Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, November 22, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - Sabah Tea Garden


Kawan-kawan pernah minum teh Sabah? Itu teh faveret GB. Kalau terasa nak minum teh, GB akan cari teh Sabah sebab lepas minum GB tak 'berangin'. Kalau teh jenama lain, biasanya perut GB akan meragam lepas minum. Angin banyak kot heheh~

Jadi bila GB tahu yang ladang teh Sabah ni ada je kat Ranau, GB dah masuk siap-siap dalam plan. Sebenarnya lepas Kundasang War Memorial, GB ke Poring Hot Spring dulu pastu baru ke ladang teh ni. Terskip pulak. Tapi takpe, esok GB taruk entri pasal Poring ok.

*

Kitorang sampai kat ladang teh ni dah agak tengah hari. Panas cuaca hari tu walau kadang-kadang ada juga awan mendung macam nak hujan, tapi tak hujan pun. Kene lalu kat jambatan kayu (tengok gambo) untuk naik bukit ke ladang teh tu. Sebenarnya GB expect scenery nya adalah lebih kurang atau lebih cantik dari ladang teh di Cameron Highlands. Maklum sajalah kelilingnya ada gunung-ganang. Tapi sayang sikit sebab pokok teh di sini tak berapa nak cantiklah. Mungkin sebab pokok teh kat sini memang 100% bebas pesticide so pokoknya nampak tak lawa.

So pendapat GB, view kat ladang teh di Cameron Highlands adalah lebih cantik. Jujur nih.

**

Tapi takpe. Nasib baik ada restoren yang ada decking, so boleh duduk minum sambil tengok view gunung ganang. Order teh Sabah perasa pandan ais. Pergh...memang sedap, pekat, melekat! GB jarang order minuman berais tapi sebab panas dan dehydrated, haritu GB order saja. Tempat tinggi macam ni nyaman dan sejuk bila tak kene cahaya matahari je, tapi kalau tengah hari memang panas betul sebab matahari macam direct kene kat kita. Nasib baik GB pakai sunblock kaw kaw, tu pun hitam jugak bila balik KL. Huhuhu~

Tetibe membebel. Heheh~

***

Di kawasan yang sama jugak, ada memorial garden lagi. Private Allan Quailey Memorial in Ranau namanya. Kalau nak tau ceritanya cer gugel. Tapi gardennya kecik kiut aje.

Anyway, GB yakin ladang teh Sabah ni akan di upgrade supaya jadi lebih indah. Kalau kawan-kawan ke Ranau, pegi la visit. Tak rugi pun. Lagipun boleh beli souvenir teh Sabah berbagai jenis yang GB tak pernah jumpa lagi kat Semenanjung ni.

Ok. Penat. Petang dah. Masa turun baru memasing rasa lapar. Belum lunch lagi. Jadi sebelum gelap baik gerak cepat. Tapi nak singgah pekan Ranau dulu. Cari makan derr...

P/S: So lusa GB akan share view terrrrrrbaikkkkkk yang dapat GB capture sebelum balik ke resthouse. Lusa tau, sebab esok GB nak taruk gambo kat Poring sikit. :D

P/S 2: Tahniah Harimau Muda. Even sebelum menang penalti semalam pun, mereka secara psikologinya, sudah menang. :)

21 comments:

  1. huh.....cantiknya....xde masa la nak g sabah

    ReplyDelete
  2. wow jumpa ixora di situ..best la holiday ni...tk sabo rasa nk g sana :)

    ReplyDelete
  3. haus sungguh yer...belum sempat ais cair...habis dah air teh tu... :)

    ReplyDelete
  4. ruginya...kak aina sampai ke pekan Ranau tapi tak sampai pulak ke ladang teh Sabah ni...

    ReplyDelete
  5. teh cameron lg sedap..lebih cikit aromanya....

    ReplyDelete
  6. Salam my dear..GB:)

    Akak mula2 minum teh sabah bila ada yang beritahu teh ni tak dek guna pesticide...:)
    Tak pe tak lawa dipandangan tehnya...tapi khasiatnya tu tiada tandingannya...InsyaAllah..:):)

    ReplyDelete
  7. walaupun GB kata pokok teh nya tak cantik, namun pemandangan gunung ganang tu..fuhhhhh..breathtaking!!!!

    ReplyDelete
  8. jom ke KK lagi bulan 4 tahun depan. :)

    ReplyDelete
  9. tak lawa ke ladang nya gB? dalam gamba nampak lawa je.. :)

    ReplyDelete
  10. lamanya KCE tak ke KK. Entry gadisbunga buat rindu KCE kembali berbunga2.

    ReplyDelete
  11. kalau tgk gambar ladang teh ni rasa sejuk je mata memandang, tp betulla kata GB tak secantik kat cameron..

    ReplyDelete
  12. saya kurang suka teh. nescafe, i loike !

    ReplyDelete
  13. viewnya mmg mcm cameron..sy pon sama mcm GB minum teh perut berangin..tp sy lum penah cuba teh sabah..tgk iklan adalah hehe

    ReplyDelete
  14. wah cantik la tempat2 kat sabah..tp btol la teh lipton angin...sabah x..huu...rs sm je..

    ira br blk dr cameron..ada gak snap2 pic kat ldg teh cameron..:)

    ReplyDelete
  15. GB tak bawak balik benih pokok teh tu ke
    hehee

    ReplyDelete
  16. Yesss....

    View ladang teh kat Cameron Highlands memang cantik... :)

    ReplyDelete
  17. Aku sedang cuba-cuba mengajar tekak untuk minum teh tanpa gula...

    ReplyDelete
  18. sedap ker teh sabah...
    selalu tgk iklan jer~~~

    ReplyDelete
  19. bolehlah saya tumpang minum teh sabah kalau ke rumah GB ... ngeeee

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D