![]() |
Marina Bay Sands, Singapore (Thanks to WakGelas dan KakakAnon yang tolong ingatkan nama building ni. :D) |
Masa GB taip ni GB dah kat KL ye, tengah gigih mencari sesuap nasi untuk menampung perbelanjaan selepas dah balik jalan-jalan Singapura haritu. Heheh. Jadi biar le GB cerita pasal Kak Ayu Citarasa Rinduan tu dulu ye. Lepas ni cerita pasal Kak Zakie pulak. Ni kire blogger-blogger la ni. Dan seterusnya pasal kawan GB (ha..yang ini bukan blogger. :D) dan keluarganya yang banyak bantu GB dan member di sana. Tapi bak kata beliau, 'we are having fun ok!'. Cool! :D
*
Masa Kak Ayu jemput GB dan member di depan rumah dia, GB terpegun kejap. Lawa weh akak tu! Padahal baru bangun tido tuh. Sebab selama ni kan kite tengok dia punya profile picture kat blog tu aje. Memang la kat profile pic tu Kak Ayu nampak lawa, tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri, beliau (ecehhh) lebih cantik dari dalam gambo.
Ok dah, tak nak puji lelebih. Baru pagi tadi dengar kat Tanyalah Ustaz TV9 pasal pesan Lukmanul Hakim dekat anak-anaknya. Antaranya adalah elakkan memuji dan terima pujian berlebihan, sebaiknya balikkan kembali pujian tu kepada Allah sebab itu adalah anugerah dariNya. Kesimpulannya, En Zalie memang beruntung sebab dapat anugerah Allah yang macam Kak Ayu tu. Dan Kak Ayu pun beruntung sebab dapat anugerah Allah yang sporting dan cool. Dan juga Umairah yang bijak walaupun umur baru 4 tahun. :D
*
Eh, GB dapat resipi asam pedas ikan mayong Johor style tau. Bukan setakat resipi, siap ada step by step demo. Tapi bukan setakat demo aje, GB sendiri pun ada gak terlibat dalam proses potong memotong bawang untuk menjayakan resepi itu. Pastu Kak Ayu bekalkan asam pedas tu, lauk ayam masak ungkep (betul ke ni?), dan lauk-lauk lain yang seterusnya GB bawak ke seberang tambak dan makan kat sana. Jauh jalannya sampaikan orang Singapura pun rasa tau lauk pauk tu. Bangga tak Kak Ayu? Wink wink!
Walaupun GB sempat duduk kat rumah diorang berapa jam aje, tapi sempat gak makan banyak jugak hasil air tangan Kak Ayu. Bihun goreng. Mee bandung. Lauk pauk untuk lunch. Bertuah perut GB. Eheheh...
P/S: Ada sesapa tau yang beliau ni rajin jugak berkebun? :D

gb...tak amik gambar dengan k.ayu ke....:)
ReplyDeletejeles tau!!
MBS! HAha and i m being quoted!
ReplyDeleteBestnya dapat ambek kursus masak. Dapat juga orang jauh rasa. So much we can achieve even though in such a short time. I suka mee bandung, maybe sampai jugak nanti cari restoran di kulai. Pegi makan, jauh pun sanggup..kan jumpa dalam komputer :D
gambar takde ke..jelesnya GB dah jumpa ayu dan kak zakie..kita ni kat johor pun tak jumpa diaorang lagi, hehe
ReplyDeleteLepas ni bolehlah gB masakkan lauk pauk tu untuk mak pulak. :)
ReplyDeletewaaa GB..
ReplyDeletebestnye:)
upload pic ya
berjumpa kawan kawan alam maya memang seronok kan GB
ReplyDelete:) cantik...hotel kat spore
ReplyDeleteWalauweiiiiii..siap tolong memasak kat rumah Ayu .....best tak ikan mayong tu? macam ikan pari ka rasa dia?
ReplyDeleteJalan2 ambil makan2 memang sodap... aku jeles ok..
ReplyDeleteHahaha... lambat bersiaran sebab penat kan dik. Boleh kerja tak hari ini? Kereta mesti bau S'pore sebab dah pump-in petrol sana hihi....
ReplyDeleteSalam kakak buat Ku yg humble tu...
p/s: Test masak asam pedas buat kakcik jgn lupa:)
Assalam GB..lepas ni tak nak ambik bahagian potong bawang aje tau..kena ambik bahagian tumis2 pulak..he he
ReplyDeleteGB..
ReplyDeletetetttttttttttttttt... tamo puji2... by day way. awak sangat cute, awak senyum.. aduh.. runtuh jantungku.. mujur tak ada adik lelaki, kalau idak.. dah lama choppp..
hehheheh..
kawan kamu ku tu sangat budak2.. like2..... kirim salam padanya ya dik
Wah .. Untungnya .. Makan ada orang masakkan. Siap sediakan bekal lagi tuu .. Kalau hari2 macamni, mau membulat la GB nampaknya kaaann .. ekekeke ...
ReplyDeleteP/S : Bertuahnya mereka suami isteri saling dapat merasa anugerah2 tak ternilai dari Allah kan ^^
dah lupa rupa ikan mayong.
ReplyDeleteAtas bangunan tu ada kolam mandi kan GB.. Hari tu kazen ada pegi kat situ.. Siap main2 dgn air tu lagi.. Kalau akak la, idak la weii... Gayattt... hehe..
ReplyDeleteNama bangunan tu pun akak dah lupa.. Tak tau la samada ni bangunan yg sama.. :-)
Suka ikan kembung je.. Rebuspon sodappp... ngeeeee...
GB, nnt dah masak asampedas tu jgn lupa tayang ye;)
ReplyDeleteseronoknya jalan2 berjumpa blogger kan .. akak pun teringin nak jumpe kak zakie dan ayu tuu ;)
ReplyDeletebaca entry ni buat perut lapar je..
ReplyDeletehahah...
Marina Bay Sands ;-D
ReplyDeletewah.. bestnya jalan2.. lagi best jumpa kawan2.. seronok akak dgr citer awak jumpa ayu dan kak zakie tu.. entah bilalah dpt berjumpa dgn mereka.. next gathering bolehlah bawa menu asam pedas ikan mayong tu.. he..he..
ReplyDeletecantiknya gambar tu GB..
ReplyDeleteBaru makan ikan mating bust jari. Fuhh,Asam pedas mesti lagi sedap....
ReplyDeleteBertuah perut hang GB......
lepas ni boleh le kak aina buat rombongan gi Kulaijaya pulak, belajar memasak...
ReplyDeleteLepas ni kalau gathering blogger lagik boleh request menu tak GB?
GB, jun/julai ada Singapore SAle. ala2 YES kita. kumpol doet.nanti leh shop lagi =)
ReplyDeletesedaplah, ada masak ungkep
ReplyDeleteResepi jerr???
ReplyDeleteberani coba lahhh..........
dan panggil kami...
cuti2 kt Singapore ye...mesti best.
ReplyDeletehihi, wah bnyak betul makanan. mmg betul2 bertuah 2.hihi
ReplyDelete@lieynanilaz
ReplyDeleteamik! amik! tapi kat rumah takde. hihihi~
@Anonymous
ReplyDeletei ada tempat best nak bawak akak n family makan nanti. baru discover. mesti akak suka punye!
@Huda
ReplyDeleteha kannn....org KL pulak yg jumpa dulu. hihih~
@kakcik
ReplyDeleteboleh!!! mak sebut je nak asam pedas apa. utara? melaka? johor? ecewahhh heheh~
@CGG
ReplyDeleteahaha tgh gigih nak upload pics ni. mmg lembab sikit bab mengupload nih. heheh~
@kasihibu
ReplyDeletesama seronok macam masa kite jumpa haritu kak. :D
@azam
ReplyDeletemalam2 warna warni dgn lamu. :D
@Daddy Ziyyad
ReplyDeletedia ikan ketul lah.
ada org panggil ikan duri rasanya.
rasa dia jauh beza la dari ikan pari. hihi~
@Aku
ReplyDeleteala..jgn jeles beb.
sementara bole jalan2 ni~
@Kakzakie
ReplyDeletetak bawak kete masuk spore pun kak. instead...takpe, kite citer kat next entri. heheh~
@Acik Erna
ReplyDeletesaya ada kacau2 dalam kuali masa menumis tu. kire aci tak? hehehe~
@Citarasa Rinduan
ReplyDeleteoke! saya dah kirim salam.
ok, jom kite jgn puji memuji antara satu sama lain. hahaha!!!
@AdiaLuze
ReplyDeleteden dah bulat dah pun.
hahaha!!!
@tasekM
ReplyDeleterupa dia tak sama langsung mcm ikan duyong. yg tu kompem.
heheh~
@~ Cik Azz Abu Bakar ~
ReplyDeletesaya suka tgk je bangunan tu.
naik...mungkin tak kot. gayat jugak. heheh~
@Ladysirna
ReplyDeletenasib baik tak mintak nak rasa.
bab tayang, i on je! hahaha!!!
@ieda
ReplyDeleteakak, roger je diorg. diorg sporting!!!
@diana
ReplyDeleteahahh ampunnnn!! :D
@Wak Gelas™
ReplyDeleteihihi tengkiu wak.... ;D
@Hanis Azla
ReplyDeleteboleh!
tapi kalau saya tukar menu last minit akak jgn marah ye. ngeee~
@farmys
ReplyDeletetime kaseh babe! :D
@~najwa~
ReplyDeletedalam bab makanan, perut den ni terlebih bertuah. boleh nampak buktinya. hahaha!!!
@JunAina
ReplyDeleteboleh!!! ngeeeee~
@JuStMe
ReplyDeleteif i'm still in malaysia by that time, i on je. jom! :D
@alien
ReplyDelete1st time try beb~! sedap....!
@DrSinga
ReplyDeletebrani....brani....
makan kat klenet ke kak? ngeee~
@NzA
ReplyDeletei call it strolling2 kat singapore je...hihihi~
@zati embong
ReplyDeletejom makan sama!
Bangunan tuh namannya Marina Bay Sands.
ReplyDeleteDah lama tak ke Singapore...
wah! bestnyaaaaaa! cantiknyaaaaaaa! cemburunyaaaaa!
ReplyDelete