Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, November 25, 2011

Keajaiban KK: Day 3 - Kinabalu Park



Hari terakhir di Kundasang. Selepas check out dan melayan syahdu sebab malam tu dah tak tidur kat Kundasang lagi, kitorang pegi breakfast kat tempat biasa dan kemudian jalan dalam Kinabalu Park dulu sebelum turun ke KK. Kinabalu Park ni adalah World Heritage, maka teramatlah rugi kalau dah gi KK tapi tak ke sini. Sedangkan mat-mat saleh lain sume pakat-pakat nak datang sini, ini kan pulak kite orang Malaysia. Dalam Kinabalu Park ni ada nature trail untuk kite jalan-jalan masuk hutan, ada botanical garden, dan paling penting kalau nak panjat Gunung Kinabalu, sini ada starting pointnya, iaitu Timpohon. Sayang sedikit GB tak gi Timpohon haritu sebab tak boleh spend banyak sangat masa kat sini, nanti nak turun KK dan ada pulak aktiviti lain nak buat kat sana. Tapi masa 1st time datang GB dah pegi so takdelah rasa kempunan sangat. Lepas jalan-jalan masuk hutan limpas sungai (limpas=lintas) amik gambo bagai, kitorang pun gerak ke bawah. Turun ke KK untuk teruskan dengan plan ke Kampung Air Tanjung Aru dan sedikit aktiviti shopping.

Mak aiii...satu perenggan je?? Semput taip!

P/S: Esok GB taruk pics kat Kampung Air. Banyak gambo menarik kat situ so tengah memikio nak buat kolaj atau taruk gambo lebih dari satu macam dalam entri sebelum ni? Lemme think first aaaa.....

62 comments:

  1. selamat pagi GB..
    subahanallah...............
    memang cantik2 view disana.....

    ReplyDelete
  2. GB, tumpang limpas sat kat sini...wee....=)

    ReplyDelete
  3. Abang Mus berkali2 berkata ' sebenarnya banyak tempat menarik berada di Semenanjung, tapi kita tak perasan pun...'. Bagi kakcik, Kinabalu tetap punya keindahan dan tarikannya yang tersendiri yang kakcik tak jumpa di sini. :)

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    DULU2 MASA KERJA,SELALU JUGAK KE KK ... TAK SAMPAI PULAK KE TEMPAT INI ! CANTIK !

    ReplyDelete
  5. byk2 negeri kat msia ni, sabah je tak pernah pergi. insyaAllah one day, hanimun ke kan. erk!

    ReplyDelete
  6. walaupun aku orang kampung dan dah besa tengok2 hutan ni, tapi tetap teringin nak pi tempat ni. lawa!

    ReplyDelete
  7. Kakak terfikir dari angle mana gB ambil gambar ini. Cantik, menarik...

    ReplyDelete
  8. udara... selalu cerita tentang pandangan mata. jarang cerita pasal bau udara.

    camner bau udara, segar?

    ReplyDelete
  9. GM selalu mengundang rasa kempunan dengan gambar2 cantik.. Owhh...syahdunya. Oh yer..janganlah buat collage. Tak puas tengok...

    ReplyDelete
  10. SubhaNallah..
    gB dah berjaya mengenalkan tempat itu dgn cantik sekali.... Rasa bertuah sgt jd rakyat malaysia yg punya keindahan alam semulajadi..
    Macam gambar kat kalender....

    ReplyDelete
  11. lagi cantik dari genting...

    genting pon dah panas!

    ReplyDelete
  12. cume takde cable car je kan hehehehee

    ReplyDelete
  13. KC dah sampai tempat ni tapi pjt gunung KC tak minat. Hihi.

    ReplyDelete
  14. mak aiii..jenuh nak baca satu perenggan tu..berpinor mata! hahaha...

    ReplyDelete
  15. komen pakcik Gedek adalah sgt tak boleh blah...hahaha..ada ka nak bandingkan Genting dgn Kinabalu? ekekekeke

    ReplyDelete
  16. cantik...sayangnya pernah sampai kk...tapi untuk beberapa jam saja.....kejar masa, xsempat pusing semua kk

    ReplyDelete
  17. cantik...sayangnya pernah sampai kk...tapi untuk beberapa jam saja.....kejar masa, xsempat pusing semua kk

    ReplyDelete
  18. berehat mata kita kat sana kan gb
    semuanya hijau2 belaka ...cantik!

    ReplyDelete
  19. GB

    harus jugak main duit kutu..mau bawak anak2 ke KK jugak..heheheh...jealous tgk gambar cantik2 nih..

    ReplyDelete
  20. enayh bila lah akak dapt pegi tempat2 mcm ni....

    ReplyDelete
  21. seperenggan tu kira macam executive summary la kan gB.. :)

    kalo kolaj pun cantik, apatah lagi kalo gambo sijik sijik..

    ReplyDelete
  22. cantik sgt!

    nak tgk gambar byk2 tau!

    :D

    ReplyDelete
  23. rasa makin tk sabar teringin nk g kesana..semuga ada la rezki lebih nak g sana :)

    ReplyDelete
  24. gambar dr GB pengubat rindu JS time duk sini..huhu

    mmg terbaek GB punya gambar..kembang tak kena puji dr JS ni...hehe

    ReplyDelete
  25. dulu aku pegi jgk kinablu park ni, tgk gate timpohon tu rasa membara je sbb nak naik tapi tak dpt, katanya permit habis. hurm....yolah tu kan permit habis

    ReplyDelete
  26. saya spt ddy ziyad juga.. tumpang berpinau mata nak baca satu perenggan itu GB..

    bab mat2 saleh pun pakat pi sana, kita malaysian kalo x pi tu mmg sy jeles.. sy x smpi gi..wuaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  27. Ahhhhh.....semputttttt!
    Satu nafas je baca 1 perenggan tuh.

    Bila la aku leh sampai kt Sabah ni? ermmmmmmmmmm.... (*insert muka tgh pikir neh)

    ReplyDelete
  28. x penah smpai lg ni.. rugi aritu x pegi +_+

    ReplyDelete
  29. @Kakzakie

    ngeee....saya menonggeng jugak kak. heheheh

    ReplyDelete
  30. @gedek!

    psstt...saya takpenah gi genting lagi, heheheh

    ReplyDelete
  31. @sahromnasrudin

    kat sabah ni tak aware pulak ada ke takde....

    ReplyDelete
  32. @azam

    nanti cari la time pusing2 kk... ;D

    ReplyDelete
  33. @nyanyisunyi

    satu hari nanti mesti akak dapat pegi....

    ReplyDelete
  34. @Anaa

    seperenggan sebab nak cepat2 kuarkan apa yang ada dalam otak ni. heheh

    ReplyDelete
  35. @Tihara

    insyaAllah - kalau niat kita baik, pasti allah akan mudahkan. :)

    ReplyDelete
  36. @fatt

    tuh la. aku dgr komplen ramai org pasal sejak pengurusan under sutera ni - sume mahal dan ada komplen itu ini lagi~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D