Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, May 30, 2011

Apa yang kita boleh dapat dengan 50 sen?

Sape tak tau nilai syiling ni, baik pegi cek kerakyatan. :D


Almost yillek.

Roti ban kat kedai pun dah susah nak jumpa yang harga 50 sen. Megi sebungkus pun dah jual singgit lebih. Roti canai 90 sen. Nasi lemak paling basic rata-rata dah singgit dua posen sebungkus. Paling logik boleh dapat, boleh guna hiway Metramac pegi balik sebab tol 50 sen tu dah bubar. Selebihnya? Yillek.

P/S: Oh ye, air suam masih 20 sen kat mamak. Kalau senyum manis sikit mungkin dapat free. Selamat 50 sen tu. :D

Saturday, May 28, 2011

Errr....GB nak jadi...GB nak jadi...GB nak jadi...errr....hihihi~

Cuphea hyssopifolia Alba

GB nak jadi Maklong!!!

*

Adik GB yang kawin bulan 3 haritu baru bagitau berita gembira ni kat kitorang. Patut la senyum lebar adik GB dengan wifenye tu. Berseri-seri muka semua orang. Muka mak ayah pun bersinar-sinar sebab seronok nak timang cucu...heheh.

P/S: Nak cari baju baby, nak fikir nama baby, nak apa lagi ek? Nak apa lagi ek? Ops lupa, bukan GB yang pregnant. Hihihi~

Friday, May 27, 2011

Malam tadi GB mimpi

Pasir Penambang, Tanjung Karang, Selangor



Mimpi yang sweet. 
Bertemu seseorang yang bisa membuat hati girang. 
Tapi GB tak pernah jumpa dia di alam nyata lagi.

*

Jangan fikir yang bukan-bukan.

P/S: Masih bizi. Sempat blogwalk sekadar mampu sahaja semalam. Salam Jumaat kawan-kawan. :)


Thursday, May 26, 2011

BZGB

Parking lot, Pasir Penambang, Tanjung Karang, Selangor


*GB BZ*


P/S: Kawan-kawan pun bizi jugak kan?                                                                                                                                              

Tuesday, May 24, 2011

Orang yang sakit ni kalau disayang-sayang memang cepat baiknye...

Nelayan pulang petang di Pasir Penambang, Tanjung Karang, Selangor       


GB ni jenis yang senang terpeleot kalau tengah berjalan. Banyak kali jugak la jadi...asal berjalan je, kalau tak terpelecok, tak tersadung, tak terjatuh, memang tak sah lah. Mak GB pun penah bagitau yang masa GB ni masa kecik-kecik memang jenis 'berjalan tak terus'. Maksudnya lebih kurang macam ni laaa: Jalan-jalan-jatuh. Jalan-jalan-jatuh. Ingatkan masa kecik je macam tu, rupanya sampai ke besar pun cemtu jugak...GB...GB...

*

Hari Ahad lepas GB terpelecok lagi masa jalan kat Pasir Penambang. Kali ni kaki kiri yang kena, terseliuh teruk jugak. Sakit yang amat! Tapi tahan aje la, jalan jugak walaupun kaki dah cengkoi-cengkoi. Dan tetap drive walau sakit-sakit cemtu. Nasib baik kete auto. Sampai je rumah terus GB sapu segala minyak panas yang ada. Pastu makan panadol sebab nak tahan sakit. Nak menambahkan kesyahduan, mak dan ayah GB pakat-pakat urut kaki GB ni sambil baca-baca, terus terasa macam duk dalam wad sebab mak siap bawak makanan ke katil. Ngeeee.....tengkiu mak. Tengkiu ayah. :D

Walaupun sakit, GB tak manjakan sangat kaki tu. Walau malamnya kaki memang tengah sakit bengkak, tapi GB tak rehat pun. Berjalan-jalan jugak, konon nak train kaki lah. Pagi Isnin tu GB risau jugak takut jadi macam dulu (baca perenggan bawah). Tapi nasib baik tak. Kaki dah bertambah baik, malah kurang sakit dari semalam. Siap boleh pegi opis! Time kat opis ayah pulak dok folo up pasal kaki GB. Tetibe GB rasa terharu nak nangis...sob sob!


*


Kali terakhir GB terseliuh masa form 5 dulu. Kaki slipped masa tengah turun tangga dari lab bio. Masa kene tu tak rasa sangat sakitnya. Cool ajelah konon...tak sapu minyak. Sekali besok bangun pagi ha hambik, tak terjejak kaki atas lantai sebab dah bengkak. Sampai lebam bengkak tu nak dekat seminggu jugak. Last-last kene urut. Padan muka. Sapa suruh delay-delay berubat?

*

Lupa nak kabo. GB kat Pasir Penambang sebab bawak mak dan ayah gi cari ikan fresh kat Kuala Selangor. Sebenarnya sebelum ni tak penah jumpa pun tempat yang orang dok uar-uarkan tu. Asyik-asyik jumpa pasar basah Pasir Penambang tu je. Setakat jalan jauh-jauh pastu beli ikan kat pasar, baik pegi beli kat pasar tani Shah Alam je, ye dak?

Dengan berbekalkan map yang kReen bagi, akhirnya kitorang jumpa jeti tu. Apa lagi...memborongla sesuka hati dan dapat la kitorang makan ikan fresh malam tu! Ikan baru naik dari laut. Keras-keras lagi. Mata bersinar-sinar! Tapi setakat ikan je la yang dapat, sebab udang ketam orang lain dah grab dulu. Takpe, next time GB pastikan udang ketam tu jadik milik GB!! (Pastu komplen gatal-gatal resdung. Heheheh~)

P/S: Kire berbaloilah terseliuh pun sebab last-last jumpa jugak jeti idaman hati :D

Monday, May 23, 2011

Jom lompat-lompat kat sempadan Selangor - Pahang



Khas untuk KakcikSeroja. :D

Ini la garis sempadan Selangor - Pahang yang ada kat Fraser's Hill tu. Lampu atas jalan tu GB syak mungkin akan menyala malam-malam. Next time lah GB nak gi overnight pulak kat sana. Papan tanda tu yang indicate mana Selangor mana Pahang. Kalau dari gambar ni, kiri Selangor, kanan Pahanglah. Dan rumah kat belakang tu? Dapurnya ada kat Selangor. Masak kat Selangor, makan kat Pahang. Hihihi~

P/S: Sambil menengok iklan pasal pengurangan subsidi kat TV (duhhh...), GB nak cakap, Happy Weekend kawan-kawan! :D

Friday, May 20, 2011

Part last: Fraser's Hill weh!!!



Intro:
Pernah tak kawan-kawan tengok cerita macam Rosalinda dan Betty La Fea? Citer soap opera. Yang GB perasan penah scene transition dari bilik sendiri nak pegi bilik meeting aje pun sampai 2-3 episod tak abis-abis. Jadi untuk tak jadikan cerita Fraser's Hill GB ni macam soap opera, GB akan abiskan dalam entri ni jugak-jugak! Sekian~

Entry:

Adakah kawan-kawan tahu yang dengan hanya dua-tiga langkah, kawan-kawan boleh berada kejap di Selangor dan kejap di Pahang? Atau...pernah tak tengok rumah yang berada di atas negeri Selangor dan juga Pahang? Atau boleh bergambar kejap di Selangor, kejap di Pahang dengan selang 1-2 minit sahaja? Tak perlu keluar peluh setitik pun!

*

Ceriternye....sesampai je kat Fraser's Hill tu terus aje GB park kat Selangor. Dari situ, ape lagi...menyukatlah sampai ke Pahang! Sempat juga bergambo-gambo kat Selangor sebelum sambung bergambo kat Pahang pulak. Heheh, ada yang blur?? Takpe, baca terus okeh.

Fraser's Hill ni sebenarnya terletak dekat dengan sempadan Selangor/Pahang. Yang bestnye, ada satu line merentang kat tengah jalan yang menandakan sempadan antara Selangor dan Pahang. Cool. Mula-mula GB tak perasan itu line sempadan, cuma nampak papan tanda bertulis Selangor dan Pahang aje. Tapi bile tengok betul-betul, eh, garis sempadanlah! Dan yang bestnye ada satu bangunan yang terbina kat atas line tu. Satu rumah dua negeri tu. Kire kalau ada yang kene buang negeri tu tak payah la nak beli tiket bas bagai. Bungkus baju, jalan aje. Syiok betul!

Itu antara keistimewaan Fraser's Hill yang mungkin bagi sesetengah orang biasa saja, tapi bagi GB sangat menarik untuk dikongsi. Kalau malam mungkin ada lampu kat atas jalan tu sebab GB ada nampak recessed floor lighting time tu.

*

Bagi GB, Fraser's Hill sangat bersih, rustic dan cantik. Colour scheme overall area adalah sangat refreshing. Hijau-hijau, putih, rustic, merah, dan hitam. GB suka!

Balai polis dan post office situ cantikkkk banget! Ada tembok yang dah fully covered dengan pokok Ficus pumila pastu ada postbox kaler merah menyala kat tengah-tengah kehijauan. Stailll okeh~

Pastu masa strolling around tu, jangan lupa pandang kat spaces antara bangunan kat situ. Ada pocket garden. Mungkin kecik aje tapi since kiri kanan ada dinding bangunan yang cantik dan nampak rustic, jadi sesnap dua tu takde lah akan merugikan bateri kamera..

Yang lain-lain...ramai dah tau kot. Clock tower, building dengan pengaruh Tudor architecture, bunga-bunga cantik dan udara sejuk. Kalau nak makan ke, nak beli souvenir ke, banyak tempat...tak payah risaulah. Ada taman bunga kat situ tapi GB tak singgah sebab ramai orang. Masjid ada, letaknya lebih kurang 1km dari clock tower. Tapi masjid punye design biasa saja, tak buat pun Tudor style macm building lain. Tak aci tau!

Kalau rajin sukat banyak lagi yang boleh discover kat sana. Nak masuk hutan tengok burung pun boleh. Haritu penat je bawak teropong bagai tapi tak masuk hutan pun. Tapi GB perasan la ada banyak trail nak masuk ke dalam. Hm..menarik..menarik. Next round lah. Dekat je pun... :D

Pastu ronda-ronda la lagi jauh ke atas. Sampai kat Ye Olde Smokehouse. Jalan dia ada simpang-simpang juga tapi dengan bantuan signboard yang pada GB agak berkesan, jadi jangan risau pasal sesat ke apa.

*

Masa nak balik, jalan turunnya adalah jalan lain. Bukan jalan naik kat The Gap tu. Mungkin sebab tu time naik GB belasah je tak tengok timing pun, padahal ada je jadual waktu naik dan turun.

Cuma masa turun, hujan turun dengan selebat-lebat alam. Drive la slow-slow dan bukak mata luas-luas. Ahirnya sampai rumah...ok jom rileks! Penat weh drive sebab sangkut jammed lama giler kat Rawang. Nak pegi 2 jam je, balik jadi nak dekat 4 jam! Grrr!!!!

Fuh! 2 hari  2 malam GB mengarang dan akhirnya, sekianlah cerita GB pasal 3 jam lebih kat Fraser's Hill...hih. Gile rushing kan? Tapi...gile meleret kan? Layan je ek? Tengkiu kengkawan sebab sudi baca! Hihihi~  :D

P/S: Tengs to Cikgu ensem Imanshah sebab sudi bagi hadiah tempat gangsa kat GB untuk Kontes Selamat Hari Guru nye. Kalau dikilat-kilat gangsa tu merelip satu rumah weh... And tengs to Sahrom sebab sudi bertanya khabar. GB memang packed sikit sekarang ni... :D

Wednesday, May 18, 2011

Fraser's Hill part 1: Rupanya before this GB lupa nak taruk tajuk untuk entri ni. Sindrom apakah?

Signature view of Fraser's Hill

Ini merupakan kali pertama GB pegi Fraser's Hill. Dan kali pertama jugak drive kat area yang melepasi pekan KKB. Sebelum ni penah jugak sampai kat Sg Chiling (dekat bawah bukit) tapi orang lain yang drive lah. Disebabkan GB penah gi Sg Chiling, itu pasal la yang boleh tau Fraser's Hill tu dekat je rupanya...

Dari rumah GB kat Kg Subang ke clock tower Fraser's Hill tu ambik masa lebih kurang 2 jam. GB pegi ikut PLUS dan masuk kat susur Rawang. Lepas tol, kona kanan dan terus je sampai melalui bandar Rawang dan menghala ke arah Sg Choh. Terus je ikut signboard Serendah dan Kuala Kubu Baru (KKB). Bila melalui pekan KKB, nanti akan nampaklah signboard ke arah Fraser's Hill. Ikut signboard and enjoy your journey...

Dalam perjalanan ke Fraser's Hill tu,  GB melalui Empangan Selangor yang sangat luas...! Bagi sesiapa yang baru first time lalu kat situ mungkin akan rasa teruja, dan kaki-kaki tembak mungkin akan cari port baik punye untuk amik gambo. Mana taknya, selain empangannya yang luas dan langit biru berawan putih di atas, kat background tu nampak juga gunung-ganang Banjaran Titiwangsa yang berbalam-balam. Kelass....!

Masa last time GB pegi (Disember 2010) ada lagi port untuk park kete kejap, boleh la setakat nak amik-amik gambo. Tapi baru-baru ni rasanya diorang dah pagar abis dah. Kalau nak berenti tu boleh kot tapi kene pastikan situasi sekeliling selamat, baru boleh berenti. Lagipun so far GB tengok trafiknya agak lengang. Mungkin sebab orang lalu jalan tu cuma untuk pegi ke Sg Chiling, atau nak naik Bukit Fraser je. Kot laa...

Gile panjang intro..hihihi~

*

Bila dah melepasi jambatan kecik yang tak jauh di hadapannya adalah Santuari Ikan Sg Chiling, maka bermulalah pendakian ke Bukit Fraser....

Jalan naiknya...adat la nak ke kawasan tanah tinggi. Berliku-liku. Tapi kalau bawak ikut speed limit insyaAllah selamat. Jalan ada dua lane, jangan risau. Dan bagi GB, jalannya ok. Well maintained. Waktu siang biasanya bertembung dengan kereta dan motor je dari atas, tetap kena hati-hati. Tapi kalau malam, ada lori besar akan guna jalan tu, so sape yang nak naik malam-malam kena la extra hati-hati. Cemana GB tau pasal hal lori tu? Panjang ceritanya...heheh~

Bila dah makin tinggi, udara tu dah jadi makin sejuk. Time tu GB off aircond, tutup radio dan bukak tingkap. Best! Sebab angin sejuk dan ada bunyi burung chirping kat dalam hutan. Lepas lebih 1/2 jam mendaki, sampailah kat satu kawasan yang ada pintu gerbang kaler putih. Time tu dah eksaited dah...ingat dah sampai. Rupanya belum lagi!

Tak jauh dari pintu gerbang tu, ada signboard 'Fraser's Hill' suruh kona kiri. Kona ajelah, jangan nak memandai straight pulak. Kaaang kalau straight tetibe sampai Kuala Lipis jangan salahkan orang lain okeh...

Dari situ ke puncak, jalannya dipanggil 'gap' dan adalah one way up. Dari situ ada lebih kurang 8km nak sampai ke clock tower. Kat sini udaranya dah lebih sejuk dah...mood nak beronok-ronok kat atas tu pun dah makin tebal..! Keep on je jalan sampai lah ke satu area yang bangunannya sungguhlah cantik-cantik dan tangan dah mula gatal nak memetik, dan nampak clock tower kat tengah-tengah...maksudnya tadaaa!!! Dah sampai lorr~

P/S: Apa yang GB nampak kat Fraser's Hill? Nanti GB ceciter dalam next entry. Ngantuk dah~

Tuesday, May 17, 2011

Kepada yang sudi nak ambil tahu, meh GB ceciter apa pasal GB kerap hilang-hilang sekarang ni. Teeheee.....

Fraser's Hill rosebuds

Ahad lepas GB bawak dua orang adik pompuan gi jenjalan kat Fraser's Hill. Ad-hoc plan sebenonya, tetibe je lepas semayang Maghrib hari Sabtu tu, sewaktu mak dan adik-adik tengah khusyuk tengok Jaguh Kampung, GB tanya, 'Sape nak ikut along gi Fraser's Hill besok?'.

So jadi aje...

*

Next entry GB taruk citer pasal Fraser's Hill tu ok. Gambors Fraser's Hill tu GB dah taruk kat fesbuk so sape yang ada fesbuk GB boleh la tengok kat situ. Kat blog ni nanti GB akan recycle je gambo-gambo yang kat situ. 

*

Rupanya ada banyakkkkkk gambor lepas-lepas yang GB tak publish lagi, sebab blog GB ni konsepnye 1 entry 1 gambo. Kalau sekali trip memana gambo sampai 1-2 ratus keping, alamatnya sampai dah anak 3-4-5 la GB akan taruk gambo tempat yang sama je dalam blog. 

So sekarang GB akan publish dulu kat fesbuk (tapi itu pun banyak yang backdated la sebab GB bukan seorang yang rajin haplod gambo kat fesbuk). Sebab ada jugak terniat nak buat satu photoblog baru untuk full story bergambo ke tempat-tempat yang GB pegi, tapi memandang GB ni bukan rajin sangat nak mengadap blog dan haplod gamborss, plus timing yang sungguh ketat lagi, maka GB kensel dulu lah niat tu. Later lah kot. Tapi kalau ada GB akan bikin kecoh kat sini so that kawan-kawan tau okeh. :D

*

Kesimpulannya, GB agak bizi sekarang. Complete package. Keje banyak gila + hardware komputer GB yang kat opis tu dah kena tukar + internet connection opis GB yang ada connection cut problem + berukband Celcom makin lembab: maka terhasillah sekuntum GB yang dah jarang hapdet blog, balas komen, dan blogwalking.

Apa? Tapi sempat je pegi Fraser's Hill? Alah korang ni...next entri lah GB citer... :)

P/S: Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi jenguk blog dan menyapa GB di saat GB kejauhan. Eceh~

Saturday, May 14, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Baca la sendiri~


P/S: Tau le ni bukan blog ilmiah pun. Tapi jangan le cari benda bukan-bukan kat sini. Mengong!


After 2 days: Seluar dan baju dah mula longgar. Yeah!




Untuk makluman kawan-kawan, GB sedang pantang karbohidrat, buah dan gula untuk tempoh 2 minggu.

Secara strict, GB mula tak sentuh karbohidrat since Isnin. Saje mula hari Isnin sebab biasanya hari bekerja ni temptation untuk sentuh makanan yang sedap-sedap ni agak kurang. Cuma semalam GB jamah sikit apam pisang yang mak buat, tapi sikit je. Makan dengan plain yogurt.

Untuk 2 hari ni, GB makan sayur, ikan, yogurt, minum kopi macam biasa but taruk susu Anlene with no sugar. Dan juga omelette and cheese. Dan baked beans (tapi tak sure pulak bagus ke tak bagus makan baked beans ni). No roti. No nasi. No pasta segala. Not even fruits. Tapi tak starving. Maksudnya, kalau makan tu GB makan la sampai kenyang. Dan kalau rasa lapar GB sumbat la plain yogurt tu dalam sesudu dua...asalkan perut terisi.

Masa hari pertama memang susah sangat nak stick dengan azam ni. Mana-mana pusing pun terasa macam nak je makan nasi ke, order pizza delivery ke, atau beli cekodok kat gerai tepi jalan. Terasa macam susah betul nak diet sebab semua tempat jual makanan yang bukan diet friendly. Kang beli ikan rebus je kang makcik nasi pandang pelik pulak. Tapi memang susah nak jumpa makanan diet yang ideal pun.

Jadi hari pertama diet adalah yang paling mencabar kesabaran.

*

Sebelum mulakan diet strict ni GB dah buat proses detox secara slow-slow. Minum Cleanx Tea je pun. And amik Melilia Apple Orchard drink setiap hari. Pastu minum Organik Fibre drink sekali je (Sebab tak tahan rasa dia. Yeck~). Masa minum apple drink bersama-sama dengan Cleanx Tea tu hari-hari GB bestfriend dengan toilet.

*

Dan mungkin juga disebabkan usus besar dah bersih, maka diet 2 hari ni mula menampakkan hasil. Baju dan seluar yang GB pakai harini dah rasa longgar. Tak tau la ni perasaan GB je ke atau apa, tapi memang kelihatan dan terasa longgar sikit lah. Dan tak rasa gigil macam hari diet biasa sebab GB tak berlapar, cuma makan makanan yang tepat ketika lapar.

Timbang? Belum. Tak nak timbang sampai habis 2 minggu ni. Tengok la cemana progress nya nanti. Harap-harap makin turun la.

P/S: Kepada yang tertanya-tanya apa jenis diet yang GB ikut ni, cuba gugel South Beach Diet. GB ada beli buku dia so GB decided untuk cuba sebab diet ni mementingkan kesihatan jantung juga dan bukan sesaja nak hasilkan rapid weight loss.

Tuesday, May 10, 2011

Kakcik Seroja, tabahkan hatimu. Salam Takziah dari kami semua...



GB dapat sms dari Kak Azie Azah sekejap tadi berkenaan pemergian ayahanda Kakcik Seroja setelah beberapa hari terlantar di ICU. Semoga Kakcik tabah menghadapi dugaan ini. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin....

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

P/S: Jangan pernah kita sangka bahawa kematian itu jauh.

Ada orang nak masuk meminang!



Yep.

Itu yang adik GB bagitau semalam. Lepas tu macam biasa, sesi soal jawab bermula. Siapa, bila? Macam mana tetibe nak masuk meminang pulak?

Mungkin rombongan akan sampai hujung tahun ni. Mungkin.

*

Balik rumah terus GB bukak cerita kat mak, sebab adik GB belum bagitau mak lagi. Soalan mak pulak, macam dah GB agak:

"Ha, tengok, Ja pun dah nak bertunang. Yang hang ni tak pikiaq nak kawin ka along? Awat, nak mati kering sorang-sorang ka tua nanti?"

Aiseymen! Terkena kat GB balik!

P/S: Ni yang nak membawak diri ke Cameron Highlands ni!

Monday, May 9, 2011

Kan best kalau...

Kalau nak feel ala-ala macam dalam movie Cun, boleh la pegi kampung GB ni. :)



...kalau kite boleh bukak 3 TV berlainan channel dengan 1 aje decoder Astro? :D

Bayangkan kalau sorang nak tengok Cun, sorang nak tengok Man U vs Chelsea, dan sorang lagi nak tengok Hindustan, tak ke boleh mendatangkan kemasaman muka? Dah la beli 15 hengget tapi tengok full movie sekali aje!

*
Cun kat Astro First:

GB beli sebab Maya Karin, Remy Ishak dan Osman Ali. Tapi lepas tengok, GB boleh bagi lebih lagi sebab kenapa tak menyesal langsung tengok citer tu.

Ok, GB nak bagitau, citer tu best. Best kenapa? NI sebab-sebabnya, tapi tak ikut turutan:
  1. Sebab ada Maya Karin
  2. Sebab ada Remy Ishak
  3. Sebab pengarahnya Osman Ali (pernah tengok Anak Halal?)
  4. Sebab berlatarkan sawah padi dan orang-orang Kedah dengan loghat yang takde bunyi fake - teringat zaman kecik-kecik GB masa 6 bulan duduk kat kampung.
  5. Sebab cerita tu sangat sweet dan santai.
Tolong jangan bayangkan Cun ni macam cerita-cerita Dato' Yusof Haslam atau Dr. Rozmey atau Prof. Razak Mohideen. Takde pelakon kontrol macho dalam movie tu. Takde dialog bunga-bunga yang cuma wujud dalam alam novel. Takde dialog loghat utara yang bunyi pelik macam Rosnah Mat Aris bercakap loghat Penang. Takde adegan ranjang. 

Segalanya cun je dalam Cun. 

P/S: Happy Mother's Day to all blogger mums. GB sayang anda semua. :)

Saturday, May 7, 2011

Entri tertunggak: Dr Singa bagi Victoria's Secret kat GB?



Yep. Victoria's Secret yang ini. Bukan Victoria's Secret yang itu.

Sempena apa? Birthday GB kot.... Ngee~

*

The verdict?

I can't get enuff of it. Bau gula. Bau blueberry muffin. Nyum! Thanks akak!

P/S: By the time entry ni published, GB dah pakai hampir separuh. Ok, time untuk berjimat!

Let's get healthy, seriously!



GB tak pernah buat medical check-up. Betul!

OK la, pernah. Yang basic-basic aje. X-Ray, cek tinggi, berat, pastu doc geletek-geletek kat perut. (Dan sampai sekarang GB tak paham kenapa kena ada adegan geletek-geletek kat perut tu?). Tapi itu lama dah. 12 tahun dulu. Tu pun sebab requirement nak masuk Uni. Kalau tak masuk uni rasanya sampai ke sudah la GB takkan jumpa dokter dan sesaja nak buat check-up.

Semalam secara tiba-tiba GB pegi kat satu tempat rahsia ni untuk cek kandungan gula dalam darah dan blood pressure. Keputusannya? Gula agak tinggi walau GB tak minat makanan manis, avoided carbonated drinks since bertahun dulu dan jarang taruk gula dalam air minum. Blood pressure pulak pada tahap yang membimbangkan. Oh my...takmo makan ubat plis! Terus berazam untuk makan secara sihat dan buat apa sahaja asalkan badan sihat walaafiat.

Tu belum cek kolesterol lagi. Belum buat scanning lagi untuk cek tumor dan x-ray untuk tengok kot-kot ada batu karang ke atau batu hempedu ke (just in case). Ok lah, sekarang GB risau dah. Terus pandang karbohidrat dan gula sebagai pemangsa. Nak pandang buah dan sayur je. Ikan. Lean meat. Tetiba rajin bukak website 'Bagaimana makan secara sihat'. Biasanya dapat tips dari website mat saleh. Lepas tu berazam sungguh-sungguh.

Azam bertahan untuk sehari je biasanya.

*

Antara cabaran makan secara sihat adalah environment sekeliling kita, persepsi masyarakat, masa dan yang paling besar, diri sendiri lor...insyaAllah dalam next entry atau next next next entry GB akan cerita apasal susah sangat nak makan secara sihat ni...

Sebenarnya, kene disiplin. For me, I might take some time, but it is never impossible to be done. Oh mental, sila kuat!

P/S: Spend, or i'd rather say, Splurge, to prevent. Or splurge to cure. Which one will you choose?

Wednesday, May 4, 2011

Bukan semua bunga GB tau namanya...

Bunga ni GB snap kat tepi sawah padi kat Sg Buaya, Perak. 
Daunnya macam daun maman, tapi mak cakap bukan maman. 
Ada sesapa tau bunga apa ni? :)

*

Ada client walked in tadi. Dia bikin GB senyum. :)

P/S: Buat survey untuk travel memang bikin ketagih. Came across Shimla di India...oh teringinnya nak pegi!

Tuesday, May 3, 2011

TM tak suka penggunanya berjimat-cermat?

Ikan kecik-kecik ni duduknye di Tasik Chini


Niat di hati GB taknak update blog harini sebab bizi bizi bizi. Tapi memandangkan opis GB baru dapat call dari TM tadi tentang hal yang bikin panas satu badan, GB hapdet jugak lor~

*

Flashback:

Kat ofis GB ni telepon ada dua line. Tiga biji semuanya. Satu kat receptionist, satu kat workstation kitorang, dan satu dalam bilik boss. Seperti yang kawan-kawan tahu, kat opis ni ada pekerja dari Bangladesh dan Indon (dengan permit). Diorang ni kerap jugak buat call out ke negara diorang (guna fon kat receptionist), tapi GB tak kisah sebab boss yang bayo. Boss pun tak penah bising, jadi kenapa pulak GB nak bising kan?

Sejak beberapa bulan ni pulak, boss nombor 2 dah provide line Digi untuk pekerja local supaya senang nak call sesama colleague dengan bilnya adalah di bawah tanggungan bos. Jadi bila landline ofis busy, GB akan pakai Digi ni untuk call colleagues dan call client ke consultant ke supplier ke.

GB tak guna line Digi ni untuk buat private call.

Nak dijadikan cerita, dua dari tiga telefon ofis ni dah rosak sejak sebulan lepas. Fon yang rosak  tu tak replace lagi sebab memasing bizi maa.. Jadi pekerja- pekerja foreign ni tak dapat la buat call out kepada insan tercinta kat negara diorang lagi dah semenjak dua menjak ni sebab satu dari fon yang rosak tu letaknya di receptionist. Fon kat dalam workstation ni diorang tak berani sentuh.

*

Harini:

Tetiba, dapat call dari TM. Depa pelik sebab bil bulan ni kurang banyak katanya. Siap nak siasat kitorang yang tak tahu menahu pasal hal ni. Korek sana korek sini untuk cari pasai pa bil kurang sangat ni? 


Hmm...TM, ada masalah ke kalau bil kurang? Macam mana rakyat nak berjimat cermat kalau macam ni? Adoiii!!!! 

P/S: Dalam situasi di mana segalanya mencekik, ke mana kita mahu pergi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...