Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, December 10, 2011

1 Plastik Hitam - Bukan Sebarang Teater


Anas Ridzuan dan Fazleena Hishamuddin dalam satu babak teater 1 Plastik Hitam

Semalam GB dengan Tina sempat tonton teater 1 Plastik Hitam ni kat Stor Teater, DBP. Sarat dengan humor yang real, dialog yang takde dalam skrip pun ada, interaksi rapat dengan penonton, padat dengan mesej dan pastinya lakonan terhebat dari penggiat-penggiat teater yang komited ni. 


Bayangkan ini - Pahlawan perkasa berkasut tumit tinggi adalah satu dalam sejuta. Dan bagaimana pula dengan seorang graduan muflis yang minum air rendaman ijazahnya sendiri? Dan seorang budak sekolah dengan laptop mahal jenama Pear nya? Busker busuk tapi pandai menyanyi. Dan wanita berpurdah yang tertinggal baby?


Dan paling penting, jika ada yang menyangka teater ini adalah sekadar satu lagi pementasan - kite pegi, beli tiket, masuk, tengok, dan balik - anggapan itu adalah silap sama sekali. 1 Plastik Hitam adalah lebih dari itu kerana kita sebagai penonton adalah terlibat secara tidak langsung dan merupakan sebahagian watak dalam teater berkenaan. Bagaimana? Tak percaya? Sila tonton untuk merasakan pengalaman ini. 


*


Satu perkataan yang boleh GB simpulkan selepas teater selesai - menakjubkan. MASK Team sangat memahami jiwa mereka yang nak lari dari teater conventional. Terbaik!!!


P/S: Untuk lebih detail, boleh tengok kat entri di blog salah seorang pelakonnya Fasyali Fadzly ni sini. Atau kat blog Aloy Paradoks (pelakon teater tu jugak) di entri ini. Kat fesbuk pun ada. Klik saja sini untuk info detail. In fact diorang ni dah selalu masuk paper pun sekarang. Kalau gugel 1 Plastik Hitam pun banyak result keluar. 

17 comments:

  1. Seronok menonton teater kan? bebetul di depan mata

    ReplyDelete
  2. @kasihibu

    kat stor ni memang betul depan mata kak. kalau kat istana budaya, silap2 nampak set je lebih. huhu~

    ReplyDelete
  3. menarik..tp akk tk pernah tgk teater live..penah tgk lam tv, siti di alam fantasi..:)

    ReplyDelete
  4. anda ada sisi sentimental tapi dalam sisi humor.....

    ReplyDelete
  5. @Tihara
    lepas berjinak2 dgn penggiat teater underground dan tgk pulak kat tempat kecik mcm stor dbp tu, saya rasa istana budaya tak best dah.

    ok, mungkin utk sesetengah teater masih boleh layan kat IB lah. :)

    ReplyDelete
  6. @EE

    that defines 'pelik' for me.

    ok, saya mengaku saya memang org yang pelik. :)

    ReplyDelete
  7. the above-mentioned TinaDecember 10, 2011 at 2:45 PM

    superb lah! wei gamba aku sila email cepat siket! hoho

    ReplyDelete
  8. @gadisBunga

    sbb kita sama .org selallu ckp sy ni pelik..

    ReplyDelete
  9. Macam mana dia org boleh hafal skrip... selang sebulan ada skrip lain pulak...

    kalau aku, semak otak aku ....

    ReplyDelete
  10. activity yg sgt menarik...blum bksempatan nak tgk lah teater..emmm...

    ReplyDelete
  11. waktu belajar dulu ja tengok teater..sekarnag ni tak de dah pun aktiviti ni..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam..

    Akak minat tengok teater ye??

    Spjg sy hidup ni..blum prnh sy merasa tgk teater..

    ReplyDelete
  14. bagus gaks reputasi teater neh eks? akak dpt tau dr Bro Framestone... akak pon ske tgk teater tp tgklaaa psl aper dlu...

    ReplyDelete
  15. tak pernah pun tgk teater .... drama sekolah pernahlah dulu2

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D