Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Saturday, April 30, 2011

Bias




Atau dalam bahasa Melayu nya: Pilih kasih, berat sebelah.

*

GB adalah peminat Kabir Bhatia, jadi semua drama dan filem arahan Kabir GB suka. Asal tau je mana-mana drama arahan Kabir, Gb akan tengok dan suka. Dari tak follow boleh jadi follow, tengok sampai habis. Filem Cinta, Love, Sepi tu...tayang la 10 kali pun, GB tengok! Tapi bukan la sebab sesaja, tapi sebab mata Kabir ni berbeza. Shot dia lain. Angle lain. Feel...lain!

Adik-adik GB dah tau sangat. Asal ada drama Kabir kat tv, diorang akan bagi tau 'ni Kabir Bhatia buat' dan Gb akan cakap 'ok, kompem best!'. Bias kan? Walaupun mak ayah tengok sambil menguap-nguap sebab tak faham jalan cerita. Heheh~

*

Nak tengok Remy Ishak? Sini sini! Suka sangat feel dalam klip ni. Scene cantik, Aliyah punya suara sangat best, lagu dia pulak 6ixth Sense buat, dan yang penting ada Remy Ishak! (Big grinnnnn!!!!!). Director VC ni tak tau sapa tapi ada pengaruh Kabir (sikit-sikit). Mungkin Kabir, mungkin bukan. Layan je lah ye!



P/S: Selamat submit final design to BonekaDalamChermin. Sorry semalam tak dapat tolong banyak. And thanks Mas for the twisties! :D

Friday, April 29, 2011

Ingat pesan ini sampai ke akhir hayatmu



Harini kaum lelaki akan bersolat Jumaat. Kaum perempuan di sesetengah tempat pun ada bersolat Jumaat. GB pernah solat Jumaat masa di UIA dan masa pegi Kota Belud dulu. 

Antara syarat sah solat Jumaat, dah tentu lah dua khutbahnya. Sebab dalam khutbah ni sebenarnya boleh digunakan untuk menyampaikan mesej, pesanan, amanat dan motivasi yang penting untuk jadi pemangkin kesejahteraan umat Islam. Sebab sifat manusia kan mudah lupa. Manusia perlu diingatkan dan dimotivasikan selalu. Jadi Khutbah Jumaat adalah tempat yang paling sesuai untuk refresh balik peranan dan role kita sebagai umat Islam secara atas sedar.

*

Nabi kita pun menyampai pesanan dan amanatnya melalui khutbah solat Jumaat juga. Dan hasilnya selepas kewafatan Baginda, Islam tersebar ke lebih 2/3 dunia. Dan antara wasiat Rasulullah (yang boleh bikin air mata jatuh) dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah berbunyi:


"Kutinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), 
taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, 
selama kamu masih berpegang kepada keduanya, 
yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya".


Semoga kita semua akan menjadi umat yang diredhai-Nya untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Amin...

P/S: Dan GB masih terkesan dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam Mihad dalam novel Imam karya SN Abdullah Hussain.

Thursday, April 28, 2011

Penangan Merong~



Merong Mahawangsa dah ditayangkan di Astro First. Beli, RM 15 hengget je dan boleh tengok sampai muntah dalam tempoh 48 jam. Tapi memang berbaloi!

*

Disebabkan Merong ni berkisahkan kerajaan Langkasuka (Kedah lama), maka terjadi lah soksek soksek kat rumah tu, kononnya, entah-entah kitorang ni pun keturunan Merong Mahawangsa tak? Ye la, dah nama pun orang Kedah sejati. Hahah!!

*

Stephen Rahman Hughes jadi Merong: Cute!

Tetibe Boboy perasan dia Merong. Asyik dok ulang-ulang kata-kata semangat Merong masa dalam kapal sebelum nak menyerang Garuda. Tapi tang muka tu jauh sekali la. Hahahaa!!

Dan pagi tadi masa GB nak keluar gi keje, Boboy tetibe cakap gini:

Selamat Tinggal Embok! Jaga dirimu baik-baik...

P/S: Rasa nak bagi flying kick tapi nak buat cemana...dia kuat berangan ikut alongnya jugak. Adeh!

Tuesday, April 26, 2011

Detoksifikasi




Badan kita ni perlu proses detoksifikasi. Ye lah, bayangkan kalau hidup dah 30 tahun (contoh... :p), asyik disumbat-sumbat dengan makanan yang mungkin ada toksiknya, tapi tak penah nak detox (nyahtoksik), berlumut berkerak juga sistem badan kita jadinya. Itu pasal badan asyik meragam. Pantang silap, demam. Macam GB.

So sekarang GB tengah detox. Perut asyik bagi warning 'tolong kosongkan aku' maka toilet tu sekarang GB yang punya sebab warning perut ni tak berbunyi. Tetibe je memulas. Kat muka pulak jangan kata la. Berjerawat macam budak baru akil baligh. Jadi kalau ada sesapa nak masuk merisik ke meminang ke, jangan datang bulan ni sebab GB tengah tak cun. Pasrah aje lah. Ergh!


*

Hidup kita pun perlu detox juga. Kalau ada elemen-elemen yang boleh mengganggu-gugat semangat kita dalam bekerja dan dalam memajukan diri, baik fikir balik, 'Worth keeping ke elemen itu?'. Kalau tak... baik singkirkan je. Less burden thus less things to worry. You may say sorry but never feel sorry because it's your life we're talking about. Biarlah toksik itu mentoksikkan diri mereka sendiri.

P/S: Simpan benda-benda macam tu adalah suatu kezaliman terhadap diri sendiri. Allah murka ok. :)

Saturday, April 23, 2011

Marry you? I Do.




Marry You adalah lagu Bruno Mars. I Do pula lagu Colbie Caillat.

*

Ramai yang akan kahwin dan bertunang dalam tempoh-tempoh terdekat ni. Antaranya sahabat GB saudara Fedtri Yahya yang akan menikah bulan depan. InsyaAllah kalau takde aral GB akan hadir ke majlis yang belah lelaki kat Pantai Remis Jun nanti.

*

Prince William dan Katherine akan kawin hujung bulan ni. Dah ada iklan besar-besaran kat Astro. Kat Reader's Digest pun ada stori mori pasal kapel diraja England tu. Ber page-page tapi GB tak abis baca lagi. Gah sungguh  nampaknya ni. Bunda GB cakap masa mendiang Puteri Diana kawin dulu pun ada disiarkan kat TV. Harap-harap nasib Katherine akan jadi lebih baik dari mendiang ibu bakal suaminya nanti.

*

Ada lagi tak kawan-kawan lain yang nak bertunang atau menikah? Kalau ada, semoga segala urusan berjalan lancar. Banyakkan memohon supaya dimudahkan urusan kepada Allah. InsyaAllah akan mudah segalanya.

P/S: PWTC yuk! Pesta buku. List dah ada dalam tangan. Naik LRT aje lah, senang!

Friday, April 22, 2011

Tetibe



Kadang-kadang, bila kite terlalu banyak merapu, akan terpancarlah kebodohan diri sendiri.

*

Ok. GB banyak merapu this lately. Tetibe terasa bodoh.

P/S: Happy weekend all! :D



Kenapa GB tak boleh menyampah kat Ben Ashaari?

Makan sate adalah aktiviti yang lebih baik dari menyampah-menyampah kat orang~
(Sate Kajang Haji Samuri, R&R Awan Besar)


Ini entry pekasam. Dah lama drafted tapi tak publish.

*

Frankly, GB bukan pengikut blog Ben sedari awal. Malah tak penah join segmen dia disebabkan kekangan masa. Tapi semenjak dua tiga empat menjak ni kerap jugak la GB ke blog dia. Kadang-kadang tinggal komen, kadang jadi pembaca diam-diam ubi berisi aje.

Jadi bila Ben buat entry pasal blog GB yang jauh dari otai ni kat sini, memang terkejut beruk gak la sebab eh, gile ah, kite ni blogger terpicis aje pun dia nak buat entry. So senang cerita pada GB dari apa yang dia buat tu memang nampak dia ni memang ikhlas berblog lah, sebab apa? Kawan-kawan boleh fikir sendiri. Ikhlas tu tak perlu diberitahu, tapi akan dapat dilihat dari perbuatan kita. Betul tak?

And so far takde pulak GB ter came across entry dia yang berbau belacan (walaupun belacan tu bahan wajib dalam masakan orang Melayu). Maksud GB, entry yang berbaur tak best, yang nampak bongkak atau boleh bikin orang menyampah. Walaupun banyak entri yang berkisarkan kisah hidup dia (eh kamon la...kat blog GB pun banyak kisah GB ok...), tapi tak kurang jugak entri yang berbaur nasihat dan boleh buat orang berfikir. Contohnya yang ini. Sampai ramai yang share kat fesbuk diorang sebab berguna dibaca. Bukan sebab Ben Ashaari yang tulis, tapi sebab memang entri tu bagus pun. Ben ni spesis positip, dan ahhh...pedulik apa orang lain cakap! Tu pasal dia cepat naik dan makin femes dan femes. . Disebabkan tu, GB memang takde sebab untuk menyampah kat Ben.

P/S: Ha, ape? No lah. Mana ada bayaran. Belanja minum pun tak...cuma GB rasa nak share je pasal benda ni. Tak elok menyampah-menyampah orang ni. Nanti bikin kerut di muka. :D

Thursday, April 21, 2011

Monologue





Wei, apehal ni? Kejap ke kanan. Kejap ke kiri. Mabuk ka?

.

Ek elle...jarak jauh sebatu dah tekan brek??

.

Apesal slow sangat kete depan ni??? Huh...tgh SMS rupanya?!!

.

Ni apehal cucuk-cucuk orang ni?

.

Dah tau nak kona tak reti-reti nak bagi signal! %^$#*&^!!!

.

Lampu dah lama merah la weh! Tak reti nak berenti ke? Nak kena langgar?

.

Eh, ingat ni Sepang ke nak main celah-celah???

.

Phew~


P/S: Penyakit mental adalah penyakit alaf baru.
P/S 2: Terima kasih banyak-banyak kepada Tihara  kerana sudi keluar dari gua silent reader dan kepada  Hajar Hassan kerana mahu menangis. :)


Wednesday, April 20, 2011

Hadiah hari lahir terbaik untuk bunda

Bunda dan puteri sulung


Harini 20 April adalah hari lahir bunda yang ke 50. Bunda ni kalau ditanya nak hadiah apa, dia cakap taknak apa-apa. Tapi dalam taknak apa-apa tu hari-hari dia tanya bila GB nak kawin. Tik tik tik air mata GB jatuh ke keyboard tatkala mendengarnya.

Kalau Allah cakap dah sampai jodoh GB, esok jugak GB nak hadiahkan bunda menantu. Ngeee~

Hobi bunda adalah memasak. Sebab tu GB plump. GB pun suka masak. (Kompem kalau adik-adik GB baca ni diorang akan kutuk kaw kaw. Hahaha!!!) Tapi bunda gemar masak resepi ala-ala ketimuran, GB pulak suka fusion. Jadi GB rasa kalau dapat adakan sebijik cafe untuk bunda mesti soalan pasal kawin tu akan tenggelam kot kan? Hihi~

*

Untuk bunda, selamat hari lahir. Semoga bunda terus dikurniakan kesihatan yang baik sebab kene la sihat-sihat kalau nak tengok menantu baru. Hu~

P/S: 20 April Tahun Gajah pula adalah hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam ke atas baginda. Amin...

Tuesday, April 19, 2011

Berangan adalah aktiviti lazat yang boleh menjana minda

Ini Mohd Adif

Lama dah GB dapat budak ni. Dulu la, masa zaman girlie-girlie. Takleh peluk-peluk pun sebab saiz dia besar kepala lutut je. Hihi~

Tapi sekarang simpan aje la sebab kiut. Tak sampai hati nak jual kat car boot sale. Biar buat pusaka turun temurun untuk anak GB nanti, boleh? Hu~

*

Pagi ni kan GB tengok traffik masuk ke blog GB ni lebih luar biasa dari biasa. Trace punye trace punye trace,  dapat dah puncanya. Mau melazatkan otak? Kat sini ha~ 

Otai kreatif yang tak penah kering idea ni kata, kalau boring dia akan masuk blog GB. Tetibe je GB perasan yang GB adalah sumber inspirasi dia. (Err...kembang tekak? Ok, sila muntah pelangi sekarang!). Hahah...takde la.. Kalau ada otai blog masuk blog kita dan cakap boleh rilis boring, kire ok ape kan? Boleh la pakat-pakat beronggeng kat sini. GB pasrah je. Hahah~

*

Lepas tu ada pulak budak bijak pandai yang baik budi pekerti ni buat entry susulan based on entry GB yang sebelum ni. Dia bikin segmen. Terus terasa cam Ben Ashaari. Hahah! Tapi kan, bila baca balik entri budak bijak ni pasai dia punya Ada Kala, ditambah pulak dengan komen kawan-kawan sebelum ni, baru GB sedar yang kita manusia ni rupanya sama saja. Ingatkan GB je spesis pelik yang suka berfikir di luar kemampuan fizikal (baca: berangan), rupa-rupanya kawan-kawan pun ramai yang cenggitu. 

Oleh itu, sama-sama kita jadikan berangan sebagai satu aktiviti yang boleh menjana minda ya!

P/S: Banyak benda yang kita boleh belajar dari blogging dan blogger, kalau kita mahu belajar...

Ada kalanya...

Tunggu time nak kembang



Ada kalanya kan, kita nak menyendiri je di saat semua ramai orang perlukan kita.


Ada kalanya kan, kita nak diam-diam je walau banyak sangat benda dalam kepala.


Ada kalanya kan, kita nak duduk je tak bergerak-gerak walau ribut datang menyerang.


Ada kalanya kan, kita layan dan tengok je apa saja yang berlalu di depan mata walaupun bende tu mengganggu pandangan.


Ada kalanya kan, kita terasa macam nak cakap 'Please leave me alone' tanpa fikirkan perasaan mereka di sekeliling kita.


Ada kalanya kan, kita tengah jiwang, nak tulis bahasa puitis-puitis, tapi last-last jadi hampeh juga. Macam entri ni. Hu~


P/S: Ada kalanya, kawan-kawan dalam situasi mana sekarang?


Monday, April 18, 2011

Berangan sambil bekerja memang best!

Vegetarian soba


Ini entri mengarut.

*

Kalau pegi Secret Recipe berdua dengan member, kalau nak order tomyam atau soba macam gambo kat atas, GB sarankan order semangkuk cukup. Sebab portionnya sangat besar dan memang pecah perut nak ngabiskannya. Sedap tu memang sedap, tapi kalau banyak sangat sampai tak abis pun buat rugi je. GB pun pelik apasal la depa nak serve mangkuk besar-besar macam tu. Dah la GB ni jenis sayangkan makanan. Heheh~

*

Sekian entri mengarut dari GB yang sedang mengantuk dan kelaparan.

P/S: Ingat lagi South Entrance ni? Kalau kawan-kawan duduk kat outside table kat Secret Recipe E@Curve, nampak lah signage tu. :D

Saturday, April 16, 2011

Betul ke 'K' adalah huruf yang digemari oleh kaum lelaki?



*


Makngah: Bang, bogheh dah abih bang! Cemano nak buek nasik briyani ni? Totamu dah nak sampai ni haaa. Lauk somo dah masak. Acar montah tongah dibuek. Tompi eh nasik yo bolum ado! Tu la, den dah koba an, boli bogheh somalam...bang asyik koba an 'later later'. Nak nengok maharaja lawak dulu kato eh. Ha, nengok sokarang ni sapo yang buek lawak kalau bukan kito bang? Bang copek la poei boli bogheh!!! Copek bang copek!

Pakngah: K~

*

Uncle, sori mori! *GB tukar susunan sebab tak terpikio pulak dialog lawak kalau pakngahnye yang cakap dulu. Kalau ada idea lain GB masuk lagi ye~

*

(Nota: Dialog di atas atas sebagai memenuhi tuntutan kontes yang GB join. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh le kawan-kawan klik kat sini. Hadiahnya lumayan donk!)

P/S: Ini kontes aaa ai saje suke-suka mau cuba. Harap ada yang ketawa lorrr pasai ai memang fail bab buat lawak. Tapi bab berangan memang nombor 1 lorrr. Huhuhu~

Sambungan cerita tempat jatuh lagikan dikenang... SRK Pengkalan Tentera, Kuantan

GB dan adik no 2 - dia ikut muka mak, GB ikut muka ayah (1984)



Lupa nak cerita semalam. Adik-adik kembar GB tu dua-dua pompuan. Dikebumikan kat Kuantan....

Lepas GB balik duduk dengan mak ayah, GB makan banyak gile. Rindu kot. Sampaikan paklong GB (arwah) datang melawat 3 bulan lepas tu dikatanya GB dah gumuk. Memang pun. Bulat gile! Beza sungguh dengan sebelum tu. Dari kurus keding menjadi gumuk dan bulat. Padahal kat kampung dulu makan banyak je. Hari-hari tok GB beli jajan bagi makan, breakfast nasi minyak almost hari-hari (ye betul..nasi minyak..!) tapi kurus je. Balik Kuantan terus jadi debab. Senang hati kot. Heheh~

*

Sudahnya, GB masuk darjah 1 sebagai seorang budak gemuk. Mak cakap masa hari sukan, time GB masuk lumba lari ramai mak-mak budak gelakkan GB sebab montot tonggek-tonggek masa tengah berlari tu. Amboi...gelakkan orang ye makcik? Hahaha!! Cool GB cool.. :D

Sekolah masa tu dekat bebenor dengan rumah. Gi jalan kaki je. Tak naik lagi trak tentera yang macam Uncle Gedek sebut tu. Masa darjah 1, ayah anto masa 1st day, pastu balik. Petang tu GB balik sendiri. Jalan atas lumpur segala. Tetibe je dah sampai umah petang tu, ketuk pintu rumah, mak bukak pintu dan tengok GB tengah tersengih kat depan pintu  sambil tunjuk surprise!!! Kasut putih yang dah hitam separuh sebab jejak atas tanah lembik. Membebel mak. Hahaha!!!

*

Tahun yang sama juga GB masuk kelas fardu ain (khas untuk anak-anak tentera). Disebabkan sekolah petang, maka kelas fardu ain tu pagi lah. Belajar macam-macam. Mengaji, tajwid, fekah, tauhid, akhlak, sirah. Tapi kalau tak silap silebes tu semua untuk bebudak yang dah besar sikit la. Yang dah masuk part mengaji al-Quran. Macam GB time tu muqaddam lagi. Belajar mengaji dulu sampai cekap baru boleh belajar yang lain-lain tu.

Malam pulak mak ajar buat keje sekolah dan mengaji kat umah. Mak garang. Siap rotan kat sebelah. Salah baca je siaplah. Piap!!! Selalu je GB kena rotan sebab lost fokus especially kalau weekend. Dalam otak nak tengok kartun He-Man la, Jem la, Smurfs la, alih-alih mak suruh mengaji pulak. Potong laa...haha~

Tapi akhirnya pertengahan darjah 2 GB boleh naik kelas ngaji Quran. Time tu takde ngafal-ngafal dah macam muqaddam. Kalau tak kenal huruf alamatnya memang takleh naik kelas la. So start la ngaji Quran pulak dan silebes lain. Kelas fardu ain tu ada exam akhir tahun tau. Yang GB ingat masa tahun 1 tu GB dapat nombor 1. Siap ada upacara penyampaian hadiah. Entah bila jawab exam nya tak tau la. Hahaha!!!

*

Kat sekolah pulak, GB dikenali sebagai budak gemuk yang nakal dan careless. Selalu kene cubit pipi. Ingat lagi nama cikgu yang suka cubit pipi GB tu. Cikgu Sobri nama dia. Sakit tau kena cubit! Bab careless tu siap cikgu highlight dalam buku laporan tahunan sekolah. Sebab penah jadi kes GB dapat markah kurang sebab salah eja masa jawab exam, padahal GB tau ejaan dia cemana. 'Sweet', tapi eja jadi 'sweat'. Oh ye, masa kelas pertama English darjah satu tu, cikgu tanya sape boleh eja 'chair'? GB dengan selambanya jalan terkedek-kedek ke arah papan hitam dan tulis 'chair'. Budak lain sume tengok aje. Hins hins hins~

*

Jadi budak debab masa zaman sekolah ni ada keburukannya. Self esteem sangat low. GB banyak tak boleh participate dalam sukan sebab tak larat. Cikgu pun tak amik GB untuk show menari-nari sebab gemuk. Masa darjah 3, cikgu offer berlakon pentas tapi pegang watak mak-mak. GB tolak sebab rasa cam 'adakah aku kelihatan seperti mak-mak?'. (Darjah 3 dah pandai demand watak...tolonglah!). Hahah!! Last-last orang lain pegang watak tu dan menang pelakon terbaik. Ceh!  

Dan disebabkan fizikal jugak, GB banyak aktif di belakang tabir je dan involve dalam aktiviti yang tak perlukan kita tunjuk muka kat khalayak ramai. Kalau ada crush-crush time tu terpaksa simpan dalam hati je. Sebab nanti malu kat budak lain yang cun-cun, kurus, rambut panjang ikat tocang. Boleh fikir macam tu? Aduh... (Eh, seawal darjah 3 GB dah ada crush tau! Dan GB tau kawan-kawan lain pun macam tu jugak. Hahaha!!)

Panjang? GB rasa panjang. Panjang gile kot. Later lah GB sambung lagi. Panjang sangat pun nanti kawan-kawan baca sampai hilang fokus tak best jugak. Huhu~

P/S: Biasalah kalau dah menaip cerita lama ni, memang last-mast kelaut jugak peginya...ye dak kengkawan? :)

Friday, April 15, 2011

Tempat jatuh lagikan dikenang: Kem Batu 10, Kuantan, Pahang

Ni bunda masa kenduri adik bulan lepas. Pemalu macam GB jugak. :D


GB terimbau kenangan lama. Masa zaman sekolah rendah dulu. Zaman kecik tapi badan besau. Zaman golek-golekkan. Zaman terbang bebas. Indahnya...

*

Dulu, GB punye sekolah duduk dalam kem tentera. Hari-hari telinga disumbatkan dengan bunyi fighting jet yang boleh bikin pekak telinga. Hari-hari boleh nampak abang-abang (masa zaman GB pangkat diorang tu 'pakcik' lagi) ashkar berlatih kawat hari-hari sambil nyanyi lagu kawat. Asyik...! Oh, kem tempat tinggal GB dulu combine TUDM dan Tentera Darat, tu pasal ala-ala majmuk sikit dalam tu. Heheh~


Itu hari biasa. Kalau hari luar biasa, ada bunyi macam tembak-menembak. Bunyi bom-bom. Time tu biasanya ashkar-ashkar tengah buat latihan perang la. Kalau siang ok lagi, tapi bila malam lagi rasa best. Macam tengah perang je, padahal sound effect je lebih. Ayah GB pun tak balik umah malam-malam sebab time tu latihan perang...kena buat macam bebetul punya. Tinggal la GB dan adik-adik dengan mak je kat umah... Walau ayah dok kat hangar ja tapi mungkin jugak tetibe ada jet rosak ke apa ke kan so kena la get ready. (Bayangkan jet buat maintenance macam pit stop F1 tu...fuyooo..ok jangan bayangkan.~)


Kem GB dulu ada macam-macam facilities. Rumah, sekolah, sekolah agama, tadika, kedai, masjid, pasar, padang golf suma ada. (Eh, boleh GB cerita cenggini ek? Sebab biasanya kem-kem cenggini sangat private and confidential. Abis la GB kalau tak boleh cerita. Tapi ini consider generally je la, tak detail mana pun...). Kat situ la GB tinggal dan membesar  sampai umur 11 tahun. Lepas tu pindah keluar dari kem sebab ayah naik pangkat dan quarters dalam kem tu takde kekosongan, jadi keluar lor...

Dulu GB tak tadika. Sebab malas. (Boleh? Huu~). Tapi mak buat home-school untuk GB kat umah. Ekslusif ni. Heheh~ Dan hasilnya umur 4 tahun GB dah boleh membaca. Mak la yang cakap. Umur 5 tahun dah boleh bagitau mak tajuk besar kat surat kabo yang tergantung kat kedai. Hahaha!!!


Tapi masuk umur 6 tahun, mak anto GB dok kampung. Sebabnya masa tu mak tgh pregnant adik yang ke4 dan ke5. Yaaa...mak ngandung kembar uols.. GB kena balik kampung sebab nakal sangat kot. Tak larat mak nak jaga. Heheh~


GB dok 6 bulan kat kampung, nakal-nakal kat sana, main tanah dengan budak-budak kampung, main sungai, main bendang , lari-lari dengan seluar kecik je dan jatuh dalam lubang kerbau berkubang yang penuh dengan air (suspen tau masa tu, ingat tak hidup dah. huuu), tercekik ais, masuk kebun bayam orang dan tangkap kura-kura - pendek cerita, budak nakal lah. Tak caya tanya maksu dan makngah GB. Huuu *tutup muka sekarang. maluuu~


Pastu tup-tup dapat surat dari Kuantan. Mak dah nak bersalin. So GB kena la balik. Maksu cakap GB akan dapat adik kembar. Tapi masa tu siyes GB tak tau kembar tu apa. Huhuhu~


Tapi adik-adik kembar GB lahir tak cukup bulan. Meninggal. Wuwuwu. Sedih bila tengok ada 2 orang baby kecik kat atas katil tapi tak boleh main-main dengan diorang sebab dah meninggal. (Masa tu GB dah ada 2 adik tapi bosan dah buli diorang. Nak buli adik baru pulak. Hahaha!!)


Errr...dah kelaut dah. Panjang pulak tu. Sambung kemudian lah. Part 2. Boleh? Heheh~


P/S: Kalau bosan cakap tau. GB takmau sambung dah kalau kawan-kawan bosan baca cerita ni. :D

Thursday, April 14, 2011

MAS, Fireflyz, Air Asia


Ye, GB gila survey tiket sekarang. Rasa macam nak gi berjalan je tak kira waktu.


Kashmir, Switzerland, New Zealand, Turki, Bandung, Bali


Seronoknya kalau boleh pegi je tanpa risau pasal duit dalam bank tuh.


*

Sementara tu, fokus kat trip July dan Oktober ni dulu. :D


P/S: Harap-harap dapat pergi ke semua tempat dalam list tu sebelum GB tutup mata. :)


Wednesday, April 13, 2011

Rumput di kaki dilupa jangan~

Tridax procumbens - Weed with pretty flower. Try to look at your wheels, you might find them there. :)


Salam. 

Kadang-kadang kita tengok pucuk kelapa yang tinggi di langit, 
tapi jangan le kita lupakan rumput yang kita pijak ni. 
Sebab kalau rumput-rumput tu tak redha kita berpijak di atasnya, 
alamatnya pecah berdarah la kaki kita semua. :)

P/S: GB berjaya tak makan nasi goreng dengan telur mata macam dalam gambar haritu, yey!




Tuesday, April 12, 2011

Main-main






Nak makan di tempat yang boleh nampak bende alah ni, can ah?



P/S: Bizi tapi nak update, boleh? :D

Monday, April 11, 2011

Ujian nafsu



Nasi goreng spesel kat cafe kat Impian Morib.

Kalau GB berjaya tak cari nasi goreng rupe cenggini lepas post entry ni, insyaAllah lagi 6 bulan GB akan selim macam Maya Karin. 

Ok lah, kalau dapat jadi cam Alicia Keys pun dah kire ok. 

P/S: Korang pulak macam mana? Terbangkit nafsu tak?

Nak tahu cerita pasal Sabtu paling best untuk GB tahun ni?

Taman Metropolitan Kepong


GB keje half day on Sabtu. Itu normal. Tapi keluar rumah tak seawal hari biasa la sebab Sabtu tak jammed.

*

So Sabtu lepas adalah Sabtu paling best GB. Paling jeliter. Paling well prepared nak gi opis.

  • Bangun awal.
  • Prepare breakfast - untuk makan kat umah dan bekal gi opis
  • Mekap - eyeliner kasi 'winged' sket, taruk mascara berlayer-layer. 
  • Tudung - lilit dan pin kasi jadi ala-ala-ala-ala sikit. Maka terus terasa lebih jeliter dari biasa. Kompem kalau orang dah tengok sekali imbas, depa nak tengok lagi. (MasyaAllah poyonye!!)
  • Pakai boots. Bila jalan rasa cam ala-ala Kg Subang next top model u'ols!
  • Grab handbag, shopping bag dan kunci kete. Sebelum tu sembur perfume yang DrSinga bagi tu. Rasa anggun serta-merta. 
  • Jalan gi kat kete. 
  • Start enjin. Eh. Kete tak hidup? Bunyi tik tik tik je. Bateri. Kong!  
  • Try start lagi. Bunyi tik tik tik juga. 
  • Call ayah kat tempat keje dan meraung, "Ayah....kete along tak boleh start!!!"

P/S: Sudahnya, GB jadi surirumah paling jelita pada hari tu. Basuh baju, cuci pinggan, kemas umah, memasak dengan mekap paling grand di muka. Huwaaa!!!!!


Thursday, April 7, 2011

Harini GB demam, mungkin kejap lagi akan gi klinik amik MC. Mungkin.

Karipap ni sedap. Tak tipu!




Semalam dah rasa sakit tekak dan bersin-bersin. Panas badan lagi. Rasa tak selesa. Hidung lembab-lembab. Bawak kete macam melayang-layang.

Tapi harini masuk opis jugak. Nak acu try test tengok boleh tahan ke tak badan ni. Kalau tak tahan jap lagi gi amik MC.

Tapi pape pun, thanks to kawan-kawan yang concern pasal hal jodoh semalam tuh. GB bukan memain tau walaupun otak tengah mengong. Heheh~

And thanks to AcuSayang sebab sudi bagi tasbih merelip dari Mekah (yang sampai last week), thanks jugak kat AkakDrHanie sebab sudi bagi sobenir dari Vietnam (semalam sampai), thanks to AkakDrSinga sebab bagi hadiah birthday yang kiut, best dan sedap (last month GB amik), Thanks to KakcikSeroja sebab sudi jemput GB makan kat umah dia (last 2 months). Ni sume tertunggak-tertunggak punye entri la ni! Oh ye, tengs to Soltura sebab sudi usha blog GB dan jemput GB join team depa. Nanti ai bagi email address naa~

P/S: Gambors yang berkaitan? Later le ek. Kan GB tongah domam! Heheh~

Wednesday, April 6, 2011

Entri merah pipi: GB kene cari jodoh



Kisahnya, semalam GB stay kat opis sampai nak dekat pukul 11 malam sebab ada kerja urgent nak kene siap. Penat tu memang, sampai masa drive balik tu rasanya drive pakai subconscious mind je kot. Tapi dah terbiasa macam tu.

*

Tetibe pagi ni, masa on the way gi opis, masa layan selekoh nak ke Taman Desa sambil tengok cermin pandang belakang sesekali dan pandang depan balik sebab takut ada kereta meluru masuk dari susur dari Metramac dari arah Cheras, GB terfikir...bila nak kawin ni ek?

Bayangkan, sekarang GB takde boyfriend ok. Kalau ada yang nak kenal pun, kurang-kurang mesti amik masa beberapa bulan jugak untuk decide whether we can go on or not. Tapi sebelum tu, nak jumpa calon boyfriend nye tu pun dah satu hal. Kat mana nak cari ek?

Kalau ditangguh-tangguh, alamatnya makan hari makan bulan makan tahun lagi laa...sebab GB ni adalah pemalu dan selalu lari-lari bila ada potential guys yang boleh dijadikan member baru. Kalau terpaksa bercakap biasanya GB akan beri reaksi serius-serius dulu, bila dah jadi member baru nampak true colour GB yang mesra lagi manja (lalala~). Abis cemana orang nak jatuh cinta pandang pertama kat GB? Abis tu cemana GB nak cari jodoh ek? Huuu~

P/S: 200 kali jugak fikir nak publish ke tak entry ni. Korang layan je la ek.....heheheh~

Tuesday, April 5, 2011

Gugel translet: Apokobondo neh?

Rocket flies across Morib Beach sky
(Selangor, Malaysia)

*


Cer cer ... crossword puzzle ...





*

Ok, 5 cukup. Cukup untuk buat GB pecah perut bila baca blog GB ni dalam English translation. Nak tau macam mana? Kat atas blog ni ade tulis 'This page is in MALAY' kan...klik 'Translate'. Ok dah, GB nak gi bergelak ketawa kat blog kawan-kawan pulak. Hahahahaa!!!!

P/S: Macam takde keje kan? Padahal keje dah paras hidung dah ni. Huhuhu~

P/S 2: Font jadi besar giler sebab takleh edit, mebi sebab GB main kopipes je kot dari tajuk entry asal yang dah di gugel translet kan. Heheh~

Monday, April 4, 2011

Cer teka...cer teka...




Salam Isnin kawan-kawan.

Happy Monday friends.

(BIG grin!)

P/S: Sejuk ek harini. Brrrrrrr.......

Friday, April 1, 2011

Hari Lalala? (MasZuber, LittleHumbleLynn, dan KOG, sila jawab!)

Asystasia gangetica micrantha.
Prof GB cakap cuma kambeng je yang makan pokok ni.

*


Jumaat. Hari yang gembira bagi kebanyakan orang kan? Ye lah, esok kan Sabtu!

Sebab tu agaknya GB perasan ada 3 blog yang bertitle Lalala kat bloglist ni.
Dah tentu le gembira-gembira belaka mood diorang ni sume. Huhu~



*



Ni ha blog-blognye. Better singgah baca sebab setiap lalala nya lain-lain ce citer:



P/S: Musykil gak ni. Ke dah takde idea nak taruk tajuk entri? Keh keh keh! *jangan marah... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...