Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Sunday, February 27, 2011

Open letter to bloggers - especially to newbies






Setelah beberapa lama berblog, GB sebenarnya tak anggap diri sebagai seorang blogger pun. Mungkin sebab blog GB banyak yang merapu daripada fakta. Takde maklumat penting yang boleh dicari di sini melainkan hanya penuh dengan gambo-gambo yang personally GB nak share dengan kawan-kawan.

Tapi GB nak tulis sesuatu yang serius dengan harapan ada blogger yang akan baca. Ini cuma pendapat GB berdasarkan pemerhatian dalam dunia blog memblog ni:
  • Bagi GB, komen kat setiap entry adalah personal opinions from another blogger. So that I can absorb the blogger's thought in order to know them better. Sebab tu kalau nak tegur ke, puji ke, bagi pendapat ke, GB tak kisah sebab at least ada sesuatu yang korang terfikir dah terluah kat kotak komen. Jadi kalau ada komen yang 'meminta kunjungan balas dan akan datang mengomen kalau sempat,' GB hampir pasti itu bukan datang dari hati. Dan bagi GB itu bukan komen pun. Itu sekadar peninggalan jejak.
  • GB anggap fellow bloggers sebagai kawan-kawan dan bukan setakat 'I follow you, you follow I'. To tell the truth, I am against that concept dan GB yakin ramai blogger muda yang masih baru buat macam tu sebab nak promosikan blog masing-masing. Korang, that is not the way. Kalau berminat dengan sesuatu blog atau entry, just read and put your opinions in the comment box. Kitorang bukan la hebat pun sampai takmau jenguk langsung orang yang sudi baca entri kita dan tinggalkan pendapat. Bila bloggers rasa appreciated, kat situ barulah ada connection. Kalau setakat mahu kumpul follower, GB tak pasti adakah konsep macam ni mampu buat kite bertahan lama dalam dunia blog.
  • Blogger boleh kenal pasti siapa yang baca entry kemudian komen, atau yang baca tajuk entry kemudian komen, atau sekadar komen sebab nak tinggalkan link. Jaga-jaga!
  • GB suka blogging sebab komuniti blogger kat sekeliling GB ni sangat baik, prihatin, dan sudi menegur kalau ada yang tak kena. Kita tak kutuk-kutuk caci-maki sebab dunia blog ni kecik je pun. Balik-balik pusing-pusing ke situ jugak. Melalui blog lah kita boleh kenal life diorang, isu, kesakitan, kesibukan, hal keje, kegeraman, kebengangan dan kehampehan diorang. Kita hormat kalau mereka bizi, tak boleh diganggu atau perlukan ruang untuk menyendiri. Jadi role kita? Fikir-fikirkanlah...

Ok lah. Panjang! Tak pasti la korang baca atau tidak, tapi ini sekadar suatu maklumat dan teguran dari GB khas untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Mungkin ada yang cakap, 'eleh, macam la blogger otai pun,' tapi daripada GB kutuk kat belakang takde orang dengar, buat macam ni lagi baik kan? Ape-ape lah.

P/S: Tetibe GB curious, ada ke yang baca entri panjang ni? Kalau takde yang baca alamatnye tak sampai la mesej. Tapiiii...kalau korang nak tau lebih lanjut pasal hal ni,meh tengok apa pandangan beloger GadisKampungSeparaBandar ni pulak! Roger! Huhuhu~

Saturday, February 26, 2011

Kini malam GB tak sunyi lagi. Heheh!



Thanks to CikCeria sebab hadiahkan katak menyala ni kat GB sempena besday haritu. Dapat le baca buku sebelum tido tiap-tiap malam.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa membaca sebelum tidur boleh menjadikan tidur kita lebih nyenyak dan berkualiti sebab aktiviti membaca tidak memerlukan tenaga yang berlebihan (Eh apasal ayat skema ni? huhu~). Itu yang GB pernah baca lah. Ala...korang pun macam tak penah...asal bukak buku je dan dan menguap. Ngaku tak? ngaku tak?

Tapi kalau kawan-kawan rajin boleh le baca kat sini.

Ok, banyak yang nak kene buat hujung minggu ni . Happy weekend semua kawan-kawan ya!

P/S: Teringat Interlok yang dah sebulan tak abis-abis baca. Bila mau abis daaa!

Friday, February 25, 2011

Bizi? Tak sempat? Keje banyak? Hujan lebat? Ribut di luar? Smart Tunnel tutup?



Ubatnye?

Sonyum yo lah!

:D

P/S: Semalam seronok! Hihihi~
P/S 2: Tunggu GB esok ye kengkawan! Harini kenot! Sowiiii! 

Thursday, February 24, 2011

Hari persahabatan yang indah bermunge-munge





Khamis yang indah. Hati berbunga-bunga. Mana taknya, di saat orang lain dok bertumbuk dalam traffic jam, GB dah sampai opis. Mengadap nasik lemak sambal paru yang jadi rutin dua minggu sekali yang wallaweyyy sedap tak ingat.

Semalam, 23 February birthday kembor siam GB, Cik  Puan Fatin Mraz yang kini sudah mau jadi orang Kuantan. Tapi sekarang dia kat KL, jadi GB cadang mau jenguk dia dengan baby Irizz wiken ni dan selebret. Dulu time dia bujang boleh la main belasah je selebret tak kire waktu. Tapi sekarang sejak dia dah kawin dan dah ada baby ni, GB yang dok wong solo lagi kene la berusaha keras untuk kawin dan ada baby jugak. Eh kelaut? :p

Untuk Puan Fatin, selamat hari lahir dan semoga kamu terus berbahagia. Life is long and windy, but you will surely reach a bright end. ~Hugs!~

Harini pulak birthday Akak DrSinga yang tersohor, comel, awet muda lagi baik hati tu. Yang ke berapa? GB tau tapi GB tak tau sama ada dia tau yang GB tau. Dey, berapa banyak 'tau' daaaa...........lalala~
Thanks akak for being a wonderful friend. Nanti GB singgah klenet ek! :D

To Akak, selamat hari lahir dari munge yang kembang ni. Thanks for inspiring me to keep on blogging. (You're amongst the earliest commenter on my blog!). Ai nak buat serprais tapi takut terkene enjek. Heheh~

Owh, kat HotFM pulak, tengah hangat pasal Fara Fauzana dilamar di radio. Teruja rasa sebab GB boleh rasa perasaan Fafau tu...cewah! GB dah tengok gambo lelaki gentleman yang melamar Fafau itu kat belog Cikgu Dahlia. Owh kebetulan pulak Cikgu Dahlia ni kawan lama GB sedari darjah satu dulu kat SRK (bukan Shah Rukh Khan) Pengkalan Tentera, Kuantan.

Phewww....

Thursday. A good start. Hopefully will end as sweet as honey too. :)

P/S: Aha...ada member blogger dari luar KL di sini sekarang. Kalau sempat GB mau jumpa dia lah!

Wednesday, February 23, 2011

Yang sempat dalam sempit

Nymphaea capensis (waterlily)
Tasik Chini Resort, Pahang, Malaysia


Waterlily special untuk kawan-kawan, especially Kak Ati Masrif yang tercayang. :D

Harini tak sempat nak bertandang ke rumah korang sume. Sebab tu tak buat entry baru. Bizi kejar dateline design, presentation, submission dan kejar dateline bayar saman. Ayo!

So nanti dah setel segala GB akan menjenguk macam biasa okeh! Daaaa....

P/S: Korang, betul ke kalau bayar saman kat kaunter trafik dapat lagiiiiii murah compare dengan bayo kat myEg?


Tuesday, February 22, 2011

Cinta antara Saya Awak Aku Engkau

In fact, love is in the rain. Heheh~




Tajuk macam tauhu telur tak cukup masak, sila abaikan!

Cenggini...sekarang ni cuaca kat luar tu tengah hujan. Lebat, siap ada guruh-guruh segala. Gelap je luar opis ni. Syahdu. Tapi harap-harap takde la jadi ribut macam haritu. Tak tau kenapa Taman Desa ni selalu dilanda ribut. Ape yang GB membebel panjang-panjang ni??? 

Dalam sejuk gelap-gelap romantik ni boleh la pulak terfikir pasal kisah lama-lama. Pasal kisah cinta di tepi toilet la, cinta di dalam kelas arab, cinta di dalam studio, cinta di dalam bas (eh?), tapi bukan la cinta yang best sangat pun. 

GB ni ada le beberapa je crush. (Sila percaya, heheh). Biasa la bila kite dah target sesorang tu mesti la kite nak kontrol-kontrol baik depan dia. Sopan santun berbudi bahasa. Cakap pun takde 'aku' 'engkau', suma main 'saya' 'awak' je. Almaklum...crush...mau la kasi sangkut barang sekail dua... GB ni pulak bukan le lemah lembut ayu gemalai spesisnye, tapi pemaluuuuu sampai merah-merah muka kalau terjumpa crush-crush GB itu. (kantoi) Heheheh~

Tapi dalam banyak kes, yang GB dok ber'saya' 'awak' bagai tu takde pulak nak tersangkut kat GB. Yang geng 'aku' 'engkau' pulak yang tersangkut. Diorang punye reason (eceh...diorang..macam ramai je..hahaha!!), GB natural dan tak kontrol ayu. Wadeheyyyy....GB kontrol ayu dengan orang lain sebab tu dengan diorang GB tak ayu...konon macam terpikat kerana keaslian diri sendiri la ni... (pigidah GB! heheh)

Tapi kan, last-last, dah tak pasal-pasal macam-macam salah faham jadi. Ye la, GB target orang lain. Yang tersangkut orang lain. Nak fine tune balik tu dah satu hal pulak. Dah la GB ni bukan jenis yang reti nak terus terang. Tak nak, tapi tak cakap tak nak. Cuma cakap 'errr...ko jangan nak mengarut lah!'. Adey. Patut la depa tak faham.

Akhirnye terjadilah adegan kejar-mengejar. Yang GB kejar tak dapat, yang kejar GB jatuh berciciran. Eh?

So korang, patut GB ber'saya' 'awak' atau ber'aku' 'engkau' dengan korang? Jeng jeng jeng....

P/S: Sampai sekarang GB pemalu lagi. Ada sesapa boleh obatkan....? 

Deyyyy!!!! Ikut giliran la deyyyy!!!

Lengang. Takde traffic jammed. Tasik Chini, Malaysia.


Situasi: Sedang memandu dalam trafik sesak
Waktu: 8.00 pagi
Lokasi: Susur keluar dari Jalan Lapangan Terbang ke Lebuhraya Persekutuan

Kisahnya, time tu semua kereta tengah merangkak-rangkak keluar dari susur keluar tu nak ke Federal Highway. Sesak tu toksah cerita la. Dari airport sesak, dari Klang pun sesak. Bila nak masuk ke Federal Hiway tu dah tentu la kene berhemah. Bagi signal, himpit sikit-sikit. Biasanya tengok keadaan. Jadikan kereta depan sebagai guideline. Kalau kete depan dah berjaya masuk ke jalan besau, kita masuk la lepas kereta yang ada di belakang kete tadi. Gilir-gilir. Senang. Dan memang sepatutnya begitu kan?

Ke ada yang tak tau ke pasal giliran ni?

Sebab…ada kereta yang sengal tambah bebal lagi baghal yang tak tau konsep gilir-gilir ni rupanya. Kita ni beriya bagi signal dan masuk ikut giliran, alih-alih ada kete yang tak nak bagi masuk. Himpit kita sehimpit-himpitnya. Sebab taknak bagi kite masuk. Dia ingat kite ni tengah potong Q ke? What the fish kan?

Kalau kite bawak kete kebal, kite tak kisah je dia himpit-himpit. Himpitlah! Himpitlah!

*

Oh, ada lagi. Ada jugak kete yang nak keluar dari susur dengan cara otai!!! Patutnya ikut la giliran, ini tidak. Menyelinap keluar dari susur tak ikut giliran macam penyangak!

Deyyy!!! Otak taruk kat sport rim ke dey!?

P/S: Oh, GB lupa. Depa mana penah belajar memandu. Lesen terbang kot? (Dah dah…jangan ada yang mengada-ngada nak saman GB pulak ye…)


Monday, February 21, 2011

Pantang larang ketika memasak khas untuk anak dara dan mak dara ter... eh?

Ini le acar buah faveret GB....pantang jumpa ni!


Kisahnye pada suatu hari, bunda panaskan ikan masak cuka lauk semalam untuk dibuat makan tengah hari, lepas tu dia duduk tengok pokoknye di luar. Sampailah satu ketika tu bunda terbau masakan yang sungguh wangi sambil terfikir, ‘Uii…sape yang masak ni? Wanginya…’


Ops..rupa-rupanya lauk yang dipanaskan tu dah terhangit...dek terleka menengok pokok-pokok di luar...

Beriye-riye GB gelakkan bunda masa bunda cerita balik.

*

Lepas bergelak ketawa tu bunda suruh GB panaskan ikan masak lemak lauk tengah hari sebab takut basi. Lepas nyalakan api GB pun start computer dan mula buat draft entri baru. Tengah-tengah menaip tu tetiba dengar bunyi hujan…wah..asyik! Idea menaip pun turun mencurah-curah sama dengan hujan tu jugak. Huhu~

Tetibe hidung tertangkap bau yang wangi sambil terfikir, ‘Uii…sape yang masak ni? Wanginya…’

Tetiba bunda bertempik dari ruang tamu, ‘GB!! Lauk dah tutup api ke belum!?’

Erk! Gulp!

Dah hangit….

Ngeee~

Rupanya bunyi tu bukan bunyi hujan, tapi bunyi kuah mendidih.

P/S: Aiseymen...dah pekak ni nak kena telan supplemen apa pulak? Huuu~

Saturday, February 19, 2011

Tanpa coli (rating - U)




Pervert mana yang gatai pi search keyword ni kat belog GB? Ingat ini belog bogel-bogelan ke?

Lawak la. Hahahaha!!!



P/S: Tolonglah divert sikit otak tu...jangan nak mikir mende alah ni sangat. Pegi masuk raja lawak lagi bagus. Hahahahaa!!!

Friday, February 18, 2011

Untuk mereka yang ada fesbuk sahaja



Kawan-kawan, mau cakap bahasa pirate macam Captain Jack Sparrow tak?

Meh try mende alah di bawah ni.

Bukak fesbuk dulu ye....pastu...

Scroll to the bottom of your Facebook page where it says in little blue letters, "English (US)."
Click on it and select "English (Pirate)."

When you've stopped laughing, paste this as your status.


P/S: Nampak sangat entry ngelat. Layan jelah ye. Heheheh~

Thursday, February 17, 2011

Buku ajaran sesat

Happy eaters underneath



GB beli sebuah buku.

Kata buku tu, elakkan karbohidrat dan gula proses selama 2 minggu, dan penurunan ketara akan dapat dilihat. Dalam masa 2 minggu sahaja.

Pastu tutup buku sambil berazam untuk takmo sentuh karbohidrat dan gula untuk satu hari ni dulu.

.

Tapi bila sampai time lunch, nampak tempe goreng pedas, ikan keli masak lemak cili padi, terung goreng, paru goreng, ayam masak merah, rebung masak lemak cili padi dengan perut  - terus lupa azam untuk hari itu.
.

Maafkan GB buku... (sambil berazam untuk tidak mengingkarinya pada waktu malam nanti)
.

Tapi bila balik umah pulak, tangan gatai pi bukak tudung saji. Nampak pulak kailan ikan masin, ayam masak kicap, sambal sotong, ulam.

.

Tapi GB pantang. :)

.

Pantang nampak. Heheheh~

.

Esoknya azam lagi. Dan kantoi lagi. Masuk harini dah cukup 2 minggu mengantoikan azam sendiri.

P/S: Rasanya GB kene pulangkan buku tu dan demand for refund. Sebab dia tak bagitau macam mana cara supaya taknak pandang makanan sedap-sedap tu. Ok ke? Heheh~

P/S 2: Owh. Sejak baca buku tu, GB makin rajin melawat kedai jual nasi waktu lunch. Apakah???

The sky will not always blue





When a lady act weird, you know there is something going on.

P/S: Sometimes some sufficient dose of black and white are needed to blend the colours of life.

GB jadi lauk di blog Mat Gebu?

GB malu lagi. :)
(Mimusa pudica - Semalu)


Bila bosan, GB buat keje kutuk diri. Check traffic (lagi) harini.

Err...ramainya orang datang dari tiffinbiru.blogspot.com. Atau juga dikenali sebagai Blog Dapur Tanpa Sempadan. Boleh juga dipanggil blog Mat Gebu.

Mat Gebu??? Apa pulak onar yang dia dah buat ni?

Terus GB masuk kat link punca traffic tu.

Aiseymen....GB dah dijadikan lauk Gulai Nenas Ikan Masin rupenye kat blog dia. Kalau tak caye meh tengok sini...... Heheh~

P/S: Lepas ni kalau diet asyik kantoi memang takde orang lain la GB nak tembak. Hahahaha~ Terima kasih Mat Gebu. :)

Wednesday, February 16, 2011

Jangan lama-lama...

Masjid di perkarangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Kata orang, jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang.

Eh?

P/S: Sekian eksesais mata untuk hari ini. Heheheh~

Akar

Cuba teka yang blur itu apa?


Dalam hidup ni selalu je kite memandang jauh ke hadapan kan? Itu bagus, tapi jangan dilupakan perkara yang paling dekat dengan kite.

Sebab kadang-kadang benda yang paling dekat ni la yang kite tak nampak.

Try to step backward. Just one step backward for a larger view. Baru boleh ingat akar kita, dari mana kita bermula, dan siapa kita pada awalnya.

Tak complicated kan?

P/S: Rabu rupanya. Ingatkan Isnin. :)


Tuesday, February 15, 2011

Tentang seorang kekasih




(Ini entry yang agak panjang dan berisiko dari seorang insan kerdil berdasarkan pemerhatian dan pengalaman belajar dengan beberapa lecturer dari luar negara sewaktu di Sg Pusu dulu)


.

Hari ini hari lahirnya.


Ada sesuatu yang klise tentang kekasihku ini.


Ramai mengaku sayangkannya. Ramai mengaku mencintainya. Ramai sanggup berbalah demi mempertahankan sunnahnya,

Tapi kalau setakat sunnah beristeri empat.
Sunnah makan dengan tiga jari.
Sunnah menyimpan janggut.
Sunnah berjubah.
Sunnah berserban.
Sunnah apa lagi?

Jangan mimpilah dia akan berbangga dengan kita. Malah kita semua akan lenyap seperti buih di lautan akhirnya.


*

Apa jadi terhadap sunnahnya yang menegakkan agama dan menyebarkan kebenaran wahyu?
Ada sesiapa yang sanggup memikulnya?
Sanggupkah dicemuh, dicerca, dimaki semata-mata kerana mahu menegakkan agama?
Sanggupkah pecah kaki demi berjuang kerana Islam?
Sanggupkah bersengkang mata, berlapar dahaga dan menanggung siksa demi sebuah naskah wahyu suci?

Itu lebih patut dilakukan bukan?

Kalau benar menegakkan Islam itu semudah memakai serban, jubah dan menyimpan janggut, kenapa kita masih ditindas? Dihina? Diperlekehkan?

'Kutinggalkan kepada kamu dua perkara pusaka, tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitab Allah dan sunnah rasul.'

Sunnah itu lebih dari sekadar cara berpakaian dan cara makan, betul tak?

P/S: Kalaulah sunnah berpakaian dan makan boleh mengembalikan kegemilangan Islam, sudah tentu umat Islam dah lama kembali di atas. Tapi Islam bukan berasaskan magic dan tipu muslihat semata-mata, melainkan bangkitnya nanti berasaskan fakta kebenaran, kerana agama Islam adalah agama yang logik. Berhenti bermimpi wahai saudara-saudaraku!

Monday, February 14, 2011

Sape kate DIA cuma reti cocok orang je?

Katak gembira



Dia lebih terer dari tu.

Dia sms kite. Dia cakap belog kite takleh masuk. Ada tupperware malware. Kite pun tanya apa nak buat?

*

Dia dah tolong kite remove mende alah tupperware malware ni dalam masa 5 minit je. Sedangkan kite dah godek-godek nak membuang mende alah tupperware malware ni dari semalam lagi. Punye la buta IT.

So sekarang kawan-kawan tak perlu le rasa takut-takut lagi nak melawat umah kite. Meh le masuk...meh le...pintu tak berkunci.. :D

TQ dia! :D

P/S: Pasni wajib le bagi direction kat dia dalam bentuk GPS point. Ekekekeke!!!

Alien yang menceriakan - sebenarnya bukan dia, tapi...




Pernah tak kawan-kawan ada sesuatu untuk suatu tempoh masa yang cukup lama sebelum sedar bahawa sesuatu itu adalah pemangkin untuk membuatkan hari kite lebih ceria, contohnya?

*

Tak faham? Dah agak...heheh~

*

Ok la, meh nak cakap direct.

GB bukak satu blog, pastu minimise (sebab nak tunggu loading abis) dan bukak file design GB. Pastu GB bukak web page lain, bukak photoshop, autoCad, itu ini segala, dan langsung terlupa yang ada satu blog GB bukak tapi tak baca lagi.

Lama jugak. Nak dekat sejam lepas tu baru GB perasan ada satu blog yang tengah tunggu untuk di'jalan'kan. Pastu GB pun maximise.... dan akibatnya?

*

Terhasillah senyuman GB yang paling lebarrrr untuk hari ini. :D

P/S: Terima kasih Alien sebab taruk gambo Muhamad Faiq al-Tamis. :D

Saya sayang pendrive saya




GB sayang pen drive GB. Ia sepenting henpon dan kamera bagi GB. Ia macam kotak harta karun. Walaupun saiznye cuma 8 gig, tapi segala jenis gambors, lagus, drafts untuk entry baru...semua ada dalam tu. Template untuk GB buat design pun ada.

Dan ia macam diari juga. Bila GB tengah jiwang, gembira, sedih atau bersemangat, GB akan taip dan save dalam tu. Sebab selalunya GB pakai komputer opis. Takmolah save kat dalam hard disk komputer opis. Bahaya. Hihihi~

Dan yang paling bestnye...nak tau satu benda tak?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Harini pendrive kesayangan GB tu tertinggal kat umah. Huwaaa!!!!!

P/S: Sebab tu entri jadi cenggini. Draft entry baru yang GB taip semalam ada kat dalam pendrive tu. Huwaaaa!!!!

Sunday, February 13, 2011

Breakfast jom! - Versi kuey teow goreng




Harini GB jadi suri hani rumah. Jamu kuey teow goreng saja untuk perut-perut kat umah untuk breakfast.

The verdict? Berani diorang nak cakap tak sedap? Hahahahaa!!!!

Sape nak angkat tangan!

P/S: Langgar pantang karbohidrat. Eh, macam hari-hari je langgar pantang. hihihi~

Saturday, February 12, 2011

Mesej Antu Kak Limah - Real punye, tak tipu!

Antu Kak Limah teringin tak nak naik perahu lama ni? Mueheheh...
(Tasik Chini, Pahang, Malaysia)




Betul macam cakap DrZoulDahan, citer ni kene tengok banyak kali. Baru boleh faham apa mesej yang nak disampaikan.

Ini antara mesej Mamat Khalid menerusi filem Antu Kak Limah tu...ceciter..ceciter! Orang kite ni kan...
  1. Gemor bersangka-sangka, tanpa usul periksa dah percaya dengan benda yang bukan-bukan. Kesian kak Limah disangka antu..
  2. Benda yang besar depan mata tak nampak, yang kecik-kecik besar kuman tu pulak yang nak dikecoh-kecohkan. Projek infrastruktur dikatanya UFO??
  3. Suka sangat mengikuttt je cakap orang, macam lalang. Sikit-sikit 'ooo', sikit-sikit 'oooo'...macam orang Kampung Pisang tu..
  4. Tak gemor nak amik tau pasal hal jiran, sakit ke....mati ke. Tu pasal kak Limah masuk spital mental pun depa tak tau.
  5. Percaya bulat-bulat kat bomoh! Ha, amik ko!
  6. Pehtu cakap besar. Asal yang paling hebat tu dia je lah. Last-last demam kura jugak walaupun bukannya jumpa dengan hantu pun!
Tapi kan....ada jugak pengajaran lain yang boleh dilihat dalam ceciter ni. Contohnye kan...

  1. Bende yang boleh dilihat tu belum tentu wujud. Tapi yang ghaib itu ada...wajib percaya.
  2. Kalau kite ingat orang, orang tu akan ingat kite juga. Ececeh... :D
  3. Kene le kite usul periksa bebetul kalau dah dapat sesuatu berita tu....ini tidak...sikit-sikit 'kite bako!!!'
Sekian la review antu Kak Limah dari GB. Kawan-kawan ade pendapat lain?


P/S: Tapi kan tapi kan.....Awie berlakon memang keles la weh!!!

Mak aiii ramainye orang! Apa dah jadi ni? Ben? Mat Gebu pun ada? Rupa-rupanya....

Disebabkan harini GB malu-malu kucing, maka GB share pic Ortosiphon aristatus (Misai kucing) ni. Bagus pokok ni, boleh dibuat teh.



Pagi ni GB hampir-hampir dapat kejutan buah pinggang sebab tengok apasal follower ramai sangat ni walau tak seramai Ben Ashaari, Hanis Zalikha, dan MissLolly? Apa dah jadi? Pengomen baru pun ramai gak. Apa keyword GB yang buat trafik naik sampai cenggini? (Eceh pandai nak cakap pasal keyword bagai dah sekarang... :p)


Huh... GB check dalam referral pagi ni .. terkejut ! Sangat tinggi trafik dari dia .. Pelik ... GB terus masuk menerusi link yang terdapat di referral tu ... (ini ayat kopipes dari entry dia itu, cuma tukar tang nama je...huhu~)


Ye la..kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Kalau takde orang yang uar-uarkan mana mungkin orang akan masuk blog GB ni ye dak?


*


Rupa-rupanya ada orang tu sudah bikin onar. Sudah bikin cerita pasal GB. Ai malu tau. Malu! Mana ai nak surukkan muka ai pasni?? Sob sob!



Ini yang dia tulis: Huh... Aku check dalam referral aku pagi ni .. terkejut ! Sangat tinggi trafik dari dia .. Pelik ... aku terus masuk menerusi link yang terdapat di referral tu ...

Abis, GB tak tekejut ke? Lagi tekejut tau!!!


*


Kawan-lawan, drama je tu! Pape pun, thanks to Ben Ashaari sebab dia dah membuktikan yang dia mesra blogger walau dengan blogger yang jarang-jarang sekali ngomen kat blog dia dan tak join segmen (sebab GB yang tak terer-terer...) tapi dia tetap sudi nak baca blog kite dan buat review kat sini. Review yang boleh bikin sonyum sampai ke petang. Dan review yang buat GB maluuuu...heheh~


P/S: Pipi ai merah lagi ni. Ish la Ben....

Thursday, February 10, 2011

Mesej Mamat Khalid dalam Hantu Kak Limah

Ini rumah Makngah, bukan rumah Kak Limah. Huuu~




Nak ketawakan GB? Silakan...heheh~

Yang sebetulnya memang GB baru je tengok citer antu Kak Limah tu sebab haritu kuar kat cinema tak penahnye sempat nak tengok. Nasib baik ada Astro First. Kalau tak alamatnya tunggu beli DVD harun la kot baru dapat tengok. Heheh~

Lepas dah tengok citer ni baru la GB faham kenapa Cik Boneka Dalam Chermin sanggup tengok cerita ni banyak kali kat cinema. Hahaha ampun babe..!

Pendapat GB: Memang best! Sangat Mamat Khalid! 

GB dah mula respek dengan Mamat Khalid ni. Dulu memula tengok cerita dia macam Rock, Man Laksa, dan Zombie Kampung Pisang, GB ada sikit rasa 'apekedehal stail Mamat Khalid ni cenggini??'. Tapi sekarang, wallauwwehh memang two thumbs up GB bagi! Dia pandai create branding dia sendiri. Bayangkan dia keje diam-diam je. Tengok-tengok dah promosi nak keluar kat panggung wayang. Bukan macam sesetengah filem yang pelancarannya bukan main grand tapi tup-tup movie tak jadi. Heheh~

Alamak....belum apa-apa dah panjang dah entri ni. Nampaknya point sebenarnya nantilah GB taruk dalam next entri. Kepada sesapa yang belum pernah nonton citer ni, GB nak pesan, TOLONGLAH TENGOK!

P/S: Banyak pengajaran yang GB nampak dalam felem ni. Next entry ok.. :D

Wednesday, February 9, 2011

Nostalgia Surat Cinta



Eh silap.
.

Ni surat dari Akak DrHanie lah. Lawa kan tulisan dia? Tak macam tulisan dokter kat klinik dekat dengan rumah GB tu. Ngalahkan cakor musang.

Akak Hanie bagi hadiah kupon makan kat Rasamas sebab GB berjaya (sipi-sipi) menjawab soalan teka jawinya. Heheh~

Lamaaaaa dah GB tak dapat surat bertulisan tangan yang posmen anto tau. I teruja uuu. Tengkiu akak!

P/S: Haritu dah makan beramai-ramai dengan mak ayah dan adik-adik. Jimat berbaloi-baloi...!

Tips untuk memikat hati fomfuan: Bagi la bunga sekali sekala...



Bila baca entry Bujal harini pasal betapa kedekutnya dia bab nak bagi bunga kat MamaAinul...GB rasa macam faham je perasaan MamaAinul...

.

Lelaki, tau tak kenapa munge istimewa untuk perempuan? Entah, GB tak reti nak eksplen. Tapi kalau GB sendiri yang dapat munge, memang akan ada rasa happy yang keterlaluan di dalam hati. Padahal dapat munge je. Kadang-kadang sekuntum aje pun. Tapi itu la speselnye orang fomfuan yang lelaki taktau...

Tapi bak kata MakDaraTerdiva....fomfuan dengan munge ni macam kembor siam. :D

Mungkin lelaki tak faham, tapi bagi orang pompuan munge itu lambang yang dia dihargai dan dirindui dan diminati. Munge kan cantik...kelopaknya lembut...warnanya indah...dan kalau beruntung dapat yang wangi. Sebab tu walau sekeras mana pun seseorang fomfuan, bila bagi munge hati dia akan jadi lembut. Walau luar tak tunjuk tapi kat dalam hati dia sangat suka tau..

Buat la surprise sekali sekala. Kalau kezekut sangat pun...bagi sekuntum cukup la. Pun dah cukup bermakna...

.

Ke korang malu kalau dilihat membeli dan membawa munge? Isk isk isk...

P/S: Fomfuan pun kalau dah diberi munge tu berterima kasih la. Jangan la komplen tak suke munge tu la, tak suka warna ni la...kang terus tak dapat sampai bila-bila kemfunan pulak tengok orang lain dapat munge. Eh, macam tak caya GB yang tulis ni. Biar betul?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...