Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, December 7, 2011

Suatu waktu di mana orang pakat terbarai beramai-ramai




GB dah nonton Ombak Rindu dengan LadyAspen. Tak dinafikan GB dengan Aspen memang terbarai sampai lencun tudung sebab memasing lupa nak bawak tisu. Tapi bukan kitorang dua orang je - almost satu panggung pun turut sama terbarai! Nasib baik air mata kitorang tak melimpah, kang mesti berombak satu panggung.

Perlu diingatkan yang hanya mereka yang mempunyai jiwa yang halus, sensitif, boleh memahami emosi dan menonton dengan minda terbuka sahaja yang mungkin akan menangis. Sebab air mata kitorang sepanggung waktu tu terbit atas perasaan boleh memahami emosi yang disampaikan oleh pelakon. Semua pelakon, Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae hatta Zaidi Omar sekalipun - berjaya buat GB menangis di atas emosi yang telah mereka sampaikan - dan GB faham emosi itu. Dan bagi orang yang pernah berada dalam situasi mengharukan macam filem tu, mungkin akan lebih cepat terbarai. Macam GB. Eh? :D

*

Mereka yang tidak berjiwa sensitif, atau sekadar menonton untuk mencari bahan untuk dikritik, atau mereka yang dipaksa atau terpaksa menonton, atau tidak pernah berada dalam situasi itu - mungkin tak menangis kot….atau mungkin jugak ketawa. Mungkin mereka ini adalah dari kategori hati batu, atau peminat tegar novel karya Fauziah Ashaari yang dah terlalu immersed dengan segala jalan cerita dalam novel tersebut, atau boifren-boifren mahupun suami-suami yang terpaksa atau dipaksa oleh pasangan mereka - baik jangan tonton. Nanti spoil mood kitorang yang menangis ni dengar komen-komen hati batu korang. Nasihat GB, baiklah korang pegi tengok Happy Feet. Ok? Huh.

**

Anyway, GB dah penah cakap kan yang GB ni memang peminat Maya Karin dan Osman Ali. Malah GB jugak tahu yang Ombak Rindu adalah filem ketiga yang mereka telah bekerjasama selepas Anak Halal dan Cun (dua-dua best bagi GB!).  Kalau ikut pemerhatian GB kan….kekuatan Osman Ali adalah menerbitkan emosi samada dari segi pelakon mahupun shot-shot yang dia amik. Ada jiwa. Kalau dia nak bagi penonton rasa happy, scene yang kita tengok tu memang boleh membangkitkan rasa happy. Begitu juga scene sedih, kasih sayang,  rindu, marah - pendek kata, Osman Ali memang hebat bab itu.

***

Tapi kan…dalam Ombak Rindu ni kan….GB terfikir - adakah terdapat usaha nak menjadikan watak Izzah tu buruk bebenor tudungnya? Atau dalam erti kata lain, nak menampakkan yang Maya Karin itu buruk? Atau simply mekap artisnye memang tak professional, buta seni atau pengarahnya yang tak teliti? Takde costume designer ke untuk Ombak Rindu ni? (GB tak tau sebab tak tunggu sampai abis ayat kredit lepas filem selesai). Bagi GB, watak Mila tu masa mula-mula tu memang nampak tak cantik sebab wig dia tuh (adey!) tapi Izzah tu ha…kalau disarungkan baju kurung cotton, tudung bawal tak kelepet tapi tak payah la nampak anak tudung - adalah jauh lebih cun dari stail tudung yang dipaparkan dalam Ombak Rindu tu. Dalam bab ketelitian ni kan, Khabir Bhatia is always the winner (mungkin ada waktunya slack jugak sana sini.), tapi tengok sajalah Nur Kasih, semua pakai tudung elok-elok kan?

Ke GB yang expect tinggi sangat? Atau sememangnya sengaja nak mendowngradekan wajah Maya yang takde rupa gadis kampung tu sebagai seorang ‘gadis kampung yang tak reti langsung berfesyen dan bermekap’?. Tapi ontah le, bagi GB pengarah ada hak untuk menentukan yang terbaik untuk kepuasan diri dan kepuasan penonton. Kalau GB jadi pengarah - kalau pelakon nampak tak lawa (unless we really mean it), GB marah mekap artis dan suruh dia mekap semula dan cari costume yang sesuai! Eh?

****

Walaupun  GB ada komen-komen pasal Ombak Rindu ni, tak bermaksud GB tak suka. Sebab selebihnya - superb! Masih teringat kesedihan Izzah bila rindukan Harriz, begitu jugak bila Harriz rindu kat Izzah, dan sebak terpendam Mila bila dia sedar yang Harriz tak cinta kat dia pun walaupun sebenarnya dia sayangggg sangat kat Harriz, dan Mail yang menyimpan perasaan dan akhir sekali bertindak sebagai ‘abang’ demi untuk protect Izzah (walaupun cuma a few lines je tapi scene tu buat GB rasa touched …sweet sangat…. :D). Dan setiap kali kuar je lagu soundtrack....maka banjirlah seluruh panggung. Nasib baik GB pakai mascara waterproof. Sob sob!

*****

Overall, Ombak Rindu adalah bagus dan sangatlah sesuai bagi orang yang nak tengah cari pasal nak nangis  sebab cinta yang tak kesampaian atau sebab cinta yang banyak halangan atau harapan yang terpaksa dipendam (macam GB? Errrr), cuma ada sikit rasa tak puas, mungkin sebab kita expect to see more tapi dalam tempoh 2 jam, banyak mana sangat la yang boleh dimasukkan, ye tak? Tapi nak buat cemana kan? Boleh dikatakan takde scene yang tak perlu dalam movie tu, even scene yang kononnya ‘ranjang’ tu pun bagi GB, perlu jugak dan sebenarnya tak keterlaluan pun. Heheh.

P/S: Malam nangis kaw-kaw, pastu pagi bangun tido mata bengkak. Cets!

79 comments:

  1. dapat pun no 1.. hahhaa

    GB

    kak belum layan., tapikan.. bila baca entry kawan2.. depa semua komen lakonan pelakon..

    GB, pula lain.... tapi kak suka baca dari luahan hari GB..
    fuh............

    ReplyDelete
  2. Selalu pelakon yang tak bertudung di luar , pakai tudung dlm filem nampak buruk.
    Kalau org kampung pun, kalau bertudung elok juga

    ReplyDelete
  3. mak aiiikhh begini panjang review dr gb

    masih mencarik masa mau ke panggung jugak

    feeling2 dating jugak sama lohkong.

    ReplyDelete
  4. best nye kalo dapat tgk dgn teman yg sejiwa:)

    ReplyDelete
  5. mak tak bagi tengok wayang~keh keh~

    ReplyDelete
  6. GB jiwang karat tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...


    hahaha....


    lama tak tengok citer sedih...

    ReplyDelete
  7. kalau tgk filem hindustan guling guling atas rumput, GB terbarai nanges jugak kah? :P

    ReplyDelete
  8. @Citarasa Rinduan

    nangis smpai bengkak mata kak! kuar panggung tak rasa malu kot sebab sume pun nangis jugak. kihkihkih~

    ReplyDelete
  9. @Nieda

    tapi tiz zakiah lawa je pakai tudung. :D

    ReplyDelete
  10. wak pon sukak maya karin tuuuu... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

    ReplyDelete
  11. @littlehumblelynn

    panjang sgt eh.ngeee...

    ok, nak tgk nanti jgn lupa bawak tisu ek!

    ReplyDelete
  12. saya kategori hati tak paham bahasa kot. hahaha. saya bergenang air mata 1 part je. yg masa kat rumah pak dollah ada kenduri tu. yg hariz jmp izzah,siap ngs ckp rindu. wuuuuuuuuuu sedih gila. dah la handsome pastu nangis. eh! takde kaitan.hahaha

    ReplyDelete
  13. @Tihara

    seb baik ada member ajak GB, kalau tak mengagau jugak nak tgk dgn sapa~

    ReplyDelete
  14. @Daddy Ziyyad

    tgk kuch kuch hota hai dgn kabhi kushi kabhi gham - baraiiiii!!!! heheh~

    ReplyDelete
  15. @wak gelas

    ambhoiii wakkk..suka maya karin gak eh?

    ReplyDelete
  16. @Lya Colours

    kire tergenang jugak le mata tu kan? hehehehe~

    aaron nangis hensem woooo!!!

    ReplyDelete
  17. menjiwai tgk gmbar titis ait tu

    ReplyDelete
  18. aku masih menangis....

    wallaweyyyy !!!! hahahahhaa....sampai mimpi mimpi babe!!

    ReplyDelete
  19. @Ibu Ya @ Aspen

    tadi dgr lagu ombak rindu. sikit lagi nak terbarai dalam opis ni. heheh!!

    ReplyDelete
  20. Kakcik sedang jatuh cinta dengan nyanyian Ady Putra dalam drama Tentang Dhia setiap petang Isnin - Khamis. Hehehe.. yang bestnya, Abg Mus pun ikut menonton sama. :)

    ReplyDelete
  21. @kakcik

    kakcik dgn abg mus mmg teman sejiwa. :D

    tapi citer tu saya tak penah sempat tgk.... :(

    ReplyDelete
  22. gb nangis? hahhaa..normal la tu..

    gb, ni pakai kamera ape? sy nak beli kamera ni..bajet 2k.. cume x tau nk bli slr @ compact stail dslr..whether g12 / lumix / s95.. lumix tu, gb beli brape? ok ke ?

    :)

    ReplyDelete
  23. @kemang~

    ni gb pakai lumix gf3. kalau bajet 2k tu, mmg kene sgt la tuh. heheh~

    so far masih bereksperimen tapi overall puas hati dan worth the price. :D

    taknak recce nikon j1 ke? nikon tuh...heheh~

    ReplyDelete
  24. Alaaa.. bilo la den nak gi tengok ni.. huhu~

    ReplyDelete
  25. halus jugak jiwa Gb ni sebenarnya eh? hheehe nasib xbanjir kan.

    ai xsmpt2 nak tgk lagi cite ni,nak tgk sangat! insyaAllah weekend ni =)

    a'a la, ai pun pasan, knp la huduh nau tudung izzah tu?

    ReplyDelete
  26. bab cerita panggung ni memang tak leh join, dah berbelas tahun tak pijak panggung wayang...apapun teringin nak tengok ombak rindu nih...

    ReplyDelete
  27. manusia ni hatinya lembut....

    nampak keras tapi bila kena caranya....banjir jugak dgn air mata

    ReplyDelete
  28. eee dah boleh bukak.. tuhari tak boleh bukak blog GB..

    ReplyDelete
  29. kebanyakkan yg review tntg cerita ni..tegur pasal Izah...sbb Izah nampak serabai...huhu..

    sy belum tgk lagi cite ni..enth bila nak pergi tgk pun entah la.. :)

    ReplyDelete
  30. eh kenapa baca GB review pon sy dh rs sebak nih isk isk..


    p/s: semalam GB kt nk citer psl satu keajaiban..ker sy dh terlepas entrinya..

    ReplyDelete
  31. Waa semua kta best nk pi tgk la siapkan tisu wahaha

    ReplyDelete
  32. buah binjai rupanya .. ingatkah buah apa. kat kg uncle dulu, kita buat main baling2 jer buah tu!

    ReplyDelete
  33. komen di atas untuk entri GB sebelumnya .. utk entri ini no komen.

    ReplyDelete
  34. jelesnya GB dah tengok..


    bilalah dapat tengok ni..hmm..

    ReplyDelete
  35. ok ok..malam ni saya nak tengok dengan kaki happy..huhuhu....lonely...sama nak temankan,, :P

    ReplyDelete
  36. nikon j1? haih.. mcm2 brand la kamera ni..smpai pening nk beli yg mane..hihi.. jap gB ,ni pakai kit lens ke ape boleh buat bokeh cun gini ni? ke lens lain?

    ReplyDelete
  37. kte pn nangis bpe kali tgk ombak rindu nie~~ huhu..btul2 org tak sedih ni cm tk de perasaan je ~~

    ReplyDelete
  38. Aku tenggelam dalam cinta...
    mungkin penghayatan lara akibat cinta tak dapat aku buat...

    ReplyDelete
  39. Akak ni tak minat tengok wayang, jadi no komen la... Citer wayang yg kuar kat tv pon jarang akak tgk.. tak tau la kenapa tak suka.. Lebih suka tgk drama or cerekarama.. huhu...

    Skang ni tengah baca novel yang tangkap leleh plus ketawa kekek2 lak.. Dah habis satu round dah pun... Tengah tunggu seken round lak.. haha..

    ReplyDelete
  40. Ramai orang kata ombak rindu ni best. Tunggu ditayangkan di Astro Firstlah.

    ReplyDelete
  41. kalau baca dalam novel izzah tuh ase macam cun gila. tapi maya tuh nampak macam selekeh la pulak. huhuhu.

    ReplyDelete
  42. nangis? mmm.. jgn kata ombak rindu..tentang dhia pun saya dah nangis..

    sob sob..
    cinta yang byk sgt halangan..sedey wooo...

    +I

    ReplyDelete
  43. tudung maya patah mcm tudung akak x? hihihiihi....

    ReplyDelete
  44. teringin nak gi dating ngan cik abg tgk ceta ni, tp anak2 sapo nak jaga....huhu....

    ReplyDelete
  45. Aduh, bestnya Gb nyer review ni, saya belum sempat nk tgk lagi, masa betul2 tak mengizinkan, tapi saya pasti akan pergi juga sebelum tayangan tamat di panggung...

    ReplyDelete
  46. wow so pretty those water bubbles!

    ReplyDelete
  47. @JunAina

    TAKPE. TUNGGU ASTRO 1ST NANTI. ALAMAK TER BIG CAP~

    ReplyDelete
  48. @azam

    tu la...org selalu igt gb ni keras kejung takde perasaan tau. heheh~

    ReplyDelete
  49. @nabilah_2908

    sebenarnya saya boleh view macam ni pulak tau - haris dah tgk izah masa dia tak pakai tudung, dan dia mmg cun pun masa tak pakai tudung, sebab tu adegan bertudung diserabaikan sebab hariz tak kisah pun.... eh?

    ReplyDelete
  50. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    entri ajaib tu kat sini... http://www.gadisbunga.com/2011/12/keajaiban-kk-day-4-betul-betul-punye.html

    ReplyDelete
  51. @al-lavendari

    kalau mcm tu tak payah la saya terangkan lagi rasa dia macam mana..heheh~

    ReplyDelete
  52. @al-lavendari

    takpe uncle, komen yg mcm ni pun saya anggap komen juger..hihi~

    ReplyDelete
  53. @~najwa~

    baik cepat..kang tak pepasal abis kat panggung~

    ReplyDelete
  54. @kemang~

    mmg pakai lens dia. nikon 1 tu baru lagi, better try atau baca review dulu. tapi yg gf3 ni mmg puas hati lah.

    ReplyDelete
  55. @Aku

    baguslah ko tak melara. tak best pun perasaan tu~

    ReplyDelete
  56. @~ Cik Azz Abu Bakar ~

    cerita rekaan semata2 je kak. kalau tak tgk pun takpe...hihi~

    ReplyDelete
  57. @Kunang-Kunang

    gb pun tak sabar nak tunggu astro 1st tayang~

    ReplyDelete
  58. @J.Syazwana

    izzah tu mungkin digambarkan sebagai 'cun tapi selekeh' kot?

    ReplyDelete
  59. @akuzle ayu

    jap kak.

    tudung patah tu cemana rupanya kak?

    ReplyDelete
  60. @Ladysirna

    bila baca balik, gb bukan review ni, tapi mengomel. heheh~

    ReplyDelete
  61. Betullah GB..rasa cam nak penampo mekap artis sbb buruk beno tudung si Izzah tu...halahai!

    ReplyDelete
  62. GB, novelnye lg syok laaaaa....

    ReplyDelete
  63. gB, akak tunggu dia tayang kat tivi raya tahun depan.. kalao tengok taim2 raya boleh barai gak, then memang best la kot citer ni.. kui kui..

    akak kalao citer bab cintan cintun ni susah sikit mau barai... kalau menyentuh kes anak2 kecil, tu memang boleh banjir..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D