Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, December 1, 2011

Keajaiban KK: Day 3 - Kampung Air Tanjung Aru (Edisi Khas Lagi)

Klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas

Buah Bundu dalam entri ni baunya tak macam bacang tau. Dari luar pasar bau dia macam buah gajus yang dah terlebih ranum. Isinya berserat warna putih krim. Dan sebenarnya nama lainnya adalah binjai, heheh. (GB sebenarnya terlupa apa nama lain buah ni masa tulis entri yang lepas. Thanks to kawan-kawan yang mengomen dalam entri tu). Nak tau GB berjaya bawak naik flight atau tak? Tunggu...

*

Akhirnya GB tiba di Kota Kinabalu. Terus ke destinasi yang diimpikan, Kampung Air Tanjung Aru. Sebenarnya GB tahu ada beberapa tempat di Sabah ni yang ada kampung air. Sebelum ke Tanjung Aru, Hubert dan Justyle bawak GB ke Kampung Air Sembulan dulu. Sini...viewnya tak best. Di Sandakan pun ada kampung air, kat Semporna pun ada. Di Sandakan GB tak pasti macam mana rupanya, tapi dari cerita kawan-kawan, rumah-rumahnya lebih rapat-rapat berbanding yang dekat Tanjung Aru. Semporna pula indah.....pernah tengok filem Duyung? Haa...situlah tempat shooting filem tu. Cantik kan? GB jumpa beberapa gambar yang mengujakan di blog ini. Bikin tak sabar nak pergi saja!

**

Ada suatu perasaan yang tak dapat GB gambarkan sewaktu berada di sini. Lanskap yang berbeza sangat dari apa yang kita lihat setiap hari. Perkampungan di atas air. Rumah-rumah papan bertiang tinggi di atas air. Setiap satunya pasti ada sebijik bot di parking di tepi. Dan juga piring Astro. Heheh. Mana yang rajin berkebun tu, adalah taman mini di rumah mereka. Walkway konkrit yang membawa kita jauh ke tengah laut. Ada timber decking yang jadi penghubung dari rumah ke rumah. Ada juga puing-puing pancang kayu yang dulunya mungkin rumah sesiapa.

Budak-budak kampung berlari-larian di atas walkway konkrit yang mengunjur jauh lebih 100 meter ke tengah laut. Bermain layang-layang dan menangkap ikan. Pemuda-pemuda kampung bermain bola sepak di tepi pantai. Dan ada penontonnya. Ada juga yang bermotosikal. Dan berbasikal. Dan kebetulan terserempak seorang anak muda sedang menggolekkan dua tong gas sekali harung. Anak-anak kecil menjual kuih di tepi pelantar. Pakcik-pakcik dan anak mereka mencuci bot. Ada yang memasang pukat. Makcik-makcik berehat sambil mengambil angin petang. Seolah-olah mereka lupa bahawa mereka sedang berada di atas laut.

***

Tapi seriously kagum jugak la GB tengok budak-budak kat sini yang terer gile menangkap ikan. Tak payah pakai joran. Cuma perlu tali tangsi, mata kail dan umpan udang je. Derdezup-dezup ikan makan umpan dan tersangkut di mata kail. Sedar tak sedar dah sebungkus plastik ikan diorang tangkap. Ikan fresh buat makan malam. Terbaiklah! Sungguh GB terbayangkan Uncle Lavendari time tuh. Hahaha!!!

Sambil menghitung waktu untuk pergi ke Pasar Filipina pulak dan seterusnya dihantar ke airport, GB nikmati dulu scenery di situ puas-puas sambil amik gambo banyak-banyak sebab esok...pasti GB akan rindu KK.

P/S: Sambil tu masih memikirkan cemana cara nak seludup masuk buah bundu tu naik flight tanpa 'bau'. Eheheh~

68 comments:

  1. selalu tgk dalam tiv je rumah atas air ni. best btol. nak mandi laut, terjun je.hehehehe

    ReplyDelete
  2. senang nak mandi wajib...niat terus terjun je hehehehhehee

    ReplyDelete
  3. perghhh.. percutian yang menarik tu GB.. teringin nak pergi sana jugak.. entah bila lah dapat..

    ReplyDelete
  4. best gileee... kl tensen2..terjun laut jek. hahaha

    ReplyDelete
  5. Berkali2 ke KK, kakcik belum lagi pergi ke kawasan perumahan itu. Hanya lalu saja. Mungkin satu hari nanti, kakcik akan singgah juga. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  6. nyamannya...baca cerita gb pun dh dpt bygkan suasana diorang.best!

    ReplyDelete
  7. time duk sini tak pernah plak singgah sini hanya sekadar lalu & tengok dr jauh je. hehe

    ReplyDelete
  8. cepat!!cepat!!

    mari kita set up kutu team..mau kumpul duit ke KK

    huaaaaaaaaaahuaa

    cantiknya!!!

    ReplyDelete
  9. teringin nak melihat kehidupan yg berbeza dgn yg selalu saya lalui supaya dapat merasai kesusahan org lain walaupun pd mereka perkara biasa...

    ReplyDelete
  10. GB, semporna mmg best.Cuba tgk blog kwn saya...gambar2 yg dia ambik kt semporna mmg perghhhh!!

    http://www.digitaldome.com.my/gallery/kapalai-island-semporna/

    Ini pun dh msk dlm list sy..tp xtau lg bila buleh pergi..InsyaAllah sekiranya ms mengizinkan..akan sampai jua..urmmmm

    ReplyDelete
  11. SALAM,
    TAK PERNAH SAMPAI TEMPAT INI. MENARIK UTK DILAWATI .... SERBA-SERBI ADA NAMPAKNYA.

    ReplyDelete
  12. Masih aku teringat sugar bun(fast food restaurant)di jeti kota kinabalu.Only in Sabah...sgt sedap...GB g x?entah ade atau x dah....

    ReplyDelete
  13. suka tengok gamba budak2 lelaki main bola tu..

    satu rumah satu bot.. apa cap, proton, honda, toyota,.. hihihi.

    ReplyDelete
  14. @EE - sugar bun dah takde, lingkup dah. Memang sedan gak lah tapi menu bnyk sgt, takde differentiation & pengkhususan.

    @GB - takde amik sunset shot ke? Sunset pun cantik gak kat sini.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah kalau buah binjai kakak tahulah GB. Kakak masuk dalam masak asam ikan buah ini. Tapi susah jumpa memang.

    Cerita kehidupan mereka sngt tenang...

    ReplyDelete
  16. Bundu?kita pun first time dengar ni, heheh macam best je..
    suka tengok org memancing tapi tak pandai memancing..huhu

    ReplyDelete
  17. cantiknya GB

    buah bunju tu buah binjai la kan??

    ReplyDelete
  18. Salam GB, terima kasih singgah blog saya, sebenarnya Sabah banyak tempat menarik, kalau berpeluang cubalah teroka dasar kepulauan manukan atau semporna, memang fantastic

    ReplyDelete
  19. travel GB mmg pack dengan scenery yang menarik..suker sangat :)

    ReplyDelete
  20. travel GB mmg pack dengan scenery yang menarik..suker sangat :)

    ReplyDelete
  21. uncle biasa tengok dia orang tangkap ikan macam tu .. tempat ikan banyak memang bolehlah buat macam tu.

    tapi uncle tangkap ikan kerana hobi .. uncle seorang angler bukannya fisherman. (sebenarnya jeles dgn budak tu .. hehe)

    sebenarnya hari ini uncle pergi mancing kolam kat Pilah. letih sangat. nanti uncle buat entri ttgnya.

    apa-apa pun tqvm kerana linkan ke blog uncle.

    ReplyDelete
  22. mereka tiada apa yang kita ada kat umah...

    heh heh... tau apa..?

    longkang..

    =}

    ReplyDelete
  23. salam..
    memang ajaib betul
    sebab saya tak pernah
    berkesempatan ke sana
    :)

    ReplyDelete
  24. tengok gambar2 ni teringat
    kampaung air kat pulau redang
    masa kak ati pergi dulu ..

    ReplyDelete
  25. @Lya Colours


    aha. betul2. budak2 kat situ sah sah terer berenang! :D

    ReplyDelete
  26. @hanie


    jgn terjun tepi toilet diorg dah le~

    heheheh

    ReplyDelete
  27. @kakcik

    dekatttt je dgn sutera harbour. boleh dating sekali kakcik. heheh~

    ReplyDelete
  28. @jemarisuri

    biasala tu. saya pulak org kedah yg tak penah naik gunung jerai dan tak penah gi langkawi. caye? heheh~

    ReplyDelete
  29. @sudipVSsenduk

    kalau diorg dtg tempat kite, mesti diorg rindu kg diorg kan? :D

    ReplyDelete
  30. @Azira Mohamad

    semporna mmg buat tgn rasa nak klik beli tiket lagi!!! jom pegi!

    ReplyDelete
  31. @luahfikiran


    taktau nak cerita cemana uncle, tapi sabah mmg tempat yg sgt menarik! :D

    ReplyDelete
  32. @EE

    tgk nama rest tu ugt diorg cuma serve roti gula je. heheh~

    ok fine, gb tak jumpa.

    ReplyDelete
  33. @Anaa


    kite pun suka gambo tu! usha baik punye sebelum ketik. heheh.

    bot tu bmw, mercedes, nissan - pun ada. heheh~

    ReplyDelete
  34. @de engineur

    thanks sudi singgah sini.

    gb amik sunset kat tepi pasar filipina. tak boleh terus tunggu kat tg aru sebab nak kejar time. :)

    ReplyDelete
  35. @Kakzakie

    eheheh. nasib baik akak sebut dalam komen kat entri lepas. buah tu akak masukkan yg dah masak atau yg belum masak kak? :D

    ReplyDelete
  36. @KAMATO

    dan terima kasih singgah blog saya juga. di sabah, taman lautnya saya belum tgk live lagi. tunggu belajar swim dulu.

    ReplyDelete
  37. @Tihara

    alhamdulillah...rasa sgt 'penuh' bila travel dpt tgk byk bende mcm tu. :)

    ReplyDelete
  38. @al-lavendari

    sama2 uncle. ikan dan umpan ni kalau saya nampak mmg otomatik ingat uncle. budak2 tu pun dapat tangkap ikan kecik2 je. uncle punye ikan besau2... heheheh (amik hati balik...ngeee)

    ReplyDelete
  39. @Fatin Mraz

    yes. mmg takde longkang walaupun diorang ada astro. heheh~

    ReplyDelete
  40. @Ati Masrif

    aha. redang saya tak penah pegi lagi kak! :D

    ReplyDelete
  41. Derdezup-dezup tu bunyi ikan makan umpan ke?

    ReplyDelete
  42. bestnya..buat sy pon teringin nk mengembara ke sana..

    ReplyDelete
  43. bila la ek kami punya turn nk ke sana...diorang berehat petang2 tu smbil makan goreng pisang tak GB?

    ReplyDelete
  44. salam kenal dan dofollow sini
    seronoknya akak tengok keadaan kehidupan kat sini, tentu pengalaman yg x mungkin adik lupakan kan..

    ReplyDelete
  45. guwa pun pernak naik rumah atas air dekat labuan.

    ReplyDelete
  46. @Maya Mayana

    taktau la kak..diorg tak pelawa pun,,,,heheh~

    ReplyDelete
  47. @aimaniman

    terima kasih sebab sudi singgah dan follow saya ye. :D

    ReplyDelete
  48. baca entri ni..sambil terbayang banyang gi sana...huhuhu.....

    budak2 sana memang terror tangkap ikan kan, pernah tgk dokumentari kat tv

    ReplyDelete
  49. masalah.... binjai oun tak penah tengok. i masih obses ngan buah ni.

    bab kk nih, i akan absorb then gi....sekarang cam curious memandang n belajo dari blog orang

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum,
    Tak sempat pi Kampung air sama ada kat KK atau Sandakan. Kalau sandakan, sempat lah pergi Tampi-tampi tang depa buat penggambaran filem duyong tu...

    Sangat teringin nak tenguk kampung air!

    ReplyDelete
  51. insyllh dlm bln 2 thn dpn nk ke sana, excited baca info2 kat sini. bley la mintak tunjuk ajar:)

    ReplyDelete
  52. Tahun 2007 dulu abis mendaki Gunung Tambuyukon (Ranau) & Trusmadi (Tambunan) kawan ada bawa gi makan2 kat Tg. Aru, tapi masa tu malam apa nak nampak pun hahaha ...

    best aaa nampaknya lepak kat situ jika ada kamera, banyak aspek2 kehidupan yang dapat dirakamkan.

    jika dapat peluang berbasikal di sana nanti, mesti letak dalam destinasi wajib-singgah lah camni ...

    ReplyDelete
  53. Seronok tgk budak2 kat situ main hehe. mst panas sbb air laut..

    ReplyDelete
  54. sy terbayang mcm mana hidup di atas air.. terbayang jugak macam mana mama takut2 kat atas tu.. hehehe..

    dyeorg ade taman mini??

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D