Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, January 31, 2011

When a birthday celebration also means a few big hearts gather together...

Typical birthday celebration table look - cakes everywhere. :)

Secret Recipe, Amcorp Mall
.
Fatin the Puan Besfren, BabyIrizz and her grandma
.
Cik Ceria and bakal anak buah iparnya
.
Kek yang sedap-sedap
.
Kopi
.
Orang belanja
.
Makan, bergembira
.
Birthday presents
.
Should I ask for more?
.
Gals, thanks. :)

P/S: Tajuk omputih sebab ingat nak buat entri jiwang-jiwang..tapi tak jadi nak jiwang pulak. Heheh!

Aizat




Ramai betul orang gi tengok Aizat Live in Damansara malam sabtu lepas. Tua muda ada. Yang pangkat makcik-makcik pun ada. Frankly, expectation GB pasal perjalanan konsert ada sedikit tersasar. Tapi takpe lah, sekarang ni nak cerita yang best-best aje.

AIZAT.

Equals to superb!

Tu je yang mampu GB cakap.

Dia nyanyi 16 lagu malam tu. Non stop. Sebagai peminat memang GB bagi 5 bintang. Hihi~

P/S: GB harap dapat amik gambo banyak-banyak malam tu. Tapi sempat snap beberapa keping je sebab bateri lupa nak caj dan memory card error. Ini bukan alasan ye...tak caye? Tanya Cik Ceria. Hihihi~

Saturday, January 29, 2011

Pucuk dah jadi ulam

Pucuk pokok Bucida Molineti yang popular untuk landskap masakini.
 Tapi jangan dibuat ulam pulak...tak penah dibuat orang ok....


Kisahnya...

Kawan-kawan suka tak muzik Aizat Amdan? Kite suka..... Bagi kite dia seoang penyanyi yang berbakat dan composer yang genius dah lebih bagus lagi, sangat motivated untuk memajukan diri. Tengok tak betapa slimnya dia sekarang?

Lagu dia yang tengah best sekarang adalah lagu Perpisahan Ini. Sungai Lui pulak macam biasalah, dah jadi lagu all-time-favourite dah rasanya…

So bila kite tak dapat beli tiket ke konsert dia 29 January (which is today..) kat Bentley Auditorium, rasa agak kecewa. Cepat betul sold out. Ramai betul yang suka dia rupanya. Huhu~

Tapi tup-tup, semalam dapat kite call dari seorang akak yang juga seorang novelis ni. Dia ajak kite tengok konsert Aizat! Tiket free lagi!

And no no no….kite tak tolak. Bila ulam yang datang, jangan le ditolak. Itu rezeki namanya.

Atau sebenarnya minda bawah sedar kite sedang aktif? Hahaha!!!

P/S: Terima kasih blog Kuasai Minda dan iMotivasi. Bila baca GB rasa a bit lifted up. Tengok hasilnya…GB dah dapat apa yang GB nak!

Friday, January 28, 2011

Terluka tapi cover

GB terluka. GB mahu pergi (Ayat mengada-ngada)


Terluka tapi cover....terluka tapi cover....

Ok. Itu topik hot chat kat Hotfm pagi tadi. Tak pasti kawan-kawan ada dengar atau tidak. Tapi GB hampir pasti Kak AzieAzah ada dengar kot pagi tadi...

GB takkan review balik cerita-cerita yang dah ke udara pagi tadi. Cuma GB nak bagitau...kenapa tetibe ada pulak topik yang sangat terkena dengan batang hidung GB ni?

*
Yep yep...sekarang ni sebenarnya GB dalam process recovery selepas sesuatu yang complicated berlaku. Nak cerita pun tak reti...tapi kesimpulannya, GB baru je terluka sangat sangat sangat! 2-3 hari selepas kejadian tu...mata ni senang je nak berair. Hati asyik rasa sebak. Dengar lagu asyik nak nangis. Tetibe harus la semua lagu macam ada kaitan dengan GB padahal sebelum ni dah hari-hari dengar, takde rasa apa-apa pun. Dengar lagu Upin Ipin pun boleh berlinang air mata! What the fish betul kan?

Tapi kat luar GB senyum dan happy-happy dan gelak-gelak macam biasa. Emosi kene sorok, takut nanti orang nampak kita vulnarable. Masa duduk ramai-ramai, terlupa la sikit rasa sedih tu. Tapi bila dah sorang-sorang...siap la tisu 10-20 helai...sob sob!

P/S: Sekarang GB dah ok. Siyes! Tak caya? Tengok ni... :D))))

Are you a lesbian?



Kawan-kawan, pernah tak dapat email 
yang konon-kononnya ada sejumlah duit dalam akaun milik seseorang yang dah mati? 

Dan pengirim email tu pulak beriya cakap 
dia nak transfer duit tu kat kita kalau kite nak bekerjasama dengan dia...

Frankly, GB tak faham kenapa ada manusia-manusia 
separuh waras yang rajin nak create email-email spam cenggini. 

Macam biasa, email-email cenggini terus masuk dalam folder spam dan GB tak penah kisah pun.

Semalam GB dapat lagi email cenggitu. 
Masuk dalam inbox pulak. 
Dari seorang pengirim yang bernama Princess Yussuf. 
~Pompuan~

.

Good morning!


How are you today,i hope fine?
I am a female student from University of  Burkina-Faso, OuagadougouI am 22 yrs old. I will love to have a long-term relationship with you and to know more about you. 
I would like to build up a 
solid foundation with you in time coming if you can be able to help me in this bla bla bla...


He left the sum of (Twelve Million Five Hundred Thousand united state dollars ($12.5mUSD) in a Bank.
This money was annually paid into my late fathers account
from Gold Exploring companies operating in bla bla bla ...
I am ready to pay 40% of the total amount to you if you help us in this transaction and another 10% interest of Annual After Income to you, for handling this transaction for us, which you will strongly have absolute control over.  
Please if you are interested to help me, then get back to me urgent so that I 
will give you more details including my pictures.



Yours sincerely,

Princess Pelagie Yussuf.
This is my home address,From Burkina Faso in West Africa.Home Address: Rue 54

.



Hm. Ok, yang ni GB reply.

'Are you a lesbian?'




P/S: Ini namanya keje kutuk diri. Membilang hari mau dapat gaji. huhu~

Thursday, January 27, 2011

Selepas jumpa toll gate boy yang hensem, GB bagai memandu di atas awan

Neskape



Sebenarnya ini sambungan penuh kisah balik Kedah emergency tempoh hari…

Menjelang waktu pulang ke KL, GB masih belum dapat rehat yang cukup. Tidur pun sekejap-sekejap aje. Tapi alang-alang dah on EL, GB dan family pergi bersihkan rumah di Sungai Petani sebab ada orang nak sewa... Penat tu memang penat, tetapi sebab esoknya kene kerja maka GB drive pulang malam tu jugak.

Disebabkan tu, ada beberapa kali juga GB terlelap. Ye, tahu, memang bahaya tapi tak boleh kawal. Walaupun bawak slow tapi tetap bahaya. Silap sikit boleh eksiden. Ye, GB tau tu.

Akibatnya, empat kali pit stop sebab terlalu mengantuk. R&R mana pun GB dah lupa sebab main singgah je. Asalkan dapat tidur sekejap. Minum Nescafe setong pun dah tak jadi apa dah. Bila badan dan otak penat, buat la macam mana pun takkan berkesan punya.

Lepas rehat, sambung balik drive. Segar sekejap ja. Lepas setengah jam ngantuk balik. Mata ni macam disumbat-sumbat dengan pasir. GB pulak tak bagi Ayahanda drive sebab mata dia lebih rabun dari GB. Lagipun dah tua. (err…57 tu kire dah tua ke ek? Huhu~). Dengan hiway yang gelap gelita, banyak lori. Lagi bahaya.

Masa kat Rawang GB dah mengantuk tahap maksima tapi tak stop pun sebab nak cepat sampai. Sebab nak tidur kat rumah. Rindu kat tilam. Punca utama yang buat GB ngantuk sangat adalah sebab badan yang penat, suasana yang sunyi, persekitaran gelap dan sejuk sebab air cond. Itu yang buat GB ngantuk sangat…

Nak tahu macam mana rasanya drive sambil mengantuk dan mata terpejam? Bagai di atas awan. Terawang-awang. Bila mata dah terbukak kereta kita dah ke tepi la, ke lane lain la.. Dan tolonglah kawan-kawan, jangan sesekali buat macam ni.

Bila fikir balik rasa tak percaya kenapa GB boleh buat macam tu? Sebab nak kejar masa mungkin? Atau sebab terlalu risaukan perkara lain, seperti kerja? Sampai langsung terlupa yang GB bawak nyawa dalam kereta tu? Apa-apa pun syukur kepada Tuhan sebab dah selamat sampai.

GB bertekad lepas ni takkan bawak kereta dalam keadaan macam tu lagi. Never ever again!

P/S: Lepas tu GB perlu 2-3 hari untuk betulkan balik body clock. Huwarghhh!!!


Wednesday, January 26, 2011

Kenapa toll gate boy tak boleh ensem-ensem?




Kisah benar, terjadi kat GB sendiri. Masa tu GB dari Sungai Petani.
.

Sampai di suatu plaza toll kat area Penang, GB nampak budak yang jaga tollnye sangat ensem.

GB sebagai driver berasa teruja bila nampak orang yang ensem macam tu.

Saje GB siapkan duit besar. Supaya budak toll yang ensem itu boleh amik masa yang lama untuk cari duit tukar.

Dapat la tengok lama-lama sikit. Ngeee...

.
.
.
.
.
.

Sebaik sahaja sampai giliran GB, GB pun bagi tiket toll dengan duit RM50. Saje je kan? Huhuhu~

.

Budak toll tu tak marah. Dia senyum je. Wah, tengok dekat-dekat lagi ensem. Alahai ensemnye...Ngee...

.

Tengah-tengah GB senyum kontrol terkulat-kulat tu, tetibe dia cakap, 'Ni kad BonusLink cik...'

.

Sambil senyum. Sambil tunjuk kad BonusLink kat GB. 

.

Owh. Lenyap ditelan angin dah senyum GB. Malu. 
.

Dalam hati...
"Dem! 
Cemana boleh bagi salah kad ni? 
Dah la lama gak nak tunggu duit tukar. 
Ciskek! Hampagas! Demit!"

.

Dan budak tu sengaja tukar duit tu lambat-lambat. Argh!!!!!

P/S: Nak saman malu, boleh tak? Hihihi~

Tuesday, January 25, 2011

Birthday wish list. ;)

Ni la baju GB 29 tahun dulu. Masih elok sampai sekarang. 



Wish list GB tak banyak. Sikit je. Sebab tu tak malu nak taruk dalam entri ni. Hihihi~

  1. Wallet baru – yang ada sekarang dah lunyai
  2. Tinted kereta - malu ah orang dok usha-usha (padahal tak tahan silau...;p)
  3. Cincin berlian -  jeng jeng jeng...
  4. Sunglasses baru - yang lama dah patah, ter'duduk'. Chets! 
  5. External hard disk - flash drive 8gb dah terasa sangat kecik sekarang
  6. Tiket teater Terima Kasih Cinta - mau jiwang-jiwang ;)
  7. Kamera Olympus pen – compact kamera yang boleh tukar-tukar lens ni (dah rembat Lumix GF3!)
  8. Sponsor ubat kurus - supaya dapat wish no 9
  9. Calon suami  dari Tuhan - Ngeee.....
Amacam kawan-kawan? Bagi seorang yang dah memacu 3 series pada 25/01/11 tepat pukul 10.06pm, 9 perkara dalam wish list ni boleh dikatakan sangat sedikit kan?

P/S: Best jugak rasa bila dah masuk 30 ni. Huhuhu~

P/S2: Streamyx lembab dah merosakkan hari yang indah macam ni. Grrr...Kawan-kawan, sorry tak dapat blogwalk harini. Loading je 10 minit. Last-last terus hang..Sorry sangat-sangat ok. :)

Hari lahir yang sungguh indah!

Rumah Makngah di tengah bendang, Yan, Kedah

Pagi ni kan, GB bangun awal. Tengok matahari sungguh indah. Langit biru. 

Walaupun traffic harini sesak, tapi GB ok je. Layan radio sambil nyanyi-nyanyi macam takde apa yang berlaku. Padahal semalam ada sesuatu yang sangat-sangat menyedihkan dah terjadi, tapi takpe. Redha je lah.

Harini mau senyum-senyum aje. Let those sadness away for at least today. 

Sebab apa tau? Sebab harini hari lahir GB! Semoga semua yang ada dalam wishlist GB akan dimakbulkan Allah. Amin...

Terima kasih kat mak ayah sebab produced GB. Kihkihkih! GB tau mak ayah nak menantu...sampai time nanti ada laa...sabaq sikit saja naa...hihihi~

Kepada kawan-kawan yang dah wish awal-awal kat entri sebelum ni, kat fesbuk, kat PM and text, terima kasih banyak-banyak. GB bertuah ada kawan-kawan macam kamu semua. Muah!

P/S: Dah dapat 2 hadiah. GB regard hadiah birthday saja lah. ;)

P/S2: Happy birthday to Alicia Keys too. She was born exactly on the same day and on the same year like GB. Kembar lain mak lain bapak Ngeee... :D

Monday, January 24, 2011

GB dapat lapan ribu dengan berblog. Serius!

Heliotropium indicum




*
*
*
*
*
*
*

Rupiah

*
*
*
*
*
*
*

P/S: Ini serius. Tak tipu. Salam Isnin! :D

Selingan: Nak sahut seruan Kakcik lah!



Saja suka-suka nak join 'Pertandingan Mari Mengarang' anjuran Kakcik Seroja...Dengan menggunakan ini:


Maka terhasillah ini:


Tepung talam mungkin akan menjadi makanan kegilaan ramai di dunia setelah disahkan menjadi makanan yang boleh menghalang gangguan seksual terhadap pemakannya. Malah orang yang memakannya boleh menambah kuasa halangan terhadap gangguan tersebut dengan meletakkan permata di tepi piring kuih tersebut sebelum dimakan. Walaupun mereka mungkin tidak faham langsung makna kembiri, tapi kalau diberi sepotong halwa maskat mereka mungkin akan jadi genius sehingga makna-makna perkataan lain semuanya mereka tahu dengan sekelip mata sahaja. Malah apabila mereka melihat kakcik seroja dalam pakaian untuk mendaki, mereka sudah faham bahawa itulah tabiat beliau sejak berjaya menghasilkan sajak ulang tahun kelahiran yang ke dua puluh lagi. Yang peliknya, zombi kampung pisang sendiri pun akan berpakaian sebegitu jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi. Begitulah ceritanya untuk memikat hati wanita dalam gambar di bawah… 



P/S: Kakcik, gurau-gurau membawa bahagia...Hihiks!

Yang ikhlas,

Saturday, January 22, 2011

Haruan yang tak sempat makan anak (Gotcha! My first catch!)




Tahniah kepada Princess Laila dan Sumandak Kinabalu kerana berjaya meneka dengan tepat. Hadiahnya adalah GB taruk link korang kat sini. Boleh la kan? Plis.... :D

***
Balik kepada kisah sebenar, tengah-tengah asyik mengambik gambo, GB sebenarnya tak sedar yang GB tengah pegang joran tu untuk memancing, bukan untuk diambik gambo. Tibe-tibe je joran rasa berat dan macam ditarik-tarik. Eh, alamak. Ikan ke? Terus GB tarik balik, haaa...nampak la ikan haruan yang lagi besar dari yang Bunda dapat. Terjerit ayu sikit sebab tak berani nak pegang, lagipun mana nak amik gambo ikan lagi, dengan nak pegang joran lagi, nak tahan ikan yang meronta-ronta lagi. Last-last maksu GB yang datang tolong amik ikan tu.

Tu je la satu-satunye shot untuk ikan pertama GB. Besar jugak. Percubaan pertama memancing. Pakai umpan cengkerik. Boleh la kan..? J

P/S: Sekilas ikan di air, jangan tanya GB yang mana jantan yang mana betina. Sama je rupa memasing.

Friday, January 21, 2011

Akibat dari memancing sambil menangkap gambar...

Ini joran khas untuk memancing ikan puyu


GB bukan seorang peminat aktiviti memancing. Tapi....

***

Masa GB kat Kedah haritu, buah padi tengah masak. Air bendang tengah kering. Jadi kazen GB yang duduk kat Yan sana ajak GB mengail ikan sebelum balik ke KL. Katanya time-time gini ikan banyak...

Mengail tu maksudnye memancing ye kawan-kawan....

GB ikut diorang ke bendang. Tapi GB cuma berniat nak amik-amik gambo je. Yang eksaited lebih nak memancing adalah Bunda dan Dinda Firdaus. GB sempat snap banyak gambar juga juga sebelum Bunda dapat ikan haruan pertama. Besarnya boleh tahan.

Tetiba lepas tu GB terasa nak cuba mengail jugak. Lama tunggu, tapi ikan takmau makan umpan. Ikan jahat. Banyak bukan main kat dalam tu tapi taknak makan umpan GB. Hari dah la makin panas. Dengan baju kurung bagai. Wuwuwu~

Disebabkan bosan, GB start amik gambar balik. Sambil berangan kononnya takkan balik kalau tak lekat barang sekor ikan pun. Masa tu la GB perasan yang joran tu brand Puyu Pole, khas untuk menangkap ikan puyu. Nama brand kelakar tapi boleh la...sebab guna untuk memancing tepi bendang je pun.

Tengah snap gambar joran tu...tiba-tiba....

***

Korang agak apa jadi?

P/S: Teka lah. Kalau mood GB ok GB bagi hadiah kepada peneka yang tepat. Huhuhu~

Malam gelap. Laju di hiway. Kelibat putih. Apa jadi?

We will never know what waits for us in the future


Ok. Tajuk entri tu adalah ringkasan keseluruhan tentang apa yang GB nak ceritakan ni.

***

Masa nak balik ke Kedah tempoh hari, GB tak bawak laju. Sebab hari sebelumnya GB tak dapat rehat yang cukup. Lagipun tak rushing sebab masih banyak masa sebelum jenazah pakcik dikebumikan. Kereta kat hiway pun tak banyak sebab hari kerja. Tapi lori....sangat banyak! Macam dalam cerita Trasformers tu. Sila percaya ya...

Dipendekkan cerita, GB mula pecut selepas R&R Rawang. Dah minum Nescafe jadi rasa segar sikit.

Sebab rimas dengan lori yang banyak kat lane kiri dan tengah, maka GB decide nak menten lane kanan je. Tekan minyak, baru nak masuk 130 km/h. Tapi sebaik je nak start melaju tu GB nampak ada lori kat depan bagi hazard light. Tak tau apa punca, sebab kadang-kadang ada certain lori yang memang hobinya bagi hazard light. Bikin hangin saja!

Disebabkan tu GB tukar lane tengah sebab tak nampak apa jadi di depan. Langkah berjaga-jaga. Untuk makluman, jarak penglihatan GB pada waktu malam adalah sangat-sangat teruk.

Tiba-tiba nampak kelibat melintas di hadapan. Serius tak tipu! Serentak tu jugak nampak satu benda putih betul-betul di depan GB. Semua orang dalam kereta dah suruh GB slow down. Berderau jugak darah masa tu sebab bila dah dekat rupa-rupanya benda putih tu adalah lori ais yang terbalik merentang lane tengah. Cepat-cepat GB mengucap sambil tekan brek dan bagi hazard light sebab takut kereta belakang langgar kitorang! Gelap sangat tau!

Rupanya kelibat yang berlari tu adalah driver lori yang terbalik tu. Disebabkan takut dilanggar kereta lain GB terus saja mencelah kat lane kanan, melepasi lori tu. Nak berenti pun tak berani. Jadi GB teruskan je sambil berharap lori tu akan dapat bantuan, dan harap juga takde kereta yang laju menggila sampai terlanggar lori tu.

Dalam hati, GB memang rasa terkejut dan sedikit menggigil tapi pura-pura tenang sebab GB yang drive. Syukurlah sebab lori tu warna putih. Kalau hitam...atau kalau bahagian tayarnya yang mengadap GB malam tu, kemungkinan GB tak dapat update blog ni hari ini.

P/S: Beberapa malam sebelumnya GB mimpi terlanggar kereta orang. Semua ni buat GB lebih berhati-hati. Harap-harap Tuhan lindungi kita semua.

P/S 2: Sebenarnya lori yang terbalik tu lori yogurt. Ada ceritanya kat blog ondscene kat sini.

Wednesday, January 19, 2011

Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Indah bukan? Matahari pagi. Namun seindah mana pun ia, tetap akan tenggelam juga mengikut ketetapan. 


GB pulang ke Kedah malam Isnin lepas sebab dapat berita mengejut tentang kematian pakcik GB akibat kemalangan. Selepas selesaikan beberapa perkara, GB memandu pulang ke kampung bersama Bunda, Ayahanda dan Dinda Firdaus pada malam itu juga.

Sayu sedikit rasa hati kerana arwah pakcik memang seorang yang sangat-sangat baik. Tidak pernah sekali pun GB lihat dia marah. Dan senyum juga tidak pernah lekang dari bibirnya. Perginya membawa kesedihan ramai orang disebabkan kebaikannya. Tetapi adat kehidupan, pasti akan berakhir dengan kematian.

Semoga kehidupan kita mampu menyinarkan hidup orang lain. Sementara masih ada waktu.

Seperti juga matahari. Setiap pagi pasti akan terbit, tapi bila sampai waktunya ia akan pulang ke peraduan.

P/S: Ada entry yang lebih mendebarkan dalam entry seterusnya.

Monday, January 17, 2011

Kalau taknak anjing kejar...buat dek je sudey....

Ada rupa Scooby Doo tak? Ihihi~

Kisahnya...GB terbaca kat blog Cik Gadis Kampung Separa Bandar pasal kisah dia dikejar anjing...kesian, sampai menangis-nangis...

Nak tau tak...GB tak penah kene kejar dek anjing ni tau... Walaupun dulu masa kat UIA banyak menatang tu dok bersiar-siar sebab situ ada construction site, dekat depan kolej GB. Kalau balik dari studio pukul 3-4 pagi tu selalu jumpa jugak, tapi memang depa tak sudi nak kejar pun. Huu~

Rasanya sebab bila GB jumpa dianjing tu GB memang takde perasaan. Buat dek je. Senseless. Jadi depa pun buat dek jugak kat GB. 

Tapi ada sorang member GB ni kalau terjumpa anjing terus kaku takleh bergerak. Haa..masa tu memang depan mata GB ni haa....anjing tu datang ke arah member GB tu sambil buat bunyi menggeram (errr..betul ke perkataan ni?). Jadi GB buat kesimpulan yang anjing ni boleh sense ketakutan dalam diri manusia. Atau masa tu vibration member GB kuat sangat kot sampai anjing boleh naik syok. Heheh...

Anjing juga adalah menatang yang disebut Allah di dalam al-Quran...

"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." (QS. 7:176)



P/S: Sekianlah cerita GB untuk hari ini.. Daaa...

Sunday, January 16, 2011

Back to reality: Meh nak cerita pasal Tasik Chini lagi





Tasik Chini ni letaknya lebih kurang 7-8 kilometer dari penempatan Felda Chini. Tasik Chini ni adalah tasik semulajadi yang kedua terbesar di Malaysia tahu... Terbentuk dari 12 tasik yang kaya dengan macam-macam spesis ikan air tawar, tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Masa GB sampai sana, ikan dalam tasik tu boleh dilihat kat jeti yang nampaknya macam baru siap. Memang banyak!!! Teratai pun banyak juge tapi kurang berbunga. Kalau nak tengok tasik yang penuh dengan teratai berkembangan boleh la pegi balik antara bulan Ogos dan September nanti. Nak amik gambo wedding pun cun jugak time teratai kembang-kembang cenggitu. :D

Antara aktiviti yang boleh dibuat di situ adalah:

  • Pusing-pusing tasik naik bot  
  • Boleh naik kude
  • Canoe
  • Junggle trekking
  • Night trekking
  • Memancing
  • Camping
  • Dan segala macam aktiviti lain lagi boleh dibuat di sini

Chalet pun ade kalau kawan-kawan malas nak pasang khemah sendiri

Bab makan jangan risau. Menu yang ada boleh tahan sedap. Kalau nak try ikan toman goreng sesuai sangat la pegi ke situ sebab ikan tomannya memang berasal dari  Tasik Chini pun. Terbaik dari ladang! Tapi hari GB kat sana ikan toman takde pulak sebab orang belum pegi tangkap lagi. Kihkihkih!

Kalau rasa nak pegi, boleh call dulu kot tanya pasal ikan toman ade atau tak...atau bunga teratai dah kembang atau belum.

Ni nombor telefonnye ye...

Lake Chini Resort: 09-468 8088 atau gi je website dia www.lakechiniresort.com

P/S: Ini iklan tak berbayar tau.. Daaa... :D

Saturday, January 15, 2011

Tentang Cinta

I used to have my own lip prints as the sign of ownership. Long-time-ago story. :D





Thing about love, is I never saw it coming
You kinda crept up into me by surprise
And now there's a voice inside my heart that's got me wondering
Is this true? I wanna hear it one more time


Move in a little closer
Take it to a whisper
Get just a litter louder
Say it again for me
Cause I love the way it feels when you are telling me that i'm the only one who blows your mind
Say it again for me
It's like the whole world starts to listen when you tell me you're in love
Say it again

The thing about you is you know just how to get me
You talk about us like there's no end in sight
The thing about me is that I really wanna let you open the door and walk into my life

Move in a little closer
Take it to a whisper
Get just a litter louder
Say it again for me
Cause I love the way it feels when you are telling me that i'm the only one who blows your mind
Say it again for me
It's like the whole world starts to listen when you tell me you're in love

And it feels like it's the first time
That anybody's ever brought the sun without the rain
And never in my whole life
Have I heard words as beautiful as when you say my name


Say it again for me
Cause I love the way it feels when you are telling me that i'm the only one who blows your mind
Say it again for me
It's like the whole world starts to listen when you tell me you're in love

Say it again
Say it again
Say it again

Say it again
Say it again
Say it again

Say it again
Say it again
Say it again

When you tell me you're in love

Say it again 

P/S: This is one of my favourite clips. And the lyric is so sweet. Hope you enjoy it. Good night!

Friday, January 14, 2011

Tasik Chini dah takde naga lagi...

Tapi sebelum tu dia dah mengganas dulu...hihihi~
(Floating Old Jetty, Tasik Chini, Pahang, Malaysia)



GB terlibat dalam projek lanskap untuk sebuah kolej kat Felda Jaya Chini. Pertama kali GB ke sana walaupun projek ni dah lama bermula. Untuk ke sana GB tak masuk kat susur keluar ke Chini dari lebuhraya sebaliknya masuk kat susur Chenor dan guna jalan lama untuk sampai ke tapak projek. Letaknya tak jauh dari Tasik Chini, jadi sebelum balik ke KL siang tadi GB amik kesempatan untuk singgah kat tasik jap. Dah alang-alang kan...

Berikut adalah sedikit ringkasan tentang Chini dan perkampungan sekitarnya:

  • Boleh dikatakan pekan dara sebab.... bayangkan, tengah drive kat tengah hutan tiba-tiba jumpa satu penempatan. Pekannya kecil, indah dan penduduknya mesra.
  • Walaupun pekannya kecil tetapi pembangunan agak pesat, tambahan pula bila kolej tu siap dapat CF nanti makin banyak la benda akan dibina di sekitarnya.
  • Dalam perkampungan Felda Chini ada terdapat segala jenis kemudahan asas macam stesen minyak, pasar, stesen bas kecil, homestay dan klinik. Mungkin sebab bandar terdekat adalah Kuantan yang jaraknya 100km  Pekan yang jaraknya lebih kurang 76km dari situ (credit to Anon). Jadi kalau takde kemudahan asas macam tak patut la pulak kan...
  • Tapi bank dan ATM takde tau....sediakan duit siap-siap kalau nak pegi ke sana.
  • Kat sana makan mahal! Jangan pelik sebab harganya memang mahal walaupun jauh dari KL.
  • Tapi makanan dan air yang GB pesan semua sedap-sedap. No komplen. Berbaloi la bayar mahal-mahal. Huuu~
  • Komuniti orang asli suku Jakun terdapat di sekitarnya.
Sekian ringkasan dari GB. Next entry insyaAllah GB akan cerita sikit pasal Tasik Chini yang aman damai tu kalau kawan-kawan minat nak tau. Daaa...

P/S: Terima kasih kawan-kawan sebab sudi jenguk umah GB sepanjang 2 hari yang hangat ni. :D

Thursday, January 13, 2011

Saya mahu anda tahu siapa sebenarnya GB

Untuk makan tengah hari. Nasi putih, paru goreng, sayur bendi, tempe goreng pedas.
Saya takmau mintak maaf kerana buat kamu terliur sekarang.
Hahaha!!!


Sebenarnya nak jawab tag dari kak AtiMasrif dan uncle DaddyZiyyad je. Kak Ati, maaf lambat... DaddyZiyyad, sila beli pisau cukur sekarang.Eheheh~


Soalans:
  1. Apakah hobi anda?
  2. Senaraikan tempat-tempat yang anda ingin pergi
  3. Sikap positif yang anda miliki
  4. Sikap negatif anda
Jawapans:
  1. GB suka amik gambar. Suka jalan-jalan. Suka tengok orang. Suka cuba makanan baru.
  2. GB teringin nak pegi Alhambra, Switzerland, Jepun, dan Korea. Sume tempat sejuk-sejuk tuu...
  3. GB seorang konfiden. Tak suka nak fikir jahat pasal orang. Selain tu mudah senyum. Dan juga sentiasa cuba menyukakan hati orang lain walau diri sendiri tak senang. Caring, mungkin. Susah nak marah. Hihihi~
  4. GB terlalu independent. Susah nak percaya orang. Susah nak minta tolong orang. Dan tak pandai simpan duit. Nasib baik ada ASB dan KWSP. Lagi satu, terlalu tegas. Mak aii buruknye perangai GB....Huhuhu~

Amacam? Sekarang sila tengok kat bawah ni. Kalau nama anda naik, sila buat benda yang sebijik macam yang GB buat ni.
  1. MsFatin Puan Bestfriend Ibu Irizz
  2. Cik Mastura Yang Manis Tapi Garang
  3. Didzy Gadis Brunei Yang Baru Kawen
  4. Ardzmarn Yang Mai KL Tak Roger GB
  5. CikGulaGula Yang Sweet Macam Gula Kapas
  6. CikNoreed Yang Rajin Intai Fesbuk
P/S: GB outstation mungkin dalam 2 hari ke Chini. Korang jangan nakal-nakal tau....

Wednesday, January 12, 2011

Perihal status fesbuk gadis berumur 19 tahun




Kawan adik GB. Dia tak sambung belajar lepas habis SPM. Terus keje.

GB takkan taruk apa status fesbuknya. Di saat member sebaya lain tengah sibuk menuntut ilmu dan berseronok di alam universiti, dia berperang dengan kesedihan sebab chenta. Kesimpulan dari status fesbuk dia adalah dia sangat patah hati, kecewa, frust sampai dah tutup hatinya untuk lelaki. Jiwanya kosong. Semangatnya dah hilang. Tapi dia cakap dia gembira bersendiri. Entahlah...

Tapi kalau GB mahu komen status dia, ni ada beberapa benda yang GB nak pesan.

  • Dik, baik kamu sambung belajar. Kamu tu mude lagi dik...
  • Dik, kalau kamu bahagia atau bersedih sekarang kamu kene terima banyak lagi benda kamu akan face pada masa depan. 
  • Dik, rugi kamu dok habiskan masa dengan bersedih-sedih cenggini. Takkan membantu pun.
  • Dik, buka mata. Belajar dari alam, bukan dari cerita fairytale. Kebahagiaan hakiki bukan terletak di tangan seorang lelaki.
Tapi GB tak komen pun. Setakat nasihat apa yang patut. Anak orang kan...nak tegur lebih-lebih tak manis pulak...

P/S: Kalau ada anak-anak gadis yang baru berumur setahun jagung yang baca entri GB ni, tolong lah fikir-fikirkan. Cabaran hidup makin lama makin competitive. Ilmu sangat penting untuk memagar diri dan insyaAllah boleh menjamin masa depan. Manfaatkan usia yang ada. (Dah macam pakar motivasi pulak dah..hihihi~)

Tuesday, January 11, 2011

GB pun nak cakap pasal AJL jugak....






Sedikit pendapat peribadi tentang Anugerah Juara Lagu yang baru lepas ni:

  • Kenapa M. Nasir sangat hensem?
  • GB sangat suka suara Francesca Peters dan frankly, satu-satunya penyanyi yang boleh nyanyi balik lagu dia adalah Dato' Siti je. (But please note that I am not her fan). Mereka berdua punya tone suara yang sama. Sedap didengar.
  • Tahniah kepada penerbitnya G-Bum sebab dia dah buat AJL ke 25 ni antara yang terbaik. Tengok tak betapa hebat set pentas, lighting, laser dan segala?
  • Shahir kene berusaha keras untuk menaikkan balik namanya disebabkan kontroversi kes hilang-hilang yang dia buat sendiri. Orang dah mula pandang dia semacam. Rasanya la. Sebab tu tengok dia nyanyi malam tu macam takde climax la. Bab kene tampar tu je yang sedikit membantu.
  • Banyak adegan tembak menembak la. Gimik API dan Hafiz sangat kelas! Artis sekarang ni makin kreatif.
  • Punca Black tak menang vokal terbaik malam tu adalah sebab lagu Sofea Jane dan Drama King sebenarnya tak mencabar vokal dia langsung.
  • Hafiz menang dari segi vokal sebab dia menyanyi dengan penuh bertenaga. GB boleh nampak masa semi final lagi. Rasa puas lepas dia nyanyi. Dan dia kiut jugak ape.....
  • Lagu Faizal Tahir especially Hanyut sebenarnya sangat hebat tapi malang sikit sebab ketua juri malam tu adalah M Nasir.
  • Kalau Faizal Tahir tak buat adegan magik dalam air malam tu, rasanya API atau Hafiz mungkin akan menang persembahan terbaik.
  • GB tak suka bebudak Bunkface. Tapi muzik diorang GB suka. Diorang ni spesis kreatif dengan cara diorang sendiri. Diorang ni tahap international. Sebab each time GB dengar lagu baru diorang mesti GB ingat tu lagu mat salleh. Keles!
  • Lupa pulak pasal Yuna. Dia ni multi talented. An excellent trendsetter as well. Tengok gaya tudung dia? Sangat elegan dan cantik. Artis bertudung patut contohi Yuna, baru orang boleh nampak. Kalau tak akan selamanya tenggelam. 
  • Pasal Yuna lagi. Music arrangement untuk lagu Cinta Sempurna malam tu hebat. Tapi ayah GB tetap ingat dia tengah berpuisi instead of tengah menyanyi. Alahai....
  • GB hampir pasti Adira boleh menang vokal terbaik. Hebat la dia nyanyi.
  • Stacy kurang menari la malam tu. We want more!
  • Sebenarnya persembahan Ana Rafali agak pincang dan serabut. Jalan cerita untuk persembahan dia tak berapa jelas. Nasib baik ada Zahiril Adzim. And satu lagi, dia kene amik kelas vokal. Nyanyi kat youtube jauh bezanya dari nyanyi kat pentas besar. (ye ye je GB ngomen ni..huhuhu~)
  • Persembahan yang paling GB suka adalah dari Ziana Zain. Jangan tanya kenapa.
  • Overall, GB dah agak keputusan malam tu mesti pelik-pelik sebab ketua jurinya M Nasir. 

Sekian review dari GB yang menonton di rumah sahaja. Amacam, ada mana-mana newspaper nak amik GB jadi columnis tak? Mueheheh~

P/S: Lupa nak komen pasal pengacara. Diorang lambat sangat nak climax. Banyak punch line tak menjadi. Tapi nasib baik punch line masa pertengahan ke  hujung-hujung AJL tu menjadi sangat-sangat sampai boleh cover the whole story. Kudos to Ally, Cheryl, dan FBI. Next year kitorang mau kamu bertiga lagi. Please.....

Monday, January 10, 2011

Sukaria bersama blogger 2 - Ice Room, Kota Damansara

These are the food that I ordered - Spicy prawn egg noodle and Avocado ice cream



Kepada sesapa yang tak tau Ice Room tu kat mana, cuba korang pergi menghala ke Giant Kota Damansara. Ice Room terletak betul-betul opposite dengan jalan masuk ke Giant tu. Eh kejap, ada berapa jalan masuk ke Giant ek? Setau GB satu tu je la, yang ramp naik terus ke parking lot tuh.

Kat situ parking no hal. Mungkin sebab GB pegi time tengah hari. Time lain tak tau cemana. Makanan ada banyak variety. Dari makanan melayu, cina, barat - sume ada. Kek, desert, dan yang spesel dah tentu la aiskrim kat situ. Harga pulak, lebih kurang macam harga kat Secret Recipe. Mungkin murah sikit dari tu. Rasa? Pegilah cuba sendiri. :D

Ambience? Agak menarik. Tapi personally GB rasa lebih best lepak kat luar. Orang Malaysialah katakan... Ingat orang Italy je ke boleh lepak kat luar ala kat street cafe? So kene la pegi time agak petang nak ke malam. Sejuk. :D

Yang lebih seronok tu sebenarnya sebab haritu fes taim GB jumpa dengan Kakcik Seroja, Kak Azie Azah dan dapat juga kenal dengan @cu Sayang. Selama ni kenal dalam blog je. Bila dah jumpa betul-betul kat luar dapat le kite diskas sikit-sikit pasal dunia blog ni. Tak rugi kan? Ngeeee....

P/S: Lupa nak dibagitau, situ ada Wifi Free jugak ya. And....kak azie, tart nenas tersohor tu dah bikin saya ketagih la. Sedap giler!

Sukaria bersama blogger 1 - Taman Metropolitan Kepong

Bila bloggers berkumpul, sandwich pun boleh jadi centre of attraction. Heheh~


Alkisahnya lagi, Sabtu lepas GB dan member-member blogger yang jugak merupakan member sejak dari zaman matric lagi berkumpul sedari pukul 9 pagi kat Taman Metropolitan Kepong untuk bersukaria. Kusangkakan yang anak-anak dara macam GB, MasZuber, cikTina dan BonekaDalamChermin saja mahu berjimba, rupa-rupanya Balkish the mak dara pun ada gak. Hihi. Meriah betul!

So nak expect apa lagi kalau dah berpiknik macam tu. Makan. Gosip. Photoshoot. Jogging. Briskwalking. Babysit. People watching. Heheh. Macam dunia kitorang yang punya. Hampar tikar bawah pokok di tepi tasik. Class kan? Winks!

P/S: Next time GB kene bawak nescafe dua termos. Laku rupanya. Heheh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...