Bila tengok suatu event di mana semua orang pakai name tag dengan nama pelik-pelik, semua boleh jadi tukang masak, semua pegang kamera dan mengetik sana sini macam paparazzi hatta gambo makanan pun semua disnap, semua orang beramah mesra macam dah kenal lama walaupun sebenarnya baru 1st time jumpa, bila semua orang macam tetamu dan semua orang macam tuan rumah...tahulah awak orang bahawa mereka semua itu adalah blogger. Heheh.
Seronok bergather-gather sekali sekala macam semalam. Thanks to uncle Dato' LF dan isteri sebab sudi beri tempat untuk kitorang bersilaturrahim dan makan-makan sampai terduduk. GB lambat sampai (maaf.... :D). Menu pun lari jauh. Konon nak bawak apam indon, last-last baca mentera terbalik kat tongkat sakti, maka terjadilah bihun goreng. Hihihi...
*
Gambar ada, macam biasa. Tapi bila balik, masa transfer gambo masuk laptop, baru perasan banyak gambo yang dah hilang dan tak boleh view terus. GB syak memory card kene virus atau mebi efek heat atau magnet dari mana-mana. Gambo gathering yang masih ada tu terus ditransfer masuk ke laptop sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Tapi stok gambar 2 minggu yang selebihnya - hilang. Termasuk la gambo site. Waduh....tak pepasal kene gi lagi sekali sebab nak amik gambo. Selalunya tabiat GB adalah terus upload masuk komputer lepas dah snap-snap, tapi yang gambo yang diambik sejak 3 hari lepas tak sempat nak upload terus sebab sangat bizi. Sedih sebab kene buat keje dua kali, tapi redha. Ada hikmah le tu. Heheh!
*
Anyway, semalam adalah sangat seronok. Terima kasih kepada semua. Pasal memory card dan gambo yang hilang itu? Alah, small matter. Everyone should lose something in order to gain something. And in my case, the memory and friendship built are far more precious than the lost. Tapi dalam hati berharap jugak la yang gambo-gambo yang hilang tu akan muncul balik. Hahaha!!!
May Allah bless us all. Amin. :)
P/S: Oh ye. Cool kan sume orang pakai name tag yang bertulis nama blog memasing? :D

44 penambah perisa secukup rasa:
wahhh gather2 gitu... :D
cool lah uols
seronok dpt jumpa GB semalam... best kan perjumpaan semalam.. ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi..
hehehe....memory card GB terbaik agaknya
nice pic
SALAM,
DAPAT BERTEMU DGN GB DAN RAKAN2 BLOGGER YG LAIN DI ALAM NYATA ... HEBAT ... BARU KENAL TAPI MESRA MACAM DAH JUMPA LAMA ! INSYAALLAH, PERKARA YG BAIK BEGINI TAK AKAN TERHENTI SETAKAT INI ... KITA AKAN PANJANGKAN LAGI .... TENGAH MEMIKIR2 NI, APA LAGI NAK BUAT. KITA TERUS BERHUBUNG
Semua peganga camera ye GB... nasib baik ada juga gambar di snap masih terselamat, bolehlah kakak share lihat sama...
sedih sbb KC tak ada ... huhu .. I miss all the fun.
Hope everyone had a good time. Like you said friendship gained is far more precious than the lost pics.
On the other hand, bad things do happen, so, best thing is transfer your images as soon as practicable
wahh memang seronok ni
yang nama blog panjang2 mesti name tag nye panjang jugak.
ekeekekek
waaa...best2...jumpa 2,3 orang jer blogger..tu pun sebb kawan sendiri...heheh
blogger tetap blogger.. =)
WAW syiok nye gathering.. :)
lain kali kena bawak dua kamera! haha
Kakcik sedang sakit kepala - hendak ke klinik sekejap lagi. :(
GB yang mana satu..??
Tak kan takde yang tolong snap gambo GB.. ehehh...
seronok dapat jumpa GB
dan terima kasih FM tu..bila tengok terbayang wajah GB yang manis.
~ the memory and friendship built are far more precious than the lost ~
uncle suka dan setuju sesangat dengan kata-kata hikmat ini.
untuk mengubat luka GB, sila lihat update terbaru kat dinding uncle.
lenkali jgn berangan je nak bawak apam indon, wak indon pon boleeee... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
the nama tag..it was so unique..
bestnya korang smua...kita yg jauh ni just tumpang hepi je. Nak join xdpt..urmmm..next time korang smua wat perjumpaan kat ghanu pulak boleh????? muahahahha :P
jeles tau tengok gambar2 yg menarik..yg paling best name tag tuh!!...:)
huwaaaa tak dap at join semalam ...
bestnya dapat join gathering2 cmni
:)
kenapa PCL tak perasankn kehadiran GB ye..ahh!
best..best..best!!
tak leh lelama ni
MIL ada kat rumah..huhu
p/s:TQVM for the flower..sukaaa!!!
meriahkan dan seronok...
terima kasih ye ole2 dari sabah tu...bile tengok teringat kat GB yg manis tau...
sonoknyaaaaa... jeles sbb tak leh join..
gambar ilang? haish!!! penat posing~
sy tabik GB begitu tenang bila virus rosakkan hasil keje GB..kalau sy mungkin dh ribut taufan haha
"Konon nak bawak apam indon, last-last baca mentera terbalik kat tongkat sakti, maka terjadilah bihun goreng" hahaha....boleh pula jadi macam tu.. :)
gB, terima kasih bagi ole2... tak letak kat fridge sebbab banyak tangan2 nak menggapai pokok pisang tu.. boh kat besi kat kepala katil.. ok? kehkeh..
bihun goreng tu akak tapau.. kat umah baru terasa lapau,..
takda rezeki la tu gambar hilang, yg penting ukhuwah sudah terjalin!
rasa ralat jg x dapat join gathering ni, huhu, maybe next time insyaAllah..
salam.. saya singgah sebentar sahaja , maklumlah sedang bekerja. Semalam sempat saya klik sana klik sini dengan kamera murahan dan hp samsung..Sebenarnya saya dah biasa buat kerja ini walaupun tak de tauliah. Dimana sahaja saya akan ambil gambar......
seronoknya dpt bergather2
GB, tunggu ahkak 'glemer'kan lagik awk kt siri 2 nooo... entri GB mmg selalunyer menarik smpi ahkak tatau nk komen per dh pasal kagum sgt2...serius neh tau...
wahh bestnya..hee
nak lagi gambar GB! :)
psss : kalo org simpati mmg anoying kan...
eh sgt cool!hihi
Gb,dato 2 pun blogger ke?
Tingat GB kata semalam: “saya suka gambar candid!”
Yeahhh hasilnya hebat!
Memang seronok semalam, semua beronok2 yer.. Jom nengok gambor2 gathering lagi di
http://wanabaik.blogspot.com/2011/12/1st-attended-gathering-blogger.html
GB kita umpama satu family besar kan..usik mengusik dan hilang segala duka lara..
tag nama dia style kot..
hehehe.. :)
lepas ni nak join lah gb, buleh? :)
Salam ziarah dari mamawana :)
Post a Comment