Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, November 4, 2011

Break kejap, renung ke meja dan berfikir



Kadang-kadang, kita kisah pasal hal sendiri saja dan taknak busybody hal orang lain, takut orang rimas. Tapi mungkin persepsi orang lain terhadap kita adalah, kita ini sombong dan simply tak thoughtful. Sombong adalah suatu perkara yang GB taknak berlaku terhadap diri GB dan taknak orang fikir tentang diri GB.

Cuma kekadang kita terlepas pandang perkara-perkara kecil yang mungkin akan menyebabkan orang chop kita sombong. Mungkin bila kita bercerita (baca: update entri blog atau status facebook) tentang perkara yang berkisar dalam kehidupan sehari-hari akan buat orang fikir kita sombong. Sedangkan itu sajalah yang ada dalam kehidupan seharian kita, yang kita hadap hari-hari dan kadang-kadang rasa nak share dengan sesiapa yang sudi supaya mereka tahu yang kita masih hidup. (Eh?).

Atau mungkin bila kita tak ucap tahniah atau tegur akan perubahan diri seseorang sahabat akan buat kita dichop sombong. Owh, tak bestnyer!

Atau mungkin kita perlu diam sahaja dan cuma cerita tentang bunga, pokok dan katak? Sigh...

*

Gile direct kot entri kali ni.

Takpelah. Jumaat. Perlu juga break untuk muhasabah diri.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau hapuskanlah dariku segala kesombongan dan bangga diri 
kerana aku cuma hambaMu yang hina yang tak layak berbangga dengan 
segala apa pun yang kau pinjamkan di dunia ini kerana segalanya adalah milikMu jua. 
Kau jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan rendah hati. Amin Ya Rabbalalamin...."

P/S: Tapi nanti GB sambung ye citer sapi di ladang sapi itu, berserta gambar sapinya sekali. :D

39 comments:

  1. aku jenis tak suka ambil tahu ttg org lain... sbb aku takut dia tak selesa bila kita menanya itu ini.
    tapi...
    kalau dia mahu bercerita...
    ceritalah.
    aku akan dengar.


    .

    ReplyDelete
  2. kenapa kalau kita update cerita berkisar diri sendiri kita dianggap sombong pula yer? *keruk kepala*

    ReplyDelete
  3. diam sahaja.sambil layan kappucino.

    ReplyDelete
  4. kalau layan kappucino...break lama pun xpe...hehehe

    kan bujal

    ReplyDelete
  5. GB...
    kdg2 akak pun rasa mcm GB...
    tp kan, akak ade tegur dgn sorang hamba ALLAH ni yg mmg sombong tak nak senyum pun dgn akak kl akak senyum dgn dia...tp akak tak puas hati...sbb tu akak tegur dia dan borak2...

    eh?boleh senyum ngupenya org tuhhh...hehehheh

    GB tak sombong...GB comel...heheheh

    xoxo

    ReplyDelete
  6. itulah kata org2 tua ..

    tak kenal makan tak cinta ... , bunga kalau tak di cium ... takkan tahu wangi ke tidak ....

    ReplyDelete
  7. Siapalah kita hendak bersikap sombong, kan gB? :)

    ReplyDelete
  8. Kadang2 bila terlalu ramah pula akan di cop 'gelenyor'..

    Malas dah nak fikir sangat apa orang nak kata pada diri kita.. As long as kita tahu apa yang kita buat, it's okay...

    by:
    corat coret cik azz

    ReplyDelete
  9. uncle juga turut mengaminkan doa GB. boleh kan orang lelaki mengaminkan doa orang perempuan .. sebab isi permohonannya sama.

    ReplyDelete
  10. sedap doa ni...

    gb,
    pd aku klu kita byk sgt pkir apa org nk kata, apa org nk pikir smpai bila2 pun kita akan dduk dlm kegelisahan. kita x leh ttup mulut org dan org yg x puas hati akan sentiasa cr jln utk jatuhkn kita. teruskn hup spt biasa je gb...jadilah diri sendiri, knp perlu jd apa yg org lain mau klu itu bknlah diri kita?

    ReplyDelete
  11. Bila jumpa GB dn tenguk senyuman GB yg ikhlas kak ida tahu GB bukan jenis sombong..

    nnti kita jumpa lagi ye dik..

    ReplyDelete
  12. kadang kita dok kata orang lain sombong sebab tak tegur kita, tapi dimasa yang sama kita tak sedar kita pun sombong jugak sebab tak tegur dia dulu.. huhu.. (kata kat diri sendiri)..

    ReplyDelete
  13. GB...kopi fav kak aina. selagi ia dibuat dari bijik kopi.

    amin..amin..amin...

    ReplyDelete
  14. gB..
    Mmg selalunya yg kita cerita kat blog adalah kisah benar kita.. Tidak mengenai hal org lain... Tidak perli2 org lain.. Kan?

    ReplyDelete
  15. kenali diri sendiri sebelum ada yang bertanyakan tentang diri kita..baru la senang nak jawab segala pertanyaan mereka....cakap banyak bkn semestinya dia kepoh, berdiam pula bkn bererti sombong !...status di laman sosial bkn pengukur segala...kenalilah personaliti di luar dan dalaman sesorang itu..

    ReplyDelete
  16. haha
    tapi kannnnnnnn

    ada org yg akan MENGGUNAKAN ketidaksombongan kita dengan cubaan mengorek segala cerita!



    i hate that freaky type!
    outta my life u loser!

    eh. emo. bai.

    ReplyDelete
  17. diam itu lebih syahdu adakalanya...

    ReplyDelete
  18. orang yang cakap orang lain sombong tu la yang sebenarnya sombong.
    kalau dia rasa member tu sombong, kenapa tidak dia yang mula beramah?

    kan?

    ReplyDelete
  19. Manusia punya persepsi berbeza itulah jadinya. Yg penting kita sentiasa cuba mencari terbaik dari masa yg lepas...

    ReplyDelete
  20. Manusia ni kan ada bagai2 character. Yg penting kita ada keazaman nak merubah diri dari yg negative ke positive..

    ReplyDelete
  21. amin ya rabbal 'alamin..

    itulah manusia GB..macam2 karenah..

    ReplyDelete
  22. entahlah GB...kdg2 bila kita terlalu terbuka bercerita itu dan ini..kadang2 suka kadang2 sedih...sekadar mahu kongsi sahja dan ingatan masa depan tp ada org ambil kesempatan

    dia kenal kita satu sekolah,tk berapa rapat sgt..add kita di fb dan blog kita oke.. still dia tk pernah bertegur sapa dgn kita sedangkan kita tahu dia baca cerita kita dlm diam...mengapakah???

    ReplyDelete
  23. senang cite abaikan saje..

    kita minummm duluuu :)

    ReplyDelete
  24. GB,
    akak suke doa itu
    jujur dan ikhlas...
    go positive..ask for positive..
    ianyer akan datang ke kita positively...

    PS: that picture..buat akak nak layan kopi jab lagi..heheh

    ReplyDelete
  25. saya seorang yg pendiam, tapi org kata saya sombong.... biarlah...

    ReplyDelete
  26. Amin..semoga doa GB yang baik2 akan dimakbulkan yang maha esa..
    Dah tengok Gambar GB masa dirumah kak cik tu..tak nampak sombong pun..ayu je..

    ReplyDelete
  27. dah semakin mengenali GB..semesra bunga yang mewangi cheywahh..manis mcm ixora boleh..hik3

    susah kn bila org anggap kita sombong pdhal kita tk maksud pun..dan bila kita plak anggap org sombong padahal org itu juga tk bermaksud begitu..dan kadang2 mmg ada yg memang nk menyombong..eh panjang plak komen ni :)

    ReplyDelete
  28. sedapnya bila break dpt coffee camtu..;p

    mmg spttnya kita muhasabah diri..kalo ada y terasa mksudnya dia pon sm la gtu kan..huu..

    jom kita sm2 mesra alam..:D

    psss : jom join my GA! 2 klik je n boleh dpt ole2 CAMERON tau!

    ReplyDelete
  29. mama pun selalu kene sebab air muka jenis tak ada gula. Arwah mak pesan mama ni nampak jew org wajib cepat-cepat senyum....tap kadang2 tuh nasihat ni tak leh pakai lah..hik2

    ReplyDelete
  30. perkataan yang ditulis menjadi entri di blog atau status di FB,
    tidak dapat 100% difahami kerana ia sekadar apa yg dapat dibaca..
    bacaan sebenar hya kita yang tahu..

    apapun, kita x kan mungkin dpt puaskan hati semua org, just do our best n be ourself..

    ;)

    ReplyDelete
  31. kehidupan seorg blogger biasanya x sama dgn manusia yg xada blogger..

    people..they know to talk but forget to think..

    apepun..moga Allah makbulkan doa GB dan moga kita sama2 dilindungi dr rasa sombong..

    Segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian alam.. [1:1]

    ReplyDelete
  32. dalam hidup ni memang susah nak puaskan hato semua org.

    ReplyDelete
  33. selalu gak kena tafsir mcm ni.. tapi bila da srasi ramai bagitau, wen bukan mcm yang diorang tafsirkan. syukur....

    Misi melawat ke blog2 follower panda montel. Thanks tak terhingga...:)

    ReplyDelete
  34. wah sedapnya cappucino itu.. mengadap itu dah tak peduli hal orang lain lagi dah... hahahaha

    ReplyDelete
  35. eh..betul tu..kadang2 terpikir camtu jugak.....kan..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D