Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, November 7, 2011

A Jiran in Need is a Jiran Indeed



Adik bongsu GB eksiden.

Dia pitam masa tengah bawak moto. Motonye terlanggar pasu konkrit tepi jalan dan dia tertiarap terus tak sedar. Kisahnya sebelum tu dia baru setel dari tolong hal-hal korban kat sekolah. Mabuk darah kot tengok darah lembu memancut depan mata.

Mujur jiran GB yang nampak dia berenang pengsan atas tanah tu sudi cepat-cepat membantu. Dibawaknya adik GB ke klenet sampai terlupa nak amik selipar. Sudahnya berkaki ayam dia masuk ke klenet sambil memapah adik GB.

Adik GB ok. Pipi kanan je berdarah-darah, yang lain calar balar luka-luka macam biasa. Tapi tadi dia cakap bahu kanan dia dah mula rasa sakit. Minggu depan nak SPM. Alahai....

*

GB bersyukur kerana ada jiran yang sebegitu mulia. Padahal nak kata kenal tak lah kenal sangat sebab memang jarang sangat bersua muka, sebab mereka jiran jauh. Tapi hati yang mulia begitu, Allah saja yang dapat membalasnya.

P/S: Semoga kita mampu menjadi jiran yang baik macam tu.

P/S 2: Selamat hari raya aidiladha kepada kawan-kawan semua. GB sedang mencari momentum untuk sambung cerita tertunggak ni dan buat tag dari CikFiza serta entri hutang untuk blogger itteww...hihihi :D

38 comments:

  1. GB..
    mujurlah adik kamu hanya luka ringan...
    tapi tulah kan.. dia sebaya adik k,ayu yang tahun nie ada exam besar utk masa hadapan mereka..

    moga cepat sembuh.. suruh ibubapa kamu darikan ikan haruan untuk sembuhkan luka2 adik kamu dengan cepat

    salam aidiladha

    ReplyDelete
  2. opsss..
    lupa, pasti adik kamu pernah buat baik dgn orang lain, sebab itu jiran kamu bantu dia..

    ReplyDelete
  3. dugaan ALLAH...msti ad hikmah..terima kasih kepada jiran yg tolg..

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    BERSYUKUR. MOGA ADIK GB CEPAT SEMBUH. ITULAH PENTINGNYA HIDUP BERJIRAN. SALING MEMBANTU . DALAM SITUASI SEKARANG NI, BIASANYA ADIK-BERADIK DAN SAUDARA MARA JAUH DARIPADA KITA. JIRAN JADI PENGGANTI. TERUSKAN HUBUNGAN YG BAIK INI.

    ReplyDelete
  5. simpati dgn adik GB..tapi Alhamdulillah selamat kan..semuga Allah membalas budi baik orang yang menolong itu :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal GB,

    syukur adik GB selamat, semoga adik GB cepat sembuh.

    akak pun dh follow awk..

    ReplyDelete
  7. semoga boboi cepat sembuh ya boboi..

    GB pun jgn risau sgt ya..insya allah, ada hikmahnya tu..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, ada jiran yang baik..moga Allah menambahkan rezeki padanya. semoga adik ko cepat sembuh eh.. kalau rasa nampak dia cam trauma ke lemah semnagat ke, try cr air2 tawar dr org2 alim.. lagi2 nak peksa ni :D

    ReplyDelete
  9. Syukur takde yang patah2... Moga dia cepat sembuh...

    ReplyDelete
  10. semoga adik GB cepat sembuh...sebaya gan anak no 2 mama tuh.Untung kalau dapat jiran yg baik saling tolong menolong.

    ReplyDelete
  11. Kerana itulah di dalam Islam, jiran punya hak mereka terhadap kita. :)

    Semoga segala kesakitan Adik GB akan segera sembuh dan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang.

    ReplyDelete
  12. GB..alhamdulillah ada jiran yang berhati mulia.
    semoga adik GB cepat sembuh..untuk menghadapi exam minggu depan..
    kalau bahu sakit lagi..kena pi klinik untuk xray pulak GB..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah nasib takde apa2
    dugaan lah nak dekat spm ni
    adik saya pon sorang nak spm gak tahun ni
    semoga adik awak lekas sembuh ye
    and bersemangat balik nak exam next week

    ReplyDelete
  14. tak apa.
    penguat semangat tu...



    .

    ReplyDelete
  15. laa ciannya sampai pitam2 jatuh moto.. mujo la tak parah... mostly orang2 kita, kalo ada eksiden memang akan cuba tolong sedaya mungkin.. apatah lagi la kalo jiran.. kita mungkin tak kenal jiran kita, tapi jiran kita mungkin kenal keluarga kita..

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah nasib adik gb selamt.. teringat juga adik excident balik dri kerja.. pitam juge.. tp xde siapa yang tolong.. siap terpengsan tepi jalan n tersedar sendiri.. dan sempat pulang kerumah dalam keadaan berlumuran darah~

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah..adik GB selamat....itu yang penting...dan jiran macam tu yang kita nak dalam life ni..

    ReplyDelete
  18. Alhamdullilah..adik GB selamat....itu yang penting...dan jiran macam tu yang kita nak dalam life ni..

    ReplyDelete
  19. gB...
    macamtulah jika berjiran..
    akak pun barulah 'berkasih-kasih' dengan jiran yg dah 6 tahun duduk sama.. beru ni nak bermesra... best rupanya bila dah rapat...
    Alarm kita berbunyi, dia yang call tanya...
    baju dia basah kena hujan.. kita yang kelam kabut...
    - jiran kan umpama saudara kita juga... dan jiran ada hak atas kita...

    ReplyDelete
  20. GB...berbuat baiklah selalu kepada org lain agar org lain jugak akan berbuat baik pada kita atau ahli keluarga kita...insyaallah...

    semoga adik GB cepat sembuh dan dapat menghadapi SPM dengan tenang.

    ReplyDelete
  21. http://ririlicious.blogspot.com/2011/11/me-kena-tag-oleh-madam-lala.html sila jwab tag tau

    ReplyDelete
  22. http://ririlicious.blogspot.com/2011/11/me-kena-tag-oleh-madam-lala.html sila jwab tag tau

    ReplyDelete
  23. http://ririlicious.blogspot.com/2011/11/me-kena-tag-oleh-madam-lala.html sila jwab tag tau

    ReplyDelete
  24. dugaan betul tuk adik GB...

    moga adik GB cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  25. hi Gb, lama xdtg sini =)

    kesiannya adik tu, dh la nak dekat SPM...isy3..nasib baik la ada jiran yg boleh harap.ni la untungnya hidup bjiran...ni ada yg pintu ke pintu xsmpai 5meter pun xkenal..

    ReplyDelete
  26. mujur adik GB luk-luka ringan sj..dh nk periksa tu..moga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  27. moga dia cepat sembuh, rajin2 le letak minyak pd tempat yg luka.

    p/s: berusaha utk menjadi jiran yg hebat tampa pengetahuan mereka...

    ReplyDelete
  28. jiran sepakat membawa berkat!

    petanda adik tu nak score SPM tuuuuuuu... :-)

    ReplyDelete
  29. dugaan dan cubaan sentiasa menanti untuk kita redhai...

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah adik GB tak mengalami kecederaan serious. Moga dia cepat sembuh. Alhamdulillah juga punya jiran yang cepat bertindak memberi bantuan. Teringat jiran adik Ate, masa adik Ate mintak bantuan dia tolong papah ibu yang jatuh pengsan sehingga berdarah banyak di kepala, masuk ke kereta adik, dia boleh jawab, dia kena hantar anak ke sekolah dulu pasal anak2 dia dah lambat. Sedih rasa masa tu. Dia tak boleh fikir mana yang utama. Nyawa orang atau kepentingan anak ke sekolah. Huhuhu.

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah...nowadays susah nak cari org yang berhati baik...huhu

    ReplyDelete
  32. belum terlambat rasanya utk ucapkan selamat hari raya...

    ReplyDelete
  33. tangan kite calar gak sbb jadi plumber

    ReplyDelete
  34. biasanya kalau ada apa-apa berlaku orang paling awal membantu adalah jiran..

    ReplyDelete
  35. semoga adik GB cepat sembuh.. alahai nak exam.. ujian lain datang pula.. semoga berjaya dalam exam nanti untuk adik GB..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D