Poring Hot Spring ni sebenarnya adalah sebahagian dari Kinabalu Park. Jadi dah tentu la di dalamnya ada lebih dari sekadar kolam air panas. Kolam air sejuk pun ada. Tapi bukan setakat kolam air sejuk je...canopy walkway, pusat konservasi orkid, taman tropika, taman rama-rama, air terjun, gua, dan banyakkkk lagi - semua ada! Kalau betul-betul nak menikmati kawasan Poring Hot Spring ni puas-puas, GB nasihatkan spare satu hari suntuk untuk Poring sahaja. Half day pun boleh laa...tapi kalau setakat 1-2 jam mungkin tak cukup untuk cover the whole area.
GB tak mandi air panas. Air sejuk pun tak. Masa 1st time GB ke sini beberapa tahun dulu, GB tak mandi juga sebab segan la kolamnya terbuka. Tapi boleh rasa wap-wap panasnya kena kat muka. Batu-batu di sekeliling kawasan tu semua ada haba suam, kalau jemur baju kompem kering. Sekarang ni pun sama, kolamnya terbuka juga. Tapi kalau tak silap GB kolam tertutup pun ada dah sekarang kalau nak mandi-manda sampai masak...heheh~
Poring ni sebenarnya bermaksud 'buluh' dalam dialek Dusun. Nampak tak gambo buluh tinggi-tinggi kat atas tuh? Ha...itu la poring. Heheh~
Hot spring (kolam air panas) yang kaya dengan sulfur ni sebenarnya adalah hasil dari gunung berapi yang kurang aktif atau yang tidak aktif lagi. Cuak kejap bila tau pasal fakta ni: ada gunung berapi ke kat sini? Haha, dah tentu la takde. Cuma aktiviti volkanik sejak jutaan tahun dulu masih boleh membentuk kolam air panas. Aktiviti volkanik yang sama jugalah yang membentuk Gunung Kinabalu.
*
GB ke sana sekejap aje. Cuma sempat jalan-jalan tepi kolam air panas terbuka dan terus ke Taman Rama-rama. Bayaran masuk di pintu utama adalah 3 hengget bagi dewasa. Tapi itu cuma bayaran untuk mandi kolam air panas atau kolam air sejuk saja. Dan jugak untuk trekking terus masuk hutan kalau nak pegi ke air terjun. Tapi kalau nak masuk Taman Rama-rama atau nak naik jambatan gantung, ada tiket lain pulak. Kene la bayo. Untuk masuk Taman Rama-rama, kene bayo lagi 3 hengget. Pendek kata semua pun kene bayolah!
Taman Rama-rama kat Poring ni taklah sebesar yang dekat KL punya, tapi worth a visit la. Banyak juga spesis rama-rama dan kupu-kupu kat sini. Kite kene standby kamera je dan bila ada peluang baekkk punye, terus snap!
Sayang jugak tak dapat cover abis area Poring ni. Tapi nak buek cemano...masa terhad. Flight den cumo delay 2 jam yo, kalau delay 1 hari, boleh la den cover Poring pueh-pueh. Tapi kalau betul delay satu hari memang hangit la handphone GB sebab boss asyik call. Heheh~
*
Ok. Next stop, Sabah Tea Garden.
Eh, dah cerita semalam lah...hahaha!
P/S: Untuk makluman, GB ke sana bulan lepas. 4 hari saja pun. Tapi atas banyak sebab maka entri tentang jalan-jalan kat KK-Kundasang ni diupdate lambat. By the time GB dok nulis pasal entri jalan-jalan ni, GB terasa nak gi bercuti lagi sebab keje ni bikin stress banget!!!

wah best dapat mandi tu. mau kuak lentang terus. haha tak kuak sangat la, kang berlaga dengan batu2 terus. haha
ReplyDeletecantiknyer.....jeles aaa camni
ReplyDeleteahahaha..kelakar gb tulis mcm tu. pendek kata semua kena bayo lah! huhu
ReplyDeletegb doakan sy dpt bli dslr,nk amik gmbr cntik2 mcm gb jgk =)
kalau kena bayar..tp tempat tu terjaga dgn bersih..cantik..berbaloi rasanya... :)
ReplyDeleteGB ada jumpa adira tak?? heheheheee
ReplyDeleteklu saya..nak rendam lame2..bez..=]
ReplyDeleteOooohhhh..maksudnya buluh! Sebab saya pernah dgr nama Poring ni...
ReplyDeleteTakpe..lain kali boleh repeat dtg Poring ni..spend time betul betul...:P
Tak cuba makan di restorannya? Makanan secara buffet tapi boleh ambil sekali sahaja (tak boleh tambah) - adda ka? ;-)
ReplyDeletekak ati tengah nak cari poring ni
ReplyDelete^____^
lawa la GB, tenang kan.. keja stress, mmg kena p menenangkan hati selalu.. baru la muka tak berkedut kan. hahaha
ReplyDeleteMula kakak bayangkan air panas mencurah-curah - "pouring". Kisahnya poring bermakna buluh. Senanglah mereka nak buat lemang kan GB hihi...
ReplyDeletehoneymoon nanti gi sini lah GB...hew hehe...
ReplyDeletewow best nye tempat ni..mmg syiok buat release tension :)
ReplyDeleteNak cari poring ni nak masak lemang!hehe...
ReplyDeletebest kan....? :D dah pergi jugak aritu bulan may. start je cuti sem terus pegi jalan baru balik semenanjung hehe. tapi tak puas kejap sangat. huuu. :D
ReplyDeletekalau tengok gambar2nya .. mesti tak boring pergi poring kan !
ReplyDeletesungai tu dibenarkan memancing ke ?
sejuk mata memandang
ReplyDeletep/s::gambar2 kat Sabah nie semua menggunakan camera baru tu ke??
cantik la GB gambar tu..blh tak kasi besar2 sikit...hehe
ReplyDeletekalau blh tau kamera apa ekk..maybe blh share...hihi
GB..lambat tak jadi soal..janji upload dan sharekan pemandangan yang cantik tu disini.
ReplyDeleteSaya singgah juga sini semasa kesana tapi duduk dalam kereta saja tunggu anak2 kesitu. Tak larat nak jalan.
ReplyDeleteair tak mandi, air sejuk tak mandi... dulu pun tak mandi...
ReplyDeletenak tanya, cer citer GB mandi ke tak selama kat sana? hahaha
bestnya..sy mmg lah belum penah smpi lg ke sana..
ReplyDeletejambatan tu!
ReplyDeletegayat!
ko ada pegi tak kat tmpt yg bagi ikan makan tu? memula aku cuak gila nak bagi sbb ikannya besar2. kot2 la satgi dia ngap kaki aku ke tangan aku ke kan. tp tak, ikan kat cni jinak2. berkocak2 air bila ko hulur pellet...mmg best :)
ReplyDelete@Lya Colours
ReplyDeletekat sg tu takleh mandi la...heheh
@azam
ReplyDelete:D
@Munnafendy
ReplyDeletegb tak pakai dslr dear... :)
@nabilah_2908
ReplyDeleteehehehe betul2. *blushed heheh
@sahromnasrudin
ReplyDeletejumpa! jiran2 adira. heheh
@ciK LyndaWawa
ReplyDeleteair panas tu bagusss
@Daddy Ziyyad
ReplyDeleteyesh sudah semestinya!
@kakcik
ReplyDeleteha?? lawaknya buffet dia! hahaha!!!
@Ati Masrif
ReplyDeletenak tanam depan laman ke kak?
@- GC -
ReplyDeleteaku pun tak suka stress walau sekarang dalam kondisi stress. :(
@Kakzakie
ReplyDeletehahahaa!!!! nasib baik air panas situ tak pouring kak. melecur kulit nanti. heheh
@Maya Mayana
ReplyDeletekalau asben saya setuju. :D
@Tihara
ReplyDeletemmg syiokkkk
@Ladysirna
ReplyDeleteutk raya apa ni? heheh
@Sab Buenoo
ReplyDeletekalaulah dapat cuti sebulan bergaji tak payah bayo kete umah ptptn kedit kad - mesti best kan...??? heheh
@al-lavendari
ReplyDeletekalau dibenarkan mungkin dapat batu je uncle. heheh
@@cu SaYaNg
ReplyDeletesaya bawak kamera baru dan lama - dan guna kedua-duanya.
sayang both. :D
@jemarisuri
ReplyDeletesebenarnya gb dah penah share kamera apa gb guna. tapi takpelah.
gb guna lumix gf3. :)
@Acik Erna
ReplyDeleteacik mmg spoting! :D
@Kunang-Kunang
ReplyDeletebesar tempatnya auntie...mmg penat nak cover abis.
@Aku
ReplyDeletemandi. kat bilik air. heheheh
@gedek!
ReplyDeleteuncle gayat ka??
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletenanti sampailah tu! :D
@fatt
ReplyDeletetak fattt.....aku tak gi. ni yg kene pegi balik ni. heheh