Sebut je Singapura, yang terbayang di fikiran GB adalah sistem mereka yang moden dan teratur. Komuniti yang bergerak pantas. Negara bersih. Cuaca...sama macam Malaysia. Masyarakat yang kebaratan. Dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Tiada azan kedengaran. Masjid pun kurang. Itu tanggapan GB sebelum ke sana lebih kurang 10 tahun lepas. Itu pun selepas mendengar komen-komen orang yang dah ke sana. Lepas GB balik pun tanggapan itu kekal sama. Cuma tambahan sikit: Negara itu bagaikan kanvas, penuh dengan seni. Masyarakat di situ seakan-akan bebas berkarya. Rekabentuk bangunan takde yang cincai. Atau setidaknya facade bangunan mesti kena cantik.
Itu dulu. Sewaktu berjalan-jalan dengan kawan-kawan dan setakat tengok-tengok dan nilai ikut logik akal sendiri aje. Lagipun bila jalan ramai-ramai banyak benda yang kite terlepas pandang - biasalah..banyak ragam kan? Mungkin sebab tu GB tak berapa suka jalan beramai-ramai kot...sebab GB memang suka memerhati.
*
Tapi sekarang, tanggapan GB tentang Singapura ada sedikit lain dah...GB singgah di 3 masjid selama masa di sana. Masjid betul tau, bukan masjid tumpang-tumpang. Azan juga berkumandang bila masuk waktunya. Komuniti Islam di sana ada kesedaran tinggi akan pentingnya pengukuhan iman, akidah dan akhlak sampai GB sendiri terkena tempiasnya (malu... :D).GB jumpa dengan ramai orang yang berbahasa Melayu. Dan peniaga yang kira harga makanan dan sebut nilainya sebagai 'ringgit' instead of 'dollar'. Dan banyak lagi benda baru yang GB dapat tahu pasal Singapura, yang tak mungkin GB akan tahu kalau sekadar jalan gitu-gitu aje tanpa ada 'orang sana'.
Terhutang budi sungguh GB dengan 'orang sana' sekeluarga sebab bawak GB dan member jalan-jalan dan experienced the other side of Singapore. Syukur kepada Allah. Terima kasih orang sana! :D
*untuk menghormati permintaan orang sana, GB tak taruk gambar mereka sefamily. Sorry ek kawan-kawan! :D
P/S: Sesungguhnya Singapura adalah lebih dari sekadar Universal Studio dan Sentosa Island dan Orchard Road dan Clarke Quay. Cerita selanjutnya, next entri okeh!

71 penambah perisa secukup rasa:
bagus2
cerita bhgn lain la
balik2 cerita tmpt yg ramai org pegi
muak gak
untung la...
i wish i wuz there:(
but terpaksa tggu til april..
hubby tak leh chuti:(
Sayang, auntie belum pernah pijak kaki di negara Temasik tu.
owh macam tu gambaran ttg singapura..beruntung dpt kenal dgn 'orang sana'.. :)
kalau kita pergi sebagai pelancong hanya itulah yang disajikan tetapi kalau kita pergi sebagai sebuah keluarga tentunya kita dapat melihat sisi2 lain dalam masyarakat setempat.
Orang sana itu bakal mertuakah? Hehehe...
Mak gurau2 je, jangan marah arrrr...
lama dah tak pergi sanalah..
@alien
something different to experience kan? :D
@EE
terima kaseh. :)
@CGG
takpe, singapore dekat aje. :D
@Kunang-Kunang
jom auntie!
@Tihara
beruntung jugak sebab orang sana sudi nak kenal kita. :D
@JunAina
sebenarnya itu yg saya cari kalau pergi tempat orang. :D
@kakcik
haha!! bertuah la badan kalau betul2 bakal mak mentua. tapi anak sulungnye umur baru 18 mak.. kihkihkih!!!
@Huda
takpe. tak lari temasek dikejar. :D
bestnya GB, terus membayangkan apa yang tertulis di entri tu... kenapa komen ee mcm pasrah je hehe, gurau je ee...
masa akak dok jb dulu pernah la ke singapura atas urusan kerja dan ada kawan2 dari sana yang datang ke jb..apa yang akak tengok mak ayah depa memang alim2..pakai jubah dan bertudung labuh.tapi anak2 nya memang agak ranggi cara berpakaian nya..
tak semua yang macam tu tapi ramai..:)
syok nyerrr :D
bila masa lah aku nk sampai..
duk Skudai dulu paling2 jauh pun kat Stulang tu jer...
atok saudara k.ayu ada 2 orang dari kak kecil sampai besar kak tak pernah nampak depa buka tudung kalau ke malaysia..
disana islam mmg masih nyata..asli
i love s'pore .bley x?
Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, boleh lah ajak bercinta kan? Ahaks!
perghh.. pergi singapore pulak yer.. bestnya... ^^,
Masih blom ada kesempatan nak ke sana. Lg...
teringin ke sana ..ajak lah saya
Tak pergi,maka tak kenal...
Bila dah kenal, maka boleh lah jatuh cinta...ekekekekekek
siyess teringin sangat nak g S'pore...mungkin prepare poket tuk hanimun...hek2...
fenomena akhir tahun
best melancong~
Oh.... media perdana kita memang dah lama mintak kita percaya apa yg kita biasa dengar dan baca dalam media kita...
kah kah kah...
lama sudah tak ke sana... dulu takde lagi univ studio..
iyo lah...masa den poei dulu...tak de lah bersih sgt pun....putung rokok bersepah....
pasal kesedaran org islam sana mmg betul...sebab kan jadi minoriti depa berusaha lebih gigih...sehingga suara depa now wajip di dengar oleh pemerintah....
bolelah rekomen jadi tourist guide kat members. serious!
heheheh..
gb...update lagi tau:)
leh jadi guide tuk kami nanti:)
sama je la kita. kali terakhir saya p singapore 10 tahun lepas. masa tu cousin kahwin
syukurlah Islam masih dijunjung tinggi di sana walau pemimpinnya bukan Islam...Alhamdulillah..
@Hanis MY
ahaha. boleh bayangkan eh?
EE tu nape hanis?
@diana
kat malaysia pun ada yg macam tu kan?
@DaHLia
langit tak biru beb. kalau biru rasanya mesti cantik nak amik2 gambo
@Citarasa Rinduan
akak mmg suka perkataan 'asli' kan? ihihihi~
@telor power
saya beli 3 tshirt i luv singapore. heheh!
@azieazah
ahaha. betul betul. adal sesapa nak kenal dgn gb? :p
@Faaein Talip Roy
jenjelan carik makan dikk...;D
@jedi
takpe. spore ada je kt hujung johor tu. :D
@IMANSHAH
bila nak pegi? :D
@Daddy Ziyyad
kesimpulannya, tak jatuh cinta sebab tak kenal kan? eheheh
@Cikgu Ma
aha..gud...gud...
@Azuan
tgk tempat org... :D
@gedek!
saya faham apa yang uncle nak saya faham itu. kehkehkeh!!!
@Husna
saya tak gi USS pun. :D
@jeBateja
pasal tu? ada nanti saya cerita~
@Anonymous
siyes ke kak? nanti saya bagitau member yg nak ke sana. :D
@CGG
boleh cerita gitu2 aje le. sebab kite pun blur2 jugak kat sana. hihihi~
@Lya Colours
kebetulan, saya ada terserempak dgn majelis kawin org melayu kat sana. :D
@Ladysirna
sebab komuniti islam kat sana yg memperjuangkan islam tu. kecik je jumlah diorg...
MUIS di sana menjalankan aktivi benar-benar dgn sepenuhnya. Ramai umat Islam yg lebih sentiasa menyalurkan dana ke masjid mereka. Lihatlah keadaa masjid mereka yg bukan saja bersih dan cantik tapi digunakan sepenuhnya....
cayalah GB ...berjalan sambil memerhati
Salam dear..
Akak pernah pergi s'pore masa akak darjah 6 dulu-duluuuuuuuu....ikut rombongan sekolah!time tuu kiranya masih bdk2 hingusan....huhuhu....
@Kakzakie
mmg. masjid diorg macam satu pusat islam. ada skolah. tempat meeting. library. cool. :)
@sahromnasrudin
hobi sahrom...heheh~
@Pn Kartini
kire penah la pegi tuuuu...heheheh~
Rasa dah singgah semalam tapi tak tinggal jejak lagi eeh!
Syukur GB dapat saksikan di other side of Singapore. Masa saya tinggal di jB dulu saya kerap ke Singapura dgn kereta sendiri samada urusan kerja atau melawat sanak saudara. Saya dah lihat perkara yg GB cakap ni.
@gadisBunga
Jawapan E:frust menonggeng tgk org tuuuu berjimba2...
@gadisBunga
1 4 me,rite?
@Nieda
eh, hi awak! ihi~
@Yunus Badawi
kire, betul la apa yg saya tulis ni kan?
@EE
jom la jimba2 dgn kite EE. :D
@EE
tak paham. i 4 u? ape tu? *i kan blurrrrr
nanti bawak kita jalan ye
@IMANSHAH
naik ape awak? ketapi?
saya pun pernah ke singapura pada december 2011 atas urusan kerja. Tidak dinafikan keadaan dan perkembangan ekonominya memang mantap.Kehidupan disana jauh berbeza dgn malaysia.Cuma currency dia je tinggi.. kalau sama mcm kat malaysia tak mustahil saya pun menetap kat sana....
Post a Comment