sambungan dari sini...
...kitorang gerak ke Pekan Kundasang.
Pekan Kundasang sebenarnya tengah membangun. Jalan baru dibina. Lebar jalannya. Ada roundabout tapi belum siap. Cuma satu hal....lampu jalan takde...gelap hitam pekat melekat jadinya menjelang malam.
Masa jalan kat situ untuk beli roti dan kopi 3 in 1 for supper, GB terfikir akan betapa bahayanya kawasan ni sebab lampu jalan takde. Tapi malas nak fikir yang buruk-buruk. Cuma lebih hati-hati je. Sebab ada kawasan di situ menurun bukit, walau kenderaan tak berapa banyak tapi kalau ada tu boleh tahan lajunya. Tau sajalah di kawasan tu banyak pikap trak, lori, jadi kalau turun bukit tu pastilah laju kan?
*
Selesai membeli, kitorang gerak ke kereta yang di parking tepi jalan berhadapan dengan gerai-gerai jual sayur, buah dan bunga. Diorang pun tengah siap-siap nak tutup dah tu. Tiba di simpang gelap tu GB terfikir lagi, 'Ishh..bahayanya kawasan ni....gelap! Nak kene komplen kat Majlis Daerah Kundasang nih.'
Elok je melepasi lebih kurang 10 meter dari simpang tu kitorang terdengar bunyi dentuman dan bunyi kaca pecah-pecah. Bunyi eksiden, kompem. Sebab GB dah pernah dengar bunyi yang macam tu beberapa kali. Astaghfirullahalazim....GB terlari dan spontan terpeluk sape ntah kat situ sebab terkejut. Terus kitorang menoleh ke belakang dan nampak sorang motorist ni tengah melambung atas jalan. Jatuh, dan terus pengsan. Kitorang jadi keras taktau nak buat apa.
Kereta langgar motor betul-betul kat simpang yang kitorang lalu tadi!!!! Moto dia? Hanco!
Nak amik gambo? Takde. Dalam situasi gitu GB tak terfikir nak amik gambo. Ada tefikir nak switch on kamera tapi GB sendiri pun menggigil, cane nak amik gambo? Ok lah, GB bukan wartawan.
*
Keadaan jadi kecoh. Mamat motor tu terbaring terus tak gerak. Mati ke pengsan? Cane nak buat? Cane nak tolong ni? Dan dalam kelam kabut tu tetibe ada lori tengah bergerak laju menurun bukit dari arah Ranau. Kitorang panik sebab takut lori tu terlanggar mamat motor tu. Semua orang kaku tak tau nak buat apa sebab kalau nak tarik mamat tu ke tepi, takut patah riuk badan dia nanti.
Time tu la makcik gerai bunga menjerit kuat-kuat ,'Jangan langgar!!!! Ada orang!!!!'
Kuat betul suara makcik tu. Nyaring. Frekuensi tinggi. Sampai sekarang terngiang-ngiang kat telinga GB. Heheh.
Dalam tengah laju tu driver lori perasan ada kecoh-kecoh kat depan dan dia tekan brek cekcepat. Pastu mamat motor terus melompat bangun dari atas jalan dan berlari ke tepi. Phewwww...lega..... Penangan suara makcik jual bunga tu kot.
*
Dan tiadalah kejadian lain yang tak diingini seperti darah yang terpercik atau badan manusia yang tergilis atau segala jenis bentuk kemalangan susulan yang mengakibatkan kematian. Alhamdulillah.. Kalau jadi mesti tercalar keseronokan GB kat Kundasang.
Apa-apa pun GB syukur banyak-banyak sebab eksiden tu tak berlaku masa kitorang tengah jalan kat simpang tu. Kalau tak.....
**
Malam tu kitorang pulang dengan rasa tekejut yang belum hilang. Masing-masing diam. Lepas beberapa ketika baru masing-masing bukak mulut balik. Dalam hati GB, rasa syukur tak putus kepada Allah kerana selamatkan kami semua.
End of day 1
P/S: Esoknya. Terjaga pukul 6.15. Alamak. Body clock takleh fine tune lagi. Dah cerah. Cekcepat solat Subuh. Mandi. Siap. Dan bermulalah hari baru di Kundasang. Mula dengan breakfast baek punye yang mengadap view baek punye. View apa? *Sila tengok gambar di atas. :)
P/S 2: Panjang eh? Heheh...sekali sekala bercerita panjang-panjang.... :D

da tu mamat tu camna?
ReplyDeleteoh 1st~~ohsem~keh keh~
ReplyDeletemcm cerita kitorg pi cameron
ReplyDeleteterserempak dgn eksiden moto
darah berlumuran.
ok tu saja. ngeri.
@bujal X
ReplyDeletemamat tu pengsan sekejap rupanya masa dia kaku tu. dia terjaga sbb dgr suara makcik tu dan sebab terdengar bunyi lori kot.
ok, dia hidup dan selamat. the rest tak tau sebab kitorg tak tunggu dah.
@bujal X
ReplyDeletekamu ohsem harini bujal!
@BonekadalamChermin
ReplyDeleteawak nampak darah? oh my....tak best ok~
Dalam suspen, tetiba kakcik tergelak membayangkan mamat itu melompat bangun macam dalam cerita P. Ramlee...
ReplyDeletekakcik sama lah..mula2 debar2 jantung bayangkan kene gilis...kira cepat lah mamat tuh bertindak
ReplyDeleteok kan mamat tu....apa lagi kasi tackle aaa.....hehehe
ReplyDeleteagaknyer mula2 tu mamat motor nak buat2 fensan kot. sekali dengar makcik tu jerit, terus tak jadi. tu yang sempat bangun selamatkan diri
ReplyDeletesian brader tu GB..GB terpelok sape heks..hehe
ReplyDeletemmg terbaek punya laa views tu...terpegunmcm kat obersi..best :)
@kakcik
ReplyDeletehahaa. mmg tetibe dia melompat bangun kakcik!!
@mama
ReplyDeletebelum ajal. nasib baik tak payah tengok bende-bende ngeri mcm tu!
@azam
ReplyDeleteaha. ye lah tu~
@NM02
ReplyDeletemungkin kot. tak sempat tanya pape pun kat dia. gile, sikit lagi nak kene langgar lori~
@Tihara
ReplyDeleteerr....pelok sape ek? siyes tak tau dan tak ingat. hahaha!!!
Selain dari keindahan gunung kinabalu, auntie tak berapa selesa di Kundasang.
ReplyDeleteMasa ke sana dulu bercadang nak bermalam 2 malam, tapi selepas sehari semalam terus lari ke KK. Masa tu pun jalannya masih dalam pembinaan dan lecak. Nasib baik guna 4x wheel. Beli makanan kami ke Ranau.
menikmati moment2 indah bertemankan kesejukan pagi di kundasang...tp kalau dapat gi honeymoon bestkan?
ReplyDeletegB, mula tu akak saspen baca.. siap tarik nafas tahan nafas lagi, takut lori tu langgar mamat tu.. bila tetiba dia melompat bangun, akak tergelak.. hihi.. ok tak mamat tu?
ReplyDeleteish scary. nasib baik makcik suara kalah suprano.hihi
ReplyDeleteeh view itu memang cantek! macam obesi pon ye jugak
Kakak ingatkan gamabr tu tempat beli kopi 3+1 malam hari yg gelap pekat. Oh.. breakfast kat situ ye... Nyaman kelihatannya:)
ReplyDeletememang mencemaskan
ReplyDelete@Kunang-Kunang
ReplyDeletedi ranau juga ada tempat makan dan tempat menginap. di kundasang...even masa saya pegi pon cinstruction tgh berjalan rancak.
@JunAina
ReplyDeletenanti saya akan ajak husband saya honeymoon kat sini. heheh~
@Anaa
ReplyDeletekihkihkih! sebenarnya dia mmg melompat bangun kak. ada malaikat kejutkan kot. asal tu igt dah takde dah. hihi.
dgr2 tgn dia patah. kalau kaki dah tentu dia tak boleh melompat macam tu. heheh~
@Lya Colours
ReplyDeletemmg...kitorg berterima kasih bebanyak kat makcik tu. heheh~
@Kakzakie
ReplyDeletetempat tu ada saya amik gambar, tapi gelap betul tak nampak mende dah. hihi~
@alien
ReplyDeletesampai menggigil!!
ya allah..
ReplyDeletemujur tak ada apa2....
mengiggil kan.......
sure teringat2
Suspen gak baca citer GB ni, especially tang ada lori laju tu. Alhamdulillah mamat tu sedar dari pingsan. Bole bayangkan macam mana sora makcik tu... mesti setaraf sora ate kalo menjerit. Tak yah pakai speaker.
ReplyDeleteSatu fakta yang kami org semenanjung (yg tinggal atau biasa di KK) panggil KK.. Bandar Darul Bulatan. Punyalah banyak bulatan di sana, tak kira kecik beso, ada yg senoet jer. Tak sangka plak kat Kundasang pun ada bulatan, dah berjangkitlah tu.
@Citarasa Rinduan
ReplyDeletenasib baik cepar recover kitorang semua kak. kalau tak nak jalan pun mesti tak seronok,
@Ann Huda (Ate)
ReplyDeletesora dia kuat ate...!!! tapi tak sure la suara dia dgn ate mana lagi kuat. hahah!!
KK mmg banyak bulatan, tapi saya tak tegur la sebab shah alam pun banyak jugak. hahaha!!!
pemandangan yang indah..
ReplyDeletememang mencemaskan.. abeh apa jadi dengan motorist tu?
Alhamdulillah ada makcik jual bunga tu..
view atas tu ohsem sangatlah...
ReplyDeleteeissh kalau jd benda mcm tu memang dh tk berapa nk seronok la...
memang dengar jalan2 di sana
ReplyDeletesemuanya dah byk kali eksiden..
risau gak kenang anak belajo kt sana tu..
picca tu belakang tu gunung kinabalu ke ...?
suspen betul citer kali ni...
ReplyDeletedah terbayang mcm mana keadaan jln kat sana..
haaaaa...yg GB peluk tu laki ke pompuan? muda ke tua? hikhikhik..
ReplyDeleteSy dolu pun pernh 'ter'peluk org. Ms tu kt library awam..tgh ralit2 cari buku tetiba je blackout. gelap gulita ..sy plak jenis penakut.merayap kt dlm gelap sambil panggil nama kwn..tetiba je 'ter'.. seseorg. dan time tu jugak lampu menyala kembali..aduhhhhhh!!! merah kemerahan muka time tuh. Malu gila..terus kuar library dan xpandang blakang langsung. ngeeeeee
xsengaja ok!
gb,
ReplyDeleteaku penah tgk eksiden baby melambung ok...moto tu brek mengejut then mak dia jatuh & baby melambung 3 meter! pastu dtg lori & org kampung berlari tgh jalan suh lori tu stop...dahla time tu tgh malam...mmg gelap gila masa tu...aku kebetulan witness eksiden tu dpn mata masa aku lepak kat anjung umah atok...hurm...mmg ngeri. kesudahannya aku tatau sama ada baby tu mati ke ape...
alhamdulillah.. for lot of things..
ReplyDelete1st..thnx pd suara mak cik tu..
2nd..mat moto tu x jd apa2..
3rd..angkatan rombongan GB selamat..
thnx to HIM..
Syukur tak de apa-apa.
ReplyDeleteJumaat lepas dekat dgn tempat kerja kReen (tepi Yamaha) ada accident. Balik kul lima lebih nampak polis tengah angkat mayat motorist yg baru balik kerja dlm plastik hitam. Mungkin accident masa hujan tengah lebat sebelum tu. Antara motor & lori 1 tan. Al-fatihah buat arwah.
Sampai semalam masing2 bercerita lagi..
@Faaein Talip Roy
ReplyDeletemotorist tu selamat...alhamdulillah....
@Maya Mayana
ReplyDeleteitu lah. syukur lah takde kematian. kalau tak mesti d=sugul je kitorang kat sana...
@Ati Masrif
ReplyDeleteinsyaAllah, anak kak ati selamat sebab dia kat bandaraya kk. kk lebih banyak lampu berbanding kundasang. :)
@MataHati @ MH
ReplyDeletedebor tak? debor tak?
@Azira Mohamad
ReplyDeletewoh. kenapala mesti tetibe ada lampu time2 tu jugak? OMG!!!! hahaha!
*
saya terpeluk lelaki. muda.
tapi tak sengaja hokeyyyy.... :p
semua soalan yg uncle nak tanya, orang lain dah tanya....
ReplyDelete@fatt
ReplyDeletengeri babe. baby melambung? ya Allah, aku takleh bayangkan baby yang tulang dia masih lembut melambung 3 meter.
@Mimi Jazman
ReplyDeletealhamdulillah... yakin bahawa Allah akan bantu dalam apa cara pun selagi kita bermohon keselamatan daripadaNya...
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletesedih..bagi saya yang pernah nampak mayat dalam plastik hitam tu....saya rasa perkara itu menakutkan dan menyedihkan. nampak plastik je pun saya dah rasa kecut. belum mayatnya lagi....
@gedek!
ReplyDeletenanti kite buat press conference lain ye uncle...heheheh~
sib baik tak apa-apa.. kalau tak kena jadi saksi kejadian..
ReplyDeleteYa Allah...
ReplyDeletengeri lagi seram bila cuba membayangkan kemalangan itu berlaku...
mamat moto tu tak cedera apa2 ke..? mujur lah GB & geng tak pape...phewww....
HAHAHAHA...
ReplyDeleteGB, ingt pun. Ckp xhengat.rupa2 nya xnak bgth sbb ehem..ehem...hahahahah.
Klakorrrrrrrr......
@farmys
ReplyDeletekalau kene jadi saksi mmg spoil lah cuti kan???
@nabilah_2908
ReplyDeletemenggigil satu badan tau!
@Azira Mohamad
ReplyDeletesaje. hihihi~
malu la nak ngaku. nampak konon cam indi abis, rupa-rupanya dalam hati macam jeli. hahaha!!!
No wonder tak kasik Aspen ke Poring lewat petang...u owe me this story rsnya kan?
ReplyDelete