Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, November 19, 2011

Keajaiban KK: Day 2 - (Jom sambung) Moooooo di Desa Cattle Farm



Sambungan dari sini. Lama sungguh berhibernasi baru la ada mood nak sambung.

*
Sedikit ringkasan:

Hari ke 2 di Kundasang. Selepas breakfast dan mencuri sedikit pemandangan (ecewah!!) di Rose Cabin, kitorang gerak ke Desa Cattle Farm. Tengok lembu bikin susu. Eh?

**

Tiket masuk ke sini adalah 3 hengget je sorang.  Apa yang 3 hengget tu boleh offer? Eceh soalan... Well, kepada yang belum pernah sampai lagi...sila baca ni. Kalau malas baca, nak tengok gambo kat atas tu je pun boleh tapi rugi la sebab gambo tu sikit je baru. Heheh.

Desa Cattle Farm ni sebenarnya ladang ternakan lembu tenusu yang letaknya di Kundasang. Berlatarkan gunung ganang Banjaran Crocker yang gah, berumput hijau seluas saujana, pagar kayu putih jadi sempadan, ada batu-batu besar bertaburan di serata kawasan, bunga-bunga, kolam-kolam air, burung bangau putih, dan lembu tenusu bertompok hitam putih - tak hairanlah kenapa ramai memilih kawasan ni untuk amik gambo kawen. Feeling ala-ala kat New Zealand kot... Masa GB pegi tu memang la takde la couple amik gambo kawen tapi dengan scenery yang macam gitu...GB pun nak amik gambo wedding kat situ kalau berkesempatan. Bab bau... memang harumlah - adatlah, nama pun ladang lembu. Heheh.

Masa GB sampai tu baru dalam pukul 8.30 pagi. Awal lagi. Lembu-lembu pun tak habis dilepaskan lagi. Puas cari mana lembu? Mana lembu? Sampai kene panjat pagar dawai secara haram untuk dapatkan shot lembu. Tapi udaranya nyaman baaa.... Kalau pegi lambat sikit, panas la. Tapi dalam pukul 3 cemtu boleh tengok lembu-lembu tu beratur untuk diperah susu. Tapi takpelah. Pegi awal pun ok je. Dapat jugak amik gambo lembu. Tak caye? Cer tengok balik gambo di atas. Eheheh....

Selain dari lembu-lembu dan feeling-feeling ala New Zealand tuh, ada jugak la jual susu lembu fresh tapi dalam kotak la. 500ml, dua rasa - coklat dan asli - dengan rege yang murah. GB lupa harganya berapa tapi memang murah. Kurang dari 2 hengget kot. Tapi rasanya GB tak lupa. Sedappppp...! Ada juga jual t-shirt bergambo lembu kalau nak beli. Tapi regenye tak berapa nak murah jadi GB tak beli. Heheh. Lagi ape ek.....

Ha. Amik la gambo banyak-banyak sebab bukan selalu boleh sampai kan...

***

Next, kita turun bawah. Ada satu tempat yang elegan di bawah tu. Kalau nak tahu tempat apa, next entri sila lah baca ye. Heheh~

P/S: Terfikir....lembu tenusu ni kalau buat sate sedap dak? Eh? Heeee~

18 comments:

  1. hi GB!

    Subhanallah sgt cntik la ini tempat! kundasang? jauhnyeee.....GB holiday ke? post la gmbr byk2 lagi =)

    ReplyDelete
  2. lama menghilang..tiba2 timbul di kundasang..ahakss

    ReplyDelete
  3. lama nya sy tak kunjung sini cam rindu plak..last 2002 sbm balik bertugas di semenanjung..

    ReplyDelete
  4. akhirnya...memang cantek, satu hari akan ku terjah ke sana..huhu :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    woooooooo sangat cantik gunung ganang itu....rasa macam nak lari2 kejar lembu sambil nyanyi lagu "kaho na prara hai" hu hu hu

    ReplyDelete
  6. yang sedap kalau satay free, org belanja makan...

    ReplyDelete
  7. GB..ai sokong sgt kalau yu nk buat photoshoot kawen kat ctu coz sangat menghijau pemandangannya...cantik...

    ReplyDelete
  8. Memang seronok bila berada disini. Seolah2 berada diladang lembu oversea, agaknya lah, tak pernahlah sampai.

    ReplyDelete
  9. hehe..smpi kena panjat pagar nk tangkap gambar lembu encem ya..dulu ms sy duk pahang (puluhan tahun lampau) bersepah lembu tgh jalan raya..tp semua lembu x encem sbb ada yg takda ekor ..ada yg badan lecur-lecur..

    ReplyDelete
  10. Hari ni baru boleh BW . Modem baru dari rumah. Syok gila weh!

    ReplyDelete
  11. yarkkk....susu asli minum mcm tu jer sedap ke...tak hanyir ke....eeee....

    ReplyDelete
  12. siyes.. tempat ni tersangatlah cantik dan mendamaikan hati. terasa mcm berada kat new zealand pulak..

    tapi frust sokmo kat Gb sbb letak sikit jer gambar.. :p

    ReplyDelete
  13. kesian kami.. tak dapat pon merayau dengan puasnya di Kundasang. cantik gambar GB ni.. :)

    ReplyDelete
  14. kalau buat sate tk sedap kot sebab mrk tenusu...tp kalau dh jd sate balun aje...bukan tahu pun :P...keh keh..

    nasib akak terniat nk online arini..bleh berkomen2 n tgok lembu tompok2... :)

    ReplyDelete
  15. dari cerita GB..sy pun dok bygkan tmpt tu mcm oberseee... :)

    cantiknya langit...biru...awan pun comel je..bulat2.. :)

    ReplyDelete
  16. Siok juga pi new zealand kinabalukan ?http://www.theweeklypay.com/index.php?share=199274 daptarlah free bah ni..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D