Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Thursday, March 31, 2011

Semalam GB marah? Mana ada.... :)



GB tak marah.

GB nasihat.

Nasihat kat kawan-kawan dan diri sendiri juga. GB tak malu mengaku ada antara point dalam entri lepas yang terkena kat GB sendiri.

Jadi GB jadikan entri supaya perkara yang macam tu takkan berlaku atau berulang atau terus berulang lagi. Sebab GB tau ada kaum GB yang ambil langkah berdiam diri bila perkara macam tu menimpa. Dan yang merana? Diri sendiri lah juga...jangan ok.. :)

Lelaki pun GB tak salahkan 100%. Mungkin banyak salah faham. Maklum, satu dari Venus, satu dari Mars. Tapi tak salah kan belajar untuk cuba memahami antara satu sama lain? ~Peace~

P/S: Uncle Gedek, Lat Kampung Boy punya set memang superb! GB tengok semalam, dan tak hairanlah ada Alien tu tengah tunggu time nak tengok 2nd time malam ni! Dua ibu jari terangkat untuk Lat Kampung Boy!

Wednesday, March 30, 2011

Pesanan tulus ikhlas untuk kaum lelaki, khas dari GB




Entri tiada kaitan dengan yang berjaga mahupun yang sedang pengsan~

*

Sebenarnya GB nak buat ayat nada geram dan marah, tapi lelaki ni kalau kita bagi kasar, dia pun balas kasar jugak kot. Oleh itu, GB pun alter ayat kasi nampak lemah lembut sopan santun berbudi bahasa sikit....

Korang Kaum lelaki, tak payah la nak beramah mesra terlebih limit dan buat gaya macam nak bagi harapan atau bagi ayat macam bagi harapan kat kaum GB dengan cara macam ni:

  • Kamu mengaku naif, malu dan tak berani rapat dengan pompuan, padahal dah ada gelpren tapi saje nak test market...
  • Kamu cakap kononnya kamu tu takde orang nak, tapi yang sebeno-benonye korang tengah tunggu time nak bertunang atau nak kawen dah pun... :)
  • Kamu mintak kaum GB taruk gambo yang paling sweet kat fesbuk (contoh...) semata-mata kerana kamu nak tengok, padahal tetibe kamu hilang, pegi kawen dan hanimun...ish ish...
  • Kamu bagi lagu, lepas tu suruh dengar lagu dengan liriknya sekali, siap suruh huraikan maksud lagu tu. Tup tup tup, bila kaum GB dah naik angau, kamu cakap lagu tu takde maksud pape pun...isk isk isk...
  • Angin takde, ribut takde tetibe kamu add gelpren lama kat fesbuk, padahal kamu dah 'in a relationship'. Soooo why the fish tau...
  • Kamu sms dan call bila mahu, hilang tanpa jejak bila kamu suka. Owh patutlah..rupa-rupanya kamu dah ada gelpren pun, no wonder la kan... Kaum GB je yang terbodo syiok sendiri fikir kamu tu tengah bizi sebab keje la, sebab outstesen bagai...lawak betul....hihi~
  • Nasi tambah dari kReen: Toksah le mengaku bujang kalau dah ada bini walaupun sorang. Jangan nak ngengada le fikir pasal bujang 3 tuh...heheh~
  • Lauk tambah dari kReen jua: Toksah le mengaku bujang kalau anak dah berderet-deret. Kalau tak berderet pun toksah le terfikir-fikir nak perayat kaum GB kat luar sana. Jenayah tu...
P/S: Kepada kaum lelaki, kalau sekadar nak seronok-seronok dengan kaum GB tanpa tujuan tertentu, toksah le test-test market. Jangan le menganiaya kaum GB dengan cara-cara macam tu...sebab kamu mungkin akan lupa sekelip mata, tapi kaum GB akan ingat selama-lamanya. Hati-hati memandu... :)

Tuesday, March 29, 2011

Entri tertunggak 2: Samohaeyo gajok! Kak Reen...thank you for the pencil case!





Back to Entry Tertunggak episodes. Sebenarnya dah lama dah GB dapat pencil case ni dari KakReen, tapi entrinya asyik tertangguh sebab ada entri-entri ad hoc. Beginilah nasib belog bila ada di tangan GB. Huhuhu~

*

Sebelum ni kan, GB jenis main sumbat je pensel ke pen ke eraser ke segala dalam handbag. Itu pasal la bile pegi memana time dah kelam kabut mencari dalam handbag tu, GB main pinjam je sesapa punya pen yang ada time tuh. Lepas tu tetibe terbawak balik pulak. Ingatkan harta sendiri, rupanya harta orang lain. Dah penat nak memikir mana pulak GB cilok pen-pen yang tetibe banyak dalam henbeg tuh. Ngeeee~

*

Tapi....lepas KakReen bagi GB pencil case kaler pepel yang diterbangkan nun jauh dari Korea sana, GB dah tak cilok pen orang lain lagi dah. Siyes cakap ni! Dah beberapa bulan jugak la GB tak jadi penjenayah curi pen (sejak dapat hadiah ni). Heheh~

Semuanya kerana KakReen. Tengs banyak-banyak akak! ~Hugs!~

Kak Reen sekarang ni bizi sikit, tapi dia ada buat GA tau! Hadiahnya adalah tirai jurai-jurai macam dalam pic ni. Kalau kawan-kawan nak cuba nasib pun boleh, cepat sebelum terlambat. Tak rugi mencuba! Cepat-cepat pegi kat sticky post dia kat sini!

P/S: Pen-pen curi dari opis client dan butik Avon dan post opis masih ada kat dalam tu. Nanti le GB singgah untuk pulangkan. Wuwuwu~

Monday, March 28, 2011

Bercuti vs Bercinta



Last wiken GB gi bercinta bercuti dengan kawan-kawan setensen kat Pantai Morib je. Bukan jauh beno pun. Ada la dalam sejam lebih sikit dari umah GB. Dan on the way nak pegi tu tak terasa jauh pun sebab banyak benda nak tengok, dengan kerepeknya, dengan cari signboard nye, dengan karaoke sumbangnya...tup tup dah sampai....

Tapi bercuti kat Morib ni, walaupun dengan memember je, seronoknya dah mengalahkan orang bercinta. Tido satu malam kat Hotel Impian, pastu dengan adanya memember best sekepala, sambil baring-baring, sambil mekap-mekap....mula lah memasing buat sesi curahat (curahan hati) sampai ada yang terbakar baju masa meng iron! Hahah~

Kesimpulannya, kalau kita tak bercinta tapi nak merasa seronok macam orang bercinta, pergilah bercuti. Eh?

P/S: Tapi toksah le pergi bercuti berdua sahaja dengan orang yang sedang kita bercinta ye, takut diintai MAIS nanti. Kang lain jadiknye kang....

Saturday, March 26, 2011

Lupakan kerja, jom cuti-cuti cinta jom!!

GB di Chini. (Sila abaikan tong sampah tu ye....)



Alhamdulillah...

Selepas beberapa minggu (bulan jugak kot...) yang hectic dan mencabar iman dan kesabaran, akhirnya tiba juga wiken untuk bersantai. Beg baju dah siap packed since semalam lagi. Kamera tak tinggal. Sun block pun. . Syiok tak terkata!

Tapi tetap keje half day juga harini (duhhh...), pastu kul 1 GB nak cabut! Pergi bercuti-cuti cinta ke luar KL. Takde la jauh mana pun tapi asal luar KL tu dah rasa syiok sangat dah la. Harap-harap lepas balik bercuti nanti otak senget GB ni akan kembali betul lah. Heheh~

So kawan-kawan, ke mana kita wiken ni? Sama tempat dengan GB ke? Kalau sama, kalau terjumpa GB  tu tegur-tegur la. Dijamin akan dibalas mesra. Heheh~

P/S: Mood tengah ada global warming, tu pasal la panas-sejuk-gempa bumi-tsunami tu, macam bumi jugak. Maaf kalau ada yang tak senang dengan perangai GB ya. :)

Friday, March 25, 2011

Yes, I am perfectionist but not to the extend that would make me lose my integrity

Bila hati tengah panas, aiskrim adalah penenang sementara yang berkesan.
Harap-harap jangan la selalu GB panas hati. Huuu~



(Kerap pulak GB update entri harini kan?)

*
Ringkasan
Kes: Projek bertahun-tahun yang di take over dari orang lain
Local Authority: Itu ini problem, tak boleh lepas macam tu aje
Client: Do whatever you have to do, as long as we get the CF
Boss: Please do it for me
GB: Tersepit!

*

Tajuk di atas adalah berkenaan kerja dan tak berkaitan dengan soal jodoh atau apa-apa yang lain selain dari kerja semata-mata. Bagi sesiapa yang kerja dalam line construction, especially yang terlibat dengan kontraktor, developer dan local authorities, sampai satu stage kerja yang mudah akan jadi susah sampai asyik tersangkut sana sini. Bagi mereka yang faham, korang akan tahu apa yang GB maksudkan.

Apa-apa pun, walau GB jenis yang buat kerja sampai ke titisan peluh terakhir, walau GB ni kuli je, walau GB ni makan gaji je, walau GB ni orang tengah je, tapi jangan ingat dan jangan harap yang GB akan hilangkan integriti dalam diri ini. GB akan siapkan kerja sehabis mungkin tapi bukan dengan cara yang kotor. Dan kalau perlu GB bersedia untuk bertindak di luar jangkaan.

Berani kerana benar.

P/S: Kadang-kadang rasa macam nak berenti dan buat keje freelance je, senang!

Perginya seorang kawan blogger...

Walau sebesar mana batu menghalang, air tetap akan terus mengalir. Begitu juga kehidupan...


Semalam GB baru perasan satu entri dekat blog Di Sebalik Potret Kehidupan milik Ab@h_Izz. Tapi yang update adalah isterinya...bercerita tentang hajat Ab@h_Izz yang tidak kesampaian... Terkejut juga GB, kenapa tajuknya begitu? Akhirnya barulah GB tahu bahawa Ab@h_Izz telah pergi meninggalkan kita pada 14 Mac 2011 yang lalu...

Sesungguhnya ajal dan maut semuanya adalah rahsia Allah. Semoga Ummi_Izz tabah menghadapi ujian ini dan semoga arwah Ab@h_Izz ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....amin....

P/S: Al-Fatihah....



Kenapa nak tengok Maria Ozawa kalau ada Hana Tajima?




Hampir setahun lepas kan, GB pernah tulis entri pasal GB nak berubah especially dari segi pemakaian kat sini. Tapi manusia ni memang ambil masa yang lama juga untuk betul-betul berubah. Niat dah ada cuma on off jugak dari segi perlakuan.

Tapi kan, sedar tak sedar, dah dekat dua minggu GB pakai baju kurung atau baju yang menutup aurat dengan sempurna ke opis. Gi site ke gi meeting ke redah je. Kadang-kadang selang seli dengan baju punjabi dan seluar panjang, jadi kalau pegi site tu takdelah janggal sangat.

Tak tau kenapa, tapi sekarang GB rasa seksi bukan perkara yang hot lagi (tapi GB tak seksi cuma sebelum ni kurang pakai proper je). Lagi tutup lagi hot kot. Tapi jangan la ingat GB pakai baju kurung sebab nak jadi hot stuff. Cuma baju kurung lebih selesa, lebih menutup dan nampak lebih manis kot. Ke sebab GB dah tua? Huhu~

P/S: GB memang suka taruk tajuk yang takde kaitan dengan entri, tapi sebenarnya ada kaitannya...read between the lines ye kawan-kawan. Pilihan di tangan anda.. :)

Thursday, March 24, 2011

Tak semua lagu berlirik lucah

GB suka Aizat. Jangan tanya banyak-banyak.



Kalau dulu GB buat entri pasal pengaruh lucah dalam lirik lagu kan...sekarang ni meh nak tulis pasal yang positifnye pulak. Ada ke? Eh, ada....

*

Dipendekkan cerita, ce dengar lagu Kalau Berpacaran yang Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet nyanyi tu. Ada pengajaran kan? Jangan rapat-rapat, jangan pegang-pegang. Nice...


Pastu ada lagu baru ni yang ada Zizan Raja Lawak and Altimet (lagi), tajuk 'Anggun'. Full lyric di sini. Tang lirik 'Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga' tu GB rasa sweet sangat..rupanya ada jugak orang yang buat lagu rap yang bermesejkan yang baik-baik kan? Tak semestinya lagu nasyid je kena ada mesej bagus-bagus...


Oh ye, GB perasan Altimet tu punye lagu kebanyakan mesejnya bagus-bagus and dia rapper tau bukan penyanyi nasyid! Ai suke!!



Contoh lain, Allahyarham Sudirman banyak lagu yang ada mesej untuk menghormati mak ayah, bersatu padu, dan mesej universal lain. Kalau ada yang lain kawan-kawan boleh share kat kotak komen, sebab sekarang ni GB tengah blank.


*


Lagu mat salleh pun ada.... Dulu Michael Jackson punya lagu banyakkkk sangat yang berkisarkan tentang keamanan dan kemanusiaan. Dan semenyampah-menyampah GB kat Black Eyed Peace dan Justin Bibir pun, ada jugak lagu depa yang bermesej positip. 


Kesimpulannya, tak payah la kite tengok penyanyinya, tapi tengok mesej yang nak disampaikan. Lagu lucah-lucah tu toksah la dengar, tapi kalau lagu yang elok-elok tu dengar la 100 kali pun, takpe....


P/S: Lagu jiwang karat merana duka nestapa merintih hiba? GB tak suka. Tak suka!!! Hihihi~

Wednesday, March 23, 2011

Kenangan 1 April 1999

Masa tetap emas walaupun jam bukan jam emas. Hu~
(Abaikan bulu tangan tu...ngeeee~)


Nak tau apa jadi masa tarikh tu?

*

Itu la tarikh GB amik result SPM time GB dulu. Sampai sekolah pukul 11 pagi, terus GB pegi ke Bilik Gerakan. Time tu dah ada yang dah amik result depa. GB cool dalam neves sebab frankly GB banyak main masa SPM. Hu~

Tapi bila dah masuk bilik tu, rupanya slip result GB dah circulated ke tangan semua cikgu dalam bilik tu. Cet. Malu la kalau result buruk. Tetibe cikgu English datang peluk GB sambil cakap 'congratulations!!!' padahal GB sendiri tak tengok lagi mende alah slip tu. Cikgu BM pun ada reaksi nak peluk GB juga tapi dia terberenti sebab dia laki! Nasib baik....heheh~

Akhirnya lepas amik slip, salam peluk cium dengan semua cikgu yang boleh dipeluk cium, GB pun bergegas balik sebab nak kejar gi mekdi (sebab nak beli sepasang Teddy Bear kiut berbaju pengantin yang hot time tu!). Lagipun esoknya nak datang balik sebab nak amik chop and sign cikgu sebab nak anto borang UPU pulak.

Tapi adat la, toll banyak sangat sepanjang jalan nak kuar ke pagar sekolah. Asal terjumpa member borak la jugak paling sekejap 4-5 minit. Ada yang tanya result, ada yang taknak amik tau. Last-last pukul 2 baru sampai mekdi. Orang dah beratur panjang gile sampai bersimpang siur ke luar dah. Nasib baik dapat rembat sepasang!

Err...dah kelaut ke citer GB ni?

P/S: Yang sebenornye nak wish gudluck kat adik-adik yang amik result SPM harini je. Huhuhu~

Tuesday, March 22, 2011

Bahulu sudah abis stok~

Ini antara telur yang terkorban dalam proses mengikat bunga telur. *Terkorban masuk perut. Hu~


Kawan-kawan yang dah tinggalkan alamat dan no telepon, tunggu ok. Nak bungkus dan post. Sambutan agak menggalakkan jadi GB bahagikan sama rata untuk setiap orang ye. Bahulu tu bukan GB buat, tapi GB tempah kat Klang. Sesaja je ni nak kongsi kegembiraan sebab dah rileks lepas wedding adik GB haritu.

Yang sempat bagi address/no tepon:

  • SahromNasrudin
  • Siti Hajar (by hand kot)
  • Roslaini Saad
  • Zati Embong
  • GKSB
  • DrHanie (by hand kot)
  • Atikah Laila
  • Nihadriz (by hand if possible sebab nak gi Putrajaya ni)
  • AcuSayang
  • Rizal 
  • CikBetty
  • Nik (by hand)


P/S: Kawan-kawan, tunggu ye... :)

P/S 2: Comment moderation has been turned off. Korang jangan tulis nombor telefon atau alamat dah tau kalau taknak kene ganggu dengan peminat. Hu~

Monday, March 21, 2011

(Updated) Sape nak bahulu, tinggalkan alamat kat kotak komen. GB nak post. Selagi stok masih ada.

Ni bukan baulunye ye kengkawan...hu~



Tapi kalau kawan-kawan duduk dekat-dekat area Taman Desa, PJ, Kampung Subang, Shah Alam, Bangsar, better GB bagi by hand sebab dah dekat. Then tinggalkan address, phone number and delivery options kat kotak komen. Don't worry, untuk entry ni GB dah turn on comment moderation.

P/S: No delivery charges. Sementara stok masih ada. Cepat kengkawan!

P/S 2: Kawan-kawan yang dah bagi alamat atau email address, GB takkan publish comment for privacy and security reasons. Thanks.

Post wedding entry - Pancit!





Bagi GB, yang paling penting dalam sesuatu majlis kenduri kawin adalah para tetamu. Pengantin cuma syarat. Kalau takde tetamu baik tak payah ada pengantin, ye dak? Huhuhu~

Untuk itu, adalah penting untuk pastikan semua tetamu dapat makan. Makanan mesti sedap dan cukup. Tetamu kene selesa. Door gifts kene la mencukupi. Dan tuan rumah yakni bunda dan ayahanda kene sentiasa di situ untuk menyambut tetamu.

Orang penting dalam majlis kenduri bukanlah seorang yang boleh berjangok dan tersengih depan dewan/rumah sambil memikirkan sama ada mekapnya masih ok atau tak. Dia kene bergegas ke sana sini untuk memastikan tetamu dan pengantin dan keluarga pengantin dan saudara mara sendiri dalam keadaan terkawal. Dia juga tak boleh sesuka hati mengambil gambar macam biasa sebab macam-macam perkara boleh berlaku kalau dia terleka mencari angle untuk snap gambar.

Dan disebabkan tu, tak dapat le GB taruk gambo masa majelis kat dewan disebabkan tak dapat mencari ruang statik untuk mengambil gambar walau sesaat. Bila dah ada ruang pun, badan dah penat sangat dah...

P/S: Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir. Rasa penat berbaloi bila tengok barisan panjang tetamu yang datang seawal pukul 12 tengah hari lagi. Syukur kepada Allah...

P/S2: Sape nak bahulu sedap sila roger GB. GB bagi free sementara stok masih ada. :)

Saturday, March 19, 2011

Quickie

*Pantun:
Gunung Jerai tak ade cabang,
Pulau GB belum wujud lagi,
Lain waktu kite bersembang,
Korang sume tunggu GB di sini
(plisss... :D)


*



Pause jap pasal entri tertunggak-tunggak.
.
Sedara mara GB dah sampai dari Kedah. Meriah rumah! Soalan torpedo kat GB pun tak terkecuali. Huuu~

Cool saja lah!

P/S: Telur tak rebus lagi, baulu tak amik lagi, baju pengantin tak amik lagi, bunga manggar penunjuk arah tak pasang lagi. And kad Public Bank pulak tercicir tak tau kat mana. Arghhh!!! (Cool GB...cool)

Friday, March 18, 2011

Entri tertunggak 1: Thanks Rizal sebab bikin GB speechless!

Bunga ni Rizal bagi kat GB. GB simpan kat blog ni ok! TQ banyak-banyak! :D




Sape Rizal? Sape ek? Sape?

.

Dia blogger. Of course lah. Tapi dia blogger muda yang matang. Itu pendapat GB lepas baca beberapa entri kat blog dia. Bijak dia ni!

Tekejut monkey GB bila tiba-tiba semalam dia buat entri review pasal blog GB kat sini...siap dedicate sekeping sekuntum munge kat GB. Jasminum sambac. Orang kampung GB kata munge melur. Buat GB speechless, seriously! Dan sengih sorang-sorang tengah-tengah malam sambil baca entry dia. Huhuhu~

Apa-apa pun, thank you to Rizal sebab sudi buat review pasal blog GB yang tak seberapa ni. Harap-harap blog GB ni mampu memberi sedikit sebanyak manfaat kepada Rizal dan kawan-kawan lain. Salah silap harap ditegur ya... terima kasih yang tak terhingga.... :)

P/S: Nantikan entri tertunggak ke-2 pulak lepas ni.... (sambil menghidu tangan sendiri yang bau macam cookies...nyum!!) :D

GB ada beberapa entri tertunggak. Nanti akan ku publish satu-satu. Tapi bukan mula malam ni sebab godek-godek gambo tak jumpa pulak. Kene la amik gambo baru...hu~



Morning sun, snapped on 7th of March 2011, 4 days before the Japanese earthquake and tsunami
(click photo to enlarge)


P/S: Matahari yang GB tengok dengan mata kepala ni betul-betul macam yang dalam pic tu, takde edit sharpness ke apa ke. Pelik bentuknya sebab dah rupa macam bulan pulak, siap boleh tengok direct tu...

Thursday, March 17, 2011

Cara-cara memantapkan dada

The clouds caught my eyes. Snapped on 4th of March 2011, 7.30pm


Dipendekkan cerita....disebabkan sangat kagum dengan cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer GB sedari darjah 1 sampailah dah grad dulu, maka GB suka menyembang dengan mereka. Nampak macam nak membodek tapi sebenarnya tak... Cuma saja nak ringan-ringan mulut.

Bila bersembang dengan orang cerdik pandai dan banyak pengalaman ni, secara tak langsung GB dapat tahu kenapa ilmu mereka sangat mantap! Berikut adalah tips yang GB dapat secara tak langsung hasil dari penyembangan GB dengan mereka:

Kalau kita nak jadi orang yang mantap ilmu di dada, hendaklah kita:

  • Rajin belajar dan bertanya - seremeh-remeh perkara pun ilmu jugak kalau kita nak ambil tahu
  • Banyak membaca - pelbagaikan bahan bacaan tapi al-Quran adalah sumber ilmu terhebat...kalau tak caya cuba bukak terjemahannya
  • Rajin share ilmu - jangan kedekut ilmu
  • Jangan rasa diri pandai sangat
  • Merendah diri - Prof GB dulu adalah jenis orang yang beri salam dulu kat anak muridnya (di saat anak muridnya yakni GB terlari-lari sebab segan takut bertembung dengan dia, sekali dia datang bagi salam daaaa. Malu sungguh ai time tuh~!)
  • Berkawan dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai jenis bidang - tak kire la budak sekolah ke, orang tua ke, mat rempit ke, amik contoh member blogger pun boleh, ada surihani rumah, ada cikgu, ada akitek, ada engineer, ada dokter, ada akauntan, ada ramai lagi kawan dari macam-macam background. Best tau!!!
  • No malas-malas

Cubalah. Nescaya dada kita nanti akan mantap dengan pelbagai ilmu, dengan izin Allah....  :D

P/S: Errr...ke ada yang frust menonggeng baca entri ni? :p

Wednesday, March 16, 2011

Entry kembang kempis - Sila sediakan beg plastik sebagai langkah berjaga-jaga



Amacam? Ada yang dah terasa loya atau nak mun mun pelangi macam DrSinga?

Gara-gara entri ni kat blog Kak Ati Masrif yang cun macam Amalina Ah Ah tu, tak pasal-pasal GB buat komen kembang kempis..... Sebenarnya mana ada orang tersilap antara GB dengan Maya Karin sebab kitorang cuma sama tang bulu mata ja, yang lain memang takde walau seinci! Tapi GB yang perasan konon sama sebab GB memang minat Maya sejak zaman dia jadik pontianak lagi....hins hins!

Tapi tang Rani Mukherjee tu, ada la beberapa orang yang cakap 'sama'. (Ok ok, sila muntah sekarang..heheh) Tapi takde la sama sejibik-sejibik! Depa kata sama tang 'manis'nya ja...

Tang mata Kajol itu Kak Ati ler sorang yang cakap. Fes taim ok! Ayoyo GB kembang dua kali ganda dah! Hahaha~

P/S: Dah abis kuar mun mun? Kihkihkih!!!

Tuesday, March 15, 2011

Penat tapi berbaloi bila dapat adik ipar yang comel. Hu~



(Sila abaikan kualiti gambar yang kurang bagus. Terima kasih)

Sebenarnya GB nak cerita panjang lebar, tapi dah memang stail GB malas nak menaip panjang-panjang.

Jadi dipendekkan cerita, adik lelaki GB dah selamat bernikah dengan adik ipar GB yang comel tu. Walaupun kitorang sampai agak lambat kat Teluk Intan sebab bertolak lambat, dan GB pun tak bawak kereta laju sebab hujan dan jalan licin, tapi majlis tetap berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah.

Balik pulak ikut Kuala Selangor sebab bunda nak beli mentarang, haruslah sangkut dalam jammed yang sungguh hebat. Tapi takpe, demi bunda dan mentarangnya. Heheh~

La ni nak pikiaq pasai majlis belah kami pulak Ahad ni. Lepas yang itu pun selesai, boleh la GB beronggeng seperti sediakala. Heheh~

P/S: Morib, Segamat, Lat Kampung Boy, dan Hikayat Merong Mahawangsa dah ada dalam list ni. Yeah!

P/S 2: Terima kasih kepada kawan-kawan *maya amir, delarocha, ummi5, zati embong, baincardin, kaseh, imanshah, pyngees, gedek!, dahlia, jebateja, rina avail, sayang ibu, riri yoorin, ann huda, daddy ziyyad, afendi ariff, elyn, rizal, aidil, KOG, alien, sahrom nasrudin, suffer8zine, myaby, h4n1, normaliza, aya, norh, sumandak kinabalu, ati masrif, sissyira, bujal, cik fiza, ros, mimi jazman, the red rambutan, dr singa, kak erna, padlie, cek chun, semarak api, DDrFauziah, didz, admin P@P, abu aiman, cikLyndaWawa, Sham, Amry, akugumbira &  riang-riang, Queen, YB, maiza, dan masZuber yang sudi mengomen sewaktu GB jauh di perantauan eheheh...nanti GB akan balas kunjungan kawan-kawan semua ok, insyaAllah!

Friday, March 11, 2011

Apa kawan-kawan buat kalau tengah sangkut kat traffic jam?

Beautiful morning sky pattern snapped on 9th of March 2011, 7:15 am, Jalan Sungai Buluh



Personally...

  • GB suka menyanyi ikut lagu kat radio. 
  • Pastu gelak besar-besar kalau ada topik kelakar kat radio. 
  • Pastu suka observe divider especially masa sangkut kat jalan dari airport Subang ke Federal Highway. Ada rumput-rumput mini yang berbunga comel pada waktu pagi kat tengah-tengah tu. 
  • Pastu amik gambo kalau ada scenery yang best-best, contohnya gambo awan pelik-pelik ke, gambo langit, bulan pagi, pelangi ke.
  • Pastu suka rekod suara sendiri menyanyi atau kalau tetiba muncul idea untuk blog, sebab dah tentu tak dapat jot down time tu. Takut terlupa. Pastu bila dengar balik, oh asyik! (Abaikan :p)

Itu semua GB buat waktu jammed la supaya tak stress.

Kalau kawan-kawan pulak, apa yang korang suka buat kalau sangkut kat jammed?

P/S: Tertinggal satu lagi point. GB suka usha pemandangan menarik ikut cermin sisi atau cermin pandang belakang, tapi sorok-sorok la. (Alamak, penangan kopi tongkat ali yang berlebihan kah? Ayo!)

Thursday, March 10, 2011

Wajah kesayangan hamba 1



Ini Bunda dan Ayahanda GB. Ada sesapa kenal tak? Ngeee~

.

Bunda selalu tanya 'hang takmau kawen ka along?'

GB jawab, 'ala....sampai time nanti kawen lorr...'...huhu~

Ayahanda selalu backing, katanya 'Along bukan takmau kawen, tapi belum mau kawen ja kan??'

GB sengih. Dalam hati fikir, 'cemana nak kawen kalau takdak calon? Adeh!'

.

Motif? Sayangilah orang tua bunda dan ayahanda kita...

P/S: :p

Mula-mula nak buat entri happy, alih-alih jadi entri sedih~



Tadi GB tengah menaip entry happy untuk update blog harini. Tetibe bos bagitau, Harun cuti sebab ayah dia baru meninggal. Kepada yang nak tahu siapa Harun, baca entri ni.

Harap-harap ayah dia sempat tengok wajah anak dia sebelum dia pergi.

~Dari Dia kita datang, kepada Dialah kita kembali~

P/S: Lihat pelangi di langit, tapi jangan sesekali lupakan mendung yang baru berlalu.

Wednesday, March 9, 2011

Ujian itu untuk semua sebenarnya.....

Autobots



Semalam kan, ada sorang pekerja kontrak Bangla ni masuk opis. Dia mintak tolong GB scan gambo dia dan email kat sedara dia di Bangladesh sana. Dia kata ayah dia tengah sakit tenat, tengah tunggu time. Hari-hari sebut nama dia 'Harun....Harun....', tapi dia tak boleh balik. Sudahnya dia bagi gambo je pengganti diri. Gambar pun yang pakai smart-smart dengan harapan ayah dia boleh pergi dengan aman. Takmo ayah dia tengok keadaan dia yang comot dan bersememeh sebab kerja teruk...

Fikirkan tentang kemanusiaan. Di saat pekerja asing di sini dilayan dengan teruk, mereka tetap insan yang disayangi di kampung halaman mereka. GB cuma mampu  tolong scan dan emailkan gambar.

Di saat GB rasa ujian kat GB ni dah cukup berat, rupa-rupanya ujian untuk orang lain lebih berat lagi.

Ali Imran 3:191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. 


P/S: Mereka mungkin bekerja keras tanpa henti di siang hari, tapi menangis rindukan keluarga di malam hari....

A friend in need is a friend indeed




Beberapa hari ni GB sangat serabut. Tapi GB terharu sebab kawan-kawan kat sini tak jemu bagi nasihat kat GB. Oleh itu, sambil minum kopi tongkat ali ni, GB nak ucapkan 'Terima kasih kawan-kawan'. GB cinta kamu semua.

P/S: I Love You

Monday, March 7, 2011

Bila burung merenang dan ikan berkicauan

Rasa macam nak brisk walk sekarang jugak!


(Berenang, bukan merenang. (Lihat tajuk). Thanks to Mommy Jue. Heheh~)


Bila belog jadi gelob...
Bila nak tekan 'new post' ter tekan 'sign out'...
Bila asyik typo GB salahkan keyboard...

Taulah korang bahawa GB tengah mereng. Heheheh~

Perasaan GB sekarang macam ABC. Macam ikan 3 rasa pun ada. Macam goreng pisang cicah sos kepok lekor. Macam french fries cicah eskrem.

Oh! (Cikgu Dahlia, jangan kuatir. Bukan kamu yang jadi punca okeh walaupun semalam saya memang merajuk! Huuu~)



P/S: Al-Baqarah 2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...