melebihi office hour demi tuntutan tanggungjawab, inflasi yang melampau-lampau, ketidakpercayaan terhadap kaum lelaki, masalah keluarga, akses berlebihan terhadap maklumat di dalam internet, dan dikelilingi orang-orang yang negatif: tahap tekanan kita akan melonjak naik.

Itu belum lagi termasuk tekanan biasa macam asyik sangkut dalam traffic jam, kejar deadline, tekanan dari boss yang mahu cepat tapi perfect, tekanan untuk kejar goal pencapaian peribadi demi mendapatkan pendapatan lebih atau pengiktirafan.

GB sedar tentang perkara ni sudah agak lama. Sebab tu kadang-kadang GB pekakkan telinga dan pejamkan mata terhadap perkara yang tak mahu dipeduli (contohnya cakap-cakap orang yang kononnya pelik sebab GB masih tak kawin-kawin). Tapi kalau perkara itu ditimbulkan dalam rumah sendiri, oleh ibu bapa sendiri, bagaimana untuk bersikap tidak peduli? Sedangkan itu semua di luar bidang kuasa manusia. Stess banget sih!

*

Kesimpulannya, ye, banyak sangat faktor yang membuat wanita Malaysia tertekan. Tak bagus...tak bagus. Tekanan boleh meningkatkan paras asid dalam darah (sumber) dan membuatkan penyakit kronik senang menyerang.  Tak best kan fakta ni?

P/S: Semua di atas cuma kesimpulan dari pembacaan dan pemerhatian peribadi. Jangan guna entri ni untuk rujukan thesis pulak ye. :D


Monday, July 18, 2011

Semalam....lepas tu....harini....

Jacob's Walk of Life
Taman Botani Negara, Shah Alam (formerly known as Bukit Cherakah)


Semalam...

Heel kanan yang sakit tak berapa nak baik lagi.

Kemudian jalan 6km dekat trek yang berbukit.

Saje cari penyakit.

Elok je lepas habis 6km, heel kanan dah rasa parah.

Dah makan Panadol extend pun tapi takde efek langsung!

*

Lepas tu...

Si pepel pulak kene saman parking, termasuk beberapa kereta lain lagi. Cet. Adat la ada event cenggitu, orang park mana yang boleh diselit je.

(Walaupun lepas tu depan mata tengok betapa susahnya bas nak keluar disebabkan budak pepel tu. Nasib baik takde calar sikit pun. Phewww...)

Kesimpulannya...ok lah..bayar je lah saman tu...

*

Harini...

Kaki dua-dua cengkoi sebab sakit.

Nasib baik boleh bangun dan pegi keje.

Nasib baik hari ni tak payah gi site.

Nasib baik.

P/S: Selamat hari Isnin semua! :D

P/S: GB nak share ni. Pre-wedding photos of Nurul Shuhada Nurul Ain by member GB. Very sweet. :)

Saturday, July 16, 2011

Biar rugi satu, jangan rugi semua




Haritu GB berjumpa dengan CikBonekaDalamChermin atas beberapa tujuan. Makan kat satu restoren nasi briyani ni. Selain makan-makan dan menyetelkan apa yang perlu tu, biasalah...macam-macam cerita jugak tercerita. Cerita nak kawin (beliau lah, bukan GB), putus-putus cinta segala...semua keluar. Wuwuwu~

Tapi dalam sedih mengimbau kisah cinta sadis yang tak kesampaian, ada juga kelakarnya bila setiap cerita tu diiringi oleh background song yang macam kene je dengan topik. Cis! Bikin bertambah sayu je rasanya.

*

Tapi bila kitorang sedar akan perkara tu, kesayuan tu bertukar jadi gelak ketawa sebab scene tu betul-betul macam dalam drama. Hahaha!!!

Life must go on no matter what. Nampak gembira di luar, dalam belum tentu fulfilled. Kadang-kadang terasa kosong juga, tapi kalau dilayan, masa akan tetap terus berjalan. Baik rugi satu dari rugi semua.

P/S: Ayien, thanks for the sata and keropoks. Sedap-sedap weh!

Friday, July 15, 2011

V-Soy



Sekarang hari-hari GB beli soya ni. Dalam botol kaca. Yang multi-grain. Sedap...tak macam soya lain.

Harini GB beli sekotak terus.

Rasa cam ketagih pulak.

*

Sape join Jacob's Walk of Life Ahad ni? GB join. Biasalah...event jalan-jalan ni on je. Hihi.

P/S: Kadang-kadang, rasa rindu kat sesuatu yang pernah kita buat zaman dulu-dulu...

Thursday, July 14, 2011

Orang berbudi, kita berbahasa. Bahasa apa?



Tajuk macam tak kene je dengan entri. Layan je lah ye kawan-kawan. Hihi.

*

Kisahnya...beberapa bulan lagi GB akan pegi KK. Dah plan la mana nak pegi segala sebab pegi pun tak lama. Tiba-tiba baru teringat GB tak cari tempat menginap lagi. Mana nak fikir pasal transportation segala. Oh man....cemana ni?

Since GB tak setabah BackpackerBusuk yang boleh travel sorang-sorang ke Siem Reap, GB pun cuba merisik Sumandak Kinabalu yang memang orang Sabah ba itu. Maklumlah, walaupun GB penah gi KK, tapi bila travel sorang-sorang banyak pulak yang kene di plan, di book dan di recce-recce, agak leceh kalau bergantung kepada website, blog dan forum aje. Last-last menyimpang ke mana-mana entah. Hihi. Baik tanya orang yang lebih arif aje kan?

Jadi bila Sumandak Kinabalu setuju nak temankan GB kat sana, terus terbayang Gunung Kinabalu tersergam di depan mata! Seronoknya!!!

Thanks Sumandak. Tak sabar-sabar GB nak jumpa kamu! :D

P/S: Kalau tak tanya, kita takkan tau orang nak tolong kita atau tak. Kan?

Wednesday, July 13, 2011

Kalaulah GB pegi KL Sabtu lepas...

Ini kat PWTC, looonngggg before last Saturday


Merujuk kepada tajuk entri GB yang lepas...'Boleh ke dua orang dari ideologi politik berlainan berkahwin?'

*

Ini bukan entri tentang politik atau mana-mana ideologi. GB sedar satu perkara, kadang-kadang tulis perkara macam tu boleh buat kita hilang kawan. Jadi GB takkan tulis sebab GB sedar buat entri pasal benda-benda macam tu agak berisiko. Kang kengkawan yang sedia ada hilang, tetibe pulak dapat ramai kawan baru bernama Anonymous. Heheh~

Pasal Anonymous, kenapa ramai sangat nak guna nama ni. Tak unik la. Pakai la nama sendiri...baru best. Tak kira la dari pihak mana pun dan nak bagi komen sepedas mana pun. Introduce yourself and and be proud of your stand. Oh, I did. Best ape... :D

*

So meh GB cakap apa yang akan GB buat kalau masuk KL Sabtu lepas.

Pegang camera, amik gambo lor.

Kadang-kadang amik gambo orang best jugak. Feel dia macam ala-ala photographer National Geographic. Huhu~

P/S: Kapten Atok, ko nak komen kat mana kali ni? :D

Tuesday, July 12, 2011

Boleh ke dua orang dari ideologi politik yang berlainan berkahwin?




Cuma satu pemikiran rawak. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, apatah lagi dengan gambo.

:)

P/S: GB dah kat tanah rendah sekarang...gambo-gambo CH ni cuma untuk abiskan stok aje. Hihi.


Dah agak...mesti ramai dapat teka... :D


Bunga semalam menghasilkan buah di atas. :D

Peneka yang tepat...ramai!

Azam, Alis, Nabilah, hani@debumelukut, sayangsayangibu, kReen, dan ramai lagi yang tau tapi takmo tulis jawapan. Kan kan?

(Nanti GB taruk link. Sekarang tak sempat. Heheh!)

*

Petang semalam GB tengok Nur Kasih The Movie. Dah ada kat tonton.com sekarang. Pelik sungguh bila dengar banyak orang komen kata movie tu tak best. Sah lah diorang tak tengok siri tu masa tayang kat tv dulu. Sebab bila GB tengok, selain dari lokasi penggambaran yang cantik gile dan angle yang dah jadi trademark Kabir Bhatia, GB boleh feel perasaan dan kesedihan dalam movie tu dan nangis dan nangis sampai sembab muka.

Cuma perkembangan watak agak kurang, tapi feel memang tip top. Agak kalau bagi panjang sikit movie tu, mungkin boleh dapat markah lebih kat perkembangan watak. Tapi GB tetap suka!

P/S: Ops lupa. GB biased. Biasalah, Kabir Bhatia yang buat. Heheh~

Monday, July 11, 2011

Monday yang weird



Huwarghhhhh.....Monday oledi.

Keje jom!

P/S: Cer kawan-kawan teka bunga apa tu.... :D

Friday, July 8, 2011

Kobis

Kobis di kebun kobis. Rangup!


Sayur fresh terbaik dari ladang ni boleh dibeli kalau rasa takmau beli kat pasar. Hihi. Bayangkan kerangupan kobis fresh ni....nyummm....!


*GB tak dapat blogwalk hari ni....nanti ye kawan-kawan. Tunggu sekejap.... :D


P/S: Err...pernah dengar cabbage diet? GB tak sanggup nak try walau ada testimoni kata boleh kurus cepat. Takmolah!

Maaf, saya tak suka apa sahaja yang mengganggu keamanan hidup saya, keluarga, dan rakan-rakan.

Anis panggil buah letup-letup, Auntie Ani panggil buah ulat bulu. :D


Gambar ni ditangkap kat kawasan Kea Farm sewaktu matahari sedang terbit. Kalau ikutkan, GB tak tau ni buah apa. Bukan tomato ni. Tapi since sunrise nye tak kelihatan maka GB beralih ke benda lain sebagai objek. Hihi. Sebenarnya waktu ni masih sunyi tapi dah ramai pekerja keluar bekerja. Anjing pengawal tapak projek pun ada, tapi tak kacau orang.  Ye, masih berangin kencang.

*

Hati GB pun berangin jugak memikirkan kebodohan (maaf) orang-orang yang mengikut membuta tuli tanpa usul periksa ni. Kerana untuk sekian kalinya apatah lagi bila kerap baca blog AididMuaddib, GB rasa Melayu (segelintir) amat mudah diperalatkan.

Isu apa? Semua dah tau kot.

GB bukan orang kerajaan, kerja pun kat company private. Bukan juga penyokong tegar mana-mana ideologi. Bukan kaya, bukan serba cukup. Ada waktunya rasa tak puas hati dengan keadaan ekonomi diri sendiri. Tapi GB cuma nak bagitau, GB ini orang aman.

P/S: Orang yang bagi peluang untuk pihak luar menyempil ke dalam adalah orang bodoh.

Thursday, July 7, 2011

Bunga dan photographer degil

Brugmansia 'Frosty Pink' - Angel Trumpet


Antara benda paling seronok dibuat di Cameron Highlands, dah tentulah berjalan-jalan sambil mengusha bunga-bunga. Bunga besar-besar kat sana memang bikin terujalah. Tapi antara cabaran terbesar bagi seorang pencinta bunga dan pengambil gambar tegar berkamera cap ayam macam GB adalah nak dapatkan angle menarik dalam suasana berangin yang agak kencang.

Susah nak dapat still photo bunga yang betul-betul sharp sebab angin kuat. Tangan pun tak la steady sangat. Hihi.

Tapi kat kawasan lain yang agak terlindung tu dapat la capture dengan lebih senang. Tapi nak jugak amik gambo kat kawasan berbukit dan berangin tu. Degil!

P/S: Yang susah nak dapat tu lebih menarik perhatian kot? :p

Wednesday, July 6, 2011

Bercuti dalam bilik adalah membazir masa bagi seorang bujang



Itu pendapat GB je. Sebenarnya terpulanglah kepada cara masing-masing untuk spend waktu cuti tu macam mana.

Bercuti stail GB: Suka berjalan dan berjalan. Sukat segala ceruk. Kalau naik kereta kemungkinan ada spot menarik yang akan terlepas pandang. Macam haritu kat CH, GB keluar awal pagi untuk membekukan diri dan aim nak amik gambo sunrise. 6.30 pagi dah keluar dari bilik. Sejuk jangan tanyalah. Dah la gelap, sejuk, berangin pulak tu. Sorang-sorang pulak tu. (Mak dan adik-adik GB sume dok dalam takmo keluar. Hu~)

Then berjalan sampai ke Kea Farm dan sukat sampai ke belakang. Nasib baik dah ada 2-3 kedai dibuka, dan ada kamera cap ayam GB ni jadik peneman...so takde la rasa lonely sangat. Tetiba, sampai kul 7.30...hampeh. Tak nampak sunrise pun. Awan tebal lor...

Tapi takpelah. Ada juga perkara lain yang menggembirakan. Sebab finally kat Cameron Highlands ni GB dapat snap gambar yang sangat-sangat GB teringin nak snap tapi punyalah susah nak cari kat tanah rendah ni. Gelap, sunyi, berkabus dan ada lampu jalan. (Sila lihat gambar di atas). Senyum..... :D

P/S: Ada jugak drawback nya bila buat aktiviti menyukat dengan berjalan kaki macam ni. Kaki GB sengal-sengal sampai harini. Duh~

Is missing the tea and scones

Equatorial Hotel, Cameron Highlands

Cak!

Rindu GB tak? GB rinduuuuuuu kawan-kawan tau! :D

*

Masa tengah driving ke opis pagi ni, GB teringat akan dinginnya bayu yang menampar-nampar pipi (eceh) waktu pagi masih gelap di sana. Teringat akan sedapnya kopi dan teh dan scones dan aiskrim stroberi di sana. Ada sesuatu tentang Cameron Highlands yang buatkan kopi dan teh nya rasa lebih sedap. Sebab bila kat rumah atau kat opis ni takdela pulak rasa sedap macam tu...

*

Or is it the holiday? Or the laid back feeling? Or the altitude?

P/S: Panasnyaaaa opis ni. Kihkihkih!!!

Saturday, July 2, 2011

Wordless Saturday?




P/S: GB akan ke tempat dingin ini beberapa hari lagi. Can't wait...can't wait.... :D

Friday, July 1, 2011

Sedikit cerita tentang gadisBunga ini~



Selepas baca komen kawan-kawan dari entri yang lepas, GB dapat faham ada beberapa persoalan yang tak terungkai di minda kawan-kawan. Kebanyakan berkisarkan tentang soal jodoh. Jadi GB rasa tergerak untuk bercerita tentang hal ini pula.

(Tetibe gaya ayat ni rasa macam tulis artikel kat paper pulak. Kasi tukar lah!)

Ok. Ehem!

Cenggini ceciternye. Mungkin ada yang rasa orang pompuan yang hidup single ni nampak macam kesian, especially bagi mereka yang dah berjaya kawin. Ramai jugak yang dah tanya GB soalan-soalan lazim bagi mereka yang tak kawin-kawin. Untuk menyenangkan kawan-kawan, GB tulis dalam bentuk menjawab soalan kertas pemahaman UPSR lah ye.

*

Q: Happy je sekarang? Dalam hati ada taman eh?
Bila dah makin matang (matang ker...? Ihiks!), bagi GB kebanyakan orang dah pandai set the mind to feel happy with their life. Tak dinafikan GB lebih gembira berbanding beberapa tahun dulu. Tapi bukan disebabkan rasa berbunga dalam hati yang berpunca dari seorang lelaki.

Sama ada kawan-kawan nak percaya atau tidak, kadang-kadang GB boleh rasa happy hanya dengan ambil gambar yang menarik. Happy bila sembang-sembang dengan mak ayah. Bila jalan-jalan dengan family atau kawan-kawan. Bila kerja kat opis selesai dengan jayanya. Bila presentation berjalan tanpa spoil. Bila client suka dengan kerja kita. Bila tengah plan untuk travel atau short holiday. Bila fikir konsep untuk majlis tunang adik. Bila dapat jemputan gi jamuan atau kenduri. Bila ternampak baby atau nampak kamera idaman dalam brochure.

Pendek kata every little thing in life GB akan cuba appreciate dan turn that into something that cam make me feel happy.

Q: Tak rasa nak kawin ke?
Sape yang taknak kawin oiii. GB pun nak ada asben. Nak ada anak. Nak ada family...tapi semua tu adalah rahsia Allah. Doa banyak-banyak lor... GB bukan tak usaha. Tapi harap jangan la generalize usaha semua orang adalah sama. Bagi GB, cara bagaimana seseorang tu berusaha adalah terpulang kepada individu masing-masing. Kalau GB cakap GB banyak mengelak dari berjumpa orang, takmo la terus chop GB ni tak berusaha ok...

Frankly, GB rasa jeles tau tengok kawan-kawan sebaya yang dah berjaya bertemu jodoh dan ada baby... :)

Q: Nak cari yang macam mana? Dah ada calon atau tak cari langsung?
GB bukan jenis yang pandai letak kriteria lelaki idaman ke apa ke sebab GB pun bukanlah seorang gadis yang ada ciri awek-awek cun comel genit segala tu. GB cuma sorang pompuan biasa-biasa yang yang serba kekurangan tapi cuba jadik se independent mungkin. Tak cantik gojes pun, tapi manis tu ada la. Ihiks!

Cuma GB harap akan berjumpa lelaki yang bertanggungjawab. Sebab bila lelaki tu bertanggungjawab, dia akan bertanggungjawab terhadap dirinya, terhadap agamanya, terhadap amanah, kelak terhadap isteri dan keluarganya.

GB tau bukan semua lelaki boleh terima orang macam GB. Mungkin ramai anggap bila pompuan single dan agak matang dan kerja dalam construction industry ini akan mudah untuk diajak keluar dan berjumpa. Which is a good way to find potential future husband. Tapi GB cuma konfiden dan tak malu kalau dalam urusan rasmi yang melibatkan kerja. Luar dari tu, GB adalah seorang pemalu dan introvert. Apatah lagi kalau yang ajak jumpa tu merupakan seorang yang tak single dan available.

Perempuan adalah sangat dekat dengan fitnah.

Tapi kesimpulannya, at this moment, GB takde calon dan tidak juga mencari. Solo molo okeh!

Q: Kenapa dulu putus dengan yang lama?
Ada juga yang tanya soalan ni.....adoiyainyepun.....! Especially mak GB. Heheh.

Jawapannya, takde jodoh lor....

Q: Memilih sangat kot?
Next!

Q: Kerja takkan jaga kita bila dah tua nanti...
Ini ayat sinis yang selalu GB dengar. Sape cakap GB nak stay single sampai ke tua? Heheh~

Q: Takde yang sempurna dalam dunia ni.
Ini pun sinis. Boleh terkoyak hati bila dengar ayat ni.

GB tak sempurna. GB tak cari orang sempurna. Tapi biarlah dia boleh jadi teman sehingga ke akhir hayat (mudah-mudahan). Bila tua nanti, kita perlu seorang teman yang tak bosan dengan kita dan boleh jadi teman berbicara dan bergelak ketawa dan tidak kekok berjalan berpimpinan tangan di taman walau sama-sama dah tua. GB perlu seorang yang ada long term vision. Seorang yang sanggup sama-sama belajar bagaimana menjadi pasangan yang baik dan sanggup share apa yang boleh di share. Seorang soul mate.

Takde makna muka hensem, kerja hebat, kaya melimpah ruah atau otak terlalu bijak pandai kalau hidup takde privacy, asyik rasa insecure, asyik kene tinggal atau kena cari teman sembang di luar. Wadehey ye dak?

Q: Nak calon? Boleh saya carikan!
As I said, GB pemalu. Fear of rejection pun ada. So GB appreciate kawan-kawan yang boleh buat GB rasa selesa dengan perkara tu.

Kesimpulannya, GB bukan la jenis orang yang taknak kawin. Boleh gitu? Ihiks!

P/S: Kalau kawan-kawan sudi, doakanlah GB cepat bertemu jodoh dengan orang yang bertanggungjawab tu. Kalau sound GB pun takde banyak bende yang boleh GB buat melainkan segalanya berbalik kepada keizinan Allah jua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...