 |
| Ini set teater Terima Kasih Cinta. Nice kan? |
Khas untuk adik-adik yang tengah sambung belajo...ye GB tau....entri ni lambat sangat publish nye...tapi layan je lah ek!
*
Mesti ada adik-adik yang terpaksa further study dalam course korang tak minat. Nasihat GB, teruskan je... Kene syukur yang korang dapat peluang untuk sambung belajar. Kene ingat ni...proses pembelajaran bukan sekadar tertakluk kepada 3-5 tahun kursus sahaja. Bukan hanya di Pusat Asasi atau di Matrikulasi, dan bukan sekadar di Main Campus sampai dapat scroll. Proses tu harus terus berlaku sampailah bila dah kerja nanti. Teruskan belajar dan jangan ego atau rasa diri dah pandai sangat semata-mata sebab kita dah dapat degree lepas struggle bertahun-tahun. Taknak fikir macam tu ok, sebab nanti ilmu akan lari dan terus biarkan kita hanyut, sampai last-last kita akan jadi orang yang bodoh sombong tanpa kita sedari.
Penting ni: takmo pandang rendah kat mereka yang tak dapat peluang untuk sambung belajar secara formal. Yang mungkin sebab keputusan SPM yang tidak berapa nak best, atau keadaan kewangan keluarga yang meruncing, atau mereka sudah tidak minat sambung belajar. Sebab mereka ni sebenarnya tetap belajar juga tapi secara informal lah dan menjadi 'street smart', dan kadang-kadang (selalunya) street smart person boleh menjadi lebih bijak dan matang dari kita yang belajar melalui lectures and notes. Jangan lupa bahawa pengalaman itu tetap guru terbaik.
*
Kalau ada antara adik-adik yang nak sangat-sangat jadi pilot tapi sekarang sedang amik kursus kejuruteraan (misalnya), jangan risau. Selagi kemahuan melebihi keraguan, insyaAllah pasti akan dilorongkan jalannya. GB bukan bercakap (errr...menaip) berdasarkan teori semata-mata. Tapi ada beberapa contoh yang GB boleh bagi untuk membuktikan bahawa kursus yang tercetak di atas surat tawaran bukanlah penentu mutlak masa depan kita.
Contoh 1:
GB punya crush dulu budak akitek. Kalau diikutkan GB tak tau kerjanya macam mana sebab kitorang tak pernah satu studio pun (bercakap pun literally tak pernah sebab dah memasing berlagak nak memfus) tapi dari cakap-cakap member, kejenye mantop. Dia study sampai part 2. (Kalau kat UIA, part 1 adalah Bachelor of Science in Arch, Study duration 3 tahun. Kalau sambung lagi 2 tahun, dapat Part 2 pulak, which is Bachelor of Architecture).
Tak silap dia penah practice kat architect firm sebelum tup tup kitorang dapat tau dia amik kursus jadik pilot kat
APFT.
Dan sekarang kejenya asyik ke awan biru sajalah. Jadik pilot lor...
Contoh 2:
Senior GB. Budak akitek gak. Depa ni memang GB tau mantop-mantop punye spesis. Tapi one thing yang obvious jugak, depa ni sangat bestfriend dengan camera...
Dan sekarang nak tau depa jadi apa? Yes...photographer....tapi buka setakat suka-suka. They do it as a profession. Nak tengok hasil keje depa? Sila bukak Astro dan tengok
video clip Imam Muda, video clip Fyna AF9 dan video clip Azri AF9, dan banyak lagi sebenarnya.
Kalau nak tengok lelebih boleh lawat
Shutter Speak Studio milik senior-senior GB tu~
Contoh 3:
Member GB, orang Kuantan. Asalnya dia ni C&S engineer. Tapi masa tu dia dah buat part time wedding photography sampailah last-last dia resign dan terus setup company sendiri. Portfolionye boleh tahan. Dia pernah produce video clip raya dengan Media Prima last year, jadik official photographer untuk
majlis pertunangan Ashraf Muslim, dan bisnesnya terus berkembang dan berkembang.
Yang penting rajin dan kuat usaha. Cer tengok pic-pic kat
ThePhotographer ni.
*Tetiba dah jadi macam entry promo pulak. Bukan-bukan...depa tak tau pun GB dok post link-link bagai ni. Blog GB pun depa tak baca okeh~
*
Dan sebenarnya ada banyakkkk lagi contoh. Kalau nak cerita satu-satu nanti sampai esok tak abis menaip. GB ni bukannya apa...GB cuma nak kasi bukak mata adik-adik yang terlalu risau pasal masa depan diorang yang mungkin kebetulan tengah study dalam kursus yang diorang tak gemo atau kursus yang tak glemer. As long as you have vision, you can do anything and you can be anything, but within the guidelines given in the Holy Book al-Quran. Korang kan ke umat terbaik.... :D
Ali Imran, 3:110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar,
dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka;
di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Jadi adik-adik, akak GB wish you all the best, good luck and be a good believer, ok! :D
P/S: Ada satu lagi contoh lupa nak cerita. Ada sorang tu kan, buat matric architecture, pastu kat main campus buat landscape architecture, masa short sem 3 dia keje kat Jusco Alpha Angle, after grad keje kat firm architect 4 tahun, pastu sambung kat firm landscape, and tetibe jadik blogger pulak. Tet!!!